16
ISSN 2180-4737 terkini cepat tepat Bil : 41 (15-31 Mei 2011) - http://teganukita.blogspot.com “Sebagai orang politik, jangan mudah berkecil hati, jangan mudah ambil hati, jangan mudah makan hati serta jangan mudah membawa hati, sebaliknya perlulah berhati-hati,” - YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu. PANTAI TOK JEMBAL MASALAH TANAH RAKYAT SELESAI AKHIR TAHUN KERAJAAN Terengganu yakin isu pemili- kan tanah haram di seluruh negeri akan da- pat diselesaikan selewat-lewatnya menjelang akhir tahun ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata buat masa ini pihak berkenaan sedang memproses semua permohonan pemi- likan tanah haram yang telah dikemukakan orang ramai yang meneroka tanah kerajaan secara tidak sah, sebelum 31 Disember 2006. “Sebelum ini kerajaan telah memutuskan mereka yang meneroka tanah kerajaan sebe- lum tarikh berkenaan dibenarkan membuat permohonan untuk mendapatkan hak milik,” katanya pada sidang media selepas mem- pengerusikan mesyuarat mingguan Ahli Maj- lis Mesyuarat Kerajaan (Exco), baru-baru ini. Sementara itu, sehingga permohonan tanah haram ditutup pada 31 Disember 2006, kera- jaan negeri menerima 9,916 permohonan dan kini hanya 225 kes belum selesai. Pencapaian penyelesaian kes menunjukkan 97.73 peratus dan dijangka kesemua kes dapat diselesaikan sedikit masa lagi. Daerah yang mempunyai baki kes tanah haram paling tinggi ialah Marang sebanyak 40 kes serta Hulu Terengganu sebanyak 58 kes. Manakala Besut (5), Dungun (6), Kuala Terengganu (3) dan Kemaman dua kes. Dalam pada itu, sehingga kini daripada 155,302 permohonan penukaran hak milik sementara kepada hak milik kekal, kerajaan negeri berjaya menyelesaikan 118,396 kes berkenaan. Dengan penyelesaian proses itu menunjuk- kan kes yang masih berbaki hanya 36,906 atau 23 peratus kes belum selesai. Dalam perkembangan lain, Menteri Besar menasihati orang ramai, terutama penjawat awam tidak terlibat dengan kegiatan meneroka tanah kerajaan secara haram kerana ia salah di segi undang-undang. Beliau berkata, bagi penjawat awam mer- eka boleh mengemukakan permohonan sama ada untuk memilik tanah lot rumah atau per- tanian jika mereka telah berkhidmat melebihi lima tahun. Oleh: Kamarudin Mat Akib Gambar oleh Zulkipli Putra Persatuan Mat Roda-Roda ms-3 Pelan strategik jadi indikator kepada penjawat awam - MB ms-14 Batik, songket Terengganu tembusi pasaran antarabangsa ms-6 MESRA...Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyapa mesra bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ketika bertemu di majlis pembukaaan bangunan Dewan Perhimpunan Bangunan Tiong Hua, di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Pertemuan dua generasi kepimpinan Terengganu itu membuktikan legasi pembangunan yang pernah dicetuskan pemimpin terdahulu tetap diteruskan demi memastikan semua rakyat termasuk masyarakat Tionghua mendapat manfaat sekaligus merealisasikan slogan `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’. Bangunan empat tingkat berharga RM3.3 juta mula dibangunkan sejak tahun lalu selepas Dato’ Seri Haji Ahmad menyempurnakan majlis pecah tanah pada 2009. Projek berkenaan diluluskan ketika zaman pentadbiran Tan Sri Wan Mokhtar pada 1996, pernah tertangguh selepas peralihan kerajaan ketika Pilihan Raya Umum ke-10 lalu.

teganukita 41

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teganukita 41

Citation preview

Page 1: teganukita 41

ISSN 2180-4737

terkini cepat tepat

lihat ms-2

Bil : 41 (15-31 Mei 2011) - http://teganukita.blogspot.com

“Sebagai orang politik, jangan mudah berkecil hati, jangan mudah ambil hati, jangan mudah makan hati serta jangan mudah membawa hati, sebaliknya perlulah berhati-hati,” - YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu.

PANTAI TOK JEMBAL

MAsALAh TANAh rAKyAT sELEsAI AKhIr TAhuN

Kerajaan Terengganu yakin isu pemili-kan tanah haram di seluruh negeri akan da-pat diselesaikan selewat-lewatnya menjelang akhir tahun ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata buat masa ini pihak berkenaan sedang memproses semua permohonan pemi-likan tanah haram yang telah dikemukakan orang ramai yang meneroka tanah kerajaan secara tidak sah, sebelum 31 Disember 2006. “Sebelum ini kerajaan telah memutuskan mereka yang meneroka tanah kerajaan sebe-lum tarikh berkenaan dibenarkan membuat permohonan untuk mendapatkan hak milik,” katanya pada sidang media selepas mem-

pengerusikan mesyuarat mingguan Ahli Maj-lis Mesyuarat Kerajaan (Exco), baru-baru ini. Sementara itu, sehingga permohonan tanah haram ditutup pada 31 Disember 2006, kera-jaan negeri menerima 9,916 permohonan dan kini hanya 225 kes belum selesai. Pencapaian penyelesaian kes menunjukkan 97.73 peratus dan dijangka kesemua kes dapat diselesaikan sedikit masa lagi. Daerah yang mempunyai baki kes tanah haram paling tinggi ialah Marang sebanyak 40 kes serta Hulu Terengganu sebanyak 58 kes. Manakala Besut (5), Dungun (6), Kuala Terengganu (3) dan Kemaman dua kes. Dalam pada itu, sehingga kini daripada 155,302 permohonan penukaran hak milik

sementara kepada hak milik kekal, kerajaan negeri berjaya menyelesaikan 118,396 kes berkenaan. Dengan penyelesaian proses itu menunjuk-kan kes yang masih berbaki hanya 36,906 atau 23 peratus kes belum selesai. Dalam perkembangan lain, Menteri Besar menasihati orang ramai, terutama penjawat awam tidak terlibat dengan kegiatan meneroka tanah kerajaan secara haram kerana ia salah di segi undang-undang. Beliau berkata, bagi penjawat awam mer-eka boleh mengemukakan permohonan sama ada untuk memilik tanah lot rumah atau per-tanian jika mereka telah berkhidmat melebihi lima tahun.

Oleh: Kamarudin Mat akib

Gambar oleh Zulkipli Putra

Persatuan Mat roda-roda ms-3

Pelan strategik jadi indikator kepada penjawat awam - MB ms-14

Batik, songket Terengganu tembusi pasaran antarabangsa ms-6

MESRA...Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said menyapa mesra bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad ketika bertemu di majlis pembukaaan bangunan Dewan Perhimpunan Bangunan Tiong Hua, di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Pertemuan dua generasi kepimpinan Terengganu itu membuktikan legasi pembangunan yang pernah dicetuskan pemimpin terdahulu tetap diteruskan demi memastikan semua rakyat termasuk masyarakat Tionghua mendapat manfaat sekaligus merealisasikan slogan `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’. Bangunan empat tingkat berharga RM3.3 juta mula dibangunkan sejak tahun lalu selepas Dato’ Seri Haji Ahmad menyempurnakan majlis pecah tanah pada 2009. Projek berkenaan diluluskan ketika zaman pentadbiran Tan Sri Wan Mokhtar pada 1996, pernah tertangguh selepas peralihan kerajaan ketika Pilihan Raya Umum ke-10 lalu.

Page 2: teganukita 41

2 am 15-31 Mei 2011

Tunai janji kepada masyarakat TionghuaOleh: aida abd rahman

Majlis perasmian Bangunan Perhimpunan Tionghua di Jalan Bukit Kecil disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said.

Kerajaan Terengganu menunaikan janji kepada masyarakat Tionghua sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu dua tahun lalu untuk menye-diakan sebuah dewan per-himpunan masyarakat itu apabila bangunan itu siap dan mula beroperasi un-tuk menggerakkan aktiviti masyarakat itu, baru-baru ini. Dewan Bangunan Per-himpunan Tionghua set-inggi empat tingkat ber-harga RM3.3 juta, di Jalan Bukit kecil, Kuala Tereng-ganu itu mula dibangunk-an sejak tahun lalu selepas majlis pecah tanah disem-purnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said pada 2009. Malah, pada tahun lalu kerajaan negeri turut ber-setuju mewartakan tanah bersebelahan bangunan itu sebagai rizab jalan Perse-kutuan di bawah Seksyen 62, Kanun Tanah Negara 1965 bagi menyediakan kemudahan parkir untuk kemudahan pengunjung bangunan itu. “Ini merupakan hadiah kerajaan Barisan Nasional kepada masyarakat Tion-ghua sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Kua-

la Terengganu 2009. “Walaupun kita kalah (pada pilihan raya itu), kita berharap selepas ini masyarakat Tionghua dap-at membantu calon -calon kita (Barisan Nasional)

untuk memenangkan kembali Parlimen Kuala Terengganu dan Dewan Undangan Negeri yang kita ada,” katanya ketika sidang akhbar selepas merasmikan pembukaan

bangunan itu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perindustri-an, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, YB Toh Chin Yaw dan Presiden Persatuan Dewan Perhim-punan Tiong Hua Tereng-ganu, Foo Chee Wan. “Terdapat satu lagi Sekolah Menengah Chung Hwa Wei Sin yang belum kita serahkan bantuan. Tunggu, mungkin Sep-tember ini duit (royalti) kita sampai kita akan se-rahkan. Sebab dua tahun lalu, kita tidak menerima peruntukan yang mencuk-upi, kerana itulah kita ter-paksa menangguhkannya terlebih dahulu,” katanya lagi. Untuk rekod, mantan Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad meluluskan satu lot tanah untuk mendirikan ban-gunan itu pada 1996, ba-gaimanapun projek berke-naan tertangguh selepas peralihan kerajaan ketika Pilihan Raya Umum ke-10 yang lalu. Bagi meneruskan projek itu, Dato’ Seri Haji Ahmad kemudiannya meluluskan peruntukan RM3.3 juta pada 2009 dan kemuda-han itu dibangunkan sejak tahun lalu serta siap sep-enuhnya dalam tempoh setahun kemudian.

TATiuC medan saintis, jurutera 16 negara bentang kajian

Gambar oleh Zulkipli Putra

SeraMai 262 saintis, jurutera dan ahli akade-mik dari 16 negara selu-ruh dunia berkampung di Pusat Latihan Antarabang-sa (ITC), Kolej Universiti Tati (TATiUC), Kemaman bagi membentangkan ha-sil kajian terkini dalam bidang kejuruteraan Me-katronik, Kejuruteraan Pembuatan dan Kejuruter-aan Kimia sempena Per-sidangan Antarabangsa Sistem Automasi dan Ro-botik (ICORAS), Inovasi Kimia (ICCI) & Teknologi Pembuatan (ICAM), baru-baru ini. Persidangan julung kali selama dua hari anjuran TATiUC dengan kerjasa-ma Universiti MIE, Jepun, Universiti Queens’s, Bel-fast, Ireland dan Institut Pertanian Bogor, Indone-sia menjadi platform un-

tuk peserta berkongsi hasil kajian daripada institusi masing-masing. Pengarah Kampus Uni-versiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Abd Aziz Tajuddin, berkata pengan-juran persidangan itu pent-ing kepada TATiUC bagi mengenengahkan institusi pendidikan itu yang kini semakin aktif dalam bi-dang penyelidikan di mata dunia walaupun baru dua tahun mendapat pengik-tirafan sebagai universiti kolej. “ Ia bertepatan dengan peranan sebagai sebuah universiti dan dalam jang-ka masa pendek, dapat mengumpul para saintis seluruh dunia termasuk Jepun, Northen Ireland, India, Iran, Iraq, Itali dan United Kingdom. “Semua universiti pe-

nyelidikan seluruh Malay-sia seperti USM, Univer-siti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia. Malah, universiti swasta, Institusi Pengajian Tinggi serta universiti kolej ter-libat dalam persidangan kali ini,” katanya selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa TATiUC 2011, di ITC -TATiUC, Teluk Kalong, Kemaman, baru-baru ini. Turut hadir, Timbalan Rektor Hal Ehwal Korpo-rat TATiUC, Haji Zulkifli Mohamad dan Timbalan Rektor Hal Ehwal Akade-mik dan Pengantarabang-saan TATiUC, Dr Zunaidi Ibrahim. Prof Dr Aziz berka-ta, sambutan baik yang diberikan di kalangan pe-serta membuktikan semua

universiti bukan sahaja memberi tumpuan kepada mengajar, malah turut mengambil penekanan ter-hadap aspek penyelidikan. Katanya, hasil pemben-tangan jabatan penyelidi-kan masing-masing dapat mendedahkan ilmu dan maklumat secara lebih terperinci serta mengo-rak langkah memajukan penyelidikan yang sudah dihasilkan sebagaimana amalan persidangan yang lalu. “Peserta juga dapat melihat kemajuan ino-vasi di tempat lain yang mampu memberi impak besar bagi mengembang-kan ilmu pengetahuan, di mana ia dapat diperolehi daripada persidangan yang menghimpunkan pe-nyelidik tersohor serata negara,” katanya lagi.

