Upload
zakribashah
View
163
Download
1
Embed Size (px)
DESCRIPTION
tajulk
Citation preview
SINOPSIS
Dalam modul ini mendedahkan tentang perkembangan jenis bahan mentah yang
terdiri daripada kayu,logam, plastik (plastik thermo, polimer,aklirik, asetal,PVC), kaca
(pasir,hablur, kaca bersilikat, kaca flin), gentian kaca, komposit(kombinasi antaraa dua atau
lebih bahan mentah),kertas(bahan daripada kulit kayu dan sayuran) dan getah (susu getah
dan getah asli)
Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan jenis dan sifat bahan.
2. Mengaplikasikan teknik pembuatan prototaip/projek berasaskan kayu dan logam
3. Mengaplikasi pelbagai kaedah pembuatan prototaip berasaskan kayu dan logam.
KERANGKA KONSEP TAJUK JENIS BAHAN MENTAH
].09rfe1``1
JENIS BAHAN MENTAH
PLASTIKLOGAM KACA GENTIAN KACA
KOMPOSIT KERTAS
KAYU GETAH
. TAJUK 1
Jenis Bahan Mentah
1.0 JENIS BAHAN MENTAH
Terdapat banyak jenis bahan mentah semulajadi dan bahan buatan yang telah
dihasilkan oleh manusia.Pelbagai bahan mentah dibahagikan kepada beberapa kumpulan
utama iaitu kayu,logam, plastik (plastik thermo, polimer,aklirik, asetal,PVC), kaca
(pasir,hablur, kaca bersilikat, kaca flin), gentian kaca, komposit(kombinasi antaraa dua atau
lebih bahan mentah),kertas(bahan daripada kulit kayu dan sayuran) dan getah (susu getah
dan getah asli).
1.1 KAYU
Rajah 1
Kayu merupakan bahan binaan yang paling meluas penggunaannya dalam kawasan
beriklim tropika.Kayu adalah sejenis bahan mentah yang terdapat secara semulajadi dan
sumber yang boleh diganti.
Pada masa ini pertumbuhan pokok-pokok yang menghasilkan kayu balak telah banyak
berkurangan. Ini disebabkan oleh banyaknya permintaan terutamanya dari luar negara, begitu
juga dengan aktiviti pembalakan haram dan pembukaan kawasan pertanian dan penempatan
baru.
Aktiviti pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kayu balak akan lupus suatu masa nanti. Semua pihak samada kerajaan atau pengusaha balak mesti berusaha untuk menanam semula kawasan hutan yang telah diterokai bagi mengekalkan Malaysia sebagai salah satu negara pengekspot kayu terbesar di dunia di masa hadapan.
Di Malaysia terdapat lebih daripada 1000 spesis kayu tetapi dianggarkan hanya 80 spesis sahaja yang mempunyai nilai komersial untuk digunakan dalam industri pembinaan. Selain itu, kayu juga digunakan untuk menghasilkan alkohol kayu, arang, turpentine, dan lain-lain.
1.1.1 Pengkelasan Kayu
Di Malaysia pengkelasan kayu yang dikeluarkan oleh MTIB's di dalam
"Specifying Timber For Building Constructions" dikelaskan kepada empat kumpulan
utama iaitu:
KUMPULAN JENIS
Kumpulan kayu keras yang berat
(HHW-Heavy Hardwood)
Cengal, Balau, Selayan batu, Kekatong,
Merbau, Tembusu dan Resak.
Kumpulan kayu keras yang sederhana
berat
Kapur, Kempas, Keruing dan Tualang.
(MHW-Medium Hardwood)
Kumpulan kayu keras yang ringan
(LHW-Light Hardwood)
Jelutung, Meranti, Nyatuh, Ramin,
Sepetir dan Kayu Getah.
Kumpulan kayu yang lembut
(SW-softwood)
Damar Minyak, Geronggang, Jelutong,
Petai, Pulai, Sesendok, Terap dan
Terentang.
1.1.2 Kegunaan Kayu
KUMPULAN NAMA KEGUNAAN
KERAS DAN BERAT CENGAL Kapal, rangka, ukiran
BALAU Jambatan, cerocok, gelegar, lantai dan perabot
KEKATUNG Rasuk, rangka pintu/ tingkap, pemegang alat, lantai, parket dan panel
MERBAU Kerja hiasan, parket, perabot, venire dan pemegang alat
RESAK Pembinaan berat, tiang rasuk, corocok, lantai, jambatan, kapal, rangka pintu / tingkap
TEMBUSU Pembinaan berat, lantai, parket dan perabot
KERAS DAN
SEDERHANA BERAT
KEMPAS Pembinaan berat, tiang gelegar, panel, jambatan, parket, gerobok, cerocok dan pemegang alat
KERUING Pembinaan umum, tiang, landasan, jambatan dan gerabak lori
KAPUR Kekuda, rasuk dan tiang
TUALANG Tiang rasuk, lantai, perabot
KERAS DAN RINGAN NYATUH Pintu, tingkap, rasuk, tiang, lantai, perabot
MERANTI Pembinaan, lantai, perabot, papan lapis, pelapisan pintu, tingkap dan panel
RAMIN Hiasan perabot, binding dalam dan panel
SEPETIR Gerobok, panel dan perabot
KAYU GETAH Perabot, panel, susur tangga dan parket
1.1.3 Kebaikan Dan Kelemahan Kayu
KEBAIKAN KAYU KELEMAHAN KAYU
Mempunyai nisbah kekuatan berat yang tinggi:
1. Kekuatan mampatan 5 hingga 25 N/mm2.
2. Ketumpatan antara 400 hingga 1100 kg /m3.
Mudah terbakar dan api mudah
merebak dengan cepat.
Senang dikerjakan berbanding dengan
bahan lain seperti besi.
la cepat mengecut dan meleding
kerana perubahan cuaca yang
drastik dan merosakan mutu kayu.
Mempunyai rupabentuk kemasan yang menarik.
Kos penyelenggaraan bangunan
lebih tinggi kerana mudah reput,
lembab dan berkulat serta'ianya mudah
diserang serangga perosakKelasakan yang tinggi jika diawetkan.
Kepelbagaian penggunaannya
1.1.4 Bahagian kayu dan fungsinya
1.1.5 Pengeringan Kayu
Pengeringan ialah proses mengeluarkan lembapan atau cecair
yang terdapat dalam rongga sel dan Binding kayu. lanya dapat
menurunkan peratus lembapan Bari 8% hingga 15%. Jika
kelembapan lebih kayu akan mudah rosak atau reput basah.
“Carikan maklumat kaedah yang digunakan untuk mengeringkan
kayu”
1.1.6 Tujuan Pengeringan
Rajah 2 : Keratan rentas kayu
1. Menambahkan kekuatan, ketahanlasakan dan
senang dikerjakan.
2. Mengurangkan kemungkinan kayu pecah, kecut
dan meleding.
3. Memudahkan kerja mengawet, mengecat dan menggilap.
4. Menjadikan kayu lebih mudah terbakar, jika digunakan sebagai.
5. Mengelakkan kayu daripada serangan serangga dan kulat.
1.1.7 Faktor Yang Mempengaruhi Proses Pengeringan
a) Jenis kayu.
b) Cara susunan kayu.
c) Saiz kayu.
d) Keadaan cuaca dan lokasi.
d) Cara pengeringan dijalankan.
1.1.8 Cara Pengeringan Kayu
a) Cara semulajadi.
b) Pengeringan bertanur/ relau.
c) Pengeringan air.
1.1.9 Kecacatan Kayu
Kecacatan kayu adalah dipengaruhi oleh faktor semulajadi,
kecuaian semasa menebang dan semasa proses menggergaji atau membelah,
serangan serangga, lumut dan lembapan.
1.1.10 Jenis Kecacatan Semulajadi
1. Dipengaruhi oleh Jenis tanah yang ditumbuhi pokok dan iklim yang
dialami di sepanjang pertumbuhannya.
2. Jenis kecacatan yang sering berlaku ialah
1. Gerigis.
2. Buku.
3. Parut.
4. Berongga( teras rosak).
1. Ira berpintal.
Rajah 3 : Kecacatan jenis buku
1.1.11 Jenis kecacatan semasa menebang dan mengeluarkan kayu balak
dari hutan
1. Rekah bintang.
2. Rekah kipas.
3. Rekah bulat
4. Rekah cincin/gelang
1.1.12 Jenis Kecacatan Kayu yang teian digergagi dan selepas mengalami
proses pengeringan ialah:
i. Pecah.
ii. Retak.
iii. Terpiuh.
iv. Keras meleding.
v. Melengkung/Meleper/relangan.
vi. Wen atau sisian wen.
Rajah 4 : Kecacatan kayu
1.2 LOGAM
Terbahagi kepada dua iaitu
1. Ferus
2. Bukan ferus
1.2.1 Logam Ferus
Logam ferus adalah logam yang mengandungi besi. Logam ferus digunakan dengan
begitu meluas kerana bahan ini mudah didapati, ekonomi dan mempunyai sifat-sifat
magnetic yang unik di samping sifat fizikal yang lain.
Aloi-aloi ferus boleh dibentuk dengn mudah dalam keadaan sepuhlindap dan
kemudiannya boleh diberikan rawatan haba untuk mendapatkan sifat-sifat kekerasan seperti
kikir, sifat mulur seperti cangkuk kren atau dibajakan untuk dijadikan alat gerudi.
Logam ferus boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu besi keluli (besi waja),
besi tempa dan besi tuang.
