Click here to load reader

TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi - · PDF fileUntuk mengambil gambar dalam cahaya matahari terang dan bayang- bayang yang nyata. ... Dewan Bahasa dan Pustaka 2.7 UNIT 4 : Soalan Tutorial

  • View
    225

  • Download
    1

Embed Size (px)

Text of TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi - · PDF fileUntuk mengambil gambar dalam cahaya matahari...

  • 12 4-

    TAJUK 2 Prinsip Asas Fotografi

    Cuba anda fikirkan

    Sejauh manakah fotografi penting dalam proses pembinaan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran. Pada asasnya kamera sama saja, sama ada dari jenis yang murah mahupun yang mahal. Secara kasarnya kamera adalah sebuah kotak yang mempunyai lubang untuk mengawal cahaya pada satu bahagian dan mempunyai ruang untuk meletakkan filem dibahagian yang lainnya. Lubang ini membolehkan cahaya masuk ke dalam kotak dan menyinari filem yang telah sedia dimasukkan untuk membentuk imej. Ada beberapa jenis kamera yang terdapat di pasaran. Antaranya ialah kamera piring (disk), kamera segera (instant), kamera katrij ( cartridge), kamera pembalikan (reflects) dan kamera format besar (large format view). Semakin kompleks binaan/struktur sesebuah kamera, semakin lengkap mekanismanya. Kelengkapan serta kecekapan mekanisma ini akan turut memberi kesan terhadap hasil fotograf yang dihasilkan. Untuk menghasilkan kerja yang sempurna, sesebuah kamera mestilah mempunyai :

    a. Satu alat memandang yang membolehkan pengguna mengarahkan kamera itu kepada sasarannya. Bahagian ini dinamakan tingkap penilik pandang.

    b. Lubang yang dipanggil aperture untuk membolehkan cahaya masuk ke

    dalam kamera.

    c. Lensa untuk menerima cahaya dan memancarkan imej ke atas filem.

    d. Alat penutup dan pembuka lensa yang boleh diubahsuai dinamakan shutter.

    e. Satu punat yang dinamakan pelepas shutter, yang apabila ditekan, akan

    dibuka sekejap, cukup untuk membolehkan cahaya masuk bagi membuat imej ke atas filem.

    f. Filem dengan permukaannya yang sensitif mengadap lensa.

    g. Alat untuk menggulung filem.

  • 13 4-

    h. Mekanisma fokus untuk mengubah lensa ke belakang dan ke depan supaya ia dapat memancar imej dengan terang.

    2.1 Jenis-jenis kamera

    Kamera Fokus Tetap Kamera jenis ini tidak mempunyai mekanisma fokus. Yang ada hanya sebuah penilik pandangan yang kedudukannya jauh sedikit dari lensa. Kebanyakan kamera jenis ini mempunyai aperture tetap dan tak boleh diubahsuai. Tetapi ada juga kamera jenis ini yang mempunyai aperture pelaras yang mudah yang ditandakan dengan lambang-lambang seperti berikut:

    Rajah 2.1 : Kamera Fokus tetap

    Untuk mengambil gambar dalam cahaya matahari terang dan bayang- bayang yang nyata.

    Untuk mengambil gambar dalam cahaya terang bermega dengan bayang-bayang samar

    Untuk mengambil gambar dalam cahaya mendung dengan sedikit bayang-bayang

  • 14 4-

    Rujuk cakera padat yang dibekalkan

    Klik start dan cari program fotocop dan klik fotografi kemudian pilih menu utama fotografi dan lihat penjelasan mengenai jenis-jenis kamera dan sejarah ringkas mengenai kamera. Kemudian anda bincangkan dengan rakan anda jenis-jenis kamera yang terdapat di pasaran masa kini. Kamera Pencari Jarak Padu

    Kamera ini mempunyai mekanisma fokus pada lensa dan bentuknya hampir sama dengan kemara fokus tetap. Mekanisma fokus membolehkan jurufoto mengubahsuai lensa untuk mendapkan imej yang jelas dan tajam. Rajah 2.2 : Kamera Pencari Jarak Padu Kamera Satu Lensa Refleks (SLR) Kamera SLR tidak mempunyai tingkap penilik pandang disebelah depannya. Ia hanya mempunyai tingkap menenang di sebelah belakang. Imej yang dilihat pada tingkap penilik pandangan masuk melalui lensa yang memancarkan imej ke filem. Ia dilengkapkan dengan sistem lensa yang boleh ditukar ganti. Lensa boleh ditukar walau pun kamera sudah diisi filem, tanpa merosakkan filem. Ia juga boleh menggunakan lensa telefoto, lensa sudut luas ( wide angle lens), lensa mikro ( micro lens), dan alat tambahan lain.

  • 15 4-

    Rajah 2.3 (i),(ii), (iii) : Kamera Satu Lansa Refleks Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)

  • 16 4-

    Kamera Format Sederhana Kamera jenis ini menggunakan filem saiz 120 atau 220 yang mempunyai ukuran bidang 60 mm x 60 mm. Bentuk kamera adalah besar dan berat. Ia boleh terdapat dalam jenis SLR dan TLR ( Twin Lens Reflex). Jenis TLR mempunyai dua kanta serupa yang dipasang di atas satu sama lain. Kanta teratas digunakan sebagai pemidang tilik dan kanta dibawahnya bertugas sebagai kanta objektif. Rajah 2.4 : Kamera Format Sederhana Sumber : Razali Nor (1996 ) Rajah 2.5 : Kamera Format Sederhana Sumber : Razali Nor (1996)

  • 17 4-

    Kamera Format Besar Kamera format besar ialah kamera yang menggunakan filem yang lebih besar daripada 120/220. Oleh kerana bentuk kameranya besar, maka kamera jenis ini selalunya digunakan oleh jurugambar profesional dalam studio untuk mendapatkan kualiti gambarfoto yang maksimum. Kamera Format Besar Rajah 2.6 : Kamera Format Besar

    Rehat

    Syabas! Anda telah mempelajari beberapa jenis kamera. Bincang dengan rakan anda kelebihan-kelebihan yang ada pada setiap jenis kamera.

  • 18 4-

    Kamera Segera Kamera jenis ini boleh menghasilkan foto dan slaid dalam jangka masa yang singkat, iaitu antara satu hingga dua minit sahaja. Permukaan filem khas untuk kamera ini disaluti oleh satu bentuk bahan kimia yang dapat memproseskan imej menjadi positif dengan capat.

    Rajah 2.7 : Kamera Segera ( Polaroid) Sumber : Sharifah Alwiah Alsagoff (1992)

    Latihan 2.1.

    Berdasarkan bacaan anda, nilaikan sejauh manakah terdapat perbezaan antara fungsi-fungsi kamera format sederhana dengan kamera format besar?

  • 19 4-

    2.2 Bahagian- bahagian kamera

    Kanta Kanta digunakan untuk membentuk imej yang jelas di atas permukaan filem di dalam kamera. Ciri utama sesebuah kamera ialah jarak fokusnya. Kanta yang berlainan jarak fokus digunakan untuk membentuk imej yang berlainan saiz di atas filem. Jarak fokus kanta disukat dalam unit mm. Jarak fokus normal akan membentuk satu saiz imej biasa pada mana-mana jenis kamera yang digunakan. Jarak fokus normal adalah berbeza mengikut saiz filem masing-masing:

    Saiz filem Jarak fokus normal 110 25 mm

    126/127 45 mm 35 50 mm 120 75 mm

    Jenis-jenis kanta a. Lensa Bidang Luas ( Wide Angle Lens)

    Ukurannya 6 mm 45 mm. Digunakan untuk pengambaran pemandangan atau tempat-tempat keluasannya terhad bagi jurukamera. Pemandangan jauh yang luas.

    b. Lensa biasa ( Standard/ Normal Lens)

    Ukurannya 43 mm 50 mm. Paling banyak digunakan. Sudut pandangan disesuaikan dengan pandangan biasa mata.

    c. Lensa Foto Jauh ( Telefoto)

    85 mm 120 mm Untuk gambar potret. 135 mm 200 mm Sesuai untuk sukan 300 mm 600 mm pergerakan, alam semulajadi, penghidupan

    liar

    d. Lensa Zoom

    Lensa zoom ialah kanta yang mengandungi gabungan beberapa jenis kanta pada satu unit sama ada gabungan sudut luas ke normal ataupuan normal ke sudut jauh. Kanta zoom berguna pada subjek-subjek yang berubah dengan cepat dan jurugambar tidak ada masa untuk menukarkan kepada kanta-kanta yang berlainan pada kameranya. 28 mm - 50 mm sudut luas ke normal 50 mm 100 mm normal ke sederhana 70 mm 200 mm normal ke jauh 135 mm 300 mm sederhana ke jauh

  • 20 4-

    Rajah 2.8 : Lensa Zoom Sumber : Cakera padat Pengatup / shutter

    Penngatup atau shutter adalah sebuah tingkap yang menutup permukaan filem daripada terkena cahaya. Tingkap pengatup akan hanya dibuka untuk jangka masa dedahan tertentu yang sesuai untuk mendapatkan gambarfoto yang baik. Indeks kelajuan pengatup ditunjukkan dengan nagka-angka B, 1, 2, 4, 6, 15, 30, 60, 125, 250, 500, 1000 dan 2000 yang memberi maksud setiap tanda 1 menunjukkan kecepatan 1/1 saat kelajuan pengatup untuk membenarkan cahaya daripada apertur masuk ke adalam filem. Lebih besar indeks kelajuan maka lebih singkat masa dedahan dibenarkan dan lebih kecil indeks kelajuan pengatup maka lebih lama dedahan dibenarkan.

    Rajah 2.9 : Pelepas shutter/Kelajuan pelapas

  • 21 4-

    Apertur ( Dedahan Cahaya)

    Apertur ialah gegelang yang boleh membesar dan mengecil, berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya yang akan menuju ke filem. Skil di gelang apertur ini berukuran / ditanda dengan f atau f/stops. Skil pada gegelang akan ditanda dengan 2.8/3.8, 4, 5.6, 8, 11, 16, 22. Skil bergantung kepada lensa yang digunakan. Nombor yang kecil saiz bukaannya besar, sementara nombor yang besar (f22) zaiz bukaannya kecil.

    F2.8/3.8 f4 f5.6 f8 f11 f16 f22 Rajah 2.10 : Aperture (Dedahan Cahaya)

    Rajah 2.11 : Skala Apertur Fokus Fokus adalah satu proses untuk mengubah jarak kanta dari permukaan filem supaya satu imej subjek yang jelas akan terbentuk di atas permukaan filem. Proses ini dilakukan dengan cara memutar pelaras fokus kanta ke kiri atau ke kanan, sambil jurugambar melihat subjek pada pemidang tilik. Jenis imej bertindan akan menunjukan dua imej sekiranya kanta berada di luar fokus. Imej akan menjadi satu apabila fokusnya tepat.

  • 22 4-

    Rajah 2.12 : Skala Fokus

    Filem Filem adalah kepingan plastik khas yang mempunyai satu permukaan bahan kimia peka cahaya. Bahan kimia tersebut akan membentuk imej apabila cahaya dibiarkan jatuh ke atasnya. Kepekaan filem disukat berdasarkan beberapa skala seperti ASA ( American Standard Association), JIS ( Japan Industrial Standards), DIN ( Deutche Industrie Norme) dan ISO ( International Standards organisations). Rajah 2.13 : Jenis Filem

  • 23 4-

    Jenis-jenis Filem Filem hitam-putih Negatif hitam putih membuat

Search related