Terengganu-Bandung: Jalinan pelancongan

USaha mendekatkan Kota Bandung (Indonesia)- Kuala Terengganu, barangkali menjadikan ia ‘bandar kembar’ bagi tujuan pelancongan dan hubungan per-saudaraan atas nama serumpun sebangsa diusahakan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said seorang pemimpin yang kreatif dan berpandangan jauh dalam merealisasikan hasrat pembangunan negeri. Bandung yang terletak di dataran tinggi Jawa Ba-rat adalah kota budaya Melayu tersohor dan maju se-bagai destinasi pelancongan. Pusat-pusat pengajian tinggi termasuk yang diban-gunkan oleh swasta juga banyak di kota yang juga dikenali sebagai ‘kota pelajar’, sekalipun maju di bi-dang pertanian. Dato’ Seri Haji Ahmad mengetuai rombongan penerbangan pertama Kuala Terengganu (Lapangan Terbang Sultan Mahmud)- Bandung yang akan men-jadikan dua bandar ini semakin dekat melalui pener-bangan terus ini. Potensi besar untuk pertukaran pelancong di antara dua bandar ini dari resam budaya, pusat pendidikan, keindahan alam dan pertanian. Terengganu adalah negeri pertanian yang juga maju dengan pelbagai pusat pendidikan dan sedang menuju ke arah industri pelancongan yang hebat. Tidak lama lagi Tasik Kenyir akan menjadi kawasan ‘bebas cu-kai”. Bandung pula dalam sejarahnya pernah dikenali sebagai “Paris di Jawa” kerana udara sejuk dan nya-man. Justeru itu usaha menghubungkan dua bandar secara terus amatlah wajar, lebih-lebih lagi negeri Tereng-ganu yang juga sedang melalui proses menjadikan ia ‘negeri pelancongan’ terkemuka dan Kota Band-ung yang sudah sekian lama ke hadapan di bidang itu boleh membantunya melalui pertukaran penerbangan ini. “Dengan adanya penerbangan terus nanti, pen-duduk di Pantai Timur tidak lagi perlu ke Kuala Lum-pur untuk ke Bandung,” kata Dato’ Seri Haji Ahmad. Sebaliknya, pakej pelancongan itu pastinya juga melibatkan untuk pelancong yang datang dari Band-ung ke Kuala Terengganu melalui penerbangan terus itu. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Bandung adalah dekat di hati orang ‘Terengganu’ terutama da-lam tragedi Natrah. Che Aminah berasal dari Kema-man bertemu Natrah di Bandung kerana Che Aminah berkahwin dengan seorang saudagar, Maarof Haji Ab-dul dari Kota Bandung itu. Semasa pendudukan Jepun di Indonesia, askar Be-landa, Petrus Hertogh (ayah Natrah) dipenjarakan oleh Jepun, lalu isterinya Adeline (ibu Natrah) berlindung di rumah nenek suami Che Aminah di Bandung itu. Di sanalah Che Aminah berkenalan dengan Adeline dan Natrah anaknya yang waktu itu baru berusia lima tahun. Lantaran Che Aminah tidak mempunyai zuriat, ter-masuk dari beberapa perkahwinan sebelumnya, beliau mengambil Natrah dengan persetujuan ibunya (Ade-line) dan di bawa balik Kemaman; sehinggalah mem-bawa peristiwa selanjutnya yang bersejarah tentang isu agama dan perundangan. Dato’ Seri Haji Ahmad yang berasal dari Kemaman amat dekat dengan peristiwa ini dan Bandung selepas ini akan menjadi terlalu dekat dengan Terengganu, termasuk Kemaman (Kampung Che Aminah dan Na-trah). Kerajaan negeri dijangka selepas ini akan melantik agen bagi mengendalikan tempahan bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan pakej itu. Apa yang penting ialah memastikan pelancong dari Bandung datang ke Terengganu melalui penerban-gan terus itu, kata Pengerusi Persatuan Pelancongan Terengganu, Wan Sapian Dato’ Wan Ishak. Sambil memuji langkah ke hadapan Kerajaan Terengganu bagi menjamin masa depan pelancongan negeri, beliau berharap apa jua insentif mengenai pen-erbangan terus diberi dan tunaikan. Sesungguhnya antara Bandung dan Terengganu amatlah dekat di hati bukan sahaja kerana terdapatnya hubungan serumpun sebangsa di kalangan orang Mel-ayu, tetapi juga hubungan dagang Terengganu di masa lalu .

ANALISIS Oleh: Ruslan Abdul Rahman

Page 3: teganukita 41

3am 3

Persatuan Mat roda-roda

15-31 Mei 2011

Dato’ Haji Mazlan Ngah ketika membuat sidang media mengenai bayaran cukai tanah selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman.

sasar kutip lebih rM26j cukai tanah - Mazlan

Kerajaan negeri ber-sedia menyalurkan ban-tuan pentadbiran kepada kumpulan mat motor jika mereka bergerak sebagai sebuah persatuan yang sah dan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Per-tubuhan Malaysia. Pengerusi Jawatankua-sa Belia dan Sukan neg-eri, YB Haji Rozi Mamat, berkata melalui persatuan, segala aktiviti yang ingin dijalankan boleh dise-laraskan menerusi Jabatan Belia dan Sukan beserta dengan peruntukan. “Kita akan bantu melaksanakan aktiviti yang sesuai dengan ke-hendak dan minat golon-gan muda terutama Mat Roda-Roda (Mat Rempit) yang semakin bertambah sejak kebelakangan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampa-ian hadiah pemenang Kuiz Tfm Belia di Auditorium Terengganu Fm, Bukit Pak Apil, Kuala Tereng-ganu, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Belia dan Sukan negeri, Encik Abdul Aziz Abdul Rahman dan Pengarah Ja-batan Penyiaran Kawasan Timur, Dr. Nawiyah Che Lah. Katanya, kerajaan memberi peluang sangat besar kepada golongan

muda dan Perdana Men-teri sendiri amat mema-hami perasaan golongan berkenaan dan telah men-gumumkan enam perkara untuk kepentingan belia di Perhimpunan Sejuta Belia yang berlangsung di Pu-trajaya baru-baru ini. “Pastinya kewujudan

Parlimen Belia diumum-kan Perdana Menteri mer-upakan satu transformasi yang dibawa kerajaan khusus untuk golongan muda kerana golongan ini adalah pencorak masa de-pan negara,” katanya. Menurut YB Haji Rozi, kerajaan juga sedang men-

cari lokasi sesuai untuk dijadikan litar bagi kegia-tan lebih 5,000 Mat Roda-Roda di daerah ini men-jalankan aktiviti mereka. “Kita tersepit antara ke-pentingan awam dan kep-erluan golongan ini dan ada cadangan mewujud-kan litar itu di Gong Badak tetapi lokasi kurang sesuai kerana terletak di perseki-taran taman perumahan yang boleh mengganggu ketenangan penduduk terutama waktu malam,” katanya. YB Haji Rozi ber-kata, terdapat tanah di Hulu Terengganu, ba-gaimanapun kerajaan negeri bimbang sekiranya tidak mendapat sambutan berikutan kegiatan lumba haram lebih tertumpu di sekitar bandar raya ini. “Kerajaan akan mencari jalan terbaik dalam usaha mengekang gejala Mat Roda-Roda agar tidak ber-panjangan dan memantau setiap aktiviti mereka su-paya memberi pulangan baik bukan sebaliknya,” katanya.

Oleh: esah abdullah

Pemenang Kuiz Tfm Belia bergambar kenangan dengan YB Rozi Mamat selepas majlis penyampaian hadiah di Auditorium Terengganu Fm, Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu.

Gambar oleh Harish Fadzillah

Kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian (PTG) men-sasarkan lebih RM26 juta bayaran cukai tanah di seluruh Terengganu dapat dikumpul sepanjang tahun ini. Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, berkata pihaknya percaya sasaran itu dapat dikutip sekiranya pemi-lik tanah prihatin dengan tanggungjawab masing-masing. Katanya, sepanjang tempoh empat bulan per-tama tahun ini, lebih RM9 juta berjaya dikutip PTG melalui pelbagai kaedah, termasuk secara `online’ dan manual. “Bagi menggalakkan orang ramai membuat bayaran, PTG bersetuju melanjutkan tempoh ba-yaran pada 31 Mei kepada 31 Julai depan,” katanya kepada sidang media selepas menghadiri Me-syuarat Mingguan Ahli Majlis Kerajaan Kerajaan Negeri, baru-baru ini. Katanya, kesedaran masyarakat Terengganu mengenai tanggungjawab ini masih rendah beriku-tan terdapat lebih RM17.4 juta baki tertunggak ber-banding lebih RM25 juta

jumlah bayaran yang se-patutnya dibayar pemilik bagi 2010. “Pada tahun lalu, pihak kami hanya menerima ba-yaran RM7.6 saja. Jumlah itu cukup kecil jika diband-ing sasaran sebenar. “Kerajaan meminta in-dividu berkaitan prihatin mengenai pembayaran ini bagi mengelak tunggakan

dan didenda lewat bayar,” katanya. Dato’ Haji Mazlan, ber-kata pemilik tanah akan diberi surat peringatan untuk tempoh tertentu sekiranya mempunyai re-kod tunggakan. “Jika masih ingkar membayar, Pentadbir Ta-nah boleh menyampaikan Notis 6A dengan memberi tempoh selama tiga bulan untuk menjelaskan segala urusan. “Sekiranya tetap ga-gal berbuat demikian dan mempuyai tunggakan dita-hap maksima tanah berke-naan boleh dirampas dan menjadi hak milik mutlak kerajaan negeri,” katanya.

PTG bersetuju melanjutkan tempoh bayaran kepada 31 Julai depan.

Pecutan ke arahkecemerlangan pendidikan“Marilah sama-sa-ma kita memecut kece-merlangan pendidikan seterusnya meletakkan Terengganu di barisan hadapan dalam peta ke-jayaan pendidikan nega-ra,”. Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Encik Razali Daud melaungkan hasrat berkenaan di maj-lis sambutan Hari Guru Ke-40 peringkat negeri yang membawa tema ‘Guru Penjana Transfor-masi Pendidikan Neg-ara’, di Dewan Utama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, baru-baru ini. “Warga guru hari ini menjadi sebutan apabila kejayaan demi kejayaan telah diraih anak-anak kita dalam peperiksaan awam sekaligus melon-jakkan peranan seorang pendidik,” katanya. Katanya, pengorbanan warga guru yang penuh dedikasi menjadi san-daran kejayaan bagi pela-jar untuk membangunkan modal insan dan kelang-sungan keterbilangan pendidikan negeri men-jadi kebanggaan seluruh masyarakat.

“Saya harap semua rakan seperjuang ber-sama mengalas agenda melestarikan pendidikan terbilang menerusi peng-hayatan keagamaan, bu-daya kerja integriti dan budaya kerja berprestasi tinggi,” katanya. Katanya, pencapaian hasil berganda, serentak memasyarakatkan guru dan murid sebagai pe-mangkin dan pelengkap bagi memastikan pen-didikan sentiasa berada di tangga teratas. “Bersama-sama kita mengangkat tinggi ke-cemerlangan pendidikan dalam usaha merealisasi-kan agenda Terengganu Negeri Anjung Ilmu,” katanya.

