Soalan HBAE1103 TOPIK 1-10

  • Upload
    yin-tan

  • View
    252

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 Soalan HBAE1103 TOPIK 1-10

    1/14

    TOPIK 1

    1. Senaraikan DUA matlamat Pendidikan Seni Visual.

    JWP: DUA matlamat Pendidikan Seni Visual.

    1. membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya.

    2.membentuk keperibadian generasi Malaysia yang mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi.

    2. Nyatakan DUApendapat Plato tentang seni.

    JWP: Lukisan adalah tiga kali terpisah daripada kebenaran

    Seni dapat mencipta sesuatu persekitaran kebudayaan dan meningkatkan perpaduan

    3. Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk membentuk

    keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik

    yang tinggi, imaginatif, kreatif, kritis, inovatif dan inventif.

    (a) Senaraikan EMPAT objektif Pendidikan Seni Visual.

    (b) Senaraikan TIGAperkara yang berkaitan dengan Konsep Kendiri berdasarkan

    Konsep Seni Visual Barat.

    (c) Huraikan peranan Pendidikan Seni Visual dalam perkembangan kanak-kanak.

    ( ms 15-16)

    JWP:

    (a) EMPAT objektif Pendidikan Seni Visual.

    1. menunjukkan penghargaan terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan;2. memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual;3. meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam

    bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya;

    4. menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka ciptabarangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti;

    (b) TIGAperkara yang berkaitan dengan Konsep Kendiri berdasarkan Konsep Seni Visual

    Barat.

    (i) Pendidikan Seni Visual seharusnya membantu dan membentuk daya kreativiti pelajar.

  • 7/28/2019 Soalan HBAE1103 TOPIK 1-10

    2/14

    (ii) Ia suatu proses untuk mengekspresikan imaginasi dan luahan perasaan dalam Seni Visual.

    Melalui pelbagai

    teknik yang mereka pelajari, pelajar mula mengukuhkan sikap kendiri mereka.

    (iii) Seni seharusnya membantu dan menyedarkan pelajar terhadap warisan budaya mereka

    4.Bagaimanakah nilai-nilai esetetika dapat diaplikasi dengan berkesan dalam Pendidikan Seni

    Visual?

    5. Pada Zaman Renaissance atau Zaman Pembaharuan telah lahir dua tokoh hebat iaituAlbrecht Durer dan Leonardo Da Vinci. Karya -karya pelukis zaman ini berkisar tentang

    kitab suci, agama kristian, potret dan peperangan. Catan masterpiece Leonardo ketika itu

    bertajuk "Monalisa" telah dihasilkan. Media yang digunakan ketika itu adalah fresko, cat

    tempera, cat minyak dan cat air. Zaman Renaissance merupakan zaman kemuncak seni di

    Eropah. Albrecht Durer pula tela mendapat gelaran "Bapa Cat Air Eropah". Antara karya

    agung beliau adalah " Great piece of turt".

    Media apakah yang digunakan oleh pelukis-pelukis pada zaman renaissance dan apakah

    yang dipaparkan oleh mereka dalam karya ?

    JWP: Media yang digunakan oleh pelukis-pelukis zaman renaissance ialah cat tempera, cat

    minyak, cat air dan fresko. hal benda yang dipaparkan ialah kitab suci, agama kristian , potret

    dan peperangan.

    6. Pada tahun berapa kah seni visual mula bertapak di Malaysia dan siapakah dua tokoh yang

    terkenal ketika itu? Apakah yang disampaikan oleh mereka serta media apakah yang

    digunakan untuk menghasilkan karya mereka?

    JWP: Pada tahun 1930-an seni visual mula bertapak di Malaysia.

    Mereka memperkenalkan pendekatan kaedah seni catan easel dengan mengambil temakeindahan alam tempatan dan aktiviti masyarakat

    7. Sejarah seni dikatakan bermula pada Zaman Yunani lagi. Apakah media yang digunakan

    dan apakah yang disampaikan oleh pelukis ketika itu ?

    JWP: Media yang digunakan ialah fresco dan mozek. Hal benda yang disampaikan ialah

    peristiwa yang berkaitan dengan adat istiadat dan agama.

