Teks Majlis Khatam Al Quran 2012

Embed Size (px)

DESCRIPTION

f

Citation preview

TEKS MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012

Dari Surau SK Pekan Pagoh dibawakan secara langsung Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2012.Bismillah......................................Alhamdulilahhirabbilalamin.. Wasssala tu wassalamu ala asyarafil ambia iwal mursalin Waala alihi wasahbihi ajmain...

1.Yang Berusaha, En Mohd Dolit Bin Manap,Guru Besar SK Pekan Pagoh.

2. Yang Dihormati En Sanusi Bin Kormain (Guru Penolong Kanan Pentadbiran) En Hashim Bin Abas (Guru Penolong Kanan HEM) _ Pn Noraini Binti Abu (Guru Penolong Kanan Ko KU)

3. Yang dihormati -- Guru guru- Kakitangan sekolah

4. Seterusnya yang diraikan, murid-murid Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2012 serta semua murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum................

Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah hidayahnya jua, dapat kita sama-sama berhimpun di Surau SK Pekan Pagoh pada pagi yang barakah ini bagi menjayakan MajlisKhatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2012.

Hadirin hadirat yang dimuliakan. Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunanpihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid dalam bidang Tilawah Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi.

Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai satu budaya .Kesungguhan Panatia Pendidikan Islam serta guru-guru pastinya melahirkan anak-anak yang cemerlang sepertimana yangdiimpikan oleh setiap dari kita..Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil dan diberkati Allah jua. InsyaAllah..

1. Bacaan DoaHadirin hadirat yang dikasihi sekalian..Pembuka tirai majlis pada pagi ini, dipersilakan En Hashim Bin Abas bagi memimpinbacaan doa. Dipersilakan..- DOA

Amin amin ya rabbal alamin..Terima kasih diucapkan kepada En Hashim Bin Abas atas bacaan doa itu tadi...

2. Majlis Khatam Al-Quran

Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah pada tahun ini dimulakan. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan _______________________ bagi memimpin Majlis Khatam Al-Quran. Dengan segala hormatnya dipersilakan...

-MAJLIS KHATAM BERMULA

Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quranberamai-ramai oleh 46 orang murid-murid tahun 6 SK Pekan Pagoh bagi tahun 2012. Tahniah diucapkan.

3. Bacaan Selawat ke atas Nabi Muhammad (ramai-ramai)

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.. Majlis Kahatam Al-Quran pada kali ini diserikan lagi dengan acara persembahan. Untuk itu dipersilakan semua berdiri.

Untuk makluman hadirin, kini tibalah kita ke acara

4. Ucapan alu-aluan Guru BesarAturcara majlis pada pagi ini, dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar SK Pekan Pagoh, En Mohd Dolit Bin Manap. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.- UCAPAN -Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Mohd Dolit Bin Manap atas ucapan beliau sebentar tadi.5. Penyampaian Sumbangan Anak Yatim Dan Miskin

Seterusnya, sampai kita pada acara penyampaian sumbangan. Pada tahun in seramai 9 orang anak yatim. Majlis dengan ini mempersilakan dengan segala hormatnya Yg Berusaha En. Mohd Dolit Bin Manap, GB SK PekaN Pagoh untuk menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan..

-PENYAMPAIAN SUMBANGAN-Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha En. Mohd Dolit Bin Manap kerana sudi menyempurnakan majlis.

6. Penyampaian Cenderahati kepada Guru.Hadirin hadirat yang diRahmati Allah. Dengan komitment dan usaha murni kalangan guru-guru kita, murid-murid bertuah ini mampu khatam Al-Quran dengan baik. Justeru bagi menghargai jasa-jasa mereka,cenderahati dihulur mengenang bakti. Moga Allah SWTjuga yang akan membalasnya. 7. PenutupHadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahatiberkenaan maka Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2012 menutup tirai. Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semuapihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.Terima kasih juga atas sokongan semua ke majlis ini pada kali ini. Tidak lupa, tahniahjuga kepada semua murid yang berjaya Khatam Al-Quran dengan jayanya

Akhir kata Ramadhan hampir melabuhkan tirai, Syawal pula hampir menjelma. Diizinkan Allah bertemu lagi di lain majlis. Saya sudahi majlis dengan lafaz yang mulia...Wabillah....Majlis bersurai