soalan ea.docx

Embed Size (px)

Citation preview

SOALAN-SOALAN EKONOMI ASAS KERTAS 2 2014

1. Gambar di bawah berkaitan dengan sumber-sumber ekonomi.

(i) Nyatakan sumber ekonomi dalam gambar A dan gambar B. [2 markah](ii) Jelaskan perbezaan kedua-dua sumber ekonomi tersebut.[4 markah]2. Berikut adalah kenyataan seorang pegawai di Kementerian Luar Bandar.

Pada masa ini, pihak kami terpaksa menangguhkan pembinaan jejantas laluan pejalan kaki kerana mendahulukan projek manaik taraf jalan kampong yang rosak teruk akibat banjir.

Terangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh pihak tersebut.[5 markah]

3. Gambar 1 dan gambar 2 menunjukkan 2 jenis barang dalam ekonomi

BERMAIN BANJIR DI KAMPUNG SIRAM

BERGEMBIRA DI LEGOLAND WORLD

Gambar 1Gambar 2

Bandingkan Gambar 1 dan Gambar 2 [6 markah]

4. Gambar 1 di bawah menunjukkan perbualan antara Lutfi dan Aizah.

Gambar 1 Berdasarkan perbualan di atas, (a)Apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara di atas. [ 2 markah ]

(b)Bezakan cara sistem-sistem ekonomi di atas menyelesaikan masalah asas ekonomi yang berikut : (i) Apa barang yang hendak dikeluarkan [3 markah ](ii) Bagaimana barang hendak dikeluarkan [3 markah](iii) Untuk siapa barang dikeluarkan [3 markah]

5 Maklumat berikut berkaitan dengan iklan jawatan kosong sebuah syarikat.IKLAN JAWATAN KOSONG : Pegawai Akaun

Syarat-syarat yang diperlukan:Diploma PerakaunanPengalaman bekerja 2 tahun

Kelebihan bekerja di syarikat kamiGaji RM1 900Perubatan percumaElaun kerja lebih masa

Hantarkan permohonan anda ke alamatSyarikat DANISH PELANGI INDAH SDN BHDNo 119 Jalan Belibis, Tmn Sejahtera, Johor Bahru.

a Terangkan tiga faktor yang mempengaruhi pemilihan pekerjaan tersebut?[ 6 markah] b. Huraikankan tiga jenis pendapatan selain daripada yang terdapat di dalam iklan tersebut. [9 markah] c. Terangkan sumber pendapatan selain daripada yang terdapat di dalam iklan di atas. [4 markah]

6. Berikut ialah rumus pengiraan pendapatan boleh guna

Pendapatan boleh guna = Jumlah pendapatan - C

(i) Apakah C ? [1 markah] (ii) Terangkan dua komponen C.[4 markah]

7. Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah firma yang mengeluarkan jus minuman berjenama Lazat Ria.Syarikat Lazat Ria bercadang untuk membeli sebidang tanah seluas 5 sehektar bagi menanam roselle bagi membuat jus.

Cadangakan dua cara lain bagaimana Syarikat Lazat Ria membuat pelaburan.[ 5 markah]

8.(a)Apakah maksud isi rumah[2 markah]

(b)Terangkan dua peranan isi rumah dalam ekonomi.[4 markah]

9(a)Jadual di bawah menunjukkan perubahan kuantiti diminta dan perubahan harga bagi tiga jenis barang, L, M dan N. Jenis barangPerubahan Kuantiti Diminta (%)Perubahan Harga (%)

LMN2581520820

(i)Berapakah nilai keanjalan harga permintaan bagi setiap barang itu. [3 markah] (ii)Terangkan strategi yang boleh diambil oleh pengusaha untuk memaksimumkan keuntungan bagi barang L, M dan N. [6 markah]

(iii) Tafsirkan nilai pekali kenajalan harga permintaan bagi Barang N. [3 markah]

10. (a)Rajah 1 menunjukkan keluk penawaran bagi telefon bimbit.

(i) Terangkan faktor yang menyebabkan pergerakan dari titik x ke y. [2 markah] (ii) Terangkan empat faktor yang menyebabkan pergerakan dari titik x ke z. [8 markah]

11. Jadual 4 menunjukkan butiran perbelanjaan Firma Econ Jaya Berhad bagi mengeluarkan 5 000 unit barang X.ButiranRM

Bahan mentah Gaji pekerja Sewa kilang Bil air, elektrik dan telefon Insuran kilang25 00045 0005 0004 8003 200

Jadual 4 Hitungkan: (i) Kos tetap [2 markah] (ii) Kos purata [2 markah] (iii ) Bezakan kedua-dua kos tersebut. [6 markah]

12. Jadual di bawah menunjukkan fungsi pengeluaran jangka pendek suatu firma.

Bilangan Buruh (Orang)Jumlah Keluaran(Unit)Keluaran Purata(Unit)Keluaran Sut(Unit)

0000

1101010

225A15

34515B

4C1515

5701410

67512.5D

77510.710

8708.75-5

(i) Berapakah A, B, C dan D[2 markah]

(ii) Jelaskan hubungan buruh dengan keluaran purata dan keluaran sut.[5 markah]

13. Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran pasaran buruh pada pelbagai tingkat upah.

Upah (RM)Kuantiti Buruh (orang)

PermintaanPenawaran

101520253050403020101020304050

Berdasarkan jadual, lukiskan rajah keseimbangan pasaran buruh di atas kertas graf dengan menggunakan skala 2cm : 5 unit pada paksi upah dan 2cm : 10 unit pada paksi kuantiti buruh.[5 markah]

14. Huraikan kesan ke atas pasaran operator pengeluaran tempatan . Setiap peristiwa adalah berasingan.

(i) Kemasukan ramai operator pengeluaran dari Vietnam. [2 markah]

(ii) Kerajaan meletakkan gaji minimum RM900 sebulan. [2 markah]

15. Berikut ialah gambar dua jenis wang dalam ekonomi.

Gambar 1 Gambar 2

(i) Bandingkan kedua-dua jenis wang di atas dari segi ekonomi.[7 markah](ii)Nyatakan 5 ciri wang yang baik[5 markah]

16. Berikut ialah logo bagi beberapa buah institusi kewangan.

(i) Nyatakan institusi kewangan di atas.[1 markah](ii) Huraikan dua fungsi institusi kewangan tersebut.[6 markah]

17. (a) Jadual menunjukkan peratus sumbangan sektor ekonomi kepada guna tenaga Malaysia dari tahun 1960 hingga tahun 2000.

Peratus Sumbangan Sektor Ekonomi kepada Guna Tenaga Malaysia

Tahun Sektor19601970198019902000

Sektor utama 61.353.138.528.415.6

Sektor kedua 9.815.420.125.935.7

Sektor ketiga 28.931.539.545.748.7

Terangkan lima kesan daripada perubahan tersebut. [10 markah]

18. Dialog di bawah menunjukkan perbualan berkaitan dengan satu keadaan ketidakstabilan ekonomi.

Banyak kilang telah mengurangkan pengeluaran dan banyak orang telah hilang kerja. Kuasa beli orang ramai sangat rendah

Malah, saya dengar, banyak kilang telah ditutup. Kerajaan mesti bertindak cepat untuk menangani masalah ini

Bagaimanakah belanjawan negara dapat mengatasi keadaan ketidakstabilan ekonomi tersebut ? [ 6 markah]

19. Maklumat 1 : Teks ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan dengan rasionalisasi subsidi.

Kuala Lumpur : Penjimatan wang negara hasil rasionalisasi subsidi akan disalurkan untuk pembangunan negara demi kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat. Penjimatan itu dapat menampung pelbagai projek pembangunan seperti membina lebih banyak sekolah, menambah baik kemudahan air dan sistem jalan raya di kawasan bandar dan luar bandar. Rombakan subsidi hanya melibatkan subsidi pukal yang melibatkan banyak pembaziran. Kerajaan akan melakukan subsidi bersasar termasuk BRIM.

Maklumat 2 : Jadual berikut berkaitan dengan kadar semasa nilai subsidi kerajaan untuk barangan pengguna (April 2013)

Barangan/ProdukHarga SebenarHarga yang dibayar oleh penggunaTanggungan subsidi kerajaan

RON 95RM2.77 / literRM1.90 / literRM0.87 / liter (RM19.46 Bilion)

Minyak masakRM4.75 / kgRM2.50 / kgRM2.25 / kg (RM1.6 Bilion)

Sumber : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan

Maklumat 3 : Kurangkan subsidi secara perlahan-lahan

Pengumuman kenaikan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen oleh kerajaan sepatutnya dijalankan secara perlahan-lahan bagi membolehkan rakyat menyesuaikan diri dengan tindakan tersebut. Kenaikan harga petrol secara tidak langsung akan meningkatkan kos sara hidup. Namun beliau berkata, sudah tiba masanya rakyat menerima kenaikan harga yang mustahil akan kekal dalam satu tempoh yang lama. Hal ini menyebabkan kadar inflasi bagi tahun 2014 mencecah 3.2% berbanding 2.10% pada tahun 2013.

Sumber : Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Utusan Malaysia 7 September 2013 Fadzil Ariffin : [email protected] (i) Berdasarkan Maklumat 1 dan Maklumat 2, mengapakah kerajaan mengambil tindakan sedemikian ? [5 markah]

(ii) Bagaimanakah Maklumat 3 memberi kesan ke atas taraf hidup rakyat? [2 markah]

(iii) Apakah alat belanjawan Negara untuk mengawal situasi ekonomi di atas? [2 markah]

20. Maklumat berikut berkaitan sejenis pinjaman kerajaan.

Kemudahan Kredit PembekalPengilang dan peniaga Malaysia boleh memanfaatkan kemudahan ini bagi menyokong persyaratan pembiayaan perdagangan eksport mereka melalui kemudahan pembiayaan perdagangan EXIM Bank.Kemudahan ini menawarkan Pembiayaan Pra-Penghantaran dan Pasca Penghantaran. Pra-Penghantaran membiayai modal kerja bagi pengeluaran barang manakala Pasca-Penghantaran membiayai bil eksport selepas penghantaran dilakukan.FacilitySupplier Credit Facility

TujuaanMenggalakkan eksport barangan Malaysia melalui bantuan kewangan bagi pengeluaran barang dan diskaun bil eksport

SkopPembiayaan meliputi pembelian bahan mentah, komponen, overhed pengeluaran dan barangan siap semasa tempoh pra-penghantaran. Kemudahan jangka pendek ini turut disediakan bagi membiayai persyaratan modal kerja pengeksport semasa pasca-penghantaran sementara menunggu mendapat hasil eksport.

Mafaat Kepada Pelanggan Membolehkan pengeksport melebarkan perniagaan antarabangsa mereka, dan Membolehkan pengeksport berdaya saing dengan tempoh kredit yang fleksibel.

Jenis Pembiayaan1. Pra-penghantaran - modal kerja bagi perbelanjaan dan pembelian overhed input domestik/asing bagi pengeluaran barang sebelum penghantaran.2. Pasca-pembayaran - pembiayaan modal kerja selepas penghantaran.

Margin PembiayaanPra-penghantaran - sehingga 85% dari nilai pesanan eksport.Pasca-penghantaran - sehingga 100% dari bil eksport

Tempoh Pra-penghantaran- sehingga 120 hari [tempoh yang lebih lama dibenarkan bergantung pada merit sesuatu kes. Pra-penghantaran- sehingga 180 hari [tempoh yang lebih lama dibenarkan bergantung pada merit sesuatu kes

Kadar FaedahKos dana campur spread.

Pembayaran SemulaAtas hasil Kontrak

(i) Nyatakan jenis pinjaman di atas [1 markah]

(ii) Terangkan dua contoh lain pinjaman dari jenis di atas.[ 4 markah]

21. Dialog berikut berkaitan dengan urus niaga yang dijalankan oleh Syarikat Mutiara Sdn. Bhd. yang beribu pejabat di Kuala Lumpur.

Cik Aini : Perniagaan kita di Indonesia semakin pesat. Buat tahun ini, tempahan kita telah meningkat daripada 9 000 unit kepada 12 000 unit. Encik Hadi : Baguslah tu. Kita seharusnya memperluas pasaran kita ke Negara Filipina pula untuk meningkatkan keuntungan syarikat.