RAZALI

Terengganu berpontensi jadi hub pelancongan kesihatanTerenGGanU mem-punyai nilai amat tinggi terutama dalam aspek pelancongan kesiha-tan kerana mempunyai keistimewaan dari segi prasarana yang mampu menarik pelancong ke negeri ini seperti Pulau Kapas, Tasik Kenyir dan sebagainya. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Ros-nah Abdul Rashid Shirlin berkata, negeri ini juga boleh dijadikan hub bagi Pusat Pelancongan Kesi-hatan (MHT) kerana ke-sungguhan dan kecend-erungan pucuk pimpinan negeri amat menyokong kepada inovasi baru berkaitan kesihatan. “Ramai kalangan pelancong suka perman-dangan menarik, tenang seperti apa yang terda-pat di negeri ini, kes-eronokan yang dirasai tentu dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan pesakit,” katanya. “Setakat ini Pulau Pinang dan Lembah Klang sudah mewujud-kan pusat MHT tetapi saya lebih yakin Tereng-ganu berpotensi besar berdasarkan banyak keis-timewaan semula jadi ada di sini,” kata Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia. Datuk Rosnah berkata demikian kepada pem-berita selepas merasmi-kan Mesyuarat Perwaki-lan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kemaman di Dewan Berlian, Kema-man baru-baru ini. Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan isteri To’ Puan Seri Norliza Mahmud; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chukai, Dato’ Haji Mo-hamed Awang Tera; Adun Kemasik, YB Ir. Rosli Othman; Adun Air Putih, YB Haji Wan Ab-dul Hakim Wan Mokhtar dan Naib Ketua Umno Bahagian Kemaman, En-cik Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid dan ketua sayap Wanita, Pe-muda dan Puteri. Katanya, semua ke-pimpinan Puteri sudah buat persiapan bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) sejak tahun lalu dengan membuka bilik gerakan masing-masing.

Page 4: teganukita 41

Pas tolak ulama’?Tahniah kepada Mo-hamad Sabu atau ‘Mat Sabu’ yang telah berjaya memahat namanya sebagai Timbalan Presiden Pas da-lam Muktamar kali Ke-57. Satu pencapaian yang menarik untuk orang sep-erti Mat Sabu yang sebe-lum ini hanya berkelaya-kan sebagai ayam sabung Pas, tetapi kini menjadi pemimpin nombor dua da-lam Pas serta tiket untuk menggantikan Presiden atau orang nombor satu dalam parti itu pula selepas ini. Ramai yang berbangga dengan kemenangan Mat Sabu sama ada di pihak Pas atau lawannya. Sememangnya itu ada-lah hak mereka untuk meraikan pemimpin yang mereka sokong, menang jawatan yang ditandingi sekalipun kalau benar menurut ajaran Islam, mereka tidak seharusnya berasa gembira sebaliknya berasa gementar dan takut untuk berhadapan dengan Allah Taala kerana tang-gungjawab yang diminta sebenarnya adalah masalah yang akan dipersoalkan oleh Allah Taala pada Hari Penghakiman nanti. Mat Sabu memperolehi 420 undi menewaskan Ustaz Nasharuddin Mat Isa (224) dan juga ulama terkenal dalam Pas, Tuan Man Tuan Ibrahim (399). Bagi barisan naib presi-dennya pula, perwakilan parti itu membuat keputu-san Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena). Salahuddin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi. Bagi melengkapi pasu-kan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 undi) ke jawatan Naib presiden. Tiga calon lagi kecun-dang dalam pemilihan sen-git untuk jawatan berke-naan --bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Ja-maluddin, Exco Kerajaan Kelantan Nik Mohamad Amar dan Ketua Peneran-gannya, Idris Ahmad. Nizar mendapat 217 Undi manakala Nik Mo-hamad Amar meraih 321 Undi, diikuti Idris yang menerima 491 Undi. Maka di sini jelas, golongan agamawan atau ulama’ agama di dalam Pas mula tersingkir dari Parti Islam

SeMalaysia. Apakah mungkin orang nombor dua itu bakal menggantikan orang nombor satu, yakni Presi-den Pas selepas ini, tetapi biasanya begitulah dalam konteks pelapis penggan-ti. Mungkin juga tidak mengapa, Islam yang hendak dibawa tidak mestinya perjuangan itu dipimpin oleh orang yang bergelar ulama’ atau ahli agama. Atau mungkin selepas ini soal Negara Islam, Daulah Islamiah, Pemerintahan Menurut Islam, Membangun Ber-sama atau Menurut Islam sudah tidak penting lagi kerana sekarang ini nam-paknya Pas hanya berbi-

cara tentang Negara Ke-bajikan sahaja. Tidak diketahui men-gapa Ustaz Nasharuddin yang sopan santun dan lebih berhemah boleh tersingkir, atau mungkin ada agenda di dalam Pas itu sendiri untuk meny-

“Apakah mungkin orang nombor dua itu bakal menggantikan orang nombor satu, yakni Presiden Pas selepas ini, tetapi biasanya begitulah dalam konteks pelapis pengganti”.

ingkirkan golongan seperti beliau ini. Lebih-lebih lagi beliau yang selalu menye-but tentang perpaduan um-mah, kerajaan perpaduan dan kaitan dengannya. Terlintas di benak fikiran kenapalah bekas Timbalan Presiden Pas (Ustaz Nasharuddin) yang tidak begitu menonjolkan diri sedangkan sebelum ini beliau adalah antara ke-pimpinan muda Pas yang berkaliber. Sebelum ini Ustaz Nasharudin Mat Isa adalah antara tokoh ulama’ cam-puran profesional dengan kebolehan dan kepetahan pelbagai berbahasa yang agak baik. Mungkinkah Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang dilihat sebagai tokoh PAS yang dikatakan Pro-Umno kerana idea beliau un-tuk membawa perpaduan dengan Umno telah awal lagi di tolak oleh perwaki-lan setelah gagal dalam pertandingan mempertah-ankan kerusi Timbalan Presiden Pas dalam pemi-lihan Muktamar Tahunan PAS ke -57 . Kekalahan beliau adalah kepada tokoh yang bukan dari golongan ulama Pas tetapi lebih kepada golon-gan yang sudah mula men-jadi sandaran di kalangan ahli Pas yang mahukan Pas berubah kepada kebe-basan bukan hanya terikat

Golongan agamawan atau ulama’ agama di dalam Pas mula tersingkir

kepada perjuangan Islam sahaja semata-mata bah-kan boleh ‘tidur sebantal’ dengan DAP dengan pel-bagai fahaman atau isme yang bukan dari ajaran Islam. Seingat penulis Dato’ Seri Abdul Hadi dulu me-mang menentang isme-isme lain selain Islam, tetapi hari ini nampaknya Pas lebih liberal sifatnya dalam soal agama. Mat Sabu telah meme-nangi jawatan Timbalan Presiden PAS kali ini yang sudah pasti suara perwakilan sudah berubah dan mengharapkan ses-uatu baik dan luar biasa yang seharusnya Mat Sabu kena lakukan dalam kepimpinan mereka. Segala kenangan lalu dan hal-hal peribadi di masa lampau telah dilu-pakan kerana yang pent-ing ialah tidak boleh sama sekali mana-mana pemimpin mereka pandai-pandai hendak berbaik dengan pemimpin di luar Pas atau sekutunya, teru-tama Umno- sekalipun sebangsa dan seagama. Mungkinkah kekalahan Ustaz Nasharuddin ,ber-makna juga pintu kepada perpaduan seperti yang diharapkan sudah tertutup rapat. Mat Sabu merupa-kan orang yang menolak dan tidak bersetuju idea perpaduan itu.

WAKAF rAKyAT Oleh: PUTERA PESISIR AIR

4 rencana 15-31 Mei 2011

Penaung : YAB Dato’ Seri Ahmad Said, Menteri Besar. YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri.

Penasihat : Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit Komunikasi

Pengarang : Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit Komunikasi

Penolong Pengarang 1 : Kamaruddin Mat Akib (Media baru)

Penolong Pengarang 2 : Aida Abd Rahman (Akhbar Teganukita)

Wartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali, Hazwan Rosli, Amirullah Othman, Mastura Jamaluddin

Jurufoto : Zulkipli Putra, Syed Abd Rahman & Harish Fadzilah

Pengendali Blog : Harun Hassan

Jelapang tebu pulaSelepaS mewujudkan jelapang padi, Tereng-ganu terus mengorak langkah lagi berusaha mewujudkan jelapang tebu pula, suatu langkah yang sungguh positif bagi mempastikan bekalan yang mencukupi terhadap keperluan itu. Jika impian itu menjadi kenyataan, Terengganu bakal menjadi negeri pengeluar tebu terbesar di Pantai Timur apabila projek sulung tanaman tebu dilaksanakan di daerah Setiu akhir tahun ini. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, YB Haji Asha’ari Idris, berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti kawasan se-luas 12 hektar di Bukit Munduk Langkap, Setiu untuk tujuan itu. Katanya, projek itu adalah percubaan dan sekiranya projek ini berjaya kita akan memperlu-askan lagi kawasan untuk tanaman itu. Kerja-kerja membersih kawasan dan penye-diaan prasarana dijangka bermula dalam masa terdekat manakala kerja-kerja penanaman akan dijalankan pada Oktober depan. Difahamkan Kementerian Pertanian dan Indus-tri Asas Tani bersama-sama kerajaan negeri me-nyediakan peruntukan awal kira-kira RM150,000 untuk melaksanakan projek itu. Melalui projek percubaan ini, Terengganu di-jangka mengeluarkan lebih 100,000 batang tebu semusim dan ia mencukupi untuk keperluan da-lam negeri Projek itu akan memberi peluang pekerjaan kepada lebih 30 penduduk setempat terutama mereka dikategorikan di bawah Program Pem-bangunan Rakyat Termiskin. Demikianlah suatu gerak usaha kerajaan neg-eri ke arah mempertingkatkan produkviti perta-nian selaras dengan dasar menjadikan pertanian moden untuk menghasilkan keperluan harian rakyat tanpa terlalu bergantung kepada import semata-mata. Kerajaan negeri di bawah pimpinan Dato’ Seri Haji Ahmad Said sesungguhnya amat peka ke-pada langkah-langkah memajukan bidang perta-nian sekalipun pada masa yang sama membawa Terengganu keluar ke bidang-bidang lain seperti pelancongan dan perkilangan. Semoga bidang pertanian terus maju dengan pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif serta mampu bersaing dengan bidang-bidang yang lain.

Page 5: teganukita 41

Bicara media medium perbaiki kelemahan kepimpinan- Mohamed

Kontraktor disaran aplikasi penggunaan teknologi pembinaan moden

Dato’ Mohamed bersama dua tetamu khas ketika berbicara dengan pengamal media di majlis Bicara Media anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu.

Menangi hati rakyat

prOGraM Bicara Me-dia anjuran Unit Komu-nikasi Negeri Terengganu (Ukom) menjadi medium tepat kepada pemimpin dan Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Kerajaan Negeri mengenal pasti kelemahan kepimpinan masing-masing menerusi respon kumpulan penga-mal media. “Program anjuran Ukom amat bertepatan kerana kita mendapat ̀ sig-nal’ daripada kumpulan media, kadangkala kita merasakan apa yang kita lakukan betul semuanya, tetapi ada yang kita rasa baik kepada diri kita dan mungkin tidak sampai kepada masyarakat serta rakyat,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangu-nan Luar Bandar, Usaha-wan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera, di majlis Bicara Media, di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Dato’ Mohamed meru-pakan pemimpin kelima yang dijemput sebagai tetamu khas sempena program dialog dan bual bicara bersama kumpu-lan pengamal media yang dilaksanakan secara bu-lanan. Dalam program sama

sebelum ini, tetamu khas termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, Pengerusi Ja-watankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abd Rah-man serta Pengerusi Ja-

watankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, YB Yahya Khatib Mohamad. Dato’ Mohamed berkata, pertemuan dua hala secara terus antara pemimpin dan kumpulan media di majlis itu sedikit sebanyak mam-pu memberi input berguna kepada kedua-dua pihak

melalui perkongsian pan-dangan, idea dan juga persoalan yang diajukan pihak media. Katanya, pandangan golongan media amat penting kerana kumpulan ini merupakan pihak yang sentiasa turun ke bawah untuk mengupas pelbagai isu yang terdapat dalam

masyarakat sebagai bahan untuk siaran media mas-ing-masing. “Segala pandangan dan isu itu boleh kita guna pakai dan perhalusi demi memperbaiki kelema-han serta indikator bagi memajukan bidang yang diterajui,”katanya lagi. Sebagaimana portfo-

lio lain, menurut Dato’ Mohamed, portfolio di bawahnya juga menyusun hala tuju untuk tempoh lima tahun bermula 2008. “Beberapa projek teras yang kita susun termasuk `membandarkan’ luar ban-dar sebagai tambahan ter-hadap apa yang dilaksana-kan Kerajaan Pusat sebab menjadi tanggungjawab utama Kerajaan Pusat membangunkan luar ban-dar melalui pembangunan dan program luar bandar seperti klinik desa, jalan dan elektrik 24 jam. “Kerajaan negeri mem-peruntukkan kira-kira RM25 juta setiap tahun untuk membangunkan bandar melalui peruntukan membina empat hingga lapan blok bangunan ko-mersial dua tingkat di ka-wasan yang baru memban-gun sejak dua tahun lalu,” katanya. Menurutnya,sektor pe-runcitan juga menjadi tum-puan utama dan alternatif mewujudkan T-Shoppe, rangkaian kedai 24 jam sebagai usaha memasar-kan produk tempatan. Se-hingga kini, sebanyak 18 cawangan kedai itu berop-erasi di seluruh Tereng-ganu termasuk empat lagi di Kedah, Ampang dan Melaka.

