24
Surat Berita Konstituen Wong Chen | Ahli Parlimen Kelana Jaya Isu #8, Januari 2017 Persidangan Parlimen Projek-projek Komuniti Aktiviti-aktiviti Terkini Pusat Khidmat Parlimen Kelana Jaya Pengemaskinian persidangan Parlimen terakhir bagi tahun 2016 Isu-isu konstituen dan aktiviti-aktiviti komuniti di kawasan Kelana Jaya Pengumpulan Dana P104 “Rogue One: A Star Wars Story” Akaun pejabat hingga ke Disember 2016 Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan 2017

Surat Berita Konstituen - · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

Surat BeritaKonstituen

Wong Chen | Ahli Parlimen Kelana Jaya

Isu #8, Januari 2017

PersidanganParlimen

Projek-projekKomuniti

Aktiviti-aktiviti TerkiniPusat Khidmat Parlimen

Kelana Jaya

Pengemaskinian persidangan

Parlimen terakhir bagi tahun 2016

Isu-isu konstituen dan aktiviti-aktiviti

komuniti di kawasan Kelana Jaya

Pengumpulan Dana P104 “Rogue One:

A Star Wars Story”

Akaun pejabat hingga ke

Disember 2016

Belanjawan Alternatif Pakatan

Harapan 2017

Page 2: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

Saudara-mara Kelana Jaya,

Selamat 2017 kepada semua. Ini merupakan surat berita kelapan kepada para penduduk Kelana Jaya. Pejabat saya akan berusaha menerbitkan satu surat berita setiap enam bulan untuk memberikan maklumat terkini mengenai kerja dan perkhidmatan kami. Edisi ini adalah isu terakhir tahun 2016 yang berserta dengan akaun kewangan tahunan pejabat kami.

Tugas-tugas di Parlimen

Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa dari bulan Julai ke Disember 2016, saya menghadiri setiap satu sidang Parlimen serta menyampaikan beberapa ucapan legislatif dan pencelahan. Ucapan perbahasan saya yang paling menonjol adalah berkenaan RUU Bank Pelaburan Infrastruktur Asia dan pindaan kepada RUU Kewangan. Namun, kemuncak enam bulan yang lepas adalah penulisan Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan. Inilah kali kedua pejabat saya mengepalai penghasilan dokumen belanjawan ini. Kami mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk menyiapkan dokumen ini, dengan kerjasama baik rakan sepasukan daripada parti-parti DAP dan Amanah.

Isu-isu Ekonomi Negara Kedudukan ekonomi Malaysia pada suku Q3 dan Q4 2016 amat teruk. Mata wang Ringgit sekali lagi jatuh mendadak berikutan pendedahan skandal 1MDB di mahkamah Singapura. Kita tidak boleh nafikan lagi bahawa keyakinan para pelabur dan pengguna kian hari kian menurun sejak enam bulan lalu. Walaupun kita telah mencatatkan kenaikan KDNK, realiti menggambarkan situasi yang berbeza dan negatif. Kebanyakan perniagaan telah mengalami kejatuhan pendapatan sebanyak 15% ke 20%. Lebih kurang 75,000 orang telah hilang pekerjaan mereka; jualan kereta dan rumah telah sampai ke tahap krisis. Kerajaan persekutuan terkial-kial mengurus kewangan negara dan memotong perbelanjaan sektor kesihatan dan pendidikan.

Nukilan Tulus Ikhlas:Prakata daripada Wong Chen

Ucapan selamat sejahtera daripada Wong Chen kepada para penduduk Kelana Jaya.

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #8

1

Page 3: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

Berita baik bagi ekonomi negara hanyalah pengumuman pelaburan infrastruktur dari China. Namun, pemilihan Trump sebagai presiden membayangkan peperangan perdagangan yang merunsingkan antara US dan China dan hal ini akan mendatangkan kesan negatif terhadap pelaburan tersebut. Sekiranya China mengalami krisis kewangan tahun ini, sudah tentu pelaburan ini akan diketepikan. Kalau begitu, siapa yang akan membantu negara kita melepaskan diri daripada kancah ekonomi kita ini?

Terdapat tiga perkara yang mesti dilaksanakan segera. Pertama adalah peletakan jawatan Menteri Kewangan bagi menyelesaikan masalah rasional di sebalik pemegangan dua jawatan oleh Perdana Mentari. Kedua, individu-individu utama yang terlibat dalam skandal 1MDB mesti didakwa demi mengembalikan keyakinan para pelabur. Akhirnya, pembasmian amalan rasuah mesti dijalankan supaya wang berbilion-bilion dapat dijimatkan dan digunakan untuk menyelamatkan ekonomi negara kita.

