41
BAHAGIAN 1: ULASAN KRITIKAL Secara berkumpulan (2 atau 3 orang), anda dikehendaki mencari jurnal dan buku mengenai teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan pembelajaran sains kanak-kanak. Seterusnya anda dikehendaki menulis ulasan secara kritis tentang teori-teori tersebut. Bilangan jurnal dan buku yang digunakan hendaklah sekurang-kurangnya berjumlah empat buah. Pembelajaran ialah proses dalaman yang dialami oleh pelajar melalui pengalaman, pengetahuan, dan kemahiran yang diberikan dan membawa perubahan kognitif dan tingkah laku pelajar secara kekal (Esah Sulaiman, 2004). Teori pembelajaran merujuk kepada prinsip- prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajina ahli-ahli psikologi pemeblajaran. Kesedaran sebagai bakal guru sains, adalah amat penting untuk memahami dengan lebih afdal dan terperinci tentang teori-teori pembelajaran sains kanak- kanak. Menurut Syarifah Alwiah (1987), guru merupakan individu yang paling penting dalam menentukan kejayaan pelajar. Dalam pembelajaran sains, terdapat tiga kategori utama di bawah teori pembelajaran yang diterapkan bagi mengajar kanak-kanak tentang ilmu sains dan memahami konsep sains. iaitu teori pembelajaran Behaviorisme, teori Kognitivisme dan juga teori pembelajaran konstruktivisme. TEORI KOGNITIF Teori kognitif adalah berbeza dengan teori pembelajran behaviorisme. Di mana, ahli-ahli psikologi dan rasionalis yang berpendapat bahawa teori kognitif ini melibatkan pembelajaran suatu proses pemikiran di mana, mereka menumpukan proses-proses dalaman yang berlaku kepada otak manusia. Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti mental sperti berfikir, menaakul, menganalisis, 1

TEORI PEMBELAJARAN SAINS

Embed Size (px)

Citation preview

BAHAGIAN 1: ULASAN KRITIKAL

Secara berkumpulan (2 atau 3 orang), anda dikehendaki mencari jurnal dan buku

mengenai teori-teori pembelajaran yang berkaitan dengan pembelajaran sains kanak-

kanak. Seterusnya anda dikehendaki menulis ulasan secara kritis tentang teori-teori

tersebut. Bilangan jurnal dan buku yang digunakan hendaklah sekurang-kurangnya

berjumlah empat buah.

Pembelajaran ialah proses dalaman yang dialami oleh pelajar melalui pengalaman,

pengetahuan, dan kemahiran yang diberikan dan membawa perubahan kognitif dan tingkah

laku pelajar secara kekal (Esah Sulaiman, 2004). Teori pembelajaran merujuk kepada

prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajina ahli-

ahli psikologi pemeblajaran. Kesedaran sebagai bakal guru sains, adalah amat penting

untuk memahami dengan lebih afdal dan terperinci tentang teori-teori pembelajaran sains

kanak-kanak. Menurut Syarifah Alwiah (1987), guru merupakan individu yang paling penting

dalam menentukan kejayaan pelajar. Dalam pembelajaran sains, terdapat tiga kategori

utama di bawah teori pembelajaran yang diterapkan bagi mengajar kanak-kanak tentang

ilmu sains dan memahami konsep sains. iaitu teori pembelajaran Behaviorisme, teori

Kognitivisme dan juga teori pembelajaran konstruktivisme.

TEORI KOGNITIF

Teori kognitif adalah berbeza dengan teori pembelajran behaviorisme. Di mana, ahli-

ahli psikologi dan rasionalis yang berpendapat bahawa teori kognitif ini melibatkan

pembelajaran suatu proses pemikiran di mana, mereka menumpukan proses-proses

dalaman yang berlaku kepada otak manusia. Istilah kognitif merujuk kepada aktiviti-aktiviti

mental sperti berfikir, menaakul, menganalisis, membentuk konsep, menyelesaikan masalah

dan sebagainya. Di dalam teori pembelajaran sains, teori kognitif yang utama ialah,

1

TEORI KOGNITIF

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET

TEORI KOGNITIVISME BRUNER

TEORI KOGNITIVISME AUSUBELTEORI KOGNITIVISME

GAGNE

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET:

Teori perkembangan kognitif Piaget ini diasaskan oleh seorang ahli psikologi kanak-

kanak yang terkenal iaitu Jean Piaget yang lahir pada Ogos 1896 di Neuchatel, Switzerland.

Berasaskan pemerhatian beliau dalam mengkaji perkembangan manusia,beliau telah

menjalankan pemerhatian yang sistematik ke atas tiga orang anaknya di mana beliau

mengaplikasikan prinsip dan metode biologi dalam pemerhatiannya. Menurut piaget, kanak-

kanak yang aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap

perkembangan kognitif iaitu seperti pada rajah dibawah:

Piaget turut mengelaskan pengetahuan kepada pengetahuan fizikal,

logikomatematikal dan juga sosial. Piaget menyatakan bahawa asas untuk pembelajaran

ialah melalui aktiviti-aktiviti yang dialami oleh kanak-kanak itu sendiri ketika berinteraksi

dengan persekitarannya. Melalui pengalaman tersebut kanak-kanak akan memerhati

2

EKUILIBRASI DAN INKUIRI PENEMUAN

terhadap perubahan yang berlaku dan akan bertindak ke atas sesuatu tersebut. Manakala

bagi pengetahuan logikomatematikal pula ianya lebih sofistikated dibentuk ketika pelajar

membentuk perhubungan antara objek-objek dalam mindanya. Pengalaman

logikomatematikal yang diproseskan dalam minda dapat memantapkan lagi proses

operasional seperti pengekalan, pengelasan, penyusunan mengikut turutan, dan ketekalan

logik.

Piaget (1954) percaya bahawa proses adaptasi dilakukan melalui dua cara iaitu

melalui proses asimilasi dan proses akomodasi. Segala maklumat dan pengalaman bukan

sahaja diorganisasikan malahan juga pemikiran diadaptasikan dengan memasukkan idea-

idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman tentang sesuatu perkara. Asimilasi

bermaksud menambah maklumat baru atau memperkaya struktur kognitif sedia ada.

Manakala akomodasi bermaksud mengubahsuai skemata sedia ada untuk memahami

maklumat baru. Akomodasi membawa maksud mengubahsuai skemata sedia ada utuk

memahmi maklumat baru. Apabila kanak-kanak mendapat maklumat baru, maka terjadi

ketidakseimbangan (disequilibrium) dalam pemikiran kanak-kanak tersebut. Oleh yang

demikian, untuk mencapai semula keseimbangan (equilibrium), kanak-kanak perlu membuat

organisasi atau adaptasi pada skemata iaitu struktur kognitif yang mengorganisasikan dan

menginterprestasikan semua pengalaman yang dialami.

Jadi, melalui pengadaptasian ini, struktur pemikiran lama atau juga dikenali sebagai

pengetahuan sedia ada kanak-kanak yang memiliki kerangka alternatif akan ditinggalkan

dan kanak-kanak tersebut akan menerima struktur pemikiran baru yang seiring dan selaras

dengan konsep saintifik. Walau bagaimanapun, ramai pengkaji menyatakan bahawa

perubahan konsep ini tidak akan berlaku dengan mudah dan dalam masa yang singkat. Hal

ini kerana, pengetahuan sedia ada yang mengalami miskonsepsi akan mengalami

penstrukturan yang baru sama ada dari segi penambahan atau penggantian. Manakala

proses penambahan merupakan pengembangan konsep sedia ada kepada suatu konsep

sains yang baru agar lebih bermakna (Gunstone dan Northfield, 1992) menerusi Kajian

Pembinaan Konsep Sains berdasarkan Model Generatif-Metakognitif di Kalangan Pelajar.

