27
TAHAP – TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING PENGENALAN KAUNSELING Seiring dengan kemajuan dan perkembangan ekonomi, budaya , sosial , pendidikan dan sains dan teknologi di negara ini, perkhidmatan kaunseling, terutamanya di persekitaran sekolahdan institusi pengajian tinggi, telah sampai ke tahap yang amat menggalakkan. Dalam konteks pembangunan negara ke arah sebuah negara maju berteknologi tinggi, kaunseling dapat memanfaatkan semua peringkat manusia dalam pelbagai keadaan. Sungguhpun bidang kaunseling dianggap sebagai bidang yang masih baru; jika dibandingkan dengan sosiologi, ekonomi dan psikologi pada keseluruhannya pengaruh kaunseling sudah dapat dirasakan oleh sebahagian masyarakat , walaupun belum begitu meluas.Biarpun individu yang datang berjumpa kaunselor untuk mendapatkan bantuan menyelesaikan masalah dan mencapai hidup yang tenang dan berkualiti kian bertambah. Jenis masalah yang dikemukakan adalah pelbagai, iaitu daripada masalah peribadi yang dipersepsikan menganggu ketenteraman fikiran, hinggalah kepada maslah interpersonal di tempat kerja, susah membuat sesuatu keputusan kerana

TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING

Embed Size (px)

DESCRIPTION

TUGASAN KAUNSELING

Citation preview

Page 1: TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING

TAHAP – TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING

PENGENALAN KAUNSELING

Seiring dengan kemajuan dan perkembangan ekonomi, budaya , sosial ,

pendidikan dan sains dan teknologi di negara ini, perkhidmatan kaunseling, terutamanya

di persekitaran sekolahdan institusi pengajian tinggi, telah sampai ke tahap yang amat

menggalakkan. Dalam konteks pembangunan negara ke arah sebuah negara maju

berteknologi tinggi, kaunseling dapat memanfaatkan semua peringkat manusia dalam

pelbagai keadaan.

Sungguhpun bidang kaunseling dianggap sebagai bidang yang masih baru; jika

dibandingkan dengan sosiologi, ekonomi dan psikologi pada keseluruhannya pengaruh

kaunseling sudah dapat dirasakan oleh sebahagian masyarakat , walaupun belum begitu

meluas.Biarpun individu yang datang berjumpa kaunselor untuk mendapatkan bantuan

menyelesaikan masalah dan mencapai hidup yang tenang dan berkualiti kian bertambah.

Jenis masalah yang dikemukakan adalah pelbagai, iaitu daripada masalah peribadi

yang dipersepsikan menganggu ketenteraman fikiran, hinggalah kepada maslah

interpersonal di tempat kerja, susah membuat sesuatu keputusan kerana menghadapi

kekeliruan dan termasuk malasah pembelajaran. Oleh yang demikian, profesion

kaunselor dalam masyarakat moden ini memainkan peranan yang penting. Tambahan lagi

, Malaysia kini sedang mengalami satu proses pembangunan yang pesat.

Pembangunan ini bukan sahaja menyentuh aspek ekonomi, sains dan teknologi,

tetapi juga aspek perpaduan negara dan kesejahteraan masyarakat yang berbilang kaum.

Perubahan masyarakat adalah satu hakikat yang mengiringi pembangunan sesebuah

negara. Kesan daripada perubahan-perubahan pesat dalam masyarakat, menjelma pula

pelbagai masalah sosial yang berlaku secara langsung atau tidak. Perubahan-perubahan

yang berlaku adalah seperti berikut:

Page 2: TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING

Penghijrahan anak-anak muda dari desa ke kota untuk mencari pekerjaan

yang semakin meluas

Perpecahan system keluarga besar kepada system keluarga kecil

Kemunculan organisasi besar dalam bidang swasta dan korporat, yang

kurang memberi perhatian kepada individu, lalu mendorong warganya

merasa terpinggir.

Pengaruh media cetak dan elektronik ke atas pemikiran dan sikap

manusia, khususnya kanak-kanak dan muda-mudi yang bertembung

dengan nilai-nilai tradisional masyarakat.

Kemewahan baru yang mendorong kepada penghakisan nilai-nilai murni

dalam individu dan masyarakat.

Kesan langsung akibat perubahan-perubahan ini kepada diri seseorang ialah

reaksi psikologikal dalam bentuk stress.Menurut kajian, stress boleh membawa kepada

pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, darah tinggi dan gangguan emosi. Stres yang

mungkin timbul di peringkat persekolahan adalah seperti ekspektasi guru dan ibubapa

yang tidak realistic terhadap pencapaian pelajaran, suasana rumah yang sempit, atau

tekanan daripada rakan sebaya terhadap sesuatu norma tingkah laku. Di institusi

pengajian tinggi pula , stress berlaku akibat perlumbaan mencapai kejayaan akademik,

kekurangan wang perbelanjaan dan tekanan sosial.

