8
29 Januari 2011 - http://teganukita.blogspot.com ISSN 2180-4737 PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI TERENGGANU Sepakat kerjasama demi PRU 13 Oleh: Wartawan Teganukita SEMUA Ketua UMNO Bahagian berjanji mem- beri kerjasama kepada pucuk pimpinan UMNO bagi menghadapi dan me- mastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke -13 akan datang. Persepak- atan dan komitmen semua Ket- ua UMNO Bahagian itu diter- jemahkan dengan kehadiran mereka ke mesyuarat Per- hubungan UMNO negeri yang perta- ma sempena pengu- muman ahli jawa- tankuasa tertinggi badan perhubungan itu, di Pejabat UMNO Terengganu, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu, malam Selasa lalu (25 Januari). lihat ms 3 DATO’ SERI AHMAD SAID YAHYA KHATIB Dato’ Seri Ahmad Said mempengerusikan mesyuarat pertama selepas dilantk sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu. - Gambar oleh Syed Abdul Rahman Hisham serah tugas dalam suasana mesra ms 3 Tahun baru, semangat baru, perjuangan baru UMNO Terengganu ms 7 MENARIK DI DALAM

teganukita keluaran khas

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teganukita keluaran khas

Citation preview

Page 1: teganukita keluaran khas

29 Januari 2011 - http://teganukita.blogspot.comISSN 2180-4737

PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI TERENGGANU

Sepakat kerjasama demi PRU 13

Oleh: Wartawan Teganukita

Semua Ketua UMNO Bahagian berjanji mem-beri kerjasama kepada pucuk pimpinan UMNO bagi menghadapi dan me-mastikan kemenangan pada

Pilihan Raya Umum (PRU) ke -13 akan

datang. Persepak-

atan dan komitmen semua Ket-ua UMNO

Bahagian itu diter-jemahkan dengan kehadiran mereka ke mesyuarat Per-hubungan UMNO negeri yang perta-ma sempena pengu-muman ahli jawa-tankuasa tertinggi badan perhubungan itu, di Pejabat UMNO Terengganu, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu, malam Selasa lalu (25 Januari).

lihat ms 3DATO’ SERI AHMAD SAID YAHYA KHATIB

Dato’ Seri Ahmad Said mempengerusikan mesyuarat pertama selepas dilantk sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu. - Gambar oleh Syed Abdul Rahman

Hisham serah tugas dalam suasana mesra

ms 3

Tahun baru, semangat baru, perjuangan baru UMNO Terengganu

ms 7

MENARIKDI DALAM

Page 2: teganukita keluaran khas

2 keluaran khasSabtu, 29 Januari 2011

Oleh: Ruslan Abdul Rah-man

Pelantikan semula Dato’ Seri Ahmad Said sebagai Pengerusi Ba-dan Perhubungan Umno Terengganu (BPUNT) oleh Presiden Umno, Dato’ Sri Mohd.Najib Tun Abdul Razak sebenarnya merupakan pelantikan yang mengambilkira ke-hendak bawahan, selaras dengan pendekatan yang sentiasa diamalkan di bawah kepemimpinan Dato’ Sri Najib. Banyak cawangan-cawangan Umno di Terengganu sejak dua ta-hun yang lalu membuat usul dalam mesyuarat agung Umno cawangan masing-masing berkaitan perkara itu. Walaupun dis-ebut di dalam usul berke-naan supaya jawatan tert-

Oleh: Ruslan Abdul Rahman

Segala teka teki ter-jawab, apabila malam ini YB Tengku Putera Awang diumumkan kekal sebagai Setiausaha Umno Negeri Terengganu, manakala Exco Kanan Kerajaan Negeri YB Haji Ahmad Razif Abul Rahman (Ket-ua Penerangan) dan YB Dato’ Za’abar Mohd Adib (Exco Kerajaan Negeri) sebagai Bendahari. Pengerusi Badan Per-hubungan Umno Tereng-ganu UMNO Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said membuat pengumuman ini kepada media sebaik

Pelantikan bagai sireh pulang ke gagang

Muka baru UMNO Terengganu

inggi Umno Terengganu diserahkan kepada anak Terengganu, tetapi sebe-narnya bermaksud dis-erahkan kepada Menteri Besar mereka sebagaima-na tradisi. Bukan hasrat mereka untuk tidak menerima Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Hishamud-din Tun Hussien, tetapi

mereka merasakan imej Umno Terengganu terca-lar, seolah-olahnya orang Terengganu tidak mampu mengendalikan sendiri Umno Terengganu kalau selama-lamanya demiki-an. Pemimpin dan ahli Umno Terengganu se-harusnya berterima kasih kepada Dato’ Seri Hisha-muddin yang telah sudi menerajui seketika Umno Terengganu dan sudi pula menyerahkannya bila su-dah merasakan sampai masanya berbuat demiki-an. Ini adalah janji beliau sewaktu mula-mula di-lantik dahulu, bahawa beliau memimpin untuk sementara waktu dan akan menyerahkan kembali ke-pada orang Terengganu bila tiba waktunya. Secara hakikatnya, ah-li-ahli Umno Terengganu

berasa rendah diri jika berterusan Umno Tereng-ganu dipimpin orang bukan orang Terengganu, betapa tidak layaknya mereka un-tuk mengurus rumahtangga sendiri. Secara psikolog-inya pembangkang telah menang dalam pertarun-gan ini, apabila perasaan ‘rendah diri’ itu mengalir dalam diri ahl-ahli Umno. Kalaulah tidak mam-pu menguruskan sendiri Umno di negeri mereka, bagaimana mungkin untuk berdepan dengan lawan? Justeru itu, pelantikan Dato’ Seri Ahmad telah memulihkan semula se-mangat dan membuang perasaan yang dinya-takan tadi. Walaupun ada segelintir yang mungkin kurang bersetuju dengan pelantikan terbaru itu, ia adalah perkara biasa da-lam kita membuat sesuatu keputusan; namun kita

Ketua Penerangan: Razif ; Bendahari: Za’abarsahaja selesai mem-pengerusikan mesyuarat Umno Negeri kali per-tama 2011 (25 Januari). Semua Ketua Bahagian dari lapan bahagian di Terengganu hadir. YB Haji Ahmad Razif, 46 tahun merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Nerus dan Ahli Dewan Undan-gan Negeri Terengganu (Adun) Seberang Takir yang baru bertanding dan menang dalam plihan raya umum yang lalu.YB Haji Ahmad Razif merupa-kan Exco kerajaan Negeri bagi portfolio Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber

Manusia negeri. Manakala Dato’ Za’abar Mohd Adib adalah Tim-balan Ketua UMNO Ba-hagian Dungun dan Adun Rantau Abang serta Exco Kerajaan Negeri bagi portfolio Pembangunan Infrastruktur dan Kemu-dahan Awam negeri. Dato’ Seri Ahmad juga memaklumkan bahawa satu jawatan baru diwu-judkan iaitu Pengarah Strategik UMNO Tereng-ganu, disandang oleh Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato’ Rosli Mat Hassan, sekaligus men-duduki jawatankuasa Pengurusan UMNO Neg-

eri yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi BPUNT, YB Yahya Khatib Mohamad (Ketua UMNO Bahagian Marang). Menjawab soalan war-tawan, Dato’ Seri Ahmad yakin bahawa UMNO Terengganu cukup mantap untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke - 13 dengan penyusunan baru dan perpaduan yang ditunjukkan oleh seluruh ketua-ketua bahagian yang hadir. “Saya mengucap terima kasih kepada semua ketua-ketua bahagian yang hadir dan tahniah kepada semua yang dilantik, termasuk Timbalan, YB Yahya

yakin Dato’ Seri Ahmad sebagai wakil rakyat yang paling senior (sejak 1990) iaitu di zaman Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad lagi, boleh menanganinya. Pemimpin dan ahli politik yang berjiwa besar pastinya akan menerima keputusan dan ketentuan dengan reda dan positif. Kalau tidak, mereka bu-kanlah pemimpin yang boleh dianggap hebat; apa-tah lagi kalau ada sifat ke-ciwa, dendam dan iri hati. Sebagai Ketua Umno Bahagian Kemaman, Dato’ Seri Ahmad pernah men-cipta rekod cemerlangan, apabila bahagian itu pernah muncul sebagai Bahagian yang paling ramai keahlian semasa kempen menam-bah ahli Umno dijalankan di peringkat pusat. Dato’ Seri Ahmad di-harapkan dapat memacu pembangunan negeri untuk

rakyat dengan lebih yakin apabila parti pemerintah negeri dan kerajaan neg-eri berada dalam keadaan yang seiring dan sejalan sebagaimana Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) orang yang sama. Kita percaya Dato’ Seri Ahmad mempunyai ciri-ciri kepemimpinan mu-lia seperti terbuka, tiada dendam dan sedia dikritik atau mendengar pandan-gan positif dari rakan-ra-kan seperjuangan. Slogan, falsafah dan prinsip ‘Mer-akyatkan pentadbiran dan pembangunan’ hendaknya terus dijulang. Terima kasih Dato’ Sri Najib atas lantikan semula Dato’ Seri Ahmad atau anak Terengganu untuk menerajui dan menakho-dai Umno Terengganu.

Khatib Mohamad”. Sementara itu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang ketika diminta oleh Teganukita mengulas men-genai pengekalannya se-bagai Setiausaha BPUNT berkata, kini UMNO Terengganu begitu jelas berada dalam penyatuan di semua peringkat. “Segala kemelut yang digembar-gemburkan se-lama ini telah pun berakhir dan kita sudah bersedia untuk menghadapi PRU 13 dan pengerusi sendiri memberi jaminan akan mengambil kira semua peringkat parti,” katanya.

TENGKU PUTERA

AHMAD RAZIF

ZA’ABAR

ROSLI

Gandingan mantap diselitkan beberapa muka baru yang menerajui pengurusan UMNO Negeri Terengganu.

DATO’ SRI NAJIB

Page 3: teganukita keluaran khas

3Sabtu, 29 Januari 2011keluaran khas 3

Pengerusi Badan Per-hubungan UMNO negeri Terengganu (BPUNT), Dato’ Seri Ahmad Said, yakin bahawa UMNO Terengganu sudah cukup mantap bagi menghadapi PRU ke-13 dengan peny-usunan baru serta perpad-uan yang ditunjukkan oleh keseluruhan ketua UMNO bahagian yang hadir. “Saya mengucapkan terima kasih kepada se-mua ketua bahagian yang hadir dan tahniah kepada semua yang dilantik, ter-masuk Timbalan, YB Haji Yahya Khatib Mohamad,” katanya. Ketua UMNO Bahagian Marang, YB Yahya Khat-ib Mohamad, berkata amalan melantik Pengeru-si BPUNT di kalangan Menteri Besar bukannya perkara baru malah menja-di tradisi sejak dahulu lagi termasuk di zaman pimpi-nan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dan Dato’ Seri Id-ris Jusoh di mana Menteri Besar akan memegang jawatan sebagai pengerusi BPUNT. “Saya percaya segala urusan seperti merancang strategi dan meraih undi akan bertambah mudah,

selain mampu menambah kepercayaan rakyat ter-hadap parti Barisan Na-sional (BN),” katanya. Ketua UMNO Bahagian Besut ,Dato’ Seri Idris Ju-soh berpandangan bahawa pelantikan dan penyusu-nan semula Pengerusi BPUNT itu menjadi sun-tikan baru yang mampu menyerlahkan lagi se-mangat bagi memastikan kemenangan cemerlang dalam PRU akan datang. Katanya, kesemua pihak harus menerima apa yang sudah diputuskan oleh pucuk pimpinan UMNO dengan hati terbuka dan pemilihan Dato’ Seri Ah-mad Said adalah berse-suaian dengan keadaan, malahan beliau sudah melakukan apa yang di-anggap terbaik untuk terus menerajui parti peringkat negeri. “Insya-Allah dengan semangat baru yang dimi-liki kita akan berusaha mengukuhkan jentera parti. Ia bagi memastikan kemenangan cemerang dalam pilhan raya umum akan datang,” katanya. Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato’ Rosli Mat Hassan pula menyifatkan

