Teori Tret Dan Faktor

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kaunseling Kerjaya

Citation preview

TEORI PEMILIHAN KERJAYA

TEORI PEMILIHAN KERJAYATEORI TRET & FAKTORTEORI HOLLANDANTHENA TING LINGMARK ESTON AK LANGIETIMOTHY LANGUB BUSUWINSON SIAU MING KEONGSAFWAN BIN SUHAIPINWONG CHEW NIEHILDA SARA TANGWENDY JEANLY ANAK UNAUPengenalanMenurut Sidek Mohd Noah (2002), Teori Pemilihan Kerjaya juga dikenali sebagai Teori Pendekatan Struktur. Teori ini memberi penekanan kepada proses yang terlibat dalam pemilihan kerjaya. Keadaan demikian dikenali sebagai Teori Pendekatan Struktur kerana proses pemilihan kerjaya yang terlbat dalam teori ini mempunyai struktur yang amat jelas.Teori Trait Dan FaktorPengasasFrank Parson (1854-1908)Dikenali sebagai Bapa Bimbingan VokasionalWalaupun telah diajar sebagai seorang jurutera di Universiti Cornell, beliau menulis beberapa buku dalam gerakan reformasi sosial dan artikel yang berkaitan dengan hak mengundi, wanita, cukai dan pendidikan untuk semua.Beliau juga mengajar sejarah, matematik dan Perancis di sekolah2 awam, bekerja sebagai jurutera kereta api dan lulus peperiksaan negeri bar untuk peguam di Massachusetts pada tahun 1881Pekerjaan beliau termasuk mengajar di Boston University School of Law dan di Kansas Pertanian Negeri College, dan berkhidmat sebagai dekan bahagian lanjutan Ruskin College di Trenton, MissouriWalaubagaimanapun, Parsons yang paling terkenal untuk kepentingan beliau dalam membantu membuat pilihan pekerjaan dan kerjayaApakah maksud Trait atau TretMenurut Kamus Oxford, trait atau tret didefinisikan sebagai a distinguishing feature of your personal nature yang bermaksud sifat yang membezakan yang datang daripada ciri-ciri semulajadi seseorang individu.

