Upload
husna-hafiza
View
225
Download
5
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Pengacaraan Majlis
Citation preview
BIL. PERKARA CATATAN
1. Ketibaan & pendaftaran peserta.
2. Kata-kata Aluan Pengacara Majlis.
Tatang puan tatang cerana,
Tatang duduk seri rama,
Datang tuan datanglah nyawa,
Datang duduk bersama-sama.
1. Yang Berusaha, __________________________________,
Penceramah Jemputan, Program Bina Insan Guru Fasa ke -3, 2015
2. **Yang Berusaha, Ustaz Haji Muhammad Kamil bin Jaafar,
Pensyarah Jabatan Hal Ehwal Pindidikan Islam dan Moral, IPG Kampus
Sultan Mizan, merangkap mentor pelajar 3pismp Bahasa Arab.
3. ** seterusnya para peserta Program Bina Insan Guru Fasa ke -3
3. Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera. Selamat Datang diucapkan
kepada para peserta Bina Insan Guru Fasa 3 2015.
Alhamdulillah, Allah juga yang dipuji dengan lidah dan hati, kerana dengan
limpah dan izinNya, membolehkan kita berkumpul pada petang yang hening
ini.
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan,
kehadiran hadirin ke “Bengkel Etiket Sosial” bersempena dengan program
Bina Insan Guru Fasa 3, 3pismp Bahasa Arab.
4. Bacaan Doa.
Sebelum meneruskan agenda program, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan saudara Mohd Amirul Hafiz bin Zulfakar untuk mengetuai
bacaan doa. Dipersilakan.
*** Bacaan doa***
Amin, Ya Rabbal ‘Alamin. Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohd
Amirul Hafiz bin Zulfakar atas bacaan doa sebentar tadi.
5. Hadirin-hadirat sekalian,
Kata pujangga, tak kenal maka tak cinta. Justeru, molek kiranya kita kenali
terlebih dahulu empunya gerangan penceramah jemputan kita pada hari ini.
** Biodata penceramah jemputan **
Seterusnya, tanpa melengahkan masa, saya menyerahkan slot pertama
program Etiket Sosial ini kepada penceramah jemputan kita,
___________________________________. Majlis dengan ini
mempersilakan.
** Slot 1 (Teori) **
5. Tamat sesi slot 1.
Baiklah, slot pertama kita telahpun tamat. Semua peserta dibenarkan untuk
berehat dan slot kita yang seterusnya akan bermula pada jam 3.45 petang.
Sekian, terima kasih.
** rehat **
Hadirin sekalian,
Tanpa melengahkan masa, kita teruskan kepada slot yang kedua.
Dipersilakan penceramah jemputan untuk meneruskan slot ceramah beliau.
6. Penyampaian Cenderamata
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian cenderamata sebagai
penghargaan kepada penceramah jemputan kita. Dengan itu, majlis
mempersilakan yang berusaha mentor bagi unit 3pismp Bahasa arab, ustaz
mohd kamil bin jaafar untuk meyempurnakan acara penyempaian
cenderamata.
Begitulah tadi berakhirnya sesi bagi program Bengkel Pengucapan Awam
Dan Kesantunan Bahasa kita pada hari ini. Semoga segala ilmu yang
diperoleh, bukan sahaja dapat diamalkan dalam kehidupan seharian bahkan,
dikongsi bersama rakan-rakan lain dalam menuju kegemilangan peradaban
insan dalam bidang Pengucapan khususnya. Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud: Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.
Bertiup bayu di pantai indah,
Burung kedidi terbang melayang,
Mana yang kurang silap dan salah,
Jangan menjadi bekalan pulang.
Akhir kalam, saya mewakili jawatankuasa pelaksana program ini memohon
ampun andai ada tersilap cara terkhilaf bicara sepanjang berlangsungnya
program ini samada yang disedari mahupun sebaliknya. Kita tangguhkan
majlis dengan bacaan Surah Al-‘Asr danTasbih Kaffarah.
** Bacaan Tasbih Kaffarah & Surah Al-‘Asr **
Sekian, terima kasih. Assalamualaikum W.B.T.
~ TAMAT ~