63
SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT KUMPULAN POSISI ATLET BOLA JARING PERINGKAT UNIVERSITI RUSEDAWATTY BINTI OSMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT

KUMPULAN POSISI ATLET BOLA JARING PERINGKAT

UNIVERSITI

RUSEDAWATTY BINTI OSMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

PSZ 19:16 (Pind. 1/07) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS Nama Penulis : RUSEDAWATTY OSMAN Tarikh Lahir : 19 SEPTEMBER 1982 Judul : SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT KUMPULAN POSISI

ATLET BOLA JARING PERINGKAT UNIVERSITI Sesi Pengajian : 2007/2008 Saya dengan ini mengakui bahawa tesis ini diklasifikasikan sebagai:

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan

Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Saya mengaku bahawa Universiti Teknologi Malaysia mempunyai hak untuk menyimpan tesis ini seperti berikut : 1. Tesis ini adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian

tinggi.

Disahkan oleh:

_________________________ _____________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

820919-03-5342 EN. SYAHRUL RIDHWAN MORAZUKI

(NO. KAD PENGENALAN) (NAMA PENYELIA)

Tarikh : 28 April 2008 Tarikh : 28 April 2008

Page 3: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan).”

Tandatangan : ..............................................

Nama Penyelia : En. Syahrul Ridhwan Morazuki

Tarikh : 28 April 2008

Page 4: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

ii

SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT

KUMPULAN POSISI ATLET BOLA JARING PERINGKAT

UNIVERSITI

RUSEDAWATTY BINTI OSMAN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

iii

Saya mengakui bahawa tesis yang bertajuk “Somatotaip dan Tahap Ketangkasan Atlet

Bola Jaring Peringkat Universiti ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : .............................................

Nama Penulis : Rusedawatty Osman

Tarikh : 28 April 2008

ii

Page 6: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

iv

DEDIKASI

Teristimewa untuk keluarga yang tercinta…..

Bonda,

Mek Nab Yusof, terima kasih di atas didikan dan asuhanmu, kata-kata

semangat dan doronganmu,

Kakak-kakakku,

Roslina dan Rosmahani

Serta adik-adikku,

Mohd Rusaidy dan Rosamira Elissa,

Teruskan perjuanganmu sehingga berjaya.

Tidak kulupakan, kepada Allahyarhamah kakakku yang tercinta,

Rahimah Osman yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 April 2008.

semoga rohmu dicucuri rahmatNya.

Terima kasih atas pengorbanan dan sokongan yang kalian berikan

Akan kukenang hingga ke akhir hayat...

Untuk teman-teman seperjuangan….

Terima kasih atas segala sokongan dan pandangan...

Kenangan berasama tak mugkin dapat dilupakan........

iii

Page 7: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

v

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani......

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya saya

dapat menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Saya ingin merakamkan ucapan

terima kasih yang tidak terhingga serta setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Syahrul

Ridhwan Morazuki selaku penyelia PSM ini yang telah banyak memberikan bimbingan

serta tunjuk ajar dalam menjalankan dan menyiapkan projek ini.

Tidak dilupakan juga kepada pensyarah-pensyarah Sains Sukan yang banyak

memberikan pandangan serta cadangan membina sepanjang kajian ini dijalankan.

Seterusnya, ucapan terima kasih ditujukan kepada para subjek dan jurulatih yang

terlibat dalam kajian ini di atas kesudian memberikan kerjasama bagi mendapatkan data

untuk menjalankan kajian.

Selain daripada itu, penghargaan juga diberikan kepada semua yang terlibat

secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Projek Sarjana Muda ini.

Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian. InsyaAllah.

iv

Page 8: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti kategori somatotaip atlet

bola jaring peringkat universiti dan mengenalpasti perbezaan tahap ketangkasan atlet

tersebut mengikut tiga kumpulan posisi yang berbeza iaitu pemain penyerang, pemain

tengah dan pemain pertahanan. Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun

terlibat dalam kajian ini. Pengukuran somatotaip dilakukan dengan menggunakan

kaedah Heath-Carter iaitu dengan mengambil ukuran ketebalan kulit di bahagian

triceps, subskapular, suprailiak dan betis. Data yang diperolehi dianalisa untuk

mengkategorikan atlet sama ada dalam kumpulan endomorf, mesomorf atau ektomorf.

Hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan kategori somatotaip di antara kumpulan

pemain penyerang, tengah dan pertahanan di mana kesemua atlet berada dalam kategori

mesomorphic predominance. Ujian-T pula dijalankan bagi mengenalpasti tahap

ketangkasan para atlet mengikut posisi yang ditetapkan. Subjek dikehendaki untuk

berlari mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan masa terbaik daripada tiga

percubaan direkod. Data ujian ketangkasan yang diperolehi dianalisis menggunakan

ujian ANOVA sehala dan hasil analisis mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan

tahap ketangkasan yang signifikan (F =5.66, P < 0.05) di antara kumpulan posisi

pemain penyerang, pemain tengah dan pemain pertahanan.

v

Page 9: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

vii

ABSTRACT

The purpose of this study was to identify the somatotype category of university

level netballers and to identify the difference of agility level according to their playing

position which are attackers, centers and defenders. Seven athletes aged between 21

and 22 years old were involved in this study. Somatotype measurement has been done

by measuring the skin thickness of triceps, subscapular, suprailliac and calf, using the

Heath-Carter method. Data obtained from the measurement were analyzed to

categorize the athletes whether they are in endomorph, mesomorph or ectomorph group.

Result of this study revealed that there was no different in somatotype category among

attackers, centers and defenders where the all athletes were found to be mesomorphic

predominance. T-test was carried out to identify the agility level according to those

groups of playing position. Subjects were asked to run according to the procedure

which has been prescribed and the best time of the three trials was recorded. Data

collected from the agility test was analyzed by using the One Way ANOVA and the

analysis shows that there was no significant different (F =5.66, P < 0.05) of agility level

between attackers, centers and defenders.

vi

Page 10: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

viii

BAB ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

TAJUK

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

SENARAI LAMPIRAN xii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 4

1.5 Hipotesis Kajian 4

1.6 Kepentingan Penyelidikan 5

1.7 Limitasi 5

1.8 Definisi Istilah 6

vii

Page 11: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

ix

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 8

2.2 Antropometri dan Somatotaip 8

2.3 Pengukuran Lipatan Kulit 10

2.4 Ujian Ketangkasan 11

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk Kajian 12

3.2 Subjek Kajian 14

3.3 Tempat Kajian 14

3.4 Instrumen Kajian 14

3.5 Prosedur Kajian 15

3.5.1 Pengukuran Somatotaip 15

3.5.2 Pengiraan somatotaip 16

3.5.3 Ujian Ketangkasan 17

3.6 Penganalisaan Data 18

4 ANALISIS DATA

4.1 Analisis Deskriptif 19

4.2 Somatotaip 20

4.3 Ujian Ketangkasan 24

4.4 Analisis Inferensi 26

viii

Page 12: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

x

5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Perbincangan 27

5.1.1 Data Deskriptif 27

5.1.2 Somatotaip 27

5.1.3 Ujian Ketangkasan 29

5.2 Kesimpulan 30

5.3 Cadangan 30

RUJUKAN 31

LAMPIRAN 34

ix x xi xii xiii ix x ix

Page 13: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan

tinggi 19

4.2 Nilai bagi setiap komponen somatotaip dan

kumpulan somatotaip subjek mengikut individu 20

4.3

Nilai bagi setiap komponen somatotaip dan

kumpulan somatotaip subjek mengikut kumpulan

posisi

22

x

Page 14: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta alir pelaksanaan kajian 13

3.2 Diagram bagi Ujian-T 17

4.1 Carta somatotaip mengikut individu 21

4.2 Carta somatotaip berdasarkan kumpulan posisi

pemain 23

4.3 Skor ujian ketangkasan (individu) 24

4.4 Skor ujian ketangkasan (kumpulan posisi) 25

5.1 Perbandingan kumpulan somatotaip atlet bola jaring

UTM dan pemain bola jaring Australia 28

xi

Page 15: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

xiii

SENARAI LAMPIRAN

NO. TAJUK MUKA SURAT

A Prosedur Pengukuran Somatotaip Kaedah Heath-

Carter 34

B Prosedur Pengukuran Berat Badan dan Ketinggian 36

C Prosedur Ujian Ketangkasan (Ujian-T) 37

D Borang Pengukuran Antropometrik 39

E Borang Skor Ujian Ketangkasan (Ujian-T) 41

F Surat Perlantikan Subjek 42

G Surat Perjanjian 43

H Keputusan Analisis Ujian Ketangkasan 44

xii

Page 16: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

xiv

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kejayaan dalam bidang sukan merupakan salah satu cabang usaha sesebuah

negara untuk dikenali dan dihormati di peringkat antarabangsa. Setiap negara sentiasa

berusaha untuk menghasilkan atlet yang berpotensi tinggi, berdaya saing dan

berkeupayaan untuk mencapai kejayaan di peringkat yang tertinggi.