  • 7/28/2019 Soalan HBAE1103 TOPIK 1-10

    3/14

    8. Menurut Al-Ghazali :

    - seni bersandarkan daripada Allah kepada Allah

    - seni menuju kepada "Al-Falah" untuk keredaan Allah

    - seni sebagai pemangkin untuk ketaqwaan

    Diatas adalah pandangan Al-Ghazali terhadap seni. Apakah pula pandangan Sidi Ghazalba

    tentang seni? Adakah apa -apa perbandingan diantara kedua-dua tokoh tersebut?

    (ms13)

    9.Herbert Read merupakan seorang tokoh seni barat yang sangat terkenal. Beliau telahmenulis sebuah buku yang bertajuk "Education Through Ar" dan "History of Moden Art".

    Apakah pandangan beliau tentang keindahan dan kemanusiaan?

    JWP: Menurut beliau, seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yang menimbulkan keceriaan,

    keseronokan dan kedamaian estetik.

    10. Hebert Read menganggap seni sebagai alat untuk mendidik seseorang. Beliau

    mengemukakan tiga perkara penting dalam seni. Apakah ketiga-tiga perkara penting itu?

    Senaraikan.

    JWP: tiga perkara penting dalam seni yang dianggap oleh Hebert Read ialah:

    i.) ekspresif diri dan komunikasi

    ii.) Pemerhatian dan pengetahuan konsep melalui aktiviti tampak

    iii) apresiasi dan tindakbalas individu terhadap hasil kerja orang lain.

  • 7/28/2019 Soalan HBAE1103 TOPIK 1-10

    4/14

    TOPIK 2

    1. Senaraikan EMPAT bidang utama dalam kandungan Sukatan pelajaran kurikulum

    Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah.

    Empat bidang utama dalam kandungan sukatan pelajaran kurikulum Pendidikan Seni Sekolah Rendah

    ialah menggambar , membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf

    tradisional.

    2. Howard Gardner (1983) telah mempelopori Teori Kecerdasan Pelbagai. Terangkan

    pengertian teori tersebut.

    Teori kecerdasan pelbagai berperanan sebagai penjana kecerdasan dan mendefinisi konsepkecerdasan yang relevan dalam pendidikan. Ianya dirumuskan sebagai:

    -kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan

    - kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan

    - kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai

    3. Pengujian dan penilaian perlu dijalankan bagi mendapatkan maklumat tentang pengajaran

    dan pembelajaran yang telah dijalankan.

    (a) Huraikan maksud pengujian dan penilaian dalam Pendidikan Seni Visual.

    (b) Senaraikan ENAM tujuan Pengujian dalam Pendidikan Seni Visual.

    (c) Menurut Paulson dan Meyer (1991), portfolio ialah koleksi bahan terpilih yang dapat

    menunjukkan daya usaha, kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar dalam bidang

    pelajaran. Huraikan proses yang perlu ada dalam sesebuah portfolio Pendidikan Seni Visual.

    JWP:

    Soalan a.

    Mengikut Modul PSV, Pengujian bermaksud memperoleh maklumat dengan cara yang objektif danbersistem. Cronbanch (1970), Ujian adalah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan

    atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan bernombor, atau satusistem yang berkategori. Sementara, Penilaian boleh ditakrifkan sebagai proses memperoleh

    maklumat secara bersistem dalam usaha membuat keputusan tentang tindakan susulan yang wajar.Pada dasarnya penilaian merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan

    pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Ringkas kata pengujian danpenilaian merupakan kriteria penting dalam pendidikan.

    soalan b.

    Tujuan pengujian dalam Pendidikan Seni Visual adalah untuk:

    i. memperoleh maklum balas tentang proses pengajaran dan pembelajaran;ii. memasukkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut kriteria yang sesuai bagi sesuatu

    tujuan termasuk mewakili sekolah untuk pertandingan Pendidikan Seni Visual;iii. memilih murid untuk tugas tertentu;

    iv. mengkategorikan murid-murid;v. menggerakkan atau memotivasikan pembelajaran; dan

  • 7/28/2019 Soalan HBAE1103 TOPIK 1-10

    5/14

    vi. menyelidik atau menyiasat pembelajaran dan pembelajaran di kalangan murid.

    Soalan C.

