Surat MPKK

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh

Citation preview

Yang Di Pertua,Majlis Perbandaran Kuala Kangsar,Wisma MPKK, Jalan Taiping 33000,Kuala Kangsar,Perak Darul Ridzuan

15 APRIL 2014Tuan,

Memohon untuk Meminjam Peralatan Hiasan Dalaman sempena Majlis Ihtifal 2014Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin membuat permohonan untuk meminjam peralatan hiasan dalaman untuk digunakan sempena Majlis Ihtifal 2014, Madrasah Idrisiah. Buat pengetahuan pihak tuan, majlis ini akan turut dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia, Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dan tetamu-tetamu VIP.2. Berikut adalah butir-butir berkenaan majlis tersebut :Tempat: Dewan Utama, Madrasah Idrisiah

Tarikh : 12 Mei 2014

Hari

: Isnin

Masa : 8.00 pagi 1.00 petang3. Senarai peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :

Bil Peralatan Bilangan

1.Set air pancut (kiri dan kanan dalam dewan)2 buah

2.Pokok bunga (luar dewan dan dalam dewan)secukupnya

Kami memohon pihak tuan memberikan jumlah peruntukan diperlukan bagi pinjaman peralatan-peralatan ini. Adalah diharapkan permohonan kami mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

( KHAIRUL ANWAR EL SYAZALLI BIN MUSA )

Pengetua, Madrasah Idrisiah