28
QGK3023 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH TAN KIANG TEONG D20102040564 QGK3023 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH TAJUK DISEDIAKAN OLEH Nama No. ID No.Tel TAN KIANG TEONG D20102048564 017-5038828 Kumpulan : UPSI01(A141PJJ) 1 Tugasan 2 Laporan Aktiviti Program Kesihatan Sekolah

TKT TUGASAN2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

assignment

Citation preview

QGK3023 PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH TAN KIANG TEONG D20102040564

QGK3023PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

TAJUKTugasan 2Laporan Aktiviti Program Kesihatan Sekolah

DISEDIAKAN OLEH

Nama

No. ID

No.Tel

TAN KIANG TEONGD20102048564017-5038828

Kumpulan : UPSI01(A141PJJ)

Nama Pensyarah : Nik Mohd Zaki bin Nik Mohamed Tarikh Serah : 28 November 2014

1.0 PENGENALAN

Kes denggi naik secara mendadak sehingga kerajaan telah mengisytiharkan empat negeri iaitu, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Selangor memiliki jumlah pengidap denggi kritikal. Dari Januari sehingga 24 September 2005, sebanyak 27,569 kes demam denggi dicatatkan di seluruh negara berbanding 21,786 kes dalam tempoh yang sama pada tahun lepas. Jumlah kematian telah meningkat kepada 70 orang tahun ini berbanding 68 orang dalam tempoh yang sama sepanjang tahun lalu. Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan melancarkan Operasi Kawalan Denggi secara besar-besaran di kesemua negeri terbabit bagi membendung dan mencegah penyebaran penyakit yang boleh membawa maut.1.1 Apa itu Denggi?Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut. Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes. Penyakit ini biasanya berlarutan selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.1.2 Jenis-jenis penyakit denggiDemam denggi klasikalPesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'Demam denggi berdarahBiasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2 hingga 13 tahun. Pada tahap awal (selama 2 hingga 4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera1.3 Agen Penyebab Penyakit DenggiPenyakit denggi disebabkan oleh sejenis kuman virus yang dipanggil virus denggi. Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat empat jenis 'serotype' virus yang telah dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja. Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4 hingga 5 hari pada tahap awal penyakit.1.4 Pembawa Agen Penyakit DenggiNyamuk aedes merupakan pembawa bagi kuman virus denggi. Gigitan nyamuk merupakan satu cara penyebaran virus denggi dari seorang ke seorang yang lain. Daripada satu gigitan ia boleh menghisap darah sebanyak 2 hingga 4 mg darah iaitu 1.5 kali berat badannya. Nyamuk aedes ini boleh dikenali dengan tanda belang hitam dan putih di kaki. Terdapat dua jenis nyamuk aedes yang membawa virus denggi iaitu :Aedes AegyptiCiri-ciri : Tanda putih-perak bentuk kecapi dikepala. Nyamuk Aedes Aegypti berterbangan di sekitar rumah dan tinggal di tempat-tempat gelap di dalam rumah. Ia bertelur dan berkembang biak di dalam bekas buatan di dalam dan di luar rumah.Aedes AlbopictusCiri-ciri: Garisan putih-perak disepanjang pertengahan kepala dan badan. Nyamuk Albopictus pula terdapat di kawasan perumahan di bandar, kebun dan juga di hutan. Ia biasa terdapat di luar rumah pada tumbuh-tumbuhan dan menggigit manusia di luar rumah. Kadang-kadang ia memasuki rumah untuk menggigit manusia. Disamping bekas buatan nyamuk ini juga boleh berkembang biak dalam berbagai-bagai bekas alamiah seperti lubang pada pokok, tunggul pokok, buluh, ketiak daun seperti daun pandan dan nenas dan lain-lain tempat yang boleh air bertakung.2.0 OBJEKTIF2.1Menjadikan Amalan Kebersihan Sebagai Budaya Cara Hidup Sihat.2.2Memupuk Sikap Keprihatinan Dan Komitmen Yang Tinggi Di Kalangan Warga Sekolah Tentang Pendidikan Pencegahan Demam Denggi.2.3Menjadikan Murid Sebagai Agen Perubahan Terhadap Pencegahan Pembiakan Nyamuk Aedes.2.4Mewujudkan Persekitaran Sekolah Yang Bersih, Selamat, Kondusif Dan Bebas Pembiakan Nyamuk Aedes.