    Portfolio merupakan satu proses penyediaan fail kerja yang dibina secara berterusan dan beransur-

    ansur mengikut keperluan semasa dalam proses pembelajaran. Koleksi perkembangan pembelajaranpelajar dirancang secara bersistem dengan menunjukkan adanya rujukan buku dan tokohseni.( Betulkan saya sekiranya jawapan ni tersasar daripada kehendak soalan )

    4. Sebagai guru Pendidikan Seni Visual, anda perlu menguji dan mengukur kemahiran pelajar

    sebelum anda dapat membuat penilaian.

    (a) Bincangkan peranan guru Pendidikan Seni Visual dalam Penilaian Kendalian Berasaskan

    Sekolah (PKBS).

    (b) Dengan mengunakan kefahaman anda sendiri, tunjukkan kebaikan PKBS dalam

    Pendidikan Seni Visual.

    (ms40)

  • 7/28/2019 Soalan HBAE1103 TOPIK 1-10

    6/14

    TOPIK 4

    1. Terangkan maksud corak dan berikan TIGAcontoh teknik untuk menghasilkan corak terancang.

    Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara tertentu atau bebas.Teknikmenghasilkan corak terbahagi kepada dua jenis iaitu : corak tidak terancang dan corak terancang.

    Tiga contoh teknik untuk menghasilkan corak terancang;-

    i. teknik lukisan ii. teknik catan iii.teknik lipatan dan guntingan.

    2. Teknik penghasilan corak terbahagi kepada dua.

    (a) Huraikan perbezaan antara KEDUA-DUA teknik tersebut. (ms65-66)

    (b) Berdasarkan suatu motif alam semulajadi, hasilkan satu reka corak turun separaberukuran 8cm x 8 cm.

    (c) Bincangkan perbezaan antara lukisan dan catan. (ms47)

    3. Biasanya corak terdiri daripada motif-motif tertentu yang disusun berulangan. Motif-motifpelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita. Senaraikan motif-motifyang dimaksudkan ?

    Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita

    1. alam semulajadi seperti bunga, siput,kayu,serengga dan haiwan.2. bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku, dan gunting.

    3. geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat.4. abjad rumi/huruf seperti tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka5. rupa barangan kraf tradisional/kraf Malaysia seperti wau, gasing dan keris.

    4. Senaraikan teknik-teknik untuk menghasilkan corak terancang dan corak tidak terancang.

    Teknik menghasilkan corak terancang Teknik menghasilkan corak tidak terancang

    Lukisan Pualaman

    Catan Tiupan

    Cetakan Titisan

    Capan Ikatan dan Celupan

    Lipatan dan guntingan Renjisan dan percikanResis -

    Kolaj dan akhir sekali Kaligrafi -

  • 7/28/2019 Soalan HBAE1103 TOPIK 1-10

    7/14

    TOPIK 5APAKAH TUJUAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN ?

    1. Tingkatkan Daya Kreativiti-Jika anda seorang yang sering membayangkan suatu penemuan ke arah mewujudkan apa yang setakat inibelum dihasil atau sesuatu yang memberi makna kepada anda, anda adalah seorang yang kreatif. (Herbert Read(1958))- June King Mc Fee - kreativiti itu adalah keupayaan mencipta perlambangan dan idea baru dengan menyusundan mengolah semula perlambangan yang sedia ada.- Carl Rogers - kreativiti itu wujud melalui tindakan sesuatu yangberkaitan dengan ciri keunikan seseorang,bahan dan alat yang digunakan, kejadian dan peristiwa terhadap kemanusiaan sama ada suka atau duka.

    2. BAGAIMANA UNTUK MENINGKATKAN KREATIVITI KANAK-KANAK?

    a. Rangsangkan pemikiran kanak-kanak dengan merujuk buku- buku bergambar, bercerita, menonton filem,menayang slaid dan gambar foto.b. Lawatan ke zoo, muzium, perpustakaan dan kraf tangan.c. Beri perhatian ketika berkarya. Bimbing dan berikan perhatian cara berkarya yang baik dan berketerampilan.

    d. Beri peluang untuk mengeksploitasi lebih banyak media dan alat untuk memperkaya maklumat danpengetahuan.e. Jangan kritik keterlaluan terhadap karya mereka. Nyatakan bahawa kesilapan bukan kegagalan tetapi sebagaicabaran untukpeningkatan.f. Berikan ganjaran atau insentif. Hasil karya yang baik dipamer di ruang lobi atau tempat-tempat strategik.g. Adakan pertandingan mereka bentuk tiga dimensi di kalangan pelajar.

