Upload
others
View
14
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
TEKS ALUAN
YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH
ABDULLAH, PRESIDEN ANGKASA
MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL
JUALAN AMAL “MASYARAKAT
2
BERKOPERASI” DAN PROGRAM
JELAJAH MUAFAKAT
3 FEBRUARI 2018, DI
PERKARANGAN MASJID AMAN,
JALAN KUALA KEDAH, KEDAH
Bismilahirrahmanirahim
3
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera,
Salam 1Koperasi dan Salam
NegaraKu Malaysia
Yang Saya Hormati Pengacara
Majlis
4
(SALUTASI DISEDIAKAN URUSETIA
SEMASA HARI KEJADIAN)
Para Pemimpin Koperasi, Datuk-
Datuk, Datin-Datin, Dif-Dif
Jemputan, Tuan-Tuan dan Puan-
Puan, Para Hadirin dan Hadirat
Yang Saya Hormati Sekalian.
5
1. Marilah kita merafakkan
kesyukuran ke hadrat Allah SWT
yang memberi peluang kepada
kita berkumpul dan bertemu
dalam Majlis Perasmian Karnival
Jualan Amal ”Masyarakat
Berkoperasi” dan Program Jelajah
Muafakat YB Pengerusi
6
Jawatankuasa Tetap
Pembangunan Wanita dan
Keluarga, Pertanian dan Industri
Asas Tani, Kebajikan Masyarakat
dan Pembangunan Usahawan Ke
Daerah Kota Setar.
7
2. Saya mengambil
kesempatan ini, mengalu-alukan
kehadiran YAB Dato’ Seri Diraja
Ahmad Bashah bin Md. Hanipah,
Menteri Besar Kedah kerana sudi
melapangkan masa bersama-
sama kita pada hari ini, walaupun
8
sibuk dengan pelbagai urusan
rasmi.
3. Saya juga mengalu-alukan
kehadiran dif-dif jemputan
kehormat, tuan-tuan dan puan-
puan ke majlis ini.
9
4. Saya merakamkan ucapan
tahniah dan syabas kepada
Jawatankuasa Perhubungan
ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah
dan Kerajaan Negeri Kedah yang
mengambil inisiatif dan berjaya
menganjurkan karnival ini.
Sesungguhnya ANGKASA Pusat
10
amat mengalu-alukan dan
menggalakkan kerjasama
dengan Kementerian, agensi-
agensi, swasta dan koperasi
melalui strategi lautan biru yang
diharapkan dapat meminimakan
kos dan memaksimakan impak
dalam semua aspek
11
pembangunan masyarakat yang
melibatkan koperasi.
5. Ahamdulilah, JPAN Kedah
telah mendahului ANGKASA
negeri lain dalam menggunakan
pendekatan ini dalam
12
meningkatkan aktiviti perniagaan
koperasi.
6. Melalui karnival dan
program jelajah muafakat ini,
boleh memberi peluang kepada
koperasi-koperasi menjual
barangan dan meningkatkan
13
pendapatan mereka, dalam
masa yang sama mendekatkan
koperasi dengan masyarakat
untuk lebih dikenali, mendedah
dan mempromosi produk-produk
dan perkhidmatan yang
ditawarkan koperasi.
14
YAB Dato’ Seri, Dato’-Dato’, Datin-
Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan
Yang Dihormati Sekalian
7. Koperasi mempunyai produk
yang berpotensi tinggi dan
mampu menembusi pasaran
antarabangsa jika
15
dipertingkatkan kualiti,
pembungkusan dan pemasaran
bagi mencapai standard
ditetapkan. Sebagai badan
puncak yang diamanahkan untuk
membangunkan gerakan
koperasi Malaysia di peringkat
nasional dan antarabangsa,
16
ANGKASA sentiasa berusaha
membangunkan produk-produk
dan mencari peluang strategik
membawa produk-produk
koperasi keluar negara.
8. Sebagai inisiatif
membangunkan produk-produk
17
koperasi terpilih, ANGKASA
mewujudkan Program 100
Champion dengan kerjasama
SIRIM bagi meningkatkan kualiti
produk-produk koperasi. Sasaran
100 produk terbaik berdasarkan
beberapa kriteria tertentu yang
disyaratkan bagi menaik taraf
18
kualiti produk yang dipilih. ‘100
Product Champion’ bermaksud
produk yang telah berjaya
mencapai tahap kriteria yang
ditetapkan. Sehingga Oktober
2017 sebanyak 50 produk
daripada 21 koperasi telah
berjaya dibangunkan dan
19
ditambah baik
pembungkusannya mengikut
kriteria yang telah ditetapkan.
9. Program ini telah
menunjukkan hasil dengan
pembangunan skop perniagaan
yang dapat membantu
20
meningkatkan kualiti produk
koperasi. Kini, sudah banyak
koperasi di Malaysia berjaya
mengeluarkan produk dan
perkhidmatan yang mencapai
kualiti pasaran global. Pada 2014,
buat pertama kalinya 25 produk
koperasi 100 Champion telah
21
dipamerkan di Sidang Kemuncak
Koperasi Antarabangsa di
Quebec City, Kanada. Produk-
produk itu telah mendapat
perhatian menggalakkan dari
beberapa koperasi negara-
negara Eropah, Afrika dan Asia
Pasifik yang menunjukkan minat
22
untuk membuat tempahan seperti
kerepek ubi dan kek lapis.
Penyertaan koperasi Malaysia
telah meluaskan jaringan aktiviti
perniagaan melalui pertemuan
dengan lebih 3,000 koperasi dari
100 buah negara yang hadir.
23
10. Pada tahun 2016,
sebanyak 17 produk telah masuk
ke pasaran Singapore melalui
Agrobazaar Malaysia Singapore
(FAMA) dan 15 produk telah
memasuk pasaran Brunei melalui
Koperasi Samakaya Brunei. Bagi
pasaran tempatan, sebanyak 7
24
produk 100 Champion telah
diterima masuk ke hypermarket
AEON Big seluruh Malaysia
sebanyak 25 outlet.
11. Satu lagi program
pembangunan yang dijalankan
adalah Projek Khas
25
Pembangunan SKU. Program ini
khusus untuk produk koperasi
berskala kecil yang kebanyakkan
masih diproses di rumah atau di
bengkel kecil. Pada 2017,
sebanyak 32 produk dari 32
koperasi seluruh Malaysia telah
dibantu penambahbaikan
26
pembungkusan produk masing-
masing supaya lebih tahan lama
dan menarik perhatian pengguna.
Pada 2017, satu lagi kategori
produk yang dikenalpasti iaitu
Export Ready Product (ERP) iaitu
produk-produk koperasi yang
telah memenuhi syarat-syarat
27
pensijilan dan telah bersedia untuk
memasuki pasaran luar Negara
tanpa perlu lagi melalui proses
penambahbaikan
pembungkusan.
12. Saya mengharapkan
karnival ini membuka peluang
28
kepada koperasi-koperasi
berniaga dan memasarkan
produk mereka serta lebih banyak
karnival dapat dianjurkan yang
akan menjadi platform untuk
koperasi menjana pendapatan
mereka.
29
13. Mengakhiri ucapan, saya
sekali lagi mengucapkan terima
kasih kepada YAB Dato’ Seri Diraja
Ahmad Bashah bin Md Hanipah
yang sudi merasmikan majlis ini.
Tidak lupa juga kepada semua
yang hadir dan terlibat
menjayakan karnival ini.
30
Sekian, terima kasih.
Wabillahitaufiq Walhidayah
Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.