Reaksi stress adalah berbeza di kalangan remaja dan kanak-kanak. Terdapat

remaja dan kanak-kanak yang melarikan diri dari rumah kesan daripada stress dengan

kekecohan yang berlaku dalam keluarga. Ada yang cuba menghilangkan atau melupakan

stress dengan cara mengambil dadah atau melibatkan diri dengan kegiatan jenayah.

Kaunseling mungkin tidak dapat menghilangkan semua gejala penyakit sosial

yang berpunca daripada pembangunan ekonomi. Tetapi, demi kesejahteraan mental

masyarakat, ia mesti disediakan secukupnya di semua institusi yang berperanan dalam

pembangunan negara. Kaunseling tidak boleh lagi dianggap sebagai bidang ilmu yang

hanya dikhaskan kepada mereka yang berpenyakit gila, tetapi ia seharusnya ditawarkan

Page 3: TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING

luas agar teknologinya dimanfaatkan juga oleh ahli masyarakat biasa dalam

menyelesaikan masalah harian yang ditempuhi

DEFINISI KAUNSELING

Perkataan kaunseling mempunyai pelbagai erti mengikut pendekatan individu

yang mempraktikkannnya. Antara definisi yang diutarakan terdapat banyak persamaan,

misalnya, satu definisi menyatakan bahawa kaunseling bertujuan membantu seseorang

belajar membuat pilihan, dan melaksanakan pilihan yang telah dibuat. Ada yang

menyatakan bahawa kaunseling adalah satu pembelajaran. Dalam kedua-dua definisi ini ,

unsure persamaan adalah perkataan ‘belajar’. Definisi pertama mengajar seseorang

membuat pilihan , dan yang kedua, pembelajaran secara umum. Berikut adalah beberapa

definisi kaunseling:

Krumboltz (1965)

Kaunseling ialah apa sahaja aktiviti yang beretika yang dilakukan

oleh kaunselor dalam usaha untuk membantu klien menunjukkan

tingkah laku yang mendorong kepada penyelesaian masalah klien.

Persatuan Bimbingan dan Personal Amerika (1980)

Kaunseling ialah penggunaan prosedur kaunseling dan bidang laing

yang berkaitan dengan sains tingkah laku untuk membantu

mempelajari bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah, membuat

keputusan berkenaan dengan pemilihan kerjaya, pertumbuhan kendiri,

perkahwinan, keluarga , atau perkara interpersonal lain.

Burks dan Stefflre (1979)

Kaunseling merujuk kepada perhubungan professional antara

kaunselor terlatih dan klien.Perhubungan ini biasanya bersifat person-

to-person, walaupun kadang-kadang melibatkan lebih daripada dua

orang. Perhubungan ini dibentuk untuk membantu klien memahami dan

menyatakan pandangan mereka tentang ruang hidupnya, dan

Page 4: TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING

mempelajari mencapai matlamat pilihan kendiri melalui pilihan yang

bermakna dan bermaklumat setelah menyelesaikan masalah yang

bersifat emosional dan interpersonal.

Zainal Abidin (2002)

Kaunseling adalah satu perbincangan antara seorang kaunselor yang

terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami

kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama memikirkan dan

meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan

seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.

Pepinsky & Pepinsky (1954)

Kaunseling adalah satu proses interaksi yang terjadi

di antara dua orang yang dipanggil kaunselor dan

kaunseli (klien)

di satu setting yang professional

hubungan dimudahcara

untuk mewujudkan perubahan-perubahan tingkah laku

kaunseli

Definisi Kaunseling yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan kaunseling adalah satu proses

perhubungan professional antara kaunselor dengan klien yang mempunyai

matlamat tertentu.

Proses pertemuan secara berhadapan antara dua pihak, kaunselor dan klien

agar klien dapat mengenali dan memahami dirinya dan perasaan serta dapat

berubah ke arah kesejahteraan diri.

TUJUAN KAUNSELING

Menolong individu berasa lebih yakin dengan kekuatan dalam diri sendiri dan

sanggup merancang sesuatu.

Page 5: TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING

Menolong individu mewujudkan hubungan yang baik dengan orang lain.

Mengajar individu kemahiran tertentu serta membantu perkembangan minat dan

bakat.

Memperkembangkan personaliti individu ke arah yang positif

Membantu individu menyesuaikan diri dengan masyarakat melalui

perkembangan konsep kendiri.

