26
TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG DAN KESANNYA TERHADAP PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PADANG TENGKU, KUALA LIPIS, PAHANG NOOR AZAM BIN MAT HUSIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

  • Upload
    phamdat

  • View
    261

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG DAN KESANNYA

TERHADAP PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN PADANG TENGKU, KUALA LIPIS, PAHANG

NOOR AZAM BIN MAT HUSIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang
Page 3: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang
Page 4: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

i

TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG DAN KESANNYA

TERHADAP PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH

MENENGAH KEBANGSAAN PADANG TENGKU,

KUALA LIPIS, PAHANG

NOOR AZAM BIN MAT HUSIN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Elektrik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI 2004

Page 5: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang
Page 6: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

iii

DEDIKASI

Segala Pujian Bagi Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

............kerana dengan izin-Nya

Ibu dan Abah

Yang Sentiasa Mendoakan Kejayaanku

Isteriku, Zarinah bt Awang

Sesungguhnya....... Doa, Pengorbanan dan Ketabahanmu

Jadi Pendorong Kejayaanku

Anakku Nur Shuhada

Yang terpaksa memikul sebahagian tugas.....Sering kerinduan

Semoga kejayaan ini menjadi Perangsang Buat dirimu

Buat Mertua, Adik-adik dan Iparku

Serta Rakan-rakan Seperjuangan

Bantuan Material dan Sokongan Moral

Yang diberikan Tetap Di kenang

Jutaan Terima Kasih Buat Semua

Page 7: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah S. W. T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga

penulis menyiapkan projek sarjana muda ini dalam masa yang telah ditetapkan.

Dengan ikhlasnya penulis mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Prof. Dr. Abu Bakar bin Haji

Hashim selaku penyelia projek. Beliau telah banyak memberi pandangan dan tunjuk

ajar yang membina bagi menyiapkan projek penyelidikan ini. Segala bimbingan dan

nasihat yang diberikan amat bernilai bagi diri penulis.

Akhir sekali penulis ingin merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih

kepada semua pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan yang telah membantu

memberikan pandangan serta kerjasama secara langsung atau tidak langsung dalam

menjayakan projek penyelidikan ini. Semoga Allah memberkati atas segala jasa dan

bakti yang telah kalian curahkan itu.

Page 8: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

v

ABSTRAK

Kajian berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti punca fenomena

ponteng dan kesannya ke atas pelajar-pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah

Kebangsaan Pandang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. Responden kajian terdiri daripada

52 orang pelajar Tingkatan Empat yang dikenal pasti terlibat dalam kes salah laku

ponteng. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini berbentuk soal selidik.

Kebolehpercayaan soal selidik ialah 0.8474. Dapatan kajian di analisis dengan

menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS). Hasil analisis

data diterangkan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Dapatan kajian

menunjukkan pelajar ponteng kerana berpunca daripada faktor pengaruh rakan sebaya

dan faktor sikap. Pelajar-pelajar terbabit juga didapati terlibat dengan aktiviti menipu

ibu bapa dan guru, merokok dan budaya melepak. Penglibatan semua pihak termasuk

sekolah, ibu bapa dan masyarakat perlu untuk menangani fenomena yang tidak sihat ini

daripada terus berlarutan.

Page 9: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

vi

ABSTRACT This research was conducted to identify the factors related to truancy problem

among Form Four students of Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku, Kuala

Lipis, Pahang. This study also attempted to astablish the effect of playing truant on the

students’ behaviour. The respondents were 52 students identified as the problematic

students in school. Data for this survey were gathered through questionnaire. The

reliability index of the questionnaire was 0.8474 on the Cronbach’s alpha. The data

collected were analysed by using the Statistical Package For Social Sciences (SPSS).

Descriptive statistics of percentages, frequencies and means were used. The research

identified two major causes that contributed to truancy problem among students. They

were (i) peer group influence among the teenagers and (ii) students’ own attitudes.

Students who played truant were normally involved in negative activities such as

cheating their parents and teachers, smoking and loafing. Recommendations were put

forward to parents and also the community in combating this problem.

Page 10: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

vii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xiii SENARAI SINGKATAN xiv SENARAI LAMPIRAN xv BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

Page 11: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

viii

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Ponteng 9

1.8.2 Pelajar 10

1.8.3 Fenomena 10

1.8.4 Keluarga 10

1.8.5 Persekitaran 11

1.8.6 Sekolah 11

1.8.7 Rakan Sebaya 11

1.9 Metodologi Kajian 11

1.10 Kerangka Kajian 13

1.11 Rumusan 14

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 15

2.2 Punca-punca Fenomena Ponteng 15

2.2.1 Sikap Pelajar 16

2.2.2 Latar Belakang Keluarga 16

2.2.3 Persekitaran Sekolah 18

2.2.4 Pengaruh Rakan Sebaya 20

2.3 Kesan-kesan Fenomena Ponteng 20

2.4 Rumusan 23

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 24

3.2 Reka Bentuk Kajian 24

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 25

3.4 Instrumen Kajian 25

3.5 Kajian Rintis 28

Page 12: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

ix

3.6 Prosedur Kajian 29

3.7 Analisis Data 29

3.8 Rumusan 30

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 31

4.2 Bahagian A : Latar Belakang

Responden

32

4.2.1 Jantina 32

4.2.2 Keturunan 32

4.2.3 Penjaga Responden 33

4.2.4 Pekerjaan Ibu Bapa Atau

Penjaga

33

4.2.5 Pekerjaan Ibu 34

4.2.6 Jumlah Pendapatan Ibu

Bapa Atau Penjaga

35

4.2.7 Cara Datang Ke sekolah 35

4.2.8 Jumlah Hari Tidak Hadir Ke Sekolah 36

4.3 Bahagian B : Punca Fenomena

Ponteng

36

4.3.1 Faktor Sikap 37

4.3.2 Faktor Latar Belakang Keluarga 38

4.3.3 Faktor Persekitaran Sekolah 40

4.3.4 Faktor Pengaruh Rakan Sebaya 43

4.4 Bahagian C : Kesan Fenomena

Ponteng

44

4.41 Kesan Kepada Moral 45

4.4.2 Kesan Kepada Pelajaran 50

4.5 Rumusan

52

Page 13: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

x

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pendahuluan 54

5.2 Perbincangan 55

5.2.1 Latar Belakang Responden 55

5.2.2 Punca Fenomena Ponteng 56

5.2.2.1 Faktor Sikap 56

5.2.2.2 Faktor Latar

Belakang Keluarga

57

5.2.2.3 Faktor Persekitaran Sekolah 58

5.2.2.4 Faktor Pengaruh Rakan

Sebaya

60

5.2.3 Kesan Fenomena Ponteng 62

5.2.3.1 Kesan Fenomena

Ponteng Kepada

Moral

62

5.2.3.2 Kesan Kepada

Pelajaran

64

5.3 Rumusan 65

5.4 Cadangan 66

5.4.1 Ibu Bapa 66

5.4.2 Sekolah 67

5.2.3 Guru 68

5.4.4 Masyarakat 68

5.45 Cadangan Kajian Lanjutan 69

5.5 Penutup 70

RUJUKAN 71

LAMPIRAN 76

Page 14: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

xi

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Pembahagian kes salah laku di sekolah mengikut

kategori dan peratusan kes

4

1.2 Kes ponteng pelajar Tingkatan Empat dan Lima

SMK Padang Tengku tahun 2002

4

3.1 Bilangan populasi dan sampel 25

3.2 Skala Likert 26

3.3 Taburan soalan Bahagian B 27

3.4 Taburan soalan Bahagian C 27

3.5 Item-item yang berbentuk pernyataan negatif 28

3.6 Nilai Alfa 28

3.7 Tahap min 30

4.1 Jantina 32

4.2 Keturunan 32

4.3 Penjaga responden 33

4.4 Pekerjaan ibu bapa atau penjaga 33

4.5 Pekerjaan ibu 34

4.6 Jumlah pendapatan ibu bapa atau penjaga 35

4.7 Cara datang ke sekolah 35

4.8 Jumlah hari tidak hadir ke sekolah 36

4.9 Sikap 37

4.10 Latar belakang keluarga 48

Page 15: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

xii

4.11 Persekitaran sekolah 40

4.12 Pengaruh rakan sebaya 43

4.13 Merokok dan menghisap benda khayal 45

4.14 Melepak 46

4.15 Bergaduh 47

4.16 Perbuatan sumbang atau lucah 48

4.17 Jenayah 49

4.18 Kesan kepada pelajaran 50

4.19 Punca fenomena ponteng 52

4.20 Kesan fenomena ponteng 53

Page 16: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

xiii

SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.1 Kerangka kajian 13

Page 17: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

xiv

SENARAI SINGKATAN BIL - Bilangan

BPPDP - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SPSS - Statistical Package For Social Sciences

Page 18: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

xv

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 76

B Nilai Alfa 83

C Surat-surat Rasmi 86

D Keratan Akhbar 93

Page 19: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Sekolah adalah sebuah institusi yang berperanan untuk memberikan pendidikan

kepada anak bangsa agar menjadi insan yang terdidik dan berjaya. Semua ibu bapa

menghantar anak -anak mereka ke sekolah dengan harapan mendapat seberapa banyak

ilmu dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Tugas guru amatlah berat selain

mengajar mata pelajaran, guru juga menggantikan ibu bapa untuk membentuk pelajar-

pelajar supaya menjadi insan yang berakhlak dan berjaya pada masa hadapan.

Menurut Abdullah Ishak (1995), pendidikan juga membentuk tabiat dan sikap

seorang pelajar dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada jasmani, rohani, akal, akhlak,

mahupun sosial pelajar supaya dapat mengabdikan diri kepada Allah. Begitu juga

dengan pendapat Mohd Salleh (2000) yang mengatakan bahawa dalam Falsafah

Pendidikan Negara disebut dengan jelas di mana pendidikan adalah untuk melahirkan

masyarakat yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

Proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan berjalan dengan lancar

sekiranya tiada penghalang. Antara perkara-perkara yang menjadi penghalang kepada

kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran ialah kurangnya kemahiran guru dalam

menyampaikan ilmu, masalah disiplin di kalangan pelajar, kekurangan kemudahan di

dalam kelas dan sebagainya. Disiplin atau tingkah laku pelajar yang baik merupakan

salah satu syarat untuk membolehkan proses penerimaan ilmu yang berkesan berlaku.

Page 20: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

2

Ponteng adalah salah satu salah laku yang menyumbang kepada masalah disiplin di

kalangan pelajar sekolah. Sehubungan dengan itu, Ibrahim Saad (1982) telah

mengkategorikan ponteng kepada 3 kategori iaitu :

a. Kanak-kanak dalam peringkat umur persekolahan yang tidak didaftarkan dan

tidak hadir ke sekolah.

b. Kanak-kanak yang mahu datang ke sekolah tetapi tidak dapat berbuat

demikian disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan perbelanjaan, terpaksa

menolong ibu bapa bekerja, keuzuran dalam keluarga dan terpaksa menjaga

rumah, adik-adik dan sebagainya.

c. Mereka yang sengaja tidak datang ke sekolah. Mereka keluar dari rumah

dengan pakaian sekolah dan beg berisi buku-buku sebaliknya pergi ke kebun-

kebun, memancing ikan, mandi di lombong atau berfoya-foya di panggung

atau kompleks membeli belah.

Ponteng sekolah yang memberi kesan negatif kepada akhlak atau moral dan pelajaran

pelajar ialah sebagaimana ditakrifkan oleh Ibrahim Saad dalam kategori ( c ) di atas iaitu

mereka yang keluar dari rumah dengan berpakaian sekolah tetapi tidak sampai ke

sekolah. Fenomena ponteng akan mendedahkan pelajar kepada kegiatan yang tidak

bermoral iaitu kegiatan yang meruntuhkan akhlak dan mengelapkan masa hadapan

mereka.

Page 21: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Peningkatan masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia tidak pernah kurang

malah meningkat dari setahun ke setahun. Keadaan ini telah menimbulkan tanda tanya

kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlaku fenomena ini. Kes ponteng

sekolah terutamanya telah mencatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes

disiplin yang lain. Fenomena ponteng sekolah di kalangan pelajar terus bertambah

dengan kadar yang serius walaupun berbagai langkah telah dilaksanakan bagi

menanganinya.

Sufean Hussin (1993) berpendapat, salah laku ponteng masih berlaku walaupun

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dilaksanakan. Manakala

Yaakob Hj Yusuf (1997) pula menyatakan 50 peratus pelajar yang mempunyai masalah

di rumah atau di sekolah terlibat dalam kes ponteng. Pelajar yang terlibat akan mencari

jalan keluar untuk mengatasi masalah mereka iaitu keluar dari sekolah atau ponteng dan

terlibat dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti merokok, mencuri,

melepak, dan melakukan pelbagai kegiatan yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai

seorang pelajar.

Dalam kertas kerja Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan

Malaysia (1999), masalah ponteng sekolah merupakan antara kes yang tertinggi

peratusnya berbanding dengan kes-kes salah laku yang lain iaitu sebanyak 38,053 di

mana ia menyumbang 38.65 peratus daripada keseluruhan kes salah laku pelajar.

(rujuk Jadual 1.1).

Page 22: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

4

Jadual 1.1 : Pembahagian kes salah laku di sekolah mengikut kategori dan

peratusan kes

Bil Kategori Jumlah Peratus (%)

1

2

3

4

5

6

7

8

9

Tingkah Laku Jenayah

Tingkah Laku Lucah

Tiada Kekemasan Diri

Tidak Menghargai Masa

Kurang Sopan

Tingkah Laku Musnah

Tidak Jujur

Ponteng

Lain-lain (salah laku yang tidak diberi kod dalam

Buku Rekod Salah Laku)

16,215

2,384

7,693

8,804

20,844

2,304

1,394

38,053

758

16.47

2.42

7.81

8.94

21.17

2.34

1.42

38.65

0.77

Jumlah 98,449 100

Kes-kes salah laku yang di tunjukkan dalam kertas kerja tersebut adalah selari

dengan laporan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)

Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang (rujuk Jadual 1.2) didapati bilangan pelajar yang

terlibat dalam kes ponteng sentiasa ada setiap bulan dan tidak pernah kurang, terutama

pelajar Tingkatan Empat. Keadaan ini amat membimbangkan pihak sekolah dan banyak

pihak.

Jadual 1.2 : Kes ponteng pelajar tingkatan empat dan lima SMK Padang

Tengku tahun 2003

Bulan

Tingkatan

Januari Febuari Mac April Mei Jun

Empat 15.65% 16.07% 24.4% 23.17% 27.91% 23.00%

Lima 4.60% 9.14% 6.49% 9.02% 7.67% 8.48%

Page 23: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

5

Kajian Mustaza Abu Amin (1994), mendapati 171 kes daripada 613 kes

perlanggaran disiplin yang dilaporkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Jasin adalah kes

ponteng. Ini menunjukkan bahawa salah laku ponteng telah menyumbang sebanyak 27.9

peratus daripada kes-kes yang lain. Dalam kajian itu Mustaza telah meneliti beberapa

faktor sebagai punca yang menyebabkan berlaku fenomena ponteng iaitu:

a. faktor sikap

b. faktor keluarga

c. faktor persekitaran sekolah

d. faktor rakan sebaya

Sikap pelajar terhadap kepentingan sekolah merupakan faktor penting yang

menentukan mereka minat bersekolah atau tidak. Pelajar yang bersikap negatif akan

menganggap belajar itu suatu yang tidak berfaedah, bagi mereka lebih baik mereka

menghabiskan masa di tempat lain daripada berada di sekolah atau dalam kelas.

Menurut Ruhiyati Idayu (1978), sebab-sebab pelajar ponteng kerana sikap mereka yang

negatif terhadap pelajaran dan masa depan. Pelajar-pelajar ini menganggap pelajaran itu

tidak penting kepada mereka.

Jaafar (1977), menyatakan keluarga yang bertaraf sosioekonomi yang rendah dan

sikap ibu bapa yang tidak mementingkan pendidikan anak-anak merupakan antara faktor

yang boleh mendorong pelajar ponteng sekolah. Kesimpulan yang boleh dibuat

mengenai faktor latar belakang keluarga ialah, sosioekonomi dan sikap ibu bapa

terhadap pendidikan anak-anak juga boleh menyumbang kepada berlakunya salah laku

di kalangan pelajar.

