Susunan Bendera Koko

  • View
    56

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kokurikulum

Transcript

SUSUNAN BENDERA Susunan bendera yang dikibarkan dalam majlis rasmi mempunyai tatacara tertentu mengikut peraturan sesuatu majlis. Susunan bendera berbeza antara satu majlis dengan majlis yang

lain. Terdapat 3 peraturan susunan bendera dilaksanakan mengikut

peraturan susunan seperti berikut..~> Dikibarkan pada tiang ~> Dalam perarakan

~> Dibentangkan di belakang pentas

TATACARA MENGIBARKAN BENDERA PADA TIANG Jika hanya dua bendera dikibarkan di majlis peringkat Persekutuan yang diadakan dalam negeri, maka susunannya ialah seperti berikut:-

Dua bendera dikibarkan pada majlis peringkat negeri di negeri yang berkenaan

Tiga bendera yang hendak dikibarkan pada majlis peringkat negeri di negeri........

Tiga bendera yang hendak dikibarkan di majlis peringkat persekutuan yang diadakan dalam negeri

Susunan Apabila Mengibarkan Bendera Persekutuan Dengan Bendera NegeriNegeri Bendera-bendera yang dikibarkan cara sebaris dan keutamaannya bermula dari kiri ke kanan ditunjukkan seperti berikut:-

Susunan Dalam Keadaan Bersilang Dalam keadaan bendera Malaysia diletakkan bersilang, bendera Malaysia hendaklah diletakkan di sebelah kiri dan di atas bendera yang lain.

Susunan Bendera Bersilang Tigasatu kumpulan bendera negeri dan bendera swasta, bendera Malaysia hendaklah dikibarkan di tengah-tengah di antara dua bendera dan tiangnya diletakkan terkeatas dari bendera yang lain. Bendera negeri diletakkan di sebelah kiri manakala bendera swasta di sebelah kanan

Susunan Dua Bendera Semasa Lawatan Negara menjadi amalan biasa negara kita memberi kehormatan (courtesy) kepada pelawat itu, maka bendera pelawat diberi keutamaan atas bendera Malaysia.

Susunan Bendera Khusus Bagi Acara Dalam Dewan/Bangunan/Stadium

~>Susunan Bendera Semasa Seminar

Susunan Bendera Semasa Majlis Perundangan/Perbincangan

Susunan Bendera Semasa Majlis Perundangan/Perbincangan Dua Negara

Susunan Bendera Dalam Acara Sukan

SUSUNAN DALAM PERARAKAN bendera Berkibar

Jika bendera diarak secara sebaris, bendera Malaysia hendaklah mendahului benderabendera lain

Jika bendera diarak secara sederet bendera Malaysia hendaklah diletakkan di tengahtengah di antara bendera-bendera tersebut ataupun di tengah-tengah dan terkehadapan sedikit dari bendera-bendera lain.

Jika bendera dibawa berarak secara terbentang, bahagian kepala bendera hendaklah diusung mendahului perarakan sama seperti jika ianya dibawa dengan tiang bendera.

SUSUNAN DAN KEDUDUKAN PADA DINDING/TEMBOK BANGUNAN ATAU OBJEK YANG STATIK Apabila bendera Malaysia dipamerkan atau dilukis pada dinding, tembok bangunan atau objek yang statik, bahagian Bulan Bintang atau kepala bendera hendaklah terletak di sebelah kiri, dipandang dari hadapan.

Apabila bendera Malaysia dibentangkan di belakang tempat berucap, ia mestilah dibentangkan terke atas dan di belakang orang yang berucap.

Di majlis-majlis sempena lawatan negara/rasmi jika bendera negara pelawat dan bendera Malaysia dipamerkan, kedudukan bendera negara pelawat ialah di sebelah kiri dan bendera Malaysia di sebelah kanan dipandang dari hadapan.

PERANAN PENGERUSI MAJLIS / JURUACARA CIRI-CIRI PENGERUSI MAJLIS..

