22
Yang mulia tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian .Assalamualaikum dan selamat sejahtera. PANTUN Berjalan-jalan ke Tanjung Jara Bermain pasir bersama rakan, Ashabul Kahfi pilihan cerita, Mari bersama kita dengarkan. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, SYAIR Tersebutlah kisah suatu cerita, 7 pemuda bersatu hati, Melarikan diri ke dalam gua, Beratus tahun ditidurkan Ilahi. Rakan-rakan sekalian, Sebelum kedatangan Islam, di sebuah negeri bernama Afsus ada seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini

TEKS CERITA 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ashabul kahfi

Citation preview

Page 1: TEKS CERITA 2

Yang mulia tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan seperjuangan sekalian

.Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

PANTUN

Berjalan-jalan ke Tanjung Jara

Bermain pasir bersama rakan,

Ashabul Kahfi pilihan cerita,

Mari bersama kita dengarkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

SYAIR

Tersebutlah kisah suatu cerita,

7 pemuda bersatu hati,

Melarikan diri ke dalam gua,

Beratus tahun ditidurkan Ilahi.

Rakan-rakan sekalian,

Sebelum kedatangan Islam, di sebuah negeri bernama Afsus ada seorang raja bernama Diqyanus. Raja ini memaksa rakyatnya murtad. Rakyat yang takut dengan ancaman dan siksaan raja itu terpaksa akur dengan arahan yang zalim itu. Namun terdapat tujuh orang pemuda yang beriman dan tidak mahu tunduk

Page 2: TEKS CERITA 2

kepada raja kafir itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka. Akhirnya mereka dipanggil mengadap raja itu.

Tuan-tuan dan puan sekalian,

Di hadapan raja yang zalim itu, mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman mereka. Allah berfirman ;

“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka di hadapan raja lalu mereka berkata : “Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali

tidak menyeru Tuhan selain Dia” (Maksud surah al-Kahfi: ayat 14)

Namun raja yang zalim itu tetap berkeras mahu mereka keluar dari agama mereka. Mereka diancam untuk dibunuh. Oleh kerana sayangkan aqidah dan agama mereka, mereka bermesyuarat untuk mencari penyelesaian. Akhirnya mereka memutuskan untuk lari bersembunyi dan berlindung di dalam gua di kawasan kampung .

Rakan-rakan sekalian,

Selepas itu, mereka pun lari ke kawasan pergunungan. Di situ terdapat sebuah gua dan disitulah mereka bersembunyi dan berlindung. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ mereka telah diekori oleh seekor anjing bernama Ar-raqiim. Maka anjing itu turut bersama-sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu. Allah telah menidurkan mereka dengan nyenyak dalam gua tersebut.

Firman Allah ; “Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya di dalam gua itu bertahun- tahun lamanya”. (Maksud Surah al-Kahfi: ayat 11).

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Page 3: TEKS CERITA 2

Mereka ditidurkan selama 309 tahun. Setelah sampai tempoh, mereka pun dibangunkan. Mereka terasa lapar dan menghantar seorang wakil ke Bandar untuk membeli makanan. Pemuda itu hairan melihat keadaan kota dan penduduknya berubah sama sekali.

Penduduk kota pula merasa hairan melihat keadaan pemuda itu. Apabila melihat wang yang dibawanya ialah wang lama, dia dituduh menjumpai harta karun. Pemuda itu dibawa mengadap raja mereka yang beriman. Setelah mendengar kisahnya, raja dan orang-orangnya berangkat ke gua bersama wakil itu, lalu berjumpa dengan pemuda yang lain dan mendengar kisah mereka. Sejurus kemudian pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah.

Rakan-rakan sekalian,

Pengajaran dari cerita ini ialah : Pertama : Kita hendaklah beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Kita juga wajib percaya bahawa Allah Maha Berkuasa untuk menjadikan sesuatu perkara. Tiada perkara yang mustahil dunia ini. Kedua : Kita juga hendaklah berani untuk mempertahankan agama kita. Berkatalah benar walaupun ia pahit.

“Berkata benar akhlak yang mulia, sifat terpuji semua orang suka….”

Sekian saja cerita saya..Sekian, terima kasih.

TEKS 2

Page 4: TEKS CERITA 2

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Assalamu `Alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang dihormati barisan panel hakim yang

arif lagi bijaksana, guru-guru, rakan-rakan, hadirin dan hadirat, muslimin dan

muslimat yang diRahmati Allah sekalian.

