Upload
uma-mageswari
View
102
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
lahir di Okazaki, 31 Januari 1543 dan meninggal di Shizuoka, 1 Jun
Ia memerintah dari tahun 1600 hingga (secara rasminya 1603) hingga turun
Bersama dengan Toyotomi Hideyoshi dan Oda Nobunaga, Ieyasu
adalah seorang
daimyo dan
shogun di
Jepan.
lahir dengan
nama
Matsudaira
Takechiyo
Membawa ke satu era yang aman dan stabil selama
hampir 200 tahun. banyak kemajuan yang telah
dilakukan terutama dalam bidang pertanian,
perdagangan, kesenian, sastera
mengasaskan Kesyogunan Tokugawa (1603-1867) yang merupakan kerajaan tentera
yang memerintah paling lama dalam sejarah Jepun. Beliau telah berjaya menyatukan
Jepun.
Kajian tentang buku - buku klasik Cina dan Kung Fu Tze
telah dimajukan , di samping pembelajaran bahasa Belanda atau
Rangaku yang juga telah menerima sokongan golongan Daimyo.
Masyarakat Tokugawa adalah sebuah masyarakat yang
berpelajaran dan terdapat hampir 60 000 Terakoya atau sekolah kampung yang menampung
keperluan pendidikan anak - anak kaum tani. Sekolah - sekolah elit yang memberikan didikan kepada
anak - anak samurai juga telah didirikan oleh Bakufu dan tuan -
tuan tanah.
Tokugawa Ieyasu telah mendominasi arena
politik Jepun dari tahun 1603 sehingga 1616 dan
merupakan pemimpin teragung Jepun dalam
abad ke 17.
Pada tahun 1600, Iyeyasu telah berjaya mengalahkan
musuh-musuhnya dalam pertempuran Sekigahara dan
atas kejayaannya itu maka pada tahun 1603, Maharaja
Jepun memberi gelaran “Shogun” kepadanya. Dengan ini
lahirlah pemerintah Shogun dari keluarga Tokugawa.
Setelah mendapat kuasa secara perlahan-lahan Shogun
Tokugawa mengambilalih kekuasaan dari Maharaja
sehingga Shogun Tokugawa yang benar-benar berkuasa
di Jepun. Pusat pentadbiran telah dipindahkan ke Yedo
sementara Maharaja ditempatkan di Kyoto dan tidak
dibenarkan bergiat dalam urusan pentadbiran.
FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN ZAMAN SHOGUN
Peranan saudagar dan perubahan corak sosial
Menentang dasar isolasi
Perasaan kebangsaan/fahaman
shintoisme
Tekanan ekonomi
Tentangan suku kaum dari Barat
Kedatangan Barat
Tokugawa Ieyasu
Tokugawa Ieyasu (lahir di Okazaki, 31 Januari 1543 – dan meninggal di
Shizuoka, 1 Juni 1616 pada umur 73 tahun; lahir dengan nama Matsudaira
Takechiyo) adalah seorang daimyo dan shogun di Jepang. Pendiri Keshogunan
Tokugawa yang memerintah Jepun sejak menaklukkan Ishida Mitsunari dalam
Pertempuran Sekigahara pada tahun 1600 hingga Restorasi Meiji pada tahun
1868. Bersama dengan Toyotomi Hideyoshi dan Oda Nobunaga, Ieyasu adalah
salah satu dari tiga tokoh yang menyatukan Jepun pada zaman Sengoku. Ia
memerintah dari tahun 1600 (secara rasminya 1603) hingga turun takhta pada
tahun 1605.
Zaman Kesyogunan Tokugawa(1603-1867)
Pembahagian kelas, 4 kumpulan:
1. Samurai (pahlawan)
2. Nomin (kaum tani)
3. Shonin (petukang)
4. Chonin (saudagar)
Tokugawa Ieyasu telah mendominasi arena politik Jepun dari tahun 1603
sehingga 1616 dan merupakan pemimpin teragung Jepun dalam abad ke 17. Beliau
telah mengasaskan Kesyogunan Tokugawa (1603-1867) yang merupakan kerajaan
tentera yang memerintah paling lama dalam sejarah Jepun. Beliau telah berjaya
menyatukan Jepun yang merupakan satu tanggungjawab yang tidak pernah
diselesaikan oleh Oda Nobunaga dan Toyotomi Hideyoshi.