pelantikan Menteri Besar sebagai Pengerusi BPUNT suatu yang ditunggu-tung-gu oleh semua ahli UMNO seluruh Terengganu. Malah ia membuktikan suatu keyakinan tinggi pucuk pimpinan tertinggi negara khususnya Presi-den UMNO yang memi-liki kuasa eksklusif untuk membuat pilihan mana-mana pemimpin negeri bagi menerajui parti dan memenuhi harapan rakyat. “YAB Menteri Besar pastinya sesuai menggalas dan mengetuai kepimpinan parti berdasarkan ketoko-han dan pengalaman yang ada pada beliau selama ini. Malah, beliau juga menjadi Ketua UMNO Bahagian (Kemaman) yang berjaya memimpin kawasan den-gan cemerlang sehingga mampu merekodkan keahl-ian teramai di Malaysia. “Beliau merupakan in-dividu yang layak menjadi perantara antara barisan pemimpin dan rakyat, dita-mbah pula peranan seba-gai Menteri Besar yang saling berkesalinan atau melengkapi dengan kedua-dua amanah yang dipegang kini, “kata beliau yang di-lantik dengan jawatan baru,

selaku Pengarah Strategi Ketua Bahagian Hulu Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, pula berkata rakyat Terengganu dan pemimpin setempat sebenarnya sudah lama menunggu berita gembira ini untuk mengembalikan semula jawatan Pengerusi BPUNT kepada anak neg-eri. “Dato’ Seri Ahmad Said sememangnya seorang yang bekerja kuat dan sen-tiasa turun padang bagi me-mastikan kebajikan rakyat tidak terabai. Sewajarnya jawatan itu layak untuk beliau bagi memantapkan lagi saf kepimpinan,” ka-tanya. Beliau yang kekal se-bagai Setiausaha BPUNT sejak 2004 berkata , Presi-den Parti, Dato’ Seri Najib Abdul Razak sering me-nyuarakan di mana setiap pemimpin perlu melak-sanakan perubahan atau transformasi politik supaya lebih mantap dan mendapat lebih kepercayaan. Sementara Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh mengucapkan tahniah ke-pada Dato’ Seri Ahmad dan

berterima kasih kepada Presiden Parti yang telah mengambil satu keputusan bijak melantik Menteri Be-sar untuk menerajui parti. “Memang tepat, Dato’ Seri Ahmad diberi tang-gungjawab memikul tu-gas berkenaan dan pen-galaman pernah menjawat jawatan sama sebelum ini dan yakin tidak ada masalah besar untuknya memikul amanah itu di samping memperkukuh-kan parti untuk mengh-adapi PRU ke-13 nanti. Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Mohd Jidin Shafee, pula berkata kepu-tusan yang diambil oleh Presiden Parti memberi tanggung jawab mengu-rus parti kepada Menteri Besar merupakan tindakan yang tepat pada masanya demi memastikan kes-ejahteraan rakyat serta ke-baikan kepada parti yang memerintah. Beliau melahirkan keya-kinan, Menteri Besar dapat memikul tanggungjawab baru ini dengan menyusun agenda memperkuatkan jentera parti untuk me-nawan kembali kawasan yang dimenangi parti pembangkang di samping

mengekalkan kerusi BN. Manakala Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Dato’ Mohd Nasir Ibra-him Fikri, berkata semua pihak perlu menyokong kepimpinan Menteri Be-sar dan juga Pengerusi BPUNT. Katanya, Bahagian Kuala Nerus mengucap-kan tahniah kepada Dato’ Seri Ahmad kerana diberi tanggungjawab menera-jui UMNO Terengganu di samping turut merakam-kan penghargaan kepada Naib Presiden Parti, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein kerana menggalas peranan itu sebelum ini. Segala reaksi positif ini membuktikan bahawa UMNO Terengganu kini berada dalam fasa penyat-uan di semua peringkat sekaligus menghentikan segala desas-desus menge-nai kemelut yang melanda politik Terengganu, selain penyusunan baru serta per-paduan yang ditunjukkan oleh kesemua ketua ba-hagian mampu memperka-sakan UMNO khususnya ketika berdepan PRU ke-13 nanti.

keteguhan UMNO Terengganu dan kesepaka-tan antara pemimpin yang semakin terserlah sejak kebelakangan ini, men-dorong pucuk pimpinan parti untuk menyerahkan semula tugas mengetuai UMNO Terengganu, ke-pada pemimpin tempatan. Berkuatkuasa 1 Januari lalu, Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, dilantik sebagai Pengeru-si Badan Perhubungan UMNO Terengganu manakala Ketua UMNO Bahagian Marang, YB Yahya Khatib, sebagai Timbalan Pengerusi. Sehubungan itu, Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Hishamuddin Hus-sein, meminta pemimpin yang dipilih dalam peng-strukturan semula UMNO Terengganu menjaga perpaduan dan ketegu-han yang sudah terbina itu bagi memastikan parti terus mengorak langkah dan mendapat sokongan rakyat. “UMNO Terengganu kini sudah mencapai ta-hap permuafakatan yang terbaik dan mampu men-jalani program transfor-

Hisham serah tugas dalam suasana mesra

masi politik seperti yang dituntut pucuk pimpinan parti,” kata beliau. Dato’ Seri Hisham-muddin berkata demikian dalam ucapan pada majlis

penyerahan tugas Pengeru-si Badan Perhubungan UMNO daripada beliau kepada Menteri Besar, di Putrajaya pada 17 Januari lalu.

Menurutnya, masalah dala-man UMNO yang mendor-ong kepada pelantikan be-liau sebagai ketua UMNO Terengganu, bukannya besar tetapi memerlukan

pihak ketiga untuk me-nyedarkan mereka ba-hawa tidak berbaloi untuk terus berbalah mengejar jawatan. “Tidak ada guna kita

mengejar jawatan jika par-ti menjadi kucar kacir. Apa guna ada jawatan jika parti lemah dan tidak terurus,” ujar beliau. Beliau berkata, orang akan menghina dan men-caci pemimpin UMNO jika parti itu lemah dan tidak mampu mengurus perjuangan parti tersebut. Dato’ Seri Hishammud-din berkata, kini UMNO Terengganu berada pada landasan terbaik dan gerak kerja perlu diatur bagi me-mastikan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum akan datang. Sementara itu, Dato’ Seri Ahmad berkata, be-liau sudah mengemu-kakan cadangan senarai penuh Badan Perhubun-gan UMNO Negeri, ter-masuk jawatan Setiausaha dan Ketua Penerangan, kepada Presiden UMNO, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak, pada hari yang sama. Beliau berkata, Perdana Menteri telah bersetuju dan senarai nama penuh badan tersebut dan ia akan diumumkan dalam mesyu-arat pertamanya.

