TAJUK 4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tauk 4

Citation preview

TAJUK 4 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU P.H LAU JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM EDU 3108 ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESION GURU

TAJUK 4PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU

P.H LAUJABATAN ILMU PENDIDIKANIPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

EDU 3108ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESION GURU

Peringkat peringkat Perkembangan GuruPengertian Peringkat Perkembangan GuruTeori PeringkatTeori Keprihatian(Fuller, 1969)Lima Peringkat Perkembangan Guru(Trotter, 1986)DiriTugasImpakNovisN. LanjutanCekapMahirPakarPerbezaan antaraNovis dengan PakarImplikasi kepada GurupengenalanMenjadi seorang guru yang berjaya mengambil masa, anda perlu mengamalkan sikap ingin belajar untuk mengajar sebagai proses Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Seni pengajaran boleh dipelajari dan merupakan gabungan pengetahuan, pengalaman praktikal serta ketelitian dan refleksi terhadap amalan diri

Teori peringkat-peringkat perkembangan guruPerbincangan akan bertumpu kepada teori berikut :

Teori Keprihatian (Fuller, 1969)Lima Peringkat Perkembangan Guru (Trotter, 1986)Teori keperihatian fuller (1969)Fuller merupakan pengkaji pendidikan guru yang terawal mengemukan teori yang mencadangkan kefungsian guru-guru melalui peringkat-peringkat perkembangan. Beliau mengemukakan Teori Keperihatian (Conserns Theory) yang cuba menjelaskan persepsi, kebimbangan, masalah, ketidakpuasan dan kepuasan yang dialami oleh guru praperkhidmatan sepanjang tempoh program latihan keguruan yang diikuti oleh mereka. Definisi Keperihatian didefinisikan sebagai tanggapan guru/sesuatu yang dianggap sebagai masalah atau sesuatu yang selalu difikirkan oleh guru dan ingin membuat sesuatu terhadapnya.Teori Keprihatian menkonsep sikap perkembangan guru sebagai proses yang dilalui oleh guru dari peringkat-peringkat berikut :Peringkat Keprihatian Terhadap Diri/Kemandian DiriPeringkat Keprihatian Terhadap TugasPeringkat ImpakPeringkat keprihatian terhadap diri / kemandian diriGuru berasa bimbang tentang kemampuan diri untuk mengawal kelas dan apa jua yang akan diperkatakan oleh ibu bapa serta guru-guru lain.Peringkat keprihatian terhadap tugasPeringkat perkembangan kedua, iaitu keprihatian guru adalah terhadap memperbaiki pengajarannya serta menguasai isi kandungan mata pelajaran.Peringkat impakPada peringkat ini, guru mula memberikan perhatian kepada kesan pengajarannya terhadap pembelajaran pelajar-pelajarnya. Guru melihat pelajarnya sebagai individu yang mempunyai potensi serta mempunyai pelbagai keperluan.rumusanSokongan emosi, sosial dan fizikal yang diterima oleh seseorang guru pada setiap peringkat perkembangan memainkan peranan yang penting untuk memastikan peringkat kemandirian diri bergerak ke peringkat tugas dan seterusnya ke peringkat impak. Pengetahuan yang tidak mencukupi ataupun kekurangan sokongan emosi ketika menjalankan latihan mengajar boleh menyebabkan kegagalan atau melambatkan pergerakan dari peringkat kemandirian diri ke peringkat seterusnya.Perubahan kepada persekitaran pembelajaran seperti perubahan kurikulum, perubahan tahap kelas yang diajar dan perubahan tempat bertugas boleh menyebabkan peringkat perkembangan guru berbalik ke peringkat yang lebih rendah.

Lima peringkat perkembangan guru trotter (1986)Lima peringkat adalah seperti berikutPeringkat novisPeringkat novis lanjutanPeringkat cekapPeringkat mahirPeringkat pakarPeringkat perkembangan guru dan jangka masa yang diambil1351015novisNovis LanjutanCekapMahirPakarPeringkat novisMula mempelajari cara mengajar.Mempelajari fakta, konsep dan peraturan asas pengajaran.Masih belum dapat menangani tugas-tugas harian seorang guru.Dapat membentuk satu peta kognitif tentang tugas-tugas am seorang guru profesional melalui kursus yang ditawarkan dalam program Ijazah Perguruan.