Secara amnya, Bakufu Tokugawa telah membawa satu era yang aman dan stabil
serta berlanjutan selama hampir 200 tahun. Pada zaman ini banyak kemajuan yang
telah dilakukan terutama dalam bidang pertanian, perdagangan, kesenian, sastera dan
lain-lain. Masyarakat Tokugawa adalah sebuah masyarakat yang berpelajaran dan
terdapat hampir 60 000 Terakoya atau sekolah kampung yang menampung keperluan
pendidikan anak - anak kaum tani. Sekolah - sekolah elit yang memberikan didikan
kepada anak - anak samurai juga telah didirikan oleh Bakufu dan tuan - tuan tanah.
Kajian tentang buku - buku klasik Cina dan Kung Fu Tze telah dimajukan , di samping
pembelajaran bahasa Belanda atau Rangaku yang juga telah menerima sokongan
golongan Daimyo
Di sebalik pencapaian dalam pelbagai bidang, pemerintahan Bakufu telah
mengalami kemerosotan dan tumbang pada tahun 1867. Masyarakat Tokugawa
mengalami masalah dalaman yang menjadi punca kemusnahan masyarakat itu sendiri.
Perdagangan yang berkembang pesat dan proses urbanisasi telah membawa banyak
kekayaan kepada kumpulan tertentu , misalnya golongan saudagar tetapi keadaan ini
telah mengakibatkan kemiskinan kelas tentera terutamanya golongan Daimyo dan
samurai yang menjadi tulang belakang sistem politik Tokugawa. banyak faktor dari segi
politik, ekonomi dan sosial telah membawa kehancuran kepada pemerintahan keluarga
Tokugawa.
Kejatuhan Shogun Tokugawa
Pengenalan
Pada tahun 1600, Iyeyasu telah berjaya mengalahkan musuh-musuhnya dalam
pertempuran Sekigahara dan atas kejayaannya itu maka pada tahun 1603, Maharaja
Jepun memberi gelaran “Shogun” kepadanya. Dengan ini lahirlah pemerintah Shogun
dari keluarga Tokugawa. Setelah mendapat kuasa secara perlahan-lahan Shogun
Tokugawa mengambilalih kekuasaan dari Maharaja sehingga Shogun Tokugawa yang
benar-benar berkuasa di Jepun. Pusat pentadbiran telah dipindahkan ke Yedo
sementara Maharaja ditempatkan di Kyoto dan tidak dibenarkan bergiat dalam urusan
pentadbiran.
Faktor kejatuhan Shogun Tokugawa
1. Peranan saudagar dan perubahan corak sosial
Salah satu faktor yang membawa kepada kejatuhan Shogun Tokugawa ialah
peranan golongan saudagar dan berlakunya perubahan corak sosial di Jepun. Pada
abad ke-18, sistem politik dan sosial di Jepun mulai berubah akibat sistem ekonomi
wang yang menggantikan sistem tukaran barang. Oleh sebab pentingnya ekonomi
wang menyebabkan kedudukan golongan saudagar menjadi golongan yang
berpengaruh dalam masyarakat dan sebaliknya golongan daimyo (bangsawan) dan
samurai (pahlawan) mulai merosot. Ramai golongan daimyo dan samurai telah
meminjam wang dari golongan saudagar hinggakan mereka terikat dengan hutang-
piutang. Juga ramai dari golongan daimyo dan samurai menceburkan diri dalam bidang
perniagaan. Keadaan ini menyebabkan menjelang abad ke-19, tidak ada perbezaan
taraf antara saudagar dengan daimyo dan samurai. Dengan ini sistem feudal terhapus
dengan sendirinya.
2. Menentang dasar isolasi
Golongan saudagar juga tidak setuju dengan dasar isolasi menindas Tokugawa.
Dengan dasar isolasi bermakna saudagar-saudagar tidak mendapat pasaran yang luas
bagi barang-barang dagangan mereka. Oleh sebab itu, mereka ingin supaya diadakan
hubungan dengan dunia luar kerana ini akan menguntungkan mereka. Berdasarkan
perkara itu, golongan saudagar asing bekerjasama dengan golongan anti-Tokugawa
golongan menentang Shogun Tokugawa seperti yang dilakukan oleh saudagar-
saudagar di bandar Osaka.
3. Perasaan kebangsaan/fahaman shintoisme
Sebab lain ialah munculnya semangat kebangsaan dan fahaman shintoisme.
Semangat hotmat dan taat kepada Maharaja hidup kembali. Akibat tindakan Tokugawa
menggalakkan orang-orang Jepun terutama golongan samurai mengkaji sejarah dan
sastera Jepun kuno. Sungguhpun tindakan ini untuk kebaikan negeri Jepun tetapi
kesannya menjejaskan kedudukan Tokugawa sendiri. Hasil dari kajian mereka dan
mengikut fahaman (kepercayaan Shinto) bahawa Maharaja Jepun adalah keturunan
Dewi Matahari (Amitorasu). Berdasarkan kepercayaan tersebut orang Jepun
berpendapat Maharaja yang harus berkuasa dan dihormati. Dengan ini muncul
golongan yang ingin mengembalikan kekuasaan Maharaja dan menjatuhkan Tokugawa.
4. Tekanan ekonomi
Kedudukan Shogun Tokugawa semakin terjejas bila berlakunya tekanan ekonomi.
Pada abas ke-18 dan ke-19 merupakan zaman kejatuhan ekonomi. Penduduk Jepun
telah bertambah dan ini menyebabkan berlakunya kekurangan makanan. Untuk atasi
masalah tersebut, petani-petani telah dikerah supaya dapat hasilkan keluaran pertanian
berlebihan. Hal ini menjadi beban kepada petani-petani yang terpaksa bekerja lebih
kuat. Penghidupan petani-petani semakin susah apabila adanya cukai-cukai.
5. Tentangan suku kaum dari Barat
Perasaan benci terhadap Tokugawa tidak sahaja dari petani-petani yang tertindas
terutama dari suku kaum dari Barat iaitu Satsuma, Choshu, Toza dan Hizen. Tokugawa
berkuasa tetapi wilayah kekuasaan Tokugawa sekitar Yedo sedangkan wilayah-wilayah
lain tidak dapat diletakkan secara langsung. Oleh sebab itu suku kaum-suku kaum
tersebut dapat bertindak balas. Mereka sedar tanpa persekutuan suku kaum yang lain
mereka tidak dapat mengalahkan Tokugawa. Oleh itu, mereka telah bersatu dan
tindakan selanjutnya ialah menyokong Maharaja yang ketika ini ditindas oleh
Tokugawa.
6. Kedatangan Barat
Faktor yang membawa kepada kejatuhan Tokugawa juga disebabkan oleh
kedatangan Barat. Pada tahun 1853, Commodore Perry dari Amerika tiba di Jepun
dengan tujuan mengadakan hubungan perdagangan dan mendapat jaminan
keselamatan anak-anak kapal Amerika. Disebabkan bimbang terhadap ancaman
Amerika maka pada tahun 1854, Perjanjian Kanagawa ditandatangan antara Perry
dengan Tokugawa. Kemudian perjanjian dengan Rusia dan Perancis juga dibuat.
Tindakan Tokugawa itu telah menjadi kemarahan rakyat Jepun termasuk beberapa
golongan dari keluarga Tokugawa sendiri.
Peristiwa ini digunakan oleh musuh Tokugawa untuk menggugar kedudukan
Tokugawa. Suku kaum dari Barat telah menjalankan tindakan anti-Barat. Pada tahun
1862, seorang Inggeris bernama Richardson mati dibunuh oleh putera Satsuma. Pada
tahun 1863, kaum Choshu telah menembak kapal-kapal Barat di Selat Shimonoseki.
Sebagai tindakbalas, pada tahun 1863, Inggeris menyerang Kagoshima kediaman
Satsuma. Kemudian pada tahun 1864 angkatan laut bersekutu iaitu Inggeris, Amerika,
Perancis dan Belanda menyerang Choshu di Selat Shimonoseki.
Pihak Barat telah menyalahkan Tokugawa berikutan berlakunya peristiwa-
peristiwa anti-Barat. Keadaan ini menyebabkan pada tahun 1866, Tokugawa telah
menghantar tenteranya untuk menyerang Choshu tetapi malangnya tentera Tokugawa
telah dikalahkan. Kedudukan Tokugawa semakin runcing apabila kaum Toza telah
bersatu dengan Choshu dan Satsuma untuk menentang Tokugawa. Memandangkan
adanya tekanan-tekanan dan desakan-desakan dalam negeri maka Shogun Keiki
bersetuju meletakkan jawatan. Pada bulan November 1867, kekuasaan telah
diserahkan kepada Maharaja Meiji. Dengan ini, tamatlah Shogun Tokugawa di Jepun.
