43

Click here to load reader

titas Titas 1 [autosaved]

  • Upload
    khazlena

  • View
    1.703

  • Download
    40

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: titas Titas 1 [autosaved]

1

.

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

Page 2: titas Titas 1 [autosaved]

2

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

Memperkatakan tentang tamadun dan ketamadunan membuka ruang kepada beberapa persoalan asas.

Persoalan-persoalan tersebut merangkumi yg paling asas tentang etimologi kpd yg paling abstrak tentang epistemologinya.

Apakah tamadun?

Apakah maksudnya dan apakah yang

melandasi pengertian dan konsepnya?

MUQADIMAH

Page 3: titas Titas 1 [autosaved]

3

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

MUQADIMAH

Apa makna bertamadun?

Apakah landasan pengertian dan konsepnya?

Apakah neraca atau timbang tara yg membezakan bertamadun dgn tidak bertamadun?

Apakah ukuran, nilai atau penanda aras (bench marks) bagi menentukan tahap pencapaian bagi sesuatu tamadun?

Page 4: titas Titas 1 [autosaved]

4

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

Apakah pula faktor yg menentukan keutuhan dan kelangsungan sesuatu tamadun?

Apakah yg sering menjadi rujukan bagi membuat dakwaan (atau andaian) bahawa suatu bangsa atau masyarakat itu sudah bertamadun atau sebaliknya?

Page 5: titas Titas 1 [autosaved]

5

.

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

• Ibn Khaldun (14M) menggunakan perkataan ‘umran’ sebagai merujuk kpd ‘tamadun’ yg kita fahami sekarang.

• Barat mengungkapkan ‘civilisation’ pada abad ke 18M.

• Kamus Dewan Bahasa menggunakan ‘kebudayaan, kemajuan dan peradaban’        

Pendahuluan

Page 6: titas Titas 1 [autosaved]

6

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

Etimologi perkataan tamadun

Tamadun atau tamaddun adalah istilah bahasa Arab berasal daripada perkataan maddana dan madana yang bermaksud membangunkan kawasan (material) dan akhlak (kerohanian).

Ia berkaitan dengan perkataan madinah (bandar), mudun (bandar-bandar) dan modern.

Dikatakan juga bahawa istilah tamaddun berasal daripada perkataan al-din.

Page 7: titas Titas 1 [autosaved]

7

PENGERTIAN TAMADUN

Dalam tradisi penulisan berbahasa Arab antara peristilahan yg sering digunakan bagi membincangkan fenomena ketamadunan manusia adalah umran, hadarah, madaniyyah, thaqafa, nahdah dan tamadun.

Page 8: titas Titas 1 [autosaved]

8

PENGENALAN TAMADUN ISLAM PENGERTIAN TAMADUN

Istilah terawal yang digunakan untuk mengertikan makna ‘tamadun’ ialah perkataan ‘umran’ dan hadarat. ‘Umran adalah terbitan dari perkataan ‘Amara yang bererti ‘kawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang, tinggal menetap, segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa

Page 9: titas Titas 1 [autosaved]

9

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

PENGERTIAN TAMADUNHadarat bererti ‘kehidupan menetap’.

Penulis-penulis Arab moden menggunakan perkataan hadarat seerti dengan pengertian tamadun.

Hadarat membawa erti ‘suatu wilayah, daerah atau bahagian dari ibukota-ibukota atau bandar-bandar atau kampung-kampung dan dari kawasan yang didiami’.

Islam Hadhari

Page 10: titas Titas 1 [autosaved]

10

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

PENGERTIAN TAMADUN

Kurun kedua puluh muncul perkataan madaniyyat yang diperkenalkan oleh Farid Wajdi (al-Madaniyyat wa al-Islam) 1899 dan Syaikh Muhammad Abduh (al-Islam wa al-Nasraniyyat Ma’a al-‘Ilm wa al-Madaniyyat).

Kemudian muncul pula perkataan tamadun yang diperkenalkan oleh Jurji Zidan (Tarikh al-Tamaddun al-Islami).

Dalam bahasa Inggeris tamadun disebut civilization yang diambil dari bahasa Latin civitas bererti ‘bandar’.

Page 11: titas Titas 1 [autosaved]

11

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

PENGERTIAN TAMADUNDalam bahasa Melayu, sekurang-kurangnya dua istilah popular yg digunakan iaitu ‘tamadun’ dan ‘peradaban’.

Kedua-duanya adalah pinjaman perkataan Arab.

Dalam perbendaharaan kata Melayu asal, tidak terdapat kalimah khusus yg dapat menterjemahkan perkataan tamadun dan peradaban, kecuali perkataan maju dan kemajuan dan/atau mungkin pembangunan.