~>berbahasa lancar , teratur , dan sebutan jelas.. ~>tidak perlu mengulas isi ucapan yang disampaikan oleh tetamu ~>berani dan tak gentar ~>bersedia ~>tidak marah apabila menerima teguran dan pendapat orang lain.

PERANAN JURUACARA MAJLIS. Kawal majlis dengan baik dan bijaksana. Pastikan semua orang dapat mendengar percakapan anda dengan jelas. Jangan cakap layu sangat, perlahan-lahan (step-by-step).

Jangan cakap perkara yang anda tidak mahir atau anda tidak pasti. Pandang muka semua orang dari kiri ke kanan, dari hadapan ke belakang majlis. Jangan menyentuh perasan sensitif yang tidak disenangi orang ramai. Pelbagaikan intonasi suara anda. Cakap perkara yang ringan dan sekali-sekali boleh buat jenaka ringan untuk mengurangkan ketegangan dan kebosanan pendengar. Tepati masa. Jangan meleret-leret. Beri ucapan penghargaan kepada pihak yang telah berbuat sesuatu kebaikan.

PENYEDIAAN TEKS UCAPAN Juru acara dan jawatankuasa ( teks ucapan) harus merancang dan mengadakan teks juruacara dan teks ucapan tetamu kehormat. Oleh sebab sokolah banyak menganjurkan majlis-majlis rasmi , maka teks ucapan yang disediakan akan disemak oleh Guru Besar atau pengetua .

Maklumat yang terkandunag dalam teks ucapan adalah Maklumat tentang majlis yang berlangsung Ditaip mengunakan kertas a4 dibahagi 2 atau sebarang kad yang sesuai. Hanya satu penguguman yang ditaip pada setiap helaian tesk juruacara , penguguman seterusnya di helaian yang lain. Setiap teks juruacara mengandungi perkara yang berikut : Nombor muka surat 1,2,3 dan seterusnya .

Masa Cue (peristiwa yang berlaku sebagai panduan kepada juruacara untuk bercakap ) Penguguman (kata-kata yang dilafazkan oleh juruacara )

CONTOH TEKS PENGACARA MAJLIS.

MAJLIS PERASMIAN/PENUTUPAN

PENYEDIAAN TEKS UCAPAN

MAJLIS KERAIAN

MAJLIS PERPISAHAN

Teks ucapan perasmian ialah teks ucapan yang disampaikan oleh tamu kehormat bagi sesuatu majlis. Teks ucapan perasmian selalunya lebih panjang daripada teks ucapan alu-aluan.

Teks ucapan perasmian mengandungi ucapan terima kasih kepada tuan rumah yang mengundang, maklumat yang berkaitan dengan majlis, perkembangan institusi yang mengundang dan harapan tetamu.

Teks ucapan perpisahan merupakan teks ucapan yang disampaikan dalam majlis perpisahan. Teks ucapan perpisahan terbahagi kepada teks ucapan pihak yang menganjurkan majlis dan teks ucapan yang dibalas oleh orang yang diraikan. Teks ucapan perpisahan yang disampaikan oleh pihak penganjur selalunya mengandungi ucapan terima kasih dan puji-pujian atas jasa yang disumbangkan oleh orang yang diraikan. Selain itu, terdapat juga harapan penganjur kepada orang yang diraikan.

Teks ucapan balas yang disampaikan oleh orang yang diraikan pula mengandungi ucapan terima kasih kepada pihak penganjur dan puji-pujian terhadap rakan setugas dan kaki-tangan bawahan.Selain itu, dalam teks ini juga lazimnya dimasukkan permohonan maaf dan menyatakan detik-detik indah atau manis ketika berkhidmat serta pelawaan kepada semua rakan dan kakitangan untuk berkunjung ke rumah.

Teks Ucapan Majlis Keraian Merupakan Teks Ucapan Yang Disampaikan Dalam Majlis Untuk

Memberi Penghargaan Atau Ucapan Terima Kasih Kepada SesuatuPihak Dalam Kejayaan Atau Pencapaian Teks Ucapan Disampaikan Oleh Pihak Pihak Penganjur Atau Tetamu Kehormat Contoh Majlis , Seperti Graduasi.