Terapi Seni

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Terapi Seni

Citation preview

PowerPoint Presentation

TERAPI SENI

PengenalanTerapi seni direka berlandaskan kepercayaan bahawa proses melahirkan kreativiti boleh mententeramkan jiwa seseorang.Kebanyakan orang yang mengalami trauma psikologi biasanya sukar meluahkan perasaan melalui kata-kata.Ia lebih mudah diluahkan melalui lakaran atau lukisan.

Kanak-kanak,tidak pandai menunjukkan perasaan dengan kata-kata dan biasanya mereka menzahirkan gangguan emosi melalui kelakuan.

Melalui terapi seni, kanak-kanak boleh meluahkan perasaan dan emosi dengan lebih baik serta mudah.

Terapi seni adalah satu kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan perasaan dan pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni, terutamanya lukisan.

Lukisan boleh menjadi cara untuk pesakit berinteraksi dengan orang lain.

Maksud Terapi Seni

Pandangan TokohProses melukis boleh dipersepsikan sebagai kesempatan untuk ekspresi kendiri secara imaginatif, autentik dan spontan, sesuatu pengalaman dalam tempoh masa yang membawa pemulihan emosi, transformasi dan aktualisasi kendiri. Proses kreatif ini bertujuan membawa penambahbaikan kesihatan dan perkembangan pengalaman. Malchiodi (2006)

Bahan atau media seni yang diperlukan

Terapi seni ini adalah berdasarkan pada keyakinan bahawa proses-proses kreatif seperti menggambar dan melukis boleh menjadi medium luahan perasaan.

Bagi kanak-kanak khususnya, trauma ataupun perasaan yang dialami adalah sangat sukar untuk diungkapkan melalui kata-kata.

Kaedah pelaksanaan

Oleh itu, terapi seni adalah sangat berkesan untuk menggambarkan emosi dan perasaan yang amat menyakitkan jika diungkapkan melalui kata-kata.

Dengan mengikuti terapi seni ini, kanak-kanak akan diminta menggambarkan dan mengeluarkan fikiran dan emosi mereka melalui karya seni.

Gambaran ini mungkin dalam bentuk lukisan, gambar, seni pahat ataupun bahan seni yang dicipta dari tanah liat.

Selanjutnya, pakar terapi ataupun kaunselor akan mengajak klien untuk membincangkan karya yang dihasilkan.

Melalui proses ini, klien akan diminta supaya bersikap terbuka dalam meluahkan dan bercakap tentang segala emosi dan perasaan-perasaan terpendam yang dihadapi olehnya.

Kaunselor akan berusaha membantu klien merungkai kegusaran yang dihadapi oleh klien berdasarkan interpretasi kaunselor terhadap gambaran ekspresif melalui hasil seni yang dihasilkan oleh klien.

Klien berupaya meneroka perasaan serta menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan cara yang berkesan dan tidak menyakitkan dengan bantuan daripada kaunselor.

Kaunselor atau pakar terapi harus pandai mengawal situasi terapi ini agar klien tidak merasa tertekan atau merasa didesak untuk meluahkan perasaan.

3 jenis lukisan yang biasa digunakan dalam terapi seni

BERIKUT MERUPAKAN ILUSTRASI EMOSI DARIPADA LUKISAN KANAK-KANAK

Sumber: Mok Soon Sang (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Kanak-kanak meluahkan perasaan melalui ekspresi seniSumber: Mok Soon Sang (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Penyembuhan peribadi dan meredakan stress.

Membantu kanak-kanak memahami perasaan peribadi mereka dengan mengenali dan mengatasi kemarahan, kesedihan dan emosi-emosi lain. Ini sangat membantu untuk mengatasi trauma yang dihadapi setelah sesuatu kejadian yang dahsyat dan sebagainya.Terapi ini boleh membantu menghidupkan kembali semangat kanak-kanak.

Kelebihan Terapi Seni

Menguatkan perasaan dalaman.

Mengekpresi apa yang berada dalam diri dan fikiran mereka yang selama ini tidak mampu diluahkan melalui kata-kata atau difahami oleh orang lain. Melalui cara ini, kanak-kanak boleh mengawal perasaan mereka dengan lebih baik sekiranya berhadapan dengan situasi yang serupa.

Kaedah terapi seni ini memerlukan kerjasama yang padu daripada klien atau kanak-kanak kerana sekiranya mereka malu atau enggan untuk meluahkan perasaan mereka melalui hasil seni, sesi terapi tidak dapat dijalankan dengan berkesan.Kelemahan Terapi Seni

Salah tanggapan atau salah interpretasi daripada kaunselor mengenai lukisan atau hasil seni kanak-kanak akan membawa kepada kegagalan untuk menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi oleh kanak-kanak.

Proses terapi seni ini perlu berterusan dan mengambil masa yang lama untuk menghasilkan penyembuhan yang kekal. Sekiranya tiada komitmen yang konsisten daripada klien sepanjang tempoh terapi tersebut, sesi terapi yang dirancang tidak akan berjaya.

Terima kasih