Perkataan maju dan kemajuan ternyata mempunyai konotasi yg jauh lebih sempit daripada tamadun.

Page 12: titas Titas 1 [autosaved]

12

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

PENGERTIAN TAMADUNTamadun dalam pengertian yang mudah ialah kemajuan jasmani (dalam bentuk fizikal) dan rohani (bentuk abstrak).

Istilah tamadun (civilisation) boleh digunakan dalam pelbagai konteks untuk maksud kemajuan, antaranya : 1. Kemajuan intelektual, kebudayaan dan kebendaan,

yang ditandai oleh kemajuan seni dan ilmu, penulisan dan ciri-ciri institusi-institusi politik dan sosial yang kompleks.

2. Kemajuan dan kegemilangan hasil daripada kreativiti dan intelektual manusia.

3. Suatu kebudayaan dan masyarakat yang dibangunkan oleh sesuatu bangsa, di kawasan dan tempoh tertentu.

4. Masyarakat moden atau maju, yang kompleks dan mempunyai pelbagai kemudahan.

5. Taraf tingkah laku yang baik.6. Taraf hidup yang maju.

Page 13: titas Titas 1 [autosaved]

13

Istilah-istilah dalam Tamadun

‘Umran (Ibn Khaldun – 14M)

Hadharah (Ibn Khaldun – 14M)

Civilization (Barat – 19M)

Madaniyyat (Farid Wajdi, Muhd Abduh – 20M)

Tamaddun (Jurji Zidan – 20M)

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

Page 14: titas Titas 1 [autosaved]

14

Istilah-istilah dalam Tamadun

Tamadun: “Kebudayaan, Kemajuan, Peradaban”

(K. Dewan).

Peradaban:“Kebudayaan,Tamadun, Kemajuan”

Civilization: “Keadaan bersifat kebandaran atau kemajuan”. Civic : “bandar” (Istilah Latin).

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

Page 15: titas Titas 1 [autosaved]

15

        

Istilah-istilah dalam Tamadun

‘Umran : “Kawasan yang didiami yang berkembang subur dan makmur”

Hadharah : “ Kehidupan menetap @ wilayah yang didiami”

Hadharah adalah lawan bagi istilah Badw : berpindah randah/ kehidupan padang pasir.

(Ibnu Khaldun, abad 14)

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

Page 16: titas Titas 1 [autosaved]

16

Ciri-ciri Asas Sesebuah Tamadun(Perspektif Barat)

1. Wujudnya penempatan masyarakat manusia di sesebuah kawasan.

2. Peningkatan kualiti kehidupan ke arah lebih positif dan sempurna.

3. Wujudnya sistem organisasi dan institusi sosial yang baik serta sistematik.

4. Wujudnya bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan sistem tulisan tersendiri.

5. Wujudnya sistem undang-undang dan sistem moral berwibawa.

6. Wujudnya daya kekreatifan yang tinggi seperti seni, sastera dan sebagainya.

Page 17: titas Titas 1 [autosaved]

17

Ciri-ciri Asas Sesebuah Tamadun (Ibn Khaldun)

1.Agama yang lebih tinggi2.Sistem perundangan yang teratur3.Sistem negara yang teratur4.Kehidupan kota5.Sistem tulisan yang mantap6.Bentuk seni yang jelas

   

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

Tamadun mencakupi kemajuan kebendaan dan kerohanian serta bersifat kebandaran

Page 18: titas Titas 1 [autosaved]

18

PENGENALAN TAMADUN ISLAM Kebandaran

Bandar adalah pusat yang membentuk tamadun sekitarnya.

Di sinilah masyarakat memberikan tumpuan untuk keperluan kehidupannya.

Dari bandar jugalah dipancarkan kemajuan ke persekitarannya. Dalam pembangunan material misalnya, jaringan kemudahan pengangkutan dipengaruhi kedudukan bandar.

Begitu juga dalam pembangunan minda, pemikiran kita sebahagian besarnya dipengaruhi oleh segelintir mereka yang menguasai media massa di bandar.

Kemunculan bandar-bandar baru seperti Madinah, Baghdad, Damascus, Qairawan dll.

‘Segala aktiviti utama masyarakat berpusat di bandar’

Page 19: titas Titas 1 [autosaved]

19

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

Pengaruh agama terhadap tamadun

Sebahagian sarjana berpendapat agama berperanan membentuk tamadun, terutama agama Islam.

Sebahagiannya pula berpendapat tamadun (budaya) yang membentuk agama.

Edward Sullivan menulis, “Moslem civilization was the product of Moslem religion”.