Pelajar yang melakukan kesalahan disiplin yang lain juga akan melakukan salah

laku ponteng. Mereka akan bersembunyi atau keluar dari kawasan sekolah untuk

mengelak daripada ditangkap oleh guru disiplin. Keadaan ini boleh di katakan sebagai

faktor persekitaran sekolah, di mana guru disiplin dan peraturan sekolah sebagai

elemennya. Menurut Ismail Darus (1981), peraturan dan disiplin yang ketat boleh

Page 24: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

6

mengakibatkan berlaku fenomena ponteng. Corak kawalan yang membenarkan

“Hukuman Fizikal” boleh menyebabkan pelajar tidak suka terhadap sekolah dan ini juga

mendorong kepada ponteng.

Tugas guru selain mengajar, mereka juga sebagai tempat pelajar mengadu dan

mendapatkan nasihat, di sini kemahiran guru dalam berkomunikasi dengan pelajar

amatlah penting. Matsumoto (1982), menyatakan bahawa komunikasi guru yang lemah,

layanan yang tidak adil dan menyisihkan pelajar, sedangkan pelajar bergantung kepada

guru untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Keadaan seperti ini menyebabkan

pelajar merasa bosan ketika berada di sekolah.

Selain daripada itu pengaruh rakan sebaya juga boleh menyebabkan berlaku

fenomena ponteng di kalangan pelajar. Sebagai contoh sekumpulan pelajar telah datang

lewat ke sekolah kerana sebab-sebab yang munasabah seperti bas rosak, hujan yang

lebat dan sebagainya. Oleh kerana terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya yang

mengatakan sekiranya masuk ke sekolah pada waktu itu nanti akan ditangkap oleh guru

dan akan dikenakan hukuman.

Bakhtiar Mansor (1977), pula berpendapat rakan sebaya boleh membawa

seseorang pelajar itu untuk mengenal dunia kebaikan dan keburukan terutama pada diri

sendiri . Rakan sebaya banyak memberi pendapat serta komen terhadap diri pelajar itu

sendiri. Maka rakan sebaya yang banyak membantu mengajar seseorang pelajar itu

untuk melakukan kebaikan atau keburukan.

Fenomena ponteng juga turut meninggalkan kesan yang negatif terhadap tingkah

laku pelajar, di mana didapati pelajar yang terlibat dalam salah laku ini turut terlibat

dalam kegiatan yang tidak bermoral yang lain seperti berjudi, hidu gam dan minim arak

(Berita Harian 20 Februari , 2004)

Page 25: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

7

1.3 Pernyataan Masalah

Apakah punca dan kesan fenomena ponteng di kalangan pelajar Tingkatan Empat

Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang?

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk:

1.4.1 Mengenal pasti adakah faktor sikap menjadi punca fenomena ponteng.

1.4.2 Mengenal pasti adakah faktor latar belakang keluarga menjadi punca fenomena

ponteng.

1.4.3 Mengenal pasti adakah faktor persekitaran sekolah menjadi punca fenomena

ponteng.

1.4.4 Mengenal pasti adakah faktor pengaruh rakan sebaya menjadi punca fenomena

ponteng.

1.4.5 Mengenal pasti kesan fenomena ponteng terhadap moral atau tingkah laku

pelajar.

1.4.6 Mengenal pasti kesan fenomena ponteng kesan terhadap prestasi akademik

pelajar.

Page 26: TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG · PDF filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng dan kesannya terhadap pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah kebangsaan padang

8

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian di atas, beberapa persoalan telah dibentuk iaitu:

1.5.1 Adakah sikap pelajar menjadi punca berlaku fenomena ponteng ?

1.5.2 Adakah latar belakang keluarga pelajar menjadi punca berlaku fenomena

ponteng ?

1.5.3 Adakah persekitaran sekolah menjadi punca berlaku fenomena ponteng ?

1.5.4 Adakah pengaruh rakan sebaya menjadi punca berlaku fenomena ponteng ?

1.5.5 Adakah fenomena ponteng memberi kesan kepada moral atau tingkah laku

pelajar ?

1.5.6 Adakah fenomena ponteng memberi kesan kepada prestasi akademik pelajar ?