Menerusi teori Piaget ini juga, beliau menyatakan bahawa kanak-kanak yang

menyampaikan jawapan yang salah daripada jawapan yang betul dalam mana-mana

pemahaman sains yang diajukan adalah lebih baik. Hal ini kerana, jawapan yang diberikan

oleh kanak-kanak yang berbeza peringkat umur memberikan jawapan yang berlainan bagi

suatu soalan sains yang sama. Menerusi kajian yang dijalankan oleh Piaget juga, didapati

kanak-kanak yang sama umur akan memberikan jawapan yang salah dalam kekerapan

yang sama. Jadi tahap kognitif kanak-kanak dalam bidang sains adalah berbeza mengikut

3

peringkat umur mereka. Kanak-kanak akan lebih faham serta dapat mengaplikasikan

sesuatu konsep sains jika miskonsepsi yang ada dalam skematanya diasimilasikan untuk

mewujudkan skemata yang baru dan betul selaras dengan konsep yang dikemukan oleh ahli

sains.

Di samping itu,menurut Piaget, pengertian seseorang itu mengalami perkembangan

dari lahir sampailah menjadi dewasa. Oleh yang demikian, Piaget berpendapat bahawa

manusia mengalami empat tahap perkembangan dalam proses bagi memahami dunia

persekitaran di mana setiap tahap tersebut berkait rapat dengan peringkat umur dan

mengandungi perbezaan dari aspek pemikiran. Jadual di bawah menunjukkan dengan lebih

jelas lagi berkaitan dengan peringkat umur dan cara pemikiran manusia mengikut peringat

umurnya.

Umur Tahap Cara pemikiran

0 – 2 Deria motorKanak-kanak menggunakan deria motor dan deria yang lain

untuk meninjau dan memahami dunia mereka

2 – 7 Praoperasi

Kanak-kanak pra-sekolah menggunakan keupayaan mereka

berfikir secara simbolik untuk menyelasaikan masalah, tetapi

tahap pemikiran masih tidak mengikut logik dan mudah

diperdaya oleh persepsi yang lain.

7 – 11 Operasi konkrit

Kanak-kanak mula zaman persekolahan.Mereka berfikir

secara logik dan konkrit. Mereka boleh menyelesaikan

masalah secara cuba-jaya (trial-and-error)

12 ke atas Operasi formalRemaja boleh berfikir secara abstrak konsep hipotetikal dan

boleh memikirkan akibat jangka panjang sesuatu aksi.

[SUMBER: HBEF2103 : PSIKOLOGI PENDIDIKAN OUM]

Ketrampilan dan ketajaman dalam membuat pemerhatian suatu objek daripada

perubahan yang berlaku disekiling kanak-kanak itu sendiri dengan cara melihat, mendengar,

merasa dan menghidu yang disertai dengan perhitungan serta pengukuran merupakan

implikasi teori Piaget yang akan membawa kepada penemuan – inkuiri bagi membina

skemata serta pengetahuan sedia ada kanak-kanak bagi mengatasi miskonsepsi. Piaget,

(1975) berpendapat bahawa kegiatan eksplorasi atau juga dikenali sebagai

memanipulasikan masalah yang bersifat konkrit terutamanya bagi kanak-kanak yang berada

pada tahap praoperasi untuk memperolehi pengetahuan fizikal dan juga pengetahuan logik

sains kerana kedua-dua pengetahuan tersebut perlu dialami sendiri oleh kanak-kanak yang

sedang belajar jika dibandingakan dengan pengetahuan sosial (social knowledge) yang

4

dapat diperolehi daripada persekitaran kanak-kanak tersebut melalui pergaulan dengan

kanak-kanak yang lain serta melalui pembacaan tentang ilmu berkaitan sains.

Teori piaget ini secara langsungnya telah membantu guru sains untuk meningkatkan

minat dan kefahaman kanak-kanak untuk belajar sains walaupun menerusi pengalaman

seharian kanak-kanak dan juga persekitaran kanak-kanak itu sendiri. Implikasi teori Piaget

ini terhadap pengajaran dan pembelajaran sains kanak-knak ini meliputi empat aspek utama

iaitu:

Inkuiri-penemuan merupakan kegiatan belajar yang melibatkan secara maksimum

seluruh kemampuan pelajar untuk mencari dan menyelidiki secara sistematik, kritis, logik

dan analisis sehingga mereka dapat merumuskan sendiri penemuannya dengan

kepercayaan pada diri sendiri (W.Gelly et.al.1984). Pendekatan inkuiri-penemuan dalam

sains merupakan alternatif yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman dan

perubahan yang berlaku disekeliling. Secara amnya, inkuiri merupakan aktiviti pencarian

maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan

merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara pendekatan inkuiri-penemuan ini

berlaku ketika konsep dan prinsip utama sains dikaji dan ditemui oleh kanak-kanak itu

sendiri. Kajian yang dijalankan sememang akan lebih mudah jika kanak-kanak diberikan

penekanan terhadap aktiviti hands-on yang menggunakan bahan konkrit bagi membina

pengetahuan dalam minda mereka dan proses ini dinamakan sebagai minds-on. Maka

kanak-kanak akan lebih memahami konsep dan juga prinsip perubahan yang berlaku pada

sesuatu fenomena sekaligus mencapai kesimpulan sendiri. Namun demikian, guru

memainkan peranan sebagai pembimbing kanak-kanak untuk memahami konsep serta

menambahkan pengetahuan fizikal dan logikomatematikal mereka. Namun begitu,

pendekatan inkuiri in tidak sesuai digunakan dalam semua situasi pembelajaran. Hal ini

5

IMPLIKASI

INKUIRI-PENEMUAN

KESESUAIAN PERINGKAT KOGNITIF

LATIHAN OPERASI MENTALMOTIVASI INSTRINSIK

kerana, guru haruslah mendedahkan beberapa konsep dan juga prinsip sains secara

langsung kepada kanak-kanak.

Aktiviti hands-on dan juga minds on yang dijalankan oleh kanak-kanak haruslah

bersesuaian dengan perkembangan kognitif mereka supaya dapat menerima, memahami

dan juga mengadaptasikan konsep yang dipelajari ke dalam skemanya. Sekiranya kanak-

kanak yang berada pada tahap operasi, praoperasi dan juga operasi konkrit, maka aktiviti

yang dijalankan perlulah menggunakan bahan-bahan eksperimen atau alat bantu mengajar

yang bersifat konkrit. Hal ini kerana, kanak-kanak akan lebih faham dan menerima ilmu

sains dengan menggunakan deria memerhati dan mengelaskan contoh-contoh sesuatu

perkara. Misalnya mengelas pemakanan haiwan-haiwan bagi membentuk konsep kumpulan

haiwan. Di samping itu, bagi kanak-kanak yang berada pada tahap operasi formal pula,

aktviti yang melibatkan hands-on dan minds-on ini tidak diperlukan kerana pelajar pada

tahap ini sudah boleh membentuk konsep abstrak dan berupaya untuk berfikri secara

formal. Pelajar yang berapada pada tahap ini juga akan mampu untuk memikirkan pelbagai

alternatif ketika menyelesaikan masalah dan turut mengenal pasti pembolehubah-

pembolehubah penting yang dapat mempengaruhi hasil eksperimen atau aktiviti sains.

Mereka turut mampu untuk berdikari dan berfikiran kreatif melalui kebolehan metakognitif

mereka.

Perkembangan operasi mental pelajar boleh diajar dengan mereka bentuk kegiatan

yang bersesuaian, contohnya penyusunan mengikut tertib, pengelasan dan pengekalan.

Permainan yang berkaitan dengan ilmu sains seperti pengelasan haiwan kepada jenis

pemakanannya. Ini secara tidak langsung akan menjadi satu latihan kepada operasi mental

kanak-kanak tersebut secara logik dan mewujudkan pengetahuan yang lebih meluas. Di

samping itu, guru perlu menyediakan peluang dan ruang yang banyak untuk pelajar berfikir

tentang proses pembelajaran mereka supaya dapat memupuk semangat ingin tahu dalam

sanubari pelajar. Menurut Luke dan Hardy, 1999; (Georghiades,2000) berpendapat bahawa

kesukaran yang dialami oleh pelajar dalam mempelajari sains khususnya dalam

menyelasaikan masalah yang dihadapi dan membina pengkonsepan yng tepat seringkali

membantutkan motivasi pelajar untuk terus mempelajari disiplin ini. Oleh yang demikian,

strageti metakognitif yang efektif untuk merancang, mengatur dan menilai proses

pembelajaran dengan tersusun dan bersistematik memudahkan pelajar menyelesaikan

masalah yang timbul dan membina konsep dengan tepat. Secara tidak langsung kanak-

kanak juga akan mampu mengaplikasikan konsep dan prinsip yang mereka perhatiankan

untuk membina sesuatu yang baru dan mencetuskan pemikiran yang kreatif dan berinovatif.

6

Menurut Posner, et al (1982) yang menyatakan perubahan konsep hanya berlaku

sekiranya memenuhi empat syarat iaitu:

Kanak-kanak atau juga pelajar akan berasa ragu-ragu dan tidak puas hati dengan wujud

dalam diri mereka jika mendapati bahawa sesuatu tidak kena dengan kerangka altenatif

mereka. Jadi ini akan memotivasikan para pelajar untuk menilai kembali dan membuat

perbandingan dengan konsep baru yang dikemukan oleh guru yang bertindak sebagai

pemimpin mereka. Jadi disebabkan perasaan ingin tahu tentang sesuatu konsep sains

dengan lebih terperinci, kanak-kanak akan membincangkan tentang konsep baru yang

diterima dengan pemikiran kendiri bagi memahami dan menemukan konsep baru yang lebih

wajar untuk dipegang bagi menyelesaikan masalah yang timbul dalam situasi yang baru.

Jadi pelajar tersebut akan dapat mencari keseimbangan. Namun demikian, skemata yang

baru haruslah munasabah, bermakna dan difahami dalam pertimbangan kognitif kanak-

kanak.

Menurut Suseela Balakrishnan, et.al (2008) ramai pakar pendidikan psikologi

beranggapan bahawa teori perkembangan kognitif Piaget ini hamper sempurna kepada

sistem perkembangan kognitif manusia. Hal ini kerana, banyak pandangan dan kajian beliau

bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat di dalam otak manusia. Melalui model

pemprosesan maklumat Piaget yang menjelaskan bahawa penerimaan maklumat

bergantung pada pemprosesan dan penterjemahan data sensori dan berupaya menukar

data itu ke dalam bentuk yang boleh disimpan dan diguna semula ketika diperlukan.

Menerusi pembelajaran cara otak manusia memproses maklumat, kita akan dapat melihat

dan mengkaji bagaimana manusia mampu berfikir, berpersepsi, menterjemah dan

mempercayai. Menurut Jean Piaget, kecerdikan sebagai dasar kepada proses yang aktif di

mana manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek, idea

dan pergaulan dengan orang lain disekelilingnya.

7

SYARAT

WUJUD KETIDAKPUASAN

TERHADAP KONSEP ASAL

MUNASABAHBERMAKNA

DIFAHAMI

Jadi, secara konklusinya, teori Piaget dalam pembelajaran sains sangat releven

dengan inkuiri pembelajaran penemuan dan aktif dengan pantas dan elaborasi. Guru tidak

perlu berceramah dan meminta pelajarnya untuk mengingat dan menghafal fakta serta

konsep sains ketika diuji menerusi pentafsiran secara sumatif ataupun formatif. juga dalam

menyampaikan ilmu ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya, pelajar

diharapkan dapat belajar dan memecahkan masalah mereka sendiri dengan bantuan guru

dengan mencari masalah yang berkaitan dengan memahami konsep dan teori sains. Teori

piaget juga turut menekankan proses penyerapan dan proses pengubahsuaian dan beliau

juga menyatakan bahawa perkembangan kognitif ini berlaku berperingkat-peringkat.

TEORI KOGNITIVISME BRUNER:

Jerome Bruner telah dilahirkan pada tahun 1915 dan merupakan seorang ahli

psikologi yang berpengaruh di Amerika Syarikat. Jika Piaget menghuraikan apa yang dapat

dipelajari oleh seorang kanak-kanak pada setiap peringkat perkembangan, Bruner pula

banyak menghuraikan bagaimana seorang kanak-kanak belajar. Menurut Bruner dalam

Frank Swetz & Liew Su Tim (1982), kunci kepada masalah pembelajaran ialah struktur iaitu

yang melibatkan struktur proses pemikiran murid-murid dan struktur tugas yang hendak

dipelajari. Bruner telah mengemukan perkembangan mental manusia terbahagi kepada 3

tahap iaitu:

8

Pada peringkat enaktif, kanak-kanak akan lebih cenderung untuk memanipulasikan

objek yang menarik perhatian mereka. Di mana kanak-kanak pada peringkat umur 0-2 tahun

akan didedahkan dengan pengalaman yang lebih bersifat konkrit untuk memahami sesuatu

konsep. Tahap konkrit ini diaplikasikan dengan memegang objek dan aktiviti yang

menyeronokkan kanak-kanak seperti aktviti drag and drop.

Manakala pada peringkat ikonik pula, kanak-kanak akan mampu untuk menyimpan

maklumat yang bergambar atau penggunaan grafik. Jadi saranan pada peringkat ini ialah

lebih kepada pendekatan yang berkonsepkan gambar dan visual di mana suatu gambaran

kepada pengguna untuk meransang pemikiran logik kanak-kanak dalam pengetahuan sedia

ada mereka. Berkait rapat dengan pemprosesan maklumat, kanak-kanak akan dapat

menyimpan gambar atau visual yang mereka perhatikan melalui persekitaran ke dalam

ingatan jangka pendek mereka. Tetapi jika berlaku pengulangan seperti mereka melukis

atau mewarna sesuatu yang berkaitan dengan warna epal contohnya, kanak-kanak akan

menukarkan maklumat kepada ingatan jangka panjang iaitu warna epal ialah merah terang.

Ini membuktikan bahawa kanak-kanak mampu untuk menceritakan semula apa yang

berlaku dalam proses pembelajaran.

Seterusnya ialah peringkat simbolik memerlukan kanak-kanak untuk mengenali

simbol dan operasi yang lain ( Robert, 2004 dalam Nurul Amirah Mohd Razali, et al (2008) ).

Ini akan dapat membantu kanak-kanak untuk mengembangkan fungsi skemata daripada

pengetahuan sedia ada kepada yang lebih baik. Oleh yang demikian,( Bruner (1966) dalam

9

Nurul Amirah Mohd Razali, et al (2008) ) menyatakan bahawa ketiga-tiga peringkat

perkembangan kognitif tidak boleh terpisah antara satu sama lain, tetapi akan terus

berkembang dalam kehidupan seseorang itu.

Jerome Bruner (1966) dalam Nurul Amirah Mohd Razali, et al (2008) menyatakan bahawa

pembelajaran merupakan proses yang aktif. Ini bermaksud pelajar akan membina

pengetahuannya sendiri atau konsep baru yang berasaskan pengalaman. Pembelajaran akan

lebih berkesan jika pelajar berhadapan dengan tugasan atau masalah yang telah biasa ditemui.

Secara automatik, kanak-kanak akan memahami dan mengingati sesuatu konsep dengan mudah

serta kekal melalui pembelajaran yang bermakna (Abu Hassan Kassim, 2003). Bruner (1960)

menggalakkan pemikiran logik dan cuba jaya oleh pelajar sendiri, dia juga mengutamakan

pembelajaran secara induksi, yakni dari sesuatu yang umum membawa kepada sesuatu yang

khusus dan mengutarakan pembelajaran konsep atau kategori dan hubungannya dengan konsep-

konsep yang lain.

KURIKULUM BERLINGKAR:

Bruner berpendapat bahawa kurikulum haruslah melibatkan penguasaan kemahiran

yang akan memudahkan penguasaan kemahiran yang lebih tinggi. Kemahiran dan

pengetahuan boleh diajarkan kepada pelajar setiap peringkat umur jika bersesuaian dengan

perkembangan kognitif pelajar tersebut. Bruner juga berpendapat bahawa guru dan pelajar

haruslah melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran kerana proses sains adalah lebih

penting daripada hasil sains. Prinsip-prinsip dasar sesuatu ilmu sains akan membuat

pemindahan pengetahuan yang lebih mudah di mana kurikulumnya berpaksikan struktur

pengetahuan seperti fakta, konsep dan teori pembelajaran sains. Ini akan dapat membantu

10

PEMBELAJARAN BRUNER

KURIKULUM BERLINGKAR

PEMBELAJARAN INDUKTIFPEMBELAJARAN

PENEMUAN

pelajar untuk melihat, dapat menghubung kaitkan fakta-fakta yang dilihat dengan betul. Di

samping itu, kanak-kanak daripada peringkat umur yang berbeza juga dapat belajar jika

aktiviti pengajaran dan pembelajaran dipersembahkan dalam bentuk yang tepat dan

kurikulum mestilah bersifat mengimbas kembali dan membangunkan idea-idea yang

berulang (Spiral curriculum).

PEMBELAJARAN INDUKTIF:

Poh Swee Hiang (1997), pembelajaran induktif bermula dengan pengalaman pelajar

yang spesifik dan seterusnya akan menambahkan idea sehingga membentuk idea atau

konsep yang umum sekaligus mendorong pembelajaran yang aktif. Oleh yang demikian,

guru sains diharapkan dapat membantu kanak-kanak memahami konsep, perhubungan dan

pola dalam sains dengan melibatkan pelajar dalam aktiviti yang spesifik. Pembelajaran yang

berasaskan gaya induktif merupakan satu penglibatan proses penaakulan yang tinggi di

mana melibatkan aktviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat kemudian maklumat

tersebut akan digeneralisasikan atau diberikan kesimpulan (Kamarudin Husin & Siti Hajar

Abdul Aziz, 2004).

Pembelajaran secara induktif ini akan mengasah kemahiran kognitif para pelajar

kerana mereka menggunakan keupayaan mental untuk mengenal pasti rumus-rumus atau

konsep-konsep untuk menjadikan sesuatu ayat atau aplikasi konsep dalam sesuatu konsep

sains.

11

PEMBELAJARAN

PENEMUAN

KEUPAYAAN INTELEK

GANJARAN INTRINSIK

HEURISTIK PENEMUAN

INGATAN

Bruner mengemukakan pembelajaran penemuan. Di mana kanak-kanak atau pelajar

akan dikemukakan dengan satu fenomena serta pelajar akan menyiasat bagaimana

fenomena tersebut berlaku. Beliau juga menyatakan bahawa kanak-kanak haruslah diberi

peluang dan ruang untuk menemui sesuatu konsep dengan diri sendiri. Contohnya,

mengapa air terkumpul pada bahagian luar gelas yang mengandungi ais di dalamnya. Jadi

para pelajar dikenhendaki menyiasat mengapa dan bagaimana fenomena tersebut boleh

berlaku. Pelajar akan menyiasat fenomena tersebut menerusi pelbagai sumber maklumat

sama ada daripada buku-buku, perbincangan dengan kawan, perbincangan dengan guru

serta membuat eksperimen melalui pemerhatian dan uji kaji oleh pelajar sendiri.

Pembelajaran penemuan ini akan membantu kanak-kanak belajar cara untuk belajar. Di

mana mereka akan belajar kemahiran menyelesaikan masalah dan inkuiri serta

membolehkannya menyusun dan menggunakan apa yang dipelajari dalam sesuatu situasi

dan konsep yang baru.

Di samping itu, terdapat ganjaran daripada ekstinsik kepada ganjaran intrinsik. Di

mana pembelajaran penemuan telah menukarkan motivasi untuk belajar daripada demi

memuaskan orang lain kepada kepuasan ganjaran dalaman iaitu memuaskan diri sendiri.

Pembelajaran penemuan ini turut memberikan peluang kepada kanak-kanak atau pelajar

untuk mempelajari heuristik penemuan atau juga dikenali sebagai swikaji. Menurut Bruner,

heuristik ini bermakna kaedah seseorang untuk mencari sesuatu untuk dirinya sendiri. Di

mana, pembelajaran melalui latihan menyelesaikan masalah dan usaha penemuan untuk

mencari sesuatu untuk dirinya sendiri. Kaedah ini lebih berkesan daripada kaedah trial and

error di mana kanak-kanak cekap dalam heurisik penemuan yang membawa kepada

keberkesanan keputusan yang diambil dalam penyelesaian masalah serta keputusannya

turut dapat menyegerakan penyelesaian. Menerusi pembelajaran penemuan yang dipopulari

oleh Bruner juga turut dapat membantu proses ingatan kerana pengetahuan yang dihasilkan

melalui penemuan lebih senang diingati dan lebih senang diingat kembali apabila

diperlukan.

12

Teori Pembelajaran Behavioris

Teori pembelajaran behavioristik adalah satu teori yang mengatakan bahawa

perubahan tingkah laku sebagai hasil daripada pengalaman. Seseorang dianggap telah

belajar seuatu jika dia dapat menunjukkan perubahan tingkah lakunya. Menurut teori ini, apa

yang penting dalam proses pembelajaran ialah input yang merupakan rangsangan (R) dan

output yang merupakan gerak balas (G). Rangsangan adalah segala yang disampaikan oleh

guru kepada murid manakala gerak balas pula adalah reaksi atau tanggapan murid terhadap

rangsangan yang diberikan oleh guru.

Pendekatan dalam teori pembelajaran behavioris menekankan pertalian di antara

rangsangan (R) dengan gerak balas (G). Pembelajaran hanya akan berlaku sekiranya

pertalian di antara R-G terbentuk yang bermaksud tingkah laku manusia dikendalikan oleh

ganjaran atau penguatan dari persekitaran. Terdapat dua jenis teori behaviorisme iaitu

pelaziman klasik (tanpa peneguhan) dan pelaziman operan (dengan peneguhan).

Teori Pelaziman Klasik

Teori pelaziman klasik oleh Ivan P. Pavlov melalui kajian beliau menggunakan anjing,

lonceng dan makanan. Dalam kajian ini Pavlov memverikan makanan

kepada anjing. Pada mulanya, apabila anjing diberi makanan anjing itu

bergerak balas dengan mengeluarkan air liur kerana sudah terbiasa

mencium aroma makanan. Seterusnya, anjing dibunyikan lonceng tetapi

anjing tidak mengeluarkan air liur kerana belum terbiasa dengan bunyi

lonceng. Kemudian anjing diberikan makanan dan pada masa yang

sama lonceng dibunyikan. Didapati anjing itu bergerak balas dengan

mengeluarkan air liur. Pada mulanya penghasilan air liur anjing itu berlaku kerana ada

makanan. Apabila hal ini dilakukan secara berterusan maka jika hanya dibunyikan lonceng,

anjing itu akan mengeluarkan ar liur. Anjing itu menjadi terlazim atau terbiasa untuk

mengaitkan bunyi lonceng dengan kehadiran makanan, sama ada makanan diberikan atau

tidak.

13

Oleh itu, keputusan yang diperoleh dari kajian pelaziman klasik ini mempunyai

implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah iaitu pembelajaran boleh

berlaku dengan menggantikan satu rangsangan dengan rangsangan yang lain. Justeru, Ivan

Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran berlaku akibat daripada rangsangan yang telah

diterima oleh seseorang. Setiap rangsangan yang diterima pula akan menimbulkan suatu

gerak balas. Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas

mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.

Kesimpulan yang dibuat daripada teori Pavlov ialah :

1) Penguasaan (Acquisition)

Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas atau respons

baru berlaku berperingkat-peringkat. Juga lebih kerap organisme itu mencuba, lebih kukuh

penguasaan berkenaan. 

2) Generalisasi (Generalisation)

Dalam eksperimennya, Pavlov juga telah menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada,

tetapi anjing itu masih mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa sesuatu organisme

yang telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim (RTT seperti

loceng) juga akan menghasilkan gerak balas terlazim (GT = keluar air liur) walau pun

rangsangan itu berlainan atau hampir sama (iaitu, nada loceng yang berlainan). Dengan

perkataan lain, organisma itu dapat membuat generalisasi bahawa bunyi yang berlainan

atau hampir sama mungkin diikuti dengan gerak balas (makanan).

3) Diskriminasi (Discrimination)

Pavlov juga dapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng, anjing itu masih

mengeluarkan air liur. Bila nada bunyi loceng itu jauh berbeza daripada bunyi loceng yang

asal, anjing berkenaan tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme

berkenaan dapat membezakan atau mendikriminasi antara rangsangan yang dikemukakan

14

dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas. Iaitu, sesuatu organisme

berkebolehan untuk bergerak balas kepada sesuatu rangsangan tetapi tidak kepada

rangsangan yang lain.

4) Penghapusan (Extinction)

Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak

terlazim (makanan), lama kelamaan organisme itu tidak akan bergerak balas. Iaitu, gerak

balas berperingkat-peringkat terhapus.

Implikasi Teori Pavlov dalam Pengajaran-Pembelajaran

Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui latihan.

Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas,semakin kukuh gerak

balas terlazim itu. Sebagai contoh, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali

murid membuat hasil kerja yang baik (gerak balas), maka gerak balas tersebut (hasil kerja

yang baik) akan dapat diteruskan walaupun tiada pujian daripada guru.Dalam proses

pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku di mana murid dapat melakukan tingkah laku

yang sama di dalam situasi yang berlainan. Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan

konsep wang yang dipelajari di kelas ketika proses jual beli di kantin atau di kedai buku

sekolah. Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak

diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui

ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Apabila seseorang guru

berhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya mungkin akan merosot. Oleh itu, konsep

pemulihan serta merta dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan

pengajarannya dengan memberikan insentif semula kepada murid-murid dengan

mempelbagaikan hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar dan projek bagi meningkatkan semula

semangat ingin belajar di kalangan murid-murid.

Menurut J.B. Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerak balas

yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Beliau telah melaksanakan eksperimen

terhadap seorang bayi yang bernama Albert dimana bayi itu dibiarkan bermain dengan

seekor tikus putih. Ketika Albert sedang bermain, Watson membunyikan ketukan yang kuat.

Gandingan dua perkara ini dibuat berulang-ulang kali. Oleh itu, Albert terkejut dan terus

menjadi takut kepada tikus putih. Justeru, Albert mengaitkan tikus putih dengan bunyi yang

mengejutkan. Oleh itu, persepsi Albert akan menjadi takut kepada semua benda putih yang

berbulu termasuk rambut Watson dan muka Santa Klaus.

15

Watson telah memperkenalkan dua prinsip iaitu prinsip kekerapan dan prinsip

kebaruan. Prinsip kekerapan menekankan bahawa semakin kerap seseorang menunjukkan

suatu respons terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan

memberikan respons (gerak balas) yang sama terhadap rangsangan tersebut.Prinsip ini

membawa implikasi bahawa murid perlu memahami dan mengulangkaji setiap tajuk dalam

sesuatu mata pelajaran dengan kerap bagi mengingati kembali konsep-konsep pelajaran

dengan mudah. Prinsip kebaruan pula menegaskan bahawa semakin baru respons

seseorang terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan

memberikan respons atau gerak balas terhadap rangsangan itu. Ini  bermakna, setiap murid

perlu membuat ulang kaji dengan sempurna sebelum menempuh peperiksaan bagi

membolehkan mereka mengaplikasikan konsep-konsep yang diulang kaji. Sekiranya

sesuatu tajuk itu lama tidak diulangkaji, ia akan terhapus daripada ingatan begitu sahaja.

Implikasi Teori Watson dalam Pengajaran-Pembelahajaran

Seorang guru perlu memberikan latihan dengan kerap untuk mengukuhkan ingatan

murid. Selain itu, minat murid juga boleh ditimbulkan dan dihapuskan. Guru yang mengajar

dengan pelbagai alat bantu mengajar dan mengelola pelbagai jenis aktiviti akan dapat

menimbulkan minat murid terhadap pengajarannya dan seterusnya menyebabkan murid

ternanti-nanti kemunculan guru berkenaan untuk mengajar mereka. Sebaliknya, minat murid

terhadap sesuatu mata pelajaran akan berkurangan sekiranya didapati pengajaran guru

tersebut tidak menarik atau membosankan. Guru juga perlu menggunakan rangsangan yang

boleh memotivasikan murid seperti mewujudkan persekitaran yang kondusif dan kaya

dengan bahan pengajaran bagi mendorong mereka berminat untuk belajar.

Teori Pelaziman Operan

Berbanding dengan teori pelaziman klasik di mana gerak balas hanya akan berlaku

selepas diberi rangsangan, teori pelaziman operan pula mengatakan bahawa gerak balas

berlaku sebelum rangsangan. Tokoh yang memperkenalkan teori pelaziman operan ialah

Edward. L. Thorndike dan Burrhus Frederic Skinner.

16

Thorndike telah memperkenalkan teori beliau iaitu teori cuba-ralat di mana beliau

telah melaksanakan satu eksperimen untuk mengkaji perkaitan antara gerak balas dengan

rangsangan. Dalam kajian tentang perkaitan gerak balas dengan rangsangan, Thorndike

melakukan eskperimen terhadap seekor kucing. Beliau mengurungkan  seekor kucing yang

lapar dalam sebuah sangkar yang di dalamnya terletak satu tuil yang berfungsi sebagai

anak kunci untuk membuka pintu sangkar tersebut. Thorndike juga telah meletakkan

semangkuk makanan di luar sangkar yang digunakan untuk rangsangan terhadap kucing itu.

Berdasarkan pemerhatian Thordnike, kucing yang lapar itu melakukan pelbagai tindakan

untuk melepaskan diri dalam sangkar, dan tiba-tiba terpijak tuil yang membuka pintu

sangkar tersebut dan terus menuju ke arah makanan yang disediakan. Kucing tersebut

dimasukkan semula dan eskperimen ini diulang sehingga kucing telah berjaya mempelajari

cara membuka pintu sangkar.

Percubaan tersebut menghasilkan teori cuba-ralat (Trial dan Error). Beliau

mengatakan pembelajaran adalah proses cuba-ralat.Proses cuba-ralat ini juga dikenali

sebagai proses cuba jaya. Latihan yang dilakukan secara berulang-ulang akan

menyebabkan gerak balas yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin

berkurangan. Manakala perhubungan antara rangsangan dan gerak balas akan semakin

kukuh. Gerak balas operan berlaku secara sendiri dan jika mendapat hasil yang berkesan, ia

akan dikukuhkan dan dikekalkan. Ini bermakna apabila ganjaran diberi, gerak balas yang

terhasil akan berulang kerana sudah berlakunya proses pembelajaran. Tetapi jika ganjaran

tidak diberikan, gerak balas tersebut akan hilang secara perlahan-lahan. Oleh itu, guru perlu

menyediakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan

mengagumkan agar proses pembelajaran yang berkesan boleh berlaku. Perhubungan di

antara rangsangan dan gerak balas dapat berlaku berdasarkan kepada bilangan kali latihan,

keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan. Terdapat tiga hukum pembelajaran

Thorndike iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihandan Hukum Kesan.

Hukum kesedian ialah keupayaan persiapan seseorang individu untuk memulakan

aktiviti pembelajaran. Dalam hukum ini, apabila seseorang pelajar bersedia untuk belajar,

maka pembelajarannya akan menghasilkan kepuasan. Misalnya, jika seorang kanak-kanak

berasa senang atau tertarik dengan kegiatan jahit-menjahit, maka dia akan cenderung

mengerjakannya. Apabila hal ini dilaksanakan, ia merasa puas dan belajar menjahit akan

menghasilkan prestasi memuaskan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah yang mungkin timbul dalam

hukum kesediaan ini dimana apabila kecenderungan terjadi dan individu tersebut

17

melakukannya, maka ia akan merasa puas, tetapi tindakan lain tidak akan dilakukannya.

Masalah kedua ialah, jika seseorang pelajar bersedia untuk belajar, tetapi tidak dapat

melakukannya, maka timbullah perasaan ketidakpuasan. Akibatnya, ia akan melakukan

tindakan lain untuk mengurangi atau meniadakan ketidakpuasannya. Masalah ketiga ialah,

apabila seseorang pelajar tidak bersedia untuk belajar, tetapi dipaksa untuk belajar, maka ia

juga akan menghasilkan ketidakpuasan. Akibatnya ia akan melakukan tindakan lain untuk

mengurangkan atau meniadakan ketidakpuasannya.

Hukum latihan pula menyatakan bahawa semakin banyak latihan tertentu dijalankan,

semakin bertambah kukuh ikatan atau asosiasi gerak balas dengan rangsangan yang

berkaitan. Prinsip ini menunjukkan bahawa pinsip utama dalam pembelajaran adalah latihan

atau ulangan. Semakin sering diulangi, bahan pembelajaran akan semaki dikuasai.

Manakala Hukum Kesan menyatakan bahawa pertalian antara rangsangan dengan gerak

balas akan bertambah kukuh sekiranya individu memperolehi kesan yang memuaskan

selepas gerak balasnya dihasilkan. Sebaliknya, jika kesan pengalaman itu menyakitkan,

gerak balas tersebut akan lenyap. Oleh itu, Thorndike berpendapat pemberian ganjaran

merupakan cara yang berkesan untuk membentuk tingkah laku yang diharapkan.

Implikasi Teori Thorndike dalam Pengajaran-Pembelahajaran

Untuk meningkatkan, tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi

yang sesuai. Guru juga harus memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta

pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan demi mengukuhkan pertalian antara

rangsangan dan gerak balas. Selain itu, guru boleh memberi ganjaran atau peneguhan

untuk respons atau gerak balas yang betul daripada pelajar. Guru harus memberi peluang

kepada pelajar untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka.

 Juster itu, guru berperanan mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan

dengan memberi ganjaran, motivasi dan menyediakan peluang yang sama rata untuk

semua murid supaya mereka terdorong untuk belajar. Guru juga perlu memastikan tugasan

yang diberi tidak terlalu tinggi supaya murid dapat menyelesaikannya dengan perasaan

puas hati seterusnya dapat meningkatkan motivasi mereka untuk belajar. Di samping itu,

guru boleh memberikan peluang kepada murid untuk menikmati kejayaan yang diperolehi

dalam pembelajaran mereka. Guru tidak boleh memandang rendah terhadap kejayaan yang

telah dicapai oleh murid malah guru perlu memberikan sokonganyang padu supaya mereka

tidak mudah putus asa dan akan terus mencuba utnuk mencapai kejayaan yang mereka

ingini.

18

B. F. Skinner menganggap reward dan reinforcement merupakan faktor penting

dalam belajar. Dalam teori pelaziman operan ini, suatu tingkah laku (gerak balas) akan

menghasilkan rangsangan sebagaimana eksperimen beliau ke atas seekor tikus yang

berada di dalam sebuah kotak. Tikus itu telah belajar bahawa gerak balas menekan tuas

akan menghasilkan makanan memperoleh makanan.

Menurut Skinner, apabila suatu gerak balas yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang

mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Satu stimuli yang sesuai diberi sebaik

sahaja wujud tingkah laku operan itu. Stimuli tersebut dinamakan sebagai ‘peneguhan’.

Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Dalam

peneguhan positif. Frekuensi atau kekuatan gerak balas ditingkatkan dengan pemberian

suatu rangsangan yang menyeronokkan apabila gerak balas yang diingini dibuat.

Peneguhan negatif juga boleh meningkatkan kadar gerak balas, tetapi caranya ialah dengan

mengaitkan sesuatu gerak balas tertentu dengan penamatan atau pengelakan sesuatu

rangsangan yang tidak menyenangkan.

Hukuman atau denda dikenakan pula bertujuan untuk menghentikan suatu tingkah

laku yang tidak diingini. Manakala tujuan peneguhan positif dan peneguhan negative adalah

menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku, sama ada diingini atau

tidak diingini, dan bukan digunakan untuk menyekat atau menghentikannya, seperti yang

dilakukan dengan mengenakan denda terhadapnya. Penghapusan boleh berlaku sekiranya

rangsangan tidak ;agi mengikuti gerak balas yang dipelajari.

Implikasi terhadap pengajaran pembelajaran.

Peneguhan positif boleh dilakukan dengan pemberian ganjaran seperti hadiah atau

peneguh sosial seperti senyuman dan pujian kepada pelajar yang berkelakuan baik,

berprestasi baik dalam pelajaran atau menunjukkan kemajuan yang memuaskan.

Peneguhan negatif pula mebolehkan pelajar mengelakkan diri daripada akibat yang tidak

diingini seperti berasa malu (R), maka dia akan berusaha mengingati konsep sains sebelum

19

ke sekolah (G) supaya dapat menjawab soalan yang mungkin ditanya oleh guru nanti.

Pelajar yang menggangu kelas (G) boleh dihadapkan dengan hukuman ditahan selama satu

jam selepas kelas (R). Tujuannya adalah untuk mengurangkan atau menghentikan masalah

gangguan kelas. Akan tetapi, hukuman tidak digalakkan kerana hanya bersifat sementara

dan tingkah laku pelajar tersebut kerap kali akan menjadi punca gangguan dalam kelas

serta menyebabkan pelajar berasa benci dan dendam terhadap guru atau sekolah.

Teori Pembelajaran Ausubel

David Ausubel telah mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia

memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada

pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Pendedahan. Ausubel

berpendapat bahawa pembelajaran penemuan terlalu memakan masa kerana kanak-kanak

perlu belajar sains yang perlu mereka ketahui dalam masa singkat yang diperuntukkan

untuk pembelajaran sains dalam sekolah rendah. Ausubel juga mengemukakan

pembelajaran lisan bermakna (meaningful verbal learning). Konsep Penyusunan Awal.

Pembelajaran bermakna adalah suatu proses di mana maklumat baru dihubungkan dengan

struktur pengertian sedia ada pelajar. termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan

hubungan antara idea yang dikenali sebagai Oleh hal yang demikian pembelajaran verbal

adalah sangat penting dan amat berkesan diterapkan untuk pelajar-pelajar berumur sebelas

hingga dua belas tahun. Teori yang dikemukan oleh Ausubel ini sesuai diaplikasikan kepada

pelajar yang mempunyai pengetahuan sedia ada. Hal ini akan mendorong kepada

pembelajaran yang bermakna dimana ia terjadi apabila murid boleh menghubungkan

fenomena baru ke dalam struktur pengetahuan mereka. Ini bermaksud, bahan subjek itu

mesti sesuai dengan keterampilan murid dan mesti dikaitkan dengan konsep-konsep yang

sudah dimiliki murid, sehingga konsep-konsep baru benar-benar dapat diserap. Dengan

demikian faktor intelektual-emosional murid terlibat dalam kegiatan pembelajaran. Menurut

Ausubel, hafalan fakta perlu dielakkan kerana tidak dianggap sebagai pembelajaran

bermakna sebaliknya pelajar perlu bersikap aktif dalam memanipulasikan idea-idea yang

diterima daripada guru.

Ausubel telah mengemukakan model pembelajaran pendedahan atau ekspoistori

dimana guru bertanggungjawab untuk mendedahkan bahan pembelajaran yang bermakna

untuk diikuti dan difahami oleh pelajar. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya

20

berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada spesifik atau daripada prinsip

kepada contoh. Selanjutnya beliau mencadangkan supaya guru menggunakan pengelola

awal (advance organizer) sebagai langkah pertama untuk pelajaran pendedahan.

Pengelola awal merupakan maklumat pengenalan yang relevan tentang isi

kandungan yang akan disampaikan dalam pelajaran dan bertujuan untuk menyesuaikan

skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optimal berlaku.

Pengelola awal ini pula terdiri daripada dua jenis iaitu Pengelola Awal Berjenis Pendedahan

dan Pengelola Awal Jenis Perbandingan. Pengelola Awal Berjenis Pendedahan digunakan

pada permulaan pembelajaran kerana ia menyampaikan beberapa generalisasi yang luas di

mana isi-isi terperinci akan ditambah. Sebagai contoh, guru memaparkan peta konsep

tentang kesluruhan tajuk yang ingin disampaikan. Itulah sebabnya, teori pembelajaran ini

bersifat deduktif iaitu daripada umum kepada spesifik. Pengelola Awal Jenis Perbandingan

pula digunakan untuk membandingkan bahan baru dengan apa yang telah diketahui dengan

cara menitikberatkan persamaan di antara kedua-dua bahan dan menunjukkan maklumat

yang akan dipelajari.

Implikasi terhadap pengajaran pembelajaran.

Prinsip pengajaran dan pembelajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran

dimana guru menggunakan pembelajaran resepsi iaitu penerimaan atau model pengajaran

pendedahan kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang lengkap dalam susunan

yang teratur seperti dalam keadaan kuliah. Ia juga membolehkan pelajar mengikuti

pembelajaran secara berkesan. Selain itu, guru juga menggunakan pengelola awal dalam

pengajaran untuk menggalakkan pelajar mengingat semula konsep yang telah dipelajari dan

mengaitkan dengan konsep baru yang akan dipelajari serta mengingatlan mereka tentang

perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran. Tambahan pula penggunaan

pengelola awal boleh menjadi motivasi pembelajaran kepada pelajar di peringkat permulaan.

21

Teori Pembelajaran Robert Gagne

Tokoh seterusnya iaitu Teori Pembelajaran Gagne dikenali sebagai teori

pemprosesan data atau maklumat. Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas

menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat iaitu bergerak daripada peringkat

paling mudah kepada peringkat paling kompleks. Setiap individu menilai input dari

persekitarannya, mengenkod dan memindahkannya kepada tindak balas tertentu. Gagne

mengasaskan satu hierarki pembelajaran berdasarkan peringkat-peringkat pembelajaran

yang spesifik iaitu pembelajaran isyarat, pembelajaran gerak balas, pembelajaran rangkaian

motor, pembelajaran bahasa, pembelajaran diskriminasi, pembelajaran konsep,

pembelajaran prinsip dan penyelesaian masalah. Menurut Gagne pemeringkatan

pembelajaran penting bagi membantu pembelajaran pada setiap peringkat serta

penyususnan penyampaian pengajaran dan pembelajaran dari peringkat asas kepada

kompleks.

Menurut Gagne, pembelajaran isyarat iaitu individu mempelajari gerak balas

terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, apabila pelajar mendengar loceng sekolah berbunyi

pada pukul 10.00 pagi, mereka mengetahui bahawa masa rehat telah tiba. Seterusnya

pembelajaran gerak balas iaitu proses peneguhan penting dalam pembelajaran gerak

balas iaitu guru memberikan peneguhan dalam bentuk pujian atau motivasi ekstrinsik.

Misalnya guru memberi peneguhan kerana kerja tulisan Siti semakin kemas dan baik.

Mengikut Gagne,rangkaian motor merupakan rangkaian yang digunakan dalam kemahiran

seperti penulisan, dan mengendalikan eksperimen. Pembelajaran pertalian

bahasa mengaitkan lebih daripada satu rangsangan untuk menghasilkan tindak balas

misalnya pelajar dapat menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan

sebutannya. Pembelajaran diskriminasi ialah setiap individu akan menghasilkan tindak

balas yang berbeza. Contoh pembelajaran diskriminasi ialah pelajar membezakan sejenis

haiwan dengan haiwan yang lain seperti reptilia dengan mamalia.Pembelajaran

konsep pula berlaku selepas peringkat pembelajaran rangkaian, pertalian bahasa dan

diskriminasi.Contohnya, untuk mempelajari mengenai reptilia, pelajar perlu mengetahui ciri-

ciri asas reptilia dan cara ia membiak. Pembentukan konsep bermula dengan prinsip

diskriminasi iaitu mengenali secara tepat. Selain itu, pembelajaran hukum melibatkan

penggabungan dua atau lebih konsep berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian. Jenis

pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip, teori dan generalisasi. Peringkat

pembelajaran penyelesaian masalah merupakan peringkat akhir. Pembelajaran ini

melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk

meyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru dan merupakan peringkat yang paling

22

sukar dan kompleks. Terdapat langkah-langkah yang spesifik dalam proses penyelesaian

masalah iaitu mengenal masalah, mencari maklumat, membuat hipotesis, memilih cara

menyelesaikan masalah, menguji hipotesis dan membuat rumusan.

Selain itu, Gagne juga telah mengemukakan domain pembelajaran iaitu lima jenis

hasil pembelajaran yang akan dicapai oleh murid dalam sesutau pembelajaran yang

dijalankan iaitu kemahiran intelek, strategi kognitif, maklumat berbahasa, kemahiran motor

dan sikap. Kemahiran intelek merujuk kepada kebolehan berinteraksi dengan persekitaran

dengan menggunakan simbol konsep. Contohnya, mengenal pasti pepenjuru sebuah

segiempat..strategi kognitif pula merujuk kepada kebolehan mengawal tingkah laku sendiri

untuk belajar, mengingati dan berfikir. Seterusnya maklumat berbahasa pula bermaksud

perkembangan maklumat dengan menggunakan bahasa manakala kemahiran motor pula

merujuk kepada kemahiran manipulatif dan menjalankan kerja rutin. Hasil pembelajaran

murid dari segi sikap adalah perubahan sikap murid terhadap objek, orang lain, situasi atau

perubahan dalam domain afektif.

Implikasi Teori Gagne dalam Pembelajaran

Implikasi Teori Gagne terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah guru perlu

menekankan sistem pembelajaran harus bermula daripada yang mudah kepada rumit.

Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menurut hierarki kemahiran

kecerdasan dan syarat di depan adalah syarat mutlak menguasai jenis pembelajaran

kemudian. Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran dan pembelajaran mestilah

dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui rangkaian. Sebagai contoh

pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian yang berulang kali lebih diingati oleh

pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa pembacaan teks.

23

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME:

Constructivism dalam bahasa Inggeris di mana kata dasarnya ialah construct yang

bermaksud membina. Konstruktivisme merupakan teori yang menganggap bahawa

pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda pelajar tetapi dibina dalam minda berdasarkan

pengalaman sebenar pelajar.(Poh Swee Hiang, 1997). Manakala menurut Borich dan

Tombari (1997), dalam bukunya Educational Psychology. A Contemporary Approach

(ms.177), ialah

“ constructivism is an approach to learning in which learners are provided the

opportunity to construct their own sense of what is being learned by building internal

connections or relationship among the ideas and facts being taught.”

[SUMBER:http://sharapsikomtpm.blogspot.com/

2012/08/teori-pembelajaran-konstruktivisme-

dan.html]

Jadi, dalam definisi ini, mereka menjelaskan bahawa konstruktivisme merupakan

pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina

kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan

(dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Oleh itu, konstruktivisme juga

dikenali sebagai fahaman “binaan”. Penerokaan dalam bidang sejarah dan sfalsafah sains

serta sumbangan model-model baru dalam bidang psikologi kognitif telah mengubah

perspektif pengajaran dariapda model transmisi kepada pembinaan pengetahuan oleh

pelajar (Carr et al,1994 dalam Azman bin Omar,2010).

Menurut Lock (1947), konstruktivisme dalam pendidikan merupakan minda boleh

menggabungkan idea sedia ada dan menghasilkan idea baru dan kompleks. Manakala

Naylor & Keogh (1999) berpendapat bahawa konstruktivisme dalam pendidikan merupakan

prinsip asas kepada pendekatan ini ialah pelajar hanya boleh memahami situasi baru

berasaskan pengetahuan sedia ada. Pembelajaran melibatkan proses aktif yang

memerlukan pelajar membina makna dengan cara menghubungkan idea baru dengan

pengetahuan sedia ada. Konstruktivisme timbul daripada anjakan paradigm teori

24

behaviorisme kepada teori kognitivisme (Gagnon & Collay, 2001 dalam Azman bin Omar,

2010).

Jadi dapat disimpulkan secara umumnya bahawa pembelajaran konstruktivisme

adalah berkaitan dengan penglibatan aktif pelajar dalam membina kefahaman. Berbanding

dengan teori pembelajaran konstruktivisme, konstruktivisme yang menyatakan bahawa

pengetahuan tidak boleh diterima secara pasif tetapi dibina oleh individu yang berfikir (Von

Glasersfeld 1995 dalam Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros & Mohd Ali

Samsuddin, 2006). Konstruktivisme memindahkan fokus daripada pengetahuan sebagai

produk ataupun hasil pembelajaran kepada mengetahuinya sebagai satu proses. Dalam

proses perspektif konstruktivisme, pengetahuan bukan suatu yang wujud di luar diri individu

tetapi sebenarnya dibina oleh individu. (Zurida Ismail et al, (2006)).

PEMBELAJARAN DARIPADA PERSPEKTIF KONSTRUKTIVISME:

Pelajar merupakan kaya dengan pengalaman pengetahuan dan kepercayaan

tersendiri tentang sesuatu situasi atau fenomena yang berlaku di dalam dunia ini. Dengan

berpandukan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif pelajar, mereka dapat

menjadikan pengetahuan serta pengamalan yang sedia ada untuk membentuk pengetahuan

yang baru serta menjadi asas pembinaan makna yang baru. Ini turut melibatkan proses

membina perhubungan dengan pengetahuan sedia ada secara aktif di mana melibatkan

proses penjanaan, pemeriksaan dan penstrukturan semula idea dan hipotesis.

Pembelajaran sains turut melibatkan organisasi yang radikal di samping menambah dan

mengembangkan konsep sedia ada. Namun begitu, pemahaman terhadap sesuatu

pembaharuan skemata dapat diterima mahupun ditolak selepas dibina. Guru yang

memainkan peranan bagi mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar dan membina

kefahaman berdasarkan pengetahuan sedia ada supaya para pelajar akan lebih faham.

Pembelajaran melalui konflik kognitif akan mencapai kefahaman yang lebih efektif. Di

mana melalui kaedah ini pelajar akan menimbang semula pengetahuan dan kefahaman

sedia ada bagi menyelesaikan masalah kognitif yang perlu disempurnakan (Jenkins 2000,

605, dalam Zurida Ismail et al, 2006). Strike dan Posner, 1985 dalam Zurida Ismail et al,

2006, menegaskan bagi memastikan perubahan kefahaman konseptual berlaku, guru-guru

perlu menimbulkan rasa tidak puas hati pelajar tentang kefahaman dan pengetahuan sedia

ada suatu konsep yang sedang dipelajari. Perasaan ini akan menjadi satu ransangan

kepada para pelajar untuk mengkaji dan mempertimbangkan penjelasan alternatif tentang

sesuatu permasalahan.

25

Pengetahuan individu berkenaan alam sekeliling berkait rapat dengan pengalaman

dan dipermudahkan melalui interaksi (bahasa) dengan orang lain (Von Glaserfeld 1989,

dalam Zurida Ismail et al, 2006). Di mana pelajar didedahkan dengan pembelajaran

konstruktivisme secara koperatif. Pelajar digalakkan untuk bekerjasama dalam satu

kumpulan yang kecil untuk menyelesaikan masalah yang telah diberikan sekaligus dalam

masa yang sama juga, mereka akan turut mencapai matlamat yang sama. Hasil

pembelajaran bersandar bukan sahaja kepada persekitaran pembelajaran, malahan juga

kepada pengetahuan sedia ada, sikap dan matlamat pelajar.

PENDEKATAN PENGAJARAN KONSTRUKTIVISME:

[SUMBER: Zurida Ismail et al ,2005 dalam Buku Kaedah Mengajar Sains, ms 14]

Model Konstruktivisme 5-Fasa Needham merupakan satu model yang digunakan

oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Fasa orientasi merupakan fasa yang

akan mencetuskan minat pelajar untuk meneroka lebih jauh tentang pelajaran yang akan

26

MODEL KONSTRUKTIVISME 5

FASAORIENTASIPENCETUSAN IDEAPENSTRUKTURAN SEMULA IDEAAPLIKASI IDEAREFLEKSI

MODEL PENGAJARAN GENERATIF

PERMULAANMEMFOKUSMENCABARAPLIKASI

MODEL PENGAJARAN INTERAKTIF

PERSEDIAANPENGETAHUAN SEDIA ADAAKTIVITI PENEROKAANPENYOALANPENYIASATANPENGETAHUAN BARUREFLEKSI

dipelajari. Dalam fasa ini, pelbagai aktiviti yang melibatkan hands-on bagi menarik minat

pelajar terhadap pelajaran yang akan dipelajari. Manakala dalam fasa pencetusan idea pula.

Pelajar digalakkan bertukar-tukar pendapat dengan rakan sebaya mereka. Hal ini akan

membantu pelajar untuk meninjau semula idea asal mereka. Fasa penstrukturan semula

idea, guru digalakkan merancang aktiviti yangsesuai untuk membantu pelajar mengubah

idea asal mereka. Pelajar diberikan peluang dan ruang untuk mencabar idea asal mereka

sendiri dan juga idea rakan-rakan. Idea baru yang dibina serta disampaikan oleh rakan-

rakan yang mudah difahami dan berguna akan mudah diterima oleh para pelajar. Dalam

fasa aplikasi idea, pelajar boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan

masalah dan menerangkan fenomena serta sebarang situasi yang berkaitan dengan idea-

idea itu. Fasa refleksi merupakan satu fasa di mana pelajar akan membandingkan idea asal

mereka dengan idea baru serta merenung kembali proses pembelajaran yang telag

mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Ini turut memperkembangkan kemahiran

meta-kognitif para pelajar. (Azman Omar, 2010).

Model pengajaran generatif pula lebih kepada pembandingan pandangan pelajar

dengan pandangan yang dikemukakan oleh sainstis. Masalah yang diperkenalkan ke atas

konsep saintis ini berbeza daripada idea asal pelajar agak pelajar dapat mengubah suai idea

apa yang telah diketahuinya. Dalam fasa persediaan, guru meninjau pendapat pelajar

secara tidak formal. Manakala dalam fasa fokus, guru menetapkan sesuatu konteks

pembelajaran yang menyediakan pengalaman yang memotivasikan dengan menanyakan

soalan-soalan yang terbuka dan berorientasikan diri dan individu. Menerusi fasa ini juga,

guru akan dapat mentafsir respon pelajar serta menjelaskan pandangan murid. Manakala

dalam fasa cabaran pula, guru turut memperkenalkan pandangan saintis dengan

mengembangkan lagi idea murid dengan mengemukakan bukti-bukti yang dapat menyokong

pandangan sainstis.fasa yang terakhir iaitu fasa aplikasi di mana guru meminta para pelajar

untuk mengaitkan sesuatu konsep dengan konsep lain yang dipegang oleh pelajar. Di

samping itu, guru juga diharapkan menyelasaikan dengan mudah dan elok dengan

menggunakan oandangan saintifik yang diterima oleh pelajar secara umum.

Bagi model pengajaran secara interaktif pula bertujuan untuk menjawab soalan-

soalan yang dikemukakan oleh pelajar. Model ini merupaka pendekatan untuk mewujudkan

suasana pembelajaran yang menggalakkan kanak-kanak atau pelajar untuk bertanya serta

secara tidak langsung, pelajar akan menjalankan sendiri penyelidikan berkaitan dengan

topik yang mereka pelajari. Ini turut menggalakan pelajar untuk berfikir dengan lebih

mendalam lagi dan mendapatkan pandangan saintis serta ingin mencapai objektif

pengetahuan.

27

MODEL PENGAJARAN INTERAKTIF:

[Sumber: Poh Swee Hiang, 2000]

28

KESIMPULAN:

Perkaitan antara teori behaviorisme, teori kognitivisme dengan pendekatan konstruktivisme

Behaviorisme Kognitivisme Konstruktivisme

Menekankan tingkahlaku

Perlakuan boleh

dikukuhkan/dihentikan

melalui ganjaran

Pengajaran berasaskan

objektif perlakuan-boleh

diukur

Pengetahuan sedia ada dan

perubahan yang berlaku

dalam minda tidak perlu

diambil tahu

Semua idea dan

imej dalam minda

individu diwakili

melalui skema.

Jika maklumat

secocok, diterima.

Jika tidak maklumat

dibuat atau diolah

pengubahsuaian

skema.

Pengetahuan

dibina sendiri

oleh murid

secara aktif

berdasarkan

pengetahuan

sedia ada.

[SUMBER: KPM,2001 dalam Azman Omar, 2011]

Secara keseluruhannya, teori-teori pembelajaran sains tidak boleh dihakimi teori

mana yang paling baik dan teori mana yang tidak sesuai untuk pengajaran dan

pembelajaran sains. Kesemua teori-teori pembelajaran sains mempunyai kekuatannya

tersendiri dan juga kesemua teori pembelajaran tersebut saling berkaitan. Oleh yang

demikian, dalam pengajaran dan pembelajaran bagi sains di dalam bilik darjah, guru-guru

sains haruslah atau akan menggunakan kesemua teori-teori pembelajaran sains untuk

penyampaian ilmu secara berkesan dan holistik sekaligus membantu mana-mana murid

yang mengalamai masalah memahami konsep dan fakta pengetahuan sains. Pendek kata,

kesemua teori pembelajaran sains turut memudahkan murid untuk menerima ilmu serta

mengelakkan diri mereka mengalami miskonsepsi dalam sains.

29

30