24
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest Tahap SR2B Modul 1 Nama : ____________________________

Tahap SR2B Modul 1 Nama...Markah Kuiz Komputer Minggu Tarikh Tatabahasa (%) Perbendaharaan Kata (%) Peribahasa (%) Lain-lain 1 2 3 4 5

  • Upload
    others

  • View
    16

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • @

    Pusat Tuisyen Didikan Genius

    Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest

    Tahap SR2B

    Modul 1

    Nama : ____________________________

  • Markah Kuiz Komputer

    Minggu Tarikh Tatabahasa

    (%)

    Perbendaharaan Kata (%)

    Peribahasa

    (%)

    Lain-lain

    1

    2

    3

    4

    5

  • Program Bahasa Melayu Edubest Modul 1

    A. Bacaan

    a. Perbendaharaan Kata

    Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意思

    1 berjasa

    -berbakti

    有 贡 献

    2 meminta izin

    -meminta kebenaran

    请 求 准 许

    3

    merayau-rayau

    -berkeliaran ;pergi ke mana-mana untuk mencari

    sesuatu

    流 荡

    4 serentak

    -pada masa yang sama

    同 时

    5 uncang

    -karung/beg kecil untuk mengisi barang

    小 袋

    6 leka

    -leka

    沉 迷/ 入 神

    7 mengerang

    -mengeluh kerana sakit

    呻 吟

    8 erat

    -kuat; ketat

    9 mengambil keputusan

    -membuat keputusan

    决 定

    10 diserang

    -berada dalam keadaan bahaya; dicederakan

    被 攻 击

    11 membantah

    -tidak setuju; menolak

    反 对

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 1Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mel

    ayu

    Edub

    est

  • 12 niat

    -hajat; kehendak hati

    意 念

    13 beria-ia

    -mahu; hendak (bersungguh-sungguh)

    坚 决 要

    14 memelihara

    -memelihara

    15 cukup

    -cukup

    足 足

    16 menyesuaikan diri

    -membiasakan diri

    适 应

    17 berat hati

    -tidak rela

    不 愿 意

    18 menemani

    -bersama

    陪 伴

    19 menganjurkan

    -mengadakan

    主 办

    20 sempurna

    -lengkap; elok

    完 善/ 完 整

    21 menyertai

    -mengikuti; mengambil bahagian

    参 加

    22 bergayut

    -bergantung; berpaut

    吊 着

    23 rata

    -datar; tidak tinggi rendah

    平 坦

    24 menjalar

    -bergerak perlahan-lahan; merayap

    25 menenangkan

    -mententeramkan; meredakan

    安 抚

    26 mematuk

    -memagut; mencatuk (dengan paruh)

    啄 / 咬

    ( 蛇)

    27 terharu

    -berasa hiba (hendak menangis)

    感 动

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 2Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mel

    ayu

    Edub

    est

  • 28 suasana

    -keadaan

    气 氛

    b. Latihan Perbendaharaan Kata – Mengisi Tempat kosong

    1. Ainul berasa _____________untuk berpisah dengan ibu

    kandungnya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negeri.

    2. Bapa _________________ untuk membeli kereta Proton Waja

    setelah mengunjungi pameran kereta di PWTC.

    3. Penunggang motosikal yang tercedera itu _______________

    kesakitan semasa ahli pertolongan cemas cuba menyelamatkannya.

    4. Adik Siew Ling akan _________________ rombongan lawatan

    ke Pusat Sains Negara.

    5. Abang sudah dapat _____________________ di asrama

    selepas seminggu.

    6. Kakak rasa _______________apabila mendapati ibu telah

    bekerja siang dan malam untuk menyediakan wang pengajiannya.

    7. Margaret diminta oleh ibunya untuk ______________ nenek ke

    pasar setiap pagi.

    8. Ahli kumpulan yang _______________keputusan ketuanya akan

    dipecat.

    9. Pengemis tua itu kelihatan _________________ di pusat

    bandar setiap malam.