Contoh : Setiap individu mempunyai minat dan keinginan masing-masing.TEORI TRET DAN FAKTORTeori Tret dan Faktor ialah teori terawal yang cuba menerangkan proses pemilihan kerjaya dengan berasaskan teori perbezaan peribadi individu.Teori ini umumnya mengiktiraf perbezaan individu dan keunikan individu. Dengan kata lain teori ini percaya bahawa setiap individu di dunia ini berbeza dan unik.Teori Tret dan Faktor mempunyai suatu teori yang bercorak kognitif dengan penggunaannya dapat mempermudah proses pemilihan kerjaya terutama apabila maklumat tepat tentang diri individu dapat diperolehi. Teori ini telah diasaskan oleh Frank Parson, tokoh yang terkenal di Sivic Service House.Teori ini juga merupakan satu pendekatan yang berasaskan jangkaan terhadap penilaian bakat dan sikap individu serta keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan. Parson (Weinrach, 1979) mencadangkan bahawa pemilihan kerjaya yang baik perlu melibatkan tiga perkara.Teori Tret dan Faktor merupakan satu pendekatan yang bercorak kognitif yang mempunyai banyak persamaan dengan teori pembelajaran yang lain. Sehubungan dengan itu, Zaccaria (Weinrach 1979 dalam Sidek Mohd Noah, 2002) menyatakanIndividu mempunyai kebolehan-kebolehan dan keupayaan-keupayaan (tret-tret) yang unik. Tret-tret ini pula berkaitan dengan keperluan dalam berbagai-bagai pekerjaan. Oleh yang demikian, terdapat satu kualiti yang agak homegenius yang memerlukan kedua-duanya untuk kejayaan dalam setiap pekerjaan yang diperoleh pekerja dalam mana-mana kategori pekerjaan. Ujian, iaitu pengukuran tret yang objektif, ialah kaedah yang terbaik untuk meramalkan kejayaan pekerjaan pada masa hadapan. Setiap individu berusaha mengenalpasti tret-tretnya dan mencari jalan untuk hidup dan berkerja yang membolehkannya menggunakan segala kebolehan yang dimilikinya secara berkesan.Kajian Terhadap Teori Tret dan FaktorOleh sebab tret-tret dipelajari, perkara tersebut seharusnya boleh berubah apabila pembelajaran baru berlaku. Fakta ini telah menimbulkan persoalan tentang kestabilan dan ketahanan tret. Walaupun perbalahan tentang isu ini masih terlalu jauh daripada penyelesaian, namun tret-tret tersebut yang meliputi minat, kecenderungan khusus dan kecenderungan pendidikan yang mendapat perhatian serta minat besar oleh para kaunselor kerjaya dan ahli-ahli psikologi vokasional adalah stabil.Beberapa tokoh psikologi telah mengkaji semula Teori Tret dan dan Faktor semula dan menghasilkan beberapa kesimpulan tentang andaian dan pernyataan yang berhubung dengannya. Antaranya, Miller (1964), seolah-olah bersetuju sepenuhnya dengan idea tersebut sementara yang lain-lainnya mempunyai sensitiviti yang sangat tinggi dengan pemikiran semasa. Beberapa kesimpulan oleh Klein dan Wiener adalah seperti yang berikut:Setiap individu mempunyai set tret yang unik yang boleh diukur secara sah dan boleh dipercayai.Setiap pekerjaan memerlukan pekerja memilik tret-tret tertentu untuk berjaya, walaupun pekerja dengan ciri-ciri yang agak luas dapat juga berjaya dalam pekerjaan tersebut.Pemilihan pekerjaan ialah satu proses yang agak mudah difahami dan pemadanan antara individu dengan pekerjaan adalah sesuatu yang boleh dilakukan dan dilaksanakan.Semakin hampir keselarasan antara ciri personal dan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam pekerjaan tersebut iaitu produktiviti dan kepuasan tinggi.Langkah-langkah Penemuan KerjayaKelebihan TeoriWujud satu pekerjaan yang ideal untuk setiap individuMinat dan kebolehan individu tidak mudah berubah dari semasa ke semasaTeori ini menghasilkan skala, inventori dan ujian2 psikologi yang banyak dan pelbagai seterusnya digunakan oleh kebanyakkan kaunselor kerjayaCth:Mengenal pasti bakat- The Different Apptitude Test (DAT)Mengenal pasti minat- Strong Interest Inventory (SII)Kelemahan TeoriGagal untuk menangani proses membuat pemilihan itu sendiriTeori ini menjangkakan bahawa kebolehan membuat keputusan adalah berkaitan dengan tret tertentu misalnya tret kecerdasan.TEORI KERJAYA HOLLANDTeori kerjaya Holland merupakan hasil kajian Holland terhadap personaliti yang memfokus kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh Tret dan Faktor. Teori ini diperkenalkan pada tahun 1959 dan telah dikemaskinikan pada tahun 1966,1973,1978,1985 dan 1996. walaupun pada asasnya teori ini merupakan teori pendekatan struktur yang lebih menekankan aspek keselarasan antara jenis personaliti dengan jenis persekitaran, namun teori ini juga dengan baik menjelaskan bagaimana personaliti terbentuk dan berkembang.Tret-tret personaliti biasanya dikenalpasti melalu kecenderungan terhadap mata pelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja, sementara minat vokasional boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti (Brown & Brooks 1984), Holland (1985,1996) menyatakan bahawa teori Pemilihan Kerjaya Holland boleh digunakan untuk memberi penjelasan kepada tiga persoalan asas iaituApakah ciri-ciri personal dan persekitaran yang mendorong kepada pengambilan keputusan kerjaya yang memuaskan, penglibatan dan pencapaian, dan apakah ciri-ciri yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat keputusan, keputusan yang tidak memuaskan dan pencapaian yang kurang?Apakah ciri-ciri personal dan persekitaran yang menyebabkan kestabilan atau perubahan dari segi peringkat serta kerja yang dilakukan oleh seseorang sepanjang kehidupannya?Apakah kaedah yang paling berkesan untuk memberi pertolongan kepada individu yang mengalami masalah yang berkaitan dengan kerjaya?Matlamat Teori Pemilihan Kerjaya HollandFokus utama Teori Pemilihan Kerjaya Holland adalah untuk menjelaskan tingkah laku vokasional serta mencadangkan beberapa idea praktikal untuk menolong individu memilih kerja, menukar kerja serta memperoleh kepuasan bekerja (Holland 1978). Teori ini juga telah memberikan perhatian yang sewajarnya dalam membincangkan perkembangan jenis personaliti, perubahan personaliti, kebolehan personal, tingkah laku kerjaya, tingkah laku pendidikan dan tingkah laku sosial.Andaian Asas Teori Pemilihan Kerjaya HollandTeori pemilihan kerjaya Holland yang juga yang dikenali sebagai teori Tipologi Holland mengandungi idea mudah. Terdapat beberapa andaian asas yang menjadi nadi dan teras kepada teori ini iaitu.Dalam budaya AMERIKA, kebanyakan individu boleh dikategorikan kepada satu daripada enam jenis personaliti iaitu R- Realistik, I-Investigatif, A-Artistik, S-Sosial, E-Enterprising dan C-Conventional. Menurut Holland, setiap jenis personaliti ini terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai desakan kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan b iologi, keluarga, kelas sosial dan persekitaran fizikal.Terdapat enam jenis persekitaran iaitu Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprsing dan Conventional. Menurut Holland, setiap persekitaran ini akan dikuasai atau didominasi oleh personaliti tertentu dan setiap persekitaran itu akan dijeniskan oleh keadaan fizikal yang menghasilkan masalah-masalah dan peluang-peluang tertentu. Misalnya, persekitaran realistik akan didominasi oleh individu jenis Realistik, iaitu sebahagian besar daripada populasi yang tinggal dalam persekitaran Realistik adalah menyerupai jenis realistik. Persekitaran Conventional pula akan dikuasai oleh individu jenis Coventional. Tingkah laku individu ditentukan oleh interaksi antara personaliti dengan persekitaran. Menurut Holland, sekiranya kita mengetahui pola personaliti individu dan pola persekitarannya, secara prinsipnya, dengan menggunakan pengetahuan tentang jenis personaliti dan model persekitaran, kita boleh meramalkan beberapa perkara yang mungkin terjadi hasil daripada padanan tersebut. Ini termasuklah pemilihan kerjaya, pertukaran kerjaya, pencapaian vokasional, kecekapan personal, tingkah laku pendidikan serta sosial.Prinsip-prinsip Asas Teori HollandPrinsip-prinsip asas Teori Holland (1973) telah mengutarakan enam prinsip-prinsip asas yang merupakan intipati kepada Teori Keselarasan Individu-Persekitaran Holland. Berikut disenaraikan prinsip-prinsip berikut:Pemilihan kerjaya seseorang individu ialah ekspresi personalitinya dan salah satu ekspresi personaliti adalah minat kerjaya.Inventori minat ialah inventori personaliti. Jika minat kerjaya merupakan ekspresi personaliti, oleh itu inventori minat ialah inventori personaliti.Setiap individu mempunyai streotaip sendiri berhubung dengan dunia pekerjaan. Stereotaip terhadap sesuatu kerjaya mempunyai makna psikologikal dan sosiologikal yang penting dan boleh dipercayai. Stereotaip inilah yang akan mempengaruhi individu dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya.Umumnya ahli-ahli dalam sesuatu bidang kerjaya mempunyai personaliti serta sejarah perkembangan peribadi yang serupa. Jika seseorang itu memasuki sesuatu bidang kerjaya disebabkan oleh latar belakang sejarah hidup dan personaliti tertentu, maka bidang kerjaya yang sama akan menarik individu-individu yang mempunyai latar belakang sejarah hidup dan personaliti yang sama juga.

