30
TAJUK 3 ISU-ISU ETIKA GURU P.H LAU JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM EDU 3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

TAJUK 3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tajuk 3

Citation preview

TAJUK 3 ISU-ISU ETIKA GURU P.H LAU JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

TAJUK 3ISU-ISU ETIKA GURU

P.H LAUJABATAN ILMU PENDIDIKAN IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

EDU 3083ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

Isu-isu Etika GuruMaksud Etika GuruIsu-isu Etika GuruKesantunan guruKepedulian guruPenampilan guruBerniaga di sekolahKerjaya sambilanPengurusan masaPengurusan kewanganpengenalanBagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionlisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam.Namim begitu, terdapat juga beberapa isu etika guru yang wujud kerana faktor-faktor tertentu yang menyebabkan seseorang guru itu melakukan perbuatan yang tidak beretika serta bercanggah dengan prinsip-prinsip etika yang diamalkan sebagai seseorang penjawat awam.Isu EtikaIsu etika guru merujuk kepada suatu perkara mengenai perilaku guru yang difikirkan dan dibincangkan secara terbuka dan isu ini boleh menjadi suatu masalah.Isu kesantunan guruKesantunan merujuk kepada tatacara, adat atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Kesantunan melibatkan perlakuan verbal ataupun nonverbal.Kesantunan memperlihatkan sikap yang mengandungi nilai sopan santun atau etiket dalam pergaulan harian. Kesantunan biasanya bipolar, iaitu memiliki hubungan dua hala.Guru yang merupakan pembina modal insan perlu menghayati bahawa seseorang insan begitu bermakna apabila di dalam dirinya memiliki perlakuan yang baik yang lahir daripada hati yang suci dan bersih.Setiap guru wajib mempamerkan perlakuan yang santun menerusi kata-katanya dan mahir berkomunikasi dengan menggunakan peraturan-peraturan berbahasa serta mengawal tingkah lakunya.Kesantunan berbahasa yang perlu dipatuhi oleh setiap guruKata-katanya mengandungi maksud ujaran yang jujur, ikhlas dan benar.Menggunakan intonasi suara yang sesuai dengan maksud ujarannya dan menjauh intonasi yang meninggi yang mengambarkan kesombongan dan marah yang tidak mampu dikawal.Memilih pengunaan kata ganti nama diri dan sistem panggilan serta sapaan yang tepat yang menghormati pihak yang mendengar.Tidak membolot perbualan, tidak mencelah percakapan orang lain dan mementingkan diri dan pandangan sendiri sahaja.Menggunakan strategi yang sesuai dalam menyatakan maksud bagi mengelakkan pihak mendengar tersinggung.Mematuhi peraturan berbahasa yang menepati masyarakat di mana guru berada.Kesantunan nonverbalKesantunan nonverbal melibatkan perlakuan seperti berikut :

Gaya berpakaianCara dudukCara berhubung dengan pihak lain seperti senyum, salam dan beramah tamah.

Garis panduan ciri kesantunan guruIkhlas, jujur, baik hati, penyayang dan sanggup berkorban.Bersyukur dan berterima kasih atas nikmat dan kebaikan yang diperoleh.Berani, tegas dan mampu membetulkan perkara-perkara keji daripada berlaku.Menghargai dan menghormati pihak lain walaupun kalangan yang lebih muda, cacat, miskin dan kurang cerdas.Menggunakan kata-kata untuk perkara-perkara yang baik dan bukan untuk menyakiti pihak lain.Peramah, pemurah dan bersedia membaiki kelemahan diri.Isu kepedulian guruDefinisi

Perwakilan komposit perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi terhadap sesuatu isu atau tugas. ----- Hall, George & Rutherford (1977)

Persoalan-persoalan, keraguan dan kemungkinan tentangan pihak guru apabila menghadapi situasi baharu atau tuntutan yang kian mencabar. ----- Van den Berg & Ross (1999)

Kuasa-kuasa yang akan menggerakkan suatu proses perubahan, iaitu perubahan yang wujud dalam kepedulian beberapa orang tentang sesuatu yang tidak betul dan ada orang yang harus berbuat sesuatu mengenainya. ----- Havelock (1995)Kesimpulan Kepedulian guru merujuk kepada perasaan, pemikiran dan perhatian yang diberi oleh guru terhadap isu atau tugasnya.Apakah kepedulian guru dalam bilik darjah ?Guru yang peduli akan menumpukan perhatian mereka terhadap pelajarnya.

Guru yang peduli akan melakukan tindakan-tindakan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelajar yang belum dipenuhi.

Guru yang peduli mementingkan perkembangan pelajarnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Guru yang peduli dapat mengeratkan hubungan dengan pelajar, prihatin selain mendengar pandangan pelajar, mewujudkan suasana yang kondusif, memahami pelajarnya secara individu, berempati dan memenuhi keperluan akademik dan emosi pelajar.

