22
TEORI HUMANIS NAIMAH SANITAH FAZIANA SYAZWANI EFFIZA

TEORI HUMANIS

Embed Size (px)

DESCRIPTION

TEORI HUMANIS

Citation preview

TEORI HUMANIS

TEORI HUMANIS

NAIMAH

SANITAH

FAZIANA

SYAZWANI

EFFIZA

Humanisme melihat manusia sebagai makhluk yang istimewa dan mempunyai keupayaan yang tidak serupa dengan haiwan.

Humanisme percaya bahawa manusia bertindak atas dasar keperluan, motivasi, minat dan nilai.

Pendekatan humanisme melihat pelajar sebagai insan berpontnsi, bermotivasi, dan berkeupayaan untuk belajar dan berkembang

Situasi pembelajaran, hubungan dan penerimaan guru dan rakan-rakan ialah faktor penting dalam menghadapi pembelajaran

DEFINISI TEORI HUMANISME

KONSEP DAN MODEL TEORI

Konsep Teori humanistik

Kebebasan untuk belajar

(cara, masa, emosi)

Keinginan sendiri untuk belajar (dimotivasikan, berminat, sikap ingin tahu)

Mementingkan pengetahuan yang dipelajari berbanding proses belajar.

Tujuan belajar adalah untuk memanusiakan seorang manusia (memahami lingkungannya dan dirinya sendiri).

Model teori humanistik

Pencapaian penuh berdasarkan potensi diri

Harga diri, pengiktirafan, penghormatan oleh orang lain

Persekitaran dan emosi yang selmat

Makanan, air, udara, tempat tinggal

Persahabatan, kasih sayang, perasaan dipunyai

Piramid herarki keperluan maslow

Keperluan kesempurnaan kendiri

Keperluan penghargaan

Keperluan kasih sayang

Keperluan asas

Keperluan keselamatan

TEORI HUMANISTIK CARL ROGER

Guru Sebagai fasilitator/ pembimbing

Memandang pelajar secara keseluruhan

(emosi,keperluan,

latar belakang)

Guru memberi motivasi/ pendorong

(minat, mencetuskan perasaan ingin tahu).

Pembelajaran bermakna harus ada keterlibatan intelektual (fikiran/kognitif) dan emosi (perasaan) murid.

Tetapi belajar bukan suatu kebebasan. Ia lebih kepada mendapatkan pengetahuan. Jadi guru harus mengajar agar murid mendapat pengetahuan.

Betul. Manusia pergi ke sekolah untuk mendapatkan pengetahuan tetapi murid selalunya hadir ke kelas kerana ada sebab yang mendorong mereka untuk datang ke kelas. Sesuatu yang menarik minat mereka, sesuatu yang mereka ingin tahu atau sesuatu yang memotivasikan mereka untuk mendapatkan pengetahuan tersebut. sesuatu ini lah yang ditekankan dalam teori humanistik. Peranan guru adalah lebih kepada menghasilkan sesuatu itu bagi mendorong murid untuk mendapatkan pengetahuan atau belajar berdasarkan caranya sendiri.

pertanyaan?

Contoh situasi: Guru mencetuskan perasaan ingin tahu dan minat murid

Kenapa Malaysia tiada musim sejuk tetapi negara lain seperti jepun mengalaminya? Indahnya kalau ada musim sejuk di Malaysia. Dapat bermain ski, main salji. Macam gambar ini.

Kenapa Malaysia tiada musim sejuk?

Kenapa Malaysia dan Jepun berbeza sedangkan berada di bumi yang sama?

Bolehkah saya mengadakan musim sejuk di Malaysia?Bagaimana?

Seronoknya kalau musim sejuk, boleh main ski, bermain salji, seperti dalam gambar yang cikgu tunjukkan.

Inkuiri

Terdorong untuk mengetahui lebih lanjut

berminat

Ingin belajar

Murid bebas mendapatkan pengetahuan dengan cara mereka sendiri dan dimana mereka mendapat pengetahuan tersebut kerana ada sesuatu yang telah mendorong mereka untuk belajar. Cara tersebut termasuklah:

Menggunakan ICT

Melalui perbincangan

Merujuk buku

bertanya

Datang ke kelas

Carl Rogers

Abraham Maslow

Pendapat Ahli-ahli Teori

Carl Rogers (1902-1987)

Terkenal sebagai pengasas teori kaunseling terapi berpusatkan klien

Dilahirkan di Oak Park, Illinois, Amerika Syarikat.

Pada asalnya, beliau belajar teologi dan kemudiannya beralih kepada psikologi klinikal serta psikologi pendidikan.

http://faculty.frostburg.edu/mbradley/psyography/vRogers.jpg

Pendapat Carl Rogers

Carl Rogers beranggapan bahawa manusia pada dasarnya adalah baik dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai potensi diri. Sebagai insan yang baik, jika diuruskan ke arah yang betul akan berkembang secara positif, baik rohani dan jasmani.