J.Jomier pula menegaskan, “Islam supplied the creative element out of which arose a new civilization”.

Page 20: titas Titas 1 [autosaved]

20

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

Pengaruh agama terhadap tamadunRalph dan Burns, yang meragui peranan agama terhadap tamadun, terpaksa membuat pengakuan berikut: “Nevertheless, in the case of the Arabs it was a new religion which undoubtedly provided much of the driving force behind the development of their civilization”.

Feibleman, dalam perbincangannya tentang kebangkitan tamadun Islam, juga menyimpulkan sedemikian: “Religion leads to culture, and culture to civilization, as the radius of influence widens”.

Sesungguhnya peranan Islam dalam mengasas dan membangunkan tamadun adalah satu fakta yang tidak dapat ditolak.

Page 21: titas Titas 1 [autosaved]

21

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

Pengaruh agama terhadap tamadun

Sudut ‘dalaman’ Islam, seperti ajaran Islam, al-Quran, al-Sunnah, kepimpinan dan peribadi Rasulullah s.a.w., tauhid, syari‘ah, pendidikan Islam dan lain-lain, adalah sudut terpenting untuk melihat bagaimana Islam membentuk tamadun.

Inilah sudut tamadun yang lebih penting yang diketepikan atau kurang difahami sesetengah sarjana bukan Islam bila mereka mengulas tentang tamadun Islam.

Page 22: titas Titas 1 [autosaved]

22

PENGENALAN TAMADUN ISLAM TAHAP PERKEMBANGAN

TAMADUN

Model Carroll Quigley (1910-1977), tujuh tahap proses berikut:

Tahap 1. Mixture Tahap 2. Gestation Tahap 3. Expansion Tahap 4. Conflict Tahap 5. Universal Empire Tahap 6. Decay Tahap 7. Invasion

Page 23: titas Titas 1 [autosaved]

23

PENGENALAN TAMADUN ISLAM TAHAP PERKEMBANGAN

TAMADUN

Peringkat 1. Mixture

Bermula dengan percampuran daripada dua atau lebih budaya.

Biasanya berlaku di kawasan sempadan (border) atau pinggir (the peripheral area) tamadun terdahulu.

Di pinggir Tamadun Klasik (Tamadun Rom), lahir Tamadun Barat, Tamadun Rusia dan Tamadun Islam

Page 24: titas Titas 1 [autosaved]

24

PENGENALAN TAMADUN ISLAM TAHAP PERKEMBANGAN

TAMADUNPeringkat 2. Gestation

Sistem yang menggalakkan penciptaan perkara-perkara baru.

Sistem yang boleh meningkatkan hasil melebihi keperluan.

Sistem yang mampu memanfaatkan lebihan hasil (di no 2) untuk membiayai dan menggunakan penciptaan baru tersebut (di no 1). (umpamanya, keteguhan ekonomi dilaburkan untuk memajukan sains, teknologi dan ketenteraan).

Page 25: titas Titas 1 [autosaved]

25

PENGENALAN TAMADUN ISLAM TAHAP PERKEMBANGAN

TAMADUNPeringkat 3, Tahap Perkembangan (The Stage of Expansion) pula melibatkan empat jenis seperti berikut:

1. Peningkatan produktiviti barangan yang menggambarkan peningkatan taraf hidup.

2. Pertambahan penduduk umumnya kerana penurunan kadar kematian.

3. Perluasan geografi tamadun ekoran ekspolarasi dan penjajahan.

4. Peningkatan pengetahuan.

Page 26: titas Titas 1 [autosaved]

26

   

PENGENALAN TAMADUN ISLAM TAHAP PERKEMBANGAN

TAMADUNTahap ke 4, Tempoh Konflik, apabila menunjukkan ciri-ciri berikut:

1. Kemerosotan kadar pengembangannya.

2. Peningkatan ketegangan dan konflik antara ‘kelas’ (kelompok) masyarakat terutama di kawasan induknya (the core area) akibat percanggahan kepentingan.

3. Peperangan yang bersifat imperialis semakin kerap dan ganas.

4. Kemerosotan pemikiran dengan percambahan pemikiran yang tidak rasional dan pessimism.

Page 27: titas Titas 1 [autosaved]

27

PENGENALAN TAMADUN ISLAM TAHAP PERKEMBANGAN

TAMADUNTahap 5, Universal Empire

Kawasan induk (the core area ) akan ditakluki oleh satu negara, seterusnya seluruh tamadun dikuasai sebuah empayar sejagat.

Zaman keemasan

Tetapi kemakmuran ini hanyalah palsu.