Dalam usaha memajukan sukan, pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak-

pihak tertentu seperti persatuan sukan, Majlis Sukan Negeri dan Majlis Sukan Negara

khususnya untuk memastikan sukan yang dipertandingkan mencapai kecemerlangan.

Tidak ketinggalan juga sukan bola jaring yang lebih dikenali umum sebagai sukan yang

didominasi oleh golongan wanita. Walaubagaimanapun, sukan ini mula diperkenalkan

untuk dimainkan oleh golongan lelaki tetapi belum dipertandingkan di peringkat

kebangsaan atau antarabangsa.

Bola jaring merupakan satu permainan berkumpulan yang dimainkan oleh dua

pasukan yang terdiri daripada tujuh orang pemain bagi setiap pasukan. Matlamat

permainan ini adalah menjaringkan bola ke dalam gol sebanyak yang boleh dalam masa

yang ditetapkan dan pasukan perlu mengutip jumlah jaringan yang lebih tinggi dari

pihak lawan untuk mencapai kemenangan. Melalui pengalaman pengkaji sebagai atlet

Page 17: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

bola jaring, beberapa kemahiran asas yang perlu ada pada setiap pemain bola jaring

ialah kelajuan, ketangkasan, semangat berpasukan, dan koordinasi. Selain itu,

permainan ini juga memerlukan tahap kemahiran sukan yang spesifik seperti berlari,

meghantar dan menangkap bola seterusnya membuat jaringan untuk memperolehi mata

(Allison, 1978). Selain itu, sukan ini juga memerlukan ketangkasan untuk mengelakkan

diri dari pihak lawan dan kebolehan mengubah haluan dengan pantas, kombinasi

dengan kebolehan melompat untuk menangkap bola yang dihantar, menepis bola atau

membuat ”rebound” selepas percubaan membuat jaringan (Steele dan Chad 1992).

Ketangkasan adalah istilah umum yang digunakan dalam kekuatan dan ’conditioning’

yang merupakan satu elemen yang perlu ada dalam kebanyakan aktiviti sukan

termasuklah sukan bola jaring. Ketangkasan didefinisikan sebagai keupayaan untuk

mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan pantas dan tepat (Sarjit Singh

dan Sheikh Kamaruddin, 1987). Keupayaan seseorang itu bertindak dengan secepat

mungkin yang dapat membantu dalam situasi permainan dan dalam masa kecemasan

untuk menyelamatkan diri. Menurut Sheppard et al. (2006) ketangkasan bermaksud

pergerakan seluruh badan dengan merubahkan arah pergerakan dengan halaju dan arah

badan yang disebabkan rangsangan yang diperlukan. Bagi meningkatkan kelajuan dan

ketangkasan ianya bergantung kepada pemain dan sukan yang diceburi atlet itu sendiri.

Bagi mencapai kejayaan dalam sukan bola jaring, pemain-pemain perlu

mempunyai kekuatan otot, daya tahan otot, daya tahan kardivaskular, fleksibiliti,

ketangkasan serta kemahiran-kemahiran spesifik yang lain seperti membuat hantaran,

menangkap bola dan membuat jaringan (Banggalay, 1996). Selain itu, terdapat

beberapa faktor lain yang mempengaruhi tahap pencapaian prestasi atlet. Menurut

Thorland et al. (1981), bentuk tubuh badan merupakan salah satu faktor yang penting

dalam usaha untuk mencapai prestasi yang tinggi. Cabang ilmu ini dinamakan

antrompometri. Menurut Sheldon (1940), antropometri juga dikenali sebagai

“pengukuran manusia”. Ia merupakan satu bidang sains yang mengklasifikasikan badan

dan bentuk tubuh badan seseorang. Walaubagaimanapun, populasi yang berbeza

mempunyai ukuran dan saiz yang berbeza.

2

Page 18: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

16

Bertillon (1893), di dalam Carter (1982), menyatakan bahawa badan manusia

boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan iaitu kecil, sederhana dan besar. Namun

Bertillon tidak dapat menggambarkan suatu sistem yang teratur dan tersusun bagi

ketiga-tiga kumpulan tersebut. Beliau mengatakan bahawa ukuran di beberapa

bahagian badan yang diambil boleh menggambarkan ukuran seluruh badan secara

relatif. Sebagai contoh, jika ukuran panjang lengan telah diambil dan dikategorikan ke

kumpulan sederhana, maka ukuran pada kaki secara realtifnya akan didapati juga.

Selepas kajian Sheldon (1940) ke atas fotografi manusia dari pandangan depan,

tepi dan belakang, aplikasi antropometri telah dikembangkan. Sheldon menyimpulkan

bahawa fizikal seseorang manusia boleh dibahagikan kepada 3 elemen yang asas.

Menurut Sheldon, antropometri adalah sangat berkait rapat dengan teori somatotaip

yang terdiri daripada tiga kategori iaitu endomorf, mesomorf dan ektomorf.

Sukan bola jaring memerlukan keupayaan fizikal yang pelbagai.

Walaubagaimanapun, tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpsti

kategori somatotaip dan tahap ketangkasan atlet bola jaring peringkat universiti

mengikut kumpulan posisi yang berbeza iaitu posisi penyerang, tengah dan pertahanan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Berdasarkan pengetahuan penyelidik, tiada atau tidak banyak kajian yang telah

dijalankan berkaitan somatotaip dan tahap ketangkasan khususnya dalam sukan bola

jaring di Malaysia. Sebagai langkah permulaan, penyelidik menjalankan kajian ini

untuk mendapatkan maklumat berkaitan perkara yang dikaji dan seterusnya dapat

membantu persiapan pasukan bola jaring UTM khususnya bagi menghadapi kejohanan

sukan antara universiti (MASUM) yang akan berlangsung pada Mei 2008 di negeri

Sabah.

3

Page 19: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

17

1.3 Pernyataan Masalah

Somatotaip dan ketangkasan adalah antara komponen fizikal yang sangat

penting dalam sukan bola jaring. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti

somatotaip dan ketangkasan pemain-pemain bola jaring serta mengkaji perbezaan ciri-

ciri fizikal tersebut mengikut kumpulan posisi masing-masing.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut:

1.4.1 mengenalpasti kategori somatotaip atlet bola jaring UTM berdasarkan kumpulan posisi iaitu pemain penyerang, tengah dan pertahanan

1.4.2 mengenalpasti atau mengukur tahap ketangksan atlet bola jaring UTM 1.4.3 membandingkan tahap ketangkasan atlet bola jaring UTM berdasarkan

kumpulan posisi yang berbeza iaitu pemain penyerang, pemain tengah dan

pemain pertahanan

1.5 Hipotesis Kajian

Ho 1 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap ketangkasan di antara

pemain penyerang, pemain tengah dan pemain pertahanan.

4

Page 20: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

18

Ha 1 Terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap ketangkasan pemain bola jaring

di antara pemain penyerang, pemain tengah dan pemain pertahanan.

1.6 Kepentingan Penyelidikan

Melalui hasil atau dapatan kajian ini, atlet dapat mengetahui ciri-ciri bentuk

tubuh badan dan tahap ketangkasan mereka. Penyelidikan ini juga dapat membantu

jurulatih menganalisis prestasi seseorang atlet berdasarkan kumpulan somatotaip yang

diperolehi. Ini kerana jangkaan awal prestasi seseorang dapat dibuat berdasarkan faktor

bentuk tubuh badan bagi orang tersebut. Di samping itu, hasil kajian ini juga dapat

mengenalpasti tahap ketangkasan pemain seterusnya merancang latihan yang lebih baik

pada masa akan datang sekiranya terdapat kelemahan. Selain itu, hasil kajian ini

diharap dapat digunakan sebagai satu panduan untuk memilih bakat baru dalam sukan

bola jaring pada masa akan datang. Kajian ini juga dapat digunakan sebagai panduan

kepada pengkaji lain pada masa akan datang untuk membuat kajian lebih lanjut

mengenai somatotaip dengan tahap ketangkasan atlet.

1.7 Limitasi

1.7.1 Sampel kajian adalah terhad kepada tujuh orang atlet bola jaring yang mewakili

UTM ke Kejohanan MASUM yang akan berlangsung pada bulan Mei 2008.

1.7.2 Kajian ini terbatas kepada pemain bola jaring yang berusia 21 dan 22 tahun

sahaja.

5

Page 21: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

19

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Somatotaip

Rupa bentuk dan jenis susuk badan manusia yang digunakan dalam sistem

klasifikasi jenis fizikal manusia.

1.8.2 Endomorf

Individu yang dikenali oleh peratusan lemak badan yang tinggi, sifat kebulatan

dan (jika ada) berotot tegap sedikit sahaja. Perhubungan badan yang berlemak

tidak semestinya menunjukkan tisu otot yang kurang tetapi kadang kala

dilindungi dibawah lemak.

1.8.3 Mesomorf

Seseorang yang mempunyai ciri-ciri di mana berotot besar dan tegap dengan

bahagian dada yang luas, bahu yang lebar, berpinggul tebal dan garis pinggang

yang agak lampai. Mereka juga mempunyai komposisi berat yang tidak

berlemak dan berkebolehan yang sangat baik dari segi indeks kekuatan dan

kuasa.

1.8.4 Ektomorf

Seseorang yang mempunyai ciri-ciri di mana lengan dan kaki yang panjang,

bahagian atas tubuh pendek, sepatutnya mempunyai tahap tisu saraf yang tinggi.

Mereka juga mempunyai otot yang kecil dan panjang. Biasanya individu dalam

kategori ini mempunyai kandungan lemak yang sangat sedikit, dengan itu

mereka dikenali sebagai golongan yang kurus.

1.8.5 Ketangkasan

Keupayaan untuk mengubah arah pergerakan atau kedudukan badan dengan

pantas dan tepat.

6

Page 22: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

20

1.8.6 Kumpulan posisi pemain

Posisi pemain bola jaring di bahagikan kepada 3 bahagian iaitu pemain

penyerang (GA dan GS), pemain tengah (WA, WD dan C) dan pemain

pertahanan (GD dan GK).

1.8.7 MASUM

Majlis Sukan Universiti Malaysia

1.8.8 Atlet bola jaring UTM

Pemain bola jaring yang mewakili Universiti Teknologi Malysia ke Kejohanan

Sukan MASUM.

7

Page 23: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Kejayaan atlet biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah

tahap kecergasan fizikal yang terdiri daripada kecergasan kardiovaskular, daya tahan

otot, kekuatan otot, ketangkasan, kelajuan dan kelenturan. Selain itu kejayaaan atlet

juga berkait rapat dengan ciri fizikal tubuh badan mereka. Terdapat tiga kategori ciri

fizikal tubuh yang di nyatakan oleh Sheldon (1940) iaitu endomorf, mesomorf dan

ektomorf. Menurut Carter (1985), seseorang individu dapat menentukan

penglibatannya dalam aktiviti sukan berdasarkan ciri-ciri fizikal tubuh badan mereka.

Dalam bab ini, disenaraikan beberapa kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang

dijalankan oleh penyelidik.

2.2 Antropometri dan Somatotaip

Nik Shanita dan Hera (1999) dalam kajiannya yang bertajuk “Status pemakanan

di kalangan atlet elit bola jaring perempuan Sukan Komanwel semasa menjalani latihan

pusat” menyatakan bahawa ciri fizikal atlet elit bola jaring Sukan Komanwel pada

amnya baik jika dibandingkan dengan kajian tempatan lain. Walaubagaimanapun, tiada

Page 24: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

9

penerangan yang lebih spesifik tentang ciri fizikal tubuh atlet dinyatakan kerana kajian

lebih memfokuskan kepada status pemakanan.

Menurut Johnson dan Nelson (1986), Willian H. Sheldon merupakan nama yang

tidak asing lagi dalam bidang somatotaip. Beliau dipengaruhi oleh Kretchmer dan juga

perintis-perintis sebelumnya. Sheldon telah menyimpulkan bahawa terdapat tiga ciri

fizikal tubuh badan yang asas iaitu endomorf, mesomof dan ektomorf. Lazimnya, ciri-

ciri fizikal tubuh badan manusia mempunyai kaitan dengan personaliti dan tingkah laku,

kesihatan dan prestasi fizikalnya. Pada masa kini, masyarakat mempunyai pandangan

yang stereotaip terhadap kegemukan, kelangsingan dan ketegapan tubuh badan, konsep

ini telah membawa kepada asas pembentukan somatotaip (Willgoose, 1961).

Data antropometri dalam sukan bola jaring adalah terhad. Bagaimanapun, Bale

dan Hunt (1986) telah membuat satu kajian perkaitan antara antropometri dengan

piawai dan posisi permainan. Kebanyakan atlet elit bola jaring adalah tinggi,

mempunyai kekuatan, struktur fizikal yang seimbang dan peratus lemak badan yang

tinggi (Bale dan Hunt, 1986). Kajian yang dilakukan mendapati pemain penyerang dan

pertahanan lebih tinggi berbanding pemain tengah yang secara signifikannya adalah

lebih rendah, mempunyai diameter tulang dan ukur lilit anggota badan (tangan dan

kaki) yang lebih kecil. Elliot dan Smith (1983) pula mengkaji hubungan antara

ketepatan jaringan gol dengan antropometri yang dipilih dan faktor-faktor

biomekanikal. Keputusan yang diperolehi mendapati penjaring yang tinggi, kurang

mesomorf dan mempunyai peratus lemak badan yang tinggi adalah lebih tepat

jaringannya.

Page 25: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

10

2.3 Pengukuran Lipatan Kulit (Skinfold)

Wood (2004) telah mentafsirkan pengukuran lipatan kulit sebagai suatu

pengaggaran lemak badan dengan menggunakan pengukuran ketebalan lipatan kulit.

Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa kaliper pengukuran lipatan kulit adalah

direka khas untuk mengukur tisu di bawah kulit dengan tepat. Untuk memudahkan

pengukuran dijalankan, beliau telah mengemukakan dua jenis kaedah yang boleh

digunakan iaitu tujuh dan tiga tempat lipatan kulit diukur. Tujuh tempat tersebut ialah

dada, trisep, subskapular, axilla, suprailiak, abdomen dan paha. Manakala untuk tiga

bahagian badan yang diukur ialah dada, abdomen dan paha bagi lelaki, trisep, supraliak

dan paha bagi wanita.

Menurut Koop (1995), pengukurun lipatan kulit adalah suatu pengukuran di

mana ukuran lipatan kulit dan lemak telah diambil pada bahagian tubuh badan yang

tertentu dan dimasukkan ke dalam suatu persamaan unutk mendapatkan anggaran

jumlah lemak dalam tubuh. Dalam kaedah pengukuran ini, kaedah pengukuran

komposisi tubuh badan manusia digunakan dengan meluas untuk menilai dan mentaksir

peratusan lemak tubuh badan.

Telford et al. (1984) pula mendapati min bagi tujuh lipatan kulit yang diukur

adalah 87 mm dan berdasarkan dapatan kajian beliau merumuskan bahawa atlet elit bola

jaring menyamai atlet bola kerangjang profesional iaitu mempunyai otot-otot yang besar

tetapi tahap lemak dalam tisu badan rendah.