Penghasilan logam
”secara semulajadi dan banyak digunakan dalam bidang kejuruteraan samada dalam
bentuk asli atau campuran dengan logam-logam yang lain”
1.2.1.1 Besi Keluli
Keluli merupakan logam yang sangat berharga yang diketahui oleh manusia. Keluli
adalah jenis logam yang paling banyak dan meluas digunakan. Keluli dihasilkan melalui
proses pengoksidaan yang mengurangkan jumlah karbon, silicon, mangan, fosforus dn
sulfur di dalam campuran besi jongkong lebur dan keluli sekerap.
i. Keluli karbon
Keluli karbon merupakan jenis keluli yang paling banyak dihasilkan
berbanding dengan jenis-jenis yang lain. Keluli karbon adalah terdiri daripada campuran besi
dan karbon. Terdapat juga bahan-bahan lain dalam jumlah yang kecil seperti mangan,
fosforus, sulfur dan silicon untuk membantu meningkatkan kekuatan muktamad dan
menjadikan lebih keras. Kekuatan keluli karbon bergantung kepada kandungan karbon
yang terdapat di dalamnya iaitu bertambah dengan bertambahnya peratus kandungan
karbon.
Keluli karbon biasa dikelaskan kepada 3 kumpulan.
i. Keluli karbon rendah mengandungi kurang daripada 0.3 %C
ii. Keluli karbon sederhana mengandungi 0.3 - 0.8 %C.
1. Keluli karbon tinggi mengandungi lebih dari 0.8%C.
ii. Keluli aloi
Keluli aloi ialah aloi besi dan karbon yang mengandungi unsure-unsur
pengaloian seperti mangan, silicon, sulfur dan fosforus dengan peratus kandungan
yang tinggi antara 0.5% hingga 2%. Tujuan utama ialah untuk mempertingkatkan
mutu dan sifat-sifat keluli supaya ianya mudah diubahsuai untuk mendapatkan sifat-
sifat khusus dengan diberi rawatan haba dengan lebih sempurna.
Penambahan elemen-elemen pancalogam (aloi) ini seperti kromium,
mangenese, molydebnum, nikel, plumbum, kobalt, phosphoros, silikon, sulfur,
kuprum, aluminium, tungsten dan vanadium boleh memberikan sifat-sifat kekuatan,
kemuluran dan keliatan yang lebih baik berbanding dengan keluli karbon. Oleh
sebab banyak unsur yang terlibat sesetengahnya adalah mahal maka keluli jenis ini
menjadi lebih mahal.
Keluli aloi boleh dikelaskan kepada dua bahagian dengan mengikut
penggunaan dan membentuk kumpulan yang yang lebih kecil berdasarkan unsur-
unsur mengaloian yang utama.
1. Keluli Aloi Rendah (Low Aloi Steels)
2. Keluli Aloi Tinggi (High Aloi Steels)
iii. Keluli Alat
Keluli alat merupakan keluli aloi yang mempunyai kandungan karbon yang tinggi berbanding
dengan jenis keluli yang lain. Keluli alat juga menggabungkan beberapa unsure dengan
besi dalam peratusan tertentu. Keluli alat dikelaskan berdasarkan kandungan kimia atau
cara pengerasan dan sifat-sifat mekanikal utama unsure pengaloian yang terdapat pada
keluli tersebut.
1.2.1.2 Besi Tuang (Cast Iron)
Besi tuang mengandungi karbon antara 2 % hingga 4.5% karbon. Selain daripada
itu besi tuang juga lazimnya mengandungi silicon sebanyak 3.5%. Oleh sebab kandungan
karbon dan silicon yang tinggi, besi tuang mempunyai cirri tuangan yang sangant baik dan
boleh dileburkan dengan lebih mudah berbanding dengan keluli. Besi tuang lebur juga
boleh mengalir dengan baik berbanding keluli lebur.
Disamping itu besi tuang kurang bertindak balas dengan bahan acuan kerana suhu
penuangan yang lebih rendah. Walaubagaimanapun gred nomal besi tuang tidak begitu kuat
dan agak rapuh, namun besi tuang digunakan dengan meluas sebagai bahan kejuruteraan
kerana murah, mudah dilebur dan dituang, keboleh mesinan yang sangat baik .
Besi tuang boleh dikelaskan kepada beberapa jenis mengikut kegunaanya, bentuk
grafit dan jenis matriks struktur yang terkandung di dalamnya. Struktur logam, komposisi
dan keratan sesuatu besi tuangan adalah penting di dalam menentukan sifat-sifat
kejuruteraan. Terdapat 3 jenis utama bagi besi tuang sebagaimana ditunjukkan dalam Carta
1 di bawah.
Carta 1 :Jenis-jenis besi tuang
Boleh Tempa Putih Kelabu
Besi Tuang
1.2.1.2a Besi tuang kelabu
Besi tuang kelabu mengandungi karbon dalam bentuk kepingan grafit. Dinamai besi
tuang kelabu kerana berwarna kekelabuan di permukaan rekahnya akibat kewujudan
kepingan grafit. Mudah dimesin kerana mempunyai kekuatan mampat yang tinggi melebihi
keluli. Besi tuang kelabu tidak begitu mahal harganya. Ia digunakan dengan meluas untuk
menghasilkan komponen automotif mesin alat dan pelbagai barangan industri yang lain.
1.2.1.2b Besi tuang putih
Besi tuang putih apabila pecah kelihatan berwarna keputihan. Ini disebabkan karbon
yang terdapat di dalam besi tuang putih adalah bentuk karbida. Besi tuang putih dengan
peratus karbida yang tinggi sangat sukar untuk dimesin tetapi boleh dicanai. Besi tuang
putih juga dinamai besi tuang dingin. Ini disebabkan besi tuang ini dihasilkan dengan
menggunakan logam dingin.
Logam dingin adalah bertujuan untuk memberikan permukaan yang keras dan
merintangi hasu seperti menghasilkan roda keret api penggelek untuk memecah bijian dan
plat ragum pemecah. Besi tuang putih juga merupakan peringkat pertama dalam
penghasilan besi tuang boleh tempa.
1.2.1.2c Besi BolehTempa
Besi tuang boleh tempa dihasilkan daripada besi tuang putih. Besi tuang putih
dipanaskan lebih kurang 460F selama lebih kurang 48 jam dan disejukkan secara sangat
perlahan untuk membolehkannya mudah dimesin dan dapat merintangi kejutan. Semasa
proses pemanasan ini kebanyakan daripada karbon berubah bentuk dan disebarkan
menjadi modul-modul karbon yang kecil di dalam matrik besi yang agak tulen. Besi tuang
boleh tempa digunakan untuk membuat komponen automotif, paip dan peralatan industri
pertanian
Sektor logam bukan ferus di Malaysia meliputi produk-produk seperti timah, aluminium, tembaga, zink dan plumbum.
1.2.1.3 Besi Tempa
Besi tempa adalah merupakan jenis besi yang paling tulen berbanding dengan jenis-
jenis besi yang lain. Kandungan karbonnya adalah kurang daripada 0.12% dan kandungan
sangga adalah di atara 0.6% hingga 3%. Besi ini terdiri daripada zarah-zarah besi logam
yang halus berpadu dengan satu kuantiti sangga yang halus dan teragih segaya.
Pengeluaran besi tempa daripada besi jongkong adalah melibatkan pembuangan karbon,
dan ini boleh dilakukan dengan proses melopak.
Tahukah anda?
'Metal' berasal dari perkataan Greek; "metallon" dan Latin; "metallum" yang
kedua-duanya membawa maksud yang sama; "mine" atau 'metal' (logam).
1.2.2 Logam Bukan Ferus
Logam bukan ferus merupakan logam yang lain daripada logam besi dan keluli.
Logam ini digunakan untuk keperluan kejuruteraan samada sebagai logam tulen ataupun
aloi. Logam bukan ferus lebih mudah berubah sifat berbanding logam ferus apabila
dilakukan kerja-kerja mekanikal, tidak begitu terpengaruh oleh tindakan haba dan tidak
mudah berkarat.
Terdapat 38 jenis logam yang lain yang diketahui manusia dan dicatitkan di dalam
Jadual Perkalaan Unsur. Di antara logam-logam lain yang sering digunakan di dalam
bidang kejuruteraan adalah seperti berikut :-
a) Aluminium b) Perak c) Kuprum
d) Plumbum e) Timah f) Nikel
g) Zink h) Kromium i) Emas
j) Aloi k) Magnesium l) Kobalt
m) Manganese n) Tembaga o) loyang
Antara logam bukan ferus yang popular ialah
1.2.2a Aluminium
Aluminium ialah sejenis logam yang banyak terdapat di dunia dan telah digunakan
secara komersial sejak 100 tahun yang lalu. Penggunaan aluminium amat meluas sekali dan
menduduki tempat kedua selepas keluli. Aluminium telah menjadi logam bukan ferus yang
paling penting dalam pelbagai industry seperti pengangkutan, pembinaan, elektrik, kontena,
peralatan mekanikal dan barangan pengguna. Hampir separuh daripada bekalan aluminium
dalam pasaran dihasilkan sebagai logam tulen berbentuk kepingan, keratan gulung, tiub, bar
dan dawai.
1.2.2b Kuprum
Kuprum juga merupakan logam penting dalam kerja-kerja kejuruteraan telah pun
digunakan sejak 6000 tahun yang lalu. Kuprum telah menjadi bahan utama dalam industry
elektrik dan digunakan dalam keadaan yang tulen. Kuprum juga menjadi unsure penting di
dalam aloi kejuruteraan yang penting seperti gangsa dan loyang. Proses yang digunakan
untuk mengasingkan kuprum daripada bijihnya adalah bergantung kepada jenis bijih
tersebut. Secara umum, proses-proses yang terlibat ialah pembasuhan dan pengisaran bijih
berkenaan, diikuti oleh panggangan, penurunan dan pembersihan.
1.2.2c loyang
Loyang terhasil apabila kuprum dialoikan dengan zink atau tembaga kuning mengikut
sukatan tertentu. Loyang lebih kuat daripada kedua-dua bahan asalnya. Terdapat
beberapa jenis atau kategori loyang, bergantung kepada peratus komposisi zink yang
digunakan serta struktur hablur kuprum yang terhasil. Sedikit penambahan unsure-unsur
lain seperti plumbum, timah, silicon, aluminium, nikel, fosforus dan arsenic, boleh mengawal
sifat-sifat loyang.