3.0 RASIONAL

Kajian kes menunjukkan bilangan kes demam denggi yang dicatatkan berlaku dikalangan penuntut sekolah yang berumur 7 hingga 12 tahun.

3.1 Terdapat banyak sekolah di seluruh Negara. Kebanyakan sekolah-sekolah terletak di dalam kawasan bandar mempunyai masalah penyakit denggi.

3.2 Bagi menyemai pengetahuan dan amaln baik di dalam kawalan denggi kepada peringkat umur yang rendah supaya pengetahuan dan amalan tersebut dapat diteruskan apabila mereka dewasa nanti. Di samping itu diharapkan penutut sekolah dapat menjadi agen perubahan kepada bebas denggi di rumah seterusnya masyarakat umum.

3.3 Kajian daripada negara-negara lain telah menunjukkan bahawa aktiviti kawalan denggi yang ditumpukan kepada golongan kanak-kanak sekolah telah mencapai kejayaan.

4.0 MATLAMAT

Untuk mendedahkan kanak-kanak sekolah kepada aktiviti pencegahan dan kawalan denggi dengan tujuan mewujud satu kumpulan yang menjadikan agen perubah kepada masyarakat.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua warga SJK ( C ) Eng Ling , Perak

6.0 PELAKSANAAN

TarikhMasaAktivitiTempat

15 Mei 2014(Isnin)7.20-7.50 pgPerasmian Kempen Minggu Anti Denggi 2014Tapak Perhimpunan Sekolah

8.00 9.00 pgCeramah Anti Denggi OlehKlinik Kesihatan SitiawanBilik Komputer Sekolah

9.00 pg 1.10 tghPameran Oleh Klinik Kesihatan Sitiawan .

Kantin Sekolah

16 Mei 2014 (Selasa)7.20 9.50 pgTahap 2Pertandingan Peta Minda KreatifBilik Darjah

2.00 3.30 ptgTahap 1Pertandingan MewarnaBilik Darjah

Jadual Kemasukan ke Pameran Anti Denggi

TarikhMasaTahunGuru PengiringTempat

15 Mei 2014 (ISNIN)9.00 9.30 pg4AEn Lim Huan ShengKantin Sekolah

9.30 10.00 pg5APn Carmen Ling

10.00 10.30 pg6AEn Lee Xiang Hui

10.30 11.00 pg4 B

En Koo Chee Xiang

11.00 11.30 -pg5 B

Pn Tan Mei Le

11.30 12.00 tgh6 B

En Tan Kiang Teong

12.00 12.30 tgh5CPn Chan Suk Yee

12.30 1.00 tgh6CPn Soo Lang Chui

*Jadual Guru Pengiring mengikut jadual PdP seperti biasa. Selain masa lawatan pameran, PdP berjalan seperti biasa. Sila beri kerjasama untuk mengelak kesesakan di Bilik Pameran.

7.0 METODOLOGI / KAEDAH

7.1 Program dilaksanakan selama seminggu mengikut tentatif.7.2 Ia akan dijalankan oleh semua guru-guru SJK ( C ) ENG LING.7.3 Dikendalikan sepenuhnya oleh Ahlijawatankuasa Unit Kesihatan di bawah naungan Unit Hal Ehwal Murid.7.5 Aktiviti yang dijalankan berbentuk pameran, ceramah, dan pertandingan.7.6 Pelajar dan semua guru dikehendaki mematuhi segala arahan dan bekerjasama serta memberi komitmen yang tinggi terhadap segala bentuk aktiviti yang dijalankan.

