Stress Dalam Kalangan Guru Pendidikan Khas

Embed Size (px)

DESCRIPTION

stress guru

Citation preview

  • Stress Dalam Kalangan Guru Pendidikan Khas (Stress Level Among Special Education Teacher)

    Rabayah Yahaya Mohd Zuri Ghani

    Rahimi Che Aman Aznan Che Ahmad Zainudin Mohd Isa Hairulnizam Ismail

    Aswati Hamzah

    Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti sains Malaysia, 11800,Pulau Pinang

    (Geran Universiti Penyelidikan 1001/PGURU/811128)

    Abstrak Kajian ini bertujuan mengenal pasti stress dalam kalangan guru-guru pendidikan khas Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Seramai 100 responden telah terlibat dalam kajian ini. Sampel dipilih secara rawak meliputi guru pendidikan khas dari sekolah rendah integrasi pendidikan khas, yang berbeza dari segi jantina, umur, jawatan dan pengalaman mengajar. Instrumen bagi mengukur tahap stress ialah Job Stressor Questionaire. Instrumen bagi kajian ini mempunyai 19 item yang telah terjemahan daripada instrumen yang telah digunakan oleh Dual (1994) (dalam Sayeedah, 2005). Instrumen ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.902 (Sayeedah, 2005). Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan tahap stress yang signifikan di antara gender (t=2.313, p=.005). Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan tahap stress guru yang signifikan berdasarkan kelayakan akademik (F=2.865, p=0.019). Ini menunjukkan wujud tahap stres perbezaan yang signifikan antara guru pendidikan khas lelaki dengan guru pendidikan khas perempuan. Seterusnya guru yang memiliki kelulusan lebih rendah serta berjawatan lebih rendah didapati memiliki tahap stres yang lebih tinggi berbanding rakan mereka yang lebih tinggi kelayakan akademiknya dan berjawatan lebih tinggi. Kesimpulannya, gender dan kelayakan akademik memberi perbezaan kesan terhadap tahap stres guru pendidikan khas. Kata Kunci: Guru Pendidikan Khas, Stress, Gender dan Pengalaman

  • Abstract This study aims to identify the stress level among special education teachers in three districts in Perak, Malaysia. A total of 100 respondents had participated in this study. Respondents of special education teachers were selected randomly. They differ in terms of gender, age, position, and years of teaching experience. The Job Stressor Questionaire has been used to measure the stress level of special education teachers. The has been translated form the the instrument that had been used by Dual (1994) (in Sayeedah, 2005) and it consists of 19 items. This instrument has a high reliability value of 0.902 (Sayeedah, 2005). The finding of this study showed that there was a significant difference in stress levels between gender (t = 2.313, p = 0.005). Finding also showed that there was a significant difference in stress level based on teachers' academic qualifications (F = 2865, p = 0019). In conclusion, there is a significant difference between the stress level male and female special education teachers. Results of this study also indicated that special education teachers with lower academic qualification and a lower position at school have a higher stress level compared to special education teachers with higher academic qualification and hold a higher position. As a conclusion, this study found that the stress level of the special education teachers are influenced by their gender and academic qualification. Keywords: Special Education Teachers, Stress level, Gender And Working

    experience Pendahuluan Sayeedah (2005), telah menyatakan usaha-usaha awal mengenalpasti stress dalam kalangan guru telah mula dijalankan oleh Rudd dan Wiseman semenjak awal tahun 1962. Hasil kajian mereka telah mendapati bahawa wujudnya darjah perbezaan yang ketara dari segi tahap stres dalam kalangan guru-guru sekolah rendah dan sekolah menengah, pra sekolah dan sekolah rendah serta guru lelaki dan guru perempuan. Hasil kajian mereka merumuskan sembilan faktor yang menyebabkan stres dalam kalangan guru termasuklah gaji dan imbuhan, kelemahan hubungan sesama staf, kekurangan peralatan dan kemudahan, beban tugas, latihan perguruan, keadaan bilik darjah, rasa serba kekurangan, masa dan status profesiolisme perguruan dalam masyarakat.