Persepakatan dan komitmen daripada semua Ketua UMNO Bahagian

dari ms 1

IDRIS JUSOH wAN AHMAD FARID MOHD JIDIN MOHD NASIR

Majlis penyerahan tugas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu oleh Dato’ Seri Hishamuddin kepada Dato’ Seri Ahmad Said

Page 4: teganukita keluaran khas

4 Sabtu, 29 Januari 2011

Rakyat, khususnya pendokong Umno di Terengganu dari pelba-gai lapisan masyarakat khususnya peringkat ba-hagian, cawangan-cawan-gan, termasuk sayap-sayap (Wanita,Pemuda dan Puteri) menyambut kepulangan Pengerusi Ba-dan Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) pada 1 Januari lalu. Dato’ Seri Ahmad yang juga Menteri Besar Terengganu tiba kira-kira jam 9.30 pagi ini bersama isteri To’ Puan Seri Nor-liza Mahmud setelah ber-cuti beberapa hari sebel-umnya. Sambutan terhadap-nya meriah dan penuh bermakna walaupun da-lam suasana yang cukup sederhana, ketika hujan membasahi bumi Tereng-

tugaS awal yang di-jalankan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said ialah mengetuai rombon-gan UMNO Terengganu memulakan gerak kerja membantu kempen pilihan raya DUN Tenang, Labis dengan menyertai perara-kan calon ke Dewan Maj-lis Daerah Labis pada pagi 22 Januari lalu. Ketua-ketua UMNO Bahagian, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Put-eri serta rombongan dari seluruh bahagian dalam Terengganu menyertai sama rombongan itu. Beliau dan rombon-gan berada di sana kira-kira tiga hari dan sem-pat membuat ziarah ke rumah-rumah pengundi uzur di Rumah Awam La-bis, berceramah di Felda Chempelak Barat dan ber-mesra dengan jentera dan pengundi DUN Tenang di beberapa tempat.

Pendokong UMNO sambut kepulangan MB

ganu. Ia adalah sekadar meraikan pelantikan se-mula Menteri Besar seba-gai Pengerusi Perhubun-gan Umno Terengganu di samping mengucap-kan terima kasih kepada Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd.Najib Tun Ab-dul Razak atas pelantikan itu. Pengumuman pelan-tikan itu dibuat oleh Se-tiausaha Agung Umno, Dato’ Tengku Adnan Mansor beberapa hari lalu dalam satu sidang media di Kuala Lumpur. Turut dilantik Ketua Umno Ba-hagian Marang, YB Haji Yahya Khatib Mohamad sebagai Timbalannya. Imam Besar Neg-eri Terengganu telah memimpin bacaan doa selamat. Dato’ Seri Ahmad ke-tika diminta berucap ke-pada orang ramai yang

menyambutnya melahir-kan terima kasih kepada Dato’ Seri Mohd.Najib dan pimpinan Umno Malay-sia kerana telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menerajui Umno Terengganu. Beliau juga merakam-kan penghargaan dan terima kasih kepada Naib Presiden Umno, Dato’ Sri Hishamudin Tun Hussien yang memimpin Umno Terengganu seketika sebe-lum ini. Sambil mengucap ter-ima kasih kepada semua pihak, termasuk yang me-nyambut kepulangannya beliau berkata, Presiden parti telah mengadakan perbincangan dengannya tiga minggu yang lepas sebelum membuat pelanti-kan itu. “Inilah pertama kali saya berpeluang bercuti beberapa hari dalam tem-poh menjadi Menteri Be-

sar hampir tiga tahun yang lalu” katanya dalam uca-pan ringkas di perkaran-gan LTSM. Sementara itu, bercakap kepada media selepas itu, Dato’ Seri Ahmad berjanji akan melaksanakan tugas sebaik mungkin, terutama ke arah Pilihanraya Umum Ke 13 bagi merampas kembali kerusi-kerusi yang tewas dalam pilihan raya lalu. Katanya, beliau akan turun sendiri ke bahagian-bahagian Umno di Tereng-ganu dan memperbanyak-kan lagi program serta mengatur strategi untuk kemenangan, di samp-ing bekerjasama dengan sayap-sayap parti, Wanita, Pemuda dan Puteri. Bagaimanapun beliau enggan mengulas strategi yang akan digunakan bagi tujuan kemenangan itu.

Langkah bermulaBerjumpa rakyat DUN Tenang ketika mengetuai rombongan UMNO Terengganu selama tiga hari.

“Apabila seseorang itu diberi kepercayaan memikul tanggungjawab sebagai Menteri Besar secara mutlaknya perlu memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno seperti yang dilantik di negeri-negeri lain. Amalan ini bukannya perkara baru malah menjadi tradisi sejak dahulu lagi, ia juga berlaku di zaman pimpinan Tan Sri wan Mokhtar Ahmad dan Dato’ Seri Idris Jusoh di mana ketika itu selaku Menteri Besar akan memegang jawatan sebagai pengerusi BPUNT. Beliau yang turut dilantik sebagai Timbalan Pengerusi badan itu, berkata mengakui dan percaya segala urusan seperti merancang strategi dan meraih undi akan bertambah mudah, selain mampu menambah kepercayaan rakyat terhadap parti Barisan Nasional.

YB Yahya Khatib Mohamad

Ketua Bahagian Marang

“Rakyat Terengganu dan pemimpin setempat sebenarnya sudah lama menunggu berita gembira ini untuk mengembalikan semula jawatan Pengerusi BPUNT kepada anak negeri. Dato’ Seri Ahmad Said sememangnya seorang yang bekerja kuat dan sentiasa turun padang bagi memastikan kebajikan rakyat tidak terabai. Sewajarnya jawatan itu layak untuk beliau bagi memantapkan lagi saf kepimpinan. Menurutnya, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Abdul Razak sering menyuarakan di mana setiap pemimpin perlu melaksanakan perubahan atau transformasi politik supaya lebih mantap dan mendapat lebih kepercayaan. Saya percaya, dengan pelantikan itu, Dato’ Seri Ahmad mampu melakukan yang terbaik bersama-sama pemimpin dan rakyat di setiap Dewan Undangan Negeri.