Kesimpulan
Faktor dalam negeri merupakan faktor utama yang membawa kepada kejatuhan
Tokugawa. Shogun Tokugawa telah berjaya berkuasa kira-kira lebih dari dua abad
setengah. Pada peringkat awal pemerintahan Tokugawa telah mencapai beberapa
kemajuan. Tetapi kejayaan lebih besar telah dicapai semasa pemerintahan Meiji. Dalam
zaman Meiji, Jepun mula memasuki dunia moden dan dalam masa yang sangat singkat
Jepun mencapai taraf yang sama dengan negara-negara Barat, baik dalam bidang
ekonomi mahupun dalam bidang ketenteraan.
Kung Fu Tze
Confucius dilahirkan di Zhou (sekarang: Wilayah Shandong) yang terletaknya di
negeri Lu pada Zaman Chunqiu China. Ayahandanya yang merupakan seorang
komander negeri Lu meninggal dunia sewaktu Confucius berumur tiga tahun. Walaupun
keluarganya berketurunan bangsawan, mereka tidak berkaya-raya. Wafat ayahandanya
tertinggal mereka dalam kemiskinan. Confucius berkahwin dengan Chikuan pada umur
19 tahun, dan kemudiannya menjadi ayah kepada seorang anak lelaki dan dua orang
anak perempuan.
Confucius sanggup mengambil pelbagai kerja seperti gembala, kerani dan
penyimpan kira-kira untuk menyara hidup mereka. Selepas ibunya meninggal dunia
pada tahun 527 S.M., beliau memulakan pekerjaannya sebagai seorang guru. Beliau
mengembara dan mengajar murid-murid yang berkumpul berhampirannya.
Kemashyurannya serta sifat-sifat murninya diluas sebar di seluruh negeri Lu.
Pada zaman akhiran Dinasti Zhou (Chou) (1027-256 S.M.), kerajaan menghadapi
masalah komplot penggulingan kuasa. Confucius mengkritik zaman itu merupakan
zaman kacau-bilau dan kurang bermoral. Beliau berpendapat cara penyelesaian
masalah itu adalah mendidik supaya orang ramai mengikut prinsip-prinsip serta ajaran-
ajaran pendeta dahulu. Beliau mengadakan penegasan ajaran-ajaran pendeta dahulu
dalam kelasnya.
Selepas beberapa tahun, ajarannya serta teorinya diluas sebar ke seluruh China
oleh anak muridnya dan kemudiannya ramai orang memanfaatkannya.
Confucius yang berusia 52 tahun, dilantik sebagai majistret Chungtu dan pada
tahun seterusnya, beliau menjadi menteri jenayah bagi negeri Lu. Dengan
pentadbirannya yang baik, beliau berjaya melaksanakan reformasi baru, keadilan
didirikan dan kes-kes jenayah berkurangan sehingga hampir dihapuskan. Cara
pentadbiran yang diperkenalkan adalah begitu baik sekali sehingga beliau dilantik
menjadi pemerintah negeri sebelahnya untuk menahan pemecatan kuasa menteri.
Confucius meninggalkan kawasan pentadbirannya pada tahun 496B.C untuk
mengembara sambil mengajar, tersia-sia adanya harapan akan putera negeri lain
membenarkan beliau melancarkan reformasi. Pada tahun 484 S.M., tersia-sia mencari
pemerintahan yang unggul, beliau kembali ke Lu.
Beliau meninggalkan negerinya dan mengembara seluruh China selama 13 tahun.
Semasa beliau berumur 69 tahun, beliau kembali ke Lu dan wafat 3 tahun kemudiannya
di Lu – 479 S.M. Selepas beliau wafat, peninggalannya dikebumikan di kubur Chu Fu
(Sekarang: Shandong). Kini, kubur itu merupakan satu taman yang cantik dan
dinamakan Taman Kong. Walaupun Confucius telah meninggal dunia tetapi ajaran dan
falsafah beliau masih diamalkan sehingga terbinanya tokong-tokong di seluruh China.