1.2.2d Aloi
Dua atau lebih logam lembut boleh dicampur untuk membentuk logam yang lebih
kuat yang dinamakan aloi. Aloi adalah campuran dua atau lebih unsur pada komposisi tetap
tertentu yang mana juzuk utamanya adalah logam. Kebanyakan logam tulen adalah lembut
dan lemah.
Sifat-sifat logam tulen boleh diperbaiki dengan membentuknya menjadi aloi. Tujuan
pembuatan aloi adalah untuk membuatkannya lebih kuat, lebih keras, tahan kakisan, dan
mempunyai sifat kilauan dan hiasan yang lebih baik.
Logam-logam yang biasa dialoikan ialah kumprum dan zink. Kuprum boleh dialoikan
dengan banyak unsur termasuklah zink, timah, plumbum, besi, perak, fosforus, silikon,
tellerium dan arsenik. Aloi kumprum bertindak seperti logam tulen. Aloi nya tidak boleh
dilakukan rawatan haba dan tidak boleh dikeraskan dengan mengenakan haba dan diikuti
dengan lindapkejut. Kekerasan yang diperoleh melalui pengerjaan sejuk dan pelembutan
dihasilkan dengan memanaskannya melebihi suhu penghabluran semula.
Tahukah anda sejak berjuta tahun dahulu logam telah memainkan peranan yang penting dalam industri pembuatan? Antara logam pertama yang digunakan ialah kuprum,
gangsa dan besi.
1.3 PLASTIK
(plastik thermo, polimer,aklirik, asetal,PVC)
Rajah 5
Apa itu bahan Plastik ? Plastik adalah polimer tetapi polimer tidak semestinya plastik.
Secara semulajadinya plastic diperoleh daripada pemprosesan arang, petroleum ataupun
tumbuhan sehingga terhasil sifat plastic apabila dipanaskan.
Plastik juga boleh didapati secara sintetik atau semi sintetik dengan mencampurkan
bahan atau unsur lain untuk menghasilkan sifat yang unik dan boleh dipelbagaikan. Hasil
kajian dan penyelidikan, plastic terutamanya sintetik telah didapati mempunyai potensi yang
besar untuk mengambil alih tempat logam dalam industri pembuatan.
Bahan plastik ialah bahan polimer yang bersifat tegar atau separa tegar
(semi-rigid). Semua bahan-bahan plastik akan menjadi lembut apabila dipanaskan.
Proses pembentukan bahan-bahan plastik dilakukan pada ketika ia berada dalam
keadaan lembut.
Tahukan anda Plastik Termo ialah “Plastik yang boleh dileburkan semula dan
boleh digunakan berulangkali.”manakala Manakala Plastik Termoset ialah
“plastik yang boleh dileburkan sekali sahaja dan ia terus mengeras
mengikut acuan.” Akrilik pula ialah sejenis polimer yang bersifat lut cahaya dan tidak boleh dijadikan legap.
1.3.1 Pengkelasan Bahan-Bahan Plastik.
1.3.1.1 Dua jenis bahan plastik ialah
i. plastik haba (termo plastik)- boleh dileburkan berulangkali
ii. plastik termoset (termosetting)- mengeras dan tidak boleh dileburkan
semula
1.3.1.1a
i. Polivinil Klorida (PVC)
Sifat – lebih murah,
- tidak telap air,
- boleh dijadikan tegar atau boleh lentur
- kekuatan yang rendah
- rintangan haba rendah
Kegunaan: untuk membuat pelbagai jenis paip, pembuluh, pelindung
angin automobil, hos, kasut, kulit tiruan, gasket, filem
ii. Akrilik
BAHAN PLASTIK
TERMOPLASTIK
PVC ASETAL
AKRILIK
TERMOSETTING
Sifat – Mempunyai tahap kekuatan yang sederhana
- sifat optik yang baik
- merintangi bahan kimia
- rintangan elektrik yang baik
Kegunaan: biasanya di gunakan pada lensa, papan tanda berlampu,
kanta automotif, peralatan makmal
iii. Asetal
Sifat - mempunyai kekuatan dan ketegaran yang baik
- merintangi rayapan
- merintangi lelasan
- merintangi lembapan
- merintangi haba dan suhu dgn baik
Kegunaan – komponen mekanikal yang memerlukan prestasi yang
tinggi
Untuk jangka masa yang lama
Contoh: galas, sesondol, gear,sesendal, penggelek, paip, injap,
perumah
1.3.2 Polimer
Rajah 6
Tahukah anda bahan ini dikatakan telah digunakan semenjak perang dunia
ke-2, terutama untuk membuat peralatan keperluan ketenteraan. Namun
penggunaanya tidak begitu meluas dan hanya digunakan untuk ditambah kedalam
bahan-bahan unsur komposit bagi mendapat sifat yang diperlukan.. Polimer terdiri
daripada kayu, getah, kaca dan seramik selain dari plastik.
Polimer membentuk suatu kumpulan bahan-bahan asli dan tiruan (sintetik) yang
memainkan peranan yang semakin meningkat didalam teknologi moden. Kebanyakkan
polimer adalah bahan organik yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
1. Mengandungi gabungan karbon dan oksigen, hidrogen dan lain-lain
bahan organik dan bukan organik.
2. Secara amnya, pada suhu biasa ia adalah bahan bukan berhablur.
3. Mempunyai struktur rangkaian yang panjang.
Rajah 7: Wang Kertas Dari Polimer
Semua polimer dicirikan oleh struktur yang berbeza dari logam. Walaubagaimana
pun, struktur ini biasanya akan menentukan sifat-sifat fizik, therma, elektrik dan mekanikal
bahan polimer tersebut. Unit asas sesuatu polimer ialah rantaian atom dimana satu struktur
asas sesuatu dipanggil monomer. Ikatan antara atom-atom pada asasnya adalah ikatan
kovalen yang kuat. Sementara ikatan diantara rantai-rantai bersifat lebih lemah, iaitu ikatan
jenis Van Der Walls.
1.3..3 Kebaikan dan Kelemahan Plastik
KEBAIKAN PLASTIK KELEMAHAN PLASTIK
Harga murah Ukuran boleh berubah disebabkan kelembapan
Tahan lama Suhu operasi yang rendah
Sebahagiannya boleh dikitar semula Mudah rapuh pada suhu yang rendah
Mudah untuk dibentuk Lembut dan kurang anjal berbanding logam
Penebat elektrik yang baik Sebahagian mudah diserang oleh cahaya lampu ungu
Sebahagian kalis air Sebahagian plastik amat mudah terbakar
Rayapan pada semua keadaan suhu
Tahukah anda bahawa polimer telah dapat menggantikan komponen yang
dahulunya diperbuat daripada logam dalam penggunaan seperti pada
automobil, pesawat terbang, kelengkapan rumah dan rumah dan
kelengkapan pejabat. Fikirkan contoh-contoh yang ada disekeliling anda.
1.4 KACA
Rajah 8
Kaca diperbuat daripada silikon dioksida (SiO2) merupakan sebatian kimia serupa
dengan kuarza dalam bentuk polihabluran, pasir. Silika tulen mempunyai tahap lebur
20000C. Dua bahan lain yang sering dicampurkan dengan pasir dalam proses pembuatan
kaca ialah Sodium Karbonat (Na2Co3) atau posty setara dengan sebatian Sodium Karbonat
yang akan menurunkan tahap lebur kaca tersebut sekitar 10000 C. Namun begitu kapur
(Kalsium oksida) perlu ditambah untuk menjadikan kaca tidak larut.
1.4.1 Proses penghasilan kaca
Silika merupakan bahan utama kaca diperolehi daripada pasir yang dibersihkan bagi
tujuan pengasingan bendasing yang tidak diperlukan. Sumber utama soda ialah Natrium
karbonat, natrium nitrat dan natrium sulfat. Batu kapur atau kapur mati digunakan sebagai
agen kapur. Boraks atau asid borik digunakan dalam proses penghasilan kaca borosilikat.
Bahan binaan berdawai atau berlapis pula digunakandalam proses pembuatan kaca
keselamatan. Ia berfungsi untuk memegang serpihan kaca jika kaca tersebut pecah. Kaca
lapis pula dihasilkan dengan car a meletakkan kepingan plastik antara lapisan kaca yang
bersalut simen, ianya seterusnya digelek untuk membuang gelembung udara. Kaca lapis ini
banyak digunakan sebagai cermin kenderaan. Proses penghasilan gentian kaca pula
adalah dengan menggerakkan kaca lebur melalui lubang-lubang kecil dan menariknya
keluar mengikut saiz yang dikehendaki. Gentian kaca banyak digunakan sebagai bahan
penebat dalam proses pembinaan dan kaca gentian.
1.5 Komposit
Komposit dihasilkan apabila dua atau lebih bahan mentah yang berbeza di
sambungkan atau diikat samada secara mekanikal atau metalurgi untuk
mendapatkan gabungan sifat yang tidak terdapat pada bahan asal. Komposit
mungkin berbentuk gabungan logam-logam, logam-seramik, logam-polimer, seramik-
polimer, seramik-seramik atau polimer-polimer. Komposit dikelaskan kepada
beberapa kumpulan berasaskan geometri atau bentuk bahan.
1. Komposit lamina ( lapisan )
2. Komposit zarahan
3. Komposit bertetulang gentian
1.5.1 Komposit lamina
Bahan rencam lamina termasuklah salutan-salutan yang sangat nipis,
permukaan pelindung yang lebih tebal, pelapisan, dwilogam,lamina atau lapis, apitan
dan berbagai-bagai lagi. Papan lapis ialah contoh komposit lamina. Komposit
lamina boleh dihasilkan dengan cara:
1. Menggelek
2. Ikatan letupan
3. Penyemperitan bersama
4. Menekan
5. Pateri keras
Kaca ialah
“bahan lutsinar yang dihasilkan dari pemanasan pasir
silika atau bahan silikon dioksida yang wujud secara
semulajadi dalam pasir menerusi proses pemanasan
melebihi 2000 C.”