    Kajian Carlyle dan Woods (2004), dalam bukunya The Emotions Of Teacher Stress telah mengemukakan hasil kajian ke atas 11 guru lelaki dan 10 guru perempuan yang datang daripada 21 sekolah menengah di United Kingdom. Kaedah kualitatif dan sesi temubual telah diadakan sepanjang tahun 1996-1998. Kajian ini telah meninjau faktor dan kesan stres dalam kalangan guru. Hasil kajian menunjukkan guru di United Kingdom telah mengalami tahap burn out atau stres yang agak tinggi di sekolah. Antara faktor stres yang dapat dikesan ialah sistem kepimpinan dan komunikasi yang teruk, sistem autokratik dan gaya kepimpinan yang bersifat buli. Akibat daripada stres, mereka telah

  • mengalami gangguan dari segi emosi dan fizikal seperti pening, sakit kepala, sakit badan, sakit mata, badan goncang, tidak berkeupayaan berfikir serta membuat keputusan dan sebagainya. Penyelidik bersetuju dengan pendapat Carlyle dan Woods (2004) yang menyatakan perlunya perkhidmatan kaunseling diberi kepada guru untuk mengurangkan stres. Adalah dirumuskan bahawa guru melihat perubahan pada diri mereka dari aspek pengurusan kecerdasan emosi (EQ) lebih mudah dilakukan berbanding dengan mengubah sistem dan struktur dalam organisasi sekolah.

    Di Malaysia, satu kajian telah dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) iaitu oleh Faridah et. al (2001), untuk mengkaji tekanan dalam kalangan guru Pendidikan Khas, Sains dan Vokasional. Sejumlah 180 guru telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru Pendidikan Khas dan Vokasional mengalami tahap tekanan lebih tinggi daripada guru Sains. Keadaan ini disebabkan guru Pendidikan Khas menghadapi kumpulan pelajar yang pelbagai dan masalah tingkah laku yang mencabar di dalam kelas. Guru Vokasional pula didapati kurang keyakinan dan kerap gelisah mengajar pelajar-pelajar berpencapaian lebih rendah.

    Kajian yang dijalankan oleh NUTP atau Kesatuan Perkhidmatan

    Perguruan Kebangsaan Malaysia, pada Ogos 2006 telah melaporkan bahawa daripada 9328 sampel yang dikaji, jumlah skor stres ialah 148.14 atau pada tahap sederhana. Faktor-faktor mempengaruhi stres adalah seperti berikut :

    Jadual 1 : Faktor-faktor yang Mempengaruhi Stres dalam Kalangan Guru

    Bil Faktor-faktor Mempengaruhi Sampel Setuju

    (%) Tidak setuju

    (%) 1. Tekanan daripada ibu bapa /pelajar 9328 83 17 2. Beban tugas 9328 79 21 3. Kenaikan pangkat dan laluan

    kerjaya 9328 74 26

    4. Ketidakadilan penilaian prestasi 9328 72 28 5. Minat 9328 60 40 6. Infrastruktur 9328 60 40 7. Lokasi sekolah 9328 32 66

    (Sumber : NUTP, Ogos, 2006)

    Menurut Marzita Abdullah (2004), beban tugas seorang guru hari ini bertambah kepada 130 peratus iaitu meliputi 70 peratus tugas pengajaran dan pembelajaran dan 60 peratus tugas pentadbiran. Manakala, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Ismail Nihat dalam Marzita Abdullah (2004) telah menyatakan bahawa pertambahan beban tugas tersebut mungkin menyebabkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru semakin menurun. Guru tertekan dengan situasi tersebut menyebabkan mereka bekerja sekadar memenuhi tugas yang diarahkan. Pada dasarnya tugas seorang guru

  • ialah 70 peratus melaksanakan P&P manakala 30 peratus adalah tugas-tugas sampingan di sekolah. Namun begitu pada masa ini guru-guru terpaksa membuat tugas tambahan termasuk tugas perkeranian yang di luar daripada bidang pendidikan. Persoalan Kajian Persoalan kajian bagi kajian ini adalah seperti berikut: i) Apakah tahap stres dalam kalangan guru pendidikan khas di daerah Larut,

    Matang dan Selama, Perak? ii) Adakah terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas

    berdasarkan gender? iii) Adakah terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas

    berdasarkan kelayakan akademik? iv) Adakah terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas

    berdasarkan umur?