Kitab yang disusunkan oleh pengikut-pengikutnya ialah Lunyu (Inggeris:Analects),
dimana ia merupakan kitab yang paling tepat mengisahkan kehidupan Confucius serta
ajarannya yang semakin hilang.
Beliau menerima pendidikan dalam bidang muzik, penulisan dan ritual. Sewaktu
berumur 20 tahun beliau menjadi seorang guru dan mengajar murid-murid cara
berkelakuan baik. Beliau dan murid-muridnya sering mengembara dari wilayah ke satu
wilayah yang lain. Beliau yakin melalui sistem pendidikan akan wujudnya kesetaraan
sejati antara manusia. Beliau merupakan orang pertama dalam sejarah China yang
mengajar jumlah pelajar yang ramai iaitu 7000 orang, dan 10 orang dari mereka
menjadi pemikir dan sarjana yang terkenal. Beliau merupakan seorang ahli pendidik
yang mahukan pengikut-pengikutnya menjadi “rounded man” yang boleh digunakan
oleh negara dan masyarakat. Justeru itu, beliau mengajar bermacam-macam jenis ilmu
pengetahuan. Falsafahnya mahu mendidik manusia melalui saluran pendidikan bagi
menghasilkan manusia yang sempurna yang disebut sebagai Junzi. Junzi merupakan
seseorang yang memiliki sepenuhnya hikmah ren. Dalam kitab Lun Yu, Kung Fu Tze
telah memberikan beberapa cara untuk menjadi Junzi (budiman). Antara cara untuk
menjadi seorang Junzi ialah:
a. tidak merasa resah, pilu atau takut
b. bekerja dengan tegas dan bersungguh-sungguh, tidak membuat
kesalahan, melayani orang lain dengan bahasa yang baik dan teliti
sesuai dengan adat
c. membantu orang lain untuk menjayakan pekara yang baik dan tidak
membantu orang lain untuk menjayakan pekara yang jahat
Manakala sifat Junzi menurut Kung Fu Tze ialah seseorang yang hidup aman
damai, tidak sombong dan tidak menghina orang lain. Kung Fu Tze mahu
menginterprestasikan khazanah warisan silam kepada anak-anak muridnya, dengan
sebab itu beliau berkata sesungguhnya beliau hanyalah seorang transmitter dan
bukannya originator.
Perkara inilah menurut Wang Gungwu (1997) yang membezakan Konfusianisme
dengan agama lain, kerana ia amat sedikit menekankan kepada kehidupan spiritual dan
menjauhkan diri dari perbincangan mengenai kehidupan selepas mati tetapi lebih
banyak menumpukan kepada dunia, sosial, keluarga dan moral. Apabila ditanya
tentang kematian oleh muridnya, Konfisius menjawab “jika kita tidak tahu tentang
kehidupan, bagaimana pula kita tahu tentang kematian”. Begitu juga beliau pernah
berkata “kamu tidak mampu untuk berkhidmat kepada manusia, jadi bagaimana kamu
hendak berkhidmat kepada ruh?”.
Prof. Y. King (1997) berpendapat Konfusianisme telah membangunkan satu
bentuk etika yang bersifat kemanusiaan dalam dunia yang manusia-sentrik. Bagi
Konfusianisme keperihatian yang asas adalah kehidupan sosial pada masa kini dan
sekarang. Persoalan bagaimana untuk mengharmoniskan kehidupan di dunia adalah
asas teoritikal dan praktikal yang perlu diselesaikan. Konfusianisme memfokuskan
kepada hubungan organik antara individu dan masyarakat yang dilihat sebagai saling
bertautan dan tidak dapat dipisahkan. Beliau mahu satu masyarakat yang dipimpin atau
diatur dengan baik. Asas negara, masyarakat dan individu yang betul adalah “let ruler to
be ruler, the minister minister, the father father and the son son “.
Konfusius mahu masyarakat berjalan mengikut tugas dan tanggungjawab masing-
masing . Mengikut Konfusius segala sesuatu hendaklah bertindak mengikut nama
(zhengming) atau kedudukan masing-masing. Perlaksanaan tanggungjawab dan
peranan tersebut haruslah pula diasaskan kepada nilai kebaikan (yi) dan nilai
kemanusiaan yang berpaksikan kepada kasih sayang (ren). Manusia yang mempunyai
ren atau kasih sayang ialah “one who, desiring to sustain himself, sustains others, and
desiring to develop himself, develop others”.