Pada hari ini, saya ingin menyampaikan sebuah kisah berkenaan dengan tujuh

pemuda beriman yang digelar sebagai “Ashaabul Kahfi” atau dalam Bahasa

Melayunya yang bermaksud “Sahabat Gua”.

Menurut ahli sejarah, kisah ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam, di

satu negeri bernama Afsus yang terletak di Turki). Asalnya penduduk negeri itu

beriman kepada Allah. Namun keadaan berubah selepas kedatangan seorang raja

bernama Diqyanus. Raja ini menyembah berhala dan ia memaksa rakyat di bawah

pemerintahannya supaya murtad daripada agama Allah yang menjadi anutan

mereka. Rakyat yang takut dengan ancaman dan siksaan raja yang zalim itu ramai

yang telah menjadi murtad.

Namun, ada tujuh pemuda beriman yang tidak mahu tunduk dengan ancaman

raja yang zalim itu. Mereka tetap teguh mempertahankan aqidah mereka

walaupun menyedari bahawa nyawa dan diri mereka akan terancam. Akhirnya

mereka dipanggil mengadap raja yang zalim itu. Di hadapan raja yang zalim itu,

mereka dengan penuh berani dan bersemangat berhujjah mempertahankan iman

dan prinsip aqidah ilahi yang mereka yakini. Allah telah berfirman di dalam surah

Page 5: TEKS CERITA 2

al-Kahfi ayat 14 yang menceritakan sebahagian tentang peristiwa mereka

berhujjah :

Yang maksudnya : “Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan

keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata : “Tuhan

kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak

sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah

yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh

dari kebenaran”.

Lihatlah kawan-kawan! Walaupun masih muda, mereka mempunyai keberanian

yang sangat tinggi untuk mempertahankan hak dan prinsip yang mereka anuti.

Sesungguhnya setiap orang mempunyai haknya yang tersendiri, yang tidak boleh

diganggu-gugat oleh sesiapa pun, dan selagimana ianya tidak berlawanan dengan

syariat. Justeru itu, setiap orang mestilah mempunyai jati diri dan pegangan

agama yang kukuh demi memastikan hak dan prinsip yang mereka anuti akan

sentiasa kekal terpelihara.

Namun apa yang berlaku pada pemuda-pemudi hari ini, mereka terlalu mudah

untuk terpengaruh dengan budaya barat yang menyesatkan seperti black metal,

skinhead dan sebagainya lagi yang boleh merosakkan aqidah. Dan ada kes

menyebutkan, kerana cintakan pemuda berlainan agama, seorang anak gadis

sanggup keluar daripada agama Islam yang dianuti serta sanggup untuk

membuang keluarga yang mengasihinya selama ini. Na`udzu bilLahi min dzalik.

Page 6: TEKS CERITA 2

Baiklah kawan-kawan, nak tahu selanjutnya? Walaupun telah mendengar hujjah

pemuda-pemuda beriman itu, namun, raja yang zalim itu tetap tidak mahu

mengaku kalah, dan mengancam pemuda-pemuda beriman itu dengan hukuman

bunuh ataupun dimurtadkan secara paksa. Kerana sayangkan aqidah dan agama

mereka, pemuda-pemuda beriman itu telah membuat keputusan untuk melarikan

diri dan bersembunyi di dalam sebuah gua di sebuah kawasan pergunungan

bernama Nikhayus. Kebetulan semasa perjalanan mereka ke situ, mereka telah

diekori oleh seekor anjing bernama Qitmir. Maka anjing itu pun turut bersama-

sama dengan mereka berlindung dan menetap di gua itu. Sebagaimana firman

Allah di dalam surah al-Kahfi ayat 16 :

“Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang

mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya

Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan

kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi

bantuan yang berguna”.

Namun, kawan-kawan jangan menganggap mereka sebagai penakut kerana

melarikan diri daripada raja yang zalim itu. Mereka melarikan diri ke gua itu,

supaya mereka tetap boleh bebas menjalankan agama yang mereka anuti tanpa

sebarang gangguan. Sesungguhnya, apabila kebatilan itu lebih jelas daripada

kebenaran, maka hendaklah kita berusaha untuk menjauhi kebatilan itu, dan

mempertahankan kebenaran selagi termampu. Itulah yang dilakukan oleh tujuh

pemuda beriman itu.

