Upload
dally-dahlia
View
950
Download
50
Embed Size (px)
Citation preview
www.jupem.gov.my
Jabatan Ukur dan Pemetaan MalaysiaApril 2003
Tapak UjianEDM & GPS
Semenanjung Malaysiadan Wilayah Persekutuan Labuan
Tapak UjianEDM & GPS
Semenanjung Malaysiadan Wilayah Persekutuan Labuan
www.jupem.gov.my
Jabatan Ukur dan Pemetaan MalaysiaApril 2003
1. Pengenalan 1
2. Keperluan Ujian Alat EDM dan GPS 3
3. Peraturan dan Pekeliling Berkaitan Ujian 4
4. Tapak-Tapak Ujian EDM dan GPS 6
5. Spesifikasi Pilar bagi Tapak Ujian EDM dan GPS 9
6. Rekabentuk Tapak EDM dan GPS 11
7. Tentukuran bagi Tapak EDM dan GPS 16
8. Pengawalan dan Penyelenggaraan TapakUjian EDM dan GPS 20
9. Penggunaan Tapak dan Tatacara Tentukuran 21
10. Halaman Web JUPEM 25
11. Alamat-Alamat JUPEM Negeridan Pejabat Ukur Daerah 25
12. Contoh-Contoh Pilar 30
Muka surat
kandungan
1.1 Electronic Distance Measurement (EDM)
Pengukuran jarak menggunakan Electronic Distance
Measurement (EDM) merupakan satu teknik mengukur jarak
yang melibatkan penggunaan kaedah pantulan
gelombang elektromagnetik antara alat EDM ke prizam.
Teknik ini menghasilkan jarak pergi/balik yang telah
dipuratakan dan dipamirkan nilai jarak tersebut di skrin alat
EDM dalam bentuk digital.
Penggunaan alat EDM telah bermula seawal tahun 1960an,
apabila teknologi semikonduktor telah dapat dimajukan
dan membolehkan penciptaan alat pengukur jarak secara
elektronik. Di pertengahan tahun 1970an pula, saiz alat EDM
telah dapat diperkecilkan sehingga ianya boleh dilekapkan
(mounted ) pada tiodolait.
Seterusnya sekitar tahun 1980an, pengeluaran tiodolait
telah mengalami perubahan yang radikal di mana tiodolait
yang dikeluarkan mengandungi sistem EDM serta
pemproses mikro siap terbina di dalamnya. Alat generasi
baru ini dikenali sebagai total station. Kini alat-alat
sedemikian boleh dimuatkan dengan perisian aplikasi
mengikut keperluan yang membolehkan data cerapan
disimpan dan diproses.
PENGENALAN1
1
1.2 Global Positioning System (GPS)
Global Positioning System (GPS) merupakan salah satu
kaedah pengukuran menggunakan bantuan satelit bagi
menentu kedudukan sesuatu titik di atas muka bumi
dalam bentuk koordinat.
GPS pada asalnya diperkenalkan oleh Jabatan
Pertahanan Amerika untuk kegunaan ketenteraan. Bagi
maksud tersebut satelit berkaitan telah dilancarkan pada
tahun 1978. Satelit tersebut beredar pada jarak 12,000
batu mengelilingi bumi. Seterusnya teknologi GPS ini telah
diperluaskan penggunaannya kepada pihak awam
dalam tahun 1980an. Mulai tahun 1994 tidak kurang
daripada 24 buah satelit sentiasa berada di orbit dan ini
membolehkan cerapan dilakukan untuk pelbagai
kegunaan yang antara lain termasuklah bagi tujuan
ukuran penentududukan.
Kemajuan pesat dalam bidang ini, telah membolehkan
GPS memberi ketepatan ukuran yang tinggi hingga ke
tahap sentimeter. Dengan keupayaan tersebut, kaedah
ini boleh dimanfaatkan khasnya untuk kerja-kerja ukur
kadaster.
2
2.1 Tujuan Ujian
Pengukuran hanya mempunyai kedudukan dari segi
perundangan sekiranya ia dapat dijejak (traceable) ke
Primary Standard. Dalam hal ini, tapak ujian EDM/GPS
berfungsi untuk membekalkan traceability bagi
pengukuran yang telah dijalankan menggunakan alat-
alat yang ditentukur berasaskan tapak ujian berkenaan.
Tentukuran dijalankan bagi mendapatkan purata selisih
malar bagi alat, dengan cara membandingkan bacaan
jarak yang diberi oleh alat dengan jarak piawai di tapak
ujian. Berdasarkan purata selisih malar inilah dapat
diputuskan sama ada sesebuah alat yang diuji itu layak
digunakan untuk kerja ukuran kadaster atau sebaliknya.
2.2 Kekerapan Ujian
Setiap alat yang baru perlu ditentukur di tapak ujian
sebelum digunakan bagi kerja ukur kadaster. Begitu juga
jika sesuatu komponen alat diganti atau diperbaiki, maka
keseluruhan alat perlu ditentukur semula. Dalam keadaan
penggunaan biasa, alat EDM dan GPS hendaklah
ditentukur setiap 6 bulan. Tentukuran alat hendaklah
dilakukan di tapak ujian alat EDM dan GPS, di mana lokasi-
lokasinya adalah seperti disenaraikan di muka surat 8.
KEPERLUAN UJIAN ALATEDM DAN GPS2
3
3 PERATURAN DAN PEKELILINGBERKAITAN UJIAN
Peraturan dan pekeliling yang perlu dirujuk di dalam
mengendalikan urusan ujian alat EDM dan GPS adalah seperti
berikut:
3.1 Peraturan Ukur Kadaster 2002
Peraturan 21, menyatakan:
(a) Dalam menjalankan kerja ukuran, Pegawai Ukur
atau Juruukur Tanah Berlesen hendaklah
memastikan alat-alat ukur yang digunakan dibuat
tentukuran mengikut prosedur dan dalam tempoh
yang ditetapkan oleh Jabatan.
(b) Hasil tentukuran alat-alat hendaklah disahkan oleh
Pengarah Ukur atau pegawai yang diberi kuasa
oleh Pengarah Ukur dan disimpan sebagai rekod.
3.2 Pekeliling KPUP 6/1999 - Garis Panduan Pengukuran
Menggunakan Alat Sistem Penentududukan Sejagat
(GPS) Bagi Ukuran Kawalan Kadaster Dan Ukuran
Kadaster.
Pekeliling ini membenarkan penggunaan serta
menetapkan kaedah dan cara menggunakan alat GPS
bagi ukuran kawalan kadaster dan ukuran hakmilik tanah.
4
3.3 Pekeliling KPUP 6/1986 - Peraturan Untuk Penggunaan
Alat Ukur Jarak Eletkronik (EDM) Bagi Kerja Ukur Kadaster.
Pekeliling ini menetapkan keperluan teknikal dan
prosedur penggunaan alat EDM dalam kerja ukur
kadaster.
3.4 Pekeliling KPUP 3/1986 - Penggunaan Alat Ukur Jarak
Elektronik (EDM) Untuk Ukur Kadaster.
Pekeliling ini membenarkan serta mengalakkan
penggunaan alat EDM dalam kerja ukur kadaster dan
mewujudkan peraturan-peraturan berkaitan ujian alat
EDM.
5
4.1 JUPEM dengan kerjasama Lembaga Juruukur Tanah,
Semenanjung Malaysia telah membina tapak ujian alat
EDM yang pertama bertempat di Wangsa Maju, Setapak,
Kuala Lumpur pada tahun 1985. Kemudiannya tapak-
tapak tambahan telah dibina di seluruh Semenanjung
Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
4.2 Sehingga tahun 2002, sejumlah 31 tapak ujian ( 19 tapak
bagi menguji alat EDM dan 13 tapak bagi menguji alat
GPS) telah dibina. Daripada jumlah tersebut, 3 tapak ujian
EDM dan GPS telah dibina secara setempat.
4.3 Lokasi bagi tapak-tapak ujian EDM dan GPS di
Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan
adalah seperti dalam Rajah 1, dan butiran lanjut
mengenainya disenaraikan pada jadual di muka surat 8.
