Tanda Sempadan Bab 5

Embed Size (px)

Citation preview

BAB 5 TANDA SEMPADAN

5.1

Takrif Sempadan

Tanda sempadan penting untuk menentukan keluasan sesuatu lot itu. Sempadan sesuatu lot itu terdiri dari tanda -tanda sempadan yang dianggap disambung oleh garisan lurus bagi menentukan kedudukan setiap unit tanah dan juga keluasan yang dibendungnya. Konsep tanda sempadan ialah sesuatu lot diperenggankan dengan tanda -tanda sempadan dan dengan itu kedudukan sesuatu keping tanah itu dapat ditentukan dengan mudah. 5.2 Peranan pegawai ukur terhadap batu sempadan dalam kerja ukur kadaster

1. Tanda-tanda sempadan kekal hendaklah ditanam sebelum atau serentak dengan pengukuran yang dibuat.

2. Seorang pegawai ukur bertanggungjawab untuk mengawas sendiri kerja-kerja menanam,menanampastian, menaik,menurunkan atau mengalih sebarang tanda -tanda kekal yang tidak di perlukan lagi. 3. Seorang pegawai ukur perlu mencari kedudukan sempadan asal walaupun ia pasti wujud selisihan di dalamnya. 4. Apabila terdapat bukti nyata bahawa tanda sempadan tersebut berganjak dalam had yang akan memberi kesan kepada kepentingan tuan tanah maka barulah tanda tersebut diubah dari kedudukan asalnya. Jika anjakannya sedikit sahaja, tanda tersebut tidak perlu ditanam pastian.

5.3

Perkara-perkara yang dilakukan dalam ukur kadast er yang berhubungan dengan pendaftaran hakmilik

1. Penentuan sempadan -sempadan tanah 2. Menempatkan mengganti dan mengalih tanda -tanda sempadan. 3. Mengukur untuk membetulkan pertalian di antara tanda -tanda sempadan bagi mengelakkan pertindihan atau wujudnya rua ng antara unit-unit tanah. 4. Merekod dan menyimpan segala rekod -rekod pengukuran dan hintungan yang bersangkutan dan menyediakan pelan. 5. Menyediakan pengeluaran suratan hakmilik.

5.4

Jenis-jenis tanda sempadan

Penandaan sempadan hendaklah menggunakan jenis-jenis tanda sempadan yang dibenarkan seperti yang ditetapkan dalam peraturan 67, PUK 2002.

1. Paip Besi- Paip besi yang panjangnya tidak kurang 900 mm dengan bergarispusat di antara 25 mm hingga 50 mm dan sebaik -baiknya disalut tar atau disadur dengan logam supaya tahan karat dan lubang paip di bahagian atas mestilah ditutup sebaik -baiknya dengan konkrit yang mempunyai tanda bagi titik stesen.

Rajah 5.1 Paip Besi

2. Konkrit bertetulang - 2 kaki panjang dengan keluasan rentas tidak kurang dari 7 inci persegi bertanda di tengah -tengah bagi titik stesen sebenar.

Rajah 5.2 Tiang konkrit

3. Batu baur- ia mempunyai dimensi yang sama dengan konkrit bertetulang. Terdiri dari campuran batu sungai dengan simen. 4. Pancang konkrit bertetulang - 18-36 inci panjang dan bergaris pusat 1/2 inci. Ia hendaklah di tanam ke dalam konkrit.

Rajah 5.3 Batu Konkrit

5. Pepaku besi (Iron spike) - Pepaku besi yang panjangnya tidak kurang 100 mm dengan bergaris pusat 12 mm. Kepala pepaku hendaklah 4 bergarispusat 25 mm dan mempunyai tanda bagi titik stesen.

Rajah 5.4 Pepaku Besi

6. Tiang konkrit bertetulang- 4-6 kaki panjang,luas keratan rentas 6 ke 12 inci persegi dengan tanda lekuk di tengah. 7. Batu sempadan bernombor Ditanam pada lot -lot yang besar yang mempunyai sela paling kurang enam ( 6 ) ketul batu dan batu ketujuh ialah batu bernombor da n juga ditanam pada kawasan yang difikirkan perlu supaya mudah untuk dikesan.

Rajah 5.5 : Batu bernombor

8. Paku- Dalam dinding batu, laluan jalan konkrit atau batu,ditanamkan pepaku besi atau pepaku konkrit. Paku (nail) yang panjangnya tidak kurang 55 mm dengan bergaris pusat 8 mm. Kepala paku hendaklah bergaris pusat 15 mm dan mempunyai penutup bergarispusat 46 mm serta mempunyai tanda bagi titik stesen.

Rajah 5.6 Saiz Paku

9. Tanda atas batu -Ditandakan di atas permukaan batu dengan cara menebuk lubang sebagai tanda titik stesen dan satu penunjuk anak panah dipahat menghala ke lubang tersebut.

Rajah 5.7 Tanda atas batu

5.5

Keperluan dan peraturan dalam pengukuran sempadan

1. Tanda-tanda sempadan bagi kerja ukur hakmilik dan ukur simpanan hendaklah ditanam seberapa sedikit yang boleh pada titik -titik bersudut mengikut keadaan dan keperluan pengukuran.

2. Setiap tanda sempadan yang berturutan perlulah saling nampak apabila garisan sempadan te rsebut dbersihkan. Syaratnya ialah jarak diantara dua tanda sempadan yang saling nampak mestilah tidak melebihi 300m dan bagi yang saling tidak nampak tidak melebihi 200m.

3. Apabila mengukur sempadan tanah milik, prinsip yang dipegang ialah tanda sempadan yang dijumpai di atas tanah adalah merupakan sempadan asal tanah semasa berimilik, melainkan ada sebab dipercayai tanda tersebut telah berganjak.

4. Jika ada perbezaan dimensi atau ukuran diantara sempadan di atas tanah dengan sempadan di atas hakmilik, maka pegawai ukur perlu mendapatkan bukti yang mencukupi bagi memastikan sama ada perbezaan ini disebabkan oleh pencerobohan, pergerakan tanda -tanda sempadan ataupun kesilapan di dalam pengukuran terdahulu.

5. Adalah menjadi tanggungjawab pegawai ukur, apabila berjumpa tanda tanda sempadan yang diceroboh atau dialih, membuat laporan lengkap

kepada Pengarah Ukur mengikut peraturan yang tertentu. Jika terdap at bukti yang mencukupi, maka Pengarah Ukur akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 403, Kanun Tanah Negara.

6. Jika tanda-tanda asal di kawasan yang di ukur tidak dijumpai maka perhatian perlu diberikan terhadap pendudukan. Jika tanda sempadan asal di kawasan pengukuran tidak mencukupi, maka pengukuran ke kawasan bersebelahan perlulah di buat. Tanda -tanda sempadan yang tidak kelihatan tidak boleh dianggap terus hilang, kerana ada kemungkinan tanda tersebut terbenam di dalam tanah.

7. Bagi mengganti tanda semp adan yang hilang atau menanam pastian tanda yang berganjak, pengukur perlu menentukan nilai sebenar bearing asal bagi membolehkan ia membuat sebarang pembetulan kepada nilai ukuran asal. Disini nilai pengukuran asal hendaklah mempunyai ketepatan yang memua skan.

8. Jika terdapat nilai anjakan yang mempunyai perbezaan kecil dan tidak memberi kesan kepada kepentingn tuanpunya, maka tidaklah perlu dibuat tanam pastian kerana tidak setimpal dengan kos tanam pastian yang mahal.

9. Apabila terdapat kesilapan dalam pen gukuran terdahulu yang memberikan kesan kepada kejituan pengukuran, pengukur perlulah menghantar laporan lengkap beserta dengan rajah kepada Jurukur Daerah. Jurukur Daerah akan menyiasat laporan ini dan jika perlu akan menyerahkan kepada Pengarah Ukur yang akan mengambil tindakan selanjutnya.

10. Di dalam kes di mana tanda sempadan yang digunakan oleh pengukur adalah meragukan dan menimbulkan perselisihan. Pengukur perlulah menghantar laporan bertulis sebagai tambahan kepada maklumat di dalam buku kerjaluar un tuk membolehkan Jurukur Daerah atau Pengarah Ukur merujukkan perkara ini ke Pejabat Tanah. Kedudukan pagar, parit dan butiran pendudukan perlulah diukur apabila terdapat

perbezaan diantara sempadan yang diukur dengan sempadan pendudukan.

11. Bagi memudahkan penyelesaian pertelingkahan tanah, maka pengukur perlulah mendapatkan tandatangan pihak -pihak yang berkepentingan yang bersetuju dengan sempadan yang telah diukur.

12. Adalah menjadi tanggungjawab pengukur untuk menjaga kepentingn kerajaan dengan mengelak kan pengukuran yang boleh menimbulkan tanah terbuang mahupun yang akan merugikan orang perseorangan.

13. Apabila mengukur di kawasan yang telah diduduki dan mendapati kerjanya terhalang atau melibatkan perselisihan sempadan, maka pengukur perlulah membuat lap oran kepada Jurukur Daerah yang akan menghubungi Pejabat Tanah.

14. Pegawai Ukur perlu menghantar buku kerjaluar dalam tempoh seminggu selepas kerjaluar disiapkan lengkap dengan hitungan berikut:

a. Cerapan untuk azimuth b. Pelarasan bearing, tikaian sudut dan pelarasan jarak c. Jarak dan bearing terus d. Tikaian lurus e. Luas f. Surihan yang menunjukkan nombor stesen dan lain -lain keterangan yang diperlukan oleh jabatan.

5.6

Asas penentuan datum

a. Dua tanda ukur dari pengukuran terdahulu yang mana kedudukannya bersebela han dibuktikan dalam pengukuran atau dengan cara terabas dan hitungan dengan tilikan matahari untuk menentukan kedua-duanya masih dalam keadaaan asal di dalam had yang dibenarkan.

b. Tiga tanda ukur dari pengukuran terdahulu yang mana dua daripadanya berkedu dukan bersebelahan dan dibuktikan dengan pengukuran sudut dan jarak atau cara terabas dan hitungan masih dalam keadaan asal di dalam had yang dibenarkan. c. Mana-mana dua tanda ukur dari pengukuran terdahulu yang dibuktikan dalam keadaan asal di dalam

5.7

Syarat-syarat Datum

Datum merupakan suatu garisan yang mana bearing dan jaraknya diakui betul samada melalui cerapan matahari atau melalui pengukuran dan garisan ini menjadi garisan rujukan untuk sesuatu kerja ukur. Datum juga digunakan untuk mencari koordinat yang tetap dan kekal. Oleh itu, datum adalah sangat penting dalam memulakan satu -satu kerja pengukuran. Antara syarat-syarat datum ialah: -

a. Jarak garisan yang akan dijadikan sebagai datum hendaklah melebihi 30 meter dan memenuhi had anjakn yan g dibenarkan seperti yang dinyatakan di bawah, manakala sudut dalaman di antara dua garisan yang diperolehi mengikut prosedur, mestilah tidak melebihi 10. Walau bagaimanapun, syarat sudut dalaman ini boleh dilonggarkan kepada b. tidak melebihi 20 sekira nya ukuran terdahulu adalah dalam kelas kedua.