29
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR-PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU TEOH LEE PENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

  • Upload
    others

  • View
    2

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

PRESTASI PELAJAR-PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN

KEJURUTERAAN DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI

DAERAH JOHOR BAHRU

TEOH LEE PENG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR-PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN

KEJURUTERAAN DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU.

SESI PENGAJIAN: 2003/2004

Saya TEOH LEE PENG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) √ TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: 5878, LORONG BORIA 2, EN. MOHD. MOHSIN B. UZIR TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)."

Tandatangan : ______________________________________

Nama Penyelia : EN. MOHD. MOHSIN BIN UZIR

Tarikh : 4 FEBRUARI 2004

Page 4: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR-PELAJAR

DALAM MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN DI TIGA BUAH

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI DAERAH JOHOR BAHRU.

TEOH LEE PENG

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 5: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ______________

Nama Penulis : TEOH LEE PENG

Tarikh : 4 FEBRUARI 2004

Page 6: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

iii

DEDIKASI

Buatmu ayah (TEOH EAM KIM) dan ibu (TAN AH MOOI) yang dikasihi,

Doamu, nasihatmu dan pengorbananmu menjadi pelita

serta panduan perjuangku dalam kehidupan ini ….

Buatmu insan yang tersayang,

Terima kasih atas sokongan, nasihat,

kepercayaan dan kesabaran yang diberikan selama ini ….

Buatmu pembimbing yang disanjungi,

Bimbingan, tunjuk ajar, dan jasamu yang diberikan

tidak akan saya lupai ….

Buat teman-teman yang dirindui,

Kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan ini

akan kukenangi selamanya ….

Page 7: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

iv

PENGHARGAAN Penyelidik ingin merakamkan penghargaan ikhlas setinggi-tingginya kepada

penyelia Projek Sarjana Muda, En. Mohd. Mohsin Bin Uzir atas bimbingan dan

dorongan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan Projek Sarjana Muda ini.

Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu dalam proses menyiapkan

projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Kerjasama daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan,

Kementerian Pendidikan (EPRD), Kuala Lumpur bagi meluluskan penyelidikan ini

amat dihargai.

Ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada guru-guru sekolah, iaitu guru-

guru dari Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri, Sekolah Menengah Teknik

Johor bahru dan Sekolah Menengah Teknik Perdagangan dalam usaha memberi

sumber berkaitan kajian ini serta bantuan dalam menjalankan kajian rintis.

Kerjasama daripada mereka dalam penyelidikan projek Sarjana Muda ini amatlah

dihargai.

Seterusnya, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Perpustakaan Negeri

Johor yang telah menyediakan pelbagai bahan rujukan untuk menjayakan projek ini.

Penghargaan turut ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan terutamanya

Chun Kin, Jessina dan Hui Ming serta mereka yang terlibat secara langsung atau

tidak langsung dalam usaha menjayakan projek ini. Tanpa sokongan dan kerjasama

daripada semua pihak di atas, projek Sarjana Muda ini tidak akan disiapkan dengan

begitu lancar dan sempurna.

Page 8: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menyelidik tentang faktor-faktor yang

mempengaruhi prestasi pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

di tiga buah Sekolah Menengah Teknik di daerah Johor Bahru, iaitu Sekolah

Menengah Teknik Perdagangan, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dan

Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri. Terdapat lima aspek yang menjadi fokus

dalam kajian ini, iaitu termasuk kaedah pengajaran guru, faktor minat, faktor

persekitaran kelas, faktor rakan sebaya serta faktor sikap pelajar. Instrumen kajian

ialah satu set borang soal selidik yang mengandungi 30 item telah digunakan untuk

mengumpul data yang diperlukan. Seramai 217 orang pelajar-pelajar dari tiga buah

sekolah ini telah dipilih secara rawak sebagai responden. Mereka adalah terdiri

daripada pelajar Pengajian Kejuruteraan Elektrik, Pengajian Kejuruteraan Awam dan

Pengajian Kejuruteraan Jentera. Data yang diperoleh dianalisis dengan

menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian

menunjukkan bahawa kelima-lima faktor yang dikaji mempengaruhi prestasi pelajar-

pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di tiga buah Sekolah Menengah

Teknik di daerah Johor Bahru. Daripada dapatan kajian ini, telah dirumuskan

bahawa faktor persekitaran kelas (min4.10) merupakan faktor yang paling utama

mempengaruhi prestasi pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

Ini diikuti kaedah pengajaran guru (min 3.96), faktor minat (min 3.90) dan faktor

rakan sebaya (min 3.83) yang berada pada tahap min tinggi. Manakala dan faktor

sikap pelajar (min 3.58) berada pada tahap min sederhana. Dengan itu, pelajar

haruslah mengubah sikap mereka yang negatif kepada positif.