Dato’ Tengku Putera Tengku Awang

Ketua Bahagian Hulu Terengganu

keluaran khas

Dato’ Seri Ahmad ketika membantu kempen pilihanraya DUN Tenang, Johor.

Page 5: teganukita keluaran khas

5Sabtu, 29 Januari 2011

“Saya percaya Dato’ Seri Ahmad yang baru dilantik sebagai Pengerusi BPUNT mampu melakukan tanggungjawab itu

dengan penuh komited dan seadil mungkin. Pengalaman luas dalam bidang politik di mana sebelum

ini pernah memegang beberapa jawatan penting termasuk Ketua Pemuda Umno Bahagian Kemaman dan Ketua

Pemuda Umno Negeri menguatkan lagi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Dato’ Seri Ahmad.

Apabila rakyat selesa dan menyukai cara pimpinan, tidak mustahil impian untuk mengembalikan Parlimen dan

Dewan Undangan Negeri yang kalah menjadi nyata.

Dato’ Seri Ahmad Said berikrar akan ‘meng-hadiahkan’ semua kerusi Parlimen di Terengganu, termasuk dua kawasan yang kini diwakili pem-bangkang, kepada Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, pada Pilihan Raya Umum akan datang. Ikrar tersebut yang dila-fazkan Menteri Besar den-gan penuh semangat dan disaksikan Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri His-hammuddin Tun Hussein, semua Ketua Bahagian, Ketua Pergerakan Wanita dan Pemuda serta Ketua Puteri UMNO Tereng-ganu. Ia dilakukan pada majlis penyerahan tugas Pengerusi Badan Per-hubungan UMNO Tereng-ganu di Putrajaya, 17 Jan-uari lalu. Sebagai reaksi atas ke-percayaan pucuk pimpinan parti untuk menerajui se-mula UMNO Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad

MB ikrar menang semua kerusi Parlimen

benjanji akan mengatur gerak kerja di setiap pelo-sok negeri bagi memasti-kan kemenangan Barisan Nasional (BN) di semua lapan kawasan parlimen. “Selaku benteng terkuat UMNO di Pantai Timur, saya bersama-sama bari-san kepimpinan UMNO Terengganu akan bekerja keras untuk menghad-iahkan semua kawasan Parlimen kepada Perdana Menteri,” ujarnya pada majlis penyerahan tugas pengerusi Badan per-hubungan UMNO Tereng-ganu daripada Naib Presi-den UMNO di sebuah hotel di Putrajaya. Dato’ Seri Hishammud-din memegang jawatan tersebut mulai April 2009 dan Menteri Besar pula bertindak sebagai Timbal-an Pengerusi.Menteri Besar berkata, be-liau mahu masyarakat luar Terengganu tahu bahawa negeri ini sebenarnya ‘in-dah rupa dari khabar’,

yang merujuk kepada keadaan politiknya lebih stabil daripada yang dis-angka pihak luar. “UMNO Terengganu sebenarnya berada dalam keadaan kuat dan mampu memenangi lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Par-limen pada pilihan raya umum akan datang, ter-masuk di kawasan yang dimenangi parti pembang-kang,” tegas beliau. Pada Pilihan Raya Umum ke-12, Barisan Na-sional (BN) memenangi tujuh daripada lapan keru-si Parlimen di Terengganu di mana kerusi Parlimen tunggal yang dimenangi pembangkang ialah Ma-rang (Pas -Dato’ Seri Ab-dul Hadi Awang ). Bagaimanapun, pada pilihan raya kecil yang diadakan setahun selepas itu berikutan kematian seorang wakil rakyat BN, calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, menang

kerusi Parlimen Kuala Terengganu. Menteri Besar yang berjanji akan menunaikan amanah pucuk pimpinan parti dengan sebaik mung-kin, penuh yakin perjuan-gan beliau akan mendapat sokongan dan komitmen penuh daripada rakan-ra-kan, khususnya ketua-ket-ua UMNO bahagian dan ketua-ketua sayap parti UMNO. Berikutan perubahan pucuk pimpinan parti di peringkat negeri, beliau mengesahkan akan ber-laku rombakan kecil da-lam struktur Badan Per-hubungan UMNO negeri bagi mengukuhkan jentera parti di setiap peringkat. Senarai penuh struk-tur Badan perhubungan UMNO negeri akan diu-mumkan Menteri Besar pada mesyuarat pertama badan tersebut.

“Sebagai Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad sewajarnya layak memegang peranan sebagai Pengerusi BPUNT dan perkara itu tidak perlu dipertikaikan lagi. Pemilihan itu menunjukkan kepercayaan pucuk pimpinan, Dato’ Sri Najib Abdul Razak kepada Dato’ Seri Ahmad yang sememang prihatin tentang masalah rakyat selain mempunyai kredibiliti tersendiri. Apabila mendapat kepercayaan, dia percaya mudah bagi Dato’ Seri Ahmad mengatur strategi bersama-sama barisan pimpinan lain bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Puan Nordiana Datuk Shafie

Ketua Puteri UMNO Ba-hagian Kuala Terengganu

“Saya mengharapkan semua pihak terutama Ketua Bahagian di setiap kawasan dapat memberi kerjasama dan sokongan sebaik mungkin dengan pelantikan ini dan tidak ada hasad dengki atau sebagainya. Pendekatan ini cukup penting bagi memastikan Dato’ Seri Ahmad mampu mentadbir Terengganu dengan sempurna sekaligus memastikan kemakmuran serta kesejahteraan mampu digenggam. Kepercayaan Dato’ Seri Najib mampu memantapkan lagi persediaan saf kepimpinan di semua peringkat dan bahagian bagi menghadapi PRU ke-13.