Pemikiran etika Konfusianisme dapat digali melalui kitab-kitab yang dikarangnya
seperti kitab Madah, Muzik, Adat, kitab Tentang Perubahan maupun melalui susunan
anak-anak murid beliau seperti Kitab Analect atau Lun Yu, The Great Learning dan lain-
lain. Mengikut Schwartz (1985), kitab Analect banyak mengandungi oder sosio-politik
yang normatif, perlakuan-perlakuan yang baik, ritual, perayaan dan etika. Aturan etika
Konfusianisme adalah berpaksikan kepada Tian (Heaven) atau Dao .Penekananya
yang utama adalah konsep terhadap keluarga, social propriety dan solidariti.
Konfusianisme menekankan lima bentuk hubungan atau wulun iaitu antara
pemerintah dengan rakyat, ayah dengan anak, abang dengan adik, sahabat dengan
sahabat dan suami dengan isteri. Bagi Konfusianisme, dari keluarga akan berkembang
menjadi masyarakat, seterusnya negara dan dunia. Kesemua konsep etika yang
dikembangkannya diasaskan kepada ren atau kemanusiaan. Bagi Konfusius, nilai
hubungan antara anak dengan bapa, ialah bapa harus berbaik hati dan anak harus
berkewajiban terhadap orang tua, Hubungan suami isteri ialah suami harus jujur
terhadap isteri dan isteri harus tunduk dan patuh dengan suami, hubungan saudara tua
dengan saudara muda, iaitu yang tua harus bermurah hati dan membantu, manakala
yang muda harus tunduk dan hormat. Hubungan raja dengan rakyat, ialah rakyat mesti
bersifat kemanusiaan dan rakyat harus taat. Hubungan antara sahabat ialah kejujuran
menjadi pendoman.
Pemerintah yang menggunakan kekerasan dalam pemerintahannya adalah
seorang yang gagal sebagai pemerintah. Menurut Konfusius; “tugas kamu adalah untuk
metnadbir, bukannya untuk membunuh” (Lun Yu). Pemerintah yang memerintah melalui
contoh teladan yang baik (de) dan akhlak terpuji akan dapat mengawal diri mereka
sendiri dan rakyat (Ross, 2000) serta dapat mempengaruhi rakyat dan menanamkan
kesetiaan rakyat kepada pemerintah.
dilahirkan Zhou (sekarang: Wilayah
Shandong) yang terletaknya di negeri Lu pada Zaman Chunqiu
China.
Walaupun keluarganya
berketurunan bangsawan, mereka tidak berkaya-raya.
Ayahnya komander negeri
Lu meninggal dunia sewaktu beliau 3 tahun.
527 S.M., beliau memulakan
pekerjaannya sebagai seorang
guru.
Confucius berkahwin dengan
Chikuan pada umur 19 tahun dan
ayah kepada 1 anak laki dan 2
anak perempuan
Confucius yang berusia 52 tahun, dilantik sebagai
majistret Chungtu dan pada tahun
seterusnya, beliau menjadi menteri
jenayah bagi negeri Lu
melaksanakan reformasi baru, keadilan didirikan dan kes-kes
jenayah berkurangan
Konfusianisme menekankan lima bentuk hubungan atau
wulun iaitu antara pemerintah dengan rakyat, ayah dengan
anak, abang dengan adik, sahabat dengan sahabat dan
suami dengan isteri.
Konfusius mahu masyarakat berjalan mengikut tugas dan
tanggungjawab masing-masing . Mengikut Konfusius segala sesuatu hendaklah bertindak mengikut nama (zhengming)
atau kedudukan masing-masing
Beliau yakin melalui sistem pendidikan akan wujudnya
kesetaraan sejati antara manusia. Beliau merupakan orang pertama
dalam sejarah China yang mengajar jumlah pelajar yang ramai iaitu 7000 orang, dan 10
orang dari mereka menjadi pemikir dan sarjana yang terkenal
mengajar murid-murid cara berkelakuan baik. Beliau dan
murid-muridnya sering mengembara dari wilayah ke
satu wilayah yang lain