Page 9: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

vi

ABSTRACT

The purpose of this research is to identify the factors that influence the

achievement of students in the subject of Engineering Drawing among three

technical secondary schools in Johor Bahru region, which are Sekolah Menengah

Teknik Perdagangan, Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dan Sekolah

Menengah Teknik Tanjung Puteri. The research focuses on five aspects, which are:

teachers’ teaching method, students’ interest, class environmental factor, peer group

factor and students’ attitude factor. The instrument for this research is a set of

questionnaire consisting of 30 items to collect data. A total of 217 students from

these three technical secondary schools, have been chosen randomly as respondents

for this research. These respondents are from Electrical Engineering Education,

Civil Engineering Education and Mechanical Engineering Education. The data that

obtained was analysed using Statistical Package for Social Science (SPSS)

Programme. The result of this research showed that all the five factors in this

research influence the achievement of students in the subject of Engineering Drawing

among these three technical secondary schools. It can be concluded that the class

environmental factor (mean 4.10) is the main factor that influences the achievement

of students in the subject of Engineering Drawing. Followed by the influences of

teachers’ teaching method (mean 3.96), students’ interest (mean 3.90), and peer

group factor (mean 3.83), which were considered as high level mean. Meanwhile,

students’ attitude factor (mean 3.58) was in the moderate level. Hence, students

should change their negative attitude to the positive attitude.

Page 10: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGESAHAN

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI vi

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SIMBOL xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAHAGIAN SATU

BAB I

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 10

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Kepentingan Kajian 11

1.7 Batasan Kajian 12

1.8 Skop Kajian 12

1.9 Definisi Istilah 13

Page 11: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

viii

BAHAGIAN DUA

BAB II

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 16

2.2 Faktor Kaedah Pengajaran Guru 16

2.3 Faktor Minat 20

2.4 Faktor Rakan Sebaya 21

2.5 Faktor Sikap Pelajar 23

2.6 Faktor Persekitaran Kelas 24

2.7 Rumusan 26

BAHAGIAN TIGA

BAB III

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 27

3.2 Reka Bentuk Kajian 27

3.3 Tempat Kajian 28

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 28

3.5 Instrumen Kajian 29

3.6 Prosedur Kajian 31

3.7 Kajian Rintis 32

3.8 Analisis Data 33

Page 12: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

ix

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV

BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 35

4.2 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian A 35

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 36

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 36

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Kursus 37

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Mengikut

Orang Yang Tinggal BersamanyaUmur 37

4.3 Keputusan Dan Analisis Data Bahagian B 39

4.3.1 Taburan Responden Mengikut Faktor Kaedah

Pengajaran Guru 39

4.3.2 Taburan Responden Mengikut Faktor Minat 42

4.3.3 Taburan Responden Mengikut Faktor Rakan

Sebaya 45

4.3.4 Taburan Responden Mengikut Faktor Sikap 48

4.3.5 Taburan Responden Mengikut Faktor

Persekitaran Kelas 51

4.4 Kesimpulan 54

Page 13: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

x

BAHAGIAN LIMA

BAB V

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 56

5.2 Rumusan 57

5.3 Perbincangan 57

5.3.1 Faktor Kaedah pengajaran Guru 58

5.3.2 Faktor Minat 61

5.3.3 Faktor Rakan Sebaya 52

5.3.4 Faktor Sikap 65

5.3.5 Faktor Persekitaran Kelas 67

5.4 Kesimpulan 69

5.5 Implikasi Kajian 72

5.5.1 Pelajar 72

5.5.2 Guru 73

5.5.3 Pihak Sekolah 75

5.5.4 Kementerian Pendidikan Malaysia 75

5.6 Cadangan Untuk kajian Masa Depan 76

5.7 Penutup 76

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN

Rujukan 78-81

BAHAGIAN TUJUH

BORANG SOAL SELIDIK

Set Borang Soal Selidik 82-86

Page 14: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1.1 Jadual Sekolah-Sekolah Yang Menawarkan Mata Pelajaran