Oleh: aida abd rahman

KOnTraKTOr disa-ran melabur dan beru-saha untuk menggunakan teknologi pembinaan ter-kini dan tidak bergantung selamanya kepada tenaga buruh yang murah. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata penggiat industri pembinaan terutama kon-traktor sering kali tersepit antara penggunaan buruh yang murah berbanding penggunaan teknologi tinggi. Bagaimanapun katanya, secara realitinya, kontrak-tor sebenarnya dapat men-gurangkan penggunaan buruh dan mengaplikasi-kan penggunaan teknologi secara beransur-ansur. Ini kerana penggunaan teknologi dengan peng-gunaan buruh sekaligus dapat menuntut peningka-tan kos secara mendadak. Pengurangan buruh da-lam industri pembinaan

bukan sesuatu yang boleh direalisasikan secara seke-lip mata dan memerlukan masa untuk digunapakai. “Bagaimanapun, peng-gunaan teknologi ini juga perlu bagi menghadapi cabaran pada masa depan. Bermula pada tahun 2015, pasaran industri pembinaan di rantau ASEAN akan di-liberalisasikan di bawah perjanjian AFAS (Asean

Frameworks Agreement on Services), yang mana mengikut perjanjian ini, para kontraktor di rantau ASEAN bebas menawar-kan perkhidmatan pem-binaan di negara-negara ASEAN, termasuklah Ma-laysia,” katanya. Sehubungan itu ka-tanya, para kontraktor haruslah bersedia dengan melengkapkan diri mas-

ing-masing dengan keu-payaan yang sewajarnya. Mereka perlu menilai keistimewaan dan kelebi-han yang dapat ditawar-kan berbanding dengan kontraktor lain. “Ketika ini, kita sering bersaing diantara kontrak-tor tempatan bagi mem-bida sesuatu projek. Maka bagaimanakah sekiranya saingan di masa hadapan jika turut melibatkan kon-traktor asing. Daripada sudut positif, liberalisasi ini juga membuka pelu-ang para kontraktor untuk menerokai pasaran seran-tau,” katanya. Beliau berkata de-mikian ketika merasmi-kan Terengganu Trade Fair 2011 dan Program Seminar anjuran Lem-baga Pembangunan In-dustri Pembinaan Malay-sia CIDB Terengganu di Pusat Dagangan Tereng-ganu, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Dato’ Seri Haji Ahmad mencuba peralatan pertukangan pada pameran Terengganu Trade Fair 2011.

peMiMpin parti disa-ran sentiasa memantau dan mengambil tahu setiap perkara yang ber-laku dalam masyarakat dengan membuat kun-jungan lebih kerap untuk bertanya khabar kerana rakyat perlukan sentuhan pemimpin mereka. “Kalau mahu menangi hati rakyat mestilah ra-jin bertemu mereka,” kata Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said di Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Setiu kali ke-23 di Dewan Sekolah Menengah Ke-bangsaan (SMK) Tengku Ibrahim, Bandar Permai-suri, Setiu, baru-baru ini. Hadir sama, Setiau-saha Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Ketua Umno Ba-hagian merangkap Ahli Parlimen Setiu, YB Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permai-

suri, merangkap Naib Ketua Umno bahagian, YB Haji Abdul Halim Jusoh dan Adun Jabi, YB Haji Ramlan Ali. Turut serta, Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian, Hajah Wan Maznah Nong dan Ketua Pergerakan Puteri, Puan Rosnari Awang Ngah dan lebih 700 perwakilan daripada 150 cawangan di Bahagian Setiu. Menteri Besar juga menginggatkan ssemua pemimpin supaya berkh-idmat dengan ikhlas dan jujur tanpa mempunyai agenda tersembunyi ker-ana sebagai pemimpin segala tindakan menjadi contoh kepada orang bawahan. “Sebagai orang politik, jangan mudah berkecil hati, jangan mudah ambil hati, jangan mudah makan hati serta jangan mudah membawa hati sebaliknya perlulah berhati-hati,” ka-tanya.

5am 5 15-31 Mei 2011

Page 6: teganukita 41

6 rencana 15-31 Mei 2011

WArIsAN Batik, songket Terengganu tembusi pasaran antarabangsaBaTiK dan songket Tereng-ganu mempunyai potensi be-sar untuk menembusi pasaran antarabangsa apabila beberapa syarikat tekstil dari luar negara menunjukkan minat bagi me-masarkan produk itu. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Haji Mohamed Awang Tera, berkata maklum balas diterima melalui program ‘Ida-man Terengganu’ inisiatif kera-jaan negeri yang mengadakan promosi dan rangkaian niaga di negara-negara Eropah tahun lepas. “Melihatkan sambutan ter-hadap produk songket buatan negeri kita, saya yakin produk songket boleh diterima di neg-ara barat dan sesuai dijadikan pakaian, perhiasan rumah dan cenderahati dengan citarasa dan corak fesyen di sana,” kata Dato’ Haji Mohamed selepas mer-asmikan Pelancaran Koperasi Penenun Songket Terengganu Berhad (Kopsongket), di Per-badanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Chendering, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengarah Su-ruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu, Encik Umar Sarim Saidin; Pengarah PKKM Cawangan Terengganu, Encik Zahir Ahmad dan Pengerusi Ko-psongket, Haji Shamsul Bahrain Abd. Mutalib. “Saya berharap pengusaha songket di negeri ini dapat men-ingkatkan kualiti dan mutu pen-

Oleh: esah abdullah

geluaran masing-masing supaya ia boleh diterima di peringkat global kelak,” katanya. Katanya, dengan wujudnya Kopsongket ini semua pengusa-ha dapat bergabung tenaga dan berganding bahu dalam mema-jukan industri ini. Selain itu katanya, melalui amalan berkoperasi, pengu-saha songket dapat bersatu dan meningkatkan rangkaian niaga sesama mereka dan mampu memantapkan industri pembuatan songket serta pem-bangunan koperasi di negeri ini. YB Dato’ Haji Mohamed kemudian menyarankan pengu-saha memberi tum-puan utama kepada masalah bekalan ba-han mentah dan mo-nopoli daripada satu pihak pembekal sa-haja agar pemasa-

ran songket dapat dilakukan secara berkelompok serta tidak mengganggu pasaran pembeli asal. Sehubungan itu katanya, ko-perasi juga perlu lebih aktif da-lam memberi kemudahan dan kebajikan kepada ahli-ahlinya serta dapat meluaskan jaringan perniagaan bagi pasaran tempa-tan dan seterusnya ke peringkat global.

“Pengusaha batik dan songket digesa menin-gkatkan kualiti dan mutu penge-luaran supaya ia boleh diterima di peringkat global”. - DAto’ MohAMED

AwANg tERA

EKONOMITDM lonjak keuntungan 67 peratusTDM BerhaD, syarikat pegangan pelaburan milik kerajaan negeri mencatatkan lonjakan keuntungan sebelum cukai sebanyak 67 peratus ke-pada RM129.2 juta untuk tahun 2010 berbanding RM77.5 juta tahun sebelumnya. Ia seiring dengan pening-katan pendapatan kumpulan sebanyak 25 peratus daripada RM335.6 juta kepada RM420.4 juta, hasil daripada peningkatan pengeluaran di bahagian pela-dangan serta prestasi bahagian penjagaan kesihatan. Ketua Pegawai Eksekutif-nya, Badrul Hisham Mahari berkata, bahagian peladangan mencatat keuntungan sebelum cukai berjumlah RM119.5 juta, iaitu peningkatan sebanyak 73 peratus. ‘’Bahagian penjagaan kesi-hatan pula telah mencatatkan

Oleh: Suriati ali

kenaikan 47 peratus keuntun-gan sebelum cukai berjumlah RM11.2 juta,” katanya. Perolehan bagi suku tahun pertama tahun ini turut mem-perlihatkan prestasi kukuh dengan peningkatan 18 peratus kepada RM105.8 juta manaka-la keuntungan sebelum cukai bertambah 42 peratus kepada RM38.2 juta berbanding tem-poh sama tahun lalu. TDM kini mengendalikan 12 ladang kelapa sawit di neg-ara ini dengan jumlah keluasan 33,284 hektar dan pertumbu-han masa depan dijangka da-tang daripada perkembangan perniagaan di Kalimantan, In-donesia. ‘’Kami yakin pelaburan di Kalimantan merupakan satu strategi yang tepat, ia mem-bolehkan kami memperluaskan perniagaan teras dan sejumlah RM44 juta telah dibelanjakan,” katanya.

TDM kini mengen-dalikan 12 ladang kelapa sawit di negara ini dengan jumlah keluasan 33,284 hektar dan pertumbu-han masa depan dijangka datang daripada perkem-bangan perni-agaan di Kalimantan, Indonesia. BADRUL HISHAM

TDM mencatat keuntungan melalui peladangan sebelum cukai berjumlah RM119.5 juta iaitu peningkatan sebanyak 73 peratus.

Page 7: teganukita 41

7am

Kerajaan negeri taja guru ke luar negara Ogos ini

15-31 Mei 2011

Laksana dasar kerajaan dengan cekap dan amanah

Kerajaan negeri akan menaja 110 orang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Kebangsaaan (SK) melawat ke luar neg-ara bermula Ogos depan. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata jasa guru tidak ternilai dengan wang ring-git dan hadiah itu sebagai menghargai pengorban-gan golongan itu mendidik anak bangsa hingga men-capai kejayaan sekaligus mengharumkan nama neg-eri. “Daripada jumlah berke-naan , 50 orang guru besar SK yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Seko-lah Rendah (UPSR) akan dibawa melawat ke Korea pada cuti sekolah Ogos ini dan meninjau kelas maya yang ada di negara berke-naan,” katanya kepada pemberita selepas mer-asmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri, di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, baru-baru ini. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, YB Haji Ahmad Razif Abdul Rah-man; Pengerusi Jawa-tankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Haji Za’abar Mohd Adib; Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara, Datuk Rosli Mat Hasan dan Pen-garah Pelajaran Tereng-ganu, Encik Razali Daud. “Manakala 60 orang lagi terdiri pengetua SMK yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Ren-dah (PMR) (30) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) (30) akan dibawa melawat ke Perth, Austra-lia,” katanya. Menurut Menteri Be-sar, ini merupakan tahun ketiga kerajaan menaja lawatan guru-guru keluar negara di mana tahun lalu seramai 30 orang tapi ta-hun ini tambah 20 orang lagi memandangkan kita dah 10 tahun berturut menjadi negeri terbaik dalam keputusan peperik-saan itu. Dato’ Seri Haji Ahmad juga memberitahu, sera-mai 10 orang guru cemer-lang akan dibawa menunai umrah melalui penerban-gan terus dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) ke Madinah yang akan berlepas pada 27 Ju-lai nanti. “Pemilihan calon guru cemerlang akan diserah kepada Jabatan Pelajaran negeri bagi menentukan guru mana yang paling layak menerima anugerah ini,” katanya.

Sementara itu katanya, seramai 3,500 orang guru Tahun Enam akan mula menerima pemberian komputer riba bermula akhir Jun ini. “Kerajaan membelanja-kan RM3 juta untuk tujuan berkenaan dalam usaha melestarikan pendidikan

terbilang dan terus unggul di negeri ini,” katanya. Bersempena dengan majlis berkenaan, Menteri Besar turut melancarkan dua buah buku berjudul ‘Janji ‘ dan Jejak Razali – Wira dan Tokoh Pendidik’ hasil karya Haji Moham-ad Jusoh.

penjawaT awam menjadi tunjang kepada kerajaan bagi melaksana-kan semua dasar dan pro-gram yang diputuskan. Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Haji Ma-zlan Ngah berkata, wu-judnya kakitangan yang cekap, amanah dan ber-tanggungjawab memberi kelebihan kepada kera-jaan dalam menentukan hala tuju pembangunan negeri demi kesejahter-

aan rakyat. “Untuk mencapai kemajuan serta kecemer-langan bukan satu proses mudah sebaliknya perlu dirancang dengan teliti, diurus dan dikawal den-gan penuh tertib dan disi-plin,” katanya di majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pering-kat negeri dan pelancaran buku Agenda Merakyat-kan Pentadbiran dan Pem-bangunan Terengganu di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

Majlis berkenaan telah dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Hadir sama Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Haji Tuan Mamat Tuan Ngah dan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Neg-eri. “Saya berharap semua penjawat awam meng-hargai kepercayaan yang diberikan dengan mengga-las tanggungjawab penuh integriti serta menyokong pentadbiran negeri mem-bawa tranformasi dalam

perkhidmatan awam. “Setiap peringkat perkhidmatan awam per-lu melaksanakan tugas dengan pantas, tepat dan berkesan dalam konteks menjayakan dasar dan agenda kerajaan khusus-nya dalam Merakyatkan Pentadbiran dan Pemban-gunan,” katanya. Datuk Bandar, Maj-lis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) Dato’ Haji Adzlan Mohd Dagang dan Timbalan Se-tiausaha Kerajaan (Pen-

gurusan) Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda ada-lah diantara 30 penjawat awam yang menerima APC tahun ini. Seperti tahun lalu, se-ramai 30 orang penjawat awam pelbagai jabatan dan agensi terpilih men-erima APC dan masing-masing menerima had-iah berupa wang tunai RM7,500 seorang beserta pakej menunaikan iba-dat haji atau umrah (bagi yang telah menunaikan haji).

Oleh: esah abdullah

Kakitangan bijaksana, berinovatifKerajaan memerlu-kan penjawat awam yang berilmu, berkemahiran, bijaksana dan berinovatif bagi memainkan peranan secara berkesan dalam melaksanakan strategi pembangunan yang dig-ariskan secara berhemah. Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Haji Ma-zlan Ngah, berkata mer-eka perlu mempunyai pemikiran yang mahu membawa perubahan serta membentuk agenda dalam memberi perkhid-matan yang terbaik ke-pada pelanggan. “Rakyat merupakan pelanggan kepada perkh-idmatan, lantaran itu ker-ajaan menaruh harapan tinggi kepada penjawat awam kerana rakyat me-merlukan mereka yang

boleh berfikir,” katanya ketika berucap di majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pering-kat negeri di Wisma Darul Iman, baru-baru ini. Katanya, kepuasan pe-langgan perlu diutama-kan supaya perkhidma-tan awam terus relevan. Setiap kejayaan diukur menerusi penyampaian yang menepati kehendak dan cita rasa orang ramai selagi tidak melanggar garis panduan serta dasar kerajaan. “Marilah kita sama-sa-ma menanam azam yang bersungguh-sungguh un-tuk meletakkan kecemer-langan sebagai keutamaan dalam setiap usaha yang dilakukan,” katanya. Katanya, sebarang caba-ran atau isu yang dihadapi

hendakah diatasi melalui kaedah berfikir dan ber-tindak secara kreatif dan inovatif. Dato’ Haji Mazlan ber-kata, pemahaman yang

jelas terhadap matlamat yang hendak dicapai san-gat penting justeru itu semuanya perlu bertindak sebagai satu pasukan. Oleh itu katanya, semua

ketua jabatan dan pen-jawat awam hendaklah sentiasa komited dalam memberi sumbangan dan khidmat bakti kepada kerajaan dan pentadbir negeri.

Gambar oleh Zulkipli Putra

Gambar oleh Harish Fadzillah

Abdullah Ali bersama isterinya selepas dianugerahkan Tokoh Guru Negeri Terengganu 2011 oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun. Manakala (gambar kiri) tiga guru 1Malaysia yang dipilih sebagai Guru Berjasa.

Barisan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bersama Menteri Besar Terengganu di Wisma Darul Iman.

Page 8: teganukita 41

88 15-31 Mei 2011

MB cakna penduduk Batu Buruk

Page 9: teganukita 41

99 15-31 Mei 2011

Oleh: Kamarudin Mat akib

DalaM kesibukan menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin nombor satu negeri Terengganu, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, meluangkan masa sehari suntuk pada 14 Mei lalu, untuk menjelajah kawasan De-wan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk. Melalui Program Sehari Ber-sama YAB Menteri Besar Tereng-ganu, beliau bersama-sama pemimpin setempat ‘turun pa-dang’ di kawasan itu yang kini dikuasai parti pembangkang, bagi meninjau sendiri masalah yang dihadapi penduduk serta me-nyampaikan bantuan kepada mer-eka yang memerlukan.

MB cakna penduduk Batu Buruk Program tersebut bermula sea-wal jam 7.30 pagi di mana Men-teri Besar melawat Masjid Raja yang sedang dalam pembinaan, sebelum menikmati sarapan ber-sama-sama penduduk setempat dan merasmikan sukaneka rakyat di Pantai Chendering. Beliau dan rombongan terus bergegas ke Taman Seri Desa Chendering dan menyampaikan hadiah kepada warga berjasa ser-ta para pemenang pertandingan rumah bersih Taman Seri Desa. Selepas itu, Menteri Besar be-redar ke Pusat Komoditi Chen-dering di mana sukaneka rakyat diadakan dan menyampaikan hadiah kepada warga berjasa dan pemenang pertandingan rumah bersih, sebelum hadir di majlis

ramah mesra dengan penduduk Taman Permin Jaya. Pada sebelah tengahari, beliau melawat Kampung Kubang Ikan, menyampaikan hadiah kepada warga berjasa serta pertandingan kebersihan rumah penduduk kam-pung itu dan menunaikan solat zohor di Masjid Ungku Sulong, Kuala Ibai. Beliau turut menyam-paikan Buku Simpanan Tabung Haji kepada 1,000 penduduk di kampung itu. Selesai majlis itu, Dato’ Seri Haji Ahmad ke Pusat Komu-niti Che Kundur menyaksikan pertandingan akhir futsal 3 on 3 serta menyampaikan hadiah ke-pada warga berjasa di kampung itu dan menyertai gotong royong membaikpulih atap rumah Zainab

Kadir dan Che Mariah Che Yu-nus. Beliau menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Penduduk KRT Taman Bukit Bayas dan me-nyerah kunci rumah PPRT Kam-pung Bukit Depu kepada peng-huninya, sebelum menunaikan solat Maghrib di Masjid Kam-pung Tok Nasek dan menikmati makan malam bersama penduduk selepas solat Isyak. Acara kemuncak program itu ialah ceramah perdana di perkarangan masjid berkenaan dan Menteri Besar kemudiannya menyampaikan cenderahati kepa-da pengerusi Jawatankuasa Kem-ajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan warga berjasa mukim Bukit Besar.

Page 10: teganukita 41

10 rencana 15-31 Mei 2011

sErIKANDI

TuruN PADANG

rM3 juta bangunkan prasarana di Marang

TuruN PADANG

Kerajaan negeri me-luluskan peruntukan kira-kira RM3 juta bagi mem-biayai pelbagai projek menaiktaraf kemudahan jalan raya dan sistem per-paritan di seluruh daerah Marang, tahun ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata daripada jumlah tersebut masing-masing RM200,000 akan diagih-kan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat dan Bukit Payong. “Sebelum ini sewaktu saya mengadakan la-watan di daerah Kuala Terengganu, kita sudah meluluskan peruntukan RM500,000 setiap satu bagi DUN Bukit Payong dan Alor Limbat kerana sebahagian daripada ka-wasan dua DUN berke-naan termasuk dalam daerah Kuala Tereng-ganu. “Bagi lawatan saya ke daerah Marang kali ini, kita beri peruntukan tam-bahan RM200,000 setiap satu bagi DUN Bukit Payong dan Alor Limbat untuk projek pembesa-ran jalan dan membina longkang di kawasan tersebut,” katanya ke-pada pemberita selepas lawatan bagi meninjau masalah jalan dan parit bagi daerah Marang, ba-

ru-baru ini. Sebelum ini Menteri Besar telah melawat enam daerah seluruh negeri bagi meninjau sendiri masalah jalan dan parit, terutama yang menyebabkan banjir bagi membolehkan tinda-kan segera diambil untuk mengatasi masalah berke-naan. Menteri Besar berkata, bagi lawatan terakhir di daerah Marang peruntu-kan RM1.5 juta diluluskan bagi DUN Rhu Rendang di mana sebanyak RM1 juta akan digunakan bagi meluruskan jalan Alur Tu-man, di Pulau Kerengga

yang merupakan selekoh maut. “Manakala bagi DUN Pengkalan Berangan kita akan menyediakan peruntukan sebanyak RM1,050,000 bagi tujuan yang sama,” ujarnya.

Oleh: Kamarudin Mat akib

Kerajaan ber-harap setiap projek dapat dilaksanakan segera agar masalah yang dihadapi rakyat di kawasan berkenaan da-pat diselesaikan dengan secepat mungkin.

Menteri Besar meninjau pembinaan rumah rakyat di daerah Marang. Manakala (gambar kanan) bersama Adun Alor Limbat dan rombongan meninjau masalah perparitan dan jalanraya bagi mengatasi masalah banjir kilat di beberapa kawasan yang dikenalpasti untuk diambil tindakan.

Pasar Binjai Rendah, Marang, merupakan pasar baru menggantikan pasar lama akan lebih memberi keselesaan kepada peniaga.

sikap ramah Nuzulnisa disenangipanDai berkomunikasi, peramah dan mudah dia-jak berbual membuatkan Timbalan Pengarah (Kh-idmat Pengurusan) Jaba-tan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Tereng-ganu Puan Nuzulnisa Barudin @ Kamarudin disenangi ramai terutama rakan sekerja dan kaki-tangan bawahannya. Walaupun baru beru-sia 31 tahun, faktor usia muda itu tidak mengha-lang Puan Nuzulnisa diberi kepercayaan me-megang jawatan tertinggi di jabatan kerajaan. Puan Nuzulnisa mem-beritahu tiada petua istimewa atau istilah `bodek bos’untuk dia me-megang jawatan sekarang melainkan berkat doa dan rezeki yang dikuniakan Allah s.w.t kepadanya. Lulusn Ijazah Sarjana Muda Perancangan Ban-dar dan Wilayah, Sar-jana Sains Perancangan Pelancongan di Univer-

siti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor pada 2004, ini diterima bertugas sebagai Pegawai Khas Kerajaan Tempatan & Perumahan Negeri. Manakala jawatan Pe-nolong Setiausaha (Tu-gas-tugas Khas) pula mula disandang pada Septem-ber 2005 hingga Disember 2008. Berkat kesungguhan dan komitmen yang tinggi terhadap tugas mendor-ong ibu kepada seorang cahaya mata itu dinaikkan pangkat sebagai Setiau-saha Khas kepada Menteri Besar Terengganu pada Januari 2009. Selepas sembilan bulan menyandang jawatan itu, Puan Nuzulnisa ditukar-kan ke JPBD dengan di-naikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah (Kh-idmat Pengurusan). Pelbagai pengalaman positif dan berharga dila-lui sepanjang sembilan ta-hun bekerja termasuk per-nah menjadi penceramah Islam Hadhari Tereng-

ganu Bestari, fasilitator kursus pupuk semangat dan penceramah kursus in-duksi. Selain itu, pernah terli-bat sebagai peserta kursus fasilitator wanita pengu-kuhan intergriti perkhid-matan awam dan menyer-tai bengkel permudah cara modul bersepadu kursus pra perkahwinan Islam. Menurut Puan Nuzulni-sa, ketika berada di bang-ku sekolah, dia bercita-cita ingin menjadi pensyarah kerana mahu mengikut jejak ibu dan bapa yang bergelar guru. Katanya, sebaik men-jejak kaki ke alam uni-versiti, fikirannya mula berubah dengan memi-lih bidang yang berlainan iaitu Perancangan Bandar & Wilayah dan Perancan-gan Pelancongan. Walaupun impian men-jadi pensyarah tidak men-jadi kenyataan, ia tetap bersyukur ke hadrat Ilahi dengan kerjaya yang dimi-liki sekarang. “Memegang jawatan

tinggi di satu-satu agensi bukannya semudah yang disangka kerana memerlu-kan komitmen yang sangat tinggi terhadap organisasi atau jabatan. “Saya bersyukur kera-na mempunyai keluarga terutama suami Ahmad Hafiizhi Alilah cukup me-

Oleh: Suriati ali mahami tuntutan tugas harian walaupun kadang kala terpaksa bertugas di luar Terengganu selama dua minggu atau lebih,” katanya. Hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan insan tercinta,

Puan Nuzulnisa kini bakal memiliki dua cahaya mata. Puteri sulung diberi nama Nabila Kauthar, beru-mur setahun enam bulan, manakala zuriat kedua dijangka lahir pada Ogos nanti.

NUZULNISA

Bersama keluarga tercinta

Page 11: teganukita 41

11rencana 15-31 Mei 2011

MIMBAr BIsNEs

syanaz songket dan Batik tawar produk moden, terkiniSyariKaT Bumiput-era, Syanaz Songket dan Batik milik Encik Ahmad Tarmizi Mohammad me-nawarkan pelbagai corak sutera eksklusif, songket, kain sarung dan batik yang pasti memuaskan hati pe-langgan. Perniagaan itu asal-nya kepunyaan Allahyar-ham Haji Mohd Abdullah iaitu bapa kepada Encik Tarmizi yang bersedia enerima tempahan menja-hit pakaian seragam batik secara berkumpulan atau dalam kuantiti banyak. Harga tempahan yang ditawarkan serendah RM100 hingga RM250 sehelai bergantung kepada kualiti dan jenis kain. Antara jabatan yang setia membuat tempatan termasuk Jabatan Kerja Raya, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Setiusaha Kerajaan Negeri dan Ja-batan Pelajaran Negeri Terengganu. Jika ada yang berminat mendapatkan kain songket asli, syarikat itu menawar-

Oleh: Suriati ali kan harga sangat berpatu-tan iaitu semurah RM60 hingga RM400 sahaja. Encik Tarmizi berkata, dia mula minat menceburi bidang perniagaan sewaktu dibangku sekolah menen-gah lagi, selepas mendapat tunjuk ajar dan membantu arwah bapa berniaga. Katanya, sebaik tamat Sijil Pelajaran Malaysia pada 1993, dia nekad un-tuk serius dalam bidang ini di mana pada awal-nya mengetahui asam garam berniaga terutama berkaitan menjaga serta memikat hati pelanggan, menjaga kualiti kain dan susun atur produk. “Susun atur produk dan keceriaan kedai paling di-utamakan, kerana bermula daripada situ seseorang pelanggan akan tertarik selain memastikan pekerja sentiasa senyum dan pera-mah ketika melayan pe-langgan,” katanya. Menurutnya, semua produk dan jenis kain yang dijual di kedainya asli iaitu buatan pengu-saha tempatan dan bukan-nya barangan tiruan yang

diimport dari luar negara seperti China, Thailand dan Indonesia. “Peniaga perlu bijak memilih sesuatu produk bagi mengelak terbeli barangan tiruan beriku-tan terlalu banyak peni-aga kain di Terengganu menjual barangan tidak berkualiti. “Saya sedia memberi-tahu pelanggan bagaimana ingin mengenali sama ada produk itu tiruan atau se-baliknya,” katanya kepada Teganukita ketika ditemui di lot perniagaan PPA 25 Pasar Besar Kedai Payang (PBKP), Kuala Tereng-ganu. Encik Tarmizi berkata, persaingan antara peniaga lain antara cabaran yang perlu ditempuh kerana pada masa sekarang begitu ramai individu yang mem-inati bidang jualan kain. “Saya menganggap se-mua itu persaingan positif yang boleh mematangkan lagi semangat berniaga yang sudah diceburi se-lama 18 tahun ini.

“Alhamdullilah rezeki saya bertambah setiap kali tiba musim cuti sekolah dan ketika ingin menyam-but Hari Raya Aidilfitri,” katanya. Menurutnya, dia man-faat sepenuhnya apabila tiba `durian runtuh’ itu dengan menawarkan harga berpatutan supaya pelang-gan tidak jemu dan paling penting, mereka datang kembali. “Rata-rata pelanggan yang datang semuanya menyatakan puas hati dan memuji corak dan jenis kain terkini dan moden. “Pembeli luar Tereng-ganu lebih menggemari sutera, batik lukis dan songket asli kerana di tempat mereka sukar un-tuk memperolehnya,” ka-tanya. Syarikat Syanaz Song-ket dan Batik dibuka jam 9.00 pagi hingga 6 petang itu turut mempu-nyai cawangan di Tingkat 2, Bazar Warisan, Kuala Terengganu.

TARMIZI

Orang ramai boleh mendapatkan songket dan batik dengan harga berpatutan.

Semua jenis produk dan kain adalah buatan pengusaha tempatan.

Page 12: teganukita 41

12 rencana 15-31 Mei 2011

BAKTI JKKK Kampung undang pertahan warisanKaMpUnG Undang sebuah perkampungan tradisional yang masih kuat mempertahankan adat serta warisan nenek moy-ang. Malah, amalan menghor-mati yang tua dan menyayangi yang muda juga kekal dipertah-ankan sehingga kini. Mempunyai keluasan 2.91 kilometer persegi dan terdapat tiga jalan masuk ke kampung ini sama ada melalui Kampung Kedai Buluh atau Kampung Bukit Payong atau jalan ke Bandar Marang. Pertanian menjadi kerja haki-ki majoriti penduduk dengan 65 peratus terbabit mengusahakan tanaman sayur-sayuran, selain sebahagiannya turut memiliki kebun getah, kelapa sawit serta sawah padi.

“Kini sekumpulan 10 pen-duduk sedang mengusahakan tananan labu manis secara berkelompok di kawasan sel-uas 20 ekar,” Pengerusi Jawa-tankuasa Kemajuan dan Kes-elamatan Kampung (JKKK), kampung Undang, Haji Mo-

hamad Hamzah. Katanya, terdapat 1,718 pen-duduk daripada 330 keluarga merupakan anak jati kelahi-ran kampung ini yang sentiasa mengutamakan perpaduan dan mementingkan kehidupan ber-saudara tanpa mengira ketu-runan serta pangkat. “Banyak kemudahan disedi-akan kerajaan termasuk sebuah Sekolah Kebangsaan, masjid, balai raya, klinik desa, gelang-gang futsal dan dua kelas tabi-ka,” katanya kepada Teganuki-ta. Penglibatan semua lapisan penduduk sama ada golongan Veteran, Wanita, Pemuda , Put-eri dan jawatankuasa masjid tambah melancarkan perjalan-an program yang diadakan. Selaku ketua kampung, Haji Mohamad sentiasa memberi

kerjasama erat dengan anak buahnya dan sering menjadi orang tengah ketika mengurus-kan perkara yang membabit-kan fahaman parti. “Setiap tahun akan diadakan sukan rakyat, anugerah pelajar cemerlang peringkat kampung, larian merentas desa, pertand-ingan futsal dalam usaha mengeratkan ikatan silaturahim antara penduduk,” katanya. Kampung Undang juga ter-pilih menyertai pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) tahun ini dan sedang membuat persiapan menyertai pertandingan berkenaan. Untuk aktiviti penduduk kampung sebuah astaka den-gan kemudahan lampu limpah disediakan dengan peruntuk-kan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Semua golongan tidak boleh menidakkan apa yang kerajaan BN telah beri selama ini dan perkara berkenaan sentiasa diuar-uarkan kepada penduduk di kampung ini. “Kita perlu menghargai dan berterima kasih kepada yang memberi dan bersyukur kepada Allah yang melimpahkan reze-ki,” katanya. Haji Muhamad menegaskan perkara yang selalu diingatkan kepada anak buahnya, supaya jangan bersikap tamak dan sanggup `mencurah air di tem-payan’ semata-mata kerana `mendengar guruh di langit’. Kerajaan hari ini ibarat `po-hon rendang tempat berteduh’, masyarakat khususnya rakyat miskin yang sentiasa mendam-bakan sokongan dan bantuan untuk meneruskan hidup.

Oleh: esah abdullah

IKON Tonik Nor hidayah di pentas tilawahKeSeTian ibu bapa men-

emaninya ke mana sahaja se-jak sekolah rendah sehingga usia kini yang menginjak 20 tahun dalam setiap pertandin-gan tilawah dalam mahupun luar Terengganu menjadi tonik mujarab yang mampu membi-askan kekuatan dan semangat kepadanya mempersembahkan bacaan yang terbaik. “Ayah dan ibu tidak pernah gagal menemani saya ke mana sahaja apabila ke pertandingan tilawah al-Quran. Malah den-gan kehadiran mereka mem-buatkan saya merasa lebih yakin dan bersedia untuk mem-perdengarkan bacaan ketika di pentas,” kata qariah Tereng-ganu, Nor Hidayah Abdul Rah-man kepada Teganukita, baru-baru ini. Nor Hidayah dari Kampung Ladang Bari, Sungai Tong, Setiu menjadi sandaran negeri ke peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung di Kuch-ing, Sarawak pada 13 hingga 17 Jun ini selepas dinobatkan johan qariah sempena Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Terengganu 2011 Kali Ke-54, di Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak, Kuala Tereng-ganu, pada 12 Mei lalu. Kemenangan buat kali kedua di peringkat negeri itu membolehkan anak kelapan daripada sepuluh beradik yang dilahirkan kembar, membawa pulang wang tunai RM7,000, pakej menunaikan haji, seunit komputer riba, piala dan sijil penghargaan. Sebagai persiapan ke pering-kat itu, Nor Hidayah terus me-mantapkan bacaan dari aspek taranum, suara, fasohah serta tajwid melalui beberapa guru al-quran yang bertauliah dan tersohor di negara ini. Malah, dia bersama johan qari, Ah-mad Tirmizi Ali, juga dibawa mengikuti kursus anjuran kera-

jaan negeri di bawah Institut al-Quran Terengganu dalam dan luar Terengganu sebagai perse-diaan menghadapi cabaran per-ingkat lebih tinggi itu nanti. “Selain itu, sejak dulu lagi, saya setiap hari akan sentiasa memahirkan diri dan menga-sah bacaan ayat suci al-Quran melalui `tok guru’ yang cukup setia dengan saya, individu itu tidak lain dan tidak bukan, ayah kesayangan saya sendiri,” katanya yang mengakui mula mencintai bidang tilawah se-

jak kecil kerana mewarisi mi-nat dan bakat bapanya, Abdul Rahman Omar, 61. Bapa dan ibunya, Lijah Oth-man, 55, adalah dua karektor utama yang bertanggungjawab membentuk minat dan kecend-erungan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Bari serta Sekolah Menengah Ke-bangsaan Pelong, Setiu itu ser-ing tampil cemerlang di pentas tilawah sama ada peringkat daerah, negeri mahupun ke-bangsaan. “Ayah saya juga pernah me-nyertai tilawah al-Quran masa mudanya dahulu, dari situ dia perturunkan kepada anak-anak. Selain kakak sulung, Roshayu, saya dan adik kembar, Nor Jan-

nah turut mengikut jejak lang-kah ayah,” katanya lagi. Kakak sulungnya pernah mewakili daerah pada era 90-an dulu, manakala Nor Jan-nah yang kini penuntut Seni dan Reka Bentuk Universiti Teknologi Mara Kuala Tereng-ganu turut bersama-sama Nor Hidayah menyertai pertand-ingan itu sejak usia sembilan tahun dan berterusan sehingga kini. Pencapaian terbaik Nor Hi-dayah muncul johan pertand-ingan tilawah sekolah-sekolah menengah peringkat kebang-saan pada 2006 dan 2008 yang mencetus iltizam buat anak muda itu untuk terus mengga-pai kejayaan di peringkat lebih

tinggi. Sejurus menamatkan alam persekolahan, Nor Hidayah layak mewakili Setiu untuk pertandingan tilawah yang disertai golongan dewasa, se-mentara Nor Jannah mewak-ili Kuala Terengganu dalam pertandingan yang sama ber-mula dua tahun lalu. Penyertaan Nor Hidayah kian mencetus aura tersendiri, tatkala muncul johan qariah pada tahun lalu, namun peny-ertaan pertama kalinya di pen-tas kebangsaan hanya mampu mendapat saguhati. Gadis yang lahir tanggal 27 Januari 1991 itu nekad mahu membaiki setiap kelemahan yang ada dan mensasarkan pen-capaian lebih baik pada tahun ini sekaligus mampu berada di kedudukan tiga terbaik. “Musuh utama ketika ber-depan dengan orang ramai dan juri sebaik melangkah ke pentas adalah perasaan gemu-ruh. Melihat banyak pandan-gan tertumpu kadang-kadang boleh membuatkan kita hilang konsentrasi. Namun saya tetap berazam membuang perasaan negatif itu jauh-jauh dan lebih tenang memperdengarkan ba-caan nanti,” katanya. Dalam pada itu, menurut gadis yang bakal menerus-kan cita-citanya sebagai guru kelak, pembabitannya dalam pertandingan tilawah bukan se-mata-mata mahu mempersem-bahkan bacaan yang terbaik, mengikut kriteria dan tahap yang dikehendaki juri, malah turut membuatkan dirinya lebih bermuhasabah dan menghayati keindahan dalam Kalam Allah s.w.t. “Al-Quran itu sungguh indah . Menghayati serta memahami kandungannya membuatkan setiap kita akan merasa diri ini cukup kerdil, bertuah terpilih sebagai umatNYA dan terlalu banyak yang harus kita renungi serta belajar mengenai kebesa-ran ayat suci itu sendiri,” ka-tanya.

Oleh: aida abd rahman

Nor Hidayah ketika menerima hadiah daripada Tengku Sri Laksamana Raja selepas dinobatkan johan qariah.

NOR HIDAYAH

MOHAMAD

Page 13: teganukita 41

13rencana 15-31 Mei 2011

DEsTINAsI Pantai Tok Jembal pusat riadah sekeluarga

panTai Tok Jembal, Kuala Terengganu yang terletak di antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Uni-versiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA) cukup menarik dan sememangnya dikenali ramai terutama di kalangan pelajar serta penduduk setempat. Destinasi pelancongan yang terkenal dengan pasir pantai putih itu terletak hanya kira-kira 16 kilometer (km) dari Bandar Raya Kuala Tereng-ganu dan lapan kilometer dari Pekan Batu Enam. Lokasi itu yang dahulunya

suram dan sunyi tanpa kehad-iran pengunjung, kini ceria selepas pihak berkaitan ter-masuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menaik taraf kawasan tersebut dengan membina pelbagai infrastruk-tur dan lot perkedaian. Setiap hari terutama hujung minggu dan cuti sekolah pasti ada yang berminat mengunjun-gi Pantai Tok Jembal dengan pelbagai tujuan khususnya be-riadah. Ada di antara mereka datang semata-mata ingin mencari ketenangan dan melepaskan kepenatan selepas seharian berkerja.

Desiran angin yang ber-tiup segar dengan deruan om-bak membuatkan pengunjung seakan melekat dan terus setia di lokasi itu. Bagi mereka yang membawa anak berusia 12 tahun ke bawah pula, mereka lebih berminat menghabiskan masa di taman permainan yang disediakan. Seorang Pengunjung Mazli-na Sapihi, 30, dari Batu Rakit berkata dia cukup gemar mem-bawa tiga anaknya bersiar-siar di Pantai Tok Jembal kerana pelbagai kemudahan disedia-kan kepada orang ramai ter-masuk taman permainan, pon-dok rehat, lot kedai makan dan

tandas. “Jika anak-anak sudah penat bermain gelongsor dan buaian, saya akan membawa anak ber-main pasir di tepi pantai pula yang sememangnya memutih dan bersih,” katanya lagi. Ahli Dewan Undangan Neg-eri (Adun) Tepoh, YB Muham-mad Ramli Nuh, berkata Pantai Tok Jembal sememangnya unik kerana dikelilingi dua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ulung di negara ini. Katanya, kelebihan itu memberi impak positif kepada pelajar kerana mereka da-pat melakukan aktiviti riadah selepas berakhir kuliah mas-

ing-masing , selain menjadikan lokasi itu tempat belajar secara berkumpulan dan menyiapkan tugasan masing-masing. “MBKT sentiasa berusaha memperindahkan destinasi pelancongan itu dengan me-naik taraf kemudahan sedia ada, menanam ratusan pokok ru dan tidak lupa menambah lampu jalan semata-mata in-gin memberi keselesaan dan menarik minat pengunjung ke lokasi itu,” katanya. Pengunjung dinasihatkan su-paya tidak melakukan aktitiviti merbahaya ketika berada di ka-wasan pantai termasuk bermain air dan mandi.

Oleh: Suriati ali

Page 14: teganukita 41

14 am

Pelan strategik jadi indikator kepada penjawat awam - MB

15-31 Mei 2011

CCTV di kawasan lumba haram

Jadikan al-Quran sebagai panduan

Program PPAT dapat sambutan - Nor Akmal

pelan Strategik Agenda Merakyatkan Pentadbi-ran Dan Pembangunan Terengganu (PSAMPPT) akan menjadi indikator kepada penjawat awam bagi memahami kehendak kerajaan, merancang dan seterusnya melaksanakan usaha-usaha yang telah dipersetujui ke arah mem-ajukan negeri. “Ini adalah satu lagi usaha kita bagi memas-tikan setiap agenda yang ingin lakukan, dirancang serta dilaksana dengan lebih kemas dan sistema-tik,” kata Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said. Menteri Besar ber-kata demikian di majlis Anugerah Perkhidmatan

Oleh: esah abdullah Cemerlang Peringkat Neg-eri Terengganu dan Pelan-caran Buku PSAMPPT di Wisma Darul Iman baru-baru ini. Katanya, dengan adanya buku ini diharap penjawat awam serta semua agensi dapat bergerak dengan lebih pantas lagi di dalam melaksanakan tanggung-jawab masing-masing. Tambahnya, ini adalah satu lagi usaha kerajaan bagi memastikan setiap agenda yang ingin dilaku-kan, dirancang serta dilak-sana dengan lebih kemas dan sistematik. “Ianya akan terus men-jadi satu dorongan kepada penjawat awam negeri agar menjadikan kecemer-langan sebagai satu buda-ya di dalam melaksanakan tugas seharian,” katanya.

Dato’ Seri Haji Ahmad melancarkan Buku Pelan Strategik Agenda Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Terengganu.

Kerajaan negeri ber-cadang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua kawasan tumpuan aktiviti lumba haram bagi mencegah kegiatan itu terus menjalar di kalangan remaja negeri ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata melalui rakaman CCTV gambar aksi mer-eka dapat dirakam dan ibu bapa mereka akan dipang-gil untuk melihat kegiatan anak-anak mereka yang mendatang bahaya kepada orang ramai itu. “Saya akan minta ker-jasama pihak polis untuk kenal pasti kawasan itu dan kerajaan akan pasang CCTV,” katanya kepada pemberita selepas mem-buat melawat keadaan mangsa rempuhan mat rempit di Wad 5CD Hos-pital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), baru-baru ini. Hadir sama, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Encik Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid dan Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Mohamad Omar. “Saya merayu ibu bapa agar menasihatkan dan memantau pergerakan anak masing-masing su-paya tidak terlibat dengan perlumbaan haram ini dan kerajaan hanya mampu

memberi nasihat seba-liknya kesedaran ibu bapa dan remaja berkenaan itu yang penting,” katanya.. Menteri Besar sebe-lum itu meluangkan masa melawat Adik Ahmad Fakri Azni, 10, pelajar Tahun Lima Sekolah Ke-bangsaan (SK) Pusat Cha-bang Tiga telah dirempuh dari belakang oleh remaja bermotosikal yang cuba meloloskan diri daripada sekatan polis di Kampung Seberang Baruh, Kuala

Terengganu. Mangsa yang patah tu-lang belakang dan retak tempurung kepala meneri-ma tujuh jahitan di kepala turut mengalami luka di bahagian badan dan tan-gan serta masih dirawat di HSNZ. Semasa kejadian, mang-sa yang sedang menung-gang basikal melambung dan tercampak kira-kira 10 meter dari lokasi keja-dian akibat rempuhan kuat motosikal Ex-5 milik mat

rempit yang juga seorang anggota Rela. Remaja berusia 18 ta-hun dari Kampung Tok Imam Lapar, Kuala Telem-ong itu berjaya ditangkap oleh orang ramai yang kebetulan berada di lokasi kejadian. Menteri Besar turut ber-puas hati dengan perkem-bangan kesihatan Ahmad Fakri yang sudah boleh bercakap dan boleh meng-ingati kemalangan yang berlaku.

Adik Ahmad Fakri, 10, menceritakan detik malang kepada Menteri Besar apabila dia dirempuh dari belakang oleh remaja bermotosikal di Kampung Seberang Baruh, Kuala Terengganu.

al-QUran hendaklah dijadikan sebagai tong-gak penting dalam setiap aktiviti dan program yang dijalankan bagi mem-bangun Terengganu dan negara. Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Haji Ma-zlan Ngah, berkata in-teraksi yang berterusan dengan al-Quran sudah pasti menjanjikan barakah yang berpanjangan dari-pada Allah s.w.t kepada negara dan umat Islam. “Antara mujizat dan ke-unggulan al-Quran yang maha agung sekiranya dihayati dan diamalkan dengan penuh ikhlas dan tawaduk, akan melahir-kan insan cemerlang dan mampu mencipta tama-dun. “Tema 1Malaysia 1Ummah yang dipilih bagi majlis kali ini amat betepatan dengan usaha kerajaan yang sentiasa konsisten dalam me-nyatukan pelbagai kaum di negara ini,” katanya ketika berucap di Maj-lis Perasmian Penutup Tilawah al-Quran Per-ingkat Terengganu tahun 1432H/ 2011M Kali Ke-54 di Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak,

Kuala Terengganu, baru-baru ini. Majlis perasmian pe-nutup itu disempurnakan Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja Tereng-ganu, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Sri Lak-samana Raja yang turut hadir bersama isteri To’ Puan Hajjah Rahimah Awang. Hadir sama, Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said; Yang Diper-tua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang; Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, YB Haji Khazan Che Mat; Pengerusi Ja-watankuasa Belia dan Sukan negeri, YB Rozi Mamat dan Mufti Tereng-ganu, Dato’ Dr Haji Alias Abdullah. Dato’ Haji Mazlan tu-rut memberitahu, dalam berdepan isu global, wah-dah atau kesatuan ummah sewajarnya menjadi satu agenda penting. “Berpaksikan iman dan taqwa yang mantap, kegiatan amar ma’aruf dan nahi mungkar perlu dijadikan teras utama da-lam segala tindakan,” ka-tanya.

penDeKaTan Per-badanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) menganjurkan 60 program berilmu dalam tempoh setahun berbaloi berikutan mampu menin-gkatkan jumlah pengun-jung ke pusat ilmu itu. Berdasarkan perang-kaan, Perbadanan Per-pustakaan Awam Tereng-ganu (PPAT) menerima peningkatan jumlah pen-gunjung yang mem-berangsangkan pada set-iap tahun. Dalam tempoh lima tahun iaitu 2006, PPAT menerima seramai 609,247 bilangan pen-gunjung, 2007 (805,278), 2008 (1,037,934), 2009 (1,155,205) dan 2010 pula kira-kira 1,200,049 pengunjung pelbagai peringkat umur. Pengarah PPAT, Puan Hajah Nor Akmal Abdul Fatah, berkata pihaknya bangga dengan pening-katan jumlah pengunjung dan terbukti promosi dan program yang dianjur-kan PPAT setiap tahun mendapat sambutan dari-pada orang ramai.

“Apa yang membang-gakan, golongan belia pal-ing ramai mengunjungi PPAT dengan pelbagai tu-juan antaranya membaca dan menghadiri program,” katanya ketika dihubungi pemberita Teganukita. Menurutnya, setiap sabtu pasti ada program khas untuk kanak-kanak, manakala satu aktiviti umum dalam tempoh sebulan dianjurkan, sema-ta-mata ingin membuka minda masyarakat tentang pentingnya ilmu pengeta-huan selain membuka pe-luang mencari bahan dan maklumat terkini. Antaranya adalah pro-gram jalinan ilmu, kuiz se-tempat, kaedah membina blog, bengkel teknik ber-cerita, pameran fotografi, pertandingan bercerita, mari mewarna serta melu-kis dan jelajah ilmu. “Apa yang membang-gakan, pameran robotik yang dianjurkan pada se-tiap tahun bersama Kolej Tati , mendapat sambutan lebih 4,000 pengunjung walaupun hanya sehari di-anjurkan,” katanya.

Page 15: teganukita 41

15am

Ahmad Tirmizi dan Nor hidayah johan tilawah

15-31 Mei 2011

“Saya berazam melaku-kan yang terbaik demi mencapai kejayaan per-ingkat kebangsaan dan seterusnya menaikkan imej Terengganu yang se-memangnya berpegang kuat kepada ajaran agama Islam . “Kemenangan ini ada-lah hasil sokongan ibu bapa tercinta yang tidak jemu-jemu memberi nasi-hat dan sokongan. Selain itu, ia menjadi pembakar semangat buat diri untuk terus cemerlang dalam hidup,” kata qari Ahmad Tirmizi Ali, 26 dari Kam-pung Che Lijah, Dungun. Beliau berjaya men-jadi johan sempena Majlis Tilawah al-Quran Per-ingkat Terengganu tahun 1432H/ 2011M Kali Ke-54 yang diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Ahmad Tirmizi sebe-lum ini pernah dinobat-kan sebagai johan da-lam program Akademi al-Quran TV9 tahun lalu; pertandingan Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat antarabangsa di Morocco (Februari 2011) dan pertandingan Tilawah a-Quran peringkat negeri pada 2004 dan 2005. Manakala qari Abdul Razak Mat Ripin dari Besut memenangi tempat kedua dan Abu Bakar De-

raman dari Hulu Tereng-ganu di tempat ketiga. Manakala qariah pula, Nor Hidayah Abdul Rah-man berasal dari Setiu diumum sebagai johan, Rafidah Omar dari Besut (kedua) dan Hajah Roz-iayati Mohd Ali dari Ma-rang pula tempat ketiga. Mereka yang berjaya menjadi johan dalam ma-

jlis tilawah yang bertema-kan 1Malaysia 1Ummah itu, berjaya membawa pu-lang wang tunai RM7,000, pakej menunaikan haji, komputer riba, piala dan sijil penghargaan. Manakala tempat kedua pula berjumlah RM5,000 dan ketiga berjumlah RM4,000. Johan qari dan qariah akan mewakili

Terengganu ke peringkat kebangsaan yang bakal di-adakan di Kuching, Sara-wak pada 13 hingga 17 Jun depan. Nor Hidayah berkata, persediaan awal akan di-lakukan daripada pelbagai aspek terutama berkaitan kelemahan taranum bagi membaiki markah yang kurang memuaskan.

Oleh: Suriati ali

Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja Terengganu, Yang Amat Mulia Tengku Sri Laksamana Raja menyampaikan hadiah kepada peserta Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Terengganu tahun 132H/2011M Kali Ke-54 sambil disaksikan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said dan YB Khazan Che Mat.

Ahmad Tirmizi dan Nor Hidayah mewakili Terengganu ke tilawah peringkat kebangsaan.

penjawaT awam meru-pakan perantara terbaik dalam menyampaikan perkhidmatan kerajaan ke-pada masyarakat khusus-nya berkaitan kesihatan, selaras dengan Pelan Hala Tuju Program Tranformasi Kerajaan (GTP). Ketua Pengarah Kesi-hatan Malaysia, Kemen-terian Kesihatan Malaysia (KKM), Dato’ Dr Hasan Abdul Rahman, berkata pembudayaan slogan “Kami Sedia Membantu” membuktikan kakitangan KKM prihatin terhadap keperluan dan keinginan pesakit yang memerlukan rawatan dan penjagaan kesihatan. “Meskipun menghadapi pelbagai cabaran dan keka-ngan, KKM berjaya melak-sanakan pelbagai program dan aktiviti semata-mata untuk meningkatkan ta-hap kesihatan penduduk setanding dengan negara,” katanya ketika berucap di Majlis Anugerah Perkhid-matan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang

KKM prihatin pesakitperingkat Jabatan Kesi-hatan Negeri Terengganu (JKNT), di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Hadir sama Pengarah JKNT, Dr Nordiyanah Hassan dan beberapa pe-gawai perubatan. Seramai 806 kakitan-gan termasuk 134 pesara JKNT menerima APC be-razam meningkatkan lagi produktiviti dan kreativiti kerjaya semata-mata untuk kepentingan masyarakat dan jabatan. Dato’ Hassan turut memberitahu, kecemer-langan tidak akan tercapai tanpa integriti dan amalan nilai-nilai murni. “Kecekapan melaksana-kan tugas tanpa penghaya-tan nilai-nilai murni dan integriti akan mendedah-kan perkhidmatan kepada gejala rasuah dan keruntu-han moral. Akhirnya akan diterjemahkan kepada mutu penyampaian yang mementingkan imbuhan, ketidak-adilan dan seba-gainya”.

penyeliDiKan yang dihasilkan seorang pen-syarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bertajuk `Robust Diagnostic F for the Identification of Outliers in the Fixed Effect Panel Data Model’ berja-ya meraih Anugerah Penyelidikan Berinovasi Tinggi pada Seminar Kebangsaan Pasca Siswazah Statistik, Institut Statistik Malaysia (ISM), baru-baru ini. Pensyarah berkenaan,Puan Nor Mazlina Abu Ba-kar, 39, berasal dari Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu menghasilkan penyelidikan itu bersama Pensyarah Institut Penyelidikan Matematik, Univer-siti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Habshah Midi.Puan Nor Mazlina berkata, penyelidikan itu merupa-kan sebahagian daripada penyelidikan peringkat Dok-tor Falsafah (PhD) beliau dengan Dr. Habshah yang juga bertindak sebagai penasihat pengajian PhD be-liau. “Penyelidikan yang kami hasilkan adalah peng-gabungan kaedah statistik teguh dan kaedah diagnos-tik bagi mengenal pasti data-data terpencil. “Hasil penggabungan kedua-dua kaedah itu ternya-ta mempunyai impak yang besar dan berjaya menarik perhatian panel hakim dalam seminar itu,” katanya. Menurut Nor Mazlina, kajian yang lebih mendalam sedang dijalankan bagi menambah baik hasil kajian sedia ada dan seterusnya mengaplikasikannya dalam bidang ekonometrik. “Dengan anugerah berkenaan, ia akan dikongsi bersama dengan penuntut di UniSZA sebagai pand-uan dalam penyelidikan pelbagai bidang statistik dan memberi lebih pendedahan tentang penggunaan ilmu itu dalam industri. “Ia juga selaras dengan peranan UniSZA untuk melahirkan lebih banyak kajian dan penyelidikan da-lam pelbagai disiplin ilmu,” katanya. Program ilmu anjuran ISM itu diadakan di Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya yang turut disertai hampir 300 peserta lain termasuk dari Universiti Ke-bangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universti Teknologi Mara. Seminar bertema Memperkasakan Ahli Statistik dalam Membuat Keputusan bertujuan menyediakan satu platform bagi ahli akademik dan pemain industri berkongsi penyelidikan dalam bidang berkenaan.

unisZA raih anugerah

Page 16: teganukita 41

sukan Bil. 41 (15-31 Mei 2011) http://teganukita.blogspot.com

Oleh: aida abd rahman

rM5,000 untuk emas sukma Kuala Lumpur

hadiah melancong ke Eropah jika juara berganda

haBUan RM5,000 un-tuk setiap emas menanti atlet negeri yang me-nyertai Sukan Malaysia (Sukma) Ke-14 Kuala Lumpur 2011 jika kon-tinjen Terengganu berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut pada temasya ber-mula 2 hingga 12 Jun ini. Sementara bagi pin-gat perak, RM3,000 dan RM2,000 untuk gangsa. Jika gagal mengekalkan kejuaraan itu, atlet bakal menerima RM3,000 bagi setiap pingat emas, RM2,000 bagi perak dan RM1,000 untuk gangsa. Ganjaran lain yang me-nanti setiap atlet di Sukma berkenaan adalah wang imbuhan serta- merta se-baik sahaja memenangi pingat, masing-masing RM300 (emas), RM200 (perak) dan RM1,000

untuk pingat gangsa. In-sentif yang sama pernah diberikan kerajaan negeri pada Sukma Melaka ta-hun lalu. Menteri Besar, Dato’

Seri Haji Ahmad Said mengumumkan berita gembira itu sempena Majlis Penyerahan Bend-era Kontinjen Terengganu Sukma Ke-14 Kuala Lum-

pur 2011, di Pusat Kon-vensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan

Sukan negeri, YB Haji Rozi Mamat; Penasihat Undang-Undang negeri, YB Noorbahri Baharud-din; Pegawai Kewangan negeri, Dato’ Abdul Razak Ismail dan Pengerusi Ja-watankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar. Hadir sama, Ketua Kontinjen Sukma Ke-14 merangkap Timbalan Se-tiausaha Kerajaaan (Pen-gurusan), Dato’ Wan Aha-mad Wan Muda. “Saya harap atlet Terengganu berjuang ha-bis-habisan untuk mem-bawa bendera Terengganu dan juga maruah negeri serta berusaha memper-tahankan kejuaraan dalam Sukma Ke-14 nanti. “Kita buktikan bahawa kita bukan jaguh kam-pung dan kita boleh me-menangi Sukma dua kali

berturut-turut sebelum ini bukan secara kebetu-lan, tetapi bersandarkan kesungguhan, kebolehan dan kemampuan atlet kita sendiri hasil daripada perancangan yang rapi,” kata Menteri Besar lagi. Kontinjen Terengganu mensasarkan 27 emas, 18 perak dan 12 gangsa menerusi 17 acara sep-erti basikal (trek), kanu, judo, bola jaring, lawan pedang, mendayung, bola tampar dan bola baling. Seramai 214 atlet me-libatkan 119 lelaki dan selebihnya wanita akan mempertahankan misi Terengganu yang turun dengan moto `Tereng-ganu Hanelang’ untuk mengekalkan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut selepas menjuarai temasya itu di laman sendiri pada 2008 dan Melaka 2010 yang lalu.

Ganjaran berganda buat pasukan Terengganu (gambar) jika muncul juara Piala FA dan Liga Super musim ini. Kera-jaan Terengganu berjanji akan membawa semua pemain melawat Kota London jika memenangi Piala FA dan mengelilingi Eropah jika mengulangi kejuaraan pada Liga Su-per 2011. Demikian janji Men-teri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said selepas melancarkan Majlis Peny-

erahan Bendera Kontinjen Terengganu Sukma Ke-14 Kuala Lumpur 2011, di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, baru-baru ini. Menteri Besar sebelum itu mengumumkan pelba-gai insentif kepada atlet Terengganu yang akan menyertai Sukma ke-14, turut berharap pasukan bola sepak Terengganu mampu menjulang Piala FA dalam perlawanan akhir, di Stadium Nasion-

al Bukit Jalil, Kuala Lum-pur 11 Jun ini. Sementara itu, sebagai komitmen dan sokongan tidak berbelah bahagi ke-

pada pasukan negeri men-jelang persaingan akhir itu, setiap wakil rakyat dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Neg-

eri (DUN) menyediakan kemudahan bas untuk penduduk di kawasan masing-masing bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan negeri. Sehingga ini, DUN Kijal menyediakan 15 buah bas manakala DUN Seberang Takir 13 buah bas bagi tujuan itu. Difahamkan beberapa DUN lain turut menyedi-akan perkhidmatan yang sama sebagai tanda peng-hargaan kepada pasukan Terengganu.

Atlet Terengganu penuh yakin melaungkan semangat kemenangan pada temasya Sukma di Kuala Lumpur nanti bersama-sama Menteri Besar serta pegawai betugas.

Dalam pada itu, Men-teri Besar yang sedikit ke-sal dengan kekalahan tipis Terengganu ketika me-nentang Kedah di laman sendiri pada Sabtu lalu, berkata laluan Tereng-ganu sedikit berliku untuk muncul pendahulu Liga Super akibat keputusan itu. Namun beliau tetap optimis skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu masih berpeluang untuk mencipta kejayaan ce-merlang dalam baki tiga perlawanan lagi.