Upload
others
View
9
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TAJUK/NAMA INOVASINAMA KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI
PENGENALAN
Latar belakang ringkas perkhidmatan.
Sistem Bank Inovasi adalah satu sistem aplikasi sokongan yang penting
dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri
(ICU JPM) untuk memberi kemudahan kepada warga ICU JPM menyalurkan
cadangan dan cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan
produktiviti penyampaian perkhidmatan dan membantu memudahkan pelaporan
penghasilan inovasi oleh pihak pengurusan ICU JPM.
Ia merupakan pengkalan data inovasi bagi menyimpan dan mengurus segala
idea-idea kreatif atau inovasi yang dihasilkan di ICU JPM. Idea-idea yang
dicetuskan oleh warga ICU JPM diperoleh dari dalam dan luar atau melalui
proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea baru atau diadaptasi
untuk diguna.
LAPORAN INOVASI
Tujuan Sistem Bank Inovasi
Menyediakan pengkalan data yang sesuai bagi menyimpan dan mengurus
idea, ilmu dan inovasi yang dihasilkan. Pengurusan ilmu yang berkesan akan
membolehkan warga organisasi berkongsi dan menambah nilai pengkalan
ilmu yang dihasilkan dalam proses pencetusan inovasi.
Sebagai mekanisme untuk menggalakkan pengumpulan cadangan daripada
warga organisasi yang boleh menghasilkan inovasi atau peningkatan proses
kerja yang bernilai tinggi.
TAJUK/NAMA INOVASINAMA KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI
PENGENALAN
Latar belakang ringkas perkhidmatan.
Sistem Bank Inovasi adalah satu sistem aplikasi sokongan yang penting
dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri
(ICU JPM) untuk memberi kemudahan kepada warga ICU JPM menyalurkan
cadangan dan cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan
produktiviti penyampaian perkhidmatan dan membantu memudahkan pelaporan
penghasilan inovasi oleh pihak pengurusan ICU JPM.
Ia merupakan pengkalan data inovasi bagi menyimpan dan mengurus segala
idea-idea kreatif atau inovasi yang dihasilkan di ICU JPM. Idea-idea yang
dicetuskan oleh warga ICU JPM diperoleh dari dalam dan luar atau melalui
proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea baru atau diadaptasi
untuk diguna.
LAPORAN INOVASI
Tujuan Sistem Bank Inovasi
Menyediakan pengkalan data yang sesuai bagi menyimpan dan mengurus
idea, ilmu dan inovasi yang dihasilkan. Pengurusan ilmu yang berkesan akan
membolehkan warga organisasi berkongsi dan menambah nilai pengkalan
ilmu yang dihasilkan dalam proses pencetusan inovasi.
Sebagai mekanisme untuk menggalakkan pengumpulan cadangan daripada
warga organisasi yang boleh menghasilkan inovasi atau peningkatan proses
kerja yang bernilai tinggi.
TAJUK/NAMA INOVASINAMA KEMENTERIAN/JABATAN/AGENSI
PENGENALAN
Latar belakang ringkas perkhidmatan.
Sistem Bank Inovasi adalah satu sistem aplikasi sokongan yang penting
dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri
(ICU JPM) untuk memberi kemudahan kepada warga ICU JPM menyalurkan
cadangan dan cetusan idea-idea kreatif yang dapat meningkatkan kualiti dan
produktiviti penyampaian perkhidmatan dan membantu memudahkan pelaporan
penghasilan inovasi oleh pihak pengurusan ICU JPM.
Ia merupakan pengkalan data inovasi bagi menyimpan dan mengurus segala
idea-idea kreatif atau inovasi yang dihasilkan di ICU JPM. Idea-idea yang
dicetuskan oleh warga ICU JPM diperoleh dari dalam dan luar atau melalui
proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea baru atau diadaptasi
untuk diguna.