Mungkin pengembangan ekonomi yang sebenar tidak banyak berlaku kerana tiada “alat pengembangan” (instrument of expansion) yang sebenarnya. Rekaan-rekaan baru dan pelaburan ekonomi juga berkurangan. Kepentingan peribadi pihak berkuasa mengatasi segalanya. Projek sia-sia eg Taman Tergantung

Page 28: titas Titas 1 [autosaved]

28

TAHAP PERKEMBANGAN TAMADUN

Tahap 6, Zaman Kemerosotan (Decay)

• Ekonomi meleset, • Taraf hidup menurun, • Perang saudara • Kadar buta huruf meningkat. • Keprihatinan rakyat ramai terhadap

agama, kehidupan intelektual, kemasyarakatan dan politik hilang begitu ketara sekali.

• Gerakan-gerakan agama baru turut muncul mempengaruhi orang ramai.

• Usaha untuk mengatasi menjadi sia-sia sahaja.

   

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

Page 29: titas Titas 1 [autosaved]

29

Tamadun Islam dan Kenegaraan Malaysia A

ZT1012ZT1012PENGENALAN TAMADUN ISLAM TAHAP PERKEMBANGAN

TAMADUN

Tahap 7 Invasion

Apabila tamadun berkenaan tidak lagi berdaya mempertahankan dirinya, kerana ‘ia sendiri tidak lagi ingin mempertahan dirinya’,

Ia terdedah kepada penceroboh luar, tamadun yang lebih muda dan gagah.

Page 30: titas Titas 1 [autosaved]

30

PENGENALAN TAMADUN ISLAM KEMUSNAHAN TAMADUN DAN

KITARAN TAMADUN

Teori Ibn Khaldun :

Badwi bolehbertamadun, maju menguasai kota dan kerajaan, kerana sifat-sifat mereka yang berpotensi. Tapi akhirnya mereka runtuh semula setelah hanyut dengan sifat-sifat negatif di bandar.

Faktor kemanusiaan (sosial) terpenting

Page 31: titas Titas 1 [autosaved]

31

PENGENALAN TAMADUN ISLAM KEMUSNAHAN TAMADUN DAN

KITARAN TAMADUN

Arnold Toynbee:

Moral dan keagamaan lebih penting untuk survival suatu tamadun berbanding faktor fizikal dan alam sekitar

Oswald Spengler:

Tamadun seperti manusia (organisma), melalui peringkat ‘kanak-kanak, remaja, tua dan meninggal. Ada yang meninggal sebelum tua kerana diserang penyakit .

Page 32: titas Titas 1 [autosaved]

32

PENGENALAN TAMADUN ISLAM KEMUSNAHAN TAMADUN DAN

KITARAN TAMADUN

Ibn Khaldun telah memperkenalkan teori kitaran tamadun.

1. Berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya dengan miskin.

2. Berleluasanya penindasan dan kezaliman.3. Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam

masyarakat terutama di kalangan pemimpin.4. Wujudnya sikap tertutup yang tidak mahu menerima

perubahan terutamanya dari segi perubahan teknologi dan sebagainya.

5. Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran.

Page 33: titas Titas 1 [autosaved]

33

 

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

GLOBALISASI

Berlaku hubungan dan pertukaran antara tamadun semenjak zaman purba melalui:

Jalan darat eg. Jalan sutera

Laut eg. Teluk Parsi, Lautan Hindi dan Laut Cina Selatan

Kuasa tunggal eg. Central Civilization

Perang antara kumpulan eg. Perang Salib

Page 34: titas Titas 1 [autosaved]

34

 

PENGENALAN TAMADUN ISLAM MASA DEPAN DUNIA DAN PERTEMBUNGAN TAMADUN

Satu isu hangat yang sering diperkatakan hingga kini ialah ‘clash of civilizations’ yang dipopularkan oleh Samuel P. Huntington dalam bukunya The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order yang diterbitkan pada tahun 1996.

Page 35: titas Titas 1 [autosaved]

35

 

PENGENALAN TAMADUN ISLAM MASA DEPAN DUNIA DAN PERTEMBUNGAN TAMADUN

Kini terdapat enam kumpulan tamadun utama: 1. Tamadun Barat yang berasaskan fahaman Katholik dan

Protestan (di Eropah Barat dan Amerika Utara), 2. Tamadun yang berasaskan Gereja Orthodoks (di Rusia

dan Eropah Timur), 3. Tamadun Islam, 4. Tamadun Hindu, 5. Tamadun China, dan6. Tamadun Jepun.

