4

Click here to load reader

Teks Emcee Seminar Ibubapa

Embed Size (px)

DESCRIPTION

seminar keibubapaan

Citation preview

Page 1: Teks Emcee Seminar Ibubapa

SEMINAR KEIBUBAPAAN 2015

ACARA BUTIRAN PENYAMPAIAN

BACAAN PROTOKOL

BissmillahhirrahmanirrahimAssalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Yang Berbahagia,

_______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

_______________________________________________________

Yang Berusaha,

Puan HJH Jainah Binti Basir, Pengetua SMK Bongawan

En. Aliasan Bin Tahir, YDP PIBG SMK Bongawan

Barisan guru penolong kanan, ketua-ketua bidang, guru-guru, ibubapa

serta hadirin & hadirat yang dihormati sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan berkat limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang bermakna ini dalam “Seminar Keibubapaan Anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Bongawan.”

BACAAN DOA Hadirin dan hadirat sekalian,Memulakan majlis pada pagi ini dijemput En. Abdul Raub Bin Jaludin untuk memimpin bacaan doa. Falyatafaddhal masykura.Dipersilakan.

********

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

Page 2: Teks Emcee Seminar Ibubapa

UCAPTAMA YDP

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan Ucaptama daripada Yang Berusaha, En. Aliasman bin Tahir, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Bongawan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

**********

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

UCAPAN ALUAN PENGETUA

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Puan Hjh Jainah Binti basir, Pengetua SMK Bongawan untuk menyampaikan Pembentangan Kertas Kerja Program Kecemerlangan Pelajar. Dipersilakan.

*******

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

CERAMAH Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Para hadirin sekalian, sebelum ceramah bermula, terlebih dahulu kami perkenalkan tuan penceramah kita pada hari ini. Dengan itu, izinkan saya membaca biodata penceramah yang kita muliakan.

Hadirin sekalian, dengan ini majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berbahagia Dr. Ghani Bin Abd Latip, untuk menyampaikan ceramah beliau.

*****

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia, Dr. Ghani Bin Abd Latip atas ceramah yang disampaikan sebentar tadi. Semoga kita dapat mengambil manfaat dan iktibar betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak yang cemerlang untuk memajukan agama, bangsa dan negara.

Para hadirin yang dimuliakan sekalian,

Page 3: Teks Emcee Seminar Ibubapa

SOALA JAWABMajlis kita diteruskan lagi dengan sesi soal-jawab. Majlis dibuka kepada semua yang ingin mengemukakan sebarang pertanyaan atau kemusykilan. Dipersilakan.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Encik Aliasman bin Tahir, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Bongawan bagi mengiringi Yang Berusaha Puan HJH Jainah Binti Basir, Pengetua SMK Bongawan bagi menyempurnakan upacara penyampaian cenderamata kepada Yang Berbahagia, Dr. Ghani b. Abd Latip, _______________________________________________________________________________________________________

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia, Dr. Ghani b. Abd Latip, untuk menerima tanda penghargaan daripada pihak majlis. Dipersilakan.

Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hjh Jainah Binti Basir dan Encik Aliasman bin Tahir kerana telah sudi menyempurnakan acara penyampaian cenderamata itu tadi

PENUTUP Majlis kita berakhir disiniSebarang kesilapan harap di maafiSegala kerjasama di sanjung tinggiTerima kasih sekalung budiKenangan nan indah simpanlah di hatiSemoga kita bertemu lagi

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Encik Aliasman bin Tahir disertai YDP PIBG, Puan Pengetua, guru – guru dan ibu bapa untuk menikmati jamuan di kantin sekolah.

Dengan itu saya sudahi dengan wabillah hitaufik wal hidayah wassalammualaikum w. b.t.