Page 26: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

11

2.4 Ujian Ketangkasan

Menurut Young et al. (2006), ketangkasan merupakan satu komponen yang

penting di dalam banyak jenis sukan tetapi masih tidak terdapat banyak kajian

mengenainya. Banyak komponen yang boleh mempengaruhi bagi meningkatkan

ketangkasan seseorang antaranya melalui perbincangan dan panduan latihan yang di

sediakan. Prinsip latihan yang khusus harus di tekankan bagi meningkatkan perubahan

ketangkasan maksimum ketika beraksi.

Berdasarkan kenyataan Jo’zef (1996), ketangkasan hanya boleh ditingkatkan

dengan beberapa latihan spesifik yang dijalankan secara teratur. Ia juga melibatkan

aspek kemahiran terbuka dan tertutup yang ada pada seseorang. Semua ini adalah

berkait rapat antara satu sama lain. Latihan yang dijalankan ini mestilah bermula

dengan gerakan kaki yang baik dan gerakan ini banyak mempengaruhi aspek

ketangkasan pemain.

Selain itu, Helen et al. (1996), menyatakan bahawa ketangkasan adalah

kelakuan motor yang melibatkan pergerakan yang berturutan dengan arah yang berbeza

dengan seberapa cekap dan pantas yang boleh. Tambahan lagi, Mahamad Amran

(1993) menyatakan bahawa ketangkasan merujuk kepada kemampuan individu menukar

arah dan kelajuan semasa bergerak. Beliau juga menyatakan ketangkasan boleh dibina

jika melakukan pergerakan itu berulang kali seperti aktiviti lari ulang-alik.

Page 27: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka Bentuk Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan konsep somatotaip yang diperkenalkan

oleh Heath & Carter pada tahun 1990 untuk mendapatkan maklumat tentang tubuh

badan subjek. Berdasarkan Carter dan Heath (1990), terdapat beberapa perubahan yang

penting dalam dalam pengiraan peningkatan seperti penukaran unit metrik dalam

borang peningkatan, penyesuaian ketinggian bagi endomorf yang mana ia telah menjadi

prosedur yang piawai dan kegunaan persamaan yang biasa digunakan sebagai panduan

dalam borang peningkatan.

Ujian pengukuran somatotaip kaedah Heath-Carter digunakan untuk

mengenalpasti jenis somatotaip para atlet dengan menggunakan beberapa alatan tertentu

manakala berat badan dan ketinggian diukur menggunakan alat penimbang “Health

Scale Measurement” yang masing-masingnya diukur dalam unit kg (± 0.1) dan unit sm

(± 0.1). Indeks Jisim Tubuh (kg/m2) diukur dari pengiraan berat dan tinggi subjek,

seterusnya dikelaskan mengikut WHO Expert Committee (1997). Seterusnya

penyelidik melakukan ujian ketangkasan bagi menguji tahap ketangkasan para atlet.

Ujian ketangkasan yang dijalankan adalah ujian-T. Rajah 3.1 menunjukkan carta alir

pelaksanaan kajian ini dijalankan.

Page 28: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

19

Rajah 3.1: Carta Alir Pelaksanaan Kajian

Taklimat kepada subjek tentang prosedur pengukuran dan ujian yang akan dijalankan

Pengukuran somatotaip menggunakan kaedah Heath-Carter (N=7)

Menjalankan ujian ketangkasan iaitu Ujian-T (N=7)

• Pengiraan somatotaip menggunakan rumus • Proses data deskriptif yang diperolehi dengan

menggunakan SPSS

13

Page 29: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

20

3.2 Subjek Kajian

Kajian ini melibatkan 7 orang atlet bola jaring yang mewakili UTM ke

Kejohanan Sukan MASUM 2008 yang berumur di antara 21 dan 22 tahun.

3.3 Tempat Kajian

Kajian dijalankan di tempat subjek membuat latihan harian mereka iaitu di

Dewan Serbaguna Kolej Tun Fatimah, UTM, Johor.

3.4 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan kaliper lipatan kulit (skinfold caliper) dan kaliper

tulang untuk mendapatkan ukuran lipatan kulit seterusnya membuat pengiraan untuk

mengklasifikasikan subjek mengikut kategori somatotaip sama ada endomorf,

mesomorf atau ektomorf. Bagi pengukuran tinggi dan berat pula alatan ”Health Scale

Measurement” digunakan bertujuan untuk mendapatkan indeks jisim tubuh. Bagi ujian

ketangkasan, alat yang digunakan ialah jam randik (stopwatch), pita pengukur dan pita

penanda.

14

Page 30: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

21

3.5 Prosedur Kajian

Sebelum sesi pengujian dijalankan, subjek terlebih dahulu diberi taklimat dan

penerangan tentang prosedur ujian yang akan dijalankan. Ini adalah bertujuan untuk

memastikan ujian dapat dilakukan dengan betul sekaligus memberikan keputusan yang

tepat.

3.5.1 Pengukuran Somatotaip

Pengukuran somatotaip dilakukan berdasarkan kaedah Heath-Carter iaitu

menentukan komponen-komponen somatotaip yang terdiri daripada endomorf,

mesomorf dan ektomorf. Bagi mengenalpasti komponen somatotaip subjek-subjek

kajian ini, 10 dimensi antropometrik diperlukan iaitu tinggi, berat badan, 4 ukuran

lipatan kulit (triceps, subskapular, suprailiak dan betis), diameter tulang humerus dan

femur serta lilitan lengan dan betis (Somatotaip Instructional Manual, 2002).

Bagi mengukur berat dan tinggi para subjek, alat yang digunakan ialah “Health

Scale Measurement” di mana subjek perlu berdiri tegak, memandang ke hadapan dan

bahagian belakang tubuh rapat pada alat pengukur. Subjek juga perlu memakai pakaian

yang minimal bagi mengelakkan ralat. Ukuran tinggi dan berat dicatat.

Untuk mengambil ukutan lipatan kulit bahagian triseps, tangan haruslah

dibiarkan di sisi badan dalam keadaaan kendur dan rehat. Lipatan kulit diukur pada

belakang di pertengahan jarak antara proses akromiom dan proses olekranon. Bacaan

diambil 1cm di atas lipatan dan selari dengan paksi memanjang lengan. Lipatan kulit

subskapular pula diukur melintang pada bahagian sudut inferior skapula kanan. Bacaan

diambil 1cm di bawah tempat cubitan. Ralat pengukuran adalah dari 0.88 mm kepada

1.16 mm (Willmore dan Behnke, 1969). Lipatan kulit pada bahagian suprailiak pula

diukur di atas pelvik kanan (illiac crest) di garisan pertengahan axillary. Lipatan diukur

melintang mengikut garisan matural illiac crest. Subjek berdiri dengan kedua-dua belah

15

Page 31: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

22

kaki dirapatkan. Tangan akan dibiarkan rehat di sisi badan dan dijauhkan sedikit.

Bacaan diambil 1cm di bawah tempat cubitan. Ukuran betis pula diambil ketika subjek

berada dalam keadaan duduk di atas bangku. Bahagian yang diambil adalah bahagian

lilitan betis yang paling besar.

Prosedur lengkap pengukuran somatotaip serta rajah adalah sebagaimana yang

dilampirkan pada Lampiran A manakala prosedur pengukuran tinggi dan berat adalah

sebagaimana yang dilampirkan pada Lampiran B.

3.5.2 Pengiraan Somatotaip

Bagi pengiraan somatotaip, tiga rumus telah digunakan untuk menentukan nilai

endomorf, mesomorf dan ektomorf para subjek seterusnya mengkategorikan subjek

berdasarkan nilai ketiga-tiga komponen yang diperolehi. Persamaan yang digunakan

adalah seperti berikut:

3.5.2.1 Endomorf = -0.7182 + 0.145X - 0.00068X² + 0.0000014X³

Di mana X = Jumlah ticeps, subskapular & suprailiak x 170.18

Tinggi (cm)

3.5.2.2 Mesomorf = 0.858HB + 0.601FB + 0.188AG + 0.161CG - 0.131H + 4.5

Di mana, HB = Humerus Breadth

FB = Femur Breadth

AG = Corrected Arm Girth

CG = Corrected Calf Girth

H = Height (in)

AG = Arm girth (cm) – triceps skinfold (cm)

CG = Calf Girth (cm) – calf skinfold (cm)

16

Page 32: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

23

3.5.2.3 Ektomorf,

Jika HWR > 40.75, Ektomorf = 0.732HWR - 28.58

Jika 40.75 < HWR > 38.25, Ektomorf = 0.463HWR - 17.615

Jika HWR =< 38.25, Ektomorf = 0.1

Di mana, HWR (Height-Weight Ratio) = Ht/ ³√Wt Ht = Height (inch)

Wt = Weight (pound)

3.5.3 Ujian Ketangkasan

Seterusnya ujian ketangkasan iaitu ujian-T dijalankan bagi mengenalpasti tahap

ketangkasan di antara kumpulan posisi permain. Alatan yang diperlukan untuk

menjalankan ujian ialah kon, pita ukur, pita penanda dan jam randik. Seperti yang

ditunjukkan pada Rajah 3.2, ujian ini merangkumi larian pecut, lari sisi (kiri dan kanan)

dan larian undur. Empat kon akan disusun berbentuk T dan bertanda A, B, C dan D.

Jarak kon A ke kon B adalah 10 meter dan jarak kon B ke C dan B ke D adalah 5 meter.

Subjek memulakan larian dan tamat pada kon A. Masa larian dicatat sebaik sahaja

subjek menyentuh kon A. Prosedur pengujian yang lengkap adalah seperti di Lampiran

C.

Rajah 3.2: Diagram bagi Ujian-T

5 meter 5 meter

10 meter

17

Page 33: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

24

3.6 Penganalisaan Data

Data pengukuran lipatan kulit yang diperolehi dianalisa menggunakan beberapa

rumus untuk mendapatkan rating somatotaip para subjek. Semua data deskriptif akan

dianalisa dengan perisian Microsoft Excel 2007 dan diterjemahkan dalam bentuk purata

dan sisihan piawai (min ± SD). Bagi penganalisaan yang melibatkan statistik, data

dianalisa dengan menggunakan perisian komputer “Statistial Package for Sosial

Science (SPSS) for Windows Version 12.0”. Ujian ANOVA sehala digunakan bagi

membandingkan perbezaan skor min ujian ketangkasan setiap kumpulan posisi.

18

Page 34: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

19

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Analisis Deskriptif

Penganalisaan data deskriptif digunakan untuk mendapatkan sukatan serakan

iaitu kekerapan, purata, sisihan purata min dan sisihan piawai bagi taburan umur, berat

dan tinggi. Data-data tersebut akan dipaparkan ke dalam bentuk jadual bagi

memudahkan proses penganalisaan data oleh penyelidik. Taburan bilangan subjek

mengikut umur, berat dan tinggi adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.1.

Jadual 4.1 : Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi.

Subjek (N) Umur Berat (kg) Tinggi (cm)

1 22 57.00 168.00

2 22 57.00 165.00

3 22 63.00 169.00

4 22 59.90 169.00

5 21 63.00 181.00

6 22 65.00 171.00

7 22 62.00 169.00

Purata 21.86 60.99 170.29

Sisihan piawai (SD) 0.35 2.88 4.68

Page 35: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

Jadual 4.1 di atas menunjukkan taburan data tujuh orang subjek yang terlibat di

dalam kajian ini. Didapati purata umur, berat, tinggi subjek kajian ini adalah umur

21.86 ± 0.35 tahun , berat 60.99 ± 2.88 kg dan tinggi 170 ± 4.68cm.

4.2 Somatotaip

Hasil pengiraan yang telah dilakukan berdasarkan rumus somatotaip, nilai bagi

ketiga-tiga komponen somatotaip untuk setiap subjek yang diperolehi adalah seperti

berikut:

Jadual 4.2 : Nilai bagi setiap komponen somatotaip dan kumpulan somatotaip

subjek mengikut individu.

Komponen Somatotaip Subjek

Endomorf Mesomorf Ektomorf Rating Kumpulan Somatotaip

1 3.32 6.18 0.1 3-6-1 Mesomorphic predominance

2 3.26 6.88 0.1 3-6-1 Mesomorphic predominance

3 2.99 5.84 0.1 2-5-1 Mesomorphic predominance

4 3.56 6.89 0.1 3-6-1 Mesomorphic predominance

5 3.59 5.92 0.1 3-6-1 Mesomorphic predominance

6 3.54 6.86 0.1 3-6-1 Mesomorphic predominance

7 3.52 6.58 0.1 3-6-1 Mesomorphic predominance

Purata 3.40 6.45 0.1 3-6-1 Mesomorphic predominance

Berdasarkan nilai yang diperolehi, seramai 6 subjek mempunyai rating yang

sama iaitu 3-6-1 dan hanya seorang subjek sahaja mempunyai rating yang berbeza iaitu

2-5-1. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, satu carta somatotaip dihasilkan untuk

20

Page 36: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

ii

memplotkan rating somatotaip para subjek. Carta dihasilkan menggunakan koordinat X

dan Y yang diperolehi melalui persamaan X = ectomorphy – endomorphy dan Y = 2

mesomorphy – (endomorphy + ectomorphy).

Rajah 4.1 : Carta Somatotaip mengikut individu

Rajah 4.1 di atas menunjukkan carta somatotaip yang dihasilkan mengikut

kumpulan somatotaip para subjek. Berdasarkan carta tersebut, koordinat X dan Y bagi

6 subjek yang mempunyai rating 3-6-1 ialah X= -2, Y=8. Manakala seorang lagi subjek

yang mempunyai rating 2-5-1 berada pada kedudukan X= -1, Y=7. Secara

keseluruhannya, kesemua subjek berada dalam kumpulan somatotaip mesomorphic

predominance.

(3-6-1), N=6

(3-5-1), N=1

21

Page 37: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

iii

Jadual 4.3 : Nilai bagi setiap komponen somatotaip dan kumpulan somatotaip

mengikut kumpulan posisi.

Jadual 4.3 menunjukkan nilai bagi setiap komponen somatotaip dan kumpulan

somatotaip mengikut kumpulan posisi iaitu pemain penyerang, tengah dan pertahanan.

Rating bagi setiap kumpulan posisi adalah sama iaitu 3-6-1 dan secara keseluruhannya

keputusan menunjukkan bahawa tiada perbezaan kumpulan somatotaip di antara pemain

penyerang, tengah dan pertahanan.

Komponen Somatotaip Kumpulan Posisi

Endomorf Mesomorf Ektomorf

Rating Kumpulan

Somatotaip

Pemain penyerang 3.45 6.05 0.1 3-6-1 Mesomorphic

predominance

Pemain tengah 3.45 6.88 0.1 3-6-1 Mesomorphic

predominance

Pemain pertahanan 3.26 6.21 0.1 3-6-1 Mesomorphic

predominance

22

Page 38: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

iv

Rajah 4.2 : Carta Somatotaip mengikut kumpulan posisi.

Rajah 4.2: Carta somatotaip berdasarkan kumpulan posisi pemain

Berdasarkan carta somatotaip di atas, koordinat X dan Y masing-masing berada

pada nilai -2 dan 8. Ini menunjukkan bahawa bilangan subjek N=7 yang berada dalam

tiga kumpulan posisi yang berbeza iaitu penyerang (N=2), tengah (N=3) dan pertahanan

(N=2) mempunyai rating yang sama. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan

tidak terdapat perbezaan kumpulan somatotaip di antara ketiga-tiga kumpulan posisi

tersebut.

(X=-2, Y=8), N=7

23

Page 39: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

v

4.3 Ujian Ketangkasan

12.32

11.6911.75

11.38

11.71

11.84

11.69

10.8

11

11.2

11.4

11.6

11.8

12

12.2

12.4

GS GA WA C WD GD GK

POSISI

MASA (SAAT)

Rajah 4.3: Skor ujian ketangkasan (individu)

Rajah 4.3 menunjukkan skor ujian ketangkasan yang dilakukan mengikut

individu (posisi). Skor diambil berdasarkan catatan masa terbaik daripada tiga kali

percubaan. Pemain C menunjukkan tahap ketangkasan yang baik dengan catatan masa

terpantas 11.38 saat. Catatan masa yang paling tinggi pula dilakukan oleh pemain GS

dengan masa 12.32 saat. Secara keseluruhannya, hanya seorang subjek mempunyai

tahap ketangkasan yang baik manakala 6 lagi subjek berada pada tahap sederhana.

24

Page 40: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

vi

12.01

11.61 11.77

9.50

10.00

10.50

11.00

11.50

12.00

12.50

13.00

PENYERANG TENGAH PERTAHANAN

KUMPULAN POSISI

MASA (SAAT)

Rajah 4.4: Skor ujian ketangkasan (kumpulan posisi)

Skor ujian ketangkasan subjek mengikut kumpulan posisi pemain iaitu

penyerang, tengah dan pertahanan ditunjukkan pada Rajah 4.4. Berdasarkan rajah

tersebut, kumpulan posisi pemain tengah mempunyai tahap ketangkasan yang paling

tinggi dengan purata catatan masa 11.61 saat, diikuti oleh kumpulan posisi pemain

pertahanan dengan purata masa 11.77 saat. Kumpulan posisi pemain penyerang pula

mempunyai tahap ketangkasan yang kurang berbanding dua kumpulan yang tersebut

dengan catatan masa 12.01 saat. Walaubagaimanapun, berdasarkan gred yang

ditentukan, ketiga-tiga kumpulan posisi pemain tersebut mempunyai gred ketangkasan

yang sama iaitu pada tahap sederhana.

25

Page 41: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

vii

4.4 Analisis Inferensi

Data yang telah diperolehi dianalisis dengan menggunakan ujian ANOVA

sehala bagi melihat sama ada terdapat perbezaan skor min ujian ketangkasan yang

signifikan antara kumpulan posisi pemain iaitu penyerang, tengah dan pertahanan.

Nilai signifikan untuk menguji hipotesis kajian ditetapkan pada aras signifikan 0.05.

Analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pada aras

p<0.05, F (2,6) = 5.66, P = 0.68. Perbandingan post hoc menggunakan ujian Turkey

tidak menunjukkan sebarang perbezaan skor min ujian ketangkasan yang signifikan di

antara pemain penyerang, (M = 11.07, SD = 0.04), pemain tengah (M = 10.51, SD =

0.25) dan pemain pertahanan (M = 10.70, SD = 0.08).

26

Page 42: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Perbincangan

5.1.1 Data Deskriptif

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati bahawa purata umur subjek adalah

21.86 ± 0.35 tahun, berat 60.99 ± 2. 88 kg dan tinggi 170 ± 4.68 cm. Berdasarkan

dapatan kajian lepas, min tinggi bagi atlet elit bola jaring adalah 172.9 cm dan berat

64.6 kg (Bale dan Hunt, 1986). Ini menunjukkan bahawa min bagi tinggi dan berat

subjek yang dikaji adalah kurang berbanding min tinggi dan berat dapatan kajian yang

lepas.

5.1.2 Somatotaip

Hasil kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa kesemua subjek berada

dalam kumpulan somatotaip mesomorphic predominance iaitu seseorang yang

mempunyai ciri-ciri fizikal yang berotot besar dan tegap dengan bahagian dada yang

luas, bahu yang lebar, berpinggul tebal dan garis pinggang yang agak lampai. Mereka

juga mempunyai komposisi berat yang kurang berlemak dan berkebolehan yang sangat

baik dari segi indeks kekuatan dan kuasa.

Page 43: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

36

Daripada dapatan kajian ini dapatlah dirumuskan bahawa tidak terdapat

perbezaan kategori somatotaip di antara kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan

pertahanan. Walaubagaimanapun, hasil kajian ini berbeza dengan dapatan kajian yang

dilakukan oleh Withers et al. (1987), Bale dan Hunt (1986) dan Elliot dan Smith (1983)

di mana hasil kajian mereka ke atas atlet elit bola jaring menunjukkan bahawa atlet

tersebut berada dalam kumpulan somatotaip endomorphic predominance.

(a) Atlet bola jaring UTM (b) Atlet bola jaring Australia

Rajah 5.1 : Perbandingan kumpulan somatotaip atlet bola jaring UTM dan

pemain bola jaring Australia

Rajah 5.1 di atas menunjukkan perbezaan dapatan kajian yang dilakukan dengan

kajian yang lepas. Rajah 5.1 (a) menunjukkan kategori somatotaip atlet bola jaring

UTM manakala rajah 5.1 (b) menunjukkan kategori somatotaip atlet wanita Australia

dan kedudukan atlet bola jaring adalah yang bertanda dengan koordinat X dan Y

28

(Withers, et al. 1987)

(3-6-1)

X=-2, Y=8

*

*

(3.0-3.8-3.3)

X=0.3, Y=1.3

Page 44: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

36

masing-masing 0.3 dan 1.3. Pada pandangan penulis, perbezaan ini wujud akibat

daripada perbezaan struktur fizikal atlet-atlet Malaysia umumnya dan atlet UTM

khasnya dengan atlet-atlet antarabangsa. Keadaan ini juga menyebabkan tahap

pencapaian pasukan di negara-negara Eropah lebih cemerlang berbanding pasukan dari

negara-negara Asia. Pandangan penulis ini disokong berdasarkan sumber David

Kendix (2007) di mana pasukan Australia menduduki tempat pertama dalam ranking

dunia, diikuti oleh pasukan New Zealand di tempat kedua dan England di tempat ketiga

manakala pasukan Malaysia pula hanya menduduki tangga ke-20.

5.1.2 Ujian Ketangkasan

Analisis Ujian ANOVA sehala menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan

(p<0.05) bagi ketangkasan mengikut posisi penyerang, tengah dan pertahanan. Ini

menunjukkan bahawa setiap atlet dalam ketiga-tiga kumpulan mempunyai tahap

ketangkasan yang hampir sama iaitu pada tahap sederhana. Secara terperinci, didapati

bahawa seramai 6 subjek yang dikaji mempunyai tahap ketangkasan yang sederhana

dan hanya seorang subjek berada pada tahap baik.

Memandangkan kajian berkenaan tahap ketangkasan atlet bola jaring kurang

dijalankan, maka penyelidik tidak dapat membuat perbezaan tahap ketangkasan subjek

yang dikaji dengan dapatan kajian yang lepas. Walaubagaimanapun, memandangkan

sukan bola jaring mempunyai persamaan dengan sukan bola keranjang, kajian tentang

bola keranjang boleh diambil kira sebagai rujukan (Bale dan Hunt 1991).

29

Page 45: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

36

5.2 Kesimpulan

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan kumpulan

somatotaip antara kumpulan posisi pemain penyerang, tengah dan pertahanan. Bagi

ujian ketangkasan pula, hanya seorang subjek berada pada tahap baik manakala enam

lagi subjek berada pada tahap sederhana. Secara keseluruhannya, hasil analisis

menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap ketangkasan yang signifikan antara

kumpulan posisi pemain. Oleh yang demikian, hipotesis null (Ho 1) diterima dan

hipotesis alternatif (Ha 1) ditolak.

5.3 Cadangan

Setelah kajian dijalankan, penyelidik telah mengenalpasti beberapa cadangan

yang dapat dilakukan untuk kepentingan pasukan yang dikaji serta untuk

penambahbaikan penyelidikan berkaitan pada masa akan datang. Daripada hasil kajian

yang dilakukan, penyelidik mencadangkan agar jurulatih meningkatkan lagi latihan dari

segi ketangkasan memandangkan tahap ketangkasan majoriti para subjek berada pada

tahap sederhana. Para atlet pula perlu menjalankan ujian kecergasan fizikal

termasuklah ujian ketangkasan secara berkala bagi mengenalpasti sebarang peningkatan

tahap kecergasan fizikal dan keberkesanan latihan yang dijalani.

