39
BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 1 Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, Objektif dan Organisasi Kandungan 1.1 Sipnosis Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, Objektif dan Organisasi Kandungan nya. Dalam unit ini , pelajar akan dipandu untuk memahami bagaimana Falsafah Pendidikan Negara mempunyai perkaitan dan dimanifestasikan dalam objektif dan sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Objektif Sukatan Pelajaran Bhasa Melayu juga akan dibincangkan melibatkan empat kemahiran utama iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dalam aspek organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, aspek kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa dan juga pengisian kurikulum juga akan dibincangkan. 1.2 Hasil Pembelajaran i. Menghuraikan dan menjelaskan falsafah, objektif dan organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. ii. Menganalisis dan menghuraikan objektif sukatan pelajaran yang meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. iii. Menganalisis dan menghuraikan organisasi kandungan iaitu kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa dan pengisian kurikulum.

Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

  • Upload
    vannhu

  • View
    280

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1

Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, Objektif dan Organisasi Kandungan

1.1 Sipnosis Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, Objektif dan Organisasi Kandungan nya. Dalam unit

ini , pelajar akan dipandu untuk memahami bagaimana Falsafah Pendidikan Negara

mempunyai perkaitan dan dimanifestasikan dalam objektif dan sukatan pelajaran Bahasa

Melayu sekolah rendah. Objektif Sukatan Pelajaran Bhasa Melayu juga akan dibincangkan

melibatkan empat kemahiran utama iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan

menulis. Dalam aspek organisasi kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah

Rendah, aspek kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa dan juga pengisian

kurikulum juga akan dibincangkan.

1.2 Hasil Pembelajaran

i. Menghuraikan dan menjelaskan falsafah, objektif dan organisasi kandungan

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

ii. Menganalisis dan menghuraikan objektif sukatan pelajaran yang meliputi

kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

iii. Menganalisis dan menghuraikan organisasi kandungan iaitu kemahiran

bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa dan pengisian kurikulum.

Page 2: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2

1.3 Kerangka Konsep Tajuk 1

1.3.1 Falsafah Pendidikan Negara Apakah yang dimaksudkan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan?

Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia

yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

Perkaitan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

dengan Matlamat dan Objektif Sukatan

Pembelajaran

Objektif:- Mendengar Bertutur Membaca Menulis

Organisasi Kandungan:- Kemahiran bahasa Hasil pembelajaran Sistem bahasa Pengisian kurikulum

Page 3: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

3

Aktiviti 1 - Perbincangan

Apakah yang dimaksudkan dengan “ insan yang seimbang dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani?

Bagaimanakah aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani diaplikasikan

dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah?

1.3.2 Sukatan Pelajaran

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada

kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca

dan kemahiran menulis. Kemahiran ini membolehkan murid menggunakan bahasa

Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk

pembelajaran seumur hidup. Sukatan pelajaran ini memberikan pertimbangan

kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam

kalangan murid. Sukatan

pelajaran ini juga memberikan gambaran yang menyeluruh tentang kurikulum

Bahasa Melayu.

1.3.3 Matlamat

Matlamat kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR yang diajarkan

kepada muird-murid adalah untuk melengkapkan mereka dengan keterampilan

berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu,

berinteraksi dan mengendalikan urusan harian.

Aktiviti 2

Bentuk kumpulan dan bentangkan kepada kelas bagaiamana matlamat

keterampilan berbahasa dan berkomunikasi boleh dibentuk dalam kalangan

pelajar. Tugasan anda boleh dibincangkan dalam kumpulan serta pensyarah

anda dan dibentangkan di hadapan kelas.

Selamat berbincang !

Page 4: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

4

1.3.4 Objektif

Apakah unsur-unsur FPK yang mempunyai perkaitan dengan Sukatan Pelajaran Bahasa

Melayu sekolah rendah ?

Bagaimanakah Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai perkaitan dengan objektif

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah?

Telitilah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu berikut:-

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu KBSR, murid-murid anda

sepatutnya dapat:-

i. Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati

pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal

ii. Bertutur dan menyebut perkataan secara petah serta berintonasi dalam

pelbagai situasi.

iii. Berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah,

mencapai persetujuan dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara

iv. Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan

dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai serta berkesan untuk

memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis

v. Memupuk minat membaca satu amalan kea rah membina budaya

pembelajaran berterusan

vi. Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis dan

penghayan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca dan menulis.

vii. Mengenali dan menghasilkan pelbagai penulisan jenis kreatif dan berunsur

pengetahuan, menggunakan kemahiran menulis yang sesuai dan betul;

viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan

sebutan yang betul dalam aktiviti kemahiran mendengar, bertutur, membaca,

dan menulis;

ix. Menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya

berunsur ilmu; dan

x. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme,

dan perasaan cinta akan negara.

Page 5: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

5

1.3.5 Organisasi Kandungan

Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang digubal berfokuskan hasil pembelajaran

ini, adalah berteraskan kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, dan

kemahiran menulis. Hasil pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam sistem

bahasa dan disokong oleh elemen pengisian kurikulum.

1.3.1 Kemahiran Bahasa

Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan

menulis. Kemahiran bahasa juga merupakan teras penguasaan bahasa baku.