    Hipotesis kajian Hipotesis kajian adalah seperti berikut:

    i) Ho1: Tidak terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas berdasarkan gender

    ii) Ho2: Tidak terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas berdasarkan kelayakan akademik

    iii) Ho3: Tidak terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas berdasarkan umur

    Metodologi Kajian Kajian ini adalah satu kajian yang berbentuk kuantitatif dan telah melibatkan 14 buah sekolah rendah pendidikan khas integrasi di daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Instrumen yang telah digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik Job Stressor Questionaire yang bertujuan mengukur tahap stress responden. Instrumen bagi kajian ini mempunyai 19 item yang telah terjemahan daripada instrumen yang telah digunakan oleh Dual (1994) (dalam Sayeedah, 2005). Instrumen ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.902 (Sayeedah, 2005). Kajian ini telah melibatkan responden seramai 100 guru (72.99 peratus daripada 137 populasi). Responden telah dipilih secara rawak meliputi guru pendidikan khas dari sekolah rendah integrasi pendidkan khas, yang berbeza dari segi jantina, umur, jawatan dan pengalaman mengajar. Seterusnya ujian-t dan ANOVA telah digunakan bagi melihat kesignifikanan di antara setiap pembolehubah yang dikaji.

  • Dapatan Kajian Analisa Tahap Stres Guru Pendidikan Khas Berdasarkan Jadual 2 di bawah, didapati secara majoritinya stress dalam kalangan guru-guru pendidikan khas di Daerah Larut, Matang dan Selama adalah rendah iaitu, seramai 78 responden atau 78.0 peratus mengalami tahap stres yang rendah. Seramai 16 responden atau 16.0 peratus pula mengalami tahap stres yang sederhana. Manakala hanya 6 orang responden atau 6.0 peratus sahaja yang mengalami tahap stres yang tinggi. Secara keseluruhan, jika dilihat berdasarkan nilai min bagi tahap stres guru pendidikan khas untuk keseluruhan skor responden ialah 1.81 dengan sisihan piawai 0.50 iaitu berada pada tahap stres yang rendah.

    Jadual 2: Tahap Stres Guru Pendidikan Khas Berdasarkan Min

    Tahap Stres Skor Min Frekuensi Peratus Rendah 1.00 2.00 78 78.0

    Sederhana 2.01 3.00 16 16.0 Tinggi 3.01 - 4.00 6 6.0

    Jumlah 100 100

    Jadual 3: Skor Min dan Sisihan Piawai Tahap Stres Guru Pendidikan Khas

    Tahap Bilangan Responden

    Min Sisihan Piawai

    Stres Guru Pendidikan Khas

    100 1.81 .50

    0

    20

    40

    60

    80

    Peratus

    Tahap Stres

    Rajah 1: Tahap Stres Guru Pendidikan Khas

    Rendah

    Sederhana

    Tinggi

    Rajah 1 : Tahap Stres Guru Pendidikan Khas

  • Pengujian Hipotisis Bagi menguji hipotesis yang telah dikemukakan pula, pengkaji telah menggunakan ujian t untuk melihat sama ada terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas yang signifikan berdasarkan gender manakala ANOVA telah digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas yang signifikan berdasarkan kelayakan akademik. Hipotesis 1 Ho1: Tidak terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas yang signifikan berdasarkan gender.

    Jadual 4: Keputusan Ujian t Bagi Tahap Stres Berdasarkan Gender

    Jantina N Min Sisihan Piawai

    T df Signifikan- 2 hujung

    Lelaki 19 2.0388 .65757 2.313 98 .004 Perempuan 81 1.7511 .44090 P

  • Bagi menguji hipotesis ini Ujian Analisis Varian Satu Hala (ANOVA) telah digunakan. Hasil ujian ANOVA telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap stres guru pendidikan khas berdasarkan kelayakan akademik iaitu F=2.865 dan nilai signifikan ialah p=.019 yang menunjukkan nilai lebih kecil daripada aras kesignifikanan p
  • Jadual 6: Ujian Tukey HSD Bagi Tahap Stress Guru Berdasarkan Kelayakan Akademik