Puan Aziahwati Abdullah

Ketua Puteri UMNO Bahagian Dungun

Puan Senah Che Sulaiman Ketua Puteri UMNO Bahagian Besut

“Bersyukur dan selayaknya Kerajaan Terengganu yang dikuasai BN ditadbir oleh pemimpin BN di kalangan anak Terengganu sendiri dan Dato’ Seri Ahmad Said merupakan individu yang tepat memandangkan beliau juga mengetuai pentadbiran kerajaan selaku MB. Bagaimanapun, kita tetap mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menunjangi UMNO Terengganu sebelum ini kerana ternyata sepanjang tempoh itu politik negeri ini tiada sebarang masalah yang menimbulkan pergolakan mahupun perpecahan dalam parti. Politik di Terengganu tetap lancar dan semakin teguh dengan pelantikan Dato’ Seri Ahmad. Inilah yang ditunggu-ditunggu semua ahli UMNO dan kami barisan Puteri UMNO menyokong penuh saf kepimpinan yang baru ini, selain akan terus menggerakkan belia bagi sama-sama bekerja untuk memperkasakan parti.

Puan Asfalinda Anuar Ketua Puteri Negeri,

keluaran khas

Page 6: teganukita keluaran khas

6 Sabtu, 29 Januari 2011

Adun Kuala Berang, Haji Mohd Zawawi Ismail mengucapkan tahniah dan syabas kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said kerana mendapat kepercayaan YAB Presiden parti untuk menerajui UMNO Terengganu. “Tentunya kepimpinan dan cetusan idea Menteri Besar, memperkenalkan moto ‘merakyatkan pentadbiran dan pembangunan ‘ di negeri ini menyakinkan YAB Presiden akan kemampuan Dato’ Seri Ahmad mengepalai parti dan negeri dengan jayanya,” katanya. Katanya, apa pun perubahan yang berlaku, tentu untuk kebaikan rakyat dan negeri dan ini merupakan agenda besar parti yang menjurus kepada PRU 13 akan datang.

“Pen-yerahan semula jawatan Pengerusi BPUNT pastinya

dapat menghentikan segala khabar angin seperti desas-desus pelantikan Pengerusi BPUNT bukan di kalangan Menteri Besar kerana akan berlaku pertukaran MB Terengganu. Sebaik sahaja sah MB menerajui parti peringkat negeri, maka segala desas-desus yang boleh melemahkan sayap dan jentera parti itu harus dibuang jauh. Sebaliknya, semua jentera parti harus meneruskan fokus untuk memperteguh dan memantapkan kedudukan UMNO di negeri ini. Pastinya Pemuda akan terus memberi sokongan dan bekerja bersama-sama bagi melipatgandakan usaha ke arah kestabilan dan keharmonian ahli selain sama-sama melakukan transformasi di peringkat kerajaan dan parti.

Haji Abdul Halim Jusoh Adun Permaisuri, Setiu

Perlantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu

merupakan pelantikan yang menyeluruh di seluruh negara dan

stategik pihak pusat untuk memberi peluang pemimpin tempatan

menerajui parti di negeri masing-masing,”.

“Keputusan ini memang tepat dan Insya-Allah, Dato’ Seri Ahmad

mampu memikul tanggungjawabnya dengan baik,” kata Adun Permaisuri,

Setiu, Haji Abdul Halim Jusoh. Beliau juga yakin pengerusi

perhubungan yang baru ini akan mendapat sokongan semua

pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan kawasan serta mampu

memenangi hati rakyat hingga ke akar umbi.

Haji Mohd Zawawi Ismail

Adun Kuala Berang

“Pelantikan YAB MB sebagai Pengerusi BPUNT adalah suatu transformasi

politik yang turut berlaku di negeri-negeri lain yang tiada lain pastinya bertujuan untuk memperkasakan lagi parti. Kami barisan pemuda tetap menyokong penuh dengan pelantikan itu, selain akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pemimpin yang dipilih oleh Presiden Parti yang mempunyai kuasa prerogatif dalam menentukan pemimpin yang paling sesuai bagi menggalas peranan di peringkat negeri. Saya yakin dan percaya, Dato’ Seri Ahmad akan dapat meneruskan kesinambungan perjuangan yang ditinggalkan Dato’ Seri Hishammuddin kerana beliau pejuang parti yang berkaliber dan memiliki ketokohan untuk merealisasikan hasrat semua ahli parti termasuk di peringkat akar umbi. Pemuda juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Seri Hisammuddin kerana banyak memberi galakan dan semangat kepada Pemuda serta parti keseluruhannya ketika memimpin Terengganu. Apa yang penting kepada Pemuda adalah parti perlu diutamakan dan meminta semua pihak tidak lagi membangkitkan isu-isu remah, sebaliknya memberi fokus untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

“Suatu rahmat daripada Ilahi dan sudah lama menantikan Dato’ Seri

Ahmad Said dilantik sebagai Pengerusi BPUNT .Pertama, pelantikan yang cukup penting bagi memastikan hubungan antara kerajaan dan politik yang saling berkaitan antara satu sama lain diterajui pemimpin yang sama. Kedua, apabila Pengerusi BPUNT sendiri di kalangan pemimpin Terengganu dan orang yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan mengenai selok-belok politik Terengganu, maka usaha dan perancangan berdepan dengan agenda PRU ke-13 nanti akan lebih tersusun, lancar sekaligus mampu mencapai kemenangan dengan mudah. Pelantikan YAB MB dengan gandingan timbalannnya, YB Yahya Khatib Mohamad (Ketua UMNO Bahagian Marang) pastinya nanti mampu menunaikan hasrat kepimpinan dan ahli UMNO untuk melihat parti keramat yang sudah terbukti banyak membawa perubahan kepada agama, bangsa dan negara itu terus bertapak kukuh dan relevan di Terengganu dan Malaysia amnya.

“Pelantikan itu menolak sebarang desas-desus yang kurang enak didengar

yang dilempar pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai pergolakan parti UMNO Terengganu sbelum ini, sekaligus mampu menjernihkan kekeruhan yang berlaku. wujudnya kesinambungan dalam memastikan parti terus mantap dan Terengganu yang dikuasai kerajaan BN akan dapat mempertahankan kerusi di bawah pimpinan saf anak-anak tempatan, khususnya Dato’ Seri Ahmad, tokoh politik yang berpengalaman dan berpandangan jauh. walaupun siapa pemimpin dan peneraju, pemuda akan bekerjasama dan mencurahkan tenaga serta komitmen yang padu untuk sama-sama menjulang parti yang menjadi platform kepada perjuangan bangsa, agama dan negara dari dulu sehingga bila-bila.