1.3.2 Hasil Pembelajaran

Hasil Pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum

Bahasa Melayu bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran Bahasa

Hasil Organisasi Kandungan

Sistem Bahasa

Pengisian Kurikulum

Page 6: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

6

HASIL PEMBELAJARAN

Ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu

Petunjuk tentang kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid

Membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran

Dapat dicapai dengan menggabungjalinkan kemahiran bahasa, sistem bahasa, dan

pengisian kurikulum

Membantu guru membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid

1.3.3 Sistem Bahasa

Sistem bahasa merujuk Bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan,

sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa.

1.4.2 Konsep Hasil Pembelajaran

Membantu guru membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid

Ditafsirkan daripada objektif kurikulum Bahasa Melayu

Dapat dicapai dengan mengabungjalinkan Kemahiran Bahasa, Sistem Bahasa, dan

Pengisian Kurikulum

Membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber, dan prosedur pengajaran

Petunjuk tentang kemahiran yang perlu dikuasai murid

Tatabahasa Morfologi Sintaksis

Kosa Kata Umum Istilah

Peribahasa Bahasa Kiasan Simpulan Bahasa Perumpamaan Pepatah Perbilangan

Sistem Ejaan Pola keselarasan vokal Ejaan kata pinjaman Ejaan kata dasar dan

kata pinjaman

Sebutan Bahasa

Melayu Baku

Intonasi mengikut pola Jenis ayat Susunan ayat Ragam ayat

SISTEM BAHASA

Page 7: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

7

Aktiviti 3

1. Huraikan perkaitan FPN dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah

rendah.

2. Sediakan satu RPH P&P Bahasa Melayu Tahun 4 yang mengaplikasikan

konsep FPN.

Arahan

Soalan 1 dibincangkan bersama rakan anda dalam kumpulan dan

dibentangkan.

Soalan 2 dijawab dalam bentuk esei dan diserahkan kepada pensyarah

anda untuk dinilai.

Page 8: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

8

Tajuk 2

Konsep Penggabungjalinan , Penyerapan dan Konsep 5P

2.1. Sipnosis.

Tajuk ini membincangkan konsep dan jenis penggabungjalinan dan menjelaskan

konsep serta bentuk penyerapan yang perlu dijalankan semasa pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu dalam kelas KBSR.

2.2. Hasil pembelajaran.

i. Melaksanakan aktiviti gabungjalin dalam pengajaran Bahasa Melayu.

ii. Melaksanakan aktiviti penyerapan pelbagai unsur dalam pengajaran Bahasa

Melayu.

PENGGABUNG- JALINAN DAN PENYERAPAN

TUJUAN PENGGABUNG-JALINAN

PRINSIP G/JALIN

BENTUK AKTIVITI

KONSEP

PENYERAPAN TUJUAN CONTOH

AKTIVITI

LATIHAN PEMANTAPAN

Page 9: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

9

2.3 KONSEP 5P Apakah yang dimaksudkan dengan konsep 5P?. Konsep ini merupakan strategi

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. Konsep 5P

juga merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan

pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak secara berasingan.Konsep 5P

menekankan penggabungjalinan , penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan.

Rajah : Konsep 5P 2.4. Penggabungjalinan Apakah yang anda faham tentang penggabungjalinan? Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan

supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai

urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk

menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling

melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih

berkesan.

2.4.1. Tujuan strategi penggabungjalinan seperti yang berikut:

a. Kemahiran dapat dikuasai secara serentak.

b. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan.

c. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.

d. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.

5P

Penggabungjalinan

Penyerapan

Pengayaan Pemulihan

Penilaian

Page 10: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

10

2.4.2. Prinsip-prinsip penggabungjalinan

Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.

Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan.

Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik.

Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar.

2.4.3. Bentuk-bentuk penggabungjalinan Ada 3 bentuk penggabungjalinan : 1. Penggabungjalinan kemahiran

2. Penggabungjalinan bahan

3. Penggabungjalinan aktiviti

i. Penggabungjalinan Kemahiran

Rajah 1: Penggabungjalinan Kemahiran Berbahasa dalam Satu Mata Pelajaran

Rajah 2: Penggabungjalinan Kemahiran Lebih daripada Satu Mata Pelajaran

K1

K2 K3

K1

K2 K4

BM K3

K1-Kemahiran Mendengar K2-Kemahiraan Bertutur K3-Kemahiran Membaca K4-Kemahiran Menulis BM-Bahasa Melayu

K1-Kemahiran Bahasa K2-Kemahiran Muzik K3-Kemahiran Seni BM-Bahasa Melayu

Page 11: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

11

ii. Penggabungjalinan Aktiviti

Anda boleh mengabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut

keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek lisan, bacaan dan

kefahaman, dan tulisan.

Aktiviti

Lisan

Bacaan dan Kefahaman Tulisan

Berbual Berbincang Bertemu ramah Berbahas Berceramah Bercerita Berlakon

Memaham Mengesan isi penting Meringkas Membuat ayat Memberi makna Menghurai ungkapan

Esei Laporan Ulasan Ucapan Arahan Iklan Mencatat isi

Rajah 3: Penggabungjalinan Aktiviti

Untuk melaksanakan penggabungjalinan, anda perlu merancangkannya dengan

aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik.

Contoh:

a. Berceramah → mencatat isi

b. Bercerita → berbincang → menulis karangan

c. Membaca → mengesan isi → mengulas → menulis ulasan

iii. Penggabungjalinan Bahan

Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan

pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan.

Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan,

Page 12: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

12

pengalaman, dan tahap pencapaian murid. Antara bahan yang boleh digabungjalinkan itu

adalah seperti yang berikut:

Bahan

Bahan utama

(Petikan) Bahan sokongan

(Bahan rangsangan) Bahan lisan (Rakaman)

Rencana Laporan Berita Ucapan Komentar Pengumuman Ulasan Iklan

Gambar Data Rajah Graf Carta

Ucapan Ulasan Komentar Laporan Temu bual Pengumuman Wawancara

Rajah 4: Penggabungjalinan Bahan

Anda boleh menggabungjalinkan bahan-bahan ini mengikut keperluan masa yang

diperuntukkan di samping mempunyai pertalian dan urutan yang baik.

Lihat contoh yang berikut:

1. Berita → ulasan

2. Iklan → surat permohonan → temu duga → surat jawapan.

2.4.4. Contoh penggabungjalinan dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Melayu

Tajuk pelajaran : Jasa Ibu Langkah 1 : Murid membaca sajak bertajuk “jasa ibu”.(kemahiran membaca)

Langkah II : Murid bercerita tentang jasa ibu mereka.(kemahiran lisan)

Langkah III : Murid berbincang dalam kumpulan tentang bagaiman membalas

Jasa ibu dan membuat pembentangan.(kemahiran lisan)

Langkah IV : Murid menulis ayat-ayat tentang keistimewaan ibu

mereka ( kemahiran menulis)

Langkah V : Murid mencipta kad Hari Lahir ibu dan mewarnakannya..

(kemahiran Seni Visual)

Page 13: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

13

Penutup : Murid menyanyi lagu ibu dan melakukan pergerakan.

(kemahian muzik)

2.5. Penyerapan Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau

unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu

mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai, dan

kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa

depan boleh diserapkan.

Dalam program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek utama iaitu aspek

pembelajaran dan aspek komunikasi.

2.5.1 Tujuan Penyerapan.

Aspek ini boleh membantu murid untuk :

a. Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan

peraturan melalui aktiviti yang dijalankan;

b. Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan;

c. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati;

d. Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu;

e. Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif; dan

f. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati.

g. Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan

perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi,

dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks;

h. Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk

perkembangan diri; dan

i. Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh

rakan sebaya dan masyarakat.

Page 14: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

14

2.5.2. Unsur Penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Terdapat 5 unsur penyerapan iaitu :

i. Ilmu Pengetahuan.

Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti

Agama Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian

Tempatan, Muzik, Sains, dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang

digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata pelajaran untuk mata

pelajaran lain.

Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair, dan sajak.

Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri.

Hal ehwal budaya, warisan, dan kemasyarakatan.

ii. Nilai murni.

Nilai murni boleh diterapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan

secara terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai

murni ialah melalui aktiviti secara individu, berkumpulan, atau kelas.

Kadangkala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara

terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini

boleh dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja

kumpulan dan kerja projek.

Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat melahirkan insan yang baik , berakhlak mulia

, berhemah tinggi, berperibadi mulia dan prihatin serta memahami antara satu dengan

lain.

iv. Kewarganegaraan

Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Bahasa Melayu mengutamakan

pemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia. Aktiviti ini bertujuan

untuk melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu

terhadap bangsa dan negara.

Page 15: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

15

v. Peraturan sosio-budaya.

Peraturan sosio-budaya dalam pendidikan Bahasa Melayu meliputi kesantunan

bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam nasyarakat

Malaysia.Peraturan sisio-budaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian

masyarakat Malaysia.

vi. Kemahiran Bernilaian Tambah.

Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran bahasa bagi membolehkan

pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran itu dapat dunia sebenar pelajar. Antara

kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran berfikir,

kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian

masa depan dan kecerdasan pelbagai.

2.6. Contoh aktiviti penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Subjek : Bahasa Melayu

Tahun : 4

Tema: Keluargaku Sayang

Tajuk: Keluarga Bahagia

Kemahiran: 8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam

sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.

Contoh aktiviti :

Menulis ayat tunggal

Menulis ayat majmuk

Melukis gambar aktiviti keluarga ( Pendidikan Seni)

Menyenaraikan sifat-sifat anak yang baik ( Agama Islam / Moral)

Page 16: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

16

2.6.1 Aktiviti

Bincangkan bersama rakan-rakan anda bagaimanakah proses pengaplikasian

aktiviti penggabungjalinan dan penyerapan boleh membantu proses pembelajaran

pelajar secara menyeluruh.

Bentangkan dan bincangkan hasil dapatan anda.

Page 17: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

17

Tajuk 3

Konsep Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian

(5P)

3.1 Sinopsis

Tajuk ini akan menghuraikan konsep Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian yang terdapat

dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu . Tiga konsep ini yang merupakan sebahagian

daripada komponen Konsep 5P akan diterangkan secara khusus dan dikaitkan dengan

aktiviti-aktiviti sebagai contoh untuk menunjukkan bagaimana konsep ini diaplikasikan

dalam P&P. Perbincangan, aktiviti dan latihan disediakan untuk memantapkan

pemahaman anda mengenai tajuk ini.