Elektif KBSM Lukisan Kejuruteraan 1992-1998 3

1.2.1 Maklumat Analisis Keputusan SPM 2002 Dalam Mata

Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Mengikut Daerah Di

Negeri Johor. 5

1.2.2 Maklumat Analisis Keputusan SPM 2001-2002 Dalam

Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Untuk Sekolah

Menengah Teknik Johor Bahru 6

1.2.3 Maklumat Analisis Keputusan SPM 2001-2002 Dalam

Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Untuk Sekolah

Menengah Teknik Perdagangan 7

1.2.4 Maklumat Analisis Keputusan SPM 2001-2002 Dalam

Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Untuk Sekolah

Menengah Teknik Teknik Tanjung Puteri 8

3.4.1 Taburan Responden Sampel Mengikut Sekolah 29

3.5.1 Jadual Skala Likert 31

3.8.1 Pemeringkatan Skala Likert 34

3.8.2 Tahap Penilaian Berdasar Peratus 34

3.8.3 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 34

4.2.1 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina 36

4.2.2 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Bangsa 36

4.2.3 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Kursus 37

4.2.4 Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Tinggal Bersama 43

4.3.1 Faktor Kaedah Pengajaran Guru Mempengaruhi Prestasi

Pelajar-Pelajar Terhadap Lukisan Kejuruteraan 41

Page 15: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

xii

4.3.2 Faktor Minat Mempengaruhi Prestasi Pelajar-Pelajar

Terhadap Lukisan Kejuruteraan 44

4.3.3 Faktor Rakan Sebaya Mempengaruhi Prestasi Pelajar-Pelajar

Terhadap Lukisan Kejuruteraan 47

4.3.4 Faktor Sikap Mempengaruhi Prestasi Pelajar-Pelajar

Terhadap Lukisan Kejuruteraan 50

4.3.5 Faktor Persekitaran Kelas Mempengaruhi Prestasi

Pelajar-Pelajar Terhadap Lukisan Kejuruteraan 53

4.4 Analisis Keseluruhan Faktor-faktor Yang Mempengaruhi

Prestasi Pelajar-Pelajar Dalam Mata Pelajaran Lukisan

Kejuruteraan Di Tiga Buah Sekolah Menengah Teknik Di

Daerah Johor Bahru. 54

Page 16: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

xiii

SENARAI SIMBOL

% = Peratus

Page 17: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

xiv

SENARAI SINGKATAN 1. KBSM = Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

2. SPM = Sijil Peperiksaan Malaysia

3. SMT = Sekolah Menengah Teknik

4. LK = Lukisan Kejuruteraan

5. SS = Sangat Setuju

6. S = Setuju

7. TP = Tidak Pasti

8. TS = Tidak Setuju

9. STS = Sangat Tidak Setuju.

10. SPSS = Statistical Packages For The social sciences

11. PKA = Pengajian Kejuruteraan Awam

12. PKE = Pengajian Kejuruteraan Elektrik

13. PKJ = Pengajian Kejuruteraan Jentera

14. EPRD = Education Research Development

(Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan)

15. SMA = Sekolah Menengah Akademik

Page 18: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

xv

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK

Lampiran A : Surat Pengesahan Pelajar dari Fakulti Pendidikan

Lampiran B : Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari Kementerian

Pendidikan Malaysia (EPRD)

Lampiran C : Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Dari Jabatan Pendidikan

Negeri

Lampiran D : Data-data Kajian

Lampiran E : Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Populasi Krejcie &

Morgan (1970)

Page 19: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

BAB I

PENGENALAN Bab ini terdiri daripada sembilan sub judul yang didahului dengan

pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan

kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, skop kajian dan akhir sekali takrifan bagi

keseluruhan tajuk kajian yang dikaji.

1.1 Pendahuluan

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun,

bercita-cita dan berwawasan untuk menjadikan sebuah negara maju pada tahun 2020.