Rajah 9 :Penggunaan komposit : helmet
1.5.1a Menggelek
Kebanyakkan daripada komposit lamina seperti pelapisan dan
dwilogam dihasilkan melalui ikatan gelekan panas atau sejuk. Sekiranya peratus
ubah bentuk secukup besar, tekanan akibat penggelek akan memecahkan oksida–
oksida di permukaan. Dengan itu permukaan akan tekimpal melalui sentuhan atom
ke atom.
1.5.1b Ikatan letupan
Proses dilakukan melalui cas letupan. Tekanan yang secukupnya dapat
menyambungkan logam-logam. Proses ini sangat sesuai untuk menggabungkan dua
kepaingan yang sangat besar yang tidak dapat dikendalikan dengan mesin
penggelek.
1.5.1c Penyemperitan bersama
Bahan komposit lamina yang agak mudah seperti kabel sepaksi dihasilkan
dengan menyemperitkan dua logam secara serentak melalui sebuah acuan.
Penyemperitan sebegitu cara membolehkan bahan yang lembut mengelilingi bahan
yang keras polimer plastik haba juga dapat disemperitkan bersama bagi mengelilingi
dawai pengalir.
1.5.1d Menekan
Proses menekan dilakukan dalam keadaan panas. Bagi komponen yang
kecil, tekanan yang tinggi pada suhu yang tinggi akan menyebabkan berlakunya
kimpalan. Proses menekan panas ini selalunya dilakukan untuk mengawet perekat
di dalam lamina.
1.5.1e Pateri keras
Pateri keras digunakan untuk menyambungkan dua plat logam. Kepingan
logam dipisahkan dengan kelegaan yang kecil, lebih kurang 0.08 mm, dipanaskan
hingga melebihi suhu lebur aloi pateri keras. Aloi pateri keras yang sudah lebur akan
tertarik ke dalam sambungan yang nipis tersebut melalui tindakan rerambut.
1.5.2 Komposit zarahan
Bahan komposit zarahan mengandungi zarah-zarah diskret bahan yang lazimnya
lebih keras dan rapuh, yang dikelilingi oleh matriks sejenis bahan lagi yang lebih lembut dan
mulur. Zarah-zarah bahan komposit zarahan boleh jadi lebih kasar misalnya konkrit atau
sangat halus seperti barangan yang diperbuat melalui proses metalurgi serbuk.
1.5.3 Komposit tetulang gentian
Bahan komposit bertetulang memperbaiki sifat mekanikal bahan. Bahan gentian
yang kuat, tegar dan rapuh dimasukkan ke dalam matriks yang lebih lembut dan mulur.
Bahan matriks memindahkan daya kepada gentian yang menghasilkan kemuluran dan
keliatan, manakala gentian menanggung kebanyakan daripada daya yang dikenakan.
Kekuatan ditingkatkan pada suhu bilik dan suhu yang lebih tinggi.
Terdapat begitu banyak sekali bahan-bahan bertetulang yang digunakan. Jerami
telah digunakan sejak berkurun lalu untuk menguatkan bata tanah liat. Bata bertetulang
keluli menguatkan struktur konkrit. Gentian kaca di dalam matriks polimer menghasilkan
gentian kaca untuk digunakan dalam bidang pengangkutan dan angkasa lepas.
1.6 Aplikasi Komposit:
1. Porsche membina cakera brek dari bahan komposit silikat gentian karbon prestasi
tinggi
1. Pengurangan berat 50%, kecekapan pemberhentian dan prestasi dipertingkat
2. Tahan lama-rintangan haus tinggi
3. Louisville Slugger menghasilkan kayu pemukul bola permainan besbol dengan
salutan komposit seramik keras
4. Mengandungi bahan matrik bersalut, gabungan logam dan seramik, yang lazim
diguna dalam enjin jet
5. Bahagian logam dalam salutan ultra keras ini meningkat prestasi permainan.
Bahagian seramik keras mengurangkan haus dan koyak ketika permainan
6.
1.7 GETAH
Rajah 10
Getah asli ialah bahan semula jadi yang dihasilkan daripada susu getah ( kulit pokok
getah ). Susu getah mengandungi molekul-molekul getah ( C5H8 ), cecair dan resin. Getah
diasingkan secara pembekuan menggunakan asid formik atau asid asetik. Susu getah
ditapis dan dicampurkan dengan air sehingga mencapai kepekatan sebelum dicampur asid.
Getah beku seterus digelek – (mesin gelek) menjadi kepingan nipis. Kepingan getah ini
dibasuh, dikeringkan dan dijemurkan ( getah mentah ). Getah mentah adalah melekit dan
lemah dan mempunyai sifat lain yang tidak dikehendaki.
Getah mentah diproses bagi memperbaiki sifat-sifatnya. Proses membaiki ini
dinamakan pemvulkanan ( vulcanization ) dan biasanya melibatkan pencampuran 7 % - 42
% sulfur kepada getah itu. Getah mentah dihiris-hiriskan, kemudian dicampurkan dengan
sulfur dan bahan pelikat pada suhu vulkan 140 dar C. Seterusnya dibentuk dgn cara
menggulung atau menekannya pd tekanan 2.5 – 12.5 N / mm2
Rajah 11: Sarung Tangan Getah
1.8 KERTAS
Kertas adalah bahan nipis ,rata yang dihasilkan oleh penekanan gentian. Biasanya
gentian yang digunakan merupakan gentian semulajadi dan berasaskan selulosa.Bahan
paling biasa digunakan adalah pulpa kayu daripada pokok kayu pulpa (kebanyakkannya
adalah kayu lembut) seperti spruce, tetapi bahan gentian sayuran lain termasuk kapas ,
linen dan hem boleh digunakan.
Timbunan 500 keping kertas dipanggil rim (ream). Tetapi helaian kertas mampu
bertindak sebagai gergaji halus dan nipis hingga menyebabkan luka.
1.8.1 Penghasilan
Rajah 12 : kilang kertas
Kilang kertas International Paper Company terletak di Georgetown, Carolina
Selatan. Penghasilan kertas samada dihasilkan dengan tangan atau dengan teknologi
mesin,semua proses penghasilannya akan membabitkan tiga langkah mudah:
i. Penyediaan Gentian
Bahan yang digunakan bagi menghasilkan kertas dihancurkan menjadi pulpa,
campuran gentian pekat akan terampai dalam cecair. Oleh kerana kebanyakan gentian ini
dihasilkan dari sumber semulajadi, proses ini membabitkan langkah pembasuhan dan
pengasingan. Apabila gentian ini telah dihasilkan, ia akan dilunturkan atau diwarnakan bagi
menukarkan gambaran barangan akhir.
ii. Dibentuk Menjadi Kepingan
Campuran pulpa kemudiannya dicairkan dengan air bagi menjadikannya ampaian
cair. Ampaian cair ini ditapis melalui tapisan bergerak nipis untuk membentuk satu jaringan
bergentian. Tera air boleh ditekan kepada kertas pada tahap ini. Jaringan bergerak ini
ditekan dan dikeringkan supaya menjadi satu gulongan kertas yang panjang. Dalam proses
menggunakan acuan, sejumlah pulpa diletakkan dalam suatu bentuk, dengan asas berjaring
(atau sebarang peranti penapis lain), dengan itu gentian tertinggal selapis atas jaring dan air
berlebihan akan dikeringkan. Pada masa ini, tekanan boleh digunakan untuk
menghilangkan air melalui tindakan tekanan. Kertas ini kemudian boleh dikeluarkan
daripada acuannya semasa basah atau kering, untuk diproses dengan lebih lanjut lagi.
Kebanyakan kertas dihasilkan dengan menggunakan proses yang berterusan
(Fourdrinier) untuk membentuk gulungan atau jaringan. Apabila dikeringkan, jaringan
berterusan ini boleh dipotong menjadi kepingan bersegi dengan memotongnya pada
beberapa saiz yang diingini. Saiz kertas piawaian telah ditetapkan oleh badan penyelaras
seperti Organisasi Piawaian Sejagat (International Organization for Standardization) (ISO).
iii. pengeringan
Kertas ini mungkin akan dikeringkan beberapa kali semasa proses pengilangan
(kertas kering ini lebih kukuh berbanding kertas basah, dengan itu ia lebih baik untuk
mengekalkan kertas kering untuk menghalang nya dari putus dan menghentikan baris
pengeluaran). Kadangkala ada kertas yang masih putus di mana ia akan ditukar menjadi
pulpa dan akan diproses semula.
1.8.2 Kegunaan
Kertas-kertas ini digunakan bagi kerja-kerja penulisan atau proses
mencetak .Kepingan kertas ini juga akan menjadi dokumen-dokumen; boleh dijadikan bagi
penyimpanan rekod (atau dalam kes mencetak dari komputer atau menyalin dari kertas lain:
rekod tambahan).
Kertas juga di gunakan untuk mewakili nilai – nilai sebagai wang kertas, nota
bank,cek, Baucer dan tiket.Dalam kes matawang kertas, wang kertas akan melalui suatu
proses-proses tertentu. bagi mengelakkan salah guna atau bagi tujuan kesukaran membuat
salinan supaya dapat dibezakan dengan yang tulin.
Dokumen rasmi dan penyata-penyata persendirian yang dihasilkan dengan menggunakan
komputer akan diletakkan ke dalam sampul surat yang berlainan oleh "mesin bursting”.
Kertas bercetak juga boleh dijilidkan untuk menghasilkan buku, risalah,
majalah, akhbar dan lain-lain yang berkaitan. Fail atau dokumen-dokumen dalam folder
komputer boleh ditukarkan kepada dokumen kertas dengan mencetak, menggunakan mesin
pencetak. atau boleh di imbas dengan menggunakan mesin pengimbas, dan diikuti
oleh pengecaman huruf optik (optical character recognition) atau OCR.
Bagi tujuan pembungkusan ,kertas digunakan untuk membuat sampul surat,tisu
pembalut, dan kertas dinding.Kertas juga di buat untuk membuat kertas tandas,tuala tangan,
tuala kertas dan lain-lain.
Untuk proses pembinaan ia sesuai untuk membuat papier-mache,origami dan lain-lain.
