Upload
radensue-raden-abd-muin
View
222
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
teks
Citation preview
Teks Pengacaraan Majlis Khatamal Al Quran 2013
Mengumumkan ketibaan yang berbahagia___________________________________
Bismillah….
Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Sirih berlipat sirih pinang,
sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
awal bismillah pembuka bicara.
Yang berbahagia,En.___________________________________________
Yang berusaha,Encik Julaihi bin Hj.Nu,GB SK Tui,
Yang dihormati,Encik Ahmad bin Nudin,Penghulu Kampung Tui,
Tuan Hj. Jemi bin Rameli,Ketua Kaum Kampung Tui,
Tetamu-tetamu jemputan,guru-guru,ibu bapa para pelajar serta hadirin hadirat yang dihormati.
Selamat datang ke majlis khatamal Al-Quran Sekolah Kebangsaan Tui 2013.Alhamdulillah,seiring kita menadah tangan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan izinnya dapat kita dipertemukan dalam majlis Khatamal Al-quran pada tahun ini.Sesungguhnya majlis ini sungguh bererti lebih-lebih lagi dengan kehadiran tetamu kehormat kita,_________________________yang sudi meluangkan masa bersama-sama kita meraikan majlis khatamal pada tahun ini.
Untuk pengetahuan hadirin sekalian,majlis khatamal al-quran kita pada hari ini melibatkan 46 orang murid tahun 6 dan seorang murid tahun tiga.Semoga majlis seperti ini dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-quran ke tahap tertinggi dan dijadikan petunjuk utama dalam melahirkan insan yang cemerlang dunia dan akhirat.
Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah,
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku.Hadirin-hadirat mohon berdiri.
Hadirin hadirat dijemput duduk.
Al-Quran diturun sebagai penyuluh,
Membaca dikurnia pahala dan rahmat,
Angkat doa jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.
Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis,dipersilakan Al-fadhil ustaz Ahmad khairi bin Adam untuk memimpin bacaan doa.Dipersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada ustaz ahmad Khairi atas bacaan doa sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan menjemput yang Berusaha En.Julahi bin Hj. Nu Guru Besar Sekolah Kebangsaaan Tui untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Demikian tadi ucapan alu-aluan daripada En.Julaihi bin Hj. Nu selaku pengerusi induk Majlis Khatamal al-Quran pada tahun ini. Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan beliau sebentar tadi.
Seterusnya majlis dengan penuh hormat dan takzimnya,menjemput Yang Berbahagia __________________________________menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis khatamal Al-Quran SK Tui pada hari ini.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas ucapan perasmian oleh yang Berbahagia ____________________________________ sebentar tadi.
Sekarang tibalah masanya yang ditunggu-tunggu.Majlis khatamal Al-Quran akan dimulakan di bawah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Shahrunnizam bin Jahuri.Dipersilakan.
Sadaqallahualazim.Demikianlah tadi bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang telah diperdengarkan oleh peserta-peserta khatamal pada hari ini.
Bagi menyerikan majlis kita pada hari ini,sebentar lagi kita akan menyaksikan persembahan Qalam Jamaie yang akan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar SK Tui .Dipersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas persembahan sebentar tadi.
Majlis diteruskan dengan mempersilakan En. Julahi bin Hj.Nu untuk mengiringi ___________________________ bagi menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada peserta khatamal pada hari ini.majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Dipersilakan adik…
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En____________________ atas kesudian menyampaikan sijil dan cenderamata itu tadi.mohon guru besar untuk terus berada di atas pentas.
Majlis diteruskan dengan menjemput guru besar sekali lagi bagi menyampaikan hamper kepada tiga pemilik jung terbaik.dengan segala hormatnya dipersilakan.
diumumkan nama tiga pemilik jung terbaik iaitu;
Nama-nama yang diumumkan sila naik ke atas pentas untuk menerima hamper.
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih,majis dengan berbesar hati menjemput Encik Julaihi bin Hj.Nu untuk menyampaikan cendera mata kepada _________________________________. Dengan itu majlis mempersilakan.
Sebelum berakhirnya majlis kita pada pagi ini,majlis sekali lagi menjemput hadirin dan hadirat berdiri sekali lagi bagi menyanyikan lagu Ibu Pertiwiku.
Majlis sekali lagi mempersilakan GB untuk mengiringi Yang Berbahagia___________________________bersama tetamu-tetamu jemputan ke bilik jamuan untuk menjamu selera.
Kalau buih menyusuri kolah,
Raga jarang tidak bertali,
Apa yang lebih datangnya dari Allah
Apa yang kurang datangnya dari pihak kami.
Dengan demikian berakhirlah majlis kita pada hari ini.
Teks Pengacaraan Majlis pertandingan tarian
Y:Bismillah….
Assalamualaikum,salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Awal pagi menumbuk tepung
Untuk membuat kuih penganan,
Di dewan sri rimbas kita berkampung.