(i) Jelaskan jenis urus niaga yang disebut dalam dialog di atas. [2 markah]

(ii) Jelaskan empat sebab wujudnya urus niaga tersebut. [4 markah]

22. Kebaikan sekatan

23. Jadual 5 menunjukkan perubahan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dolar Amerika (US).Mata wang asing (seunit)Ringgit Malaysia (RM)

Januari 2008Januari 2009

US1RM3.70RM3.55

Jadual 5Sebuah firma di Malaysia membuat pinjaman daripada Amerika sebanyak US50 000.(i) Hitungkan jumlah pembayaran balik pinjaman pada tahun 2008 dan 2009 dalam Ringgit Malaysia.[2 markah](ii) Jelaskan kesan perubahan kadar pertukaran asing terhadap pembayaran balik pinjaman firma tersebut.[2 markah]

]

23. Jadual berikut menerangkan dua kaedah Skim Perbankan Islam.

PRINSIPKAEDAH

XPihak bank menyewakan harta kepada pelanggan untuk suatu jangka masa tertentu. Harta yang disewa oleh pelanggan boleh dipindah milik kepada penyewa.

MusyarakahY

(i) Nyatakan prinsip X.[1 markah] (ii) Jelaskan kaedah yang ditanda Y.[2 markah]

24. Logo di bawah merujuk kepada sebuah institusi kewangan yang beroperasi di Malaysia.

Bagaimana bank di atas berfungsi sebagai jurubank kepada kerajaan?[10 markah]

25. Terangkan empat fungsi Institusi Kewangan Bukan Bank.[8 markah]

26. Jadual berikut menunjukkan perubahan syarat sewa beli bagi tahun 2012 dan 2013

(i)Tentukan keadaan ketidakstabilan ekonomi tersebut. [1 markah]

(ii)Apakah langkah-langkah lain yang perlu dilakukan oleh bank pusat dalam memulihkan keadaan ekonomi tersebut?. [6 markah]

27. Jadual menunjukkan peratus sumbangan sector ekonomi kepada guna tenaga Malaysia dari tahun 1960 hingga tahun 2011

Peratus sumbangan sector ekonomi kepada guna tenaga Malaysia

196019701980199020002011

Sektor utamaSektor keduaSektor ketiga61.39.828.853.115.431.538.520.139.528.425.945.715.635.748.710.540.252.7

Terangkan lima kesan daripada perubahan tersebut. [10 markah]

28. Carta pai di bawah menunjukkan sumber hasil kerajaan persekutuan pada tahun 2008.

Nyatakan lima hasil kerajaan yang diperoleh daripada sumber X.[5 markah]

29. (a) Jelaskan konsep perbelanjaan mengurus.[3 markah]

(b) Terangkan empat komponen perbelanjaan mengurus.[8 markah]

30. Kenaikan harga barang secara berterusan menyebabkan isirumah tidak dapat menikmati faedah daripada kenaikan gaji tahunan.

Huraikan dua cara belanjawan mengatasi keadaan di atas. [6 markah]

31. Jadual di bawah menunjukkan hasil dan perbelanjaan kerajaan pada tahun 2002.

TahunHasil (RM juta)Perbelanjaan (RM juta)

200283 550100 348

Jelaskan jenis belanjawan yang dilaksanakan pada tahun tersebut.[3 markah]

32. Berikut adalah dua jenis pinjaman yang dilakukan oleh kerajaan.

Bil Perbendaharaan Sijil Pelaburan

Bandingkan kedua-dua jenis pinjaman di atas.[7 markah]

33. Terangkan sebab-sebab wujud perdagangan antarabangsa.[10 markah]

34. (a) Terangkan tiga bentuk sekatan perdagangan antarabangsa yang mengurangkan kuantiti barang import.[6 markah] (b) Terangkan empat keburukan sekatan perdagangan antarabangsa.[8 markah]

35. (a) Jelaskan dua komposisi eksport Malaysia.[6 markah] (b) Jelaskan dua komposisi import Malaysia.[6 markah]

36. Maklumat di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Euro() berbanding Ringgit Malaysia (RM) pada bulan Januari 2012.

1.00 = RM4.20

Jelaskan kesan terhadap imbangan dagangan Malaysia apabila kadar pertukaran telah berubah kepada 1.00 = RM3.90 pada bulan Jun 2012. [6 markah]

37. Penentu kadar pertukaran asing.