Encik Saiful Bahri Baharuddin

Ketua Pemuda Negeri

Encik Badrol Hisham Zaki Ketua Pemuda UMNO Bahagian

Kuala Terengganu,

Encik Rosli Norulazhar @ Hassan

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu

Encik Apli Yusof Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Nerus

keluaran khas

Penaung : YAB Dato’ Seri Ahmad Said, Menteri Besar. YB Haji Khazan Che Mat, Pengerusi JK Agama dan Penerangan Negeri.

Penasihat : Haji Shamsuddin Sulong, Pengarah Unit KomunikasiPenasihat : Hambali Abdul Latiff, Penyelidik Kepada Menteri BesarPengarang Pengarang : Ruslan Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Unit KomunikasiPenolong : Aida Abdul RahmanPengarangWartawan : Esah Abdullah, Suriati Ali, Hazwan Rosli, Amirullah Othman, Mastura JamaluddinJurufoto : Zulkipli Putra & Syed Abd RahmanPelatih : Mohamad Shahrir, Raja Faisal

Page 7: teganukita keluaran khas

Oleh Hambali Abdul Latiff

awan Mendung Telah Berlalu. Itulah yang da-pat disimpulkan daripada kemesraan yang terjalin kembali antara pemimpin UMNO Terengganu yang agak renggang seketika. Ibarat carik-carik bulu ayam, akhirnya ber-taut kembali. Pemimpin UMNO Terengganu tidak menjadikan ‘kemelut’ yang berlaku beberapa ketika sebagai penghalang untuk mereka duduk semeja. Pengumuman Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Razak bahawa Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Tereng-ganu dikembalikan kepada Menteri Besar, membawa makna dan natijah yang besar untuk kestabilan pentadbiran kerajaan neg-eri. Hakikatnya, kekukuhan UMNO akan menjadi-kan pentadbiran kerajaan

7Sabtu, 29 Januari 2011

Tahun baru, semangat baru, perjuangan baru UMNO Terengganu

negeri yang berslogankan ‘Merakyatkan Pentadbi-ran dan Pembangunan’ bertambah mantap dan berkesan. Ketidakstabi-lan dan ganggu-gugat ter-hadap pentadbiran akan menjadikan perjalanan pengurusannya tergencat dan rakyat akhirnya yang menerima padah. Namun ternyata di Terengganu, air yang ditetak, ia tidak akan putus. Dalam UMNO, parti mengatasi individu. Biarpun Datuk Seri Ahmad Said selama ini berusaha memperkenalkan pembangunan untuk ke-pentingan rakyat, kemelut beberapa ketika, sedikit sebanyak menganggu kelicinan pelaksanannya. Namun dengan beliau kini disokong oleh semua pihak dalam UMNO Terengganu, bukan sahaja urusan pen-tadbiran parti dan kerajaan menjadi stabil, pelaksan-aan program pembangu-nan untuk rakyat juga akan semakin lancar. Ada pihak menganggap politik dan pentadbiran suatu perkara yang sepa-tutnya diasingkan. Pandan-gan ini bukan sahaja silap tetapi individu dan kum-pulan seperti ini merugi-kan kerajaan negeri kerana jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak ber-fungsi dengan sebaik-bai-knya, dasar kerajaan yang diasaskan melalui keme-nangan UMNO dan BN

melalui pilihan raya akan diperkecil dan diperolok-kan. Dengan kesemua lapan ketua bahagian hadir da-lam mesyuarat yang per-tama kali dipengerusikan oleh Ahmad Said malam Selasa lalu (25 Januari 2011) membuktikan pe-rubahan dalam barisan ke-pimpinan UMNO negeri mampu menarik semua ahli untuk bersama-sama mengukuhkan jentera par-ti Ini diakui oleh bekas Menterti Besar yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh bahawa UMNO Terengganu kini mendap-at suntikan semangat baru untuk bergerak dengan penuh yakin menghadapi pilihan raya umum kelak. Baginya, kepimpinan UMNO Pusat telah mem-buat keputusan dan Ah-mad Said telah melakukan apa yang dianggap ter-baik, bersesuaian dengan keadaan dan harus diteri-ma. Kini yang keruh sudah dibuang, Dengan seman-gat beru yang ditunjuk-kan oleh Ahmad Said sebagai Pengerusi, Yahya Khatib Mohamad sebagai Timbalan Pengerusi se-lain Datuk Tengku Putera Tengku Awang (Setiau-saha), Datuk Zaaba Mohd Adib (Bendahari) dan Ah-mad Razif Abdul Rahman

sebagai Ketua Penerangan, UMNO Terengganu tidak perlu menoleh ke bela-kang. Tahun 2011 dimulakan dengan perjuangan baru. UMNO perlu membukti-kan ia parti dan tonggak kepada kerajaan negeri yang berjuang dan melak-sanakan pembangunan untuk rakyat melalui pen-tadbiran pimpinan Ahmad Said yang berjiwa dan cakna rakyat.

Kekukuhan UMNO akan menjadikan pentadbiran kerajaan negeri yang berslogankan ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ bertambah mantap dan berkesan.

keluaran khas

Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said pada mesyuarat pertama beliau di Bangunan UMNO Kuala Terengganu.

Mendapat suntikan semangat baru ketika majlis penyerahan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu daripada Dato’ Seri Hishamuddin.

Page 8: teganukita keluaran khas

8 Sabtu, 29 Januari 2011 keluaran khas

“Pelantikan Dato’ Seri Ahmad Said menerajui kepimpinan UMNO Terengganu dilihat suatu perkembangan baik bagi memastikan BN terus

mempertahankan kemenangan di Terengganu dalam pilihan raya akan datang. Keputusan pucuk pimpinan tertinggi ini juga menunjukkan kepercayaan tinggi daripada Perdana Menteri Dato’ Seri Ahmad Najib Tun Razak kepada Menteri Besar bagi menggantikan Naib Presiden parti, Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein.Pelantikan ini menunjukkan kepercayaan tinggi Perdana Menteri kepada Menteri Besar Terengganu Menteri Besar merupakan tonggak utama pentadbiran sesebuah negeri, kemampuan YAB Dato’ Seri Ahmad Said terbukti apabila Terengganu menjadi penanda (benchmark) dalam bidang pendidikan kepada negeri lain dan penyerahan semula tampuk pemerintahan parti dapat meyakinkan lagi rakyat Terengganu terhadap kepimpinan sedia ada.

Veteran UMNO, Mubarak dan pesara kerajaan sokong Ahmad SaidmajliS Bekas Wakil Rakyat Tereng-ganu (Mubarak) menyokong penuh di atas pelantikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang baru. Yang Dipertua Mubarak, Dato’ Ahmad Sidi Ismail berharap pelantikan itu mem-beri mandate lebih besar kepada Dato’ Seri Ahmad menyusun jentera parti bagi persiapan menghadapi piliranraya umum akan datang. “Mubarak penuh yakin dengan ke-pimpinan Menteri Besar, usaha me-nawan kembali kawasan parti pembang-kang dapat di tawan semula di samping mengekalkan kerusi BN,” katanya. “Pelantikan Dato’ Seri Ahmad amat tepat, kerana selaku pemimpin tempatan beliau lebih memahami masalah yang timbul dalam parti,” kata Setiausaha Mubarak, Haji Harun Hasan. Katanya, dengan perlantikan itu, dapat menyelaraskan pentadbiran kerajaan dan jentera parti berjalan seiring demi kesejahteraan rakyat dan negeri. Malah Mubarak pernah membawa usul dalam mesyuarat agungnya ta-hun lepas, agar Menteri Besar dilantik menjadi pengerusi perhubungan untuk memudahkan perjalanan parti dan se-tiap masalah berbangkit dapat ditangani

segera. Pengerusi Veteran UMNO Tereng-ganu, Dato’ Haji Yahya Hashim turut mengalu-alukan pelantikan tersebut dan anggota veteran seluruh negeri memberi sokongan penuh untuk memperkasakan parti dan menjamin kemenangan parti dalam pilihan raya umum nanti. “Sewajarnya sebagai ketua negeri, sekaligus menjadi ketua parti dan dapat melaksanakan dasar-dasar kerajaan dan parti dengan selaras serta seiring bagi memenuhi tuntutan masyarakat di neg-eri ini,” katanya. Dato’ Haji Yahya seterusnya melahir-

kan rasa yakin Dato’ Seri Ahmad dapat memikul tanggung jawab ini dengan baik dan ahli-ahli veteran sentiasa menyokong apa saja perancangan demi untuk mem-perkukuhkan perpaduan dalam parti. “Dato’ Seri Ahmad cukup dikenali rakyat dengan sifat semulajadinya, mu-dah tersentuh apabila rakyat ditimpa musibah, bencana alam dan sebagainya. Jadi, tidak hairanlah, mengapa beliau ra-pat dengan rakyat. “Mengenai pelantikan beliau sebagai Pengerusi BPUNT ia tidak perlu diper-tikaikan lagi, kerana jawatan itu cukup sesuai berdasarkan pengalaman yang

dimiliki,” kata seorang pesara kerajaan, Haji Long Abdul Rahman yang meme-gang jawatan terakhir sebagai Pegawai Daerah Marang. “Bukan sahaja bergiat aktif dalam bi-dang politik malah menjadi individu yang dipercayai sewaktu memegang be-berapa jawatan penting dalam agensi ker-ajaan dan swasta, termasuk pernah men-jawat Penolong Pegawai Daerah Setiu, Yang Dipertua Majlis Daerah Kemaman dan Pengerusi, Pesama Timber Corpora-tion Sdn. Bhd”, katanya. “Diharapkan barisan pimpinan baru BPUNT yang dipengerusikan Dato’ Seri Ahmad Said menjadi lebih mantap dan tersusun dalam mentadbir negeri un-tuk terus mengecapi kesejahteraan dan kemakmuran. “Saya percaya Dato’ Seri Ahmad dan Timbalannya, YB Yahya Khatib Mo-hamad mampu melakukan yang terbaik untuk masa depan rakyat dan UMNO,” kata Dato’ Haji Alwi Muhamad yang sebelum ini menjawat Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam). Katanya, lebih mudah, semua barisan pimpinan terdiri daripada anak tempatan sendiri di mana lebih mengerti apa yang dinginkan rakyat.

AHMAD SIDI YAHYA HASHIM ALwI MUHAMAD

“Majlis belia terutamanya 109 cawangan belia Terengganu mengalu-alukan Dato’ Seri Ahmad sebagai Pengerusi BPUNT menggantikan

mantan sebelumnya dan amat berharap Menteri Besar dapat membuat keputusan yang baik dalam memastikan mandat yang diterima dapat dijalankan dengan penuh dedikasi. Tahniah kepada Dato’ Seri Ahmad di atas pelantikan tersebut serta bersyukur apabila jawatan itu dipegang sendiri oleh anak jati Terengganu di samping memastikan sokongan yang padu diberikan para belia terhadap kepimpinan Dato’ Seri Ahmad Said. Apa yang pasti, Presiden Parti sudah tentu melatkkan tokoh pemimpin yang berkaliber dan mampu memayungi ahli parti demi kepentingan agama, bangsa dan negeri tercinta.

“Kami mengharapkan teraju kepimpinan UMNO Terengganu akan terus unggul di mata parti amnya seterusnya memenangi hati rakyat khasnya

dengan pelantikan tersebut. Perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah anggota parti terus bekerja keras bagi membantu membela nasib rakyat dan bukannya semata-mata untuk memenangi pilihan raya Saya sebagai rakyat Terengganu menyokong penuh pelantikan Dato’ Seri Ahmad dan saya percaya seluruh rakyat Terengganu juga menyokong pelantikan beliau. Perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah anggota parti terus bekerja keras bagi membantu membela nasib rakyat dan bukannya semata-mata untuk memenangi pilihan raya. Kita juga mahu melihat Pengerusi BPUNT mampu menggalas dan melaksanakan tugas dengan penuh kewibawaan dan kepentingan rakyat diutamakan selaras dengan moto kerajaan negeri ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan.

Haji Azmi Razik Pengurus Besar Yayasan Pembangunan

Usahawan Terengganu (YPU)

Puan Suhaibah Harun Pengarah Jualan Hotel Tanjong

Vista, Kuala Terengganu

Haji Abdul Karim Mohamad

Naib Presiden Majlis Belia Malaysia/ Pengerusi Persatuan

Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Terengganu