30

Page 46: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

36

Selain itu, kajian berkenaan somatotaip boleh dilakukan untuk digunakan

sebagai proses mengenalpasti bakat (Talent Identification) seseorang individu. Setelah

mengenlapasti kategori somatotaip seseorang individu, bolehlah di cadangkan sukan

yang sesuai untuk beliau. Dalam sukan bola jaring khasnya, posisi pemain boleh

ditentukan melalui ciri-ciri somatotaip pemain tersebut. Elliot et al. (1983) telah

menjalankan satu kajian dan mendapati bahawa penjaring yang tinggi, kurang

mesomorf dan mempunyai peratus lemak badan yang tinggi adalah lebih tepat

jaringannya.

Bagi penambahbaikan penyelidikan akan datang, penyelidik mencadangkan agar

kajian pada masa hadapan menggunakan jumlah subjek yang lebih ramai. Penglibatan

subjek yang ramai akan menyebabkan dapatan kajian lebih tepat dan mempunyai

kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Penyelidik juga mencadangkan agar subjek yang

dipilih terdiri daripada atlet amatur dan professional.

Selain itu, dari segi skop kajian, penyelidik mencadangkan agar diperluaskan

kepada pengkajian tahap kecergasan fizikal yang lain seperti daya tahan kardiovaskular,

kelenturan, kekuatan otot, kelajuan, kuasa dan lain-lain lagi.

31

Page 47: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

36

RUJUKAN

Allison, B. (1978) A practical application of specificity in netball training.

Sports Coach 2:9-13.

Azizi Y., Shahrin H., Jamaluddin R., Yusof B. dan Abdul Rahim H. (2007).

Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd.

Baggalay, J (1982). Netball for School. Pelham Books Ltd. London, U.K

Bale, P. (1981). Body composition and somatotype characteristics of

sportswomen. In The Female Athlete, ed. J. Borms, M. Hebbelinck, and

A. Venerando, pp. 157-167. S. Karger, Basel.

Bale, P. dan Hunt, S. (1986). The physique, body composition and training

variables of elite and good netball players in relation to playing position.

Australian Journal of Science and Medicine in Sport 18: 16-19.

Bale, P. (1991). Antropometric, Body Composition and Performance Variables

of Young Elit Female Basketball Players. Journal of Sport Medicine and

Physical Fitness. 31: 173 – 177.

Carter, J.E.L. (1985). The Somatotypes of Olympic Athlete. 2th World Congress.

The Journal of Sport Medicine and Physical Fitness 1998: Brasillia.

Carter, J.E.L. (2002). The Heath-Carter Antropometric Somatotaip –

Instuctional Manual. Department of Exercise and Nutritional Sciences San

Diego State University.

32

Page 48: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

36

Carter, J.E.L., Ackland, T.A., Kerr, D.A. dan Stapff, A.B. (2005). Somatotype

and size of elite female basketball players. Journal of Sports Sciences,

23(10): 1057-1063.

Elliot, B. dan Smith, J. (1983) The relationship of selected biomechanical and

anthropometric measures to accuracy in netball shooting. Journal of

Human Movement Studies 9:171-187.

International Standards for Anthropometric Assessment (2001). The

International Society for the Advancement of Kinanthropometry (ISAK)

Jo'zef, D. Ph.D. (1996) Children & Sports Training, Island Pond, Vermont:

Stadion Publishing Company, Inc.

Nik Shanita dan & Hera, J.L.S. (1999). Status pemakanan di kalangan atlit elit

bola jaring perempuan Sukan Komanwel 1998 semasa menjalani latihan

pusat. Mal J Nutr 5:71-78.

Procedure for conducting the T-Test Agility Test for athletes. Tarikh akses: 11

September 2008. http://www.topendsports.com/testing/tests/t-test.htm

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4.

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sheldon, W. (1940) The Varieties of Human Physique: An Introduction to

Constitutional Psychology. New York: Harper.

Sheppard, J. dan Young, W. (2006) Agility literature review: Classifications,

training and testing. Journal of Sports Sciences, 24 (9):919-932

33

Page 49: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

36

Singh, B.S dan Sheikh Kamaruddin, S.A (1987). Buku Sumber Kecergasan

Fizikal. Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia.

Steele, J. dan Chad, K. (1992). An analysis of the movement patterns of netball

players during match play: Implications for designing training programs.

Sports Coach 15:21-28.

Telford R., Tumilty D. dan Damm G. (1984). Skinfold measurements in well-

performed Australian athletes. Sports Science Medicine Q; 1: 13-16.

Teng B. T. (2001). Panduan Pengajaran Kemahiran Asas Permainan. Pearson

Education Malaysia Sdn. Bhd.

Thorland, W.G., Johnson, G.O., Fagot, T.G., Tharp, G.D. and Hammer, R.W.

(1981). Body composition and somatotype characteristics of junior

Olympic athletes. Medicine and Science in Sports and Exercise, 13,

5,332-338.

Young, W. dan Farrow, D. (2006) Strength and Conditioning Journal. Lawrence

28 (5): 24.

Willgoose, C.E. (1961). Evaluation in Health, Education, and Physical

Education. McGraw-Hill, New York.

Withers, R.T., Whittingham, N.O., Norton, K.I. and Dutton, M. (1987).

Somatotypes of South Australian female games players. Human Biology,

59, 575-587.

34

Page 50: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

36

LAMPIRAN A

Prosedur Pengukuran Somatotaip Kaedah Heath-Carter

PERKARA KETERANGAN

Objektif Menentukan somatotaip subjek berdasarkan ketiga-tiga

komponen iaitu Endomorf, Mesomorf dan Ektomorf serta

membuat pengkelasan somototaip subjek

Kesahan Kesahan lahir

Alatan Pita, Penimbang Tinggi, Berat, Kaliper lipatan kulit dan

kaliper lipatan tulang

Kaedah 1. Pastikan bahagian yang hendak diukur.

2. Cubitkan lipatan kulit yang hendak diukur dengan

menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.

3. Kaliper diketipkan pada lipatan lebih kurang 1cm dari

kedudukan tangan.

4. Bacaan diambil dalam masa 4 saat bila tekanan

dikenakan pada bahagian yang hendak diukur dengan

kaliper dalam posisi mengambil bacaan. Dengan ini

dapat mengurangkan ralat disebabkan oleh parallax

dapat diendahkan.

5. Bacaan direkodkan pada 0.1 mm yang terdekat.

6. Semua bacaan diambil pada sebelah sisi kanan semasa

subjek berdiri.

7. Bacaan diambil mengikut susunan dan dalam skor yang

disediakan.

8. Proses 1-7 harus diulangi sebanyak 5 kali. Purata

kelima-lima ukuran akan diambil.

35

Page 51: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

36

Lokasi dan teknik

pengukuran

1. Triseps

Tangan harus dibiarkan di sisi badan dalam keadaaan

kendur dan rehat. Lipatan kulit diukur pada belakang di

pertengahan jarak antara proses akromiom dan proses

olekranon. Had jarak antara proses akromion dan

proses olekranon. Bacaan diambil diambil 1cm di atas

lipatan dan selari dengan paksi memanjang lengan.

2. Subskapular

Lipatan diukur melintang pada bahagian sudut inferior

skapula kanan. Bacaan diambil 1cm di bawah tempat

cubitan. Ralat pengukuran adalah dari 0.88 mm kepada

1.16 mm (Willmore & Behnke, 1969)

3. Suprailiak

Lipatan di atas pelvik kanan (illiac crest) di garisan

pertengahan axillary akan diukur. Subjek berdiri

dengan kedua-dua kaki dirapatkan. Tangan akan

dibiarkan rehat di sisi badan dan dijauhkan sedikit.

Lipatan diukur melintang mengikut garisan matural

illiac crest. Bacaan diambil 1cm di bawah tempat

cubitan.

4. Betis

Subjek berada dalam keadaan duduk di atas bangku

semasa ukuran lipatan kulit betis diambil. Bahagian

yang diambil adalah bahagian lilitan betis yang paling

besar.

Page 52: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

36

LAMPIRAN B

Prosedur Pengukuran Berat Badan Dan Ketinggian

PERKARA KETERANGAN

Objektif 1. Untuk mengukur ketinggian dan berat badan subjek.

Kesahan Kesahan lahir

Kebolehpercayaan r = 0.97

Alatan Health Scale Measurement

Prosedur 1. Subjek berdiri di atas platform tanpa alas kaki.