Perkembangan Isu Politik

Isu yang telah menguasai latar politik sepanjang enam bulan yang lalu ialah pengemukaan rang undang-undang yang kononnya hudud oleh Hadi Awang. Mujurlah rang undang-undang tersebut ditarik balik oleh Hadi Awang setelah Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang. Pakatan Harapan telah menolak rang undang-undang tersebut tetapi tidak mempunyai undi cukup sehingga campur tangan ahli-ahli BN Sabah dan Sarawak

pada saat-saat terakhir mendesak UMNO menghentikan RUU 355. Hal ini telah mendinginkan persahabatan antara UMNO dengan PAS. Namun, kami sedar bahawa Najib dan Hadi masih bertekad untuk terus bersekutu.

Sementara itu, Pakatan Harapan telah bersetuju membentuk pakatan pilihan raya bersama parti BERSATU. Perundingan antara semua parti dan semua peringkat sedang berlangsung dan akan berterusan sehingga 2017. Pilih atur politiknya rumit dan tiada penghujung. Yang membimbangkan adalah ahli-ahli politik yang leka dalam usaha mencari jajaran politik baru dan terlupa bahawa Rakyat sudah jemu dengan telatah politik. Lebih-lebih lagi, pilihan raya umum dijangka akan berlangsung tahun ini.

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #8

2

Page 4: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

Secara peribadi, pejabat saya banyak menyokong usaha-usaha INVOKE Malaysia dan saya menyeru anda semua menyertai dan menyokong mereka. INVOKE adalah satu gerakan sukarelawan politik tidak partisan. Sila rujuk laman web mereka di www.invokemalaysia.org untuk melibatkan diri. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 30 orang sukarelawan INVOKE Kelana Jaya yang telah membantu kami menjalankan aktiviti phonebank dan pintu-ke-pintu.

Perihal Masyarakat

Pada tahun yang lalu, kami sepejabat telah menghadiri sebanyak 123 acara dan majlis di kawasan Kelana Jaya, iaitu lebih kurang 2.3 majlis setiap hujung minggu. Untuk memberi maklumat terkini mengenai bidang polisi kepada para penduduk Kelana Jaya, kami sepejabat telah mengadakan siaran langsung Monday Night Chat. Kami berjaya memaparkan 10 episode yang boleh ditonton di youtube.com bawah nama saluran wongchentv. Sila ikuti kami secara langsung di www.facebook.com/wongchenpkr/.

Bagi tahun 2016, peruntukan kami sebanyak RM250,000 telah diagihkan secara telus, iaitu 38% bagi golongan miskin tegar, 25% bagi projek kecil, dan 37% bagi persatuan-persatuan. Ketelusan dan kebertanggungjawaban adalah nilai-nilai yang amat penting kepada kami. Justeru, akaun kami untuk tahun 2016 telah dilampirkan dalam surat berita ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada dua orang ADUN saya, YB Hannah Yeoh dan YB Nik Nazmi, ahli-ahli majlis, dan ahli-ahli JKP atas perkhidmatan dan dedikasi mereka demi penduduk-penduduk di Kelana Jaya. Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan terima kasih kepada tiga orang staf saya, tujuh orang sukarelawan, dan juga 14 orang intern saya atas usaha gigih dan berdedikasi mereka.

Sebagai penutup kata, saya sememangnya peka terhadap cabaran-cabaran yang akan diharungi pada tahun 2017. Kami akan terus menghadapi cabaran-cabaran ini dengan bijaksana dan berani. Kami akan berusaha untuk memperjuangkan hak-hak anda dan berkerja keras demi Malaysia yang lebih baik dan adil saksama.

Yang benar,

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #8

3

Page 5: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

Persidangan Parlimen dan Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan

Berikut adalah pengemaskinian persidangan terakhir Parlimen tahun 2016 serta pelancaran

Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan.

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #8

Setelah bertungkus lumus mendraf, menulis, mengira, melukis, dan merecik peluh selama tiga bulan, Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan tahun 2017 berjaya dilancarkan pada 19hb Oktober 2016.

Belanjawan tersebut memaparkan dan memperincikan kemelut ekonomi yangdijangka melanda tanah air pada tahun 2017. Beberapa isu merunsingkan, seperti tahap hutang negara yang mencecah rekod serta faedah terhad diplomasi buku cek negara Cina kepada Malaysia turut dipampang. Selagi kerajaan

Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan 2017

Barisan Nasional enggan bersungguh-sungguh membasmi budaya rasuah yang berleluasa, masalah penghijrahan cendekiawan dan pengaliran keluar modal akan menjadi semakin parah.

Uniknya pada tahun ini, Belanjawan Alternatif 2017 turut mengajukan sebelas dasar yang wajar dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Dasar-dasar penting ini termasuklah peluang sama rata dalam dunia pekerjaan dan keusahawanan, perumahan awam, pencegahan rasuah, Sabah dan Sarawak, serta pengangkutan awam bandar.

Salinan digital Belanjawan Alternatif versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris boleh didapati di www.wongchen.com.