    10. Mohan ______________ daripada ayahnya untuk pergi

    memancing.

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 3Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mel

    ayu

    Edub

    est

  • 11. Encik Sim cuba _______________hati salah seorang

    pekerjanya yang baru sahaja kematian isterinya.

    12. Pihak sekolah akan ________________Sukan Tahunan

    Sekolah pada bulan Mei ini.

    ( %)

    B. Pemahaman

    Si Montel

    Hobi Kamarul pada masa lapang adalah menangkap rama-rama.

    Rama-rama itu dikeringkan untuk dijadikon hiasan dinding.

    Pada suatu petang, Kamarul dan adiknya meminta izin daripada

    ibu mereka untuk menangkap rama-rama di hujung kampung.

    "Baiklah, ibu izinkan. Tapi ingat, jangan meraya-rayau di tepi

    hutan," pesan Puan Haryati.

    "Terima kasih, ibu. Kami pergi dahulu," kata Kamarul dan Shima

    serentak. Kedua-dua orang adik-beradik itu berasa sungguh gembira.

    Hamzah membawa uncang untuk diisikan rama-rama yang ditangkap

    sementara Shima membawa jaring. Kamarul dan Shima terlalu asyik

    mengejar rama-rama hingga terlupa akan nasihat ibu mereka.

    Tiba-tiba mereka terdengar suara seperti orang mengerang.

    Kamarul dan Shima memandang sekeliling. Mereka baru sedar bahawa

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 4Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mel

    ayu

    Edub

    est

  • mereka mengejar rama-rama ke dalam hutan. Syakila menggigil

    ketakutan sambil memegang tangan Kamarul dengan erat. Shima

    mengajak abangnya pulang dengan segera.

    Tiba-tiba mereka ternampak seekor anak monyet di bawah

    pokok. Hamzah berasa kasihan melihat keadaan monyet itu berada

    dalam kesakitan. Kamarul mengambil keputusan untuk membawa anak

    monyet itu ke rumah mereka.

    Puan Haryati yang sedang menyiram pokok bunga di halaman

    rumah terkejut apabila melihat Hamzah mendukung seekor anak

    monyet. Kamarul dan Shima menceritakan bagaimana mereka boleh

    terjumpa dengan anak monyet itu.

    "lbu, boleh tak saya pelihara anak monyet ini?" tanya Kamarul.

    " Kamarul, ibu rasa lebih baik kamu hantarkan semula anak

    monyet ini. Jika ibunya tahu kamu yang mengambil anaknya, tentu

    kamu akan diserangnya," kata Puan Haryati.

    "Tapi ibu, anak monyet ini sakit. Ibu anak monyet itu tidak ada

    semasa kami mengambilnya. Ibu, izinkanlah kami membelanya sehingga

    anak monyet ini betul-betul sembuh. Kami berjanji akan melepaskannya

    semula ke dalam hutan," rayu Kamarul dan Shima.

    Pada mulanya Puan Haryati membantah niat anak-anaknya.

    Akhirnya, dia terpaksa bersetuju selepas Kamarul dan Shima beria-ia

    hendak membela anak monyet itu. Puan Rosnah meminta anak-anaknya

    menjaga anak monyet itu dengan baik. Kamarul berasa sungguh

    gembira dengan keputusan ibunya.

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 5Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mel

    ayu

    Edub

    est

  • Mereka menamakan anak monyet itu Si Montel kerana bentuk

    badannya yang bulat. Si Montel sangat jinak dengan Kamarul dan

    Shima. Kamarul dan Shima akan membawa Si Montel ke mana sahaja

    mereka pergi. Mereka sangat menyayangi Si Montel. Kini, sudah genap

    setahun Si Montel tinggal bersama mereka.

    " Kamarul, ayah rasa sudah tiba masanya kamu melepaskan Si

    Montel ke tempat asalnya. Si Montel perlu menyesuaikan diri dengan

    kehidupannya yang sebenar di hutan. Lagipun, ayah rasa Si Montel

    sudah pandai menjaga dirinya,” beritahu Encik Junaidi.

    Kamarul dan Shima berasa berat hati untuk berpisah dengan Si

    Montel. Selama ini, Si Montellah yang sering menemani mereka.

    Kamarul mengikat reben yang cantik pada leher Si Montel sebagai

    tanda kenang-kenangan. Kemudian, Encik Junaidi membawa Si Montel

    ke dalam hutan supaya Si Montel dapat hidup dengan rakan-rakannya

    yang lain. Sejak itu, Si Monteltidak muncul lagi di rumah mereka.

    Namun begitu, mereka tidak pernah melupakan saat-saat manis

    ketika bersama Si Montel. Kamarul berharap pada suatu hari nanti, dia

    dapat bertemu semula dengan monyet kesayangannya.

    Sebulan kemudian, Pasukan Pengakap sekolah Kamarul

    menganjurkan perkhemahan di Hutar Lipur Templer sempena cuti

    sekolah. Kamarul tidak melepaskan peluang untuk menyertai

    perkhemahan itu. Perkhemahan itu diadakan selama satu hari satu

    malam.

    Suasana di Hutar Lipur Templer itu sungguh indah. Airnya jernih

    dan sejuk. Kelihatan beberapa ekor monyet bergayut pada dahan

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 6Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mel

    ayu

    Edub

    est

  • pokok. Pasukan Pengakap sekolah Hamzah mencari tempat yang sesuai

    untuk mendirikan khemah. Hamzah dan rakan-rakannya memasang

    khemah di kawasan yang rata.

    " Kamarul, jangan bergerak! Di belakang kamu, ada seekor ular,"

    jerit Cikgu Onn.

    Kamarul menggigil ketakutan apabila terpandang seekor ular

    tedung menjalar di dahan kayu yang berhampiran dengannya. Rakan-

    rakannya cuba menenangkan Kamarul. Cikgu Onn mengarahkan

    pengakap mencari buluh. Ular itu mengembangkan kepalanya seolah-

    olah hendak mematuk Kamarul.

    Tiba-tiba, seekor monyet menyerang ular tersebut. Ular itu

    membelit monyet tersebut dengan kuat. Kedua-dua ekor binatang

    tersebut jatuh ke tanah. Cikgu Onn berusaha menyelamatkan monyet

    itu daripada dipatuk oleh ular. Cikgu Onn memukul ular itu dengan

    sebatang buluh sehingga mati. Kamarul bersyukur kepada Tuhan

    kerana terselamat daripada menjadi mangsa patuk

    Dia memeluk monyet yang telah menyelamatkan nyawanya. Tiba-

    tiba Kamarul terpandang pada leher monyet tersebut ada reben

    seperti yang dihadiahkan kepada Si Montel. Dia berasa terharu kerana

    dapat berjumpa dengan Si Montel. Kamarul tidak menyangka bahawa

    Si Montel masih mengenalinya. Kehadiran Si Bulat semasa

    perkhemahan itu telah menceriakan suasana lagi.

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 7Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mel

    ayu

    Edub

    est

  • 1. Apakah tujuan Encik Junaidi melepaskan semula Si Montel ke dalam hutan ?

    A. Dia takut akan ditangkap oleh pihak berkuasa B. Dia takut akan diserang oleh ibu Si Montel C. Dia mahu Si Montel dapat menyesuaikan diri dengan

    kehidupan di hutan

    D. Dia tidak suka akan Si Montel

    2. Bagaimanakah Hamzah dapat mengenali Si Montel ?

    A. Melalui rupanya yang comel B. Melalui tanda yang diikat pada leher Si Montel C. Si Bulat memanggilnya D. Si Bulat memakai rantai yang telah dibuat oleh Kamarul

    3. Apakah pengajaran yang kamu peroleh daripada cerita ini ? (KBAT)

    __________________________________________________

    __________________________________________________

    4. Pada pandangan kamu, adakah kita patut memelihara binatang dengan baik ? Kenapa ? (KBAT)

    5. Nyatakan 5 kata adjektif yang terdapat dalam teks. (KBAT)

    _________________________________________________

    ( %)

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 8Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mel

    ayu

    Edub

    est

  • C. Tatabahasa

    1. Kata Ganti Nama Diri

    Pihak Pertama Pihak Kedua Pihak Ketiga

    Tunggal Jamak Tunggal Jamak Tunggal Jamak

    Saya

    Aku

    Hamba

    Patik

    Beta

    daku

    Kami

    kita

    Awak

    Anda

    Engkau

    Kamu

    Tuanku

    Tuan hamba

    Tuan

    puan

    dikau

    Kalian

    kamu

    Dia

    Ia

    -nya

    beliau

    baginda

    mereka

    Pihak yang bercakap Pihak yang mendengar Pihak yang

    dicakapkan

    i. Hamba :untuk rakyat yang tidak berkedudukan ii. Patik :untuk rakyat biasa yang berkedudukan iii. Beta :untuk kerabat diraja iv. Kami :pihak yang bercakap sahaja v. Kita :termasuk pihak yang bercakap dan mendengar

    Latihan 1.1

    Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama diri yang sesuai.

    Mereka saya dia kami

    -nya beta kamu awak

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 9

    Prog

    ram

    Bah

    asa M

    elay

    u Ed

    ubes

    t

  • 1. “___________________ berjanji akan belajar dengan bersungguh – sungguh”, kata Anwar kepada ayahnya.

    2. “Azmi tidak datang sekolah pada hari ini kerana _____________ sakit,” kata Zarul kepada Cikgu Daud.

    3. “___________________tidak boleh memanjat pokok itu, nanti jatuh,” kata datuk kepada Roslan.

    4. Encik Guna dan Encik Malik tinggal berjiran. _______________ juga bekerja di tempat yang sama.

    5. “Siapkan segala kelengkapan. ________________ hendak berangkat ke Pahang esok,” titah Sultan Mahmud kepada

    bendahara.

    6. “Bagaimanakah kesihatan emak _______________?” tanya Rohana kepada kawannya.

    7. “___________________ sekeluarga akan pergi bercuti ke Pulau Tioman,” kata Mahadi dan adiknya.

    8. Sidek berjalan kaki ke sekolah kerana basikal ________________ rosak.

    ( %)

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 10Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mel

    ayu

    Edub

    est

  • Latihan 1.2

    Garis dan betulkan kata ganti nama diri dalam ayat di bawah. (KBAT)

    1. “Saya mesti beratur sebelum memasuki kelas,” arah Cikgu Sudin kepada murid – muridnya.”

    2. “Menjunjung sembah harap beta diampun,” sembah inang kepada permaisuri.

    3. “Amin dan Badrul ialah adik – beradik tetapi anda selalu berkelahi.

    4. Siti sedang mendukung adik kita yang sedang menangis.

    5. “Harta benda beliau musnah sama sekali dalam kebakaran itu,” beritahu penduduk kampung kepada wakil rakyat.

    6. Sultan itu dibenci oleh rakyat jelata kerana dia seorang pemerintah yang kejam.

    7. Perdana Menteri sangat dihormati kerana beta seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

    8. “Encik tidak sepatutnya berbohong kepada orang tua dalam hal ini,” nasihat Badrul kepada sahabatnya.

    ( %)

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 11Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mel

    ayu

    Edub

    est

  • Latihan 1.3

    Pilih jawapan yang sesuai.

    1. Pada hari minggu yang lepas, saya dan kakak pergi berkelah. _________ membawa banyak makanan.

    A. Dia B. Kami

    C. Saya D. Mereka

    2. Ibu bangun awal pada setiap pagi kerana ________ hendak menyiapkan sarapan untuk kami sekeluarga.

    A. beta B. kami

    C. kamu D. dia

    3. Pemandu itu tidak dapat mengawal kereta ________ lalu merempuh sebatang tiang lampu.

    A. –nya B. beliau

    C. mereka D. kamu

    4. “ __________ harus berhati-hati sewaktu berada di negara orang,” pesan ayah kepada abang.

    A. Anda B. Dia

    C. Kamu D. Patik

    5. “ Baiklah, ________ ampunkan segala kesalahan kamu,” titah sultan kepada salah seorang pengawalnya.

    A. kita B. beta

    C. awak D. saya

    6. “Cis, berani _______ berpaling tadah!” marah ketua kumpulan itu kepada anggotanya yang belot.

    A. engkau B. kami

    C. beliau D. baginda

    7. “Apakah yang ________ buat di dalam bilik ini?” tanya Encik Lim kepada dua orang pekerjanya.

    A. engkau B. patik

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 12Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mel

    ayu

    Edub

    est

  • C. aku D. kalian

    8. Mastura dan Liza pergi ke perpustakaan kerana ________ hendak membeli buku.

    A. –nya B. dia

    C. mereka D. awak

    9. Sempena hari keputeraan ________, Sultan Perak berkenan melawat Kampung Sri Manjung.

    A. baginda B. dia

    C. patik D. beliau

    10. “________ mesti melaporkan perkara ini kepada guru disiplin,” kata Rajan kepada kawan-kawannya.

    A. Anda B. Kita

    C. Mereka D. Beliau

    11. Encik Chong ialah seorang jurutera. ________ telah bekerja di syarikat itu selama tiga tahun.

    A. Saya B. Baginda

    C. Beliau D. Patik

    12. “ __________ sedia menjunjung segala titah perintah tuanku,” sembah Bendahara Tun Perak kepada Sultan

    Mansur.

    A. Beta B. Aku

    C. Saya D. Patik

    ( %)

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 13Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mel

    ayu

    Edub

    est

  • 2. Kata Ganti Nama Tunjuk

    Kata Ganti Nama Tunjuk

    Penunjuk Kata Nama Penunjuk

    Tempat/Arah

    Penunjuk

    Cara/Hal/Keadaan

    ini

    itu

    menunjukkan objek yang

    dekat

    Menunjukkan objek yang

    jauh

    sini

    situ

    sana

    menunjukkan tempat/arah

    yang dekat

    menunjukkan tempat/arah

    yang lebih

    jauh tetapi

    masih boleh

    dilihat

    menunjukkan tempat/arah

    yang jauh

    dan tidak

    dapat dilihat

    begini

    begitu

    menunjukkan perkara

    yang berlaku

    di depan

    orang yang

    bercakap

    menunjukkan perkara

    yang berlaku

    di tempat

    yang jauh

    daripada

    orang yang

    bercakap

    Latihan 2.1

    Isikan tempat kosong dengan kata ganti nama tunjuk yang sesuai.

    1. “Di ________________ lah saya jumpai rantai itu,” kata Fariha kepada ibunya sambil menunjuk ke tepi jalan.

    2. “Jangan bising di ________________ ,” kata ibu kepada adik ketika berada di kedai buku.

    3. “Tolong perlahankan radio __________________ adik hendak tidur,” kata Kak Anis.

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 14Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mel

    ayu

    Edub

    est

  • 4. “Kasut _________________ berharga lima puluh ringgit,” kata kakak sambil memegang kasutnya.

    5. Amran dan Rajan hendak pergi ke bandar. Mereka akan tiba di _______________ dalam masa sejam.

    6. “_________________ lah nasib saya setelah kematian ibu bapa,” kata rosnah kepada Sarah.

    7. “Bukan ________________ caranya untuk menggubah bunga-bunga itu,” kata ibu kepada Kak Nita.

    8. Kamu ambillah buku ________________ tetapi mesti pulangkan kepada saya sebelum pukul lima.

    9. “Budak itu duduk di _________________ sejak tadi,” beritahu Ganesh kepada kawannya.

    10. Jangan alihkan buku-buku _________________ dari tempat asalnya.

    ( %)

    Latihan 2.2

    Garis dan betulkan kata ganti nama tunjuk yang bergaris di bawah. (KBAT)

    1. Rumah situ terpaksa dirobohkan kerana dibina di atas tanah kerajaan.

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 15Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mel

    ayu

    Edub

    est

  • 2. “Kita bertolak ke itu menaiki feri,” kata Encik Tahar kepada ahli keluarganya.

    3. Kamu tidak boleh duduk di ini kerana kawasan ini ialah kawasan larangan.

    4. Baju yang berwarna merah sana adalah kepunyaan Mei Chuan.

    5. Pada hari sini, negara kita mempunyai ramai tenaga pakar dalam bidang sains dan teknologi.

    6. “Di itulah kejadian itu berlaku,” kata Azam sambil menunjuk ke satu arah.

    7. Sebaik sahaja mengetahui datuk sakit tenat di kampung, kami sekeluarga bergegas ke sini.

    8. “Apabila sudah tiba di sana, janganlah lupakan kami di situ,” kata Lidya kepada kakaknya.

    ( %)

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 16Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mel

    ayu

    Edub

    est

  • D. Pertuturan

    Pemahaman

    KAKTUS

    Pernahkah kamu melihat kaktus? Kaktus amat berlainan daripada

    tumbuhan lain. Kaktus mempunyai bentuk yang ganjil tidak berdaun dan

    dipenuhi duri. Pokok ini tumbuh di kawasan gurun yang kering-kontang

    dan hampir gurun.

    Terdapat kira-kira 1500 jenis kaktus di seluruh dunia.

    Sesetengah kaktus mengeluarkan bunga yang besar dan berwarna-

    warni, iaitu merah dan kuning. Bentuk kaktus juga terdiri daripada

    pelbagai rupa. Antaranya, seperti batang paip, tong,

    topi yang aneh, lampu suluh, ulat dan lain-lain. Pokok in juga boleh

    membesar sehingga 12 hingga 15 meter tinggi.

    Kaktus menyimpan air dalam batangnya yang berongga don

    lembut. Akarnya yang tumbuh di permukaan bumi berfungsi untuk

    menyedut air. Oleh itu, kaktus mengeluarkan duri atau bulu untuk

    mengelakkan air keluar. Selain itu, duri dan bulu ini menjadi pelindung

    daripada binatang yang menggigit batangnya untuk mendapatkan air.

    Kini, kaktus bukan sahaja ditanam sebagai penghias halaman rumah

    malah turut dijadikan ubat, minuman sejuk dan jem.

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 17Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mel

    ayu

    Edub

    est

  • 1. Apakah itu kaktus ?

    2. Apakah bentuk kaktus ?

    3. mengapakah kaktus menyimpan air yang banyak dalam batangnya ?

    4. Apakah tujuan binatang datang untuk menggigit kaktus ?

    E. Penulisan

    Karangan Jenis Cerita/Cereka

    (Menyudahkan Cerita)

    Panduan Mengarang

    1. Karangan jenis ini mengisahkan pengalaman seseorang atau cerita rekaan (cereka)

    2. Peristiwa yang ditulis dalam cerita seboleh-bolehnya sesuatu yang logik, iaitu yang berkemungkinan besar berlaku dalam

    kehidupan kita.

    3. Anda boleh melibatkan diri anda atau menamakan watak dalam cerita.

    4. Cerita hendaklah ditulis dalam urutan peristiwa yang mempunyai permulaan, kemuncak dan penutup.

    5. Sebagai kesimpulan, masukkan unsur moral atau nilai-nilai murni yang berkaitan.

    Karangan Contoh:

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 18Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mel

    ayu

    Edub

    est

  • Malam itu, hujan turun dengan lebatnya. Ayah dan ibu tiada di

    rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan kawan. Aku

    berseorangan di rumah.