2. Kepala subjek berada dalam keadaan tegak dan

memandang ke hadapan.

3. Penguji akan mengukur ketinggian dan berat badan

subjek.

37

Page 53: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

36

LAMPIRAN C

Prosedur Ujian Ketangkasan (Ujian-T)

PERKARA KETERANGAN

Tujuan Untuk menguji tahap ketangkasan atlit yang merangkumi

larian ke hadapan, sisi dan belakang.

Alatan Pita ukur, kon, jam randik dan pita penanda

Rajah

Prosedur 1. 4 kon disusun seperti gambar rajah di atas.

2. Subjek akan memulakan larian pada kon A.

3. Apabila mendapat arahan daripada penguji (melalui

bunyi wisel), subjek perlu lari pecut ke kon B dan

menyentuh kon dengan menggunakan tangan

kanan. Masa akan mula diambil serentak dengan

5 meter 5 meter

10 meter

Mula/tamat

38

Page 54: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

36

bunyi wisel.

4. Kemudian, subjek perlu berlari sisi ke kon C dan

menyentuh kon tersebut dengan menggunakan

tangan kiri.

5. Seterusnya, subjek berlari sisi ke kon D dan

menyentuh kon tersebut dengan menggunakan

tangan kanan.

6. Subjek berlari secara undur ke kon B dan

menyentuh kon tersebut dengan tangan kiri

seterusnya mengakhiri larian ke kon A.

7. Masa akan ditamatkan apabila subjek melepasi kon

A

Kiraan skor Percubaan tidak akan dikira sekiranya:

1. Semasa membuat larian sisi, subjek menyilangkan

kaki.

2. Subjek gagal menyentuh kon.

3. Subjek tidak memandang ke hadapan sepanjang

melakukan larian.

Tiga kali percubaan diberi kepada setiap subjek dan masa

terbaik akan dikira sebagai skor.

Gred

Lelaki (saat) Wanita (saat)

Cemerlang < 9.5 < 10.5

Baik 9.5 to 10.5 10.5 to 11.5

Sederhana 10.5 to 11.5 11.5 to 12.5

Lemah > 11.5 > 12.5

39

Page 55: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

36

LAMPIRAN D

Borang Pengukuran Antropometrik

Penguji : Rusedawatty Osman

Projek : Somatotaip dan Tahap Ketangkasan Pemain Bola Jaring UTM

Tarikh : _______________

Biodata Subjek

Nama : _____________________________________

Umur : _____________________________________

Posisi : _____________________________________

Data Tinggi dan Berat

Ketinggian (cm/ inci)

Berat Badan (kg/ paun)

Indeks Jisim Tubuh (BMI)

Bacaan Lipatan Kulit (milimeter)

Lokasi 1 2 3 4 5 Purata

Trisep

Subskapular

Suprailiak

Betis

40

Page 56: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

36

Bacaan Perimeter Otot (cm)

Lokasi 1 2 3 4 5 Purata

Bisep

Betis

Bacaan Diameter Tulang (cm)

Lokasi 1 2 3 4 5 Purata

Humerus (siku)

Femur (lutut)

41

Page 57: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

36

LAMPIRAN E

Borang Skor Ujian Ketangkasan (Ujian-T)

Penguji : Rusedawatty Osman

Projek : Somatotaip dan Tahap Ketangkasan Pemain Bola Jaring UTM

Tarikh : .................................

Biodata Subjek

Nama : ............................................................

Umur : ............................................................

Posisi : ............................................................

Skor ujian

Bilangan Percubaan

Masa (saat) Catatan

1

2

3

MASA TERBAIK : ........................Saat GRED : Cemerlang Baik Sederhana Lemah

42

Page 58: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

36

LAMPIRAN F

SURAT PERLANTIKAN SUBJEK

Rusedawatty binti Osman 4 SPS, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Skudai, Johor. ____________________________________________________________________ Kepada, ………………………………………….. ………………………………………….. ………………………………………….. Januari 2008 Saudari,

PERLANTIKAN SEBAGAI SUBJEK PROJEK SARJANA MUDA (PSM) Merujuk perkara di atas, dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa saudaria telah terpilih sebagai subjek bagi kajian PSM saya yang bertajuk “Somatotaip dan Tahap Ketangkasan Atlet Bola Jaring UTM”. 2. Satu sesi taklimat bagi memberi penerangan tentang prosedur kajian dan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh subjek akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 4 Januari 2008 Hari : Isnin Masa : 5.00 petang Tempat : Dewan Sebaguna Kolej Tun Fatimah, UTM.

3. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak saudari saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. Yang benar, …………………………… (RUSEDAWATTY BINTI OSMAN)

43

Page 59: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

36

LAMPIRAN G

SURAT PERJANJIAN

SURAT PERJANJIAN

Nama :…………………………………………………………

No. KP :…………………………………..

No. Matrik :…………………………………..

Saya seperti nama dan no .kad pengenalan seperti di atas, dengan ini akan

bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan ke

atas diri saya sepanjang menjalani ujian ini. Saya juga tidak akan mengambil sebarang

tindakan mahkamah dan tatatertib terhadap pihak penyelidik di atas kecelakaan dan

kecederaan yang dialami oleh diri saya sepanjang tempoh ujian dijalankan. Saya juga

akan mematuhi segala arahan, peraturan dan langkah-langkah yang telah ditetapkan

oleh penyelidik semasa ujian ini dijalankan.

Saya mengaku bahawa segalanya adalah benar dan dipersetujui tanpa sebarang

paksaan dari mana-mana pihak. Segala maklumat dan juga data peribadi yang diambil

tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak kecuali dalam bentuk data bernombor.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………………………. ( )

44

Page 60: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

36

LAMPIRAN H

KEPUTUSAN ANALISIS UJIAN KETANGKASAN

Descriptives

MASA

Test of Homogeneity of Variances

MASA

Levene Statistic df1 df2 Sig. 1.879 2 4 .266

N Mean Std.

Deviation Std. Error

95% Confidence Interval for Mean Minimum Maximum

Lower Bound

Upper Bound

PENYERANG 2 11.0650 .03536 .02500 10.7473 11.3827 11.04 11.09

TENGAH 3 10.5133 .25106 .14495 9.8897 11.1370 10.25 10.75

PERTAHANAN 2 10.6300 .08485 .06000 9.8676 11.3924 10.57 10.69

Total 7 10.7043 .29302 .11075 10.4333 10.9753 10.25 11.09

45

Page 61: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

36

ANOVA

MASA

Sum of Squares df Mean Square F Sig.

Between Groups .381 2 .190 5.660 .068

Within Groups .135 4 .034

Total .515 6

46

Page 62: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

36

Multiple Comparisons

Dependent Variable: MASA

Tukey HSD

95% Confidence Interval (I) POSISI (J) POSISI

Mean Difference (I-J)

Std. Error

Sig. Lower Bound Upper Bound

PENYERANG TENGAH .5517 .16740 .063 -.0450 1.1483

PERTAHANAN .4350 .18338 .155 -.2186 1.0886

TENGAH PENYERANG -.5517 .16740 .063 -1.1483 .0450

PERTAHANAN -.1167 .16740 .778 -.7133 .4800

PERTAHANAN PENYERANG -.4350 .18338 .155 -1.0886 .2186

TENGAH .1167 .16740 .778 -.4800 .7133

47

Page 63: SOMATOTAIP DAN TAHAP KETANGKASAN MENGIKUT … · Seramai tujuh orang atlet yang berusia 21 dan 22 tahun ... Taburan bilangan subjek mengikut umur, berat dan tinggi 19 ... semangat

Homogeneous Subsets

MASA

Tukey HSD

Subset for alpha =

.05 POSISI

N

1

TENGAH 3 10.5133

PERTAHANAN 2 10.6300

PENYERANG 2 11.0650

Sig. .070

Means for groups in homogeneous subsets are displayed.

a) Uses Harmonic Mean Sample Size = 2.250.

b) The group sizes are unequal. The harmonic mean of the group sizes is used. Type I error levels are not guaranteed.

a,b

48