Individu PersekitaranBakaAktivitiMinatKecekapanDisposisi Rumah, kawan-kawan dan sudara mara yang memmberikan peluang dan pengukuhan mengikut jenis personaliti yang mendominasi persekitaran tersebut.Konsep Kendiri, Persepsi Terhadap Diri dan Dunia, Nilai-nilai Kehidupan.Bagaimana Personaliti Diri Terbentuk, Holland (1978)Gaya IndividuTemaPersekitaran PekerjaanIndividu agresif, lebih menyukai tugas2 konkrit daripada abstrak, asasnya kurang bersosial & interaksi interpersonal yang lemahRealistikRPekerjaan-pekerjaan mahir seperti juruelektrik, operator mesin, juruteknik mahir seperti mekanik motor, kereta, pelukis dan pekerjaan perkhidmatan.Individu ysng intelek, abstrak, analitik, berdikari, kadang-kadang radikal dan berorientasi tugasInvestigatifIKerja2 saintifik seperti pakar kimia, fizik & Matematik, juruteknik makmal, pekerja elektronik dan pengatur cara komputerIndividu Imaginatif, menilai tinggi estetik, ekspresif, bebas dan agak ekstrovert.ArtistikAPekerjaan seperti pelukis, ahli muzik, penulis artikel, skrip drama, novel, pemimpin orkestra, juru ukur dan pereka fesyen.Lebih menyukai interaksi sosial, keagamaan, orientasi kepada kerja2 kemasyarakatan & pendidikanSosialSKerja pendidikan seperti pendidik, pentadbir, profesor, kerja kebajikan, kaunselor dan juru rawat.Individu ekstrovert, agresif, suka mengembara, suka peranan pempimpin, pandai memujuk dan menggunakan perkataanEnterprisingEKerja seperti pengurus jualan, pengurus personel dan pengeluaran, kerja promoter seperti ejen hartanah dan insurans.Individu praktikal, dpt mengawal diri, suka bersosial dan mematuhi peraturanConventionalCKerja seperti perkeranian, kerani kaunter , penyimpan kira-kira dan penyambut tetamu.RUJUKAN Sidek Mohd Noah. (2002). Perkembangan Kerjaya, Teori & Praktis. Universiti Putra Malaysia : Serdang.

Untuk sebarang tempahan, sila hubungi En. Ahmad Fahmi Zulkifli di talian 999.(Pegawai Pemasaran Buku Kreko Malaysia)