Kecuali Tamadun Islam, semuanya lima kumpulan ini mempunyai peneraju (core state or states): Tamadun Barat diterajui oleh Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, Tamadun Orthodoks oleh Rusia, Tamadun Hindu oleh India, Tamadun Cina oleh China, Tamadun Jepun oleh Jepun.

Page 36: titas Titas 1 [autosaved]

36

 

PENGENALAN TAMADUN ISLAM MASA DEPAN DUNIA DAN PERTEMBUNGAN TAMADUN

Caroll Quigley:

China dan India akan bangkit kali kedua sebagai tamadun yang hebat.

Konspirasi Anglo-Amerika untuk menubuhkan sebuah empayar dunia.

Sejarah semasa adalah “perjuangan di antara kuasa-kuasa yang bermusuhan”.

Page 37: titas Titas 1 [autosaved]

37

 

PENGENALAN TAMADUN ISLAM MASA DEPAN DUNIA DAN PERTEMBUNGAN TAMADUN

Francis Fukuyama, The End of History and the Last Man (New York: Free Press, 1992) yang menyatakan tesisnya bahawa warga dunia akan menerima konsep demokrasi liberal (tajaan Barat) sebagai nilai sejagat, menggantikan konfrontasi berdasarkan ideologi sebelum ini.

Dengan kata-kata lain, mereka tidak akan bermusuhan berdasarkan tamadun.

Page 38: titas Titas 1 [autosaved]

38

PENGENALAN TAMADUN ISLAM MASA DEPAN DUNIA DAN

PERTEMBUNGAN TAMADUN

Menurut Seizaburo, selain pertembungan antara tamadun-tamadun, titik pertemuan seperti saling mempelajari juga boleh dilihat antara mereka, sebagaimana terbukti dalam sejarah: antara Tamadun Islam dengan Barat, Jepun dengan China, China dengan India dan Barat dengan tamadun-tamadun Asia.

Page 39: titas Titas 1 [autosaved]

39

 

PENGENALAN TAMADUN ISLAM MASA DEPAN DUNIA DAN PERTEMBUNGAN TAMADUN

Demikian juga tidak akan berlaku pertentangan di antara apa yang disifatkan sebagai ‘tamadun klasik’ (seperti Islam, India dan China, yang berasaskan ‘nilai-nilai klasik’) dan ‘tamadun industri moden’ (seperti Barat), sebagaimana yang dibuktikan oleh Malaysia, Turki, China dan Jepun, yang berjaya mengekalkan ‘nilai klasik’ seiring zaman perindustrian masing-masing.

Page 40: titas Titas 1 [autosaved]

40

 

PENGENALAN TAMADUN ISLAM MASA DEPAN DUNIA DAN PERTEMBUNGAN TAMADUN

Idea ‘clash of civilizations’ hanyalah ada dalam minda orang-orang tertentu, bukan realiti.

Tetapi, Seizaburo menegaskan, idea Huntington mengundang bahaya besar sekiranya para pembuat polisi mengambil perhatian serius terhadapnya, terutamanya oleh pembuat polisi di Amerika Syarikat, kerana musuh-musuhnya juga terpaksa mengambil langkah tindak balas untuk berjaga-jaga.

Page 41: titas Titas 1 [autosaved]

41

 

PENGENALAN TAMADUN ISLAM MASA DEPAN DUNIA DAN PERTEMBUNGAN TAMADUN

Kebanyakan tokoh dunia Islam juga tidak setuju dengan pemikiran Huntington.

Mohammad Khatami, bekas presiden Iran, menegaskan bahawa penggerak utama peradaban ialah pemikiran intelektual.

Oleh itu, perbezaan yang timbul antara pelbagai peradaban itu merupakan hasil pemikiran manusia.

Justeru, beliau menekankan kepentingan dialog peradaban, bukan mengarahkan pemikiran kita kepada pertembungan peradaban.

Page 42: titas Titas 1 [autosaved]

42

 

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

Pencapaian Umat Islam

Briffault, sarjana Inggeris berkata:

“Roger Bacon dan Francis Bacon kedua-duanya tidak boleh dikatakan telah memperkenalkan kaedah percubaan atau ujikaji. Roger Bacon adalah tidak lain merupakan orang yang memperjuangkan sains dan kaedah ujikaji yang dibina oleh Tamadun Islam ”.

Page 43: titas Titas 1 [autosaved]

43

PENGENALAN TAMADUN ISLAM

KESIMPULAN

Sesuatu bangsa dikatakan bertamadun apabila maju kebendaan dan kerohanian.

Banyak isu dlm perbahasan ketamadunan eg pertembungan tamadun terutama antara Islam dan Barat.

Berdasarkan sejarah, tamadun Islam boleh berharmoni dgn tamadun lain