Page 7: TEKS CERITA 2

Alhamdulillah, sesungguhnya kita wajib bersyukur, kerana sekarang kita tinggal di

sebuah negara yang bebas mengamalkan agama masing-masing tanpa perlu

mengganggu agama yang lain, dan bebas untuk mewujudkan masjid dan rumah

ibadah masing-masing. Masyarakat hidup aman dan damai, muhibbah dan

harmoni dengan agama anutan masing-masing. Namun perlu diingat, tidak ada

paksaan untuk menganut agama Islam, tetapi bagi yang sudah menganut Islam,

tidak sesekali ia boleh keluar daripada agama yang suci ini.

Apa yang berlaku selanjutnya ya? Di dalam gua itu mereka diberi ketenangan dan

ketenteraman oleh Allah. Ia telah menidurkan mereka dengan nyenyak di dalam

gua tersebut. Allah ingin menzahirkan bukti-bukti kekuasaan-Nya kepada hamba-

hamba-Nya melalui peristiwa ini. Maka Allah telah mentakdirkan pemuda-

pemuda ini tidur dalam jangka masa yang amat lama iaitu selama 300 tahun

(mengikut perkiraan tahun Masihi) atau 309 tahun (mengikut tahun Hijrah).

Walaupun mereka tidur amat lama dan tanpa makan dan minum, tetapi dengan

kuasa Allah, badan dan jasad mereka tidak hancur dan musnah. Bahkan Allah

menyatakan bahawa; jika kita lihat keadaan mereka di dalam gua itu nescaya kita

tidak akan percaya bahawa mereka sedang tidur.

Setelah sampai tempoh yang ditetapkan oleh Allah (iaitu 300 tahun atau 309

tahun), mereka telah dibangunkan daripada tidur yang panjang itu. Ketika mereka

bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka telah tidur dalam jangka

masa yang amat lama. Mereka menyangka mereka hanya tidur dalam masa sehari

atau separuh hari sahaja.

Page 8: TEKS CERITA 2

Sebaik bangun daripada tidur, mereka terasa lapar. Maka sebahagian daripada

mereka mencadangkan agar dihantar seorang wakil untuk ke bandar bagi mencari

sesuatu untuk di makan. Akhirnya mereka memilih seorang pemuda yang

bernama Tamlikha untuk ke kota Afsus. Kebetulan semasa mereka melarikan diri

dulu mereka membawa bersama bekalan wang perak. Sebagaimana firman Allah

di dalam surah al-Kahfi ayat 19 yang bermaksud :

“Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka

bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya : “Berapa

lama kamu tidur?” (sebahagian dari) mereka menjawab : “Kita telah tidur selama

sehari atau sebahagian dari sehari”. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata :

“Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah

salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian

biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi

halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit

habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersunguh-

sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang

menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu”.

Lihatlah betapa bersihnya hati dan akhlak mereka. Walaupun dalam keadaan yang

gawat dan susah serta kelaparan, tetapi mereka masih berpesan kepada sahabat

mereka yang ditugaskan ke kota mencari makanan itu supaya mencari dan

memilih makanan yang bersih dan halal. Ini menandakan bahawa mereka adalah

pemuda-pemuda yang bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya makanan yang halal

Page 9: TEKS CERITA 2

itu akan membawa keberkatan dan mempengaruhi kesihatan dan pertumbuhan

diri dan jasmani serta membentuk rohani yang baik.

Kita di Malaysia, telah ada sebuah badan yang mengawal selia tentang pensijilan

halal iaitu sebuah badan swasta; Halal Development Corporation (HDC) yang

sebelum ini di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Justeru itu, kita tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan makanan yang

halal lagi bersih. Namun, amat dikesali apabila ada pihak yang cuba

menyalahgunakan logo halal yang diperoleh, sehingga menimbulkan syak di

kalangan pengguna Islam terutamanya. Apabila timbul kekeliruan, wajiblah ia

ditinggalkan kerana sesungguhnya mendapatkan yang halal itu adalah wajib.

Apa terjadi seterusnya ya? Kebetulan semasa pemuda-pemuda beriman itu,

dibangkitkan Allah setelah tidur 300 tahun lamanya, suasana negeri itu telah

banyak berubah. Raja dan pemerintah negeri merupakan orang yang beriman

kepada Allah. Begitu juga dengan kebanyakan rakyatnya. Semasa Tamlikha

sampai ke kota itu, ia merasa hairan melihat keadaan kota dan penduduknya

berubah sama sekali. Penduduk kota pula merasa hairan melihat Tamlikha itu dan

mereka berasa syak wasangka apabila mereka melihat wang perak yang

dibawanya ialah wang zaman dahulu yang sudah tidak laku lagi. Ia dituduh

menjumpai harta karun lalu dibawa mengadap raja yang beriman dan mengambil

berat tentang hal-ehwal agama.