Membantu individu memahami diri sendiri dan menjadikannya berani

menghadapi pelbagai risiko dan cabaran hidup

Menolong individu berfikir dengan lebih matang dalam menyelesaikan masalah

peribadinya

Membantu individu memiliki kemahiran mengendalikan kehidupan sendiri

Membantu individu berfungsi dengan sepenuhnya

Membantu individu bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya sendiri.

TAHAP – TAHAP PROSES KAUNSELING

Kaunseling adalah sati proses yang berkembang dan berubah dari satu tahap ke

tahap yang lain. Ia mesti ada permulaan, maju ke tahap lain, dan mesti mempunyai

kesudahan.

Menurut pakar- pakar teori dalam bidang kaunseling dan psikoterapi, tidak ada

persetujuan tentang berapa tahap yang mesti dilalui dalam proses kaunseling, atau apakah

cirri-ciri perlakuan yang ketara pada setiap tahap. Yang pasti dan yang nampak ada

persamaan pendapat di kalangan mereka dari segi proses kaunseling itu bergerak terus

mengikut urutan dengan teratur pada setiap tahap. Juga mereka bersenpedapat bahawa

aspek membina hubungan sentiasa hadir di sepanjang dan pada setiap tahap.

Tahap-tahap dalam proses kaunseling tidak berlaku secara berasingan, tetapi

berterusan dan ada masanya bertindan lapis. Aapbila kaunselor sedang berada pada satu

tahap dan sedang mengendalikan tema perbincangan untuk tahap itu, beberapa elemen

dari tahap yang lain juga hadir pada tahap yang sama. Contonnya, selepas mengalu-

alukan kedatangan seorang klien yang baru (tahap pertama), kaunselor mungkin juga

mempunyai banyak persoalan seperti,” Siapa agaknya orang ini? Bolehkah agaknya kita

Page 6: TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING

bekerjasama?Bolehkah kita menolong orang ini menyelesaikan masalahnya? Berapa lama

agaknya kita akan mengambil masa berbincang dengan klien ini?

Pada tahap ini dapat dilihat penumpuan adalah kepada pelbagai persoalan yang

sepatutnya dibincangkan dalam tahap tertentu. Pada hal isu yang hendak diberikan

tumpuuan ialah berhubung dengan tahap pertama, iaitu hendak mengetahui tentang

klien.Masa yang harus diambil bagi melaksanakan setiap tahap bergantung kepada sejauh

mana kaunselor memikirkan sama ada dia patut berubah ke tahap seterusnya.

Oleh kerana tahap-tahap ini perlu berkembang dari awal hingga akhir, maka tema

perbincangan pada setiap tahap mesti disempurnakan dengan memuaskan sebelum

kaunseling bergerak ke tahap yang berikutnya.Sekiranya perbincangan tema pada tahap-

tahap awal tidak dibuat dengan memuaskan atau tidak sempurna , ia akan menyulitkan

proses kaunseling berlaku. Ertinya, lebih kemas dan sempurna perbincangan berdasarkan

tema bagi tiap-tiap kaunseling itu, maka lebih berhasil kesudahan kaunselingnya.

Seperkara lagi yang harus diingati oleh kaunselor berkaitan dengan perbincangan

tema pada tahap-tahap tertentu ialah kaunselor boleh mengubah fokus perbincangan ke

mana-mana tahap untuk membantu meransang perbincangan yang sedang berjalan.

Disamping itu, kaunselor boleh menyemak pemikiran dan perasaan klien, sama ada klien

konsisten atau tidak.

TAHAP MEMBINA HUBUNGAN

Untuk permulaan proses kaunseling, biasanya kaunselor belum mengenali klien.

Jadi untuk mendapat kerjasama daripada klien, perlu dibentuk satu hubungan yang baik

antara klien dan kaunselor supaya masing-masing mempunyai kepercayaan antara satu

sama lain. Tugas membina hubungan yang istimewa ini adalah tema tahap pertama dan

menjadi tumpuan perbincangan.Kaunselor dianggap berjaya mengendalikan tahap ini

apabila dapat melaksanakan empat tugas yang berkaitan iaitu:

Mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi

Menentukan matlamat awal kaunseling

Menstruktur hubungan

Membina kepercayaan

Page 7: TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING

1. Mewujudkan Suasana Yang Menggalakkan Interaksi

Pada permulaan proses kaunseling , biasanya klien tidak begitu yakin dengan

dirinya sendiri, kaunselor dan kesan proses kaunseling. Tambahan pula terdapat klien

yang tidak begiru pasti akan masalahnya. Keadaan berhati-hati ini bermakna klien tidak

akan memberi respon kepada kaunselor dengan terbuka. Klien memerlukan rasa selamat,

atau rasa boleh percaya kepada orang lain (kaunselor), ada kejujuran dan rasa dihormati.