    Tiba-tiba, pintu rumahku diketuk orang. Aku terkejut. Aku

    berjalan ke pintu lalu menanya siapa orang itu. Aku mendengar

    suara seorang pemuda yang mengatakan ibu bapaku dilanggar

    kereta. Aku pun membuka pintu dengan segera.

    Pemuda itu masuk dengan cepat sebaik sahaja pintu dibuka. Dia

    mengeluarkan pisau dan memaksa aku menunjukkan bilik ibu dan

    ayah. Dia menggeledah almari dan meja tulis ayah. Dia berjaya

    menjumpai dua utas rantai dan wang tunai tiga ratus ringgit.

    Selepas itu, dia meninggalkan rumah kami.

    Aku hampir menangis kerana takut. Namun, aku masih boleh

    menelefon jiranku, Encik John. Encik John menelefon polis untukku.

    Ketika itu, ayah dan ibu pulang. Aku menangis dengan kuat. Mereka

    memeluk aku dan menenangkan hatiku selepas mengetahui kejadian

    itu.

    Peristiwa ini memberi satu pengajaran kepadaku. Sejak itu, aku

    tidak mempercayai orang yang tidak aku kenali dengan mudah lagi.

    Latihan :

    1. Lengkapkan cerita berikut dengan permulaan cerita yang diberi. Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah

    perkataan.

    Cuaca hari itu panas sekali. Aku sedang melintasi jalan dengan

    sebuah jejantas.

    Tiba-tiba...

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 19Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mel

    ayu

    Edub

    est

  • (Mulakan karangan anda dengan “Tiba-tiba”)

    Rangka Karangan/Peta Minda

    2 . Akhiri karangan anda dengan penutup berikut :

    Ibu menasihati aku sekali lagi supaya berhati-hati semasa

    bermain dengan adik. Aku menyesal kerana tidak mendengar nasihat

    ibu sebelum ini. Aku berharap kejadian sebegini tidak berulang lagi.

    (Sila rangka kanrangan anda seperti yang diberikan dalam soalan 1)

    Permulaan – sudah diberi

    Perkembangan 2

    -

    -

    -

    -

    Perkembangan 1

    -

    -

    -

    -

    kemuncak

    -

    -

    -

    -

    -

    Penurunan

    -

    -

    -

    -

    Pernutup

    -

    -

    -

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 20Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mel

    ayu

    Edub

    est

  • Pintar Kata

    (Perkataan Banyak Makna)

    1. anggota

    a. bahagian tubuh b. ahli

    2. angkat

    a. menaikkan sesuatu

    b. menjadikan seseorang

    sebagai anak

    sendiri

    3. asli

    a. asal / orang tempatan

    b. tulen 4. baik

    a. bagus/elok b. sembuh c. berfaedah d. rapat

    5. bulan

    a. kalendar b. cakerawala

    6. bunga

    a. bahagian tumbuhan

    b. faedah bank

    Rampaian Bahasa

    Simpulan Bahasa

    1. Ada angin – Perangai yang berubah-ubah

    dalam masa yang

    singkat

    2. Bahasa pasar – Bahasa percakapan hari-hari

    yang tidak betul

    tatabahasanya

    3. Cahaya mata- Anak 4. Dalam tangan –

    Sesuatu yang sudah

    tentu akan diperoleh

    5. Gaji buta – Mendapat gaji tanpa kerja

    6. Hancur hati – Terlalu sedih ; kecewa

    7. Ikat perut – menahan lapar kerana hendak

    berjimat untuk sesuatu

    tujuan

    8. Jadi abu – Kalah , kecundang atau habis

    binasa

    9. Kacang hantu – Orang yang jahat dan suka

    mengganggu orang lain

    10. Langkah kanan - Bernasib baik

    Program Bahasa Melayu Edubest SR2B01 21Pr

    ogra

    m B

    ahas

    a Mel

    ayu

    Edub

    est

  • Pelan Lokasi

    @ Pusat Tuisyen Didikan Genius

    No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650

    http://www.edubest.com.my