Upload
dinhkhanh
View
264
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
Artikel disumbangkan oleh:
Sylvia Kennedy S. Si • Md Sodiqin Md Salleh • Azira Ahmad
Mohd Helmi Mohd Kassim • Muhammad Hamizan Abu Hassan • Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin
Bersempena dengan sambutan Hari
Kemerdekaan Indonesia ke-72, PT.
Mardec Siger Way Kanan (PTMSWK)
telah mengadakan Hari Sukan dan
Hari Keluarga bersama pekerja pada
19 Ogos 2017.
Majlis tersebut dihadiri oleh para
kakitangan PTMSWK, pihak
pengurusan dan juga ahli keluarga
mereka. Pengarah dan pemegang
saham, Puan Yuliana Suteja dan
pemimpin komuniti turut
memeriahkan majlis tersebut.
Secara tidak langsung, majlis
tersebut menjadi satu platform
untuk mengeratkan silaturrahim
sesama pihak pengurusan,
kakitangan dan juga masyarakat
desa setempat.
Edisi Ogos 2017
Terdapat 10 acara sukan yang
dipertandingkan termasuk: -
1. Pertandingan Larian dalam Guni
(dewasa)
2. Pertandingan Larian dalam Guni
(kanak-kanak)
3. Pertandingan “Perang Guling”
4. Pertandingan “Pindah Belut”
5. Pertandingan Pindah Air
6. Pertandingan Memasukkan Paku
dalam Botol
7. Pertandingan “Bola Terong”
8. Pertandingan Makan Buah Epal
9. Pertandingan Menyanyi
10. Pertandingan Menghias Wajah
Mata Tertutup
• Sylvia Kennedy S.Si (PTMSWK)
Mukasurat 2 dari 12
Gambar 1: Senamrobik turut diadakan
Gambar 5: Antara acara yang dipertandingkan
Gambar 3: Ucapan dari Encik Mohanasundram D,
“General Manager” PTMSWK
Gambar 2: Jawatankuasa Sukan PTMSWK
Gambar 4: Puan Yuliana Suteja turut hadir
memeriahkan majlis
Mukasurat 3 dari 12
Gambar 6: Antara acara yang dipertandingkan
Gambar 7: Sesi penyampaian hadiah kepada
para peserta
Mukasurat 4 dari 12
Pada 4 Ogos 2017, wakil dari pihak
Continental telah datang ke MPSB
Bota untuk menjalankan “Technical
Scouting” iaitu audit teknikal
terhadap operasi makmal dan juga
pemprosesan getah “Standard
Malaysian Rubber” (SMR).
Tujuan audit dilakukan adalah untuk
memastikan MPSB Bota mencapai
spesifikasi dan menghasilkan produk
berkualiti tinggi seperti yang
diperlukan oleh pihak Continental,
bebas dari sebarang pencemaran.
Wakil dari pihak Continental; Mr
Arnold Yeo dan Mr Kee Wee Cheng
menekankan aspek pemeriksaan
menyeluruh bermula dari
penerimaan getah sekerap,
“housekeeping” sekitar kawasan
kilang, penyelenggaraan peralatan
dan mesin serta keselamatan
pekerjaan.
Proses audit yang dilakukan ini turut
merangkumi lawatan ke makmal
Bota bagi melihat proses ujian yang
dijalankan termasuk pemeriksaan
umum peralatan makmal dan
keputusan ujian. Bermula bulan
September 2017, MPSB Bota mula
membekalkan SMR 10 kepada pihak
Continental.
Gambar 8: Mr Arnold Yeo dan Mr Wee Kee Cheng
dibawa melihat persekitaran kilang oleh
Encik Zamhari dan Encik Shahir
Gambar 9: “Purchaser”, Encik Guna menerangkan
proses pembelian “raw material” di MPSB Bota
Gambar 10: Encik Shahir menunjukkan cara
pemilihan “cup lump” sebelum diproses.
• Azira Ahmad (Ibu Pejabat)
Mukasurat 5 dari 12
Gambar 12: Proses menguji “blanket
thickness” menggunakan “caliper”
Gambar 13: Mr Teoh menerangkan
operasi kilang kepada Mr Kee
Gambar 11: Mr Kee melihat buku
catatan di proses “drying”
Gambar 14: Pihak pengurusan MARDEC
diketuai oleh Deputy CEO, Mr Karu bersama
Pengarah Urusan Continental, Mr Renzo
Gonzalez dan Mr Arnold Yeo, Pengurus
Kanan Bahagian Pembelian Global
Mukasurat 6 dari 12
Pertolongan cemas boleh
didefinisikan sebagai; “rawatan
yang diberikan kepada kasualiti di
tempat kejadian oleh orang yang
mempunyai pengetahuan dan
kemahiran dengan peralatan terhad
sebelum kehadiran pihak perubatan
atau ambulans”.
Mereka ini mungkin ahli keluarga,
rakan, orang asing atau ANDA
sendiri yang kebetulan berada di
tempat kejadian. Rawatan yang
diberikan ini mempunyai makna
yang besar di antara hidup atau
mati.
Pada bulan Ogos yang lalu, MARDEC
Berhad telah mengadakan latihan
pertolongan cemas “First Aider” bagi
Pasukan Tindakan Kecemasan
(ERT) di peringkat kilang.
Berdasarkan Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994;
“Setiap majikan wajib menyediakan
satu (1) anggota pertolongan cemas
“First Aider” bagi setiap 20 orang
pekerja di dalam satu kawasan
tempat kerja”.
Kursus yang dikendalikan oleh
Jabatan Sumber Manusia dengan
kerjasama Persatuan Bulan Sabit
Merah (PBSM) negeri Perak telah
diadakan pada 31 Julai 2017 di
MPSB Bota. Seramai 5 orang peserta
yang telah dipilih oleh pihak
pengurusan kilang bagi wakil MPSB
Bota, MPSB Baling dan MIL Tapah
dan jumlah keseluruhan peserta
seramai 15 orang.
• Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin (Ibu Pejabat)
Gambar 15: Teknik CPR pada orang dewasa
Gambar 16: Teknik CPR pada bayi
Mukasurat 7 dari 12
Pada 7 dan 8 Ogos 2017 seramai 20
orang menyertai kursus yang sama
yang terdiri dari wakil Ibu Pejabat,
MIL Ulu Ara, MPSB Kuala Berang dan
MPSB Mentakab yang diadakan di
MPSB Mentakab selama 2 hari yang
dikendalikan oleh pihak PBSM negeri
Pahang. Diharapkan kursus yang
dijalankan ini memberi panduan
kepada kakitangan dalam
menangani kes-kes kecemasan.
Tanggungjawab Anggota Pertolongan Cemas: -
1. Memastikan tiada bahaya
2. Mencari punca kesakitan
3. Memberi rawatan mengikut keutamaan
4. Mendapatkan bantuan perubatan
Gambar 17: Peserta diajar membalut luka di
bahagian kepala menggunakan kain anduh
Gambar 18: Cara menyelamatkan mangsa
yang tercekik
Gambar 19: Peserta diajar cara
menggunakan “stretcher”
Mukasurat 8 dari 12
Pada hari Khamis, 17 Ogos 2017,
pihak pengurusan MPSB Mentakab
telah mengadakan Latihan
Pengungsian dan Latihan Kebakaran
Bersama Pihak Bomba cawangan
Mentakab, Pahang.
Objektif latihan adalah:-
• Untuk melatih petugas-
petugas kebakaran yang
dilantik menjalankan tugas-
tugas yang diberikan dengan
sempurna dan mengikut
prosedur
• Supaya dapat menguji
keupayaan bertindak serta
keberkesanan peralatan
kebombaan pada sesebuah
bangunan
Mengikut Akta Bomba 1988
Seksyen 5 (1) adalah menjadi
peranan Jabatan Perkhidmatan
BOMBA dalam mengambil langkah-
langkah:
a) Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
b) Melindungi nyawa dan harta benda sekiranya berlaku kebakaran.
c) Menentukan adanya jalan keluar
apabila berlaku sebarang
kebakaran, penyelenggaraan
dan pengawalseliaan yang
sempurna.