Sebagai kaunselor kita brertanggungjawab mewujudkan suasana atau keadaan yang akan

memudahkan rasa kerterbukaan, keikhlasan dan rasa mahu berkomunikasi.

Klien selalunya memerlukan rasa senang berkomunikasi dengan kaunselor,

merasakan dirinya diterima dan difahami dengan cara yang betul. Kaunselor perlu

berkomunikasi dengan rasa minat terhadap klien, memahami dan menghormati perasaan,

sikap dan masalahnya. Ini boleh dilakukan dengan cara:

Menunjukkan anda sentiasa hadir dan memberi sepenuh perhatian

kepada klien dan menganggapnya sebagai seorang yang dihormati dan

dihargai .

Mendengar secara intensif dan cuba merasakan bagaimana klien merasa

dan memikirkan masalahnya

Memberi respon kepada klien dengan sepenuhnya.

Contohnya sebagai permulaan kaunselor menunjukkan raut wajah yang menunjukkan

rasa ingin berkongsi masalah dengan klien dan memahami perasaan mereka serta

menjiwai masalah klien.Kaunselor juga perlu memulakan soalan yang boleh membantu

ke arah keadaan rasa selamat , kejujuran dan rasa boleh percaya seperti: Apakah yang

boleh saya bantu saudara (seeloknya nama diketahui).Kaunselor juga perlu menunjukkan

air muka yang tenang ‘posture’ atau cara duduk semasa melayan klien, kesungguhan

ketika menjawab dan intonasi suara yang tidak mengancam.

2. Menentukan Matlamat Awal Kaunseling.

Klien datang berjumpa kaunselor atas beberapa sebab. Antaranya ialah untuk

menyelesaikan konflik, menyelesaikan masalah , atau meminta pertolongan untuk

mendapatkan cara-cara menjadi seorang yang lebih berfungsi dengan lebih efektif.

Terdapat klien yang menyedari dengan jelas akan masalahnya, tetapi ada juga yang kabur

Page 8: TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING

akan masalahnya, tentang mengapa dia berperasaan demikian, malah tentang kenapa dia

datang berjumpa dengan kaunselor.

Klien akan mengemukakan satu masalah awal pada kaunselor, tetapi bukan

masalah besar yang sebenarnya dihadapi.Kecenderungan untuk menyelesaikan

masalahnya mungkin lemah, pertengahan atau tinggi.Apapun, kaunselor mesti

memastikan bersama klien apakah matlamat yang hendak dicapai pada akhir sesi

kaunseling.

Matlamat awal mungkin sama-sama bersetuju untuk menyelesaikan masalah yang

dikemukakan pada waktu itu.Disamping itu, mendengar masalahnya, membantu dia

melihit dirinya sendiri, supaya dia lebih memahami tentang dirinya, dan dengan itu

diharap klien dapat mengenal pasti matlamat kaunseling yang lebih tepat.

3. Menstruktur Hubungan

Semua hubungan kaunselor dengan kliennya mesti mempunyai struktur supaya

klien akan nampak dengan lebih jelas ke arah mana hendak dituju dan memahami proses

kaunseling. Pada mulanya, klien agak sukar untuk mengambarkan apa yang akan terjadi,

bagaimana perubahan boleh berlaku dan meragui apakah semua itu akan dapat

membantunya.Sebagai kaunselor , kita dan klien mesti saling bersetuju tentang beberapa

perkera sebelum memulakan proses kaunseling.

Kefahaman tentang proses kaunseling

Untuk memberi kefahaman kepada klien tentang proses kaunseling,

kaunselor harus memberitahu bagaimana kaunseling boleh membantu

dengan menjelaskan cara-cara berinteraksi dalam setiap sesi. Kaunselor

juga perlu memberitahu tentang peranan masing-masing sebagai kaunselor

dan kaunseling. Misalnya, kaunselor boleh berkata, “ Tugas saya sebagai

kaunselor adalah membantu anda memikirkan isu-isu yang terlibat dalam

membuat sesuatu keputusan.Kaunselor hendaklah mendapat seberapa

banyak maklumat yang diperlukan, meneliti dan menimbangnya, dengan

mengambil kira latar belakang dan nilai-nilai kaunselor.

Penjelasan tentang perkara yang terlibat

Page 9: TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING

Kaunselor perlu memberi penjelasan supaya klien dan kaunselor bersetuju

tentang beberapa perkara yang tidak perlu diulang, seperti masa bertemu,

berapa lama, jarak kekerapan bertemu, dan berapa lama proses kaunseling

keseluruhannya akan mengambil masa. Perkara lain yang perlu

diperjelaskan pada awal pertemuan ialah tempat bertemu, persefahaman

apabila berlaku pembatalan pertemuan, kecemasan dan hal-hal lain.

