Upload
trinhduong
View
260
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
UCAPAN
YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD
ZABIDI ZAINAL
SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN KURSUS KADET
PTD SIRI 3 BILANGAN 2 TAHUN 2014
4 NOVEMBER 2014, 10.00 PAGI
DEWAN SRI BAIDURI, INTAN
2
Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Transformasi dan
Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan”.
Saudara dan Saudari Pengacara Majlis
Yang Berbahagia Tan Sri Mahmood
Adam
Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Yang Berbahagia Tan Sri Hj. Shukry Hj
Mohd Salleh
Ketua Pengarah
3
Unit Penyelarasan Pelaksanaan,
Jabatan Perdana Menteri
Yang Berbahagia Dato' Sri Dr. Sharifah
Zarah Syed Ahmad
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam (Pembangunan)
Yang Berbahagia Dato' Seri Zainal
Rahim Seman
Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam (Operasi)
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mazlan
Yusoff
Pengarah INTAN
4
Yang Berbahagia Datuk-Datuk
Pengarah-Pengarah Bahagian JPA
Wakil-wakil jabatan dan agensi yang
terlibat dengan pelaksanaan modul bagi
Kursus Kadet PTD Siri 3 Bilangan 2
Tahun 2014
Saudara dan Saudari para peserta
Kursus Kadet PTD Siri 3 Bilangan 2
Tahun 2014 yang diraikan
Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya
kasihi sekalian.
5
Alhamdulillah marilah kita merafakkan
setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat
Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya
jua dapat kita semua berhimpun dalam
Majlis Perasmian bagi Kursus Kadet
PTD pada hari ini.
2. Saya percaya hari ini merupakan
hari yang begitu bersejarah buat
Saudara dan Saudari kerana berjaya
dipilih untuk mengikuti Kursus Kadet
PTD selama satu tahun. Sepanjang
tempoh tersebut, Saudara dan Saudari
yang seramai 106 orang ini akan melalui
pelbagai pembelajaran dan pengalaman
melalui Kursus Diploma Pengurusan
6
Awam di INTAN dengan garapan adunan
pelbagai modul yang relevan dan
disambung pula dengan Diploma Pasca-
Siswazah Pentadbiran Awam di
Universiti Malaya.
3. Kesiapsiagaan dalam menempuh
pelbagai program yang dirancang
sepanjang kursus ini berlangsung
adalah begitu penting kerana seorang
PTD yang hebat perlu mempunyai daya
kepemimpinan yang tinggi, berwibawa,
berintegriti, kreatif dan inovatif,
bersikap positif di samping mempunyai
semangat kerjasama yang tinggi.
Tempoh masa 12 bulan ini sudah pasti
akan menguji kekuatan fizikal, mental,
7
minda, rohani dan emosi Saudara dan
Saudari dalam mengharungi pelbagai
laluan penuh liku dan cabaran. Hasilnya
sudah pasti akan dituai oleh Saudara
dan Saudari seusainya kursus ini, “the
pain you feel today is the strength you
enjoy tomorrow”.
4. Bila melihat Saudara dan Saudari di
hadapan ini, ia telah mengimbau
kembali memori saya dan ramai KSU
dan Ketua Pengarah yang turut
bersama-sama kita pada pagi. Pada 33
tahun yang lalu, saya juga berada di
tempat dan situasi seperti Saudara dan
Saudari lalui hari ini. Saya faham
8
keadaan dan emosi yang sedang
Saudara dan Saudari rasai saat ini.
Proses latihan dan pembelajaran ini
telah dan pasti akan dilalui oleh setiap
individu yang bergelar Pegawai Tadbir
dan Diplomatik sebagai persiapan awal
bagi melahirkan PTD yang kompeten,
berdaya saing dan berprestasi tinggi.
5. Selangkah Saudara dan Saudari
memasuki Perkhidmatan Awam
Malaysia, Saudara dan Saudari sedia
maklum bahawa Perkhidmatan Awam
bukanlah tempat untuk mencari glamour
atau mengumpul harta kekayaan.
Saudara dan Saudari terpanggil untuk
9
menyertai barisan PTD atas seruan
berkhidmat untuk Negara (calling for
the Nation) disertai dengan rasa bangga
untuk berjasa kepada ibu pertiwi atau a
sense of pride to serve the country.
Saya yakin bahawa Saudara dan Saudari
memasuki Perkhidmatan Awam ini atas
dasar cintakan Negara dan semangat
patriotisme yang telah diterapkan dalam
diri Saudara dan Saudari semenjak kecil
lagi.