4 TAPAK-TAPAK UJIANEDM DAN GPS
6
EDM
GPS
EDM DAN GPS
Petunjuk
30&31
Labuan
Rajah 1: Lokasi Tapak-tapak Ujian EDM & GPS Semenanjung Malaysia Dan Labuan
24
23
8&9 28
29
2725
26
15
10
17
14
8&94&5
21
3
76
1211
13
161922
24
18
2120
23
7
NEGERI No. JENIS TAPAK LOKASI
Perlis 1 EDM Sg. Batu Pahat, Perlis2 GPS UiTM, Arau, Perlis
Kedah 3 EDM Tapak industri, Jalan Kilang Lama, Kulim, Kedah
4&5 GPS & EDM Ban Sg. Santap, Kg. Jabi, Alor Setar, Kedah
P. Pinang 6 EDM Padang polo, Jalan Sepoy Lines, P. Pinang7 GPS Sisi tapak tol BKE, Permatang Pauh,
P. Pinang
Kelantan 8 & 9 EDM & GPS KADA Resort, Melor, K. Bahru, Kelantan
Perak 10 EDM Taman Tasik, Taiping, Perak11 EDM Padang golf, Batu Gajah, Perak12 GPS Lapangan terbang kecil, Tekah, Taiping,
Perak13 EDM Institut Ukur Tanah Negara, Behrang, Perak
Terengganu 14 GPS Tanjung Jara, Dungun, Terengganu
Pahang 15 EDM Atabara, Kuantan, Pahang16 EDM Kg. Songsang, Temerloh, Pahang17 GPS Pantai Sepat, Pekan, Pahang
Selangor 18 EDM Seksyen 6, Shah Alam, Selangor19 GPS Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
W. P. 20 EDM Wangsa Maju, Kuala LumpurKuala Lumpur 21 EDM Jalan Jelatek, Kuala Lumpur
22 GPS Lebuhraya Elite, Shah Alam - KLIA
N. Sembilan 23 EDM Jln. Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban,N. Sembilan
24 GPS Pusat tol, Lebuhraya Seremban – P. Dickson,N. Sembilan
Melaka 25 GPS Taman Tasik Utama, Air Keroh, Melaka26 EDM Jalan PAK 2/2, Kawasan perindustrian
Air Keroh, Melaka
Johor 27 EDM Lapangan Terbang, Segamat, Johor28 EDM Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn,
Batu Pahat, Johor29 EDM Taman Permas Jaya, Johor Bahru, Johor
W.P. Labuan 30&31 EDM & GPS Pengkalan TUDM, W.P. Labuan
MAKLUMAT LOKASI TAPAK UJIAN EDM & GPS
8
Pada amnya, spesifikasi bagi pembinaan pilar tapak EDM dan
GPS adalah serupa. Pilar dibina daripada konkrit setinggi 1.5
meter dan mempunyai tapak bersaiz 1.5m x 1.5m x 1.5m. Satu
plet stainless steel dengan skrew 5/8 inci dipasang di tengah
pilar bagi menempatkan tribrach. Setiap pilar yang dibina
adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan, seperti
di Rajah 2.
SPESIFIKASI PILAR BAGITAPAK UJIAN EDM DAN GPS5
9
10
PANDANGAN HADAPANPLAT KELULI
PANDANGAN SISIPLAT KELULI
1.50 m
1.50
m
0.60 m
0.16 m
2.00
m
PANDANGAN ATAS
1.60 m
5/8” Screw ThreadStainless Steel
20 mm
5 mm
5 mm
12 mm
160 mm
5 mm
20 mm
1.50
m
0.60 m
1.50
m
Bed Rock
Stainless SteelCover
PANDANGAN SISI
0.45 m
Rajah 2: Spesifikasi Pilar EDM dan GPS
6.1 Rekabentuk Tapak Ujian EDM
Tapak ujian ini dibina dalam garisan lurus yang
mempunyai 10 pilar; setiap pilar ini dikenali mengikut
susunannya daripada pilar 1 hingga ke pilar 10. Jarak
antara pilar 1 hingga ke pilar 10 adalah 300 meter,
menyamai jarak maksimum antara dua tanda sempadan
yang dibenarkan mengikut Peraturan Ukur Kadaster 2002.
( Sila lihat Rajah 3 )
6.2 Rekabentuk Tapak Ujian GPS
Terdapat 2 jenis rekabentuk yang berdasarkan kepada
susunan pilar bagi jumlah jarak 1 km dan 500 meter.
(Sila lihat Rajah 4 hingga Rajah 5)
6.3 Rekabentuk Gabungan Tapak Ujian EDM Dan GPS
Rekabentuk ini adalah bagi tapak ujian alat EDM dan
GPS yang dibina setempat, di atas satu garis dasar lurus
dalam jarak 1 km.
(Sila lihat Rajah 6)
REKABENTUK TAPAK UJIANEDM DAN GPS6
11
12
P2 P3 P4 P6P1
39 3838 3838 49505
P5 P7 P8 P9 P10
5
Rajah 3: Rekabentuk Bagi Tapak Ujian EDM
Nota:P1 hingga P10 = Nombor PilarUkuran jarak dalam meter
13
20 130 150 200 500
P1 P2 P3 P4 P5 P6
Rajah 4: Rekabentuk Tapak Ujian GPS Berjarak 1 Km(Rekabentuk 1)
Nota:P1 hingga P6 = Nombor PilarUkuran jarak dalam meter
14
Rajah 5: Rekabentuk Tapak Ujian GPS Berjarak 500 m(Rekabentuk 2)
Nota:P1 hingga P6 = Nombor PilarUkuran jarak dalam meter
20 80 100 120 180
P1 P2 P3 P4 P5 P6
15
Rajah 6: Rekabentuk Tapak Ujian GPS dan EDM Setempat Berjarak 1 km(Rekabentuk 3)
Nota:P1 hingga P15 = Nombor PilarUkuran jarak dalam meter
GPSP1
GPSP2
GPSP3
GPSP4
GPSP5
GPSP15
20 130 150 200 500
5 39 38 38 38 38 50 49
EDMP6 hingga P14
Pilar GPS Pilar EDMPilar GPS dan EDMdibina setempat
5
6 7 8 9 10 11 12 13 14
1.1 Semua tapak ujian EDM dan GPS yang siap dibina telah
ditentukur secara berkala dengan menggunakan alat
piawaian JUPEM. Alat piawaian ini telah pun terlebih
dahulu ditentukur di tapak ujian Ashford Middlesex, United
Kingdom oleh Thames Water Utilities Engineering yang
diiktiraf oleh United Kingdom Accreditation Services
(UKAS), juga oleh Standard Research Institute of Malaysia
( sekarang dikenali sebagai SIRIM Berhad ).
SIRIM Berhad, sebagai pihak yang mengawal standard
bagi negara ini, telah pun memperakukan penggunaan
alat piawaian tersebut untuk kerja-kerja tentukuran
dengan pengeluaran Sijil Perakuan SIRIM yang khas bagi
alat berkenaan.
7.2 Tentukuran terhadap semua tapak EDM dan GPS
dijalankan sekurang-kurangnya sekali setahun bagi setiap
tapak. Sehubungan itu, Bahagian Kadaster, JUPEM telah
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan urusan
tersebut dan mengeluarkan sijil-sijil kalibrasi bagi setiap
ujian EDM dan GPS di seluruh Semenanjung Malaysia dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
7 TENTUKURAN BAGI TAPAK UJIANEDM DAN GPS
16
7.3 Sijil kalibrasi ini mengandungi nilai jarak muktamad antara
pilar-pilar yang diukur. Salinan sijil berkaitan boleh didapati
di Pejabat Ukur Daerah di mana tapak ujian berkenaan
berada. Contoh sijil kalibrasi bagi tapak ujian EDM dan
GPS ini ditunjukkan di muka surat 18 dan 19.
7.4 Bahagian Kadaster, JUPEM juga mengeluarkan pamplet
berkaitan tentukuran tapak-tapak ujian EDM dan GPS.
Risalah yang diterbitkan mengikut negeri itu mengandungi
maklumat pelan bagi tapak ujian, tempat untuk
dihubungi bagi sebarang pertanyaan serta data kalibrasi
tapak-tapak tersebut.
Pamplet ini dikeluarkan selepas setiap kali tentukuran
tapak dijalankan dan akan sentiasa dikemaskini dari
masa ke semasa.
17
contoh
SIJIL KALIBRASI TAPAK UJIAN EDM
����� ��������� ����� ����� �������� ��������� ����� ����� �������� ��������� ����� ����� �������� ��������� ����� ����� �������� ��������� ����� ����� �����. 16/2002��. 16/2002��. 16/2002��. 16/2002��. 16/2002
18
Dengan ini diperakukan bahawa Tapak Ujian EDM di Jalan PAK 2/2, Ayer Keroh, Melakatelah diuji pada 01.01.2003 menggunakan peralatan TC2003 ; No. siri 438481 (sijil perakuanSIRIM No. 8071), dan bahawa nilai jarak antara pilar di tapak tersebut adalah sepertiyang tercatat pada jadual di atas.
SIJIL KALIBRASI TAPAK UJIAN GPS
����� ��������� ����� ����� �������� ��������� ����� ����� �������� ��������� ����� ����� �������� ��������� ����� ����� �������� ��������� ����� ����� �����. 17/2002��. 17/2002��. 17/2002��. 17/2002��. 17/2002
19
contoh
Dengan ini diperakukan bahawa Tapak Ujian GPS di Kada Resort, Melor, Kota Bharu telahdiuji pada 22.05.2002 menggunakan peralatan TC2003 ; No. siri 438481 (sijil perakuanSIRIM No. 8071), dan bahawa nilai jarak antara pilar di tapak tersebut adalah sepertiyang tercatat pada jadual di atas.
8.1 Tapak ujian EDM dan GPS diletakkan di bawah kawalan
Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri. Walaupun begitu
Juruukur Daerah telah diberi kuasa untuk menjalankan
urusan pengawalan dan penyelenggaraan tapak yang
berada dalam zon pentadbiran Pejabat Ukur Daerah
masing-masing.
8.2 Juruukur Tanah Bertauliah dan pengguna lain bolehlah
mendapatkan maklumat dan kelulusan penggunaan
tapak-tapak ujian daripada Juruukur Daerah yang
berkenaan.
8 PENGAWALAN DANPENYELENGGARAANTAPAK UJIAN EDM DAN GPS
20
9.1 Pengguna yang hendak menjalankan tentukuran alat
perlulah terlebih dahulu menghubungi Pejabat Ukur
Daerah yang berkenaan untuk mendapatkan kunci
tapak ujian EDM atau GPS.
9.2 Pengguna hendaklah memulangkan kunci tapak ujian
EDM atau GPS sebaik sahaja selesai menjalankan kerja-
kerja tentukuran kepada Pejabat Ukur Daerah yang
berkenaan supaya tapak ujian dapat digunakan oleh
pengguna yang lain.
9.3 Hasil tentukuran hendaklah direkodkan dalam sistem
daftar tentukuran EDM atau GPS di Pejabat Ukur Daerah
dan disahkan oleh Juruukur Daerah.
9.4 Pengguna hendaklah melaporkan apa-apa kerosakan
pada pilar atau halangan antara pilar-pilar di tapak ujian
kepada Pejabat Ukur Daerah untuk membolehkan
tindakan penyelenggaraan seterusnya diambil.
9.5 Bagi ujian alat EDM, kaedah tentukuran serta cara
menggunakan data ujian adalah seperti yang dihuraikan
dalam Pekeliling KPUP 3/1986.
PENGGUNAAN TAPAK UJIANDAN TATACARA TENTUKURAN9
21
Contoh borang tentukuran adalah seperti mana yang
ditunjukkan dalam muka surat 23.
9.6 Alat EDM diterima dalam keadaan baik sekiranya hasil
daripada tentukuran menunjukkan purata selisih malar
tidak melebihi 10 mm. Jika tidak, alat perlu dihantar
kepada pembekal untuk diperbaiki.
9.7 Untuk alat GPS, kerja tentukuran hendaklah dilakukan
mengikut prosidur yang digariskan dalam Pekeliling KPUP
6/1999. Bagi ujian garis dasar EDM untuk GPS, purata beza
jarak yang didapatkan dari pasangan alat penerima GPS
berbanding jarak EDM yang telah ditentukan, hendaklah
tidak melebihi 10 mm. Jika tidak, alat perlu dihantar ke
pembekal untuk diperbaiki.
9.8 Cartalir di muka surat 24 menunjukkan proses yang terlibat
untuk menjalankan tentukuran alat EDM dan GPS.
22
Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia yang
berkaitan dengan ujian EDM dan GPS serta maklumat terkini
mengenai data-data tentukuran ujian tapak EDM dan GPS
dalam bentuk sijil kalibrasi boleh diperolehi melalui
www.jupem.gov.my
Pengguna yang ingin menjalankan tentukuran alat EDM atau
GPS perlulah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan
penggunaan tapak ujian berkaitan daripada Pengarah Ukur
dan Pemetaan Negeri atau Juruukur Daerah yang berkenaan,
seperti mana yang disenaraikan di muka surat berikut.