Setelah mendengar kisahnya, raja dan para pegawainya berangkat ke gua yang

menjadi tempat persembunyian tujuh pemuda beriman itu, lalu berjumpa dengan

Page 10: TEKS CERITA 2

pemuda-pemuda itu sekeliannya dan mendengar kisah mereka. Sejurus kemudian

pemuda-pemuda itu pun dimatikan Allah sesudah memberi ucapan selamat

tinggal kepada raja yang beriman itu serta para pegawainya.

Raja yang beriman itu telah mencadangkan supaya sebuah masjid didirikan di sisi

gua itu. Sementara itu ada yang mencadangkan supaya mendirikan sebuah

bangunan atau tugu sebagai kenangan buat pemuda-pemuda beriman yang

digelar “Ashabul Kahfi” itu.

Sampai di sini sahajalah dapat saya sampaikan kisah pemuda-pemuda beriman

yang digelar “Ashaabul Kahfi”. Moga kita akan mendapat iktibar dan pengajaran

daripada kisah yang saya sampaikan ini.

Sekian sahaja, terima kasih. WabilLahit taufiq wal hidayah. Wassalamu `alaikum

W.B.T. Ilal liqo’ wa ma’as salamah.

TEKS 3

TAJUK:

Page 11: TEKS CERITA 2

KISAH ASHABUL KAHFI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh .....

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana ,

guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah kisah

yang bertajuk : KISAH ASHABUL KAHFI

Hadirin sekalian…..

Al-Kahf dalam bahasa Arab bermaksud gua… Kisah ini mengisahkan 7 orang

pemuda yang mengasingkan diri mereka ke sebuah gua demi menjaga keimanan

mereka dan ketaqwaan kepada Allah Tujuan mereka hanya untuk berdakwah…

…..Mengapakah mereka mengasingkan diri?............

Tahukah hadirin sekalian …….7 orang pemuda ini mengasingkan diri mengelakkan

diri daripada pimpinan seorang raja ketika itu Raja Daqyanus yang terkenal

dengan kekejamannya…… Demi menjaga keselamatan diri mereka dibunuh dan

dipancung maka bersembunyilah mereka di dalam gua.

Hadirin sekalian ,

Pemuda-pemuda itu berhenti melepaskan lelah.. Mereka sungguh letih. Tetapi

mereka tidak boleh berhenti lama. Musuh bila-bila masa sahaja akan dapat

menghidu gerak langkah mereka.. Akhirnya langkah mereka sampai ke gua.

Akhirnya duduklah pemuda-pemuda itu di dalam gua. Gua yang gelap menjadi

pilihan Allah untuk mereka. Boleh jadi ada kerahmatan dari sisi Allah untuk

mereka di sini setelah seisi kota memusuhi mereka malah ingin membunuh

Page 12: TEKS CERITA 2

mereka. Jika mereka terus tinggal, satu persatu nyawa mereka akan hilang

sedangkan mereka masih muda. Mereka masih baru. Mereka perlu selamatkan

diri. Dakwah ini lebih panjang.

Firman Allah dalam Surah Al Kahfi ayat 10 :

Ertinya : Kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-

kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.

Hadiran sekalian,

Setiap perkara yang kita lakukan ada hikmah di sebaliknya. Oleh yang demikian,

pelbagai usaha dilakukan untuk mendapat kejayaan. Kita tidak boleh cepat

berputus asa, malah kita mesti berdoa agar usaha kita ini akan diberkati dan

terpelihara.

Kawan-kawan

Page 13: TEKS CERITA 2

Akhirnya mereka bersandar di dinding gua, menghela nafas yang panjang. Takut,

waspada, redha dan syukur. Perasaan bercampur-baur. Tetapi hati mereka tetap

cemas. Bimbang dan cemas untuk menutup mata. Bagaimanakah jika mereka

tertidur musuh datang mengheret mereka? Bagaimana jika mereka terlelap

keselamatan saudara-saudara seperjuangan akan terancam? Masing-masing

memandang wajah-wajah saudara mereka yang sudah keletihan. Mereka juga

letih seperti dirinya. Tetapi mereka masing-masing sanggup buat apa sahaja untuk

menjaga keselamatan sahabat-sahabat seperjuangan.