    3. Bagaimana Perkembangan dan Penghalusan Idea dalam Bidang Membentuk dan MembuatBinaan Berlaku?

    (a) Pemerhatian dan Kajian Visual penggunaan bahan dalam menghasilkan karya.

    (b) Perubahan Cara Bekerja - Membuat percubaan yang tidak putusputus akan mencernakan lebih banyak ideadan akhirnya dapat menjana dapatan yang lebih unik dan berketerampilan.(c) Penerokaan Simbol dan Makna - mencari dan mengkaji ilham-ilham baru.

    4. Bagaimanakah cara-cara membentuk dan membuat sesuatu binaan?

    Cara-cara membentuk dan membuat sesuatu binaan seperti berikut:-

    1.Kenalpasti bahagian-bahagian yang terdapat dalam sesuatu binaan.

    2. Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi mendapatkan hasil.

    3.Mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan bagi menghasilkan objek.

    4.Menggunakan alat dan bahan pengolahan reka bentuk.

    5.Menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan.

    6.Menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan.

    7.Membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar.

    8.Memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan.

  • 7/28/2019 Soalan HBAE1103 TOPIK 1-10

    8/14

    9.Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses, olahan bahan,unsur-unsur seni, fungsidan kekemasan.

    10.Menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya,

    11.Menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses mennghasilkan bentuk rekaan;dan

    12.Mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut fungsi.

    Senaraikan beberapa pertimbangan yang perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan

    membuat binaan.

    Beberapa pertimbangan yang perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan membuat binaan ialah;

    1. menentukan alat, bahan dan teknik penghasilan yang akan digunakan.2. di samping itu juga, penentuan alat dan bahan seperti bahan terbuang yang digunakan pakai

    semula,benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat dan sebagainya.Kita mesti jugaharuslah memikirkan tentang penggunaan benda-benda daripada manusia seperti manik, kayularik,kotak-kotak,tisu, gam dan sebagainya untuk membentuk dan membuat binaan.

    Walau apa pun yang dihasilkan dalam bidang membentuk dan membuat binaan, terdapat beberapa

    perkara yang menjadi tema atau hal benda yang penting. Senaraikan tema-tema tersebut.

    Terdapat beberapa perkara yang menjadi tema atau hal benda yang penting:

    1. Alam semulajadi dan Objek persekitaran

    2. Perasaan Dalaman,Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis3. Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian4. Aliran dan Tema Sejagat

  • 7/28/2019 Soalan HBAE1103 TOPIK 1-10

    9/14

    TOPIK 6

    Bidang Mengenal Kraf Tradisional adalah salah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan PelajaranPendidikan Seni Visual.

    (a) Senaraikan LIMA jenis Tembikar Tradisional (Labu Sayong).

    (b) Jelaskan peringkat-peringkat memproses daun mengkuang untuk dijadikan anyaman.

    (a) lima jenis Tembikar Tradisional (Labu Sayong)

    (i) Labu Gondol atau Labu Air(ii) Labu Kepayang atau Labu Pucung(iii) Labu Gelugur(iv) Labu Tanah(v) Labu Panai

    (b) Cara-cara memproses daun mengkuang untuk menghasilkan seni anyaman. Enam peringkat penyediaandaun.

    1.Melayur daun mengkuang. Daun dilayur di atas api sehingga kekuning-kuningan supaya daun menjadilembut dan tahan lebih lama.

    2. Menjangka daun. Jangka digunakan untuk membelah daun menjadi bilah-bilah mengikut lebar yangdikehendaki.3. Melurut.Bilah-bilah daun dilurut dengan pelurut supaya lurus.

    4. Merendam. Daun diikat menjadi tongkol-tongkol sebelum direndam selama dua hari dua malam untukmelunturkan warna asal daun yang hijau itu. Air rendaman ditukar dua kali sehari. Tongkol daun kemudiannyadibuka untuk dicuci dan dijemur sehingga kering. Daun akan bertukar warna menjadi warna putih pasir.