4

Page 6: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #8

Pada hari terakhir sidang Parlimen, Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marangmenggumam ucapannya yang sependek dua minit tentang pindaan kepada Akta 355. Pindaan mutakhir ini mencadangkan hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah Syariah dihadkan kepada 30 tahun penjara, 100 sebatan, dan denda sejumlah RM100,000.

Usul terbaru Hadi jelas lebih sederhana berbanding dengan cadangan asalnya iaitu tiada had hukuman (kecuali hukuman mati). Namun, ia masih merupakan anjakan drastik daripada had yang sedia ada, iaitu tiga tahun penjara, enam sebatan, dan denda sejumlah RM5,000.

Kini, penggubalan RUU355 masih kabur, terutamanya dari segi batasan hukuman untuk kesalahan-kesalahan spesifik bawah undang-undang Syariah.

RUU355 kemungkinan besar akan dibahas pad sesi Parlimen bulan Mac 2017.Namun, kami tidak pasti sama ada RUU355 akan diubah suai untuk mengatasi kekaburan maknanya. Selaras dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri, satu jawatankuasa pilihan khas wajar ditubuhkan sebelum sesi Parlimen berikutnya.

Rang Undang-undang 355

“RUU355 cadangan Hadi mestilah dipinda lagi supaya setiap hukuman mahkamah Syariah dihadkan secara spesifik; kesalahan-kesalahan tersebut juga perlu munasabah. Hadi kelihatan cenderung mencadangkan undang-undang seumpama cek kosong yang akhirnya terbukti adalah undang-undang buruk dan ini mencerminkan satu sikap tidak bertanggungjawab yang berketerlaluan...”

YB Wong Chen

5

Page 7: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

Pejabat kami telah menganjurkan kem perubatan percuma tahunan pada 7hb Ogos 2016. Dengan kerjasama Community Excel Services (CES) dan para pelajar perubatan dari Moscow University, kem tersebut menawarkan perkhidmatan perundingan perubatan dan ubat-ubatan percuma kepada para penduduk miskin bandar Desa Mentari. Kami juga telah mengecam kes-kes individu yang memerlukan bantuan kebajikan daripada pejabat kami.

Pada penghujung hari, kem tersebut berjaya membantu 232 orang penduduk. Ribuan terima kasih kepada CES, doktor-doktor, pelajar-pelajar perubatan, serta staf dan sukarelawan P104 atas perkhidmatan anda!

Kem Perubatan Percuma Desa Mentari 2016

Projek-projek dan Aktiviti-aktivitiKomuniti di Kawasan Kelana Jaya

Projek-projek komuniti adalah sebahagian besar perkhidmatan kami. Kami sentiasa sedia berkhidmat kepada masyarakat, terutamanya golongan yang paling susah.

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #8

6

Page 8: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #8

Setiap tahun, pejabat kami dikehendaki membelanjakan sekitar 30% peruntukan tahunan kami sebanyak RM250,000 untuk projek-projek kecil. Bagi tahun ini, kami telah bekerjasama dengan Al Fala Enterprise dan Usaha KT Enterprise.

Berikut adalah butiran lapan buah projek bagi tahun ini:

Projek Kecil Kelana Jaya: Butir-butirnya

Pada tahun ini, kami telah berjaya mendapatkan status kewarganegaraan untuk seorang kanak-kanak sebelum dia menjalani peperiksaan SPM. Ibu bapanya telah mengalami pelbagai rintangan untuk memperoleh status tersebut bagi anak mereka.

Namun, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk pertama kalinya telah memaklumkan bapa kanak-kanak tersebut mengenai berita gembira ini setelah menerima surat daripada kami. Kes ini seumpama hadiah Krismas awal bagi mereka.

Buat masa ini, masih terdapat beberapa kes kewarganegaraan yang sedang dipertimbangkan oleh JPN. Kami berharap kes-kes tersebut akan mendapat keputusan yang sama seperti kes kewarganegaraan ini.

Pengemaskinian Kes Kewarganegaraan: Satu markah bagi rakyat!

Kontraktor: Al Fala Enterprise Harga: RM9,000

Blok 3 PKNS Kampung Lindungan Tindakan: Pagar baharu dibina untuk taman komuniti. Kontraktor: Usaha KT Enterprise Harga: RM5,000

Penurapan Jalan Surau Al Ehsan Tindakan: Menurap jalan di Surau Al Ehsan Kontraktor: Al Fala Enterprise Harga: RM6,860

Tempat Mandi Jenazah Surau Al Hidayah Tindakan: Membina bilik mandi jenazah. Kontraktor: Surau Al Fala Enterprise Harga: RM6,645 Padang Bola Desa Ria Tindakan: Memperbaiki padang bola Kontraktr: Al Fala Enterprise Harga: RM5,000

Dewan Komuniti Taman Desaria Tindakan: Menukar gril pintu dan pengubahsuaian kecil. Kontraktor: Al Fala Enterprise Harga: RM7,000

Dewan Komuniti Ladang Glenmarie Tindakan: Bahagian dalam bumbung dewan digantikan. Racun anai-anai digunakan . Kontraktor: Al Fala Enterprise Harga: RM15,000

Blok 7 & 8 Kampung Lindungan Tindakan: Lantai bilik mesyuarat dijubin. Pintu masuk dibaiki dengan konkrit. Kontraktor: Usaha KT Enterprise Harga: RM9,000

Blok 1 & 2 PKNS Kampung Lindungan Tindakan: Bingkai kayu yang repuh digantikan dengan bingkai aluminium dan bingkai tambahan.