    (I) akademik (J) akademik Perbezaan min

    (I-J) Ralat

    Piawai Sig. 95% aras keyakinan

    Had Atas Had Bawah sijil perguruan khas sijil perguruan

    asas .24912 .24612 .913 -.4669 .9652

    diploma .11447 .24419 .997 -.5960 .8249 sarjana muda .14737 .22215 .985 -.4989 .7937 sarjana .72632 .39876 .457 -.4338 1.8865 lain2 -.61579 .31972 .393 -1.5460 .3144 sijil perguruan asas sijil perguruan

    khas -.24912 .24612 .913 -.9652 .4669

    diploma -.13465 .17129 .969 -.6330 .3637 sarjana muda -.10175 .13806 .977 -.5034 .2999 sarjana .47719 .35878 .768 -.5666 1.5210 lain2 -.86491(*) .26821 .021 -1.6452 -.0846 diploma sijil perguruan

    khas -.11447 .24419 .997 -.8249 .5960

    sijil perguruan asas .13465 .17129 .969 -.3637 .6330

    sarjana muda .03289 .13459 1.000 -.3587 .4245 sarjana .61184 .35746 .528 -.4281 1.6518 lain2 -.73026 .26644 .077 -1.5054 .0449 sarjana muda sijil perguruan

    khas -.14737 .22215 .985 -.7937 .4989

    sijil perguruan asas .10175 .13806 .977 -.2999 .5034

    diploma -.03289 .13459 1.000 -.4245 .3587 sarjana .57895 .34278 .542 -.4183 1.5762 lain2 -.76316(*) .24639 .030 -1.4800 -.0463 sarjana sijil perguruan

    khas -.72632 .39876 .457 -1.8865 .4338

    sijil perguruan asas -.47719 .35878 .768 -1.5210 .5666

    diploma -.61184 .35746 .528 -1.6518 .4281 sarjana muda -.57895 .34278 .542 -1.5762 .4183 lain2 -1.34211(*) .41276 .019 -2.5430 -.1412 lain2 sijil perguruan

    khas .61579 .31972 .393 -.3144 1.5460

    sijil perguruan asas .86491(*) .26821 .021 .0846 1.6452

    diploma .73026 .26644 .077 -.0449 1.5054 sarjana muda .76316(*) .24639 .030 .0463 1.4800 sarjana 1.34211(*) .41276 .019 .1412 2.5430

    P

  • Hipotesis 3 Ho3: Tidak terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas berdasarkan

    umur

    Jadual 7: Keputusan Ujian ANOVA Tahap Stress Guru Berdasarkan Umur

    Sumber Jumlah

    Kuasa dua df Min Kuasa

    dua F Sig

    Antara Kumpulan Dalam Kumpulan

    Jumlah

    1.804 22.804 24.608

    3 96 99

    .601

    .238

    2.532

    .062

    Bagi melihat adakah faktor umur turut mempengaruhi stress dalam kalangan guru-guru pendidikan khas ujian ANOVA sekali lagi telah digunakan. Hasil analisis ANOVA telah menunjukkan bahawa faktor umur tidak mempengaruhi stress dalam kalangan guru-guru pendidikan khas kerana nilai F=2.532 dan P= 0.62 adalah melebihi nilai aras kesignifikanan yang telah ditetapkan. Walaupun begitu, jika dilihat dari aspek diskriptifnya pula, didapati nilai min bagi guru-guru yang berada pada tahap umur 31-35 tahun adalah paling tinggi nilai minnya berbanding dengan nilai min bagi tahap-tahap yang lain. Ini secara tidak langsung telah menjelaskan bahawa pada peringkat umur 31-35 tahun stres guru adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan pada peringkat umur yang lain.