    5 .Pewarnaan daun cara tradisional.

    a. kuning kunyitb. jingga dan merah buah kesumber Indiac. biru tua dan biru daun mengkudud. hitam buah pokok arange. hijau daun bemban

    6.Proses mencelup warna. Air bersih dipanaskan, masukkan pewrana kemudian masukan tongkol daunselama setengah jam. Kemudian daun dijemur dan dilurut sekali lagi.

  • 7/28/2019 Soalan HBAE1103 TOPIK 1-10

    10/14

    TOPIK 7

    Setiap guru dibekalkan sukatan pelajaran untuk rujukan bila-bila masa yang diperlukan. Rancangan

    kerja harian pula membuktikan persediaan guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan

    pembelajaran mereka. Ia mesti disediakan dengan jelas dan tepat. Hasilkan format rancangan kerja

    harian guru dan bincangkan setiap aspek yang perlu ada di dalam rancangan kerja harian guru.

    (Rujuk ms 119-127)

    Apakah perbezaan antara kaedah dan teknik?

    Kaedah- Cara bagaimana pengajaran disampaikan oleh guru seperti inkuiri pertemuan, demonstrasi, kuliah dankegiatan luar bilik darjah.

    Teknik- Menumpukan kepada kemahiran yang digunakan seperti teknik nyanyian, lakonan, simulasi dan

    sebagainya.

    Nyatakan faktor-faktor merancang program pendekatan berkumpulan.

    Faktor penting merancang program pendekatan berkumpulan:

    - objektif pelajaran tepat,jelas, dan dapat diukur- tidak terlalu banyak kemahiran di dalam sesuatu aktiviti- tentukan masa mencukupi- alat dan bahan mesti cukup atau guna bahan kutipan/gantian.

    - rancang aktiviti mudah tetapi menarik dan berkesan.Contoh : melukis dan membuat gambar Tajuk Hari Kebangsaan ,aktiviti pelbagai seperti lukisan, catan, kolaj,resis.

    Tiga faktor hasil pembelajaran yang harus digabungkana) unsur-unsur seni ( garisan, bentuk , warna, jalinan,ruang)b) kegiatan yang dicadangkan ( 4 bidang Pendidikan Seni Visual)c) Kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya dan persepsi

    Topic 8

    Apakah tujuan set induksi dalam P&P?

    Set indksi amat penting untuk menarik perhatian murid untuk :

    1. membina aliran pemikiran dan menimbulkan minat utk memusatkan fikiran utk bljr.2. mendapatkan perhatian murid3. menimbulkan perasaan ingin tahu4. mengaitkan pelajaran baru dgn pelajaran lalu5. menggalakkan penglibatan murid6. menyediakan strktur bagi satu2 pelajaran

  • 7/28/2019 Soalan HBAE1103 TOPIK 1-10

    11/14

    TOPIK 9(Contoh Soalan bhg B @ C)

    Apresiasi Seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsurseni dan nilai-nilai sosio-budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf.

    (a) Jelaskan DUA pendekatan dalam Apresiasi Seni.

    (b) Senaraikan dan bincangkan kaedah-kaedah dalam melihat seni.

    Jawapan:

    (a) 2 pendekatan dalan apresiasi seni ialah (modul ms 151 & 152)

    i) pendekatan secara logik

    berbentuk tradisional , memerlukan [emahaman secara intelek semat-mata

    cth aktiviti - secara penerangan , pemerhatian, perbandingan, penghasilan

    ii) pendekatan secara psikologi

    - menjurus kpd perasaan peribadi, emosi & perasaan dalaman kpd penghasilan dan penghayatan sesuatu karya

    - meninggalkan pengalaman yang berkesan dan mendalam

    cth aktiviti - kritikan terhadap lukisan/karya, set induksi, membesarkan gambar, lawatan/pameran, buku skrap,perbincangan /perbandingan, inkuiri penemuan.