1.

2.

3.

4

5.

6.

7.

8.

7

Page 9: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

Pada 16hb September 2016, pejabat kami telah mengadakan pengumpulan dana setengah tahunan di Golden Screen Cinemas, One Utama. Selaras dengan obsesi kami tentang Star Wars, kami memutuskan untuk menonton “Rogue One: A Star Wars Story.”

Sokongan yang menggalakkan telah membolehkan pejabat kami merangkul dana sejumlah RM11,950 melalui jualan tiket. Lebih mengharukan, 26 keping tiket telah diderma kepada anak-anak yatim dan keluarga berpendapatan rendah yang dipilih oleh sebuah gereja. Para penyumbang secara murah hatinya telah menaja tiket-tiket tersebut.

Ribuan terima kasih kepada semua yang menyokong aktiviti mengumpul dana kami! Tanpa sokongan anda, sesi tayangan ini tidak mungkin akan begitu berjaya.

Pengumpulan Dana “Rogue One: A Star Wars Story”

Liputan AktivitiPusat Khidmat Kelana Jaya

Berikut adalah serba sedikit mengenai aktiviti-aktiviti pejabat kami sepanjang

enam bulan yang lalu.

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #8

8

Page 10: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #8

Pada 19hb November 2016, kami sepejabat menghadiri Bersih 5.0 di Kuala Lumpur. Himpunan kali ini sebenarnya adalah hari bekerja untuk kami. Kami telah membantu INVOKE Malaysia mendaftar sukarelawan baru sambil berarak ke arah Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC) untuk persiapan Pilihan Raya Umum yang akan datang. Dalam tempoh enam jam, semua kad sukarelawan telah dihabiskan dan seramai 1,600 sukarelawan INVOKE baru telah mendaftar. Kami berasa terharu melihat begitu ramai rakyat Malaysia sanggup melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti selain demonstrasi untuk membantu kami dalam perjuangan mempertahankan masa hadapan negara.

Akhirnya, Bersih 5.0 telah berjaya. Terima kasih kepada semua yang telah membantu kami semasa demonstrasi ini. Kepada mereka yang baru mendaftar sebagai sukarelawan INVOKE, kami tidak sabar lagi untuk bekerja bersama anda!

Bersih 5.0: Setel, demo! Tapi jangan henti situ.

9

Page 11: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

Akaun TahunanPusat Khidmat Kelana Jaya

Berikut adalah akaun tahunan pejabat sehingga

31hb Disember 2016.

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #8

Jadual 1: Penyataan pendapatan 2016

Jadual 2: Kunci kira-kira 2016

Pendapatan Jumlah Peratus%Derma kecil 70,381.15 58.47%Geran 50,000.00 41.53%Pendapatan faedah 0.00 0.00%Pembayaran balik 0.00 0.00%Jumlah Pendapatan 120,381.15 100%

Perbelanjaan Jumlah Peratus%Gaji staf 89,895.53 53.40%KWSP 18,375.00 10.91%Sewa 19,141.68 11.37%Gaji intern 15,227.80 9.05%U�li� 7,095.72 4.21%Bekalan pejabat 3,268.35 1.94%Cetakan t-shirt 5,297.88 3.15%Yuran guaman 1,000.00 0.59%Sewa mesin cetak 2,807.00 1.67%Gaji tukang cuci 2,090.00 1.24%Perbelanjaan lain-lain 1,511.00 0.90%SOCSO 1,653.00 0.98%Hiburan 907.55 0.54%Tuntuan staf 26.70 0.02%Yuran buku cek 55.28 0.03%Jumlah Perbelanjaan 168,352.49 100%Lebihan bersih/(defisit) (47,971.34)

AsetAset tetap 7,725.10 Wang di bank 4,429.05 Tunai runcit 772.10 Deposit sewa 6,126.00 Jumlah aset 19,052.25

Liabili�Jumlah daripada Wong Chen 118,756.59 Jumlah Liability 118,756.59 Lebihan Liability (99,704.34)

Ekui�Baki b/f (51,733.00) Lebihan defisit (47,971.34) Baki c/f (99,704.34)

Nota:Pejabat kami hanya mampu beroperasi dengan derma kecil (dua pengumpulan dana wayang setahun) dan peruntukan kecil daripada kerajaan negeri Selangor sebanyak RM50,000 setahun. Sebarang kekurangan kewangan ditanggung oleh Wong Chen sendiri. Pada tahun ini, tanggungannya untuk operasi pejabat ini adalah RM48,000. Ini bermaksud jumlah tanggungannya sejak 2013 adalah sebanyak RM119,000.

