Upload
nurulhidayah-hamid
View
327
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN…
TAJUK : TEORI BEHAVIURISME . (IVAN PAVLOV )
KOD MATAPELAJARAN : (TP23073)NAMA PELAJAR : NURULHIDAYAH BINTI HAMID .
( TPO1123012 )NAMA PELAJAR : ANIS NABILAH BINTI MOHD SABRI .
( TP 01123002 )NAMA PERSYARAH : CIK SITI NOREHAN BINTI ABDULLAH .
KANDUNGAN….
1 . Pendahuluan .
2 . Jom!kita kenali Ivan Pavlov .
3 . Konsep Khas Behaviurisme .
4 . Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov .
5 . Kesimpulan Teori Ivan Pavlov .
6 . Implikasi terhadap P & P .
7 . Kesimpulan .
8 . Rujukan .
9 . Lampiran .
PENDAHULUAN….
Teori pembelajaran adalah merupakan tingkah laku yang boleh
dipelajari dan perkembangan manusia disebabkan oleh adaptasi
terhadap persekitaran .
Menurut ( Corner & Gould 2011 ) pendekatan pembelajaran telah
berkembang seiring dengan gelombang pendekatan psikodinamik
yang pada ketika itu sangat mempegaruhi dunia psikologi.
Teori behaviorisme adalah pembelajaran berkaitan dengan
perubahan tingkah laku. Antara tokoh yang terlibat ialah Ivan
Pavlov, Edward Thorndike, John Watson, B.f Skinner dan Albert
Bandura.
Ivan Pavlov membuat kajian terhadap sistem pencernaan anjing
yang telah memberikan satu penemuan dan impak yang besar
kepada teori pembelajaran iaitu konsep pelaziman ia juga dikenali
sebagai pelaziman klasik.
Konsep yang diperkenalkan ialah generalisasi dikriminnasi,
penghapusan dan pembelajaran semula.
Antara aktiviti yang terlibat adalah rangsangan terlazim,
ransangan tidak terlazim, gerak balas terlazim, gerak balas tidak
terlazim.
Golongan mazhab ini menolak pendapat yang menghubungkan
operasi kognitif dengan pemerolehan bahasa.
JOM!!KITA KENALI IVAN PAVLOV….
Nama penuh beliau ialah Ivan Petrovich Pavlov.
Beliau dilahirkan pada 14 Sep 1849 di Ryazan, Rusia Tengah.
Beliau meninggal dunia pada 27 Feb 1936 di Leningrad (Makmal).
Beliau mendapat pendidikan di sekolah seminari teologi,
seterusnya melanjutkan pelajaran di universiti S.t Petersburg
dalam bidang kimia dan fisiologi.
Beliau mendapat gelaran doktor pada tahun 1879. Pavlov
dianugerahkan hadiah ( Nobel ) dalam bidang psikologi or
medicine kajian proses penghadaman pada tahun 1940.
Pavlov telah mengumpulkan dua hukum menurut beliau proses
asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara
rangsangan dan gerak balas.
Kajian beliau adalah berasaskan pada hukum perkaitan yang
diutarakan oleh ahli falsafah yunani awal iaitu Aristotle.
KONSEP KHAS TEORI BEHAVIURISME…
o Behaviurisme merupakan satu mazhab yang penting dalam psikologi
dan masih kekal sebagai satu pendekatan psikologi yang mempegaruh
hingga kini.
o Pavlov mendapati anjingnya mengeluarkan air liur apabila terdengar
bunyi loceng yang sebelumnya telah dipasangkan dengan makanan.
o Kajian pavlov telah membuka jalan kepada prinsip pelaziman klasik
yang sering digunakan untuk mengubahsuaikan tingkah laku manusia.
o Teori ini mengatakan bahawa setiap ransangan akan menimbulkan
gerak balas. Gerak balas ialah apa sahaja tingkah laku yang timbul
akibat daripada rangsangan. Rangsangan pula adalah apa sahaja
bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas.
TEORI PELAZIMAN KLASIK IVAN PAVLOV… Teori pelaziman klasik tentang tingkah laku pembelajaran yang
telah dipelopori oleh Ivan pavlov.
Pada mulanya beliau mengkaji fungsi pencernaan pada anjing
dengan melakukan pemerhatian pada kelenjar air liur. Beliau sedar
anjing akan mengeluarkan air liur sebelum makanan sampai ke
mulutnya dan mencari hubungan timbal balik antara air liur
dengan aktiviti perut, pavlov ingin melihat sama ada rangsangan
luar dapat mempegaruhi proses ini.