    (b) kaedah-kaedah melihat seni (modul ms 153 & 154)

    i) hedonistik - luahan perasaan secara spontan. kaedah ini tidak sealiran dengan penkritik dan ahli psikologi krn

    tidak diterjemah oleh pemikiran dan hanya berdasarkan maklumat kendiri shj. Tidak sesuai digunakan disekolah-sekolah.

    ii) kaedah konstektualistik - pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah , sistematik dan lebih praktikal. merujuk kpd

    perincian dr aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan. Menyediakan pengetahuan mantab dlm pengamatankarya.

    iii) kaedah organistik - menjurus kpd aturan yg mempunyai satu sistem yang teratur dan terancang. Penilaiandibuat serata, menyentuh intuisi dan menyenangkan.

    iv) kaedah normistik - merujuk kpd kriteria dan norma sesuatu karya dr aspek nilai masyarkat, agama danbudaya.

    Berlaitan dgn pendekatan diri kpd Allah,ketalwaan tiada unsur sensasi. Menolak peradaban moden yangmelampaui batas agama dan budaya.

    v) kaedah elektik - berbentuk cara bersepadu dan holistik. Gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapanpositif dan negatif. kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak sahaja.

  • 7/28/2019 Soalan HBAE1103 TOPIK 1-10

    12/14

    Berdasarkan cadangan yang dikemukakan oleh Feldman (1967) dan Smith(1967), huraikan setiapsatu tahap proses persepsi dan intelektual berikut:

    a) huraian / menggambar

    b) analisis

    c) tafsiran

    d) penilaian

    Jawapan:

    Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni, berasaskan kepadaproses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:

    a. Menggambarkan

    Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk,rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.

    b. Menganalisa

    (i) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur.(ii) Menganalisa kualiti ekspresif seperti mooddan suasana.(iii) Menghuraikan stail sesuatu karya.

    c. Tafsiran

    (i) Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan.(iI) Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untukmenjelaskan makna tersebut.

    d. Penilaian(i) Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian,gubahan, teknik dan fungsi.(ii) Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (significance) dari segi individu,sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.

  • 7/28/2019 Soalan HBAE1103 TOPIK 1-10

    13/14

    Nota penting

    Kaedah melihat seni ( Kritik ) terdiri daripada kaedah :

    a) Hedonistik luahan perasaan secara spontan sama ada suka @ tidak, tertarik,pernyataan spontan.

    b) Kontekstualistik pemerhatian dibuat secara ilmiah, sistematik serta kejelasan.

    c) Organistik melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni, imbangan,

    perulangan,kesinambungan.d) Normistik - kriteria sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat,agama dan budaya.

    e) Elektik gabungan persepsi penilai seni tentang tangganpan positif dan negatif. Wajaran secara baik,

    sederhana dan kurang baik.

    Pendekatan Apresiasi seni terbahagi kepada dua iaitu :

    a) Pendekatan secara logik tradisional penerangan (membaca,mengkaji dll), pemerhatian (pameran,filem,

    gambar), perbandingan (analisa, perbandingan) ,penghasilan ( membuat mengikut saya artis)

    b) Pendekatan secara psikologi menjurus kepada perasaan peribadi, bersifat emosi, kepada sesuatu karya seni.

    Contoh Aktiviti : seperti perbincangan, proses inkuiri, kritikan, mengolah bahan dan lain lain

  • 7/28/2019 Soalan HBAE1103 TOPIK 1-10

    14/14

    Topik 10

    Suasana dalam bilik darjah sangat mempengaruhi iklim pengajaran dan pembelajaran. Guru Pendidikan SeniVisual perlu memainkan peranan penting dalam membangkitkan iklim yang sesuai untuk kelas Pendidikan SeniVisual.

    (a) Senaraikan LAPAN aspek yang perlu diberi perhatian dalam pengurusan bilik seni.

    (b) Beri pendapat anda bagaimana iklim bilik Pendidikan Seni Visual membantu dari segi fizikal, emosi dan sosial.

    (ms168-170)

    (c) Lukiskan satu pelan bilik seni yang sesuai dan kondusif serta labelkan tempat-tempat tertentu dan huraikanpelan anda mengikut pendapat serta pandangan anda sendiri. (ms166)

    Jawapan;

    (a)aspek-aspek dalam pengurusan bilik seni:

    -keselamatan

    -kebersihan

    -susunan perabot

    -pameran hasil kerja

    -kelengkapan bilik seni

    -pengagihan tugas

    -pengumpulan alat dan bahan

    -jadual waktu penggunaan bilik seni