LAPORAN INOVASI
Tujuan Sistem Bank Inovasi
Menyediakan pengkalan data yang sesuai bagi menyimpan dan mengurus
idea, ilmu dan inovasi yang dihasilkan. Pengurusan ilmu yang berkesan akan
membolehkan warga organisasi berkongsi dan menambah nilai pengkalan
ilmu yang dihasilkan dalam proses pencetusan inovasi.
Sebagai mekanisme untuk menggalakkan pengumpulan cadangan daripada
warga organisasi yang boleh menghasilkan inovasi atau peningkatan proses
kerja yang bernilai tinggi.
Sebagai platform yang berkesan bagi memupuk budaya perkongsian ilmu
merentasi organisasi.
Untuk meningkatkan budaya inovasi dalam menyediakan sistem
penyampaian perkhidmatan yang lebih inovatif bagi memenuhi ekpektasi
serta melangkaui kehendak pelanggan dan stakeholders.
Proses Pelaksanaan Inovasi
Pembangunan Sistem Bank Inovasi dilaksanakan secara in-house oleh
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (PPTM) ICU JPM. Bagi membangunkan
Sistem Bank Inovasi yang menggunakan teknologi sumber terbuka, ICU JPM
telah menghantar PPTM untuk menghadiri kursus-kursus teknikal seperti
pengaturcaraan PHP dan mendapat bantuan dan tunjuk ajar daripada Pegawai
Teknologi Maklumat (PTM) yang lebih berpengalaman.
Pada peringkat permulaan Sistem Bank Inovasi yang siap dibangunkan pada
bulan Oktober 2010 menyediakan dua (2) kemudahan utama iaitu Deposit Bank
yang membolehkan warga ICU JPM mendeposit cadangan dan idea ke dalam
Sistem Bank Inovasi dan juga kemudahan pemantauan inovasi yang
membolehkan setiap inovasi yang disalurkan di pantau oleh Urusetia
Perekayasaan Inovasi ICU JPM. Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perekayasaan
Inovasi ICU JPM akan memilih dan menyenarai pendek cadangan dan idea yang
bernilai tinggi dan seterusnya Mesyuarat Pemandu Peningkatan Budaya Inovasi
ICU JPM menilai dan memperakui cadangan dan idea yang perlu dilaksanakan.
Antara kemudahan lain yang disediakan ialah fungsi untuk memantau status
pencapaian inovasi dengan menggunakan kaedah traffic light, kemudahan ini
siap dibangunkan pada bulan April 2011 yang membolehkan setiap inovasi yang
dihasilkan dipantau daripada peringkat perancangan sehingga diaplikasikan.
Latihan kepada penyelaras-penyelaras yang dilantik untuk memantau dan
mengemaskini kemajuan pencapaian inovasi di adakan pada April 2011. Modul
Penilaian Outcome telah siap dibangunkan pada Februari 2012 untuk
membolehkan kajian penilaian outcome atau impak daripada pelaksanaan
inovasi tersebut dinilai sama ada telah memberi faedah yang dihasratkan. Modul-
modul yang terdapat dalam Sistem Bank Inovasi adalah seperti di gambar rajah
1.0.
Rajah 1.0 : Modul Sistem Bank Inovasi
Proses sebelum dan selepas
Gambarajah 2.0 menunjukkan bilangan langkah dan masa bagi mendapatkan
maklumat menggunakan kemudahan seperti komputer peribadi dan lain-lain
kemudahan berbanding Sistem Bank Inovasi. Melalui penggunaan Sistem Bank
Inovasi bilangan langkah dapat dikurangkan dari empat (4) kepada tiga (3) dan
tempoh masa dapat dijimatkan dari 21 minit kepada 11 saat.
Rajah 2.0 : Aliran Proses Mencapai dan Mendapatkan Maklumat StatusInovasi
Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar / Perkhidmatan / Jabatan / Agensi/ Negara
Elemen Inovatif/Kreativiti Penciptaan nilai/elemen baru/tambahbaik
Keaslian
- Pembangunan Sistem Bank Inovasi merupakan inspirasi warga ICU
JPM. Bagi merealisasikan idea ini, konsep dan rekabentuk serta
pembangunan telah dipertanggungjawabkan kepada NADI, ICU JPM.
- Sistem Bank Inovasi telah dibangunkan dengan menggunakan
kepakaran dalaman satu orang Penolong Pegawai Teknologi
Maklumat (PPTM).
- Sistem Bank Inovasi direka bentuk berasaskan web based yang boleh
dicapai oleh semua warga organisasi.
- Satu sistem yang holistik, yang mempunyai ciri-ciri end-to-end di
mana ia merangkumi keseluruhan aspek inovasi dari cetusan idea,
pelaksanaan, pemantauan, penilaian outcome dan juga pengiktirafan.
Adaptasi- Fungsi yang terdapat di dalam Sistem Bank Inovasi sangat mesra
pengguna dan mudah digunakan yang mana telah dibangunkan
menggunakan aplication standard yang memudahkan navigasi
kepada sistem.
Elemen mempermudahkan/penyelesaian masalah
- Sebelum pelaksanaan Sistem Bank Inovasi , pihak pengurusan ICU
JPM menghadapi kesukaran untuk mendapatkan dan mengumpulkan
semua cadangan dan idea yang bernas dengan cepat dan dengan
kadar segera daripada warga ICU JPM untuk dipertimbangkan.
- Selain daripada itu, kesukaran untuk pihak pengurusan menguruskan
segala idea dan inovasi yang dihasilkan di ICU JPM secara berkesan
kerana tiada satu mekanisme yang sistematik bagi memantau dari segi
kemajuan dan pencapaian inovasi-inovasi yang dipilih untuk
dilaksanakan. Pemantauan yang kurang berkesan menyebabkan
berlaku inovasi yang dilaksana tidak mengikut jadual dan mengambil
masa yang lama untuk disiapkan. Bagi inovasi yang telah
dilaksanakan tetapi tidak diurus dan diselenggarakan dengan baik
menyebabkan pihak pengurusan sukar mengawal kos dalam
menangani kekangan sumber kewangan semasa.
- Ketiadaan penyelarasan secara menyeluruh menyebabkan berlaku
cadangan dan idea yang bernas tidak terpilih untuk dilaksanakan
kerana maklumat cadangan dan idea itu tiada dalam satu platform
yang boleh di capai oleh pihak pengurusan. Keciciran cadangan dan
idea yang bernas merugikan dan akan menjejaskan usaha-usaha yang
perlu dilaksanakan oleh jabatan kerajaan untuk meningkatkan budaya
inovasi dalam menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan yang
lebih inovatif bagi memenuhi ekpektasi serta melangkaui kehendak
pelanggan dan stakeholders.
- Bagi inovasi yang melibatkan kos akan merugikan kos sekiranya ia
diwujudkan juga oleh bahagian-bahagian lain di ICU JPM, sedangkan
ianya boleh digunasama oleh bahagian-bahagian lain. Ketiadaan
penyelarasan yang menyeluruh ini menyebabkan inovasi yang berjaya
tidak dapat dikongsi di setiap peringkat organisasi.
- Maklumat dan bahan-bahan rujukan berkenaan inovasi yang terhad
dan tidak di simpan setempat yang diperolehi semasa pelbagai forum
seperti mesyuarat, sesi latihan, workcamp, retreat, bengkel dan
sebagainya yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai dan urusetia
yang berlainan menyukarkan pihak atasan dan warga ICU JPM
mengakses untuk berkongsi dan menambah nilai idea yang dihasilkan
dalam proses pencetusan inovasi.
- Senario semasa sukar untuk memupuk persaingan sihat dan
meningkatkan penglibatan serta minat warga organisasi dalam
penghasilan inovasi. Selaras dengan itu ICU JPM telah membuat
kajian keperluan pengguna dan memanfaatkan keupayaan teknologi
terkini secara optimum dengan membangunkan satu sistem yang
bersesuaian bagi mengatasi masalah dihadapi.
- Pada masa ini penyediaan sistem secara on-line menjadi keutamaan
penting kepada pengguna. Oleh kerana itu sistem Bank Inovasi
dibangunkan untuk membolehkan maklumat dicapai dengan lebih
mudah di mana-mana lokasi pada bila-bila masa. Pembangunan
sistem berasaskan web based membolehkan capaian dibuat melalui
rangkaian mudah alih seperti wireless yang dibekalkan oleh syarikat
telekomunikasi. Keadaan ini bersesuaian dengan keperluan warga
organisasi khasnya pihak pengurusan atasan yang mempunyai jadual
yang padat.
Elemen Keberkesanan Gambaran faedah yang nyata diperolehi
Sempena dengan Hari Inovasi ICU JPM 2011 pada 14 – 15 Disember
2011, ICU JPM telah memberi pengiktirafan dalam bentuk insentif atau
hadiah kepada individu atau kumpulan yang berjaya menghasilkan
inovasi atau peningkatan proses kerja yang didepositkan di Sistem
Bank Inovasi ICU JPM, yang bernilai tinggi serta memberikan kesan
dan impak yang tinggi dalam meningkatkan perkhidmatan penyampaian
kepada pelanggan dan stakeholders ICU JPM. Sehubungan itu, Hari
Inovasi ICU JPM dirancang untuk diadakan pada setiap tahun bagi
menandakan kepentingan budaya inovasi dalam mendokong agenda
transformasi sektor awam. Perkara yang amat penting daripada Hari
Inovasi ini adalah ia turut membantu mempromosikan Sistem Bank
Inovasi yang telah dibangunkan. Secara tidak langsung ini merupakan
galakan inovasi yang berterusan bagi meningkatkan budaya inovasi di
ICU JPM dan Perkhidmatan Awam. Sekiranya di adakan secara
konsisten memberi nilai tambah output kepada Sistem Bank Inovasi.
Pembangunan Sistem Bank Inovasi dibangunkan dalam persekitaran
web based menggunakan perisian terbuka seperti disarankan oleh
pihak MAMPU. Dengan motonya ‘The Heart of Innovation The Pulse
Of Implementation’ sistem ini telah dilaksanakan sepenuhnya ke
seluruh bahagian dan pejabat cawangan negeri ICU JPM pada bulan
Oktober tahun 2010 sebagai mekanisma menyalurkan cadangan dan
idea yang bernas bagi meningkatkan sistem penyampaian kerajaan
untuk peringkat agensi dan juga nasional.
ICU JPM juga menjadikan Sistem Bank Inovasi sebagai rujukan dalam
Perancangan Strategik ICU JPM pada masa sekarang dan akan
datang.
Peningkatan produktiviti/kepuasan
Pemantauan terus oleh Jawatankuasa Pemandu Peningkatan Budaya
Inovasi ICU JPM yang dipengerusikan Ketua Pengarah atau Timbalan
Ketua Pengarah menandakan keperihatinan pihak pengurusan atasan
untuk melaksanakan dan memantau cadangan dan idea inovasi
dengan lebih berkesan. Sistem Bank Inovasi membolehkan
pemantauan terhadap inovasi dijalankan dengan lebih mudah, cepat
dan berkesan. Pegawai-pegawai yang terlibat mempunyai lebih banyak
masa dan tumpuan untuk menyiapkan kerja-kerja lain. Secara langsung
pelaksanaan Sistem Bank Inovasi dapat meningkatkan produktiviti
pegawai dan organisasi.
Penghasilan inovasi yang bernilai tinggi hasil cetusan idea kreatif
melalui Sistem Bank Inovasi banyak membantu meningkatkan
produktiviti warga ICU JPM.
Elemen Signifikan Bagaimana perkhidmatan boleh mesra pelanggan
Sistem Bank Inovasi merupakan aplikasi yang mesra pengguna
dengan navigasi yang mudah. Paparan maklumat dalam Sistem Bank
Inovasi sangat menarik, jelas, tersusun dan mudah difahami.
Penjimatan masa/kos/sumber manusia
Dengan penggunaan Sistem Bank Inovasi pihak kerajaan dapat
menjimatkan kos pengoperasian seperti berikut:
Kos Penggunaan TelefonMengurangkan penggunaan telefon untuk menghubungi
pegawai-pegawai berkenaan untuk mendapatkan maklumat
berkenaan status inovasi setelah menghubungi melalui emel
gagal atau lambat dapat maklum balas.
Kos OperasiKos operasi juga adalah rendah kerana pegawai atau
Urusetia tidak perlu membawa maklumat dalam bentuk hard
copy yang memerlukan penggunaan kertas dan toner yang
tinggi. Sebagai contoh, Urusetia Jawatankuasa ingin
menghadiri sesuatu mesyuarat untuk melaporkan status
inovasi hanya perlu paparkan terus status pencapaian
inovasi melalui laptop.
Kesan ketara kepada penjimatan kos hasil daripada inovasi yang
telah berjaya dilaksanakan melalui Sistem Bank Inovasi adalah
seperti berikut di Lampiran A. Secara tidak langsung, Sistem Bank
Inovasi telah berjaya menjimatkan perbelanjaan kerajaan dengan
pencetusan idea dan pelaksanaan inovasi yang berimpak besar
kepada organisasi dan negara.
Sejauh mana ianya memenuhi objektif inisiatif ini diambil
Sistem ini telah dapat memenuhi objektif inisiatif ini diambil kerana
berdasarkan beberapa kelebihan dan outcome sistem ini.
Kelebihan sistem ini adalah ia merangkumi keseluruhan life-cycle
inovasi dari mulanya cetusan idea, peringkat pelaksanaan
sehinggalah peringkat penilaian outcome. Aliran Sistem Bank
Inovasi (System Flow) adalah seperti di gambar rajah 3.0. Di masa
yang sama sistem berkenaan turut mempunyai implikasi besar
kepada proses pengiktirafan inovasi di mana pemenang tahunan
dipilih daripada kalangan pendeposit idea di dalam sistem tersebut.
Rajah 3.0 : . Aliran Sistem Bank Inovasi
Sistem Bank Inovasi direka bentuk berasaskan web based yang boleh dicapai
oleh semua warga ICU JPM untuk menyalurkan cadangan dan idea kreatif,
inovatif serta signifikan ke arah mencapai kaedah terbaik untuk memenuhi
kehendak pelanggan secara lebih cepat, mudah dan berkesan. Oleh yang
demikian pelaksanaan Sistem Bank Inovasi amatlah sesuai dan berkesan untuk
menjana kreativiti dan melaksanakan inovasi sebagai wacana terkini
meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Elemen Relevan Sumbangan kepada agenda organisasi/nasional
Pelaksanaan Sistem Bank Inovasi telah mencetuskan inovasi-inovasi
yang menghasilkan outcome atau impak yang tinggi kepada
organisasi, perkhidmatan awam dan Negara. Sepanjang tahun 2011
sebanyak 78 idea telah didepositkan di dalam Sistem Bank Inovasi
dan dari jumlah tersebut sebanyak 11 inovasi telah berjaya
dilaksanakan. Antara inovasi yang telah berjaya dilaksanakan adalah
seperti di Lampiran B.
Berdasarkan Jadual dalam Lampiran B tersebut, Sistem Bank Inovasi
telah memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan Negara
dan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui pelaksanaan
Sistem iMEX dan Sistem Lawatan YB, Menteri dan KSU . Pelbagai
inisiatif atau inovasi telah diwujud, dibangun dan disediakan yang
banyak juga memberi perubahan ketara kepada proses kerja ICU JPM
seperti Sistem Integrasi Tempahan eBooking dan Go Green ICU.
Dengan kata lain Sistem Bank Inovasi telah menyumbang secara
langsung dalam pembangunan negara dan peningkatan sistem
penyampaian Kerajaan kepada pelanggan dan stakeholders.
Pengiktirafan diterima
Salah satu cadangan dan idea bernas daripada Sistem Bank Inovasi yang telah
mendapat pengiktirafan dan anugerah ialah iMEX yang telah memenangi tempat
ketiga dalam Anugerah Inovasi JPM 2010 (AIJPM 2010). Selain itu, salah satu
penghargaan kepada ICU JPM juga ialah pelancaran iMEX oleh YAB Perdana
Menteri di Mesyuarat Majlis Tindakan Negara Bil. 3/2010 pada 6 Disember 2010.
Pelancaran ini menggambarkan titik permulaan penerimaan iMEX di peringkat
tertinggi kepimpinan Negara dan kejayaan Sistem Bank Inovasi setakat ini.
Selain itu, Sistem Bank Inovasi turut tersenarai pendek dalam Anugerah Inovasi
JPM 2011 Jabatan Perdana Menteri JPM 2011.
Gambar-Gambar Berkaitan
ProsesPelaksanaanInovasi
Kajiproses/prosedur,kaedahinovas
menepaticiri-ciriinovasi
PerakucadanganinovasikepadaKetuaJabatan
BincangcadangandalamJKPemandu
InovasiAgensiLaksanaInovasi
Semaknilai output &keberkesananimpakTidakberjaya
BerjayaKongsiInovasidisetiapperingkat
organisasiLaporkepadaUnitInovasiICU JPM
UnitInovasi ICUJPMlaporkepada
MAMPU
1 2 3 4
BANK INOVASI
Implikasi kewangan
Tiada kos terlibat untuk pembangunan Sistem Bank Inovasi kerana ia
dibangunkan secara in-house dengan menggunakan kepakaran dalaman.
PENUTUP
Sistem Bank Inovasi merupakan satu kaedah baru pemantauan dengan penggunaan
teknologi semasa dan terkini. Ia juga telah dapat meningkatkan kepakaran dalaman
untuk pembangunan dalam persekitaran open source di sektor awam yang boleh
dikembangkan untuk aplikasi-aplikasi lain di kementerian/agensi. ICU JPM sentiasa
mengorak langkah memastikan kaedah pemantauan dan pelaporan tidak berada di
takuk yang lama supaya proses kerja terus bertambah baik.
1
LAMPIRAN A
Penjimatan Kos Daripada Inovasi Yang Di HasilkanBil. Inovasi Aspek Penjimatan Kos
1 iMEX- ICU Mobile Executive System
(iMEX) adalah satu sistem aplikasi
mobile untuk memberi kemudahan
kepada YAB Perdana Menteri dan
YAB Timbalan Perdana Menteri bagi
membuat capaian Laporan Eksekutif
Sistem Pemantauan Projek II (SPP II)
dan Bank Data Kemiskinan Nasional
(eKasih) melalui mobile device
(iPhone).
Kos Tenaga ElektrikMengurangkan penggunaan tenaga elektrik kerana iMEX di capai
melalui mobile device. Manakala komputer peribadi menggunakan
tenaga elektrik yang lebih tinggi.
Kos Penyelenggaraan Perkakasan dan PerisianKos penyelenggaraan untuk perkakasan komputer peribadi dan
perisian seperti antivirus, sistem pengoperasian dan office
automation adalah jauh lebih tinggi berbanding penyelenggaraan
mobile device.
Kos OperasiKos operasi juga adalah rendah kerana pengguna tidak perlu
membawa maklumat dalam bentuk hard copy yang memerlukan
penggunaan kertas dan toner yang tinggi. Sebagai contoh,
pengguna ingin menghadiri sesuatu mesyuarat hanya perlu
membawa mobile device yang telah dilengkapi maklumat terkini
sahaja.
2
Bil. Inovasi Aspek Penjimatan Kos
2 Tong Sampah Kitar Semula- Tong Sampah Kitar Semula di letakkan
dalam setiap Bilik Mesyuarat. Ahli
Mesyuarat disarankan meletakkan
botol PET yang telah digunakan ke
dalam kotak yang disediakan.
Kos OperasiKos operasi juga adalah rendah hanya untuk menyediakan Tong
Sampah Kitar Semula pada pertama kali sahaja dan apabila Tong
Sampah rosak atau hilang sahaja.
3 Sistem Bank Inovasi- Sistem aplikasi sokongan yang penting
dibangunkan oleh Unit Penyelarasan
Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri
(ICU JPM) untuk memberi kemudahan
kepada warga ICU JPM menyalurkan
cadangan dan cetusan idea-idea
kreatif yang dapat meningkatkan
kualiti dan produktiviti penyampaian
perkhidmatan dan membantu
memudahkan pelaporan penghasilan
inovasi oleh pihak pengurusan ICU
JPM.
Kos Penggunaan TelefonMengurangkan penggunaan telefon untuk menghubungi
pegawai-pegawai berkenaan untuk mendapatkan maklumat
berkenaan status inovasi setelah menghubungi melalui emel
gagal atau lambat dapat maklum balas.
Kos OperasiKos operasi juga adalah rendah kerana pegawai atau urusetia
tidak perlu membawa maklumat dalam bentuk hard copy yang
memerlukan penggunaan kertas dan toner yang tinggi. Sebagai
contoh, Urusetia Jawatankuasa ingin menghadiri sesuatu
mesyuarat untuk melaporkan status inovasi hanya perlu paparkan
terus status pencapaian inovasi melalui laptop.
Kos Pembangunan SistemTiada kos pembangunan terlibat kerana sistem dibangunkan
secara in-house. Sistem ini merangkumi keseluruhan life-cycle
inovasi dari mulanya cetusan idea, peringkat pelaksanaan
3
Bil. Inovasi Aspek Penjimatan Kos
sehinggalah peringkat penilaian outcome dan sekiranya
dibangunkan secara out-source melibatkan kos pembangunan
yang besar.
4 ICU TV- Kemudahan secara live acara / majlis /
perhimpunan rasmi yang menggunakan
infrastuktur ICT sedia ada yang boleh
ditonton terus melalui PC.
Kos PengangkutanMenjimatkan kos pengangkutan kerana pegawai/kakitangan
daripada cawangan ICU JPM di negeri tidak perlu hadir ke majlis /
acara / perhimpunan bulanan kerana boleh melihat secara live
daripada kemudahan ICU TV yang disediakan.
Kos Logistik
Menjimatkan kos logistik pegawai/kakitangan daripada cawangan
ICU JPM di negeri kerana pegawai/kakitangan daripada
cawangan ICU JPM di negeri tidak perlu hadir ke majlis / acara /
perhimpunan bulanan kerana boleh melihat secara live daripada
kemudahan ICU TV yang disediakan.
Kos Operasi
Kos operasi juga adalah rendah kerana menggunakan
infrastruktur dan teknologi sedia ada di ICU JPM.
5 Senarai Semak / Tindakan BagiMesyuarat Utama- Senarai Semak / Checklist
pengurusan majlis rasmi bagi
Kos OperasiKos operasi juga adalah rendah untuk menyediakan senarai
semak bagi kegunaan urusetia sahaja.
4
Bil. Inovasi Aspek Penjimatan Kos
program-program rasmi dan
mesyuarat utama.
6 Chill Room- Kemudahan Gym untuk warga ICU
JPM bersenam bagi menjaga stamina
dan kesihatan terutama bagi yang
terlalu sibuk atau padat jadual kerja di
pejabat dan tidak berkesempatan
pergi bersenam di luar. Dengan ini
dapat melegakan tekanan kerja,
meningkatkan produktiviti dan
mewujudkan suasana harmoni (no
hard feeling).
Kos Perolehan dan Penyelenggaraan Perkakasan / Peralatan
Kos perolehan untuk perkakasan pada pertama kali sahaja dan
kos penyelenggaraan perkakasan Gym yang tidak tinggi.
7 Sistem Integrasi Tempahan eBooking- Sistem aplikasi sokongan yang
dibangunkan untuk memberi
kemudahan membuat tempahan bilik,
peralatan dan menu
makanan/minuman.
Kos Pembangunan SistemTiada kos pembangunan terlibat kerana sistem dibangunkan secara
in-house. Sistem ini agak besar dan kompleks (melibatkan
integrasi) dan sekiranya dibangunkan secara out-source melibatkan
kos pembangunan yang besar.
8 Sistem Lawatan YB, Menteri dan KSU- Sistem aplikasi yang dibangunkan
untuk menyimpan maklumat mengenai
lawatan projek dan memantau projek-
Kos Pembangunan Sistem
Tiada kos pembangunan terlibat kerana sistem dibangunkan secara
in-house. Sistem ini agak besar dan kompleks dan sekiranya
5
Bil. Inovasi Aspek Penjimatan Kos
projek berkenaan. dibangunkan secara out-source melibatkan kos pembangunan yang
besar.
9 Go Green ICU Kos Operasi
Menjimatkan kos kertas dan toner kerana urusan-urusan secara
elektronik seperti melalui emel, dokumen-dokumen tidak perlu
dicetak hanya dihantar secara elektronik juga. Pegawai atau
urusetia sesuatu mesyuarat / majlis tidak perlu membawa
maklumat dalam bentuk hard copy yang memerlukan penggunaan
kertas dan toner yang tinggi. Sebagai contoh, Urusetia
Jawatankuasa ingin menghadiri sesuatu mesyuarat untuk
melaporkan status inovasi hanya perlu paparkan terus status
pencapaian inovasi melalui laptop.
10 Sistem e-forms- Satu sistem aplikasi yang
mentransform borang-borang manual
dan workflow secara on-line.
Kos Pembangunan SistemTiada kos pembangunan terlibat kerana sistem dibangunkan
secara in-house. Sistem ini agak besar dan kompleks melibatkan
pelbagai borang dan sekiranya dibangunkan secara out-source
melibatkan kos pembangunan yang besar.
11 Folder Kit- CD System Kit yang mengandungi
Manual penggunaan sistem / Direktori
Sistem / Brosur / Pamplet promosi
sistem.
Kos OperasiKos operasi juga adalah rendah kerana setiap pegawai /
kakitangan yang baru melaporkan diri di berikan CD System Kit
yang mengandungi Manual Penggunaan Sistem / Brosur /
Pamplet sistem-sistem aplikasi yang terdapat di ICU JPM dan
6
Bil. Inovasi Aspek Penjimatan Kos
tidak perlu diberi dalam bentuk hard copy semua Manual Sistem,
brosur-brosur dan lain-lain berkenaan sistem yang memerlukan
penggunaan kertas dan toner yang tinggi. Adalah dianggarkan
sehingga kini lebih kurang 80 CD telah disiapkan dan diberikan
kepada pegawai baru yang melapor diri berbanding kos sekiranya
di cetak amat tinggi.
LAMPIRAN B
Signifikan Daripada Inovasi Yang Telah Berjaya DiLaksanakan di ICU JPM
Bil. Inovasi Signifikan
Tinggi(Impak kepadaperkhidmatan
awam)
Sederhana(Impakkepada
organisasiawam)
Rendah(Impakkepada
bahagian /seksyen /
unit)1 iMEX / / /
2 Tong Sampah KitarSemula
/ / /
3 Bank Inovasi / / /
4 ICU TV / / /
5 Senarai Semak/TindakanBagi Mesyuarat Utama
/ /
6 Chill Room / /
7 Sistem IntegrasiTempahan eBooking
/ / /
8 Sistem LawatanYB,Menteri dan KSU
/ /
9 Go Green ICU / / /
10 Sistem e-forms / /
11 Folder Kit / /