Penghasilan tenaga yang mahir untuk membangunkan negara adalah penting.

Dengan itu, beberapa perubahan telah berlaku dalam sistem pendidikan teknik dan

vokasional. Salah satu daripadanya ialah penstrukturan 69 buah Sekolah Menengah

Vokasional (SMV) kepada Sekolah Menengah Teknik (SMT). Dalam pada itu juga

bagi menambahkan bilangan tenaga kerja dalam bidang teknik dan teknologi yang

amat diperlukan dalam sektor perkilangan dan perindustrian pada masa kini dan

datang. Kementerian Pendidikan telah mengambil tindakan penting pada tahun 1995

dengan menggubalkan Pelan Tindakan Peningkatan Tenaga Manusia Teknikal yang

menyebut bahawa.

“ Pelan Tindakan Pengeluaran Tenaga Manusia Teknikal bertujuan

meningkatkan keluaran juruteknik dan jurutera menjelang tahun 2020 dengan

menggunakan satu strategi terancang yang radikal bagi menjuruskan pelajar ke

Page 20: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

2

bidang teknik semasa sekolah menengah lagi. Pelan ini melibatkan penawaran mata

pelajaran teknikal di beberapa buah sekolah menengah atas serta pengembangan

sekolah menengah teknik dan politeknik.”

(Kementerian Pendidikan 1996:45)

Dengan itu, beberapa mata pelajaran teknikal seperti Lukisan Kejuruteraan

dan Teknologi Kejuruteraan telah ditawarkan di 15 buah sekolah berasrama penuh,

24 buah sekolah kawalan atau sekolah-sekolah ‘Primer’ dan di beberapa sekolah

menengah akademik terpilih yang lain (Kementerian Pendidikan Malaysia 1995:40).

Lukisan Kejuruteraan ialah seni persembahan objek-objek kejuruteraan

seperti bangunan, jalan raya, mesin dan lain-lain lagi di kertas (Dhawan, 2002).

Lukisan Kejuruteraan mempunyai objektif yang lebih bersepadu kerana ia

menggabungjalinkan lukisan geometri dengan semua bidang kejuruteraan.

Pendedahan ini penting kerana ia dapat membina kecenderungan pelajar terhadap

sesuatu bidang kejuruteraan yang diminati (Sukatan Pelajaran Lukisan Kejuruteraan

2003). Menurut sukatan pelajaran Lukisan Kejuruteraan 2003, Lukisan kejuruteraan

merupakan satu bahasa grafik yang digunakan untuk menyampaikan maklumat

secara tepat dan ringkas. Lukisan Kejuruteraan juga mempunyai konvensyen, simbol

dan kepiawaian tersendiri yang telah ditetapkan. Dari kaca mata kejuruteraan, subjek

Lukisan Kejuruteraan boleh dibahagikan ke dalam kategori berikut. (Dhawan, 2002)

1. Lukisan geometri

a) Lukisan geometri satah

b) Lukisan geometri padu

2. Lukisan kejuruteraan mekanikal

3. Lukisan kejuruteraan Sivil

4. Lukisan kejuruteraan elektronik dan elektrikal dan lain-lain.

Lukisan Kejuruteraan (LK) telah mula diperkenalkan di 9 buah Sekolah

Menengah Teknik (SMT) pada tahun 1992 dan di 29 Sekolah Menengah Akademik

(SMA) pada tahun 1993. Berikut ialah jenis sekolah yang menawarkan mata

Page 21: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

3

pelajaran elektif KBSM Lukisan Kejuruteraan antara tahun 1992-1998 (Nor Fadila

dan Widad,1998).

Jadual 1 : Sekolah-sekolah Yang Menawarkan Mata Pelajaran Elektif KBSM

Lukisan Kejuruteraan 1992-1998.

