12
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest Tahap SM4 Modul 401A Nama : _____________________________

Tahap SM4 Modul 401A Nama · 2020. 11. 4. · Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai

  • Upload
    others

  • View
    3

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tahap SM4 Modul 401A Nama · 2020. 11. 4. · Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest

Tahap SM4

Modul 401A

Nama : _____________________________

Page 2: Tahap SM4 Modul 401A Nama · 2020. 11. 4. · Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai

Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021

Ujian Bertulis

Kertas 1 (2 jam)

A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan)

B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)

4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya

Kertas 2 (2 jam 30 minit)

A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa

1. Morfologi (6%-8%)

2. Sintaksis (6%)

3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)

4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu

Standard) (6%)

5. Peribahasa (4%)

B (35%) : Pemahaman

6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)

7. Pemahaman petikan sastera (antologi) 4 soalan ; 13%)

8. Novel (2 soalan; 10 %)

C (30%) : 9. Rumusan (30%)

Ujian Lisan

Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur

A (40%) : 1 petikan / bahan ransangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir (3-5 minit)

B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)

Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)

4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 3: Tahap SM4 Modul 401A Nama · 2020. 11. 4. · Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai

Teknik Penulisan Karangan :

A. Jenis ayat dalam perenggan

Langkah 1 : Membaca soalan dan mengenal pasti

T (tema) , K (kata kunci), F(format)

Langkah 2 : Menulis isi

Langkah 3 : Menulis perenggan

AR : Ayat rangsangan

AA : Ayat arahan (kehendak soalan)

Langkah 4 : Menulis perenggan isi :

AJ : ayat judul

AH : Ayat huraian

AC : Ayat contoh

AI : Ayat impak

AP : Ayat penegas

Lankah 5 : Menulis kesimpulan

A Kspln : Ayat kesimpulan

A Cdgn : Ayat cadangan

A Pdpt : Ayat pendapat

A. Harapan: Ayat harapan

A. Pnln : Ayat penilaian

B. Teknik Menulis Perenggan

PENDAHULUAN

Jenis-jenis pendahuluan :-

i. pendahuluan jenis definisi

ii. pendahuluan jenis pendapat

iii. pendahuluan jenis suasana

iv. pendahuluan jenis persoalan

v. pendahuluan jenis peribahasa

Program Bahasa Melayu Edubest - SM401A 1

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 4: Tahap SM4 Modul 401A Nama · 2020. 11. 4. · Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai

vi. Pendahuluan jenis berita

(i) PENDAHULUAN JENIS DEFINISI

• memberikan takrif • makna • definisi

Contoh : Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan yang melanggar undang-undang atau

peraturan. Jenayah bukan sahaja membabitkan orang dewasa malahan golongan

remaja juga. Menurut kajian polis, jumlah kes jenayah telah bertambah daripada 40

021 kes pada tahun 1997 kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di samping itu,

kesalahan yang dilakukan juga semakin serius dari semasa ke semasa.

(ii) PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT

• menyatakan pendapat seseorang tokoh

Contoh : Menurut Y.A.B Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad, pencemaran alam sekitar

berpunca daripada kegiatan pembangunan. Walau bagaimanapun pembangunan tidak

boleh dihentikan sama sekali. Apa yang perlu adalah dengan mengurangkan

pencemaran tetapi dalam masa yang sama meneruskan pembangunan.

(iii) PENDAHULUAN JENIS SUASANA

• menggambarkan sesuatu melalui suasana yang sesuai.

Contoh : Bas yang berhawa dingin terus berlalu menyusur jalan yang bengkang-

bengkok dengan perlahan sekali. Rasa mual dan mengantuk hilang apabila kami

dihiburkan oleh abang-abang yang memandu kami. Sepanjang perjalanan ke puncak

Bukit Fraser , sepasang anak mataku sempat mengintai hutan rimba yang akan kami

lalui nanti.

(iv) PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN

• mengemukakan beberapa ayat tanya yang berkaitan dengan tajuk

Contoh: Setiap orang memerlukan kecemerlangan untuk menjamin kejayaan bagi diri

mereka. Apakah yang dikatakan kecemerlangan ? Apakah dengan kecemerlangan

boleh membuatkan seseorang itu berjaya ? Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa

sebarang usaha seseorang itu boleh mencapai kecemerlangan ? Soalnya , apakah

faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan ?

