7
Solat Sunat Hajat Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik- baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.” (Riwayat At-Tarmizi) Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Dardabahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.” Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan. Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya. Solat Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan disertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan. FADHILAT SOLAT HAJAT 1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT. 2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah. 3. Permohonan dimakbulkan Allah SWT.

Solat Sunat Hajat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Solat hajat

Citation preview

Page 1: Solat Sunat Hajat

Solat Sunat Hajat

Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun lambat.”

Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan.

Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya.

Solat Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan disertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.

FADHILAT SOLAT HAJAT

1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.3. Permohonan dimakbulkan Allah SWT.

Page 2: Solat Sunat Hajat

PANDUAN SOLAT HAJAT

Sekiranya dilakukan selepas terjaga dari tidur pada sebelah malam, sebelum melakukan Solat Sunat Hajat, hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu kemudian berwuduk bagi membersihkan diri dan menyegarkan diri. Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna putih.

Alhakim berkata,“Sesiapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya.”

Sebaiknya dirikanlah Solat Sunat Wuduk dan Tahajjud terlebih dahulu sebelum melakukan Solat Sunat Hajat.

CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT

Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun yang telah disyariatkan itu.  Perbezaannya cuma pada perkara-perkara berikut:

1.  Lafaz dan niat:

“U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”

Daku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.

2.  Bacaan selepas Al-Fatihah

Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat Al-Kursi  (satu kali atau 11 kali)

Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas  (sekali atau 11 kali)

“Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”

“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”

Page 3: Solat Sunat Hajat

*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat ‘Surah Al-Fatihah’, ‘ayat Al-Kursi’ dan ‘Qulhu wallaahu Ahad’.

3.  Membaca Tasbih

a.  Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.” 

Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.

b.  Atau Tasbih berikut 1 kali:

Page 4: Solat Sunat Hajat

4.  Wirid Selepas Solat Hajat

Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:

       a. Istighfar (10 / 100 kali)

“As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.”

Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.

      b. Zikir

“Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.” 

Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.

 .

     c.  Selawat (10 / 100 kali)

“Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.”

Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.

Page 5: Solat Sunat Hajat

5.  Doa Solat Hajat

Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:

DOA SOLAT HAJAT

( untuk diri sendiri dan untuk orang lain )

Ya Allah, tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Penyantun lagi Maha Pemurah. Maha Suci Allah, Tuhan Arasy yang Maha Agung. Segala puji bagi Allah, Tuhan Pengatur alam semesta. Aku meminta kepada Engkau, yang memastikan rahmat Engkau dan keutamaan ampunan Engkau dan terpelihara dari segala macam dosa dan dapat merebut daripada bermacam kebaikan dan selamat dari segala bentuk kesalahan.

Ya Allah, janganlah Engkau biarkan aku berdosa, melainkan Engkau ampuni, janganlah Engkau biarkan aku didalam kesulitan, melainkan Engkau lepaskan. Janganlah Engkau biarkan aku mempunyai hajat yang Engkau redhai, melainkan Engkau kabulkan jua.

Ya Allah, dengar lah hajat ku ini ….. (sebutkan hajat)

Ya Allah, jika sememangnya telah Engkau ketahui bahawa pekara yang aku hajatkan itu baik bagi ku (nya) dalam urusan agama ku (nya) dan penghidupan ku (nya) serta akibat urusan ku (nya), maka takdirkan lah ia untuk ku (nya) dan permudahkan ia bagi ku (nya) serta berkatilah aku (dia) didalamnya. Tetapi jika Engkau ketahui bahawa pekara itu buruk bagi ku (nya) dalam urusan agama ku (nya) dan penghidupan ku (nya) serta akibat urusan ku (nya), maka hindarkan lah ia bagi ku (nya) dan jauhkanlah aku  (dia)  daripadanya. Engkau takdirkan kebaikan bagi ku (dia) dimana saja adanya dan Engkau jadikan hati ku (nya) meredhainya.

 Ya Allah, masukkan aku kedalam golongan hamba-hamba Mu yang sentiasa redha dengan ketentuan Mu, yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Mu dan yang sentiasa bersabar dengan ujian Mu, sehingga aku tidak meminta Engkau dahulukan segala pekara yang Engkau kemudian dan tidak pula aku meminta Engkau kemudiankan pekara yang Engkau dahulukan. Ampunkan lah aku, rahmati lah aku dan maafkan lah keterlanjuran ku. Pada Engkau lah aku kembalikan segala urusan dan kepada Engkau lah aku bertawakkal.

Page 6: Solat Sunat Hajat

Cara Solat Hajat yang kedua

Dibuat sebanyak 2 rakaat. Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Kafirun 10 kali. Rakaat Kedua dibaca surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.

Apabila selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat keatas nabi sebanyak 10 kali: 

"Allaahumma sholli ‘alaa habiibika sayyidinaa Muhammadin wa aalihi wa shohbihi wa sallim".

Kemudian membaca Tasbih 10 kali: 

"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyil ‘azhiim."

Kemudian Doa ini 10 kali: 

"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar."

Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud.