Upload
others
View
11
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Tahap SM4
Modul 401B-2 Pemahaman. Novel. Rumusan
Nama : _____________________________
Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021
Ujian Bertulis
Kertas 1 (2 jam)
A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan)
B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)
4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya
Kertas 2 (2 jam 30 minit)
A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa
1. Morfologi (6%-8%)
2. Sintaksis (6%)
3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)
4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu
Standard) (6%)
5. Peribahasa (4%)
B (35%) : Pemahaman
6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)
7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%)
8. Novel (2 soalan; 10 %)
C (30%) : 9. Rumusan (30%)
Ujian Lisan
Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur
A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir (3-5 minit)
B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)
Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)
4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pemahaman
1. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)
a. Dua bahan disediakan iaitu Bahan 1 dan Bahan 2. Bahan ini dipetik daripada
majalah atau surat khabar.
b. Empat soalan pemahaman disediakan. Sejumlah 12 markah diperuntukkan untuk
soalan ini.
c. Soalan yang pertama lazimnya tentang maksud rangkai kata atau isi yang
berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
d. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada
kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan pelajar sama ada membuat banding
beza atau penilaian. Tiga (3) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
e. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat
banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah
diperuntukkan untuk soalan ini.
f. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan
murid mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat (4) markah diperuntukkan
untuk soalan ini.
Latihan:
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan telitinya, kemudian jawab soalan
soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
YOUTUBER S Pavithra. 28 tahun mendedahkan pencapaian akademik yang diraihnya
semasa mengambil psperiksaan Ujian Penlaian Sekolah Rendah (UPSR) dahulu
mendapat keputusan cemerlang 5A termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu yang
Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
menjadi subjek kegemarannya. Namun begitu, Pavithra tidak berpeluang menghabiskan
persekotahannya di sekolah menengah.
Pavithra belajar setakat tingkatan empat disebabkan kesusahan hidup yang
dialaminya dan menamatkan pengaiian lehih awal kerana terpaksa menambahkan
pendapatan keluarga dengan bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang.
Kisah beliau menarik perhatian kerana kefasihan komunikasinya dalam bahasa Melayu
ketika berkongsi resipi dan tutorial masakan bersama-sama suaminva, M. Sugu, 29
tahun.
Kisahnya menjadi tular berikutan kehidupan sederhana yang dipaparkan tampak
realistik dan tidak dibuat-buat. Saluran YouTuber yang menggunakan nama @Sugu
Pavithra kini diikuti melebihi 600 ribu pelanggan. Sekiranya beliau bersungguh-
sungguh dalam bidang baharunya ini tidak mustahil suatu hari nanti beliau berjaya
mencapai impian sebagai orang yang hebat dan berjaya.
Bahan :2
PEPERIKSAAN sering kalidijadikan kayu ukur untuk menentukan keupayaan dan
kemampuan seseorang dalam sistem pemarkahan sama ada cemerlang, baik, sederhana
ataupun gagal.
Selalunya, masyarakat berandaian bahawa sekiranya seseorang itu berjaya dalam
peperiksaan dengan mengumpulkan banyak "A" dalam keputusannya, maka dirinya
akan berjaya dalam kehidupan dan mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat
perkerjaan yang baik menikmati kehidupan yang selesa dan bahagia. Lantaran itu,
berlumba-lumbalah kalangan ibu bapa mencari guru pakar yang menguasai ilmu dan
mahir mengajar tentang teknik menghadapi peperiksaan untuk membimbing dan
mengajar anak mereka. Gambaran sedemikian dihhat agak berkontradiksi dengan
agenda kerajaan yang sentiasa mengutamakan pembangunan modal insan yang
seimbang dan menyeluruh.
Pernahkah anda berasa kegagalan dalam peperiksaan? Menurut Kamus Dewan
Edisi keempat, gagal membawa maksud tidak berhasil atau tidak berjaya, iaitu tidak
Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
mencapai matlamat yang diperlukan. Kegagalan dalam peperiksaan kerana tidak
mendapat keputusan "A" seperti sering kali menghantui setiap individu yang mengambil
peperiksaan. Setlap individu menerima kegagalan dengan cara yang berbeza-beza. Ada
yang memilih untuk terus positif dengan ujian kegagalan dalam kehidupan mereka.