LAMAN WEB JUPEM10
ALAMAT JUPEM NEGERI DANPEJABAT JURUUKUR DAERAH11
25
PEJABAT UKUR DAERAH
Jabatan Ukur dan Pemetaan PerlisTingkat 6, Bangunan Persekutuan KangarPersiaran Jubli Emas01000 KangarPerlis Indera KayanganTel : 04 - 9772128Fax : 04 - 9772131
Jabatan Ukur dan Pemetaan Kedah1187, Jalan Raya09000 KulimKedah Darul AmanTel : 04 - 4906166Fax : 04 - 4904223
Jabatan Ukur dan PemetaanPulau PinangTingkat 39, KOMTAR10000 Pulau PinangTel : 04 - 2643194Fax : 04 - 2635884
Jabatan Ukur dan Pemetaan KelantanJalan Hospital15000 Kota BahruKelantan Darul NaimTel : 09 - 7481588Fax : 09 - 7443923
Juruukur Daerah PerlisJabatan Ukur dan Pemetaan PerlisTingkat 6, Bangunan Persekutuan KangarPersiaran Jubli Emas01000 KangarPerlis Indera KayanganTel : 04 - 9772128Fax : 04 – 9772131
Juruukur Daerah Kedah SelatanJabatan Ukur dan Pemetaan Kedah1187 , Jalan Raya09000 KulimKedah Darul AmanTel : 04 – 4906166Fax : 04 - 4904223
Juruukur Daerah Kedah UtaraPejabat Ukur Daerah Kedah UtaraTingkat 4 , Wisma Persekutuan05000 Alor SetarKedah Darul AmanTel : 04 – 7323253Fax : 04 - 7320779
Juruukur Daerah Pulau PinangJabatan Ukur dan Pemetaan Pulau PinangTingkat 39, KOMTAR10000 Pulau PinangTel : 04 – 2643194Fax : 04 - 2635884
Juruukur Jajahan Kelantan TimurPejabat Ukur Jajahan Kelantan TimurNo 4 , Tingkat 8 , Wisma IlmuJalan Doktor15000 Kota BharuKelantan Darul NaimTel : 09 - 7484577Fax : 09 – 7476325
PERLIS
KEDAH
PULAU PINANG
KELANTAN
JUPEM
26
Jabatan Ukur dan Pemetaan PerakJalan Dato’ Seri Ahmad SaidGreentown30450 IpohPerak Darul RidzuanTel : 05 - 2417181Fax : 05 - 2417151
Jabatan Ukur dan Pemetaan TerengganuTingkat 7 & 8, Wisma PersekutuanJalan Sultan Ismail20578 Kuala TerengganuTerengganu Darul ImanTel : 09 - 6221144Fax : 09 - 6237188
Jabatan Ukur dan Pemetaan PahangJalan Tengku Muhamad25050 KuantanPahang Darul MakmurTel : 09 - 5668511Fax : 09 - 5668503
Juruukur Daerah Perak UtaraPejabat Ukur Daerah Perak UtaraTingkat 9, Wisma PersekutuanJalan Istana Larut34000 TaipingPerak Darul RidzuanTel : 05 - 8080944Fax : 05 - 8053006
Juruukur Daerah Perak TengahJabatan Ukur dan Pemetaan PerakJalan Dato’ Seri Ahmad SaidGreentown30450 IpohPerak Darul RidzuanTel : 05 - 3662911Fax : 05 - 2417151
Juruukur Daerah Terengganu SelatanPejabat Ukur Daerah Terengganu Selatan24000 ChukaiKemamanTerengganu Darul ImanTel : 09 - 8591289Fax : 09 - 8583177
Juruukur Daerah Pahang TimurJabatan Ukur dan Pemetaan PahangJalan Tengku Muhamad25050 KuantanPahang Darul MakmurTel : 09 - 5668511Fax : 09 - 5668503
Juruukur Daerah Pahang TengahPejabat Ukur Daerah Pahang TengahAras 5, Bangunan Plaza28000 TemerlohPahang Darul MakmurTel : 09 - 2961228Fax : 09 - 2966943
PERAK
TERENGGANU
PAHANG
PEJABAT UKUR DAERAHJUPEM
27
Alamat
PEJABAT UKUR DAERAH
Jabatan Ukur dan Pemetaan SelangorTingkat 16-02 & 17-01, Plaza MasalamNo. 2, Jalan Tengku Ampuan ZabedahE 9/E Seksyen 940578 Shah AlamSelangor Darul EhsanTel : 03 - 55132616Fax : 03 - 55132613
Jabatan Ukur dan PemetaanWilayah Persekutuan Kuala LumpurTingkat 3 & 4, Wisma TanahJalan Semarak50578 Kuala LumpurTel : 03 - 26908977Fax : 03 - 26938740
Jabatan Ukur dan PemetaanNegeri SembilanTingkat 7 & 8, Wisma PersekutuanJalan Dato’ Abdul Kadir70000 SerembanNegeri Sembilan Darul KhususTel : 06 - 7623839Fax : 06 - 7672351
Jabatan Ukur dan Pemetaan MelakaJalan Taming Sari75578 MelakaTel : 06 - 2822844Fax : 06 - 2847319
Juruukur Daerah Selangor TimurPejabat Ukur Daerah Selangor TimurTingkat 1, Bangunan Tabung HajiJalan Kapar41400 KelangSelangor Darul EhsanTel : 03 - 33440582Fax : 03 - 33441086
Juruukur Daerah Kuala Lumpur/PutrajayaJabatan Ukur dan PemetaanWilayah Persekutuan Kuala LumpurTingkat 3 & 4, Wisma TanahJalan Semarak50578 Kuala LumpurTel : 03 – 26908977Fax : 03 – 26938740
Juruukur Daerah N. Sembilan BaratJabatan Ukur dan Pemetaan N. SembilanTingkat 8, Wisma PersekutuanJalan Dato’ Abdul Kadir70000 SerembanNegeri Sembilan Darul KhususTel : 06 - 7623839Fax : 06 - 7620158
Juruukur Daerah MelakaJabatan Ukur dan Pemetaan MelakaJalan Taming Sari75578 MelakaTel : 06 - 2822844Fax : 06 - 2847319
SELANGOR
WILAYAH PERSEKUTUANKUALA LUMPUR/PUTRAJAYA
NEGERI SEMBILAN
MELAKA
JUPEM
28
Jabatan Ukur dan Pemetaan JohorTingkat 7, 8 & 9, Blok AWisma PersekutuanJalan Air Molek80000 Johor BahruJohor Darul Ta’zimTel : 07 - 2231244Fax : 07 - 2238535
Jabatan Ukur dan PemetaanWilayah Persekutuan LabuanTingkat 7, Blok 4Bangunan Ujana KewanganPeti Surat 8687008 Wilayah Persekutuan LabuanTel : 087 - 412068Fax : 087 - 417401
Juruukur Daerah Johor SelatanJabatan Ukur dan Pemetaan JohorTingkat 7, Blok A, Wisma PersekutuanJalan Air Molek80000 Johor BahruJohor Darul TakzimTel : 07 - 2219934Fax : 07 - 2232190
Juruukur Daerah Johor UtaraPejabat Ukur Daerah Johor UtaraBangunan Sultan Abu BakarJalan Petrie84000 MuarJohor Darul TakzimTel : 06 - 9521233Fax : 06 - 9522122
Juruukur Daerah Johor TengahPejabat Ukur Daerah Johor TengahTingkat 2, Bgn. Gunasama PersekutuanJalan Bakau Chondong83000 Batu PahatJohor Darul TakzimTel : 07- 4341081Fax : 07- 4340073
Juruukur Daerah W.P. LabuanJabatan Ukur dan PemetaanWilayah Persekutuan LabuanTingkat 7, Blok 4Bangunan Ujana KewanganPeti Surat 8687008 Wilayah Persekutuan LabuanTel : 087 - 412068Fax : 087 - 417401
JOHOR
WILAYAH PERSEKUTUANLABUAN
PEJABAT UKUR DAERAHJUPEM
Alamat
29
Tapak Ujian EDMDi Taman Permas Jaya, Johor Bahru, JOHOR
Tapak Ujian GPSDi Pantai Sepat, Pekan, PAHANG
CONTOH-CONTOH PILAR12
30
www.jupem.gov.myJabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
Tel : 03 - 26170800Fax : 03 - 26987114
Email : [email protected]