EKSPERIMEN PAVLOV…..
KESIMPULAN TEORI IVAN PAVLOV..!!!
Generalisasi – bermaksud rangsangan yang sama akan memberikan
tindak balas yang sama sebagai contoh ali akan menjadi risau setiap kali
ujian kimia akan diadakan. Ali juga risau setiap kali ujian biologi
dijalankan kerana subjek tersebut mempunyai perkaitan. Lalu kerisauan
dalam subjek kimia telah di generalisasikan kepada satu subjek lain iaitu
biologi.
Diskriminasi- berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu
rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain.
Dalam kajian terhadap anjing didapati anjing tersebut hanya bertindak
balas apbila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi
loceng yang lain.
Penghapusan – berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak
disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian pavlov
bunyi loceng tidak disertakan dengan rangsangan tidak terlazim
( daging ). Dalam hal ini, lama kelamaan bunyi loceng tadi tidak
akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur.
Tindak balas akhir akan terhapus.
Penguasaan atau pembelajaran semula- penguasaan atau
pembelajaran semula ialah bagaimana sesuatu organisma belajar
tentang sesuatu gerak balas atau respon baru yang berlaku secara
berperingkat-peringkat. Lebih kerap organisma itu mencuba,
semakin kukuh penguasaan tingkah laku berkenaan.
IMPLIKASI TERHADAP P & P…!!!!!
Menurut teori pelaziman klasik, cara pembelajaran yang sesuai
ialah menggunakan rangsangan tak terlazim :-
a) Guru perlu sedar kaitan antara rangsangan dan gerak balas
boleh dilazimkan dengan cara dipelajari. Sebagai contoh guru ingin
murid-murid tidak mengaitkan mata pelajaran matematik dengan
kesukaran, lalu memberi mereka latihan-latihan yang mudah
apabila mereka beransur mahir guru bolehlah menukar aras
kepada tahap yang sederhana sukar ke aras pembelajaran yang
sukar.
b) Faktor motivasi memainkan peranan yang penting bagi
menghasilkan gerak balas yang diinginkan – dalam hal ini
pemberian ganjaran perlu diberi perhatian sebagai contoh ketika
murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan betul
maka guru boleh memberikan pujian kepadanya atau hadiah
supaya pada waktu pembelajaran yang seterusnya pelajar tersebut
akan menumpukan lebih perhatian di dalam kelas. Namun
sekiranya pelajar tersebut tidak dapat menjawab soalan yang
diberi maka guru perlulah membimbing pelajar tersebut supaya
mereka tidak berasa terpinggir dan seterusnya dapat bersama-
sama memahami tajuk pembelajaran pada ketika itu.
c) Di dalam proses pembelajaran tingkah laku yang dapat dilihat,
diamati, diukur dan dikawal hendaklah diberi perhatian – hal ini
kerana melalui perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh
murid, guru boleh mengambil sebarang tindakan sekiranya ia
dapat dikesan lebih awal. Sebagai contoh sekiranya seorang murid
menunjukkan tingkah laku yang negatif seperti tidak faham
tentang apa yang diajar oleh guru maka guru boleh membuat
pemulihan terhadap dirinya.
d) Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika
peneguhan tidak diberikan – ini bermakna, sekiranya sesuatu
tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep
pemulihan serta –merta dapat membantu seseorang guru
meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
KESIMPULANNYA…………
Teori pembelajaran yang diperkenalkan oleh ivan pavlov telah
menghasilkan satu anjakan paradigma dalam teori pembelajaran
sedia ada.
Mazhab behaviurisme ini merupakan salah satu mazhab yang tidak
melihat peranan akal, tetapi sebaliknya lebih berfokus pada
rangsangan yang diberikan dan gerak balas yang dihasilkan.
Penemuan pavlov yang sangat membantu dalam sejarah psikologi
adalah hasil penyelidikannya tentang gerak balas terlazim.
Pavlov adalah orang yang terbesar pengaruhnya dalam psikologi
moden di samping freud.
RUJUKAN ……
http://teoripembelajaranbehavioris.blogspot.com/20/10/09/teori-pavlov-pelaziman-klasik.html .
http;//www.slideshare.net/noorezayumohdsaid/implikasi-teori-behavioris-dalam-pengajaran-pembelajaran.
LAMPIRAN…..
Sekian terima kasih ….Bye..!!!!!