1992 1993 1994 1995 1996 1997 1998 Jumlah

Sek. Men. Teknik 9 20 31 18 78

SMA ( Pilihan JPN) 29 43 40 17 10 139

SMA (RM6) 5 14 9 6 34

SMA Primer 20 20

Sek. Men. Sains 1 16 17

Sek. Men. Keb. Agama 1 7 8

Jumlah 9 29 43 47 67 50 51 296

Menurut Nor Fadila dan Widad (1998), mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

bukanlah satu subjek yang baru untuk Sekolah Menengah Teknik. Lukisan Teknik

atau Lukisan Geometri Bangunan (LGB) ialah nama panggilan subjek Lukisan

Kejuruteraan sebelum ini. Pada tahun1993, Lukisan Kejuruteraan telah mula

diperkenalkan sebagai suatu mata pelajaran elektif Kemahiran Bersepadu Sekolah

Menengah (KBSM) dalam kumpulan teknologi dan vokasional di sekolah menengah

atas (SMA). Ia juga merupakan satu mata pelajaran elektif yang ditawarkan kepada

semua pelajar yang mengikuti kursus kejuruteraan di semua Sekolah Menengah

Teknik sama ada daripada kursus Kejuruteraan Awam, Elektrik serta Jentera.

Sebagaimana yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran (2003), mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah menjadi asas yang sangat penting kepada

pelajar kejuruteraan. Ini disebabkan mata pelajaran ini bertujuan untuk

melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang berkaitan serta

melahirkan pelajar yang boleh berkomunikasi secara bahasa grafik dalam kehidupan

harian dan bidang yang diceburi. Penguasaan dan kemahiran asas ini membolehkan

pelajar berinteraksi dengan penuh keyakinan dalam teknologi semasa di samping

dapat memupuk minat pelajar dalam bidang kejuruteraan. Para pelajar lepasan

Page 22: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

4

Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) iaitu pelajar tingkatan 4 boleh mengikuti

pelajaran ini tanpa memikirkan pengetahuan yang dimiliki di bidang kejuruteraan.

Menurut Yusaini Salleh (1999), kini mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

merupakan satu subjek yang bukan sahaja ditawarkan di sekolah-sekolah malah telah

ditawarkan di pusat pengajian tinggi awam. Ini adalah selaras dengan usaha kerajaan

untuk menghasilkan tenaga mahir dalam pembangunan negara. Oleh kerana

penyelidikan moden dalam kejuruteraan banyak bergantung terutamanya pada

lukisan kejuruteraan, maka perlu bagi seseorang jurutera memperolehi pengetahuan

tentang tugas yang baik untuk menyatakan dan merekodkan bentuk, saiz dan lain-

lain maklumat yang perlu bagi pembinaan pelbagai tanda atau objek seperti

bangunan, jalan raya, jambatan, struktur, mesin dan lain-lain.

1.2 Latar Belakang Masalah

Lukisan Kejuruteraan merupakan mata pelajaran yang lazimnya diajar atau

ditawarkan untuk Sekolah Menengah Teknik tetapi merupakan mata pelajaran baru

bagi Sek Menengah Akademik. Walau bagaimanapun pencapaian prestasi pelajar

dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan sama ada di Sekolah Menengah Teknik

ataupun Sekolah Menengah Akedemik adalah perlu dititikberatkan.

Menurut maklumat dalam Jadual 1 ialah analisis keputusan SPM 2002 untuk

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan mengikut daerah di negeri Johor. Berdasarkan

jadual ini, didapati secara keseluruhan prestasi calon dalam mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan adalah sangat lemah, iaitu bilangan pelajar yang gagal berada di tahap

yang tinggi, iaitu sebanyak 28.4%. Manakala pelajar yang mencapai keputusan yang

cemerlang adalah sangat rendah iaitu hanya 3.4% calon mencapai A1 dan 4.3% calon

mencapai A2. Keadaan ini bertambah membimbangkan di mana daripada Jadual 1

juga didapati terdapat satu persamaan di antara daerah sekolah di negeri Johor ialah

pencapaian calon dalam gred 9F, iaitu gagal adalah menduduki peratus yang paling

tinggi. Memandangkan keadaan ini, maka satu kajian tentang faktor-faktor yang

Page 23: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

5

Jadual 1: Maklumat Analisis Keputusan SPM 2002 Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan Mengikut Daerah Di Negeri Johor.

