27

TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

  • Upload
    others

  • View
    63

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar
Page 2: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar
Page 3: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN MAKMAL SAINS

DALAM KALANGAN BAKAL GURU SAINS

JUNAINAH BINTI OTHMAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 4: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar
Page 5: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

iii

DEDIKASI

Alhamdulillah, Bersyukur ke hadrat Allah yang Maha Esa

kerana dengan limpah kurnia serta rahmatNya

laporan projek sarjana muda ini berjaya disiapkan

dengan jayanya pada waktu yang telah diperuntukkan.

Khas buat Abah dan Emak tercinta,

Othman Bin Ab. Manap dan Enon Binti Hj. Burok.

Tidak lupa kepada insan yang dikasihi,

Ghazali, Suzana, Maszila, Azizah, Zuraida dan Siti Aisyah,

Serta seluruh keluarga dan juga sahabat handai.

Terima kasih di atas segala sokongan dan semangat

yang telah diberikan

tanpa kalian semua, tidak mungkin kejayaan ini dikecapi.

sesungguhnya segala jasa dan pengorbanan kalian semua

hanya dibalas Allah s.w.t

Somoga kita sentiasa berada di dalam rahmatNya

Amin.

Page 6: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia serta

rahmatNya, laporan penyelidikan ini dapat disiapkan pada masa yang telah

ditetapkan. Dalam usaha untuk menyiapkan kajian ini, banyak perkara baru yang

saya pelajari. Berkat kesabaran, sokongan dan tujuk ajar yang diterima dapatlah

laporan ini disiapkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Profesor Madya

Dr. Hj. Shaharom Bin Noordin selaku penyelia projek, kerana telah banyak

memberikan tunjuk ajar, nasihat, ilmu pengetahuan serta bimbingan sepanjang kajian

ini dijalankan.

Tidak ketinggalan juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Profesor Madya Hj. Aziz Bin Nordin kerana sudi memberikan kerjasama selaku

pakar bidang bagi alat kajian STKKPMS.

Seterusnya, tidak dilupakan pelajar-pelajar tahun tiga dan tahun empat

Program Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains) yang telah sudi memberikan

kerjasama bagi kajian ini. Tidak dilupakan rakan-rakan seperjuangan 4 SPN yang

sentiasa saling membantu dalam berkongsi ilmu pengetahuan dalam usaha

menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, kepada emak dan abah tercinta serta seluruh

keluarga. Terima kasih atas segala dorongan dan semangat yang diberikan. Semoga

Allah memberkati kita semua, Amin.

Page 7: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

v

ABSTRAK

Kajian ini berkaitan pengurusan makmal sains (PMS), untuk menilai tahap

kesedaran dalam diri pelajar tahun tiga dan tahun empat Program Sarjana Muda Sains

Serta Pendidikan (Sains). Kajian ini berbentuk tinjauan dan menumpukan kepada

dua aspek utama PMS iaitu pengurusan makmal dan keselamatan makmal.

Pembolehubah manipulasi yang terlibat dalam kajian ini adalah tahun pengajian, latar

belakang akademik dan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK). Seramai 39 orang

pelajar 3 SPN dan 4 SPN di Fakulti Pendidikan UTM, Skudai terlibat dalam kajian

ini. Alat kajian yang digunakan adalah Soal Selidik Tahap Kesedaran Kepentingan

Pengurusan Makmal Sains (STKKPMS). Alat kajian ini mengandungi 40 item yang

berbentuk skala likert. Kebolehpercayaan alat kajian ini adalah α = .883. Analisis

statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim, peratusan, maksimum dan

minimum telah digunakan bagi menentukan tahap kesedaran pelajar terhadap PMS.

Dapatan kajian ini secara keseluruhannya menunjukkan tahap kesedaran pelajar

terhadap kepentingan pengurusan makmal dan keselamatan makmal adalah tinggi

iaitu pada 91.87%. Tahap kesedaran pelajar secara keseluruhannya terhadap

kepentingan aspek pengurusan makmal sains juga tinggi iaitu pada 91.96%, manakala

bagi aspek keselamatan makmal sains adalah sederhana iaitu pada 91.78%. Dapatan

kajian juga menunjukkan tiada perbezaan tahap kesedaran pelajar terhadap

kepentingan pengurusan dan keselamatan makmal merentas tahun pengajian, latar

belakang akademik dan PNGK.

Page 8: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

vi

ABSTRACT

This research is on the importance of science laboratory managements (SLM)

among third year and fourth year students of Science Education Program, UTM

Skudai. This survey research focuses on only two main aspects in SLM which is

designing to identify the student’s awareness about laboratory management and

laboratory safety. Three independent variables are involved in this study mainly year

of study, background education and Cumulative Grade Points Average (CGPA).

Thirty nine students from 3 SPN and 4 SPN in Faculty of Education, UTM are

involved in this study. The instrument used is the Soal Selidik Tahap Kesedaran

Kepentingan Pengurusan Makmal Sains (STKKPMS), which contained 40 items in

likert scale form. Reliability value of this instrument is α= .883. Data obtained of

this study are analyzed using descriptive statistics in the form of mean, standard

deviation, percentage as well as the maximum and minimum values. This study finds

that the level of student’s awareness on the importance of laboratory management and

laboratory safety overalls is high with 91.87%. The student’s awareness in the aspect

of laboratory management is also high with 91.96%, while in aspect of laboratory

safety is average with 91.78%. The result also shows that there is no difference in the

level of student’s awareness about laboratory management and laboratory safety in

term of year of study, background education and CGPA.

Page 9: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI SIMBOL xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

Page 10: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

viii

Bab 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah

1.2.1 Kurangnya Kesedaran dan Pengetahuan

Bakal Guru Sains Dalam Tugas-tugas

Pengurusan Makmal Sains

1.2.2 Kelemahan Dalam Menguasai

Pengurusan Keselamatan Makmal Sains

3

4

5

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Rangka Kerja Konsep 9

1.7 Kepentingan Kajian 10

1.8 Skop Kajian 11

1.9 Andaian Kajian 12

1.10 Batasan Kajian 12

1.11 Takrifan dan Istilah

1.11.1 Tahap Kesedaran

1.11.2 Makmal Sains

1.11.3 Pengurusan Makmal Sains

1.11.4 Pengurusan Keselamatan Makmal Sains

1.11.5 Program

13

13

14

14

15

15

1.12 Rumusan

16

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 17

2.2 Kepentingan Makmal Sains 17

2.3 Pengurusan Makmal Sains

2.3.1 Organisasi Makmal Sains Sekolah

2.3.2 Stor Makmal dan Sistem Penstoran

2.3.3 Pembelian dan Penyelenggaraan Barangan

Makmal Sains

18

19

20

21

Page 11: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

ix

2.3.4 Sistem Memfail dan Merekod

2.3.5 Reka Bentuk dan Susun Atur Makmal

Sains Sekolah

2.3.6 Kepentingan Pengurusan Makmal Sains

23

25

26

2.4 Pengurusan Keselamatan Makmal Sains

2.4.1 Alat Pertolongan Cemas dan Fungsinya

2.4.2 Peraturan Makmal Sains

2.4.3 Pengendalian Bahan Kimia dan Bahan

Berbahaya di Dalam Makmal Sains

2.4.4 Kepentingan Pengurusan Keselamatan

Makmal

26

27

29

30

32

2.5 Langkah – langkah Untuk Menyedari Kepentingan

Pengurusan Makmal Sains

32

2.6 Kajian – kajian Berkaitan Kepentingan Pengurusan

Makmal Di Dalam Negara

33

2.7 Kajian – kajian Berkaitan Kepentingan

Pengurusan Makmal Di Luar Negara

35

2.8 Rumusan

36

3 PENGKAEDAHAN

3.1 Pendahuluan 37

3.2 Reka Bentuk Kajian 37

3.3 Peserta Kajian 38

3.4 Alat kajian 40

3.5 Tatacara kajian

3.5 1 Kajian Rintis

3.5.2 Kajian Sebenar

43

43

44

3.6 Analisis Data 45

3.7 Rumusan

50

Page 12: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

x

4 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan 51

4.2 Pengurusan Makmal Sains 52

4.3 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan dan

Keselamatan Makmal Sains Secara Keseluruhan

52

4.4 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan

Makmal Sains

55

4.5 Tahap Kesedaran Kepentingan Keselamatan

Makmal Sains

57

4.6 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan

Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian

58

4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan

Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar Belakang

Akademik

60

4.8 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan

Keselamatan Makmal Sains Merenas Purata Nilai Gred

Keseluruhan (PNGK)

63

4.9 Rumusan

66

5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 67

5.2 Ringkasan 67

5.3 Kesimpulan 68

5.4 Perbincangan 71

5.4.1 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan

dan Keselamatan Makmal Secara Keseluruhan

71

5.4.2 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan

Makmal Sains

73

5.4.3 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan

Keselamatan Makmal Sains

74

Page 13: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

xi

5.4.4 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan dan

Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun

Pengajian

76

5.4.5 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan dan

Keselamatan Makmal Sains Merentas Latar

Belakang Akademik

78

5.4.6 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan dan

Keselamatan Makmal Sains Merentas Purata

Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)

80

5.5 Implikasi 82

5.5.1 Bakal Guru Sains 83

5.5.2 Reka Bentuk Kurikulum 85

5.5.3 Pensyarah 86

5.5.4 Fakulti Pendidikan 87

5.6 Cadangan 89

5.7 Cadangan Untuk Kajian Masa Depan 92

5.8 Rumusan

94

6 RUJUKAN

95

7 LAMPIRAN

99

Page 14: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

xii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Peratus Hasil Dapatan Kajian Tahap Pemahaman

Dalam Keselamatan Makmal Sains Mengikut

Kursus

34

3.1 Jadual Taburan Peserta Kajian Mengikut Tahun

Pengajian

38

3.2 Jadual Taburan Peserta Kajian Mengikut Latar

Belakang Akademik

39

3.3 Jadual Taburan Peserta Kajian Mengikut Purata

Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)

39

3.4 Item-item Pengurusan Makmal Sains dan

Pengurusan Keselamatan Makmal Sains yang

Dinilai

42

3.5 Skala Likert dan Keterangannya

45

3.6 Pemeringkatan Tahap Kesedaran Bagi Pengurusan

Makmal

46

Page 15: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

xiii

3.7 Pemeringkatan Tahap Kesedaran Bagi Pengurusan

Keselamatan Makmal

46

3.8 Pemeringkatan Tahap Kesedaran Secara

Keseluruhan Bagi Kedua-dua Aspek PMS

47

3.9 Pemeringkatan Tahap Kesedaran Bagi Kriteria –

kriteria dalam Pengurusan Makmal Sains

47

3.10 Pemeringkatan Tahap Kesedaran Bagi Kriteria –

kriteria dalam Keselamatan Makmal Sains

48

4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kesedaran

Kepentingan Pengurusan dan Keselamatan Makmal

53

4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kesedaran

Kepentingan Pengurusan Makmal SainS

55

4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kesedaran

Kepentingan Keselamatan Makmal Sains

57

4.4 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kesedaran

Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan

Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian

59

4.5 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kesedaran

Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan

Makmal Sains Merentas Latar Belakang Akademik

61

4.6 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kesedaran

Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan

Makmal Sains Merentas Purata Nilai Gred

Keseluruhan (PNGK)

63

Page 16: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

xiv

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Rangka Kerja Konsep

9

2.1 Reka Bentuk Makmal Sains Selolah di Malaysia

25

3.1 Kriteria yang Terlibat Dalam Pengurusan Makmal

Sains

41

3.2 Kriteria yang Terlibat Dalam Pengurusan

Keselamatan Makmal Sains

41

4.1 Carta Kekerapan Bilangan Peserta Kajian Melawan

Min Markat Keseluruhan

54

Page 17: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

xv

SENARAI SINGKATAN

B1 - Bahagian 1

B2 - Bahagian 2

dll - Dan Lain-lain

et al. - And Others

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PMS - Pengurusan Makmal Sains

PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru

PEKA - Penilaian Kerja Amali

STKKPMS - Soal Selidik Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan

Makmal Sains

SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia )

SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains)

SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan ( Fizik )

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SPSS - Perisian Statistical Pacakge For Sosial Science

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 18: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

xvi

SENARAI SIMBOL

SIMBOL KETERANGAN

α Alpha

& Dan

X Min

∑ Jumlah

Xi Markat

N Bilangan Peserta Kajian

f Bilangan Kekerapan

M Markat Min

SL Sisihan Lazim

Page 19: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN SENARAI TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik Tahap Kesedaran Kepentingan

Pengurusan Makmal Sains (STKKPMS)

99

B Surat Pengesahan Alat Kajian

107

C Borang Pengesahan Pakar Bidang

108

D Tahun Pengajian Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Sains)

109

E Carta Bilangan Peserta Kajian Melawan Latar

Belakang Akademik

110

F Carta Bilangan Peserta Kajian Melawan Julat

PNGK

111

Page 20: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Dewasa ini dalam mengorak langkah era globalisasi dan kemajuan, negara

kita tidak ketinggalan dalam usaha memartabatkan asas teknologi dalam pelbagai

sektor dan bidang sebaris dengan negara maju yang lain. Kerajaan berhasrat untuk

menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju yang menggunakan pelbagai

teknologi di dalam pelbagai bidang seperti yang dinyatakan dalam matlamat wawasan

2020 negara.

“Matlamat negara adalah menuju ke arah wawasan 2020 iaitu mewujudkan

masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya

perubahan tinggi dan memandang ke hadapan yang bukan sahaja menjadi

pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun saintifik dan

teknologi masa depan.”

(Abu Hassan, 2003: 64)

Page 21: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

2

Berdasarkan petikan di atas, hasrat kerajaan ini tidak akan tercapai jika tenaga

pekerja kurang berpendidikan tinggi dan kurang mahir dalam bidang sains dan

teknologi. Oleh yang demikian, sektor pendidikan juga harus melalui satu arus

percubaan yang bersistematik untuk melahirkan tenaga pekerja yang berilmu dan

berkemahiran. Bidang pendidikan yang berasaskan sains dan teknologi perlu diberi

penekanan di peringkat sekolah khsusnya di peringkat kolej mahupun universiti.

Begitu juga pendekatan pembelajaran harus dikaji supaya dapat melahirkan pelajar

yang mampu berfikir secara kreatif dan berdikari serta mahir dalam teknologi. Ini

termaktub dalam wawasan 2020 melalui cabaran keenam yang menegaskan perlunya

latihan untuk menambah tenaga professional di dalam sains dan teknologi.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Sains Negara iaitu “Pendidikan sains di

Malaysia memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada

perkembangan inidividu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta

dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.” (Abu Hassan & Meor

Ibrahim 2006: 304). Daripada Falsafah Pendidikan Sains Negara ini, jelaslah bahawa

setiap warga pendidik khususnya dalam bidang sains haruslah mempunyai kebolehan

dalam membentuk budaya sains yang dinamik. Setiap pendidik ataupun guru-guru

sains mestilah mempunyai kebolehan untuk mengajar, mengurus serta menguasai

ilmu sains dengan sebenarnya.

Hal ini lebih dirasai oleh bakal-bakal guru sains bagi mempersiapkan diri

dengan pelbagai cabaran dan tanggungjawab sebagai persediaan untuk menghadapai

alam pekerjaan yang sebenar. Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains

khususnya di dalam makmal adalah lebih kompleks. Ini adalah kerana proses

pengajaran di dalam makmal mempunyai pelbagai peralatan dan kelengkapan yang

boleh dikatakan berbahaya jika dibandingkan di dalam kelas. Pelbagai kemungkinan

dan bahaya boleh berlaku jika aspek keselamatan dan pengurusan makmal tidak

dipandang berat oleh guru. Di samping itu, para guru yang akan melangkah ke alam

pekerjaan yang sebenar harus benar-benar faham dan mahir dalam mengamalkan

Page 22: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

3

sistem pengurusan makmal sains. Mereka juga harus sedar peranan mereka terhadap

bidang pengurusan ini.

Bukan setiap ahli sains mahupun guru dapat menjadi pengurus makmal yang

baik malah kebanyakan daripada mereka mengambil ringan jika memikirkan aspek

pengurusan. Justeru, peranan guru adalah penting dalam memastikan pengurusan

makmal sains (PMS) yang bersistematik dan terancang ini dapat merealisasikan

hasrat kerajaan di mana sistem pendidikan sains yang baik akan melahirkan

masyarakat yang dinamik seperti yang digariskan di dalam Falsafah Pendidikan Sains

Negara.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengurusan makmal sains (PMS) adalah sangat penting bagi memastikan

perjalanan proses P&P dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan bersistematik.

Bagi mencapai kesan pengajaran yang optimum ini, semua bakal guru sains mesti

pandai dan sedar akan tugas mereka dalam mengurus makmal sains bagi menjamin

persekitaran dan suasana tempat belajar agar bersih, teratur dan lengkap dengan

radas-radas sains yang berfungsi serta boleh digunakan.

Terdapat dua aspek yang akan dibincangkan oleh penyelidik di dalam PMS

iaitu kurangnya kesedaran bakal guru sains dalam kepentingan tugas-tugas

pengurusan makmal sains dan kelemahan dalam menguasai pengurusan keselamatan

makmal sains.

Page 23: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

4

1.2.1 Kurangnya Kesedaran Bakal Guru Sains Akan Kepentingan Tugas-tugas

Pengurusan Makmal Sains

Pengurusan makmal sains haruslah bersistematik mengikut spesifikasi yang

betul. Pendedahan awal terhadap peranan bakal guru sains ini haruslah diberikan

semasa program pendidikan yang diikuti oleh mereka di peringkat universiti.

Pengurusan makmal sains mempunyai beberapa aspek seperti organisasi,

penyimpanan dan penyelenggaraan alat radas serta bahan kimia, sistem memfail dan

merekod, penstoran dan susunatur makmal. Terdapat beberapa masalah dalam PMS

di sekolah yang melibatkan guru sains khususnya. Kebanyakan guru sains tidak jelas

akan tanggungjawab mereka yang sebenarnya di dalam makmal sains. Kadangkala

mereka tidak menjalankan tatacara kerja yang betul dan baik di dalam PMS ini.

Menurut Grover & Wallace (1979),

“Selama ini pengurus makmal dilantik pada asasnya berdasarkan

kepada kemahiran saintifik dan sangat sedikit yang muncul berdasarkan

kemampuan pengurusan, atau mereka memerlukan latihan

pengurusan.”

(Terjemahan oleh Ahmad Saat & Mohd Zubir, 1993:142)

Berdasarkan petikan di atas, tidak semua guru sains yang mengendalikan

makmal sains di sekolah dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

Pengurusan makmal mempunyai pelbagai aspek yang penting, kadangkala guru sains

keliru sama ada aspek pengurusan ini tugas mereka atau tugas pembantu makmal

sahaja. Kurangnya pendedahan dan latihan yang secukupnya di dalam PMS ini

sangat merugikan dan seseorang guru sains itu pasti gagal menguruskan makmal

dengan baik lantas menjejaskan kualiti makmal tersebut.

Page 24: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

5

1.2.2 Kelemahan Dalam Menguasai Pengurusan Keselamatan Makmal Sains

Keselamatan makmal adalah salah satu cabang penting dalam aspek

pengurusan makmal sains (PMS). Bakal-bakal guru perlu tahu yang mereka akan

memegang tanggungjawab secara langsung dan amat penting terhadap aspek undang-

undang keselamatan makmal di dalam profesion perguruan yang sebenar.

Menurut Zol Azlan (2000), “Analisi kejadian kemalangan dalam makmal

sains menunjukkan beberapa perkara yang menjadi penyebab. Secara umumnya

kemalangan berlaku disebabkan kecuaian, kelalaian dan kejadian di luar jangkaan

termasuklah:

1. Kekurangan pengetahuan dan pemahaman tentang bahan, proses dan

peralatan yang digunakan di sekolah.

2. Guru gagal memberi arahan atau penyeliaan yang secukupnya.

3. Guru gagal merancang atau menjalankan aktiviti dengan teratur.

4. Alat perlindungan atau peralatan yang baik tidak disediakan.

5. Gagal mengikut arahan atau peraturan.

6. Gagal menggunakan alat perlindungan yang disediakan atau penggunaan

alat dan bahan dengan cara yang tidak betul.

7. Sikap tidak kisah di kalangan pelajar atau kakitangan yang terlibat dalam

aktiviti makmal.”

(Zol Azlan, 2000:188-189)

Petikan di atas adalah antara faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada

permasalahan berkaitan dengan keselamatan makmal sains. Kadangkala kecuaian

guru boleh mengakibatkan kemalangan berlaku terhadap pelajar di dalam makmal.

Guru mempunyai tanggungjawab yang berat untuk menjaga keselamatan dan

kebajikan pelajar-pelajarnya. Terdapat beberapa contoh berkaitan antaranya adalah

seperti:

Page 25: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

6

“Seorang guru yang tidak membaca arahan tentang aspek keselamatan

ketika mengajar sebuah kelas mata pelajaran kimia di makmal. Pada

masa kini, terdapat beberapa eksperimen sains di makmal yang amat

berbahaya dan dilarang sama sekali. Namun guru mungkin memilih

untuk menjalankan salah satu daripada eksperimen yang telah dilarang

tersebut berdasarkan alasan bahawa eksperimen itu pernah dilakukan

ketika beliau masih belajar di sekolah 15 tahun yang lepas dan tiada

kemalangan yang berlaku. Akibatnya, satu letupan berlaku dan

kebakaran itu telah menyebabkan seorang pelajar kehilangan sebelah

mata. Kulit beberapa orang pelajar turut terbakar dan melecur.”

(Tie, 2002:89)

Melalui petikan di atas, guru tersebut telah diambil tindakan akibat daripada

kecuaian beliau kerana tidak mengikuti arahan. Arahan di dalam makmal sains

sangat berguna bagi mengelakkan kemalangan berlaku. Manakala contoh kes yang

kedua adalah:

“Seorang guru ingin melakukan suatu eksperimen, di mana buku

panduan menyatakan bahawa sarung tangan wajib dipakai untuk

melindungi diri daripada terdedah bahan kimia yang berbahaya semasa

eksperimen tersebut. Malangnya, guru tidak memberikan perhatian yang

serius terhadap arahan itu. Seorang pelajar telah diarah oleh guru untuk

menggunakan bahan kimia yang berbahaya dan akibatnya tangan

tercedera kerana tidak memakai sarung tangan.”

(Tie, 2002:90)

Page 26: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

7

Menurut kes yang kedua di atas, guru tersebut tidak menerangkan dengan

jelas arahan yang patut diikuti pelajar semasa proses mengeksperimen dijalankan.

“Seseorang guru sains mestilah betul-betul memahami serta mematuhi segala

peraturan di dalam makmal dan di samping itu mengarahkan pelajar-pelajarnya

berbuat demikian juga,” ( Ooi & Mohd Khairuddin, 1982:4). Setelah melihat

beberapa permasalahan yang dikenal pasti, wajarlah aspek keselamatan ini dipandang

serius oleh bakal-bakal guru sains. Oleh itu satu kajian berkaitan tahap kesedaran

kepentingan pengurusan makmal ini patutlah dijalankan.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan permasalahan yang telah dibincangkan di dalam bahagian latar

belakang masalah, penyelidik mendapati guru sains menghadapi masalah dalam

melaksanakan pengurusan makmal dengan baik kerana mereka kurang memberikan

penekanan tentang kepentingan pengurusan dan keselamatan makmal ini semasa di

sekoalah. Oleh yang demikian, penyelidik mendapati bahawa kurangnya kesedaran

terhadap kepentingan pengurusan makmal sains dalam kalangan bakal guru sains,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

1.4 Objektif Kajian

Dalam kajian yang dijalankan, terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai

oleh penyelidik. Antaranya adalah:

1. Mengenal pasti tahap kesedaran kepentingan pengurusan makmal

sains dalam kalangan bakal guru sains Universiti Teknologi

Malaysia.

Page 27: TAHAP KESEDARAN KEPENTINGAN PENGURUSAN ......Keselamatan Makmal Sains Merentas Tahun Pengajian 58 4.7 Tahap Kesedaran Kepentingan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Merenas Latar

8

2. Mengenal pasti tahap kesedaran kepentingan pengurusan keselamatan

makmal sains dalam kalangan bakal guru sains Universiti Teknologi

Malaysia.

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik mengemukakan beberapa persoalan bagi

menentukan objektif kajian tercapai. Antara persoalan yang ada ialah:

1. Apakah tahap kesedaran kepentingan pengurusan dan keselamatan

makmal sains dalam kalangan bakal guru sains Universiti Teknologi

Malaysia?

2. Apakah tahap kesedaran kepentingan pengurusan makmal sains dalam

kalangan bakal guru sains Universiti Teknologi Malaysia?

3. Apakah tahap kesedaran kepentingan pengurusan keselamatan makmal

sains dalam kalangan bakal guru sains Universiti Teknologi Malaysia?

4. Adakah terdapat perbezaan tahap kesedaran kepentingan pengurusan

dan keselamatan makmal dalam kalangan bakal guru sains Universiti

Teknologi Malaysia merentas tahun pengajian?

5. Adakah terdapat perbezaan tahap kesedaran kepentingan pengurusan

dan keselamatan makmal dalam kalangan bakal guru sains Universiti

Teknologi Malaysia merentas latar belakang akademik?

6. Adakah terdapat perbezaan tahap kesedaran kepentingan pengurusan

dan keselamatan makmal dalam kalangan bakal guru sains Universiti

Teknologi Malaysia merentas purata nilai gred keseluruhan (PNGK)?