Contohnya, “Saudara Man , kita akan berjumpa pada setiap hari Khamis,

pada pukul tiga hingga tiga empat puluh lima petang, di bilik dua, Bilik

Kaunseling Sekolah. Kalau ada apa-apa hal berlaku, sila hibungi pejabat

dan minta sampaikan pesanan kepada saya. Kita boleh ubah masa kepada

yang sesuai untuk minggu itu.”

Aspek kerahsian klien

Aspek kerahsian klien mesti diterangkan kepadanya. Contohnya, “

Perbualan kita dalam sesi ini akan dirahsiakan. Sesi ini saya rekodkan

supaya dapat dibincangkan kes anda dengan guru besar saya”.

4. Memberi Kepercayaan

Seorang kaunselor mesti menunjukkan sifat dan tingkah laku yang beretika tinggi

sepanjang menjalankan proses kaunseling. Pada peringkat permulaan kaunseling,

kaunselor seharusnya sudah menjelaskan tentang tuntutan kerahsiaan dan taraf kemahiran

yang dipunyai oleh kaunselor. Semua isu ini boleh diperjelaskan pada masa

pengstrukturan yang telah dibincangkan. Pada hakikatnya, kaunselor mesti memikirkan

soal tingkah laku yang beretika di sepanjang proses menjalinkan hubungan dengan klien

dan disepanjang perjumpaan dengan klien dalam sesi-sesi yang lain. Ini bertujuan untuk

mendapatkan kepercayaan klien.

TAHAP PENEROKAAN

Pada tahap penerokaan , kaunselor harus membantu klien dengan menumpukan

perhatian terhadap meneroka, memahami, menganalisis persepsi tentang diri dan persepsi

klien berkenaan dengan masalahnya.Untuk memahami klien dan cara pemikirannya

kaunselor harus meneliti beberapa perkara seperti berikut:

Page 10: TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING

Meneroka seluas-luasnya skop masalah klien dalam alam nyata yang

dihadapi sekarang.

Menganalisis aras perfungsian klien dalam alam nyata hidupnya.

Memahami cara klien berfikir dan cara dia berubah, dan memahami

sejauh mana dia sukar membuat perubahan.

Memahami kekuatan dalaman yang ada pada klien dan bagaimana dia

boleh mendapatkan kekuatan luaran.

Pada tahap ini kaunselor dapat membantu klien dengan mengubah kesedaran

mudahnya tentang masalah yang dihadapi kepada kesedaran yang lebih mendalam yang

memerlukan bantuan kaunseling.

a. Skop masalah

Tugas utama kaunselor pada tahap ini ialah untuk memahami sebab-sebab

mengapa klien datang berjumpa dengan kaunselor.Untuk melicinkan proses

penerokaan, kaunselor dan klien hendaklah

mengenal pasti sama ada myang dihadapi sekarang merupakan masalah

sebenar

mengenalpasti konteks dan persekitaran pada masa dan di mana masalah

itu berlaku

menilai keadaan, teruk atau tidak, dan berapa lama masalah itu berlaku

menilai sejauh mana masalahnya telah melibatkan orang lain terutama

kepada orang yang terdekat dengannya

membuat anggaran apakah kesannya kepada orang yang terdekat dalam

hidupnya, sekiranya ia membuat sedikit perubahan

Proses penerokaan ini akan lebih berhasil sekiranya kaunselor mendengar secara

aktif, memberi penjelasan kepada isu-isu yang dikemukakan, menyokong dan memberi

galakan kepada klien serta menganggap klien sebagai orang yang dihargai. Soalan yang

dikemukakan kepada klien juga mestilah soalan yang bercorak terbuka dan berhati-hati

agar klien tidak menunjukkan sifat bergantung kepada kaunselor. Seperkara lagi,

kaunselor harus tidak menunjukkan cara yang mirip kepada sifat interogatif.

b. Aras Perfungsian Klien

Page 11: TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING

Untuk memahami cara pemikiran klien ( client’s internal frame of reference),

biasanya boleh dilihat dari segi cara dia berfungsi dan menangani masalah

dalam hidupnya pada masa lepas.Apabila klienmeluahkan ceritanya dalam

penerokaan kendiri, kaunselor bolehlah membuat kesimpulan secara

professional, sama ada kliennya telah:

menjalani perkembangan hidup dengan masalah yang minimum;

telah berjaya memenuhi keperluan fisiologikal,psikologikal dan sosial

dengan berkesan;

berfungsi pada aras kognitif yang sesuai;

mempunyai hubungan yang positif terhadap orang dekat dengannya;

penyesuaian diri yang baik apabila menghadapi konflik, kekecewaan dan

sebarang cabaran hidupnya; dan

sentiasa mempamerkan pola tingkah laku yang sesuai.

Melihat tingkah laku klien dari beberapa sudut akan memberi cekil akal

(insight)kepada kaunselor dan juga klien dengan keupayaan klien berfungsi dalam

beberapa dimensi kehidupan

c. Pola Sejarah Klien

Seorang kaunselor mungkin ingin membantu klien dengan meneroka sambil

memahami cara klien mengatasi masalah yang pernah dialami sebelum ini

dengan masalah yang sama yang sedang dihadapi pada masa sekarang.

Misalnya, kaunselor boleh mendapatka maklumat daripada klien dalam hal dia

mencuba menyelesaikan msasalahnya terdahulu, pernahkah dia berbincang

dengan orang yang terdekat dengannya,mencari maklumat yang lebih

terperinci untuk menjelaskan isu-isu tertentu,mencuba sesuatu pengalaman

baru, mengubah persekitarannya, atau pernahkah klien mengambil risiko bila

mendapati sesuatu yang kurang jelas dalam menhadapi masa depan.

Proses penerokaan ini boleh menyerlahkan keengganan klien menangani

masalah,atau kesukarannya menempuhi proses penyelesaian masalah.Dalam

proses penerokaan ini,kaunselor memikirkan cara sementara atau tentative dan

menyediakan rancangan atau strategi untuk membantu klien pada tahap yang

lain

Page 12: TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING

d. Kekuatan dan Sumber Kekuatan

Kekuatan dalaman yang ada pada seseorang klien dan daripada mana dia

mendapatkan kekuatan ini perlu diterokai. Untuk memahami skop kekuatan klien,

klien perlu menerima hakikat bahawa dia memang mengalami masalah, bahawa

dia bertanggungjawab untuk mengatasinya,sedar akan kekuatandan kelemahan

yang ada padanya dan mengetahui sumber-sumberluaran yang boleh memberi

kekuatan dalamandalam menghadapi masalahnya.

Membantu klin mendapatkan kesedaran bahawa dia mempunyai

tanggungjawab untuk mengatasi masalahnya adalah amt penting dalam

kaunseling. Cara kaunselor melayani dan memberi respon kepada klien akan

mempengaruhi penerimaannya terhadap pemikiran, perasaan dan pelakuannya.

Sekiranya klien menerima kaunselor sebagai seorang yang benar-benar

mengambil berat, boleh dipercayai, klien akan sedikit demi sedikit menjadi

kurang defensif, dan lebih terbuka kepada penerokaan kendir dan memahami diri

sendiri.

TAHAP MEMBUAT KEPUTUSAN

Bagi tahap membuat keputusan, terdapat dua tugasan yang berkaitan yang mesti

dilaksanakan iaitu pertama , matlamat kaunseling mesti sudah sama-sama dipersetujui

oleh kaungselor dan klien, dan kedua, kaunselor telah membuat keputusan perdekatan

mana serta apakah strategi yang hendak digunakan.

Matlamat yang mula-mula dibuat pada tahap pertama dan kedua mungkin perlu

dirombak atau diperhaluskan lagi. Adalah penting bagi kaunselor dan klien

mempersetujui matlamat yang hendak dicapai pada akhir proses kaunseling nanti. Jika

tiada persetujuan, pergerakan ke arah pencapaian matlamat akan terganggu kerana kita

sebagai kaunselor menumpukan perhatian untuk menyelesaikan satu perkara sedangkan

klien merasakan maslah lain lebih penting untuk diselesaikan terlebih dahulu.

Membuat keputusan tentang matlamat apa yang hendak dicapai tidaklah begitu

mudah. Ada klien yang mengemukakan pelbagai isu yang membuatkan dia tidak dapat

berfungsi dengan efektif.Kaunselor digalakkan menumpukan perhatian kepada masalah

yang difikirkan menghalang klien berada dalam keadaan selesa.

Page 13: TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING

Tugas untuk mencapai matlamat kaunseling hanya boleh berjaya sekiranya tugas-

tugas pada tahap-tahap sebelumnya telah disempurnakan dengan baik. Ada beberapa

angkubah tentang klien , kaunselor dan persekitaran yang boleh mempengaruhi matlamat

kaunseling dan strategi khusus yang digunakan.

a. Angkubah Klien

Ciri-ciri klien yang sangat mempengaruhi matlamat kaunseling dan

pemilihan pendekatan kauseling merangkumi:

Jenis masalah klien

Pola cara individu menyelesaikan masalah sebelum ini

Faktor Demografi

Ciri-ciri personaliti

Latar budaya

b. Angkubah Kaunselor

Angkubah kaunselor yang mempengaruhi pemilihan kaedah atau

pendekatannya merangkumi:

Pengetahuan dalam bidang kognitif

Contohnya , teori-teori dan kaji selidik berkenaan dengan

motivasi,kognisi, perhubungan, penyesuaian, tingkah laku dan

personaliti.

Pengetahuan dan pengalaman menggunakan pelbagai pendekatan

kaunseling

Contohnya, pendekatan behaviorisme,pendekatan pemusatan klien, atau

eksistensialisme.

Aras dan kemahiran berkomunikasi menolong, memberi respon secara

lisan, dan kemahiran berkomunikasi bila memainkan sesuatu peranan.

c . Angkubah Persekitaran.

Setting atau tempat bertugas sebagai kaunselor (sekolah, universiti,Pusat

serenti atau hospital) boleh mempengaruhi sedikir sebanyak matlamat kaunseling

dan strategi yang digunakan. Kaunselor yang bekerja di sesebuah institusi tertentu

agak terbatas menggunakan pelbagai matlamat kerana tertakluk kepada tugas

asas, iaitu mencapai matlamat kaunseling yang dituntut oleh institusi tersebut.

Page 14: TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING

Contohnya, kaunselor sekolah yang mempunyai klien yang tidak boleh belajar

kerana bapanya seorang pemabuk di rumah, menjadikan matlamat kaunselingnya

supaya klien boleh belajar dengan efektif disekolah.

TAHAP PERLAKSANAAN

Tahap pelaksanaan yang dimaksudkan di sini ialah melaksanakan pendekatan

kaunseling yang sesuai. Tugas utama di tahap ini ialah membantu klien menyelesaikan

masalah dan membimbingnya agar dapat berfungsi dengan lebih efektif. Klien

memerlukan sokongan emosi,galakan dan pengukuhan terhadap sesuatu yang baru yang

dipelajari. Kaunselor mungkin akan menggunakan satu pendekatan yang khusus, atau

beberapa jenis pendekatan yang kaunselor telah mahir.

Bagaimanapun, pendekatan yang hendak digunakan mestilah berasaskan strategi

tertentu yang memberi penekanan kepada peningkatan aras berfungsi mental

klien,kesejahteraannya, keadaan emosinya, atau pun menaikkan aras keupayaan klien

berkelakuan dengan lebih sesuai. Yang demikian,strategi kaunseling yang digunakan

mungkin memberi fokus kepada kognitif(pemikiran), afektif(perasaan) atau perlakuan.

Sekiranya kaunselor merasakan kliennya memerlukan bantuan untuk mendapatka

maklumat yang bersifat fakta, atau klien memerlukan pertolongan untuk membuat

sesuatu keputusan,atau klien menunjukkan proses pemikiran yang tidak munasabah,

maka penekanan dalam kaunselinghendaklah diberi kepada penekanan kognitif.

Jika klien banyak menunukkanpelakuan kurang percaya kepada diri

sendiri,merasa dirinya terpinggir, mengalami kesukaran menangani masalah sikap ,

kepercayaan, emosi dan nilai-nilai dalam hidupnya, maka penekanan hendaklah diberikan

kepada soal ‘afek’ atau pada perasaan. Masalah yang datangnya daripada tingkah laku

klien intu sendiri; seperti bersifatlangsang,mulut celupar dan sebagainya, mungkin boleh

dibantu oleh kaunselor dengan memberi fokus kepada ketingkahlakuan. Pada

keseluruhannya, kaunselor akan menggunakan ketiga-tiga domen manusia, iaitu kognitif,

afektif dan ketingkahlakuan pada sepanjang sesi kaunselingnya.

Selain itu, dalam tahap perlaksanaan ini, terdapat beberapa perkara yang tutur

mempengaruhi keberkesanan proses kaunseling yang lebih efektif, iaitu pengaruh orang

terdekat, sumber bantuan lain dan penyediaan risalah.

Page 15: TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING

1. Orang yang terdekat

Frasa “orang yang terdekat” banyak ditemui dalam bab ini. Biasanya

orang yang terdekat adalah orang yang mempunyai pengaruh terhadap klien dan

adalah penting bagi kaunselor mengingatinya dalam sesi-sesi kaunseling. Orang

yang terdekat dimaksudkan ialah ibu, bapa, adik beradik, kekasih, anak , isteri,

suami dan lain-lainindividuyang penting dalam hidup klien.

2. Sumber bantuan lain

Sungguhpun cara ini belum dilaksanakan secara meluasnya di Malaysia,

harus difikirkan oleh umum tentang potensi kebaikan yang boleh didapati dengan

meniungkatkan penglibatan institusi lain sebagai sumber bantuan

tambahan.Sumber bantuan lain mempunyai potensi yang positif dalam proses

kaunseling.Klien boleh dirujuk keinstitusi lain dalam komuniti seperti hospital,

pejabat agama, dan lain-lain untuk mendapatkan bantuan khusus jika

dikenaklpasti bahawa klien memerlukan bantuan mereka. Universiti-universiti

tempatan yang mempunyai pakar-pakar kaunseling atau pakar pendidikan khas,

juga boleh memainkan peranan sebagai sumber bantuan lain. Contohnya, menjadi

sumber rujukan kepada kaunselor sekolah.

3. Penyediaan risalah

Alat-alat bacaan dan rujukan boleh memainkan peranan membantu

kaunselor dalam proses kaunseling.Potongan daripada surat-surat khabar,

buku,buku, dan majalah berkenaan dengan topik tertentu membantu klien

mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi.Kaunselor

juga hendaklah rajin membaca dan menyediakan risalah-risalah yang dianggap

boleh membantu klien di suatu masa nanti.

TAHAP PENAMATAN SESI KAUNSELING

Tahap kelima yang terakhir ini amat penting kerana di sini perlu ditumpukan

kepada tiga perkara yang mesti berjaya dicapai:

a. Kemajuan selama menjalankan kaunseling salama ini mesti dirumuskan

dan dinilai kesan-kesannya.

b. Isu-isu lain yangmesti diselesaikan pada masa ini hendaklah dikemukakan.

Page 16: TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING

c. Memikirkan cara-cara mengekalkan pertumbuhan klien setelah ditamatkan

kaunseling

Perasaan klien dan tingkah laku yang banyak menunjukkan kebergantungan

terhadap kaunselornya mesti ditangani dahulu sebelum proses menamatkan kaunseling

berlaku. Jelaslah bahawa tidak semua isu dapat diselesaikan. Harus diingit, klien tidak

akan dapat berfungsi sepenuhnya dalam semua aspek hidupnya. Tetapi, setelah semua

matlamat kaunseling yang dipersetujui oleh kaunselor dan klien tercapai proses

menamatkan kaunseling bolehlah dimulakan.

Tugas terakhir dalam proses penamatan ini ialah menyediakan satu kaedah

dimana pertumbuhan dan perubahan yang berlaku dapat diteruskan oleh klien sendiri.

Caranya ialah :

Mengadakan pertemuan susulan dan

Membentuk satu rancangan yang boleh dipantau sendiri dan membuat

latihan bersama bagaimana rancangan ini dipantau sendiri.

Tahap menamatkan kaunseling ini biasanya langkah yang sukar diambil, namun

bila semua tugasan telah diambil pada tahap ini, klien akan bersedia untuk berhenti.

Dalam tahap ini klien hendaklah diberitahu bahawa hubungan mereka bukannya

ditamatkan, tetapi sebenarnya perjumpaan ditangguhkan. Klien adalah digalakkan untuk

kembali berjumpa sekiranya dia memerlukan pertolongan .

TAHAP MENGALAMI KESUKARAN

Pada pendapat saya tahap yang akan mengalami kesukaran bagi saya adalah pada

tahap membuat keputusan kerana sebarang panduan yang diberikan kepada klien untuk

menentukan hala tuju keputusan yang bakal klien ambil adalah berpandu arah kepada

langkah-langkah tahap penamatan yang diberikan oleh kaunselor. Kesukaran bakal

dihadapi oleh kaunselor pada tahap ini adalah boleh jadi kaunselor secara tidak langsung

terlibat dalam proses klien membuat keputusan. Justeru, tahap ini memerlukan penelitian

dan cara olahan oleh kaunselor dengan sejelasnya bagi membolehkan klien membuat

keputusan yang betul yang membawa faedah kepada semua pihak terutama klien itu

sendiri.

Page 17: TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING

RUMUSAN

Secara keseluruhannya kaunselor dapat mengendalikan seseorang klien itu

berdasarkan tahap-tahap yang telah dijelaskan. Untuk menghasilkan sesi kaunseling yang

berjaya , seseorang kaunselor tidak semestinya mengendalikan klien untuk tempoh yang

lama.Terdapat kes-kes yang mudah dikendalikan dan memberi kesan yang amat

memuaskan terhadap klien. Bagaimanapun adakalanya kaunselor terpaksa berhadapan

dengan klien yang degil dan tidak mahu bekerjasama. Klien yang seperti inilah biasanya

memerlukan masa dan strategi atau pendekatan yang sesuai untuk didekati dan

dikendalikan.Klien seperti inilah yang merupakan cabaran bagi seseorang keunselor

dalam usaha mengasah pengalaman untuk menjadi seorang kaunselor yang professional.