3.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, para pelajar akan dapat:-

i. Menghuraikan konsep pengayaan, pemulihan dan penilaian dan hubungannya

dengan P&P Bahasa Melayu.

ii. Menghasilkan RPH yang menunjukkan konsep berkenaan dalam P&P.

3.4 Kerangka Konsep

3.3 Takrifan Pengayaan

.

Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian

TTaakkrriiffaann ddaann hhuurraaiiaann kkoonnsseepp

Aktiviti-aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Page 18: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

18

Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk

memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari,

daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk semua murid

sama ada kumpulan cerdas, sederhana, atau lemah. Aktiviti pengayaan berlainan

daripada aktiviti pembelajaran kemahiran asas. Aktiviti ini diberikan kepada murid selepas

mereka berjaya menguasai kemahiran asas tertentu. Murid menggunakan kemahiran yang

telah dikuasai untuk menjalankan aktiviti pengayaan. Aktiviti pengayaan akan meluaskan

pengalaman dan pengetahuan murid sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam

bidang tertentu.

Secara berpasangan, bincangkan kepentingan aktiviti pengayaan dalam suatu sesi pengajaran dan pembelajaran ?

3.4 Objektif Pengayaan Di bawah ini, dicatatkan beberapa objektif pengayaan. Selepas membacanya, cuba

bincangkan dengan rakan anda:

a. Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk

memperluas pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran tertentu;

b. Melakukan kegiatan pembelajaran yang menarik dan mencabar kebolehan mereka;

c. Melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan kegiatan serta kebolehan untuk menilai

sesuatu hasil kerja sendiri;

d. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai

bahan dan sumber pengetahuan;

e. Berminat untuk belajar sendiri dan berdikari untuk membolehkan mereka meneruskan

pembelajaran seumur hidup.

3.5 Aktiviti Pengayaan

Sebagai guru, anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti

pengayaan. Antaranya adalah seperti yang berikut:

Page 19: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

19

a. Menggunakan daya usaha sendiri;

b. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri;

c. Memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental;

d. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah

e. Melibatkan pembacaan luas; dan

f. Memberikan peluang bagi mengembangkan sifat kepimpinan sosial.

Program pengayaan boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti, termasuklah:

Pembelajaran akses kendiri;

Kerja projek;

Bacaan tambahan;

Permainan dan rekreasi; dan

Pembelajaran berbantukan komputer.

3.6 Takrifan Pemulihan

Dalam konteks ini pemulihan dihubungkan dengan kanak-kanak yang menghadapi

kesulitan pembelajaran. Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru

lakukan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam

menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. (3M) Sebaik sahaja masalah

pembelajaran dikesan dan dikenal pasti, program ini akan dilaksanakan. Murid-murid

dalam kategori pemulihan perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikut kadar

kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka

dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.

3.7 Objektif program pemulihan Antara objektif strategi pemulihan ini adalah untuk membolehkan murid:

a) Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti yang sesuai dengan

mereka;

b) Mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan

dan perkembangan mental individu;

c) Mengurangkan masalah yang dihadapi melalui bantuan guru;

Page 20: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

20

d) Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke taraf yang lebih

maju;

e) Mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri dalam aktiviti sosial sama

ada di dalam atau di luar bilik darjah;

f) Membina, memperoleh, dan mengembangkan sikap percayakan diri sendiri dan

berdikari;

g) Dapat meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa yang

bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Secara berpasangan, bincangkan kepentingan aktiviti pemulihan dalam suatu sesi pengajaran dan pembelajaran ?

3.8 Takrifan Penilaian Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating,

obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.

Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian merupakan suatu proses

mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang

seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

Sebagai rumusannya, penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik untuk

memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu KBSR, penilaian merupakan satu

proses untuk menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan mengenai kebolehan atau

kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif P&P.

Page 21: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

21

.

Rajah 1: Konsep Pengayaan, Pemulihan dan Penilaian 3.9 Jenis-jenis Penilaian Tahukah anda?

Nota Ringkas:-

i. Ujian Formatif

ii. Ujian Sumatif

i. Perbezaan ujian formatif dan sumatif

PENILAIAN

PEMULIHAN PENGAYAAN

PENILAIAN

Terdapat dua jenis ujian, iaitu ujian formatif dan ujian sumatif. Perbezaan antara

kedua-dua jenis ujian tersebut pada asasnya berdasarkan skop kemahiran,

jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji

Page 22: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

22

Ujian formatif Perbezaan Ujian sumatif

1. Maklum balas kepada pelajar dan guru: kemajuan dan kelemahan.

Fungsi

1. Pensijilan atau penggredan

2. Sepanjang pengajaran

Masa

2. Pada akhir unit/kursus

3. Kognitif, psikomotor dan afektif

Penekanan

3.Kognitif

4. Terhad kepada tugasan

Sifat

4. Beraneka jenis

5. Berubah-ubah

Kesukaran

5. Senang – sukar

6. Dibentuk khas

Alat

6. Peperiksaan akhir tahun

7. Rujukan kriteria

Jenis ujian

7.Rujukan norma

3.10 Aktiviti Penilaian Bahasa

Bagaimanakah anda hendak menilai kemahiran bahasa dalam P&P anda? Berikut

merupakan contoh-contoh aktiviti yang boleh anda lakukan;

3.11 Porfolio

Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti

pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis

portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan

lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang

menyeluruh.

i. Jenis-jenis portfolio yang boleh dibina.

Portfolio Kerja Harian

Portfolio Hasil Terbaik

Portfolio Dokumen

ii. Bagaimana menilai portfolio?

Page 23: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

23

Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada

perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.

Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran

perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir.

Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima

tahap perkembangan, seperti di bawah ini.

E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan

J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru

A 3 Membentuk suku kata

A 2 Menyebut bunyi huruf

N 1 Permulaan mengenal huruf

Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal

dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap

pencapaian pelajar.

Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih

lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar

lain sahaja.

3.12 Penilaian Melalui Pemerhatian.

i. Pelaksanaan Proses Pemerhatian

Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian. Antaranya ialah:

Kualiti Pemerhatian

Bentuk Perancangan

Jenis-jenis Pemerhatian

Page 24: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

24

3.13 Aktiviti 1

1. Bincangkan bersama kumpulan anda bagaimana aktiviti pengayaan, pemulihan dan

penilaian digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah

rendah.

2. Anda juga dikehendaki membuat penilaian murid dalam kelas anda berdasarkan

penilaian portfolio. Sediakan laporan ringkas tentang kelebihan dan kelemahan

kaedah penilaian tersebut.

Page 25: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

25

Tajuk 4 Kemahiran Bernilai Tambah:

Konstruktivisme dan Kontekstual

4.1 Sinopsis

Tajuk ini akan membincangkan aspek konstruktivisme dan kontekstual dalam Kemahiran

Bernilai Tambah .KBT mengutamakan pengalaman di dalam bilik darjah sesuai dengan

situasi kehidupan sebenar murid serta senario dunia global. Sehubungan dengan itu,

kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar memenuhi keperluan

semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran bernilai tambah yang akan

dibincangkan dalam tajuk akan memberikan tumpuan khusus kepada sspek Kemahiran

Konstruktivisme dan Kontekstual dalam P&P Bahasa Melayu sekolah rendah.

4.2 Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, para pelajar akan dapat:-

i. Menghuraikan aspek-aspek dalam P&P yang boleh dikaitkan dengan Kemahiran

Konstruktivisme dan Kemahiran Kontekstual.

ii. Mengaplikasikan Kemahiran Konstruktivisme dan Kemahiran Kontekstual dalam

P&P.

Page 26: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

26

Rajah 1: Kerangka tajuk KBT : Kemahiran Konstruktivisme dan Kemahiran Konstekstual

4.3 Takrifan Konstruktivisme

Konstruktivisme merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan

penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat

setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan

daripada orang lain (Mc Brien & Brandt, 1997).

Selain itu Briner,M, 1999 juga menyatakan murid membina pengetahuan mereka dengan

menguji idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,

mengaplikasikannya kepada situsai baru dengan mengintegrasikan pengetahuan baru

yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.

Rumusannya, konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid-murid membina sendiri

pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia

ada. Dalam proses ini, muird akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan

pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

KONSEP KONSTEKS-

TUAL

CONTOH AKTIVITI

P&P

KONSEP KONSTRUK-

TIVISME

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

Page 27: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

27

4.4 Contoh aktiviti dalam P&P Bahasa Melayu

i. Objektif : Membina hukum yang menghubungkan kata dasar yang bermula dengan

huruf “T” dengan imbuhan “me”

ii. Tajuk : Tatabahasa- Imbuhan Kata Kerja ( Awalan “me-“ untuk kata dasar yang

bermula dengan huruf “t”.

iii. Tahun 6

iv. BBM : Kad gambar

v. Pengetahuan sedia ada: Murid telah mengetahui yang kata terbitan terdiri daripada

imbuhan dan kata dasar.

vi. Aktiviti:

Murid ditunjukkan gambar orang sedang menulis, menendang bola,

menumbuk sambal, menarik lembu dan menonton televisyen.

Pelajar menulis ayat berkaitan dengan gambar dan menggarisi kata

kerja berimbuhan seperti menulis, menendang dan sebagainya.

Murid menentukan kata dasar bagi perkataan ini dan menyenaraikannya

dalam jadual.

Kata Terbitan Kata dasar

menulis

tulis

Murid diberikan kata dasar lain seperti tonjol, tangkap, tekan dan tiru. Kemudian

murid membentuk kata terbitan jika imbuhan “me-“ diletakkan pada awal kata

dasar ini.

Murid menerangkan mengapa mereka telah membentuk kata terbitan tadi.

Murid membaca ayat-ayat berikut:-

Salleh menangis apabila dimarahi gurunya.

Rosmah menambah gula ke dalam minumannya.

Sambil menyelam Roslan telah mentelan air.

Murid menyatakan sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan perkataan-

perkataan yang bergaris dan memberikan sebab.

Page 28: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

28

Murid merumus peraturan yang mereka gunakan apabila menghubungkan kata

dasar yang bermula dengan huruf “t” dengan imbuhan “me”

Murid mencadangkan kata dasar lain yang bermula dengan huruf “t” tetapi tidak

mengikuti hukum ini seperti mentafsir, menterjemah dan mentelaah.

4.5 Kemahiran Kontekstual

Pengajaran-pembelajaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan

pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan

situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara

pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga,

warga masyarakat dan pekerja.

Kaedah kontekstual merupakan kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu

sendiri, seharusnya mampu membawa pelajar ke matlamat pembelajaran isi dan konsep

yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi makna dalam kehidupan

seharian mereka.

Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu membuat hubungkait antara apa yang mereka

pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu dapat dimanfaatkan.Hal Ini berlaku oleh sebab

cara mereka memproses maklumat dan motivasi pelajar tidak tersentuh melalui kaedah

pengajaran yang lazim digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka

perlu memahami konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana

dan juga dalam menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani

kehidupan dan bekerja.

Bagaimana Kemahiran Kontekstual berlaku?

Berdasarkan kemahiran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar

memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga sesuatu

ilmu itu membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka

sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).

Page 29: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

29

Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari

maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa

seseorang itu. Hal Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan

kelihatan bermakna.

Cuba anda bincangkan faedahnya kepada pendidik?

Kemahiran kontekstual menggalakkan pendidik memilih dan membina persekitaran

pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman yang boleh

termasuk aspek sosial, fizikal dan psikologikal ke arah mencapai hasil pembelajaran yang

diinginkan. Dalam persekitaran sedemikian, pelajar menemui hubungan yang bermakna

antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam nyata.

4.6 Contoh Aktiviti Kemahiran Konstektual dalam P&P Bahasa Melayu

Subjek : Bahasa Melayu Tahun 4

Tema: Unit 12 Keajaiban Alam

Tajuk : Sirih dan Pegaga

Kemahiran: 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan

menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.

Aktiviti:-

Lawatan ke taman herba

Mengenal pasti pokok herba terutama sirih dan pegaga

Berbincang mengenai kegunaan herba berkenaan

Membina frasa , ayat dan esei ringkas mengenai herba berkenaan.

Aktiviti memproses herba/ daun pegaga untuk minuman kesihatan

Page 30: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

30

4.7 Latihan

5.7.1 Huraikan bagaimanakah kemahiran kontekstual digunakan untuk P&P karangan

Bahasa Melayu Tahun 4 yang bertajuk “ Pertanian” kepada pelajar-pelajar sekolah orang

asli di sebuah kawasan pedalaman.

5.5.2 Sediakan satu set aktiviti untuk P&P karangan Bahasa Melayu Tahun 6 yang

mengaplikasikan kemahiran kontekstual bagi tajuk-tajuk di bawah:-

Semangat patriotisme

Inginkan rujukan lanjut? Berikut ialah contoh laman web yang anda boleh gunakan.

http://www.scribd.com/doc/3951685/PENDEKATAN-KONTEKSTUAL-DALAM-

PEMBELAJARAN

Page 31: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

31

Tajuk 5

Kemahiran Bernilai Tambah : Kajian Masa Depan

5.1. Sinopsis.

Tajuk ini membantu guru memahami dan menggunakan Kajian Masa Depan di

dalam bilik darjah.

5.2. Hasil Pembelajaran.

i. Memahami konsep utama kajian masa depan.

ii. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran kajian masa

depan

iii. Mengaplikasikan kajian masa depan dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu.

Page 32: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

32

Rajah : KBT : Kajian Masa Depan

5.3 Konsep

Kajian masa depan merupakan satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid

agar lebih prihatin terhadap sesuatau perkara atau isu yang berlaku pada masa

lampau, masa kini dan masa depan. Hal Ini bermakna, murid akan membuat

ramalan, menjangka akibat, serta mengandaikan perubahan yang akan berlaku

supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum. Kajian masa depan juga akan

menyediakan generasi baru dengan bekalan ilmu untuk menghadapi cabaran,

dugaan dan perubahan. Pelajar boleh merancang masa depan sesuai dengan

hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif serta

bersifat dinamik yang boleh menerima serta menangani perubahan. Situasi masa

depan sukar diramal kerana perubahan sentiasa berlaku. Justeru, kita perlu tahu

bagaimana meramal dan menangani masa depan.

KONSEP-KONSEP KAJIAN MASA DEPAN & HURAIAN

AKTIVITI P&P

LATIHAN

TAKRIFAN KAJIAN MASA DEPAN

KEMAHIRAN

BERNILAI TAMBAH

Page 33: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

33

5.4. Proses Pengajaran Kajian Masa Depan.

i. Mengenal pasti isu-isu.

ii. Mengetahui dan mengamalkan kemahiran

ii. Meneroka pilihan dan strategi alternatif

iii. Memahami apa yang dibuat atau difikir boleh memberi pengaruh.

iv. Meningkat keupayaan diri.

v. Mengenal pasti dan menghasilkan inovasi dan citaan sosial.

vi. Memahami bahawa kita hidup di dunia untuk melakukan amalan yang baik.

vii. Menghubungkaitkan sistem nilai masyarakat Malaysia dalam usaha

menangani isu

5.5. Objektif Pengajaran Kajian Masa Depan.

i. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan

ii. Membina sikap dan nilai masa depan.

iii. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian nasa depan.

iv. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal nasa depan

v. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal

masa depan

vi. Menyemai semangat optimistik tentang masa depan.

vii. Menyemai keyakinan diri untuk menghadapi cabaran masa depan.

viii. Melatih untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

ix. Menentukan hala tuju

5.6. Kemahiran dan Aplikasi P&P Kajian Masa Depan.

Kemahiran khusus kajian masa depan

Penjelasan

Aplikasi P&P

Pemahaman

konsep kajian

masa depan

Masa lalu,masa kini dan masa depan

saling berkaitan antara satu sama lain.

Segala tindakan dan peristiwa semasa

ada kaitan dengan masa lalu. Masa

depan dibina oleh tindakan, keputusan

i. Membuat metafora masa

depan

ii. Membandingkan aspek

peredaran masa

iii. Membandingkan budaya

Page 34: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

34

dan peristiwa yang berlaku sekarang.

Proses mengenal pasti pilihan dengan

alternatif memerlukan pemahaman

tentang trend ekonomi, teknologi baru

dan perubahan sosial, persekitaran

setempat negara dan peringkat

antarabangsa.

yang kekal dan budaya

yang berubah

iv. Meninjau perhubungan

dan perkaitan antara masa

lalu,masa kini dan masa

depan,

Pengumpulan

maklumat

Pengumpulan dan analisis maklumat

membolehkan kita memahami data

masa lalu dan masa kini untuk

menentukan trend masa depan serta

membuat keputusan tentang sesuatu

perkara.

Maklumat akan dipilih,ditapis dan dinilai

untuk menghasilkan sesuatu yang

releven dan sesuai

i.Menyediakan dan

menyimpan fail

berdasarkan tema yang

dipilih.

ii. Folio kajian masa depan.

Maklumat terkini bagi isu-

isu yang berkaitan dengan

perkembangan sains dan

teknologi. Bahan diperoleh

daripada surat khabar,

majalah, CD, internet dan

pengkalan data.

Ramalan dan

analisis

Teknik ramalan dan analisis melibatkan

proses mengenal pasti kesan atau

akibat sesuatu perubahan berdasarkan

pengetahuan dan maklumat sedia ada.

Teknik ramalan dan analisis cuba

membuat bayangan dan andaian

tentang sesuatu perubahan atau

perkembangan teknologi

Mengambil kira implikasi perubahan

luaran sesuatu masalah, idea

baru,konflik yang mungkin timbul untuk

membuat pilihan dan mencari

penyelesaian.

i.Peta minda

ii. Roda masa depan.

iii. Garis masa

iv. Kitaran perubahan

v. Memberi pandangan

tentang sesuatu

pembaharuan dan

membuat pilihan berhubung

dengan penemuan baru.

vi. Menggunakan imaginasi

untuk menggambarkan

sesuatu keadaan masa

depan dan mengemukakan

pendekatan dan analisis

Page 35: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

35

untuk membina agenda alaf

baru.

Imaginasi dan

kreativiti

Pencetusan dan pencambahan idea

baru ini membantu kita ke arah

mengasilkan idea inovatif untuk

meneroka dan membina masa depan

Kemahiran imaginasi dan kreativiti yang

tidak ada had, bebas dan melangkaui

batasan pemikiran.

i. Berita masa depan

menggabungjalinkan

proses penaakulan dan

kreativiti dengan lebih

mementingkan kemahiran

asas

Main peranan dalam

pelbagai situasi.Guru

menyediakan murid dengan

konsep,pemahaman dan

senario masa depan.

ii.Lembaran tugasan-

menentukan isu dan

mengumpul item bahan

daripada

internet,majalah,surat

khabar.

iii. Jenaka,kartun dan

simbol melalui

lukisan,simbol dan tanda

tanpa perkataan bagi

menyampaikan idea dan

isu penting masa depan.

iv.Fantasi dan fiksyen

sains.

Melalui penulisan fantasi

dapat merangsang

pemikiran kreatif dan kritis

Strategi

mengatasi

cabaran

Remaja selalu menunjukkan sifat

prihatin dan kebimbangan tentang masa

depan

Strategi mengatasi cabaran membantu

i. Aktiviti persediaan

membolehkan murd berani

menyatakan pandangan.

ii. Memberi pandangan dan

Page 36: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

36

membina rasa optimis dan keyakinan

diri serta menangani masalah untuk

mengurangkan kebimbangan

Membantu seseorang memfokuskan

pandangan dan respon terhadap masa

depan.

Murid membina kemahiran berikut :

Mengemukakan idea den

perasaan.

Berkomunikasi

Isu,masalah dan peluang

Menyatakan kebimbangan

Menangani masalah

respon terhadap peristiwa,

perubahan dan

pembaharuan.

iii. Pandangan terhadap

masa depan

iv. Strategi mengatasi

cabaran.

Membina keyakinan diri

dan menyelesaikan

masalah yang dihadapi

Proses inovasi

sosial

Merupakan cara baru untuk

menyelesaikan masalah sosial atau

meningkatkan kualiti hidup.

Teknik ini untuk mengajar kemahiran

penyelesaian masalah.

Ketidakseimbangan kesan

pekembangan teknologi.

Dengan penggunaan teknik ini manusia

dapat meningkatkan kualiti hidup pada

masa hadapan.Teknik ini juga memberi

respon terhadap masalah utama dan

dilema dalam hidup.Teknik ini

membolehkan manusia menangani

masalah sosial sebelum masalah itu

menjadi satu krisis.

Penghijrahan ke bandar mewujudkan

proses inovasi sosial.Hal ini

menyebabkan manusia menggunakan

Menjalankan peringkat

dalam proses berdasarkan

peringkat berikut :

Menyoal untuk

menentukan

masalah

Sumbang saran

untuk penyelesaian

masalah

Menilai

kebolehlaksanaan

idea.

Merancang pelan

tindakan

Menjalankan proses

inovasi

Mengenal pasti contoh

inovasi sosial dalam

negara.

Aktiviti:

Mengenal pasti

Page 37: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

37

pelbagai inovasi dalam kehidupan bagi

menyelesaikan masalah tersebut,

contohnya inovasi sistem

pengangkutan, bangunan pencakar

langit dan proses pelupusan sampah.

proses inovasi

Melibatkan proses

inovasi

Membina

senario

Senario ialah satu gambaran dalaman

yang jelas tentang masa depan.

Membantu pelajar membina gambaran

jelas tentang situasi masa depan.

Senario ini boleh dibina dalam benuk

tulisan, cerita, lukisan atau pun puisi.

Senario juga boleh disampaikan dalam

bentuk bukan tulisan seperti

lukisan,rajah,graf,carta,carta pai,jadual

dan statistik

i. Cara membina senario

ii. Perbahasan kelebihan

dan kelemahan senario

dalam pelbagai situasi

Penjelasan

nilai dan masa

depan.

Penjelasan nilai dan masa depan

melibatkan murid mengkaji tanggung

jawab masyarakat dan sekolah tentang

hak dan keperluan generasi akan

datang.

Proses ini mengajar murid berfikir dan

mengamalkan nilai-nilai murni yang

boleh memandu tindakan atau pilihan

masa sekarang supaya meninggalkan

kesan positif pada generasi akan

datang.

Murid akan memllih nilai yang memberi

keyakinan kepada mereka untuk

memilih masa depan yang diingini

Aktiviti persediaan.

-Murid memahami

kedudukan diri dalam

keluarga dan menjalankan

nilai-nilai yang dihargai

dalam keluarga.

Ingatkan konsep perkara

yang kekal dan yang

berubah dalam kehidupan.

Membuat pilihan nilai

sebagai respon kepada

perubahan persekitaran

sosial dan fizikal.

Menyedari dunia bukan

sahaja milik kita tetapi juga

milik generasi akan datang.

Page 38: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

38

Bagi membolehkan murid berfikr

tentang nilai murni yang diamalkan

sekarang akan memberi kesan positif

kepada masyarakat akan datang.

Dimensi

Kemapanan

Bermaksud memberi

kesedaran,menghargai dan menilai

semula serta mengambil tindakan yang

sewajarnya dalam meneroka jalan ke-

arah mewujudkan negara maju dan

masyarakat yang mapan.Setiap pihak

perlu mengekalkan kesejahteraan hidup

Keupayaan kita mencorak dan

membentuk masa depan dunia dan

kesejahteraan hidp.Memberi kesedaran

supaya menghargai dan menilai semula

dan mengambil tindak sewajarnya

dalam meneroka hala tuju supaya

dihargai oleh genarasi sekarang dan

akan datang.

Nikmat alam

Memelihara dan memahami

persekitaran.

ii. Menjana sumber

kehidupan

iii. Pemilihan had

perkembangan

Menentukan penggunaan

sumber alam untuk

mengurangkan pembaziran

supaya tidak pupus.

iv. Mengekalkan keamanan

dunia.

Mencari langkah dan

tanggungjawab

mengekalkan keamanan

5.7. Pengajaran dan pembelajaran kajian masa depan. Pengajaran dan pembelajaran penyerapan unsur kajian masa depan dijalan melalui 3 cara :

i. Menggunakan matrik sepenuhnya.

ii. Menyisipkan kajian masa depan dalam pengajaran.

iii. Mengunakan unsur-unsur kajian masa depan sebagai set induksi dalam

pengajaran dan pembelajaran.

5.7.1. Perancangan pengajaran berasaskan kajian masa depan

i. Pilih isu atau tema yang releven.

ii. Menyediakan satu perancangan yang strategik

iv. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid

Page 39: Tajuk 1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat, · PDF fileMelayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ... Tugasan anda boleh dibincangkan dalam ... Pendidikan

BBM 3101 PENGAJIAN SUKATAN PELAJARAN

BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

39

v. Boleh diaplikasikan sebagai projek kerja ko-kurikulum

vi. Peranan guru sebagai fasilitator.

Aktiviti 1.

1. Senaraikan satu set aktiviti berasaskan KBT: Kajian Masa Depan mengenai tajuk “ Keburukan Merokok” untuk Bahasa Melayu Tahun 6.

Tahniah !

Anda telah berjaya menamatkan Modul Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Sekolah Rendah dengan jayanya. Untuk memastikan anda benar-benar menguasai modul

ini, berikut disediakan 2 soalan untuk anda jawab.

1. Apakah yang anda faham mengenai maksud sukatan pelajaran dan

huraian sukatan pelajaran?

2. Pilih salah satu tajuk daripada modul ini dan buat satu esei mengenai

tajuk berkenaan. Huraian anda dalam esei berkenaan hendaklah

dikaitkan dengan proses P&P Bahasa Melayu di sekolah rendah.

Arahan:-

Soalan 1 hendaklah dibincangkan bersama pensyarah / tutor anda.

Soalan 2 hendaklah dijawab secara bertaip dan diserahkan kepada pensyarah/tutor

anda.

________________________________MODUL TAMAT_________________________