Analisis Keputusan Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan mengikut daerah SPM 2002 Bil Pencapaian Calon Mengikut Gred

1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH

Lulus GP Daerah di Negeri Johor

Bilangan Calon

Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil Bil % Batu Pahat 543 8 1.5 21 3.9 29 5.3 40 7.4 69 12.7 85 15.7 66 12.2 61 11.2 164 30.2 0 379 69.8 6.6 Johor Bahru 928 39 4.2 46 5.0 54 5.9 92 10.0 131 14.2 123 13.4 107 11.6 94 10.2 235 25.5 7 686 74.5 6.2 Kluang 453 28 6.2 18 4.0 25 5.6 37 8.2 53 11.8 58 12.9 48 10.7 62 13.8 121 26.9 3 329 73.1 6.3 Kota Tinggi 370 3 0.8 10 2.7 11 3.0 41 11.1 46 12.5 58 15.7 43 11.7 51 13.8 106 28.7 1 263 71.3 6.7 Kulai 0 1 1.3 0 0.0 1 1.3 3 3.8 5 6.3 8 10.0 15 18.8 10 12.5 37 46.3 0 43 53.8 7.6 Mersing 81 0 0.0 0 0.0 0 0.0 3 3.8 5 6.3 7 8.8 18 22.5 10 12.5 37 46.3 1 43 53.8 7.7 Muar 349 30 8.6 36 10.3 29 8.3 31 8.9 28 8.0 41 11.8 28 8.0 37 10.6 88 25.3 1 260 74.7 5.7 Pontian 38 0 0.0 0 0.0 1 2.6 3 7.9 4 10.5 7 18.4 4 10.5 6 15.8 13 34.2 0 25 65.8 7.1 Segamat 348 0 0.0 5 1.4 18 5.2 35 10.1 46 13.2 61 17.5 35 10.1 48 13.8 100 28.7 0 248 71.3 6.7 Jumlah Keseluruhan

3190 109 3.4 136 4.3 168 5.3 285 9.0 387 12.2 448 14.1 364 11.5 379 11.9 901 28.4 13 2276 71.6 6.4

Page 24: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

6

mempengaruhi prestasi pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan adalah

sangat diperlukan.

Selain itu, berdasarkan maklumat dalam Jadual 2, analisis keputusan SPM

2001-2002 untuk mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan bagi aliran Sekolah

Menengah Teknik Johor Bahru adalah semakin menurun, dimana peratus calon lulus

pada tahun 2001 ialah sebanyak 98.18% manakala peratus calon lulus pada tahun

pada tahun 2002 telah menurun kepada 96.72%. Selain itu, peratus calon yang

mencapai A1 dan A2 juga telah menurun sebanyak 16.91% antara dua tahun ini.

Berikut ialah maklumat analisis keputusan SPM 2001-2002 yang ditunjukkan dalam

bentuk Jadual 2.

Jadual 2: Maklumat Analisis Keputusan SPM 2001-2002 Dalam Mata Pelajaran

Lukisan Kejuruteraan Untuk Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru.

Tahun

(Peratus) / Bil Pencapaian Calon Mengikut Gred

Dalam Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

Lulus

Jumlah

pelajar

Gred

Purata

1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH

63 31 32 32 29 17 8 4 4 63

2001

94

(42.72)

64

(29.1)

46

(20.91)

12

(5.45)

4

(1.81)

0

0

216

(98.18)

220

3.27

30 33 33 48 37 31 18 6 8 0

2002

63

(25.81)

81

(33.19)

68

(27.86)

24

(9.86)

8

(3.28)

0

0

236

(96.72)

244

4.11

Sementara itu, Sekolah Menengah Teknik Perdagangan pula pelajar-pelajar

hanya mula mendaftar mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan pada tahun

2001. Daripada maklumat yang diperolehi daripada pihak sekolah, pengkaji

Page 25: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

7

mendapati bilangan calon yang gagal adalah ramai iaitu sebanyak 24.57%. Pada

tahun 2001, daripada bilangan calon 232 orang yang menduduki SPM dalam mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan, hanya terdapat 6.04% calon yang mendapat

keputusan yang cemerlang iaitu A1 dan A2. Manakala pada tahun 2002 pula,

keadaan ini bertambah serius di mana bilangan calon yang gagal telah meningkat ke

32.15% dan hanya 5 orang calon sahaja yang mendapat keputusan yang cemerlang

dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Jadual 3 menunjukkan analisis

keseluruhan SPM 2001-2002 mengikut gred bagi mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan.

Jadual 3: Maklumat Analisis Keputusan SPM 2001-2002 Dalam Mata Pelajaran

Lukisan Kejuruteraan Untuk Sekolah Menengah Teknik

Perdagangan.

Tahun (Peratus) / Bil Pencapaian Calon Mengikut Gred Dalam

Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

Lulus Jumlah

pelajar

Gred

Purata

1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH

6 8 12 20 22 37 39 31 57 0

2001

14

(6.04)

32

(13.79)

59

(25.43)

70

(30.17)

57

(24.57)

0

0

175

(75.43)

232

6.48

2 3 8 17 52 48 52 47 109 1

2002

5

(1.47)

25

(7.38)

100

(29.50)

99

(29.20)

109

(32.15)

1

(0.30)

229

(67.55)

339

6.98

Di samping itu, berpandukan Jadual 4 di bawah, didapati prestasi pencapaian

calon untuk Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri adalah tidak memuaskan. Ini

disebabkan peratus pencapaian gred pelajar yang berada di tahap yang paling tinggi

antara tahun 2001 dan 2002 ialah gred 9G, iaitu bilangan calon yang gagal adalah

tinggi. Seterusnaya daripada jadual 4 juga didapati prestasi calon adalah lemah di

Page 26: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

8

mana gred purata calon antara tahun 2001 dan 2002 masing-masing ialah sebanyak

6.9% dan 6.6%.

Jadual 4: Maklumat Analisis Keputusan SPM 2001-2002 Dalam Mata Pelajaran

Lukisan Kejuruteraan Untuk Sekolah Menengah Teknik Tanjung

Puteri.

Tahun (Peratus) / Bil Pencapaian Calon Mengikut Gred Dalam

Mata Pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

Lulus Jumlah

pelajar

Gred

Purata

1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH

2 3 1 9 17 11 14 12 40 0

2001

5

(4.59)

10

(9.17)

28

(25.69)

26

(23.85)

40

(36.70)

0

(0)

69

(63.30)

109

6.90

0 2 6 11 21 12 13 12 33 1

2002

2

(1.8)

17

(15.5)

33

(30)

25

(22.7)

33

(30)

1

(0)

77

(67.55)

111

6.6

Di samping itu, menurut Jimat (1999) terdapat sebanyak 31.5% responden

kajian berpendapat bahawa kemudahan yang ada masih belum mencukupi bagi

membolehkan mereka melaksanakan pengajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah.

Antaranya ialah bahan rujukan, media-media dan peralatan. Menurut beliau lagi,

usaha untuk meningkatkan tahap kefahaman guru dan pelajar di dalam subjek

berkenaan akan bertambah sukar memandangkan kekurangan buku atau bahan

bercetak dalam bidang teknikal yang tertulis dalam bahasa Malaysia. Ini telah

menunjukkan masalah kekurangan buku rujukan dan kemudahan untuk mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan di sekolah masih wujud. Satu temubual yang telah

dijalankan pada 21 Sept,1998 antara Mohd Azhar Bin Hj Hashim dengan 4 orang

guru di Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja

Mahadi, Klang juga menunjukkan perlunya pembinaan Modul Pengajaran Kendiri

(MPK) untuk topik pandangan bantuan dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

Page 27: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

9

Tingkatan lima bagi menambahkan lagi pengajaran dan pembelajaran Lukisan

Kejuruteraan (Mohd Azhar,1999).

Di samping itu, terdapat juga guru yang kurang keyakinan mengajar mata

pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Menurut kajian Jimat (1999), sebanyak 15.1%

merasa pengetahuan mereka masih belum mencukupi untuk mengajar mata pelajaran

Lukisan Kejuruteraan. 12.7% merasakan mereka masih kurang kemahiran serta ragu-

ragu tidak pasti tentang tahap kemahiran ada pada diri mereka untuk menghadapi

kelas bagi mengajar mata pelajaran ini.

Tidak dapat dinafikan juga bahawa faktor rakan sebaya dan persekitaran

kelas juga mempengaruhi pembelajaran pelajar terhadap lukisan Kejuruteraan.