Guru novis lanjutanMenambah dan memantapkan kefahaman fakta, konsep, prinsip-prinsip berkaitan pengajaran dan pembelajaran.Pengalaman awal kepada amalan bilik darjah membantu membina keyakinan diri.Bimbingan guru mentor amat penting dalam mengekalkan minat dan motivasi guru novis lanjutan.Guru cekapGuru yang memiliki kelayakan ikhtisas.Lebih memberikan fokus kepada pembelajaran murid.Memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai situasi dan juga situasi khusus.Memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar yang berbeza.Guru mahirMahir dalam bidangnyaGolongan yang diingati dan disanjungi oleh bekas pelajar.Gaya lancar dan spontan yang membolehkannya membuat keputusan berdasarkan intuisi.Kaya dengan pengalaman dan dapat menganalisis serta menyusun maklumat yang kompleks berkaitan sesuatu situasi pembelajaran secara kreatif dan unik.Perjalanan dari novis ke pakar ---implikasi kepada guruProfesion keguruan merupakan suatu perjalanan. Proses yang dilalui sepanjang perjalanan lebih membawa makna jika dirancang dan dibuat persediaan pada peringkat awal lagi.Berliner (1988) menyatakan hanya segelintir kaum guru berjaya menamatkan perjalanan kerjaya keguruannya hingga ke peringkat guru pakar. Lee Shuman (1986,1987) mengutarakan satu kerangka konseptual yang dijadikan panduan kepada pendidik guru dalam perbincangan berkaitan kualiti seorang guru yang kompeten. Kecekapan seseorang guru harus mengambil kira tujuh teras pengetahuan, iaitu :Pengetahuan isi kandunganPengetahuan pedagogi amPengetahuan kurikulumPengetahuan kandungan pedagogiPengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri pelajarPengetahuan tentang konteks pendidikanPengetahuan tentang falsafah, matlamat dan nilai pendidikanPengetahuan kandungan pedagogi merupakan kebolehan seseorang guru untuk menyampaikan kefahaman isi kandungannya melalui pelbagai strategi dan kaedah pengajaran agar pelajar dapat mencapai kefahaman dan menunjukkan pencapaian dalam pembelajaran tersebut.Ciri-ciri yang membezakan guru novis dengan guru pakarGuru NovisPengetahuan isi kandungan adalah diskret / berasinganTindakan pedagogi adalah terhad, menjurus kepada kaedah penyampaian pengetahuan dan prestasi pengajaran.

Guru PakarPengetahuan isi kandungan yang mendalam dan dapat mengaitkan dengan konteks yang berbeza secara bersepadu.Tindakan pedagogi adalah lebih luas, interaktif dan pelbagai.Mengajar dengan mengambil kira cara pelajar belajar, cara pelajar membina konsep dalam perwakilan struktur kognitifnya.Memberikan fokus kepada pengetahuan sedia ada, pemikiran pelajar dan boleh mengubahsuai perancangan kurikulumnya secara mental agar bersesuaian dengan keperluan konterks.

Proses transisi guru novis ke peringkat lebih maju perkara yang harus diberikan penekananSokongan dan bimbingan yang perlu diterima semasa mengikuti program keguruan.Latihan atau aktiviti perlu menjurus kepada perkembangan domain pengetahuan yang spesifik agar dapat meningkatkan kemahiran pengalaman dan membuat perwakilan proses P&P di dalam bilik darjah yang mantap.Kursus-kursus yang ditawarkan dalam program latihan keguruan menyeimbangkan teori dan amali kerana latihan praktikal membenarkan pengalaman langsung serta pembelajaran secara aktif atau hands-on.Untuk menghayati pengurusan bilik darjah, seseorang novis didedahkan kepad pengalaman terancang (contohnya, analisis kajian kes, senario bilik darjah), pegalaman vikarious (contohnya, memerhati guru mentor mengendalikan kelas), pengalaman simulasi (contohnya, main peranan/pengajaran mikro & makro) di mana perbincangan boleh berfokus kepada masalah disiplin atau isu akademik yang spesifik.Sekian, terima kasih