DPA: BUILDING TOMORROW’S
LEADERS TODAY
10
Saudara dan Saudari yang saya kasihi
sekalian,
6. Jika kita menyelami dan
mengamati falsafah yang mendasari
Kursus DPA, kita akan mendapati
bahawa kursus ini merupakan
platform pengukuhan diri dan
pengasahan bakat serta kemahiran
dalam pelbagai bidang yang perlu
dimiliki oleh setiap pengurus dalam
Perkhidmatan Awam amnya dan PTD
khususnya.
7. Kursus yang Saudara dan
Saudari bakal lalui sememangnya
11
dirancang dan dirangka supaya
merangkumi tugasan dan cabaran
yang sangat menguji tahap
ketahanan fizikal, mental dan
intelektual bagi mengembangkan
potensi masing-masing.
Pendedahan sedemikian adalah
sangat kritikal dalam usaha
membangunkan pemimpin masa
hadapan selaras dengan konsep
“building tomorrow’s leaders today”.
8. Sebagai tunjang pentadbiran
Negara, PTD perlu sentiasa mendukung
profesionalisme pada tahap tertinggi.
Semua penjawat awam terutamanya
12
PTD perlu menumpukan segala usaha
dan tenaga ke arah memenuhi harapan
stakeholders kita.
9. Usaha untuk mengangkat martabat
Perkhidmatan Awam Malaysia menjadi
paragon of excellence perlu disokong
dengan hasil kerja yang bersungguh-
sungguh. Kita sama sekali tidak boleh
bertolak ansur dengan budaya
mediokriti atau melaksanakan kerja
secara sambil lewa dalam apa jua
bidang dan lapangan.
10. Saya sebagai Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam mahukan
13
penjawat awam menghasilkan nilai-nilai
kerja bermutu tinggi yang dizahirkan
menerusi kesungguhan, usaha proaktif
dan komitmen jitu. Ini kerana hasil
kerja Saudara dan Saudari akan
menjadi kayu pengukur prestasi
Perkhidmatan Awam.
11. Oleh itu, adalah penting untuk
Saudara dan Saudari menjadi role
model serta memiliki nilai dan etika
kerja yang cemerlang umpama “benih
yang baik: jatuh ke laut menjadi pulau,
tercampak ke daratan menjadi
belantara, terpancar ke udara
bersinarlah kejora." Situasi ini hanya
14
dapat dicapai sekiranya Saudara dan
Saudari bersedia merangkul kemas
lapan prinsip bagi mendakap
transformasi yang dinyatakan oleh YAB
Perdana Menteri semasa Sambutan
Hari Pekerja Penjawat Awam dan
Majlis Perhimpunan Hari Pekerja 2014
peringkat Kebangsaan iaitu Berilmu;
Kebolehpercayaan; Budaya Amalan
Kerja Terbaik; Semangat Patriotik;
Budaya Keberhasilan Berteraskan
Hasil; Kreativiti dan Inovasi; Nilai
Tambah dan Kompetensi; dan
Permuafakatan Kerja.
15
MENERUSKAN MOMENTUM
TRANSFORMASI
Yang Berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Datuk-
Datuk, Tuan-tuan dan Puan-puan yang
saya kasihi sekalian,
12. Transformasi begitu dekat dengan
hati saya. Seawal memegang tampuk
kepimpinan sebagai Setiausaha
Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 2008
lagi, saya begitu komited menggerakkan
pelbagai program Transformasi.
Gerakan transformasi ini saya
perhebatkan lagi setelah dilantik
menerajui Unit Pemodenan Tadbiran
16
dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.
13. Berpegang kepada pepatah
“menggenggam bara api biar sampai
jadi arang”, saya telah bertekad untuk
meneruskan agenda transformasi ke
mana sahaja saya pergi. Maka, semasa
menjejakkan kaki ke Jabatan
Perkhidmatan Awam bagi menggalas
amanah sebagai Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam, saya telah
membawa satu agenda transformasi
yang menyokong dan mendakap kemas
Agenda Transformasi Negara. Bagi
menyemarakkan lagi momentum
17
transformasi dalam Perkhidmatan
Awam, saya telah memperkenalkan
Kerangka Transformasi Perkhidmatan
Awam yang memberi fokus kapada lima
teras strategik iaitu Mendaya Upaya
Bakat; Merekayasa Organisasi;
Merakyatkan Penyampaian
Perkhidmatan; Merangkum dan
Sepunya; dan Membudaya Nilai.
14. Lima teras strategik tersebut
diyakini dapat mewujudkan
Perkhidmatan Awam yang kompetitif
yang mengutamakan keperluan dan
kehendak rakyat. Hanya apabila kita
berusaha untuk memberi perkhidmatan
yang terbaik, kita mampu memenuhi
18
permintaan rakyat yang semakin
meningkat. Rakyat kini sudah pandai
menilai perkhidmatan yang diberikan
dan mereka mengharapkan penjawat
awam untuk menyelami dan memahami
masalah mereka. Oleh itu kita mesti
bertindak dengan cepat ke atas
perubahan keperluan dan peningkatan
ekspektasi rakyat.