10

Page 12: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

The Perbelanjaan Komuniti 2016Pusat Khidmat P104 Kelana Jaya

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #8

Nota:Pusat khidmat kami diperuntukkan dengan bajet sebanyak RM250,000 setahun untuk perbelanjaan komuniti. Oleh kerana bajet yang terhad bagi liputan 360,000 orang (RM0.70 setiap orang), kami tegas mengikut polisi kami untuk tidak menggunakan sesen daripada bajet tersebut demi program-program rumah terbuka sambutan perayaan. Memandangkan terdapat 40,000 orang miskin tegar di konstituensi kami, kami tidak sampai hati untuk membelanjakannya atas makanan dan minuman (yang mengangkat bakul sendiri secara politik) sahaja. Tahun ini, walaupun kami telah menerima sebanyak 700 kes kebajikan, kami terpaksa mengurangkan bantuan kewangan yang diberikan kepada mereka disebabkan oleh arahan kerajaan Selangor untuk membelanjakan wang tersebut untuk projek-projek kecil.

Projek kecil25.5%

(RM63,505)

Persatuan-persatuan35.5%

(RM88,400)

Kebajikan untuk golongan miskin

tegar39.0%

(RM97,000)

Peratusan perbelanjaan peruntukan daripada kerajaan negeri tahun 2016

425 individu

Persatuan komuniti Persatuan keagamaan

120

100

80

60

40

20

0

114

42

SIla rujuk kepada muka surat 7 untuk butir-butir lanjut.

Berikut adalah butir-butir perbelanjaan komuniti pejabat tahun 2016.

11

Page 13: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

Intern-internPusat Khidmat Kelana Jaya

Intern-intern kami merupakan sebahagian besar operasi kami yang penting. Berikut adalah testimoni-testimoni mereka tentang

pengalaman mereka di pejabat ini.

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #8

Poon Wei Ying

Anton Ranil

Saya akan sentiasa mengingati pejabat ini kerana daripada merekalah saya sedar bahawa seseorang yang itu boleh berkhidmat kepada masyarakat dengan jujur, efisien, kreatif dan berani. Saya sudahpun berminat menyaksi apa yang berlaku di sebalik tirai dunia politik sejak PRU 13 dan saya memilih P104 untuk memperoleh pengalaman dan ilmu dalam bidang tersebut.

Sepanjang internship saya, saya tidak tersangka apa yang saya akan pelajari. Saya telah membaca pelbagai buku dan rang undang-undang, menulis surat-surat rasmi, mengendalikan golongan kurang mampu di Kelana Jaya semasa Bulan Kebajikan, menghadiri kes mahkamah YB Rafizi, menyaksi YB Hannah menjalankan tugas di Dewan Undangan Negeri Selangor serta mempelajari banyak pengajaran hidup daripada YB Wong Chen sendiri. Saya telah belajar bahawa maklumat tepat dan pandangan jelas mengenai keperluan rakyat diperlukan untuk merangka dasar. Pengalaman-pengalaman ini membolehkan saya berkhidmat kepada masyarakat secara positif.

Tidak terlupa rakan-rakan seumur hidup saya yang memainkan peranan begitu penting dalam perkembangan kerjaya dan peribadi saya. Pengalaman saya di sini sememangnya SYOK!

Saya telah bercadang menjadi intern YB Wong Chen untuk mempelajari proses Parlimen Malaysia. Walaupun sesi Parlimen tidak berlangsung pada masa itu, saya telah berjaya memperoleh pengalaman yang jauh lebih bermakna.

Sebagai seorang intern, saya telah membantu peguam sukarelawan pejabat mengendalikan masalah undang-undang yang dihadapi oleh para penduduk, mengarang kenyataan media YB Wong Chen, dan melibatkan diri dalam program bulan kebajikan. Selain itu, saya berpeluang untuk meneliti aspek ‘kemanusiaan’ masyarakat semasa bulan kebajikan, dan bukan sahaja dari perspektif hitam putih. Saya juga telah mendengar beberapa ‘ceramah’ YB Wong Chen serta pakar-pakar daripada pelbagai bidang industri. Ceramah-ceramah ini telah memberi saya persepsi mengenai dunia politik dan ekonomi Malaysia dan telah membantu saya memahami tanah air saya dengan lebih mendalam.

Walaupun saya hanya seorang intern selama dua bulan, saya kini melihat Malaysia dari perspektif yang positif. Saya sedar bahawa masih ada harapan untuk negara kita. Kepada semua di Pejabat P104 Kelana Jaya, terima kasih atas peluang keemasan ini.

12

Page 14: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #8

Louise Tan

YB Wong Chen telah menghancurkan hujah seorang pro-TPPA di hadapan saya, memandang ke arah saya lalu menawar internship kepada saya.

Hook, line, sinker. Saya menerima tawaran tersebut bulat-bulat.

Perkara yang saya paling suka mengenai pejabat ini adalah sikap keterbukaan dan ketelusan mereka. YB Wong Chen dan stafnya amat mesra dan tidak kisah yang saya mempunyai berbagai-bagai soalan untuk mereka. Dan saya mempunyai banyak soalan. Beliau dan stafnya amat berterus-terang, sentiasa bersedia menjawab persoalan-persoalan saya, dan banyak menggalakkan perbincangan secara terbuka. Mereka amat mementingkan perkembangan intern-intern mereka. Saya tidak pernah melihat tabiat ini di mana-mana pejabat politik yang lain.

Malangnya, saya tidak dapat melengkapkan sebarang kerja penyelidikan atau projek kerana Wong Chen telah membantu mendapatkan pekerjaan pertama saya.

(Saya rasa mereka sudah letih mendengar soalan-soalan saya, tapi jangan serik memohon menjadi intern di sini!)

Saya selalu meminati bidang politik di Malaysia sejak tahun 2012. Minat saya untuk menceburi bidang tersebut bertambah sejak saya di tinggal Australia dan saya seringkali membaca tentang perkembangan isu-isu hangat di Malaysia. Oleh itu, semasa perjumpaan pertama saya dengan YB Wong Chen, saya sudah berazam untuk menjadi intern beliau. Tekad dan usahanya demi memperbaiki keadaan Malaysia amat merangsangkan.

Pejabat ini bagus untuk seseorang meluaskan pandangannya. Pengalaman paling menguja adalah semasa saya ditugaskan untuk membaca “Sapiens”, sebuah buku yang telah memberi saya teori-teori dan perspektif yang tidak pernah saya pertimbangkan. Saya telah mengarang satu kertas mengenai topik tersebut.

Tambahan pula, sebagai seorang intern, saya dapat mempelajari politik negara Malaysia dengan lebih terperinci dan memahami rasional di sebalik setiap isu politik terkini. Pada hari pertama saya di pejabat ini, saya telah berpeluang melawat Parlimen.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pejabat P104 untuk pengalaman ini yang sudah tentu tidak akan dilupakan.

Mahija Menon

13

Page 15: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #8

Joy Ng

Dari penyelidikan dasar di Parlimen hingga berpakaian semacam pemberontak untuk penggambaran tema Star Wars, pengalaman saya di pejabat YB Wong Chen memang menakjubkan!

Dua bulan sebagai intern bukan sahaja telah meluaskan pandangan saya mengenai sistem Parlimen Malaysia tetapi juga dalam bidang polisi dan perkhidmatan komuniti. Pada minggu pertama, saya terbabit dalam banyak aktiviti Parliamen (menulis ucapan, menyelidik belanjawan, pelancaran belanjawan alternatif) dan juga sesi phonebank INVOKE! Perbincangan bersama YB Wong Chen dan stafnya sungguh merangsangkan dan telah mengajar saya untuk mempersoalkan isu-isu dan tidak menerima sesuatu perkara secara buta tuli.

Saya berterima kasih kerana dapat bertemu dan bekerja dengan orang yang begitu berkebolehan dan banyak memberikan inspirasi. Walaupun banyak kerasuahan dan ketidakadilan, mereka terus berjuang untuk Malaysia yang lebih baik. Mereka membuat saya lebih berharap untuk negara kita. Dua bulan di pejabat P104 adalah lebih daripada apa yang saya berharap. Terima kasih saya ucapkan seikhlas hati.

Saya hanya bekerja sebagai intern YB Wong Chen selama lima minggu dan ia merupakan pengalaman yang amat manis. Saya paling suka berinteraksi dengan YB dan stafnya. Pejabat tersebut merupakan tempat selamat yang membenarkan saya meluahkan fikiran saya dan menjadi diri saya sendiri.

Sesi-sesi perbincangan dengan mereka telah membantu fikiran saya bertambah matang. Saya biasanya seorang optimis berbanding dengan ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan saya mengenai isu politik tempatan. Sikap acuh tak acuh sememangnya jalan mudah, tetapi ia lebih berbaloi jika kita tabah menghadapi cabaran; kita mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan baik. Modal-modal peranan seperti YB Wong Chen dan golongan belia yang aktif dalam politik adalah sumber harapan saya pada zaman gelap ini.

Saya telah mengendalikan kerja penyelidikan sepenuh masa, tetapi saya juga seorang couch potato secara sambilan. Persekitaran tempat kerja yang kreatif telah mendorong saya menghargai kerja-kerja penyelidikan dengan lebih mendalam dan, lebih penting lagi, memahami kepentingan penyelidikan dasar-dasar parlimen negara.

Vanessa Yeong

14

Page 16: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #8

Yodhin Kumar

Internship saya di P104 tidak begitu lama, tetapi pengalaman tersebut telah banyak memberi saya inspirasi. Saya telah mendalami ilmu pengetahuan saya dan telah memperoleh pengalaman berharga. YB Wong Chen seorang yang mesra, ramah, dan terbuka kepada pandangan-pandangan saya dan ini telah banyak membantu saya menyesuaikan diri di pejabat ini.

Saya berpeluang menjalankan kerja-kerja penyelidikan dasar kegiatan rasuah dalam kalangan polis, pembiayaan parti politik alternatif, dan kesaksamaan hak di tempat kerja bagi golongan LGBTQ. P104 pejabat yang bukan sahaja mengendalikan kertas kerja dan penyelidikan, ia merupakan tempat yang sokongan bagi pelbagai individu yang datang meminta bantuan.

Pengalaman ini telah banyak mengingati saya supaya menghargai setiap rahmat tidak kira betapa kecil, seperti status kewarganegaraan kita. Saya juga telah banyak memperbaiki kemahiran sosial saya dengan menjadi lebih ramah, profesional, dan teratur. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua di pejabat P104 atas bantuan mereka.

15

Page 17: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #8

Adakah anda berminat untuk mendalamkanpengetahuan

anda mengenai Parlimen?

Berdasarkan kemahiran anda,

anda boleh membantu kami

dalampenyelidikan polisi,

kerja komuniti,ataupun

kedua-duanya.

Anda akan menerima elaun kecil sebanyak

RM20 seharidan makan tengah

hari percuma sekali-sekala.

Sila hantar CV dan karangan 500

patah perkataan anda kepada

[email protected].

Adakah anda ingin tahu

peranan seorang Ahli Parlimen?

Sertai kami sebagaiseorang intern!

16

Page 18: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

Staf Pusat Khidmat ParlimenKelana Jaya

Memperkenalkan pemuda-pemudi Malaysia pejabat P104 dalam perjuangan mempertahankan masa

depan negara.

Suart Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #8

Abigail Nimbalker

Nadirah Sharif

Tania Loke

Nadirah adalah seorang graduan undang-undang dari Cardiff University dan telah lulus Peperiksaan Sijil Amalan GuamanMalaysia. Beliau bertemu dengan YB Wong Chen dan pasukannya di sebuah kem kesihatan semasa bekerja sebagai seorang sukarelawan. Tertarik, beliau telah menyertai pejabat ini sebagai intern sebelum ditawar jawatan pegawai penyelidik.

Tanggungjawab utama Nadirah adalah untuk menjalankan penyelidikan rang undang-undang dan usul-usul Parlimen. Beliau juga mengendalikan urusan pentadbiran dan kewangan Pusat Khidmat P104 Kelana Jaya.

Nadirah juga merupakan pereka grafik dan ilustrasi pejabat.

Abigail merupakan graduan undang-undang University of Reading dan adalah penerima Ijazah Sarjana dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang undang-undang antarabangsa. Abigail mula-mula menyertai pejabat ini sebagai seorang intern sebelum ditawar jawatan Pegawai Operasi.

Sebagai Pegawai Operasi, Abigail telah mengendali pelbagai isu kebajikan dan kewarganegaraan. Beliau juga telah menyelidik TPPA dan telah menyumbang kepada ucapan perbahasan Parlimen RUU Kanak-kanak (Pindaan) 2015 Ketua Pembangkang. Abigail juga adalah bintang Broadway dan pereka hias dalaman pejabat.

Setelah memperoleh ijazah dalam bidang Fizik dan Sains Politik Hubungan Antarabangsa dari University of Western Australia, Tania menyongsong arus penghijrahan cendekiawan demi berkhidmat untuk Malaysia. Beliau adalah intern YB Wong Chen pada awal 2016, sebelum ditawar jawatan Pegawai Penyelidik. Tania telah banyak menyumbang kepada Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan 2017 dan kini berganding bahu dengan pihak INVOKE Malaysia Centre for Policy Initiatives.

Di samping penyelidikan melalui komputer yang beliau lebih suka buat sambil berdiri, Tania turut mengendalikan fotografi dan videografi pejabat.

17

Page 19: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

Wajah Berseri, Tempat Menawan:Koleksi GambarBerikut adalah koleksi gambar aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sejak enam bulan lalu.

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #8

Staf dan sukarelawan Parlimen Kelana Jaya di Bersih.

Staf P104 menjalankan penye-lidikan dasar padi di Alor Setar bersama YB Gooi Hsiao Leung.

Malam Penghargaan Sukarela-wan INVOKE Kelana Jaya.

YB Rafizi Ramli and Wong Chen di pelancaran INVOKE Centre for Policy Initiatives.