Menurut teori konteks perkembangan yang diperkenalkan oleh Richard Lener (1978)

mengatakan faktor utama dalam perkembangan ialah persekitaran fizikal (rumah,

bilik darjah), persekitaran sosial (keluarga, rakan, guru), ciri-ciri peribadi individu

dan masa (jadual harian individu). Ini telah menunjukkan penekanan interaksi di

antara individu dengan persekitaran sangat penting. Kedua-duanya saling

mempengaruhi (dalam Jas Laile Suzana Jaafar,2002).

1.3 Pernyataan Masalah Berdasarkan data dan maklumat yang telah dinyatakan di atas, didapati pencapaian

pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Teknik di daerah Johor, iaitu Sek Men Teknik

Perdagangan, Sek Men Teknik Johor Bahru dan Sek Men Teknik Tanjung Puteri

adalah semakin menurun. Ini akan menyumbang kepada masalah besar sekiranya

tidak dititikberatkan oleh semua pihak. Dengan itu, guru sebagai pendidik hendaklah

lebih peka terhadap masalah ini. Ini kerana ia seterusnya akan memberikan kesan

terhadap pencapaian pelajar dalam sesuatu subjek. Tidak dapat kita menafikan

bahawa dalam proses pembelajaran, minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran

adalah penting. Di samping itu, faktor persekitaran seperti keadaan kelas, pengajaran

guru serta rakan sebaya juga turut dapat memberikan kesan dalam proses pengajaran

Page 28: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

10

dan pembelajaran. Richard Lener (1987) mengatakan faktor utama dalam

perkembangan ialah persekitaran fizikal (rumah, bilik darjah), persekitaran sosial

(keluarga, rakan, guru), ciri-ciri peribadi individu dan masa (jadual harian individu).

Ini telah menunjukkan penekanan interaksi di antara individu dengan persekitaran

sangat penting. Kedua-duanya saling mempengaruhi.

Dengan itu, kajian ini adalah untuk mengenalpasti adakah kaedah pengajaran

guru, faktor minat, rakan sebaya, sikap pelajar serta persekitaran dalam

mempengaruhi prestasi pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di

tiga buah Sekolah Menengah Teknik di daerah Johor Bahru.

1.4 Objektif Kajian

Pencapaian pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan

haruslah dititikberatkan oleh semua pihak memandangkan masalahnya telah

dinyatakan seperti di atas. Oleh itu, satu tinjauan faktor-faktor yang mempengaruhi

prestasi pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di tiga buah

Sekolah Menengah Teknik di daerah Johor Bahru telah dijalankan. Pengkaji telah

menetapkan objektif kajian sebagaimana berikut .

1.4.1 Mengenal pasti sama ada kaedah pengajaran guru dapat mempengaruhi

prestasi pelajar-pelajar SMT dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

1.4.2 Mengenal pasti sama ada faktor minat pelajar-pelajar SMT mempengaruhi

prestasi mereka dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

1.4.3 Mengenal pasti sama ada faktor rakan sebaya mempengaruhi prestasi pelajar-

pelajar SMT terhadap mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

1.4.4 Mengenal pasti sama ada faktor sikap pelajar-pelajar SMT mempengaruhi

prestasi mereka dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.

1.4.5 Mengenal pasti sama ada faktor persekitaran kelas dapat mempengaruhi

prestasi pelajar-pelajar SMT dalam terhadap mata pelajaran Lukisan

Kejuruteraan.

Page 29: TEOH LEE PENG - fp.utm.my€¦TAMAN RIA JAYA, Nama Penyelia 08000, SUNGAI PETANI, KEDAH. Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 Tarikh: 4 FEBRUARI 2004 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. **

11

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan yang menjadi asas kepada kajian adalah untuk mengenal pasti :

1.5.1 Adakah kaedah pengajaran guru mempengaruhi prestasi pelajar-pelajar SMT

terhadap mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ?

1.5.2 Adakah faktor minat mempengaruhi prestasi pelajar-pelajar SMT terhadap

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ?

1.5.3 Adakah rakan sebaya mempengaruhi prestasi pelajar-pelajar SMT terhadap

mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ?

1.5.4 Adakah faktor sikap pelajar-pelajar SMT mempengaruhi prestasi mereka

dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ?

1.5.5 Adakah faktor persekitaran kelas mempengaruhi prestasi pelajar-pelajar SMT

dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan ?