3
SENARIO FCE 3400 TEKNOLOGI PENDIDIKAN BACELOR PENDIDIKAN, PENDIDIKAN JASMANI NAMA MATRIK MUHAMMAD ERWAN BIN BERHAN 172891 SEBASTIAN JANTI ANAK RIBUT 172754 MOHAMAD SHAHRUL HISHAM KHASIM 172584 NAMA PENSYARAH: DR. ROSNANI MAHMUD

Teknologi Pendidikan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

teknopen

Citation preview

Page 1: Teknologi Pendidikan

SENARIO

FCE 3400

TEKNOLOGI PENDIDIKAN

BACELOR PENDIDIKAN, PENDIDIKAN JASMANI

NAMA MATRIK

MUHAMMAD ERWAN BIN BERHAN 172891

SEBASTIAN JANTI ANAK RIBUT 172754

MOHAMAD SHAHRUL HISHAM KHASIM 172584

NAMA PENSYARAH: DR. ROSNANI MAHMUD

Page 2: Teknologi Pendidikan

Senario

Pada 2 Oktober 2015 bersamaan hari Jumaat, ahli kumpulan kami telah pergi ke

Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari yang berpangkalan di Beranang, Selangor untuk

berjumpa dengan guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di

sekolah tersebut. Pada hari tersebut, ahli kumpulan kami telah dipertemukan dengan

seorang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah

tersebut yang dikenali sebagai Cikgu Khairul Anuar.

Objektif kami pergi kesekolah tersebut adalah untuk berjumpa guru yang

mengajarkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kepada pelajar sekolah

berkenaan untuk membincangkan masalah yang dihadapi beliau dalam mengajar mata

pelajaran tersebut.

Pada tinjauan kami pada hari tersebut, kami mendapati beberapa masalah yang

dihadapi oleh Cikgu Kahirul Anuar ini. Hasil perbincangan kami selama 2 jam ini telah

mendapati beberapa masalah seperti kekurangan guru yang bertauliah untuk mengajar

pelajar-pelajar bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini. Oleh itu, guru-guru

yang bukan dari latar belakang dan lulusan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ditugaskan

untuk mengajar pelajar sekolah berkenaan.

Hal ini akan menyebabkan guru yang ditugaskan tersebut hanya mengambil sambil

lewa kerana mereka menganggap mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini

bukanlah satu mata pelajaran yang penting. Tambahan pula guru yang diberi jadual

mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan guru yang tidak

mahir dan hanya untuk memenuhi minit mengajar mereka sahaja. “Kebiasaannya guru

tersebut akan memberi sebiji bola untuk pelajar bermain pada waktu tersebut” kata Cikgu

Hairul Anuar.

Page 3: Teknologi Pendidikan

Cikgu Hairul Anuar juga telah meluahkan beberapa kekurangan yang ada pada guru-

guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini. Antaranya ialah

guru-guru tersebut tidak mahir untuk mengendalikan pelajar semasa diluar kelas atau di

padang.

Kesimpulannya, kami dapat mengenal pasti beberapa perkara yang perlu di

perbetulkan dan diperbaiki bukan sahaja di Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari ini

malahan di semua sekolah di seluruh Malaysia. Antara aspek yang perlu diperbaiki ialah

pemilihan guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini. Pihak

yang berwajib perlualah memastikan dan menempatkan sekurang-kurangnya 4 atau 5 orang

guru yang berkelulusan Pendidikan Jasmani atau Sains Sukan.

Hal ini sekali gus dapat mengatasi masalah guru mata pelajaran lain yang terpaksa

mengajar pelajar-pelajar di sekolah untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

ini. Disamping itu, guru-guru lepasan Pendidikan Jasmani atau Sains Sukan misalnya, akan

dapat mengendalikan kelas mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini mengikut

silibus yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.