Pemotong kertas origami
Rajah 13
--Stop here-=
TAJUK 3 Pengenalpastian Masalah dan Pencetusan Idea
Pencetusan idea
1. Idea tidak wujud dengan sendirinya – memerlukan daya usaha sendiri
- Cara semulajadi
- Cara terancang
Pencetusan Idea Cara Semulajadi
1. Lamunan atau berkhayal
1. Bakat semulajadi (gifted)
1. Pengalaman
Secara kebetulan
Pencetusan Idea Cara Terancang
1. Pemerhatian dan pengamatan
1. Penumpuan kpd teknik pemikiran
- Logikal
- Analitikal
- Kritikal
- Intuitif
- Sumbangsaran
- Lateral
Teknik Pemikiran
1. Pemikiran Logikal
menekankan kpd apa yang salah dan apa yang betul
i. Betul dari segi logik
ii. Betul dari kenyataan sebenar (reality)
1. Pemikiran Analitikal
menganalisis masalah dgn cara memecah masalah yang besar kpd
bahagian yang lebih kecil untuk mudah ditangani.
1. Pemikiran Kritikal
Digunakan utk mengenalpasti kesilapan, kelemahan, kekurangan dan
kesalahan pd
sesuatu idea atau cadangan.
Terfokus kpd hasrat utk membuktikan bahawa idea orang lain itu
salah.
Kesan Negatif : Boleh membunuh pertumbuhan idea-idea baru
1. Pemikiran Intuitif
Berfikir berdasarkan kpd suara atau gerak hati dan naluri kita sendiri.
1. Sumbang Saran (Brainstorming)
Teknik menjana idea secara berkumpulan bagi:
i. Mengenal pasti, merumus dan mempersetujui penyataan
masalah
ii. Mencari / memperbanyakkan idea
iii. Menilai pelbagai alternatif utk penyelesaian yang sesuai.
1. Pemikiran Lateral
Bersifat generatif bertujuan menerbitkan suatu perubahan baru dan
berlainan bagi sesuatu masalah – tanpa batasan idea yg dikeluarkan.
Tidak berfokus kpd penilaian sama ada salah atau betul tapi utk
melahirkan idea serta pandangan baru – asalkan idea tersebut
bersifat positif.
1.2 Mengaplikasikan kaedah Pembuatan Prototaip/Projek Berasaskan Kayu Dan
Logam
Menghasilkan Projek
1. Projek siap mengikut lukisan kerja sepenuhnya
2. Projek mengikut spesifikasi ukuran
2.1. Menggunakan sekurang-kurangnya 1 (satu) jenis tanggam
2.2. Sekurang-kurangnya terdapat satu bahagian kerja logam
2.2. Nilai-nilai estatik dan egronomik
1. Rupa bentuk menarik
2. Tekstur
3. Kefungsian
4. keselesaan
2.3. Nilai-nilai Komersial
2.4. Kekemasan akhir
1. pemilihan warna
2. tekstur
3. harmoni dan kontras
vv
ddddd
1. Kerangka tajuk-tajuk modul ini
Pengenalan kepada 4 bidang kegiatan PSV
Aktiviti-aktiviti dalam empat bidang kegiatan
Konsep dan pengertian empat bidang kegiatan
Tema atau kandungan
Mengenal alat dan bahan
Teknik-teknik dalam
penghasilan karya
Proses penghasilan karya
1. Kandungan Isi
1.1 Jenis-Jenis Bahan Mentah
Tumpuan diberi terhadap perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran empat
bidang kegiatan PSV KBSR iaitu: Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan,
Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional.
Contoh Imej Empat Bidang Dalam PSV KBSR
Asas Menggambar
Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam
Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Sub tajuk ini disediakan untuk membina
pengetahuan dan kemahiran menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan
Apakah yang anda tahu tentang jenis-jenis bahan mentah?
dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas menggambar, anda seharusnya dapat
menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar. Sub tajuk ini juga disediakan untuk anda
memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik
menggambar.
Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan
di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi
warna di atas permukaan rata. Sesuatu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan.
Imej mental seseorang. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas
tentang sesuatu objek. Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan
terhadap sesuatu imej atau objek.
Teknik-teknik yang boleh digunakan dalam menggambar adalah seperti Rajah di
bawah.
TEKNIK MENGGAMBAR
Teknik Catan
Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara menghasilkan
karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat
gloss dan lain-lain lagi. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan
untuk menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan.
Teknik Kolaj
Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan
bahan-bahan seperti pelbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam
semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas
dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi
pelbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar.
MONTAJ
CATAN
STENSILAN GOSOKAN PERCIKAN
CAPAN LUKISAN KOLAJ
GURISAN
CETAKAN
RESIS
MOZEK
Teknik Cetakan
Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya cetakan
menggunakan sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Terdapat berbagai-
bagai jenis cara cetakan. Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk jenis
cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke
atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino, ‘strawboard’
dan ‘polyfoam’. Polyfoam adalah bahan yang mudah diukir. Cara gambar diukir dan sifat
bahan yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan.
Teknik Resis
Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Warna air
tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun ‘cow gum’. Dengan teknik ini, anda boleh
menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau
memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh
disapukan di atasnya. Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah.. Proses
membuat batik adalah satu contoh teknik resis.
Teknik Gosokan
Anda boleh menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak di atas
sesuatu permukaan yang kasar, misalnya ke atas objek dengan jalinan yang berlainan.
Jalinan di atas objek akan memberi kesan kepada hasil gosokan. Anda boleh memilih
pelbagai jalinan yang berlainan dan susunkannya untuk mendapat gambar yang menarik.
Teknik Stensilan
Untuk teknik stensil, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara
supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna
disapu atas stensil yang diletakan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang
kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu
memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.
Teknik Percikan
Bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Misalnya warna air boleh dipercik dari berus.
Hasilnya ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu objek atau kertas yang berubah bentuk boleh
digunakan untuk menghalang percikan itu ke permukaan kertas. Objek atau kertas berubah
bentuk itu boleh diubah kedudukannya supaya kesan tindihan berlaku apabila warna kedua
dipercikkan.
Teknik Gurisan
Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan sesuatu alat
yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.
Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis- lapis supaya bahan
krayon yang tebal melekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau
plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan
gambar. Pelbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi pelbagai kesan yang
berlainan pada garisan yang dihasilkan.
Teknik Mozek
Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-
bahan seperti kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan
seperti kertas, plastik dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih.
Kepingan bahan yang diulang secara tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang
dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang ditampal itu memberi jalinan keseluruhan
kepada gambar yang dihasilkan.
Asas Membuat Corak dan Rekaan
Salah satu sebab M.C. Escher, artis grafik Belanda menjadi terkenal adalah kerana
kebolehannya menghasilkan corak yang menarik sekali. Cuba anda perhati dengan teliti
kain baju anda. Adakah anda boleh mengecam struktur susunan ulangan pada cetakan
ataupun pada jalinan kain itu? Itulah yang dimaksudkan corak. Anda boleh menghasilkan
corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang anda akan perhatikan nanti. Biasanya
corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk
dan rupa ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita seperti:
alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan;
bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting;
geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat;
abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan
rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.
Corak terbahagi kepada 2 jenis iaitu corak terancang dan corak tidak terancang.
Corak terancang
Corak yang dibuat secara terancang mengikut susunan atau grid, seperti susunan batu-
bata, turun separa, orgee, cerminan, sisik ikan, selang seli atau perulangan rupa yang tekal.
Terdapat pelbagai jenis susunan corak, antaranya adalah seperti dalam rajah di bawah.
Tarikan
Lipatanlup
Jenis susunan corak
Corak tidak terancang
Corak yang dihasilkan secara spontan dengan menggunakan teknik-teknik berikut.
CORAK TIDAK TERANCANG
Teknik menghasilkan corak tidak terancang
Asas Membentuk dan Membuat Binaan
TARIKAN
TIUPAN
IKAT & CELUP
PUALAMAN
RENJISAN
TITISAN
LIPATAN
Pada zaman kanak-kanak anda dahulu, anda pasti pernah melihat atau bermain dengan
kapal ataupun kapal terbang yang dihasilkan dengan lipatan kertas. Ini merupakan satu jenis
kegiatan membentuk yang anda mungkin pelajari sebelum memasuki alam persekolahan.
Dalam bidang ini, anda akan mengetahui tentang bidang kegiatan membentuk dan membuat
binaan yang murid anda akan pelajari. Topik ini akan menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti
membentuk yang ditujukan kepada pelajar sekolah rendah seperti menghasilkan arca
timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng dan origami. Di sini anda
akan lihat bagaimana teknik, alat dan bahan, tema ditentukan dan juga tentang
persembahan hasil kerja.
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari
segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut pelajar
dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model.
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan
penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada
murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses
penghasilan seni.
Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9
aktiviti seperti berikut:
(a) Arca timbul (f) Model
(b) Arca asemblaj (g) Diorama
(c) Arca mobail (h) Boneka
(d) Arca stabail (i) Topeng
(e) Origami
Mengenal Kraf Tradisional
Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni
yang melibatkan kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif
masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.
Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:
(a) Alat Domestik (e) Seni Tekat
(b) Alat Permainan (f) Tembikar
(c) Alat Pertahanan Diri (g) Seni Anyaman
(d) Batik (h) Seni Ukiran Kayu
Alat domestik merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi
kemudahan dan digunakan sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada
ketika itu.
Alat Permainan seperti Wau adalah salah satu permainan tradisi yang dimainkan untuk
mengisi lapang. Kebiasaannya wau dimainkan selepas menuai padi. Sehingga kini wau
masih di mainkan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang, Selangor dan
Johor. Terdapat pelbagai nama wau di negara kita termasuklah Wau Barat dan Wau Bayan.
Keris
Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan. Masyarakat
melayu tradisional terutama di zaman kerajaan Melayu Melaka hingga kini masih
menggunakan senjata seperti Keris, Pedang, Tombak, Tumbuk Lada, Lawi Ayam, Rencong
Aceh, Sewar, Badik, Beladau, Jembiah Lading, Lembing dan Sumpit. Keris adalah senjata
penting dalam masyarakat dan budaya melayu. Jenis-jenis keris yang boleh didapati adalah
seperti Keris Jawa, Keris Semenanjung, Keris Sumatra, Keris Petani atau Pekaka, Keris
Bali, Keris Sundang, Keris Majapahit, Keris Bugis dan Keris Picit. Keris pada masa kini
masih digunakan untuk upacara-upacara tertentu seperti majlis persandingan, perubatan
dan keris menjadi lambang kebesaran institusi diraja.
Batik
Batik terkenal di seluruh gugusan kepulauan Melayu dan dianggap bidang kraf tangan
tradisional yang unggul. Batik tradisi dan moden mempunyai corak yang sesuai dengan cita
rasa dan perkembangan kesenian Malaysia. Batik tulis, batik lukis dan batik canting
merupakan kaedah membuat batik yang kini diminati ramai. Pada peringkat awal kaedah ini
hanya digunakan untuk menghasilkan batik untuk hiasan dinding. Pada tahun 1970-an
teknik ini telah diterapkan dalam kaedah membuat skaf, kain selendang dan baju kurung.
Kini penggunaannya telah diperluaskan dalam bentuk dimensi baru. Batik semakin digemari
oleh peminat fesyen kerana corak batik dapat dipadankan mengikut peredaran zaman.
Seni Tekat
Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji, tetapi suji
sering dikaitkan dengan sulaman benang sutera. Sama ada ditekat, disulam atau disuji,
ragam hiasnya semua dibentuk dalam keadaan timbul dari permukaan dasar kain kerana
bahagian dalamnya diisi dengan mempulur. Asal-usul dan perkembangan seni tekat secara
langsung dikaitkan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Seni
tekat diperkenalkan pada kurun ke-15, iaitu di zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada
masa tersebut seni tekat dipakai oleh keturunan Baba Melaka. Mereka banyak
menggunakan seni tekat ini pada pakaian. Negeri seperti Perak, Johor, Selangor, Pahang
dan Negeri Sembilan merupakan negeri yang banyak mengusahakan kraf seni tekat timbul
benang emas.
Tembikar
Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan penemuan
barang tembikar lama seperti di Gua Cha, Kelantan dan di Sungai Perak. Terdapat pelbagai
bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Hampir semua tembikar yang
dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. Beberapa buah negeri di Malaysia
menghasilkan tembikar. Barangan tembikar yang dihasilkan adalah berbeza dari segi
bentuk, corak, dan teknik pembuatan kerana dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si
pembuat. Bentuk tembikar tersebut hanya mempunyai persamaan dari segi susunan motif,
ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah, dengan permukaan berwarna coklat,
hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi Melayu menjadi lambang kesenian negara dan kini
menjadi koleksi yang membanggakan.
Anyaman
Anyaman merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah buluh,
rotan, lidi, bertam, paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara
dan peraturan tertentu melalui teknik selang-seli helaian antara satu sama lain.
Kelarai
Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang melalui proses
tranformasi idea daripada alam semulajadi. Anyaman yang tidak berkelarai disebut anyaman
biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkap harus dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna
yang kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai adalah dirancang
dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat.
Kelarai ini di antaranya ialah:
(a) Kelarai berakar (f) Kelarai anak ikan
(b) Kelarai beras patah (g) Kelarai kepala lalat
(c) Kelarai bunga cengkeh (h) Kelarai mata punai
(d) Kelarai tampuk manggis (i) Kelarai sisik kelah
(e) Kelarai bunga mempelas (j) Kelarai tapak harimau
Ukiran Kayu
Seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk
menghiasi rumah kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu.
Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak
dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan masyarakat di negara ini. Seni ukiran
Melayu yang unik ini diperlihatkan melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam,
kepala sampan, perabot, senjata dan peralatan untuk kegunaan harian. Bangunan-
bangunan lama yang masih mengekalkan seni ukiran sehingga hari ini telah menjadi bahan
rujukan generasi masa kini.
Latihan
1. Senaraikan 2 bidang kegiatan yang sesuai dijadikan projek berkumpulan di sekolah
dan nyatakan kelebihan yang boleh diperolehi dari bidang kegiatan tersebut kepada
murid anda.
1.2 Mengenal alat dan bahan
Pengenalan dan Penerokaan Alat, Media dan Teknik
Sebelum memulakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di
kelas, adalah sangat penting bagi seseorang guru mengetahui dan mengenal pasti
perubahan dan perkembangan diri murid-muridnya. Setiap murid mempunyai keupayaan
dan sikap yang berbeza terhadap sesuatu aktiviti yang akan dilaksanakan. Penggunaan
alat, media dan teknik dalam pembelajaran seni menggambar juga amat penting untuk
menghasilkan hasil kerja yang baik dan bermutu. Pada kebiasaannya alatan yang hendak
digunakan adalah terlalu banyak jika hendak disenaraikan.
Adalah menjadi minat murid apabila menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan pelbagai
jenis kertas yang mempunyai pelbagai tekstur, pelbagai jenis warna dan pelbagai saiz. Lain-
lain kertas yang boleh digunakan dalam aktiviti seni adalah seperti kertas surat khabar,
majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah, sugar paper, toilet
paper, kertas kadbod dan banyak lagi. Alat tulis samada yang berwarna atau tidak
berwarna, media kering atau media basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan
kerja-kerja menggambar. Selain daripada itu gunting pelbagai saiz, gam, bahan-bahan
buangan yang boleh digunakan dalam aktiviti menggambar juga perlu. Alatan dan media
yang berbagai-bagai yang digunakan ke atas sesuatu bahan tujuannya supaya dapat
Apakah yang anda faham tentang alat dan bahan?
menghasilkan satu hasil kerja seni yang pelbagai untuk menghasilkan jalinan, bentuk dan
ton.
Dalam penerokaan terhadap aktiviti menggambar, pelbagai media boleh digunakan dan
disatukan dalam satu hasil kerja. Berikut ialah sebahagian contoh alatan dan media yang
boleh digunakan sebagai aktiviti menggambar:
1. Pelbagai jenis pensil
2. Warna pastel, warna air, warna poster, warna pensil
3. Kapur berwarna
4. Oil pastel
5. Artline atau marker
6. Pelbagai jenis pen
7. Gouche, akrilik, cat minyak
8. Stensil
9. Kolaj
10. Capan, cetakan
11. Lilin
12. Pelbagai jenis cebisan kertas suratkhabar atau majalah
13. Bahan-bahan semulajadi seperti berbagai jenis tumbuh-tumbuhan
14. Sayur-sayuran, dan buah-buahan
15. Penyedut minuman
16. Gunting, pisau lipat, gam
17. Pelbagai jenis berus lukisan, palet/pembancuh warna
Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. Contohnya ialah
seperti pensel, pensel warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas warna, gam,
gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. Media untuk menggambar terdiri daripada dua
jenis iaitu media kering dan media basah. Contoh media kering adalah seperti pensel, pen,
pensel warna, krayon, arang lilin dan ‘comte’. Media basah terdiri daripada cat air, cat
poster, cat minyak dan cat akrilik.
Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai alat dan bahan
untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini membantu
perkembangan kanak-kanak dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi
keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak.
Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar membuat
rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa
idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan
sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara
seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.
Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan membuat
binaan berkaitan dengan proses yang mesti dilakukan dalam menjadikan objek itu
bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga dimensi ini akan mengambil kira
bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk disamping memerhati dan meneliti sfera-
sfera objek yang akan dibuat. Seterusnya menentukan rangka dan rupa bentuk melalui
pertimbangan permukaan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan
garis luar objek. Pada kebiasaannya, sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan
berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini kepada objek realiti.
Latihan
1. Senaraikan alat dan bahan yang sesuai untuk merancang penghasilan sebuah arca
asemblaj.
2. Senaraikan media kering yang sesuai untuk menghasilkan catan dengan
menggunakan kertas lukisan.
1.3 Tema dan kandungan
Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan
Apakah yang anda faham tentang tema dan kandungan?
Tema
Walau apapun yang anda hasilkan dalam pengkaryaan, perkara-perkara berikut akan
menjadi tema atau hal subjek yang penting.
Alam semulajadi dan objek persekitaran
Anda boleh menjadikan objek-objek alam semulajadi ciptaan Tuhan sebagai sumber utama
menghasil karya. Objek yang berupa flora dan fauna menjadi sumber idea dan ilham untuk
menghasilkan produk seni. Daripada objek persekitaran pula, anda boleh lihat objek buatan
manusia terutamanya objek domestik seperti cawan, piring, pinggan senduk, pisau, meja
dan sebagainya. Kesemuanya menjadi tema atau hal subjek dimana peringkat seterusnya
akan melihat dinamik bentuk form, kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi alam dan
kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk.
Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis
Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda yang akhirnya
menzahirkan ilham atau idea mencipta. Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya
menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau pelukis. Menurut Sigmund Freud dan Paul
Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek atau karya melangkaui
batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar
atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam
berkarya. Menurut Freud lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi atau
penggerak minda dalam berkarya.
Aliran dan tema sejagat
Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan kekerapan
manusia mengambil hal subjek yang sering diperkatakan. Dari idea yang pelbagai, keunikan
ciptaan berlaku dan akhirnya mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk.
Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan dalam berkarya menggunakan alam
sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mewujudkan satu kekaguman. Wujudnya 'Non-
objective Art', 'Minimal Art' misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani,
mencabar dan sanggup menerima rintangan.
Keperluan dan pengalaman kehidupan harian
Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain merupakan asas
ciptaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan. Pada bidang yang lebih besar,
manusia mencipta dan membuat kipas, basikal, kereta, keretapi malah jambatan dan objek-
objek gunaan lain yang mewatakkan keperluan asas sebuah masyarakat dan negara. Idea
datang daripada soal desakan untuk mengguna di samping mengatasi sebarang kesulitan
mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan
manusia si pencipta itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta
objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya. Di sekolah
rendah kandungan subjek atau hal benda itu boleh disesuaikan dengan pengalaman sedia
ada kanak-kanak dan pengalaman belajar kanak-kanak dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk merangsangkan dan meningkatkan pembelajaran.
Peristiwa sebenar atau realisme dan romantisme
Rakaman-rakaman peristiwa yang berlaku samada yang berkaitan dengan dunia dan
seisinya atau yang melibatkan fenomena alam. Umpamanya peperangan yang berlaku,
kesan kemiskinan atau sebagainya.
Latihan
1. Mengumpul contoh-contoh karya 4 bidang kegiatan mengikut Tahap 1 dan tahap 2
serta senaraikan tajuk/tema/jenis aktivti, teknik serta alat dan bahan yang digunakan
dalam setiap bidang.
1.4 Teknik – teknik dalam penghasilan karya
Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara menghasilkan
karya dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat
gloss dan lain-lain lagi. Pelbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk
menyapukan bahan cat di atas sesuatu permukaan. Selalunya, sapuan cat akan
menonjolkan karya dan memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian
gambar.
Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan
bahan-bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam
semulajadi ke atas sesuatu permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas
dan boleh bertindih. Selalunya bahan yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi
berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian gambar. Pelbagai media dan bahan
pula boleh digunakan untuk menghasilkan karya seni cetakan boleh digunakan. Untuk jenis
cetakan blok, imej pada blok cetakan disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke
atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan lain adalah seperti cetakan lino, strawboard,
papan lapis dan polyfoam. Gambar boleh diukir di permukaan lino, papan, papan lapis dan
sebagainya. Kemudian, bahan warna disapukan di atas permukaan dan dicetak atas kertas.
Cara gambar diukir dan sifat bahan yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan.
Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan di bawah kategori cetakan. Teknik
Nyatakan teknik-teknik penghasilan karya yang pernah anda praktikkan.
capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan
warna (cat air atau cat poster) dan dicat ke atas sesuatu permukaan. Anda boleh
menghasilkan pelbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis bahan. Contohnya
adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi (sayuran, cengkerang).
Jalinan pelbagai bahan itu akan memberi pelbagai kesan jalinan pada hasil capan.
Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Contohnya
jika anda menggunakan warna air bersama warna lilin atau warna air bersama cow gum.
Warna air tidak akan bercampur dengan warna lilin ataupun cow gum. Dengan teknik ini,
anda boleh menggunakan lilin cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis
atau memadamkan sesuatu kawasan permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh
disapukan di atasnya. Di kawasan yang tidak berlilin, warna air akan diserap. Lilin menolak
warna air itu. Maka terdapat dua kawasan dengan dua jenis kesan. Kadang-kadang titik-titik
warna air sahaja yang tertinggal di atas permukaan lilin dan memberi sesuatu jalinan.
Krayon juga boleh digunakan di peringkat sekolah rendah. Kesan yang lembut atau kasar
akan terhasil di sempadan penemuan lilin atau krayon dan warna air terpulang kepada jenis
lilin atau krayon yang digunakan. Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis.
Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan sesuatu alat
yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan.
Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis- lapis supaya bahan
krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau
plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan
gambar. Pelbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang
berlainan pada garisan yang dihasilkan.
Latihan
1. Cuba anda senaraikan alat dan bahan untuk menghasilkan corak yang tersenarai di
dalam rajah yang diberi:
Corak tidak terancang Alat dan Bahan
Pualaman
Tiupan
Ikatan dan
celupan
Renjisan dan
percikan
1.5 Proses Penghasilan Karya
Nyatakan satu proses penghasilan karya bagi bidang menggambar?
Proses penghasilan karya yang dilakukan oleh seseorang pengkarya adalah sesuatu yang
amat kompleks untuk dihuraikan dengan perkataan. Ia merupakan suatu proses yang
memerlukan masa tanpa had. Beberapa pertimbangan yang wajar dilakukan dalam proses
penghasilan karya ialah seperti berikut;
Pemerhatian secara aktif
Pemerhatian yang aktif amat perlu apabila seseorang itu ingin memulakan sesuatu hasil
kerja seni. Melalui pemerhatian seseorang individu itu dapat mengamati ciri-ciri yang
terdapat pada sesuatu objek yang ingin ditiru atau objek yang dijadikan rujukan dalam
karyanya. pemerhatian yang mendalam dan teliti akan memberi dimensi baru terhadap
sesuatu benda jika individu itu melihat sesuatu objek dari sisi yang lebih kreatif serta dapat
menjelmakan semula aspek estetika yang ingin dirakamkan secara visual. Melihat intipati
sesuatu objek secara mendalam juga dapat memberi maklumat serta makna baru kepada
seseorang, jika objek itu dapat dijelmakan semula sebagai hasil kreatif yang memperlihatkan
nilai estetikanya dari segi bentuk dan makna yang ingin disampaikan. Pemerhatian secara
aktif melibatkan pengetahuan sedia ada, objek yang konkrit, minat, kecenderungan dan latar
belakang murid.
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan juga menjadi aspek yang sangat
penting dalam proses penghasilan karya. Ini adalah kerana melalui interaksi secara
langsung dengan deria seseorang itu dapat mendekatkan diri beliau dengan sesuatu objek
atau hal benda itu dengan lebih intim melalui deria rasa, lihat, sentuh, bau, dan dengar.
Melalui interaksi yang kritis seseorang individu akan cuba untuk memahami dan mengenali
sesuatu benda dengan lebih mendalam dan teliti. Manakala interaksi secara kreatif pula
melibatkan sudut pandangan atau sisi kepada sifat sesuatu benda itu menjadi lebih
mencabar dan menyerlahkan sisi atau sudut pandangan yang berbeza dan menarik. Sudut
pandangan yang dilihat secara kreatif juga akan turut memberikan makna yang berbeza
serta penekanan yang lebih bermakna kepada seseorang. Interaksi yang kritis melibatkan
aspek penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan
sebelum aktiviti penghasilan.
Apresiasi seni visual secara mudah
Apresiasi secara mudah dalam proses penghasilan karya merujuk kepada penilaian
seseorang dalam membuat tanggapan atau meletakkan justifikasi sendiri dalam aspek yang
ingin diamati dan dinilai secara individu atau berkumpulan. Apresiasi yang menekankan
unsur-unsur asas dalam seni menjadi pertimbangan yang penting sebagai asas apresiasi
yang ingin dibuat terhadap sesuatu karya seni atau objek. Penilaian tentang aspek yang
ingin dipertimbangankan itu menjadi asas kepada proses penghasilan agar perancangan
yang dirangka melalui pengembangan idea dapat direalisasikan dengan baik dan sempurna.
Semasa menyediakan aktiviti apresiasi secara mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara
berikut;
1. Terminologi berkaitan unsur-unsur seni
2. Terminologi berkaitan kandungan dan hal benda
3. Penghargaan terhadap hasil kerja pengkarya
4. Refleksi diri terhadap karya
5. Penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai berkaitan dengan kandungan.
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan adalah bagaimana kita membuat
penyataan tentang kecintaan dan sayangi alam ciptaan Tuhan di sekeliling kita.
Penghargaan kita kepada semua aspek kehidupan turut mencakupi tentang nilai-nilai murni
yang ingin disarankan melalui penyataan estetik yang dibuat melalui karya yang dihasilkan.
Pernyataan estetik ini seringkali memberi pengalaman indah kepada pemerhati, justeru
menerapkan perasaan estetik terhadap sesuatu objek. Melalui pengalaman estetik ini akan
membuatkan seseorang individu itu menghargai apa yang ingin disampaikan oleh sesuatu
karya seni. Penghargaan terhadap keindahan tentunya akan menyerlahkan sisi baik
seseorang individu dalam mengharungi aspek kehidupan yang lain, kerana jiwa seni itu
seringkali dikaitkan dengan kehalusan, sensitiviti dan kesedaran untuk membetulkan apa
yang salah. Penghargaan yang tinggi harus diberi kepada usaha pengkarya yang sangat
murni dalam menghargai keindahan dan nilai-nilai yang murni dalam kehidupan kerana
keindahan yang lebih bermakna adalah terhadap kekuasaan yang maha Esa yang
membuatkan manusia sentiasa rasa takjub kepada keindahan alam yang tiada bandingan.
Latihan
1. Buat apresiasi mudah dengan membincangkan unsur-unsur seni yang diaplikasikan
dalam sebuah hasil karya seni yang dipilih.
1.6 Aktiviti-aktiviti Dalam Empat Bidang Kegiatan
Aktiviti bidang mengambar
Pengetahuan asas bagi aktiviti menggambar mempunyai dua unsur yang menjadi tunjang
utama di dalam proses memahami konsep penghasilan seni visual. Dua unsur utama itu
ialah elemen unsur seni dan elemen seni reka atau prinsip seni.
Lukisan merupakan salah satu aktiviti dalam bidang menggambar iaitu satu perbuatan
meletakkan pewarna yang terlarut dalam sejenis bahan pelarut dan dicampurkan dengan
agen pengikat kepada permukaan seperti kertas, kanvas dan sebagainya. Aktiviti membuat
lukisan merupakan pengetahuan awal yang dibuat untuk meluahkan perasaan yang
berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau warna paling minimum. Ia
merupakan karya seni atau kerja seni yang dihasilkan di atas sesuatu permukaan rata yang
mengabungkan garisan dan ton warna. Lukisan yang dilukis adalah menggambarkan aktiviti
dan perasaan pelukis.
Huraikan satu aktiviti dalam bidang membuat corak dan rekaan
Perspektif adalah satu elemen penting bagi menampilkan perbezaan dari segi saiz, warna
dan jalinan bagi sesuatu objek apabila ia berada jauh dari pandangan. Perspektif ialah skala
atau ukuran objek dari pelbagai sudut pandangan yang mempunyai beberapa aspek penting
seperti; garisan horizontal, titik lenyap, tetingkap fokus dan nisbah keemasan.
