TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT DATO’ SERI · PDF fileMendepani isu-isu pendidikan yang pelbagai, ... kebangkitan bangsa yang bermaruah dan seterusnya menjadi negara yang

Embed Size (px)

Citation preview

  • DRAFT DUA

    Pejabat Timbalan Presiden Akademik (AIARC) 1

    TEKS UCAPAN YANG BERHORMAT DATO SERI MAHDZIR KHALID

    PENERIMA IJAZAH KEHORMAT DOKTOR FALSAFAH (PENDIDIKAN)

    DI

    MAJLIS KONVOKESYEN CUCMS

    PADA 21 MAC 2016, 12 JAMADIL AKHIR 1437

    Bismillahirrahmanirrahim

    Mengadap,

    Yang Teramat Mulia

    Dato Seri Diraja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah,

    Tunku Temenggong Kedah,

    Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah merangkap Tunku Canselor

    Cyberjaya University College of Medical Sciences, CUCMS.

    Mengadap,

    Yang Teramat Mulia

    Datin Seri Diraja Puan Sri Dato Seri Tengku Maliha Binti Tengku Ariff,

    Toh Puan Temenggong Kedah.

    Ampun Tunku.

    Terlebih dahulu, izinkan patik memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah

    SWT kerana limpah kurnia dan inayahNya dapatlah Istiadat ini diadakan.

    Ampun Tunku, sembah patik mohon diampun,

    Izinkan patik menyampaikan ucapan kepada barisan tetamu yang hadir.

    Yang Berhormat Dato Dr. Ku Abdul Rahman bin Ku Ismail, wakil Menteri

    Besar Kedah.

    Yang Berbahagia Dato Dr. R. Palan, Pro-Canselor Cyberjaya University

    College of Medical Sciences (CUCMS).

  • DRAFT DUA

    Pejabat Timbalan Presiden Akademik (AIARC) 2

    Yang Berbahagia Prof. Dato Dr. Mohamad Abdul Razak, Presiden Cyberjaya

    University College of Medical Sciences (CUCMS).

    Ahli Ahli Yang Berhormat.

    Lembaga Pengurusan Universiti dan Senat Universiti CUCMS.

    Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Hormat.

    ALHAMDULILLAH, tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika

    ini. Dengan rendah diri, saya amat menghargai dan berterima kasih atas

    penghormatan luar biasa CUCMS berikan kepada saya.

    Sekalipun benar ada tempias jasa saya pada Negara dan bangsa, ia pasti tidak

    setimpal untuk melayakkan saya menerima penganugerahan sebesar ini. Segala

    usaha gigih dan kesabaran yang tidak pernah padam malah seakan tidak pernah

    wujud di dalam kamus kehidupan saya, kini terbalas.

    Lalu, tidak salah juga rasanya saya ingin kongsikan penghormatan ini dengan

    seluruh rakan taulan, keluarga dan para pegawai saya yang telah bertungkus

    lumus membantu saya sepanjang berkhidmat sehingga saya mencapai ke aras

    ini.

    Umum mengetahui saya pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Kedah

    selama beberapa tahun. Sepanjang menjawat jawatan tersebut, saya melihat isu

    pendidikan adalah tunjang utama ke atas kegemilangan sesebuah bangsa.

    Sesebuah bangsa itu terdidik jika mereka berilmu dan mengamalkannya.

    Bagi saya bidang pendidikan tidaklah begitu asing. Mula kerjaya saya adalah

    sebagai seorang pendidik. Saya memegang jawatan sebagai Pegawai Pendidikan

    di Negeri Sabah sebelum dilantik menjadi Pengetua Sekolah Menengah

    Kebangsaan Gadong, Beaufort, Sabah. Pengalaman bekerja di beberapa

    Kementerian seperti Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi,

  • DRAFT DUA

    Pejabat Timbalan Presiden Akademik (AIARC) 3

    Kementerian Pelancongan Malaysia serta Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau

    dan Air Malaysia memberikan saya pengalaman yang luas.

    Justeru, pada hari yang bersejarah buat diri saya ini, saya memilih untuk

    berbicara mengenai bidang yang sangat dekat di hati saya iaitu bidang

    pendidikan di Malaysia. Menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia

    adalah salah satu tugas yang mencabar buat diri saya. Mendepani isu-isu

    pendidikan yang pelbagai, pengubalan dasar-dasar Pendidikan Kebangsaan,

    menetapkan dan mengkaji Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)

    Pendidikan menjadikan kita tidak harus menyepi dan berdiam diri setelah

    pelbagai pendekatan dirancangan untuk menambahbaik sistem pendidikan

    Negara.

    Segala usaha dan pendekatan harus dijalankan secara tuntas. Bermula daripada

    Prasekolah dengan meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur

    linkungan 4 sehingga 5 tahun serta meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah

    dengan menjadikan prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai

    sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.

    Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan yang kedua juga turut

    menekankan agar setiap kanak-kanak menguasai kemahiran literasi dan

    numerasi selepas mengikuti 3 tahun pendidikan rendah.

    Sasaran kerajaan juga ingin mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi yang

    mempunyai etos, karakter dan identiti tersendiri. Sekolah-sekolah seumpama ini

    dapat melonjakkan kecemerlangan pelajar ke peringkat paling tinggi.

    Jika diperhatikan pencapaian Malaysia sejak lima dasawarsa yang lepas, segala

    pencapaian bidang pendidikan adalah ekoran daripada usaha para pendiri

    bangsa yang menerokai seluas-luasnya peluang dalam pendidikan tinggi.

    Kerana, mereka dan kita semua percaya bahawa kejayaan ekonomi yang hebat,

    kebangkitan bangsa yang bermaruah dan seterusnya menjadi negara yang

    bermartabat memerlukan modal insan itu dibongkar dan diiktiraf.

  • DRAFT DUA

    Pejabat Timbalan Presiden Akademik (AIARC) 4

    Ianya bermula daripada awal, dan diteruskan ke peringkat pendidikan tinggi.

    Peranan Universiti, tidak kira IPT Awam mahupun IPT Swasta sebagai khazanah

    ilmu tidak harus dipertikai malah lebih harus diperkasa dalam menuntun

    masyarakat yang bertamadun.

    Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

    Saya tidak dapat menidakkan peranan CUCMS di bidang pendidikan khususnya

    di dalam melahirkan graduan-graduan perubatan, farmasi, perubatan tradisional

    dan komplementari, sains kesihatan bersekutu dan sebagainya tidak harus di

    pandang sepi.

    Penubuhan awal CUCMS adalah sejajar dalam usaha memenuhi keperluan

    pelajar cemerlang yang tidak dapat memasuki IPT Awam untuk menyambung

    pengajian dalam bidang perubatan dan farmasi di dalam negara seharusnya di

    jadikan contoh.

    Pendirian dan teras utama CUCMS adalah untuk melahirkan graduan yang

    bersifat holistik tidak hanya tertumpu kepada bidang ilmu tetapi juga

    berpaksikan kepada akhlak serta sahsiah diri yang cemerlang harus dikekalkan.

    Ini pada saya sangat relevan untuk menjayakan transformasi pendidikan di

    mana bakal graduan seharusnya berakhlak dan berilmu yang siap siaga untuk

    menceburi pasaran kerja dan menghadapi kepelbagaian dan cabaran abad ke-21.

    Percambahan kursus-kursus yang ditawarkan di CUCMS juga harus dipuji. Ini

    menjadi penanda aras bahawasanya CUCMS benar-benar komited di dalam

    melahirkan modal insan yang dapat menyumbang kepakaran mereka di dalam

    bidang masing-masing. Terbaharu, saya di beritahu CUCMS bakal menawarkan

    satu lagi kursus Elektif iaitu Pengurusan Pendidikan bagi Program Sarjana

    Pengurusan Perniagaan.

    Ia sekaligus membuka peluang serta ruang mempelajari dan meningkatkan

    kompetensi, pengetahuan dan profesionalisme dalam pengurusan pendidikan

    ke arah sistem pendidikan bertaraf dunia. Seperti yang dipetik pada pernyataan

  • DRAFT DUA

    Pejabat Timbalan Presiden Akademik (AIARC) 5

    dasar bagi Latihan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, Dasar Pendidikan

    Kebangsaan.

  • DRAFT DUA

    Pejabat Timbalan Presiden Akademik (AIARC) 6

    Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

    Saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan menyeru agar semua yang hadir

    pada hari yang sangat istimewa ini, membulatkan azam untuk menjadikan

    CUCMS ini sebagai pelopor bidang ilmu yang lain di samping mengimbangi

    ketinggian sahsiah dan mengukuhkan jati diri bakal graduan yang menyumbang

    kepada kejayaan Negara.

    Saya tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang, tetapi saya akan cuba sebaik

    mungkin mencurahkan kepakaran, tenaga, serta buah fikiran saya kepada

    CUCMS dan kepada Negara Malaysia amnya.

    Sekali lagi, sekalung penghargaan saya ucapkan atas penghormatan luar biasa

    ini. Saya akan mengenang momen ini selamanya, ditandai sebagai momen yang

    sangat istimewa juga sebagai peringatan bahawa masih banyak lagi yang perlu

    saya lakukan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia demi melihat Negara Malaysia

    yang kita cintai ini hebat di mata dunia. InsyaAllah.

    Ampun Tunku,

    Sekian sahaja ucapan patik. Akhir kata, patik sudahi dengan Wabillahitaufik

    Walhidayah Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

    Terima kasih.