Wong Chen berucap semasa makan malam pengumpulan dana INVOKE.

YB Hannah Yeoh dan Wong Chen dalam pertandingan tarik tali.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

1

2

3 4

5 618

Page 20: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #8

Mengemukakan bantahan perempadanan semula kawasan pilihan raya.

Sambutan Hari Merdeka di Desa Mentari.

Sukarelawan INVOKE Kelana Jaya semasa sesi phone bank.

Unit polis dan keselamatan bertugas semasa majlis perayaan .Hari Raya USJ 4.

AP Pembangkang mendesak MO1 untuk mendedah diri.

INVOKE sebelum episod pertama “So Apa Cita Minggu Ni?”.

Parlimen Kelana Jaya dianugerakan kumpulan sukarelawan phone bank terbaik for October 2016.

Melawat Suriana NGO.

7.

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

7

8

9

1110

12 13

1419

Page 21: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

19

15

16

4

17

10

18

20

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #8

Menyokong Desa Ria dalam inisiatif menyediakan bahan- bahan memasak bagi para penduduk papa kedana mereka sempena Deepavali.

Siaran langsung Monday Night Chat istimewa.

Para penyokong menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa semakan kesnya di Mahkamah Persekutuan.

Wong Chen di pertandingan undang-undang reformasi anjuran KPUM sebagai hakim dan ahli panel.

Staf P104 bersama pingat Beacon Run 2016 mereka.

P104 menawan Bukit Broga.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

20

Page 22: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

25

2423

22

17

21

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #8

Berposing dengan bendera Malaysia sebelum permulaan majlis Berbasikal Merdeka di USJ Summit.

Ketua-ketua komuniti berkawat dengan Jalur Gemilang semasa perayaan Merdeka USJ 9.

Gambar dron SJ Echo semasa majlis Kebun Komuniti USJ 6. Menyokong YB Rafizi Ramli di Mahkamah Sesyen semasa bicara OSAnya.

Menghadiri majlis makan malam perayaan Poh Toh di Subang Jaya.

21.

22.

23.

24.

25.

21

Page 23: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

Perkhid-matan

yang dita-warkan

oleh Pusat Khidmat

Kelana Jaya

Pejabat kami berkhidmat untuk

semua penduduk di konstituensi

Parlimen Kelana Jaya yang merangkumi:

USJ

PJS 5 - 10Taman Glenmarie

Kelana JayaSS5, SS7, SS8, and SS9

Untuk pertanyaan lanjut:Emel:

[email protected]

Tel: 03-5613 7918

Fax: 03-5613 7919Alamat:

113B (Tingkat dua)Jalan SS14/1

47510 Subang JayaSelangor, Malaysia

Parlimen

Membangkitkan isu-isu nasional bagi pihak anda

Mewakili Kelana Jaya dalam hal penggubalan dasar dan perundangan

Memberi maklum balas terkini dalam isu nasional

Komuniti

Menyokong permohonan bantuan perubatan dan kebajikan

Membuat permohonan pengecualian yuran perubatan

Berhubung dengan pihak kebajiakan dan NGO perubatan

Isu Kewarganegaraan

Menyokong permohonan bagi kad pengenalan biru dan pengeluaran surat sokongan

Membuat penyusulan dengan JPN dan Imigresen

Bagaimana boleh kami membantu anda?

Aktiviti Sukarelawan

Bekerjasama dengan INVOKE Malaysia, sebuah NGO sukarelawan

Menjalankan phone bank, aktiviti pintu ke pintu, serta kegiatan-kegiatan kempen yang lain

22

Page 24: Surat Berita Konstituen -  · PDF fileTugas-tugas di Parlimen Dengan sukacitanya saya maklumkan bahawa ... Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak menentang

Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituen adalah diterbitkan oleh Pusat Khidmat P104 Kelana Jaya Ahli Parlimen Kelana Jaya Selangor, Malaysia..

Surat Berita Konstituen Wong Chen Kelana Jaya adalah produk yang tidak dikawal. Informasi yang terkandung dalam surat berita ini adalah untuk maklumat am dan bukan bertujuan untuk digunapakai oleh pembaca dalam membuat atau tidak membuat keputusan peribadi, perniagaan dan/atau pelaburan khusus. Sekiranya anda ingin membuat rujukan, menghasilkan semula atau menyesuaikan apa-apa kandungan dalam apa-apa cara, sila dapatkan kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu.

Pertanyaan:

Emel: [email protected]: 03-5613 7918

Fax: 03-5613 7919Alamat: 113B (Tingkat dua)

Jalan SS14/1 47510 Subang JayaSelangor, Malaysia

Wong ChenKelana Jaya

Surat Berita #8: Januari 2017Penyunting: Wong Chen

Penyumbang: Nadirah Sharif,Abigail Nimbalker, Tania Loke,

Wong Weng Wai,Melissa Darshini, Sean Tan