• Ahmad Fathullah Ahmad Bunaddin (Ibu Pejabat)
Gambar 20: Pekerja berkumpul di tempat
yang disediakan
Mukasurat 2 dari 12
Gambar 21: Encik Yazid, Pengurus Kilang
memadam punca api menggunakan alat
pemadam api jenis “ABC Powder”
Gambar 22: Pekerja diajar menggunakan
selimut atau peralatan lain sekiranya tiada
alat pemadam api
Gambar 23: Penerangan mengenai
jenis-jenis alat pemadam api
Mukasurat 3 dari 12
International Rubber Study Group (IRSG) adalah organisasi antarabangsa
yang terdiri daripada pihak berkepentingan (stakeholder) yang menghasilkan dan
menggunakan getah asli.
IRSG telah membangunkan Sustainable Natural Rubber Initiative (SNR-i)
sebagai projek sukarela dan kerjasama industri untuk memastikan industri getah
dapat membina amalan terbaiknya (best practice) sendiri serta mempromosinya di
sepanjang rantaian nilai (value chain) getah asli, meliputi upstream, midstream
dan downstream.
Objektif SNR-i adalah untuk melindungi ekonomi getah asli global yang mampan
serta memberikan faedah di seluruh rantaian nilai getah asli, melalui:
1. Menggalakkan pembangunan amalan kemampanan terbaik dalam sektor getah
asli di peringkat global.
2. Menyokong peningkatan produktiviti ladang getah asli.
3. Meningkatkan kualiti getah asli.
4. Menyokong kelestarian hutan melalui perlindungan / pemuliharaan kawasan
terlindung.
5. Menunjukkan pengurusan air yang sesuai.
6. Menunjukkan penghormatan tertinggi bagi hak manusia dan buruh
Sustainable Natural
Rubber Initiative (SNR-i)• Muhammad Hamizan Abu Hassan (Ibu Pejabat)
Mukasurat 4 dari 12
Berikut adalah 5 kriteria Sustainable Natural Rubber Inintiative (SNR-i):
Kriteria 1: Menyokong peningkatan produktiviti
KPI 1.1: Mengoptimumkan penanaman klon yang disyorkan
KPI 1.2: Mengoptimumkan ketumpatan penanaman
KPI 1.3: Mengoptimumkan baja dan penggunaan kimia
Kriteria 2: Meningkatkan kualiti Getah Asli
KPI 2.1: Komitmen terhadap kualiti getah asli
KPI 2.2: Mematuhi ujian dan penggredan
Kriteria 3: Menyokong kelestarian hutan
KPI 3.1: Mematuhi keperluan undang-undang tempatan yang berkaitan
KPI 3.2: Perlindungan / pemuliharaan kawasan dilindungi
Kriteria 4: Pengurusan air
KPI 4.1: Mematuhi keperluan undang-undang tempatan dan hak penggunaan air
tempatan yang relevan
KPI 4.2: Rawatan air sisa industri
Kriteria 5: Hormati hak manusia dan buruh
KPI 5.1: Buruh kanak-kanak dan umur minimum untuk pekerja
KPI 5.2: Buruh paksa
KPI 5.3: Kebebasan persatuan dan tawar-menawar kolektif
Antara organisasi besar yang telah menyertai SNR-i adalah pengguna utama getah
asli seperti Goodyear, Continental, Pirelli dan Ansell. Pematuhan MARDEC
Berhad kepada kriteria-kriteria SNR-i mendatangkan manfaat yang berikut:
1. Akses kepada amalan terbaik mengenai aspek pertanian, alam sekitar dan
sosial.
2. Peningkatan kecekapan dan produktiviti dengan amalan getah semula jadi
lestari.
3. Membuat kesan positif terhadap isu-isu alam sekitar dan sosial secara kolektif.
4. Akses ke Pasaran Getah Asli Antarabangsa.
5. Pastikan masa depan yang lebih lestari dan selamat untuk getah asli.
6. Platform strategik untuk membuat & mempengaruhi dasar dan keputusan
penting.
7. Membina perkongsian dan hubungan yang kukuh di seluruh sektor awam,
swasta dan sukarela.
Mukasurat 1 dari 12
Ucapan takziah dari pihak kumpulan MARDEC kepada Encik Atan Bin
Abdul Rahman (Chargeman, MPSB Mentakab) yang telah kehilangan
kedua-dua anak kembar beliau pada 8 Ogos 2017 yang terlibat di dalam
satu kemalangan di hadapan pintu masuk kilang MPSB Mentakab.
Semoga beliau dan keluarga diberi ketabahan atas ujian ini dan arwah
ditempatkan bersama orang-orang beriman.
AL-FATIHAH