Aktiviti melukis memberi ruang bagi kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan,
cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa yang boleh membantu mereka dalam
pembelajaran.
Catan ialah aktiviti menggambar dengan menggunakan bahan berwarna atau cat yang
disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata dalam bentuk dua dimensi dengan
menggunakan media basah. Aktiviti ini membolehkan seseorang menyedari serta merakam
kesan cahaya pada bentuk, rupa, ruang, komposisi serta susunan yang terdapat pada alam
sekitar.
Terdapat beberapa elemen yang perlu diberi perhatian dalam aktiviti catan. Antaranya ialah:
- irama
- komposisi
- warna
- sapuan berus
- subjek
Resis pula ialah aktitviti menggambar dengan menggunakan kaedah penolakan bahan
seperti minyak dan air. Penolakan bahan berminyak dan air menghasilkan ciri-ciri unik yang
menarik di atas kertas. Contohnya kertas yang dilakarkan dengan pastel minyak dan di
sapukan dengan cat air akan menghasilkan teknik menggambar seperti batik iaitu bahagian
yang dilakarkan dengan pastel minyak akan menolak warna yang berasaskan air tersebut.
Kaedah resis juga boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti seseorang seperti menggunakan
lilin atau krayon.
Percikan pula adalah teknik menggambar dengan memercikkan warna menggunakan berus
gigi atau berus-berus lain yang sesuai. Aktiviti percikan ini akan menghasilkan corak yang
menarik secara spontan.
Cetakan dalam bidang menggambar ialah proses terapan blok atau plat ke atas permukaan
kertas, kain atau bahan-bahan lain. Cetakan merupakan hasilan imej yang terdapat pada
permukaan blok yang dipindahkan melalui terapan imej yang diukir itu. Blok atau plat yang
mempunyai rekabentuk yang menarik seperti objek berbentuk geometri dan organik atau
huruf akan menjadikan aktiviti cetakan sangat menarik dan mudah untuk dilaksanakan.
Cetakan terbahagi kepada beberapa jenis seperti;
1. Cetakan timbulan
2. Cetakan stensil/sarigrafi
3. Cetakan monoprint
4. Cetakan benam
5. Cetakan planografi/litografi
Terdapat pelbagai jenis bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan cetakan seperti
kayu, strawbod, lino, stensil, profilem, ubi kentang, daun dan sebagainya.
Stensilan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan kertas keras atau tebal,
kepingan plastik yang mempunyai corak dan bentuk. Aktiviti ini membolehkan seseorang
merakam kesan rupa, bentuk, ruang, komposisi, serta susunan secara terancang atau tidak.
Corak yang menarik juga bolh dihasilkan melalui aktiviti stensilan ini.
Gurisan ialah aktiviti menggambar dengan menggunakan kanji yang dicampur dengan
warna air atau poster. Kanji akan bertindak seperti bahan pelekat yang berkilat menjadikan
warna lebih menyerlah. Campuran disapu pada permukaan kertas dengan menggunakan
tangan bagi meratakan warna tersebut, kemudian ia akan diguris-guris dengan
menggunakan objek tajam seperti garfu, sikat dan sebagainya untuk mendapatkan corak
secara tidak terancang. Aktiviti ini mudah dijalankan, tetapi perlu dibuat secara berhati-hati
agar tidak comot.
Capan merupakan aktiviti menggambar paling mudah bagi kanak-kanak dalam kegiatan
seni. pelbagai alat capan boleh digunakan seperti jari, tapak tangan, tapak kaki dan
sebagainya untuk menghasilkan corak yang kreatif. Aktiviti ini sangat menyeronokkan dan
dapat memberi pengalaman yang baru kepada murid sekolah di mana mereka dapat
merasai warna yang digunakan secara langsung.
Konsep bidang menggambar dalam aktiviti kolaj, montaj dan mozek merupakan aktiviti
menampal media lain seperti kertas warna, foto dan bahan-bahan lain di atas kertas lukisan
untuk menghasilkan satu gambaran yang kreatif manakala aktiviti gosokan pula adalah
menyalin semula atau pemindahan corak, jalinan, tekstur, rupa serta reka bentuk
permukaan asal kepada kertas lukisan untuk mendapatkan kesan-kesan yang menarik.
Kolaj ialah aktiviti menggambar dengan menyusun pelbagai jenis bahan seperti bijiran,
kertas warna, daun dan sebagainya di atas prmukaan yang rata seperti kertas, kanvas atau
kadbod dengan menggunakan bahan perekat yang sesuai. Bahan yang dijadikan kolaj itu
boleh dijadikan pelbagai jenis imej atau corak yang menarik.
Montaj ialah satu proses atau aktiviti menghasilkan karya menggunakan kertas warna,
gambar, huruf, dan lain-lain yang ditampal pada sesuatu permukaan yang rata dalam bentuk
dua dimensi dengan menggunakan gam bagi mewujudkan gambaran secara grafik. Aktiviti
ini merupakan asas kepada reka bentuk grafik. Teknik ini membolehkan seseorang
membentuk serta merakamkan gambaran dalam pelbagai bentuk, rupa, ruang, komposisi
serta susunan yang terdapat pada alam sekitar atau objek.
Mozek ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan kertas berwarna yang
dipotong kecil seperti jubin di mana ia ditampal ke atas sesuatu permukaan rata dalam
bentuk dua dimensi dengan menggunakan gam bagi mewujudkan gambaran secara grafik.
Gosokan ialah proses menghasilkan karya seni dengan menggunakan teknik gosokan
media kering di atas kertas lukisan yang diterap di atas permukaan yang mempunyai jalinan
timbul yang kasar dan ketara. Permukaan atau jalinan bahan-bahan seperti kulit pokok, duit
syiling, cermin tingkap yang kasar akan terbentuk pada kertas lukisan apabila warna yang
digosok berlapikkan kertas tersebut dilakukan. Bahan tekstur yang diperolehi dari jalinan
permukaan yang disalin secara gosokan itu boleh dijadikan bahan seni yang menarik
apabila menghasilkan karya menggambar secara kolaj.
Aktiviti membuat corak dan rekaan pula melibatkan banyak aktiviti yang menarik. Membuat
corak dan rekaan secara tidak terancang melibatkan aktiviti seperti pualaman.
Pualaman atau putaran warna secara spontan, iaitu dengan menekap kertas lukisan pada
permukaan warna yang terapung di permukaan minyak. Campuran warna yang dititis pada
permukaan minyak akan terapung dan diputarkan secara rawak dengan menggunakan lidi
untuk menghasilkan corak tidak terancang.
Tiupan ialah hasil karya seni yang ringkas iaitu dengan meniup warna air yang dititis di atas
permukaan kertas. Warna air yang ditiup itu akan terpecah dan tersebar secara rawak di
atas permukaan kertas dan menghasilkan reka corak tidak terancang yang menarik jika
pilihan warna yang sesuai dibuat. Teknik tiupan ini boleh dilakukan dengan menggunakan
mulut dan straw sahaja.
Titisan ialah aktiviti ringkas untuk menghasilkan corak tidak terancang. Warna air akan
dititiskan pada permukaan kertas yang basah untuk menghasilkan gubahan corak tidak
terancang yang menarik dan unik.
Ikatan dan celupan adalah kaedah membuat corak tidak terancang yang menggunakan
kain kapas yang nipis atau kertas tisu yang diikat dengan cara tertentu untuk mendapatkan
corak yang diingini. Kertas atau kain yang diikat itu akan direndam didalam pewarna seperti
warna batik yang akan meninggalkan kesan warna yang menarik setelah ikatan tersebut
dibuka.
Renjisan dan percikan juga dapat mewujudkan corak tidak terancang yang menarik melalui
kaedah merenjis atau memercikkan warna secara spontan di atas permukaan kertas yang
kering. Daun-daun dengan rupa yang menarik boleh diletakkan di atas permukaan kertas
bagi membentuk imej daun yang berlatar belakangkan warna-warna renjisan yang menarik.
Aktiviti membentuk dan membuat binaan ialah salah satu bidang seni visual yang boleh
dilakukan seperti membuat arca tiga dimensi dengan menggunakan bahan seperti plaster of
paris, plastersin, lilin, kayu, dawai, tanah liat, doh, span, sabun dan sebagainya.
Arca asemblaj adalah gabungan bahan-bahan terbuang yang diolah menjadi karya seni
yang menarik. Pembentukan dan pembinaan arca asemblaj terbentuk daripada hasil
cantuman bahan-bahan tiga dimensi yang semulajadi atau buatan manusia yang disatukan
menjadi objek seni yang tersendiri. Pelbagai bahan terbuang boleh diolah semula menjadi
karya-karya hebat jika dirancang secara kreatif dan inovatif.
Mobail ialah arca yang boleh bergerak secara kinetik. Mobail direka untuk menghasilkan
pergerakan yang berirama dan berubah-ubah. Mobail mementingkan keseimbangan,
bentuk, warna, reka bentuk dan ruang.
Kraf tradisional alat domestik merupakan barangan berfungsi tetapi boleh dijadikan barang
perhiasan yang menarik seperti barangan tembikar, tekat, ukiran, keris, wau dan
sebagainya. Terdapat juga alat perhiasan diri seperti rancai, cincin, pending, keronsang
yang boleh direka semula menggunakan bahan-bahan seperti kadbod, manik dan sebagai
aktiviti karya seni yang menarik. Antara aktiviti kraf yang sering dijalankan disekolah adalah
anyaman dengan menggunakan kertas warna atau riben. Barangan tembikar juga boleh
dihasilkan dengan menggunakan papier mache atau tanah liat. Manakala wau atau kuda
kepang boleh dihasilkan dengan menggunakan kertas kadbod yang dipotong dan dilukis
corak yang sesuai di atasnya bagi menyerupai kraf sebenar.
Latihan
1. Senaraikan lima aktiviti seni dalam bidang membentuk dan membuat binaan yang
paling sesuai mengikut murid tahap 1.
2. Nyatakan lima teknik penghasilan berasaskan bahan terbuang yang sesuai
dijalankan di dalam bilik darjah.