Menurut Rogers seorang insan yang sempurna memiliki kualiti berikut :

Berfikiran terbuka terhadap pengalaman dunia. Dapat membuat tanggapan yang betul tentang pengalamannya.

Menerima hidup seadanya. Mengutamakan perkara yang ada pada hari ini, bukan semalam atau esok.

Mempercayai pemikiran dan perasaan sendiri sebagai suatu yang tepat.

Menghargai kebebasan diri dan bertanggungjawab ke atas tindakan sendiri.

Kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial serta menyumbang khidmat kepada masyarakat mengikut kemahiran masing-masing.

Abraham Maslow (1908-1070)

Dilahirkan di Rusia dan kemudiannya berpindah ke Amerika.

Maslow mempelajari psikologi di Universiti Wisconsin, di mana beliau menerima semua ijazahnya dalam bidang psikologi.

Tokoh psikologi humanisme.

http://designshack.net/wp-content/uploads/maslow-3.jpg

Pendapat Abraham Maslow

Menurut Abraham Maslow (1943), keperluan fisiologi dan keperluan psikologi perlu dipenuhi agar seseorang itu bermotivasi untuk mengembangkan potensi diri, belajar perkara baru, memanipulasi keupayaan diri sepenuhnya serta berjaya mencabar diri untuk melakukan yang terbaik.

Maslow membahagikan keperluan manusia kepada dua bahagian, iaitu keperluan kekurangan dan keperluan perkembangan.

CONTOH APLIKASI TEORI

DALAM PdP PSV

Lima objektif asas pendidikan daripada pandangan humanis ( Gagne dan Berliner, 1991 )

Memupuk pembelajaran kearah kendiri dan tidak bergantung pada orang lain

Dalam PdP PSV, sebagai contoh guru menunjukkan satu contoh tema catan untuk dijadikan bahan rujukan murid. Jadi, langkah seterusnya ialah guru menggalakkan murid agar berusaha untuk mencari tema yang berlainan antara satu sama lain untuk menghasilkan catan.

Mengembangkan keupayaan bertanggungjawab keatas pembelajaran dan perkara yang dipelajari.

Sebagai contoh, murid mempelajari suatu topik dalam mengenal kraf tradisional. seterusnya, murid berusaha mengembangkan pengetahuan dalam bidang tersebut secara kendiri.

Mengembangkan kreativiti dan pemikiran bercapah.

Melalui suatu aktiviti PSV, murid dapat merangsang pemikiran bercapah dengan mengaplikasikan ilmu yang diperolehi ke dalam kehidupan seharian.

Mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan.

Setiap aktiviti yang dijalankan seperti menghasilkan teknik baru dalam memproses catan akan mewujudkan daya ingin tahu dan penerokaan murid.

Mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi

Berdasarkan PdP PSV, murid dapat menyeimbangkan antara aspek seni serta emosi. Bagi seni, murid dapat meningkatkan kualiti dalam penghasilan seni sekiranya menuruti kelima-lima objektif manakala dari segi emosi, murid dapat menginterpretasikan emosi dengan cara yang betul.

Prinsip pendekatan Humanis (Gagne dan Berliner, 1991) ialah:

Pelajar akan mudah belajar perkara yang ingin dipelajari dan dan perkara yang ingin diketahui oleh mereka.

Dalam PSV, guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan .

Mengetahui cara belajar adalah lebih penting daripada memiliki banyak pengetahuan.

Dlm PSV, kaedah pembelajaran yang berkesan sebagai contoh melalui kaedah penemuan adalah lebih berkesan kerana ilmu tersebut dapat disimpan dalam jangka masa yang lama serta murid dapat mengaplikasikan dalam pelbagai situasi berbanding dengan ilmu yang banyak diperoleh daripada buku atau sedia ada.

Penilaian kendiri hasil kerja pelajar merupakan penilaian yang lebih bermakna,namun pelajar perlu mencapai tahap pencapaian yang ditetapkan.

Setiap hasil seni serta aktiviti yang djalankan dalam PSV haruslah menjalankan sesi refleksi serta apresiasi. Ini kerana murid dapat saling mengetahui kelemahan dan kelebihan masing-masing sekaligus dapat berusaha mempertingkatkan kualiti.

Pelajar lebih baik dalam persekitaran yang tidak mengancam seperti selamat secara fizikal, emosional, psikologikal serta nyaman.

Suasana pembelajaran PSV haruslah dalam keadaan yang tenang samaada diluar mahupun didalam kelas. Penguasaan guru dalam bilik darjah adalah penting agar suasana akan sentiasa dalam keadaan yang selamat dari segi semua aspek.

IMPLIKASI TEORI

IMPLIKASI TEORI

Hubungan guru-murid berbentuk mesra-murid berasaskan penerimaan tanpa syarat

Perasaan dan amalan saling menghormati membantu pembelajaran

Dapat memotivasikan guru-guru

Keyakinan guru terhadap potensi pelajar bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan