7
TEORI BAHASA Teori Sruktural SITI ZABIHA BT SELAMAT LEE BOON SIM PPG PEMULIHAN 2

Teori struktural pp

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teori struktural pp

TEORI BAHASA

Teori Sruktural

SITI ZABIHA BT SELAMAT

LEE BOON SIM

PPG PEMULIHAN 2

Page 2: Teori struktural pp

PENGENALAN

TEORI STURKTURAL (BLOOMFIELD) Aliran linguistik ini muncul pada abad ke-20. Teori ini dipelopori oleh Bloomfield, Edward Sapir, de Sausure dan Otto Jespersen.

Mereka menganggap bahawa strukturbahasa merupakan kaitan antara fonemsebagai unit bunyi dengan fonem sebagaiunit tatabahasa.

Page 3: Teori struktural pp

KONSEP

Dalam teori ini, bahasa merupakan satu sistem yang mempunyai talianantara unit fonem iaitu sebagai unit bahasa dengan morfem dalam satuunit bahasa.

Di samping itu, teori ini menekankan bahasa dalam sebagai satusistem pertuturan yang arbitrari.

Arbitrari menurut kamus dewan edisi keempat ialah,tidak berasaskanpertimbangan yang tertentu atau yang teliti.

Dalam teori ini, bahasa merupakan alat komunikasi yang utama danaspek pertuturan merupakan alat perhubungan asas utama.Kajian inijuga berdasarkan struktur iaitu dimulai dengan fonologi kemudianmorfologi dan akhir sekali sintaksis.

Page 4: Teori struktural pp

RUMUSAN

Sebagai rumusan dapat dikatakan

bahawa;

i. bahasa ialah satu sistem bunyi

ii. bahasa bersifat arbitrari

iii. bahasa ialah alat perhubungan

Page 5: Teori struktural pp

CIRI-CIRI

Dalam teori ini, bahasa dikaji sebagai sistem lambangpertuturan. Bahasa dikaji secara diskriptif, dan bersifatserta empirikal.

Empirikal membawa maksud berdasarkan pemerhatianatau eksperimen iaitu dengan kata lain, boleh diuji.Bahasayang dianalisis ialah bahasa lisan dengan bersifatstructured-centered. Konsituen yang paling kecil dalamteori ini ialah mengecilkan perkataan, diikuti frasa, klausa, subjek, dan predikat.Di samping itu, perkaitan unit tatabahasa dan ayat dianalisis secara konsituen terdekat

Page 6: Teori struktural pp

HUBUNGAN DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

Dalam teori ini pembelajaran lebih kepada berasaskanrangsangan dan gerak balas.Bahan rangsangan untukpenguasaan lisan ditunjukkan dahulu sebelum pengajarankemahiran menulis. Berbanding teori tradisional, teori inilebih kepada pengajaran berbentuk induktif.

Pengajaran juga berasaskan fakta dalam erti kata lain, iadijalankan secara formal.Teori ini tidak menekankanpenyampaian makna dalam sesuatu pengajaran danpembelajaran. Makna perkataan dijelaskan dengan caramemberikan makna yang sama dalam bahasa natif dalampembelajaran bahasa kedua.

Page 7: Teori struktural pp

HUBUNGAN DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

Huraian bahasa dilakukan secara induktif iaitu dimulai dengancontoh kemudian diikuti pula dengan generalisasi huraianbahasa tidak mementingkan makna dan analisis dibuat secaraluaran. Huraian bahasa juga menumpukan kajian terhadapmorfologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kataitu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata itu dalam struktur ayat.

Pada peringkat sintaksis ahli-ahli bahasa struktural memberikantumpuan pada perkembangan elemen-elemen dalam ayatataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Ini merupakananalisis ayat yang memecahkan bahagian-bahagian dalamsesuatu ayat kepada konstituennya dan kemudian mengaitkansetiap konstituen kepada konstituen