3C: COMPETENCE, COMMITMENT &
CONTRIBUTION
Hadirin yang saya kasihi sekalian,
15. Baru-baru ini Profesor Dave Ulrich,
pakar dalam bidang pengurusan sumber
19
manusia telah menerima undangan
untuk memberikan ceramah dalam
INTAN Leadership and Transformation
Summit pada 15 dan 16 Oktober 2014
yang lalu. Dalam sesi tersebut, profesor
tersohor ini telah mengenengahkan a
new talent formula bagi penjawat awam
menghadapi cabaran ke arah melonjak
prestasi Perkhidmatan Awam ke tahap
yang lebih tinggi. Formula yang
dimaksudkan mengadun tiga bahan
utama sebagai resepi kejayaan iaitu
Competence; Commitment; dan
Contribution.
20
16. Menerusi formula ini, penjawat
awam dikehendaki menjalankan tugas
dengan cekap (yakni C yang pertama
iaitu Competence), sentiasa bersedia
untuk memikul tanggungjawab (C yang
kedua, Commitment) dan berusaha
untuk turut sama memberi sumbangan
pencapaian yang remarkable
(Contribution). Oleh itu, Formula 3C ini
perlu dikuasai oleh semua pegawai
muda lebih-lebih lagi Saudara dan
Saudari yang tergolong dalam 72.7%
generasi X dan Y dalam Perkhidmatan
Awam Malaysia (yang kini berjumlah 1.5
juta orang penjawat awam).
21
PENUTUP
Saudara dan Saudari para peserta
Kursus Kadet PTD Siri 3 Bilangan 2
Tahun 2014 yang saya kasihi sekalian,
17. Perjalanan Saudara dan Saudari
masih panjang. Kursus Kadet ini
hanyalah merupakan garis permulaan
kepada perjalanan seorang pegawai
Kerajaan bergelar PTD. Saya berharap
agar segala ilmu dan pengalaman yang
ditimba sepanjang krusus ini dapat
menjadikan setiap orang dalam
kalangan peserta Kursus Kadet ini
pegawai yang berketrampilan dan
22
berkepribadian tinggi. Bak kata Profesor
Doktor Yusuf Al-Qardhawi, “Apabila kita
hendak melihat wajah negara pada
masa hadapan, lihatlah generasi
mudanya pada hari ini, sekiranya
golongan muda pada hari ini adalah
daripada kalangan yang berakhlak dan
berhemah tinggi, tentunya negara kita
pada masa hadapan menjadi sebuah
negara yang aman makmur. Tetapi jika
keadaan adalah sebaliknya, maka
bersedialah untuk berhadapan dengan
kemungkinan buruk yang akan berlaku
kelak”.
23
18. Menginsafi hakikat ini, Saudara dan
Saudari selaku pemimpin pada masa
hadapan perlulah mempersiapkan diri
dengan memenuhkan ilmu di dada dan
menyuntik nilai-nilai murni dalam diri
masing-masing.
19. Sebelum saya mengakhiri kata
menyimpul bicara, saya ingin
mengambil kesempatan pada pagi ini
untuk mengucapkan tahniah kepada
INTAN dan pegawai-pegawainya serta
saban tahun tanpa jemu dan penuh
dedikasi melatih, mendidik dan
membentuk Pegawai PTD Muda melalui
Kursus Kadet ini.
24
20. Tidak lupa juga, sekalung
penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada jabatan dan agensi-agensi
Kerajaan yang menjadi rakan strategik
INTAN. Mereka ini akan terlibat dalam
memberikan latihan dan tunjuk ajar
kepada para peserta Kursus Kadet PTD
melalui modul-modul yang telah
dibangunkan.
21. Siapa jua kita pada masa hadapan
bergantung kepada keputusan dan
pilihan kita pada hari ini. Buatlah yang
terbaik. Build yourself a great story!
Harapan saya semoga Saudara dan
25
Saudari dapat meneruskan
kecemerlangan Perkhidmatan Awam
kerana Saudara dan Saudari merupakan
penyambung sebuah warisan
perkhidmatan yang gemilang.
22. Dengan lafaz kalimah mulia
Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan
ini merasmikan Kursus Kadet Pegawai
Tadbir dan Diplomatik Siri 3 Bilangan 2
Tahun 2014.
Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warohmatullahi
Wabarakatuh. Terima kasih.
26