    Jadual 8: Tahap stress Guru Berdasarkan Perbandingan Nilai Min

    Tahap Umur N Min Sisihan Piawai

    kurang 30 thn 52 1.7176 .46809 31-35 thn 20 2.0474 .62808 36-40 thn 11 1.6842 .27750

    lebih 40 thn 17 1.8700 .45850 Jumlah 100 1.8058 .49856

  • Perbincangan Di Malaysia, kajian mengenai stress pekerjaan dalam kalangan guru telah menarik ramai pengkaji seperti Drake dan Hebert, (2002); Carlyle dan Woods, (2004); dan Abdul Rahim (2002). Bukti-bukti daripada kajian stress ke atas guru menunjukkan masalah ini berada pada tahap yang perlu diberi perhatian. Walaupun keadaan ini dilihat agak serius, namun dapatan kajian ini telah mendapati bahawa tahap stress dalam kalangan guru-guru pendidikan khas di Daerah Larut, Matang dan Selama adalah agak berbeza. Ini kerana kajian ini telah mendapati bahawa tahap stress dalam kalangan guru-guru pendidikan khas di daerah-daerah ini adalah berada pada tahap yang rendah iaitu 78.0 peratus guru pendidikan khas berada dalam tahap stress yang rendah, manakala cuma 6.0 peratus sahaja guru yang berada dalam tahap stress yang tinggi.

    Jika dilihat dalam aspek demografi iaitu sama ada gender, umur, dan

    kelayakan akademik turut menyumbang kepada stress dalam kalangan guru pendidikan khas. Kajian ini telah mendapati bahawa dua faktor iaitu faktor gender, dan kelayakan akademik telah menyumbang kepada stress guru. Bagaimanapun faktor umur dilihat tidak mempengaruhi stress dalam kalangan guru-guru pendidikan khas. Walaupun begitu, guru-guru pendidikan khas perlu juga berhadapan dengan situasi yang mencabar, mereka perlu peka dan memahami situasi kerja dan berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar pendidikan khas. Stress yang berlebihan akan mengurangkan prestasi kerja serta menjejaskan kesihatan terutama dari segi mental dan fizikal. Terdapat kajian-kajian yang mendapati tahap stress kerja yang tinggi dalam kalangan guru telah mengakibatkan permasalahan-permasalahan yang serius berhubung kait dengan faktor-faktor seperti gangguan emosi, perubahan dalam tingkah laku dan burn out yang menghalang mereka daripada menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Faridah et al, 2001). Bagaimanapun, pengkaji telah beranggapan bahawa responden di daerah-daerah yang dikaji telah berjaya menangani masalah ini. Dengan adanya keupayaan dalam menangani stress maka pengkaji percaya bahawa guru-guru di daerah-daerah ini akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan.

  • Rujukan Abdul Muin Sapidin (2006). Stres Guru Membimbangkan Akibat Banyak

    Perubahan dan Bebanan Tugas Yang Keterlaluan NUTP. Utusan Malaysia, Ogos 18.

    Ab. Rahim bin Aris (2002). Kajian Ke Atas Faktor-faktor Yang Mempengaruhi

    Stres (Tekanan) Dan Niat Untuk Meninggalkan Profesion Perguruan Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah Di Daerah Kota Tinggi, Johor. Laporan Projek Sarjana Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

    Carlyle, D. & Woods, P. (2004). The emotion of teacher stress. Teaching and

    Teacher Education, 20, (50), 537-541. Drake, D. & Hebert, E. P. (2002). Perceptions of occupational stress and

    strategies for avoiding burnout: Cases studies of two female teachers-coaches. Physical Educator, 59, (4), 170-181.

    Faridah Serajul Haq, Lillia Halim, Nor Aishah Buang & Tajul Ariffin Nordin. (2001).

    Tekanan di kalangan guru Pendidikan Khas, Sains dan Vokasional. Dalam Sari Penyelidikan UKM Research Highlights. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia, 60-65.

    Marzita Abdullah. (2004). Beban tugas guru: Kian bertambah. Diperoleh pada

    Jun 1,2006 daripada http://www/tutor.com.my. Sayeedah Khatoon Mohd. Mydin. (2005). Hubungan antara kecerdasan emosi

    dengan pengurusan stres di kalangan penolong-penolong kanan sekolah-sekolah menengah Daerah Pulau, Pulau Pinang. Tesis (M.Ed) yang belum diterbit. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.