Kajian Fuller (1974) mengenal pasti tiga kelompok kepedulian, iaitu :

Penyempurnaan diri

Tugas-tugas pengajaran

Impak pengajaranPenyempurnaan diriKepedulian dari segi penyempurnaan diri lebih biasa dirujuk kepada kepedulian kelangsungan hidup (survival) yang sering dihadapi oleh guru permulaan dan antara aspek yang terangkum dalam kepedulian guru adalah :

Persetujuan penyeliaSokongan pentadiranHubungan dengan guru-guru lainKandungan subjekMasalah disiplinTugas-tugas pengajaranGuru mengambil peduli tentang bahan pengajaran / kaedah yang efektif dan beban tugas spesifik. Guru bimbang tentang perasaan pelajar terhadap mereka dan mengambil berat tentang penilaian pembelajaran pelajarImpak pengajaranTumpuan kepada pelajar secara menyeluruhLebih berkeyakinan terhadap kebolehan mengajar mereka, persekitaran bilik darjah dan hubungan dengan sekolah dan pelajar.Guru lebih berfokus kepada keperluan pelajar dan penambahbaikan pendidikan.Guru ambil peduli tentang peningkatan profesional diri dan isu-isu etika dalam sistem pendidikan yang boleh memberi kesan kepada pelajar.Apakah kepedulian guru pelatih ?Aspek pengalaman

Pemerhatian oleh penyelia

Mengekalkan disiplin yang baik

Bebanan tugas

Masalah kontekstual (di mana lokasi bahan-bahan, bagaimana mengambil tahu guru lain, dan pergerakan dalam persekitaran baharu)

Penelitian pilihan kerjaya

Persepsi pengajaran keseluruhanPenampilan guruDefinisiTret-tret perwatakan dan personaliti yang dianggap perlu untuk kejayaan seseorang guru. Tret-tret termasuklah aspek-aspek tanggungjawab, kebergantungan, kreativiti, empati dan profesionalisme. --- Stewart (2005)

Ciri-ciri peribadi yang dimiliki oleh guru termasuklah skap, kepercayaan, minat, apresiasi dan nilai-nilai.

Kini, ia dirujuk sebagai standard-standard, iaitu semua guru permulaan harus tahu, bertindak sedia kala dan boleh melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab tanpa mengambil kira kandungan m/pelajaran atau tahap gred yang diajar.

Howard (2007) menghuraikan empat ciri utama penampilan guru iaitu :

Penampilan untuk perbezaan

Penampilan untuk berdialog

Disilusi (Disillusionment)

demokrasi

Penampilan untuk perbezaanGuru perlu mempunyai tahap keterampilan berasaskan budaya, iaitu satu kebolehan untuk mengenal pasti dan mengiktiraf pelbagai realiti yang wujudkan di dalam bilik darjah yang mempunyai pelbagai budaya. Hal itu juga menunjukkan guru berada pada tahap selesa terhadap ciri-ciri seperti bangsa, agama dan jantina.

Guru yang dapat tampil dalam situasi budaya yang berbeza merupakan elemen utama untuk menjadi guru efektif dan merupakan pengaruh positif terhadap kehidupan pelajar.Penampilan untuk berdialogPenampilan untuk berdialog menunjukkan guru mempunyai minat dan keinginan tahu terhadap orang lain dan hal ini merujuk kepada kerelaan untuk meneroka persamaan dan perbezaan yang berada antara individu.

Howard mengenal pasti dua jenis penampilan untuk berdialog, iaitu :

Dialog profesional antara rakan sejawat Dialog di dalam bilik darjah Disilusi (Disillusionment)Guru yang dapat tampil untuk menghadapi kekecewaan merupakan guru yang menunjukkan keterbukaan melihat luar daripada budaya sendiri dan kebolehan untuk meneliti kepercayaan serta pandangan luar.

Mengikut Howard (2007) guru yang dapat meneroka dan mengetepikan ilusi (khayalan) adalah lebih responsif dari segi budaya dalam persekitaran pelbagai. demokrasiGuru yang mempunyai penampilan diri yang efektif merupakan mereka yang dapat mengenal past kepentingan demokrasi yakni semua pelajar mempunyai peluang yang sama untuk melibatkan diri dalam apa jua aktiviti. Guru bersikap terbka dan memberikan peluang kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam proses P&P.Berniaga di sekolah Berniaga bukan bertempat di sekolah. Guru harus melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik di dalam bilik darjah bukannya sebagai peniaga. Kerja sambilanGuru yang ingin bekerja samblan perlu memohon kebenaran. Kerja sambilan termasuk tuisyen, kelas tambahan online, menyampaikan ceramah di luar waktu kerja. Guru perlu patuh kepada Kod Etika Guru dan tidak menerima wang bayaran kelas tuisyen murid yang diajar di sekolah.Pengurusan masaPengurusan masa ialah perancangan masa yang berkesan sama ada secara harian, mingguan atau jangka masa panjang untuk memberikan masa bagi aktiviti kuliah, belajar, riadah, tanggungjawab peribadi dan rehat.

Pengurusan masa melibatkan dua dimensi, iaitu :

Pengurusan masa guru sendiriMenanamkan aspek kepentingan pengurusan masa dalam kalangan pelajarPengurusan kewanganPengurusan kewangan dilihat dari dua sudut, iaitu :Mengurus wang semasa bertugasMengurus kewangan diri dan keluarga

Guru perlu mempunyai akauntabiliti terhadap wang yang dikutip dan dalam jagaannya. Jika disimpan dan diurus dengan cekap, guru akan selamat.

Guru harus sentiasa mengamalkan sifat kemuliaan kesederhanaan serta kebijaksanaan berhemat dalam pengurusan kewangan diri dan keluarga.Sekian, terima kasih