Tiba-tiba berkata seorang dari mereka “Sepatutnya kaum kita yang menyembah

tuhan-tuhan yang banyak nyatakan hujah .”

“Ya, sepatutnya mereka boleh datangkan hujah dan bukti tentang tuhan yang

mereka sembah” sahut seorang lagi.

‘Mereka zalim dan menzalimi diri sendiri’ ujar yang lain pula.

Firman Allah Surah Al Kahfi Ayat 15 :

Ertinya : “ Kaum kita itu, menyembah beberapa Tuhan Yang lain dari Allah”

Hadirin sekalian ,

Page 14: TEKS CERITA 2

Setiap perkara itu hendaklah dilaksanakan bukan mengikut emosi dan bukan

hanya mengikut sahaja cara hidup tradisi. Kita seharusnya berpandukan kepada

Al-Quran dan As Sunnah. Kita lihat sekarang ramai orang Islam yang bijak pandai

tak semuanya berpegang teguh kepada akidah. Ada yang sanggup menyekutukan

Allah semata-mata mencapai cita-cita mereka.

Kawan-kawan

Akhirnya Allah tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu. Hari berganti

hari, minggu bertukar, musim berubah…Biarpun matahari terbit dan memacar

cahaya menembusi gua di sebelah kanan dan tenggelam di sebelah kiri mereka.

Mereka terus lena. Sesekali posisi badan mereka berubah, anggota mereka

bergerak-gerak. Mata mereka tidak rapat tertutup lantaran cemas dan waspada.

Tetapi mereka tidur bertahun-tahun dalam jagaan Allah dengan seekor anjing

serigala penjaga di pintu gua yang menimbulkan rasa gerun jika ada manusia yang

hampir. Surah Al Kahfi ayat 18:

Erttinya : “ Dan Kami balik-balikkan mereka Dalam tidurnya ke sebelah kanan dan

ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat

pintu gua”

Kawan-kawan...

Page 15: TEKS CERITA 2

Allah sentisa memelihara hambanya yang taat akan perintahNya dan

meninggalkan laranganNya. Apa jua malapetaka dan bahaya menimpa ada

hikmahnya. Yang penting adalah keikhlasan kita. Pada hari ini kita lihat ramai

pendakwah tumbuh bagaikan cendawan untuk berdakwah. Ada yang dikutuk dan

dicaci apabila masyarakat tidak mahu menerima kebaikan.

Kawan –kawan,

Beberapa kemudian Allah bangkitkan mereka dari tidurnya, dan membuatkan

mereka tertanya-tanya sesama sendiri.

“Berapa lama kita tidur?”

”Mungkin kita tertidur seharian atau separuh hari”

”Allah jua yang lebih mengetahui”

Firman Allah dalam Surah Al Kahfi ayat 25 :

Ertinya : “ ..dan mereka telah tinggal tidur Dalam gua mereka: tiga ratus tahun

Mereka perlu makan, jika tidak makin mudarat jadinya nanti. Jika ada seorang

yang sakit seluruh langkah usaha mereka akan perlahan atau lumpuh dengan

gangguan itu. Tiba-tiba berkata salah seorang mereka “Bawa wang perak kamu ke

bandar dan pilihlah makanan yang baik dan halal.” Pesan mereka lagi “Bawalah

Page 16: TEKS CERITA 2

pulang ke sini makanan dari kota, tetapi ingat saudara perlu berhati-hati dalam

semua segi dan perlakuan”. Tambah mereka lagi, “Jika tidak, mereka akan

merejam dan bunuh atau mereka akan paksa kamu meninggalkan akidah ini”

Kawan – kawan...

Allah menyatakan mereka kepada orang ramai supaya manusia mengetahui

bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar. Mungkin bagi

kita, tidur hanya perkara yang kecil. Tetapi ia adalah suatu rahsia dari Allah yang

amat besar.Allah membuatkan kita tertanya-tanya agar kita tidak berhenti untuk

mencari-cari rahsia dan kemukjizatanNya. Agar jiwa kita hidup, tidak buntu dan

sentiasa berfikir.

Sampai sini sahaja kisah saya pada kali ini . Sekian, wabillahi taufik wal hidaya

wassallamu alaikum warah matullahi wabarakatuh.