(v) PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA

• memasukkan satu atau lebih peribahasa Melayu yang sesuai.

Contoh: Peribahasa Melayu ' ringan sama dijinjing, berat sama dipikul' dan 'seperti aur

dengan tebing ' amat sesuai ke arah mewujudkan masyarakat penyayang yang

Program Bahasa Melayu Edubest - SM401A 2

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 5: Tahap SM4 Modul 401A Nama · 2020. 11. 4. · Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai

anggota-anggotanya mengamalkan sifat-sifat yang menggambarkan wujudnya

hubungan kasih sayang dalam sesebuah komuniti.

(vi) PENDAHULUAN JENIS BERITA

• memasukkan tajuk utama akhbar

“ 5 Remaja Ditahan Akibat Merosakkan Telefon Awam”. Begitulah bunyi tajuk berita

utama di akhbar Utusan Malaysia keluaran 8 Januari 2010 lalu. Beirta ini

mencerminkan keseriusan perbuatan vandalisme dalam kalangan remaja.

C. PENULISAN PERENGGAN

Jenis-jenis perenggan:

i. perenggan deduktif

ii. perenggan induktif

iii. perenggan gabungan induktif dan deduktif

i. PERENGGAN DEDUKTIF

• isi penting huraian isi contoh-contoh

Contoh soalan : Laporan tentang punca-punca pelajar kurang berminat menggunakan

perpustakaan sekolah. Punca pertama, walaupun pihak perpustakaan telah cuba sedaya

upaya mendapatkan buku-buku untuk kegunaan pelajar, tetapi kebanyakan buku yang

disediakan sudah terlalu lama. Isi buku-buku tersebut sudah ketinggalan zaman dan

tidak dapat memenuhi keperluan pelajar. lagipun terdapat banyak buku yang

mengalami kerosakan . Contohnya, masih terdapat buku-buku yang diterbitkan pada

tahun 60-an dan 70-an. Isi Buku yang disediakan sudah terlalu lama Huraian Isi buku-

buku tersebut sudah ketinggalan zaman dan tidak dapat memenuhi keperluan pelajar.

Lagipun terdapat banyak buku yang mengalami kerosakan Contoh Contohnya, masih

terdapat buku-buku yang diterbitkan pada tahun 60-an dan 70-an.

ii. PERENGGAN INDUKTIF

• huraian isi contoh-contoh isi penting

Contoh soalan : Sebab-sebab berlakunya kemalangan jalan raya. Selekoh yang tajam,

jalan berlopak, cahaya lampu, cahaya matahari, dan hujan juga merupakan punca

terjadinya kemalangan jalan raya . Misalnya, jalan menuju ke Genting Highland

mempunyai banyak selekoh yang tajam dan berbahaya kepada pengguna jalan

tersebut. Jelaslah kepada kita bahawa faktor alam dan keadaan jalan raya itu sendiri

juga merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara ini. Huraian

Program Bahasa Melayu Edubest - SM401A 3

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 6: Tahap SM4 Modul 401A Nama · 2020. 11. 4. · Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai

Selekoh yang tajam , jalan berlopak, cahaya lampu, cahaya matahari, dan hujan juga

merupakan punca terjadinya kemalangan jalan raya. Contoh Misalnya, jalan menuju

ke Genting Highlands Isi Jelaslah kepada kita bahawa faktor alam dan keadaan jalan

raya itu sendiri juga merupakan punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara ini.

iii. PERENGGAN GABUNGAN INDUKTIF DAN DEDUKTIF

• isi penting huraian isi contoh-contoh isi penting

Contoh Soalan: Mengatasi masalah inflasi. Akhirnya, usaha yang sepatutnya

dilakukan oleh kerajaan dalam menangani masalah ini ialah melalui kempen. Kempen

yang dijalankan secara bersungguh-sungguh serta mendapat sokongan daripada semua

pihak sudah tentu akan memberi kesan dan kesedaran yang positif kepada para

pengguna. Misalnya , dengan menghidupkan semula laungan, "Belilah Barangan

Buatan Malaysia". Oleh itu, kempen –kempen yang terancang hendaklah dilaksanakan

dengan kadar yang segera agar pengguna dapat disedarkan daripada lena yang

panjang. Isi Akhirnya, usaha yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan dalam

menangani masalah ini ialah melalui kempen. Huraian Kempen yang dijalankan secara

bersungguh-sungguh serta mendapat sokongan daripada semua pihak sudah tentu akan

memberi kesan dan kesedaran yang positif kepada para pengguna. Contoh misalnya ,

dengan menghidupkan semula laungan, "Belilah Barangan Buatan Malaysia". Isi Oleh

itu, kempen-kempen yang terancang hendaklah dilaksanakan dengan kadar yang

segera agar pengguna dapat disedarkan daripada lena yang panjang.

Program Bahasa Melayu Edubest - SM401A 4

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 7: Tahap SM4 Modul 401A Nama · 2020. 11. 4. · Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai

Bahagian A . Karangan Respon Terhad / Rangsangan (30%)

1. Tips penulisan karangan respon terhad SPM

a. Tiada kata kunci

b. Hanya ada tema

c. 150-200 pp

d. Ada 2 (sekurang-kurangnya) - 3 kata kunci tersirat alam bahan : (cara /

punca / akibat)

e. Setiap maklumat mesti keluarkan 1 kata kunci

Latihan :

Maklumat di bawah berkaitan dengan budaya lepak dalam kalangan remaja. Huraikan

pendapat anda tentang budaya ini. Panjang huraian anda hendaklah antara 150 hingga

200 patah perkataan. (Sila rujuk peta minda yang disediakan)

Program Bahasa Melayu Edubest - SM401A 5

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 8: Tahap SM4 Modul 401A Nama · 2020. 11. 4. · Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai

T : Budaya lepak dalam kalangan remaja

K : Punca dan kesan

F : Karangan umum

Isi:

Punca:

1. Pengaruh rakan sebaya

2. Kekurangan kasih sayang

Kesan:

1. Terlibat dalam masalah sosial – bohsia dan bohjan

Program Bahasa Melayu Edubest - SM401A 6

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 9: Tahap SM4 Modul 401A Nama · 2020. 11. 4. · Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai

Bahagian B . Karangan Respon Terbuka (Umum) (70%)

Tips Karangan Respon Terbuka (Umum)

a. 350-500 patah perkataan (sila ikut arahan)

b. 4 soalan

c. 4 domain

a. Domain peribadi (diri)

b. Domain awam (masyarakat)

c. Domain kerjaya

d. Domain pendidikan

Latihan :

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan.

(Sila rujuk peta minda yang disediakan)

“MEDIA sosial dan teknologi mengubah cara manusia berinteraksi. Kini, jarak dan

tempat tidak lagi menjadi halangan untuk kekal berhubung. Dengan hanya satu klik di

hujung jari, jaringan interaksi sosial maya membolehkan anda kekal berhubung dengan

orang lain tanpa mengira waktu. Penggunaan teknologi moden juga mengubah

persekitaran perkembangan anak anda”

(Sumber : Sinar Harian, 12 Mei 2019)

Petikan akhbar di atas menunjukkan bahawa penggunaan teknologi moden seperti

peranti elektronik telah mengubah cara berinteraksi manusia. Tulis tentang kesan-kesan

penggunaan peranti elektronik kepada remaja.

Domain : _____________

T : Penggunaan peranti elektronik kepada remaja

K : kesan negatif

F : Umum

Isi 1 : hilang fokus dalam pelajaran

Isi 2 : merosakkan mata

Isi 3 : merencatkan kemahiran sosial

Isi 4 : menjadi pemangkin kepada siber buli

Program Bahasa Melayu Edubest - SM401A 7

Progra

m B

ahasa M

elayu E

dubest

Page 10: Tahap SM4 Modul 401A Nama · 2020. 11. 4. · Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai
Page 11: Tahap SM4 Modul 401A Nama · 2020. 11. 4. · Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai
Page 12: Tahap SM4 Modul 401A Nama · 2020. 11. 4. · Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021 Ujian Bertulis Kertas 1 (2 jam) A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai

Pelan Lokasi

@

Pusat Tuisyen Didikan Genius

No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-7983 7650

http://www.edubest.com.my