Pengalaman gagal memburu kejayaan akan memotivasikan dirinya untuk bangkit
daripada belenggu kegagalan. Namun demikian, tidak sedikit individu yang apabila
dirundung kekecewaan, mengalami kemurungan, tertekan serta mengasingkan diri
kerana mereka berasa kegagalan tersebut mampu menyentap impian indahnya dan
memusnahkan kehldupan bahagia yang dicita-citakannya.
(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud tampak realistik? [2 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan tentang kejayaan
dalam pencapaian akademik. [ 3 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(iii) Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi semakin menggambarkan
kepentingan laman sosial dalam kehidupan. Pada pendapat anda, apakah kebaikan
seseorang menjadi Youtuber? [ 3 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
(iv) Kegaglan seseorang untuk memburu kejayaan boleh menyebabkan mereka hilang
hala tuju dalam kehidupan, Jika anda mempunyai seorang rakan yang gagal memburu
kejayaan, bagaimanakah anda dapat memotivasikan rakan tersebut agar mereka tidak
dirundung kekecewaan sehingga menyebabkan masalah kemurungan? [4 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2. Pemahaman petikan sastera (antologi) ( 4 soalan ; 13%)
a. Sekurang-kurangnya dua bahan disediakan yang terdiri daripada bahan prosa dan
bukan prosa.
b. Dengan berdasarkan bahan 1 bahan 2 atau bahan 3. murid perlu menjawab
beberapa soalan.
c. Empat soalan pemahaman disediakan.
d. Sejumlah 13 markah diperuntukkan untuk soalan ini.
e. Soalan yang pertama lazimnva tentang maksud rangkai kata atau isi yang
berkaitan dalam petikan. Dua (2) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
f. Soalan yang kedua merupakan soalan yang jawapannya mesti diambil daripada
kedua-dua petikan. Soalan ini memerlukan murid sama ada membuat banding
beza atau penilaian. Empat (4) markah diperuntukkan untuk soalan ini.
g. Soalan yang ketiga ialah soalan yang memerlukan pelajar sama ada membuat
banding beza, penilaian atau mengemukakan pendapat. Tiga (3) markah
diperuntukkan untuk soalan ini.
h. Soalan yang keempat berbentuk penyelesaian masalah. Soalan ini memerlukan
pelajar mengemukakan cadangan penyelesaian. Empat(4) markah diperuntukkan
untuk soalan ini.
Puisi Tradisional
Gurindam – “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)”
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah tiil yang tidak senonoh.
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
(Dipetik daripada puisi “Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)” dalam Antologi
Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka)
Maksud:
Rangkap 1: Apabila seseorang itu berjaya menjaga penglihatannya dengan baik, maka
tidak akan timbul pelbagai keinginan yang dapat merosakkannya.
Rangkap 2: Apabila seseorang berjaya menjaga pendengarannya dengan baik, berita-
berita yang tidak elok dapat dihindarinya.
Rangkap 3: Apabila seseorang berjaya mengawal pertuturannya, banyak kebaikan akan
diperolehinya.
Rangkap 4: Apabila seseorang berjaya mengawal anggota tangannya, perkara yang
berat dan ringan akan dapat diselesaikannya.
Rangkap 5: Sekiranya seseorang gagal mengawal nafsu makan, maka banyak perkara
yang memudaratkan akan timbul.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Rangkap 6: Perlunya kebijaksanaan mengawal nafsu syahwatnya supaya semangat
mereka tidak mudah luntur.
Rangkap 7: Perlunya mengawal pergerakan kaki agar tidak pergi ke tempat-tempat
yang boleh membawa kepada kerosakan.
Tema
Gurindam ini bertemakan nasihat kepada murid agar memelihara anggota diri dan
berbudi pekerti mulia. Penjagaan anggota diri mampu menghindarkan diri daripada
melakukan perkara-perkara yang keji dan buruk.
Persoalan
1. Kepentingan menjaga pancaindera, iaitu penglihatan, pendengaran, dan pertuturan
dalam kehidupan sehari-hari.
2. Kepentingan rnenjaga nafsu makan dan nafsu syahwat.
3. Kepentingan mengawal anggota badan terutarna tangan dan kaki.
Bentuk Gurindam
1. "Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga )" ini terdiri daripada tujuh rangkap.
2. Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua baris serangkap.
3. Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara dua hingga tujuh patah
kata dalam sebaris,
4. Bilangan suku kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara sembilan hingga
sebelas suku kata sebaris.
5. Rima akhir gurindam ialah aa.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi
1. Pemilihan kata yang indah dan ayat atau baris yang dibentuk adalah puitis.
Contohnya:
Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
2. Penggunaan bahasa kiasan. Contohnya:
Apabila perut sudah penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
3. Penggunaan inversi. Contohnya:
(a) Nescaya dapat daripadanya faedah.
Sepatutnya: Nescaya dapat faedah daripadanya.
(b) Khabar yang jahat tiadalah damping.
Sepatutnya: tidak berdamping dengan khabar yang jahat.
4. Unsur bunyi:
(a) asonansi (perulangan bunyi vokal), Contohnya:
Daripada segala berat dan ringan,
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal a sebanyak lapan kali.
(b) aliterasi (perulangan bunyi konsonan). Contohnya:
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi konsonan d sebanyak dua
kali.
(c) jeda (pemberhentian suara sekejap di tengah baris). Contobnya:
Apabila perut /sudah penuh,
Keluarlab fiil /yang tidak senonoh.
Nilai
1. Nilai berhati-hati. Contohnya, kita dinasihati agar berhati-hati mengawal
pancaindera agar tidak membawa kepada kerosakan.
2. Nilai rasional. Contohnya, kita dinasihati agar tidak menurut kehendak nafsu makan
dan nafsu syahwat.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
3. Nilai kebijaksanaan. Contohnya, kita dinasihati agar berusaha mengawal anggota
tangan dan kaki.
Pengajaran
1. Kita hendaklah mengawal anggota pancaindera kerana banyak keburukan yang
akan berlaku sekiranya kita gagal mengawal pancaindera dengan baik.
2. Kita tidak boleh terlalu menurut kehendak nafsu kerana tindakan itu akan
menjerumuskan kita ke lembah kehinaan.
3. Kita hendaklah bijak mengawal anggota tubuh badan supaya kehidupan menjadi
lebih sejahtera.
Latihan
Baca gurindam di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Apakah maksud frangkatakata “sedikitlah cita-cita” dalam rangkap pertama
"Gurindam Dua Belas"? [2 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(ii) Apakah perbezaan orang yang dapat mengawal pertuturannya dengan mreka
yang gagal berbuat demikian ? [4 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
(iii) Pada pendapat anda, apakah yang harus dilakukan oleh seseorang agar terhindar
daripada melakukan kejahatan? [3 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(iii) Bagaimanakah boleh kita mengawal anggota badan kita agar membawa kebaikan
? [4 markah]
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
3.Novel (2 soalan; 10 %) - Latihan babagian ini akan dkemukakan setelah Novel Tirani
dikaji.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. Rumusan (30%)
a. Masa yang perlu diperuntukkan untuk menjawab soalan rumusan ini ialah
empat puluh lima minit.
b. Markah yang disediakan untuk bahagian ini ialah 30 markah, iaitu pengenalan 2
markan, isi tersurat 16 markah dan kesimpulan 2 markah. Markah bahasa ialah
10 seperti yang berikut:
c.
Pengenalan : 2 markah
lsi Bahan 1 (Petikan) : 12 markah
lsi Bahan 2 (Grafik) : 4 markah
Kesimpulan : 2 markah
_ ---------------------------------------------
Isi : 20 markah
Bahasa : 10 markah
---------------------------------------------
Jumlah : 30 markah
d. Bilangan soalan yang dikemukakan satu soalan sahaja.
e. Soalan ini mengandungi dua bahan. Bahan yang pertama ialah petikan,
manakala bahan yang kedua terdiri daripada bahan grafik.
f. Petikan lazimnya terdiri daripada 300 patah perkataan daripada pelbagai sumber
berdasarkan tema yang terdapat dalam DSKP.
g. Tema dan kata kunci petikan tidak dinyatakan dalam soalan,
h. Setiap bahan sekurang-kurangnya mengandungi dua fokus. Fokus ialah tema
dan kata kunci isi. Contoh fokus:
(i) Punca-punca seseorang itu muflis
(ii) Langkah-langkah untuk menangani masalah kemuflisan
(iii) Kesan-kesan jika seseorang itu muflis.
i. Jawapan perlu dikemukakan dalam bentuk perenggan.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan :
Baca petikan dan bahan gralik yang disertakan di bawah. Kemudian buat satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 20 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal bahan.
Bahan 1 :
Kira-kira tiga dekad yang lalu, sepak takraw jelas mewarnai arena sukan negara tetapi
sukan tradisi ini kini diibaratkan hidup segan mati tak mahu di bumi sendiri. Siapakah
yang tidak mengenali nama Adnan Saidin Rehan MatDin, Zabidi Sharif, Norani Adnan
dan ramai lagi yang berjaya memikat peminat takraw dengan aksi dan kemahiran
mereka? Libasan dan julungan kencang, umpanan tepat serta servis yang mengelirukan
amat dinantikan peminat, apatah lagi apabila mereka bertarung dengan musuh tradisi,
Thailand. Namun demikian, pada hari ini, sukan tradisi yang menjadi kebanggaan kita
selama ini, kini dilihat tidak bermaya dan hambar.
Yang pasti ialah sukan ini tidak lagi menjadi pilihan anak muda. Jarang-jarang
kita dapat melihat mereka bermain sepak takraw seperti senario sebelum ini apabila
gelanggang di kampung atau bandar sentiasa dipenuni pada setiap petang. Didapati
bahawa bilangan murid yang bergiat aktif dalam sukan ini di peringkat sekelah rendah
dan menengah amat kecil. Mengikut data terkini, hanya terdapat tidak sampai 5,000
pemain yang bergiat aktif di 120 sekelah di seluruh negara. Jika dikaji secara mendalam,
sebenrnya banyak masalah yang menyebabkan sukan ini seperti tinggal nyawa-nyawa
ikan. Salah satu faktornya ialah sukan ini sebenarnya tidak menjamin masa depan yang
menyebabkan ramai yang enggan membabitkan diri selain kejohanan yang kurang dan
hadiah kemenangan yang tidak setimpal. Sikap persatuan negeri dan badan induk pula
saling menuding jari, berbalah sesama sendiri serta melepaskan tanggungjawab masing-
masing untuk membangunkan sukan ini. Keadaan ini diburukkan lagi dengan keputusan
Kementenan Kebudayaan Belia dan Sukan (KBBS) mengeluarkan acara sepaktakraw
daripada program Sukan Teras di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) mulai tahun lalu.
Keputusan ini menyebabkan peruntukan untuk pembangunan peringkat akar umbi
semakin malap atau tiada langsung kecuali hanya di sekolah tertentu sahaja. Yang lebih
menyedihkan lagi ialah sehingga kini, sukan ini masih belum memiliki akademi latihan
dan stadium sendiri yang boleh dibanggakan. Sudah sampai masanya kepemimpinan
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), ahli gabungan dan MSN duduk bersama untuk
Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
mencari jalan bagi menghidupkan dan menyemarakkan sukan tradisi ini semula supaya
tidak pupus. Menurut raja libas negara, Adnan Saidin, antara punca utama sukan
tradisional orang Melayu berkenaan semakin menyepi dan tidak popular berpunca
daripada faktor anak muda sekarang kurang meminati sukan terbabit Anak muda pada
zaman ini iebih suka bermain futsal atau e-sukan.
Beliau juga melihat masalah ini berpunca daripada ketiadaan program
pembangunan tersusun dan kerjasama erat antara badan induk dengan persatuan negeri.
Keadaan ini menyebabkan kemerosotan sukan itu sekarang. Apabila mengulas isu ini,
beliau melahirkan perasaan sedih dan terkilan kerana hingga hari ini skuad takraw
kebangsaan masih belum memiliki akademi latihan dan stadium sendiri. Sepatutnya
sukan takraw sudah lama mempunyai pusat latihan khusus dan stadium sendiri kerana
sukan ini merupakan sukan tradisi rakyat Malaysia dan sudah lama wujud di negara kita.
Oleh itu, beliau herharap agar semua pemimpin badan induk dan persatuan sukan negeri
sepatutnya melakukan sesuatu bagi mengembalikan maruah dan kegemilangan serta
populariti sukan ini kerana mereka lebih arif berbanding dengan beliau yang merupakan
orang luar persatuan.
Bahan 2 :
Program Bahasa Melayu Edubest - SM401B-2 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my