Untuk meraikan pertandingan tarian
Yang berusaha,Encik Julaihi bin Hj.Nu,GB SK Tui merangkap pengerusi pengelola pertandingan tarian peringkat Bahagian Betong 2013,
Yang berusaha Tn. Hj. Rashid bin Talip Guru Besar SK Suri merangkap pengerusi zon Debak
Yang Berbahagia Encik Sapawi bin Mahdi,Pegawai Pelajaran Daerah Betong,
Yang dihormati,Encik Ahmad bin Nudin,Penghulu Kampung Tui,
Tuan Hj. Jemi bin Rameli,Ketua Kaum Kampung Tui,
Yang dihormati guru besar-guru besar dan wakil guru besar,guru-guru pengiring
Tetamu-tetamu jemputan,guru-guru,ibu bapa para pelajar serta hadirin hadirat yang dihormati.
Selamat datang ke majlis Pertandingan Tarian Sekolah Rendah peringkat Bahagian Betong 2013.Alhamdulillah,seiring kita menadah tangan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan izinnya dapat kita dipertemukan dalam majlis seperti ini pada tahun ini.
Nyanyian lagu negaraku
Majlis kita akan dimulakan majlis dengan nyanyian lagu Negaraku.Dengan itu hadirin hadirat mohon berdiri.
Hadirin-hadirat dijemput duduk.terima kasih
Bacaan doa
Untuk keberkatan dan kesejahteraan majlis,majlis menjemput Al-fadhil ustaz Hasyim bin Ahmad untuk memimpin bacaan doa.Dipersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada ustaz Hasyim atas bacaan doa sebentar tadi.
Ucapan alu-aluan
Majlis diteruskan dengan menjemput Tn.Hj.Rashid bin Talip Guru Besar Sekolah Kebangsaaan Suri merangkap pengerusi zon Debak untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Demikian tadi ucapan alu-aluan daripada Tn.Hj Rashid bin Talip .Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan beliau sebentar tadi.
Pertandingan bermula
Hadirin hadirat sekalian,
Pertandingan tarian pada hari ini disertai oleh 4 buah sekolah yang mewakili Zon Debak,Zon Saratok,Zon Betong dan Zon Spaoh. Terdapat dua kategori tarian yang akan dipertandingkan iaitu tarian rampaian melayu dan tarian etnik.Tanpa membuang masa,kita persilakan kumpulan pertama yang akan mempersembahkan tarian rampaian melayu bertajuk…
Rehat……murid berehat dan acara selingan
Majlis diserikan lagi dengan menjemput pelajar sk tui untuk membuat persembahan selingan.persembahan pertama ialah kalam jamaie bertajuk biladi habibah.Majlis mempersilakan.
Persembahan kedua ialah persembahan…………….majlis mempersilakan
Pertandingan diteruskan
Begitulah tadi persembahan tarian rampaian melayu dan tarian etnik yang dipersembahkan oleh peserta-peserta kita pada hari ini.
Ucapan penangguhan perasmian
Bunga mawar tumbuh di pagar
Dipetik gadis di danau lumayan,
Ucapan alu-aluan telahpun didengar
Menyusul kini ucapan perasmian
Dengan itu majlis dengan penuh hormat dan takzimnya,menjemput Yang Berbahagia Encik Sapawi bin Mahdi Pegawai Pelajaran Daerah Betong untuk menyampaikan ucapan penangguhan rasmi Pertandingan tarian sekolah Rendah Peringkat Bahagian Betong pada hari ini.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Encik Sapawi bin Mahdi sebentar tadi
Budak-budak bermain galah
Bermain galah di tepi gelanggang
Ada yang menang ada yang kalah,
Memang itu adat pertandingan
Majlis diteruskan dengan menjemput ketua hakim untuk memberi ulasan pertandingan pada hari ini dan sekaligus mengumumkan keputusan pertandingan .Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih.
Penyampaian sijil dan hadiah
Majlis diteruskan dengan memjemput Tn.Hj Rashid bin Talip untuk mengiringi Yang Berbahagia Encik Sapawi bin Mahdi bagi menyampaikan sijil dan hadiah kepada pemenang.majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Dimulakan sijil penghargaan untuk para juri pertandingan.Dipersilakan
En_______________________________selaku ketua hakim
En________________________________
Dan En________________________________________
Seterusnya sijil penyertaan untuk sekolah-sekolah yang mengambil bahagian
Dipersilakan guru pengiring SK__________________________
Dipersilakan pasukan yang mendapat tempat ketiga…..
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PPD atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.Mohon Yang Berbahagia Encik Sapawi bin Mahdi untuk terus berada di atas pentas
Sebagai tanda kenang-kenangan penghargaan dan terima kasih,majis dengan berbesar hati menjemput Encik Julaihi bin Hj.Nu untuk menyampaikan cendera mata kepada PPD. Dengan itu majlis mempersilakan.
Lagu ibu pertiwiku
Hadirin –hadirat sekalian,
Sebelum mengakhiri majlis kita pada hari,marilah sama-sama kita menyanyikan lagu ibu pertiwiku.dengan itu hadirin hadirat mohon berdiri.
Hadirin dijemput duduk.terima kasih.
Jamuan di dewan
Majlis sekali lagi mempersilakan GB untuk mengiringi Yang Berbahagia Encik sapawi bin Mahdi serta tetamu-tetamu jemputan ke dewan makan untuk menjamu selera.
Kalau buih menyusuri kolah,
Raga jarang tidak bertali,
Apa yang lebih datangnya dari Allah
Apa yang kurang datangnya dari pihak kami.
Dengan demikian berakhirlah majlis kita pada hari ini.wabilahitafik…