8.0 SENARAI JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK KEMPEN ANTI DENGGI TAHUN 2014

PENGERUSI : Encik Teng Yong Seng (Guru Besar)

NAIB PENGERUSI : Pn Ling Chui Mei (GPK HEM)En Nik Azman B. Kundur (GP Kurikulum) Pn Vooi Xiang Hua(GPK Kokurikulum SK)Pn. Noraimah Bt Husin(GPK Petang SK Seksyen 11 Kota Damansara)

PENYELARAS: Pn. Lee Hoon PingSETIAUSAHA : Pn. Nur Syuhada Bt Abdul Rasid (Guru Bimbingan dan Kaunseling SK )JAWATANKUASA PELAKSANA

Tugas & Tanggungjawab

J/K Pameran dan Modul ProgramPn. Hazlina Bt Abdul HalimPn. Nur Syuhada Bt. Abdul RasidEn. Basminazaki B. ZakariaPn. Fazidah Bt. Fauzul Wafir

Mengumpulkan bahan pameran. Menyiapkan tempat pameran. Mengawalselia semasa pameran dijalankan. Mengemas semula tempat pameran dan menyimpan bahan pameran di tempat selamat.

J/K PA Sistem dan LCDEn. Ahmad Zawawi B. KamalEn. Azrul B. Ahmad Menyediakan peralatan sistem suara (mikrofon) yang berfungsi sepanjang program berlangsung. Menyediakan LCD dan Laptop untuk pembentangan oleh penceramah. Memastikan semua peralatan lengkap sebelum program berlangsung. Mengeemas semula semua peralatan tersebut serta disimpan di tempat selamat.

J/K FotografiPn. Kok Siao WenEn. Nurul Ikhwan B. Faiz Ismail

Merakam semua aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung. Menyerahkan gambar tersebut kepada ajk dokumentasi.

J/K Perasmian dan PenutupanPn. Hazlina Bt Abdul HalimPn. Nur Syuhada Bt. Abdul RasidPn. Fazidah Bt. Fauzul WafirPn. Hasni Bt Amat

Menyediakan tempat program. Menjemput perasmi ke tapak program. Memastikan perjalanan program berjalan lancar.

J/K Pengacara MajlisEn. Basminazaki B. ZakariaCik Zainusliza Bt Ab.llah Mengendalikan Majlis Perasmian, Penutupan dan Aktiviti Ceramah.

J/K HadiahPn. Lee Chai Shia

Menyediakan hadiah pemenang seperti dirancang. Menyiapkan sijil-sijil pemenang. Membantu mengatur dan memberikan hadiah kepada pemenang semasa majlis penutupan.

J/K DokumentasiPn. Mahabi bt Saad

Merekod dan menyediakan laporan selepas program berlangsung. Laporan yang telah siap hendaklah dihantar kepada SU Kempen Anti Denggi. Tempoh Masa 1 minggu selepas program.

J/K Hakim dan PenilaianAktiviti Peta Minda InovatifPn. Vooi Siang HuaAktiviti Kuiz Anti DenggiPn. Hazlina Bt RazaliAktiviti Mewarna Poster Tahap 1Pn. Lee Pei Wen Mengumpul semua penyertaan pertandingan untuk di semak dan dinilai. Menilai dan menentukkan pemenang yang layak dengan adil dan saksama. ;) J/K Hadiah dan Sijil serta Pengerusi Majlis.

J/K Kawalan MuridSemua Guru mengikut PdP masing-masingTugas dan Tanggungjawab Memastikan murid berdisiplin dan menepati masa sepanjang program berlangsung. Memastikan semua murid menjalankan aktiviti dan tugasan yang diberikan. Mengumpulkan bahan penyertaan murid dan menyerahkan kepada hakim penilaian.

9.0 TENTATIF PROGRAM KEMPEN ANTI DENGGI TAHUN 2013

Isnin (15 Mei 2014)

7.30 8.00-Perasmian Kempen Anti Denggi Tahun 201408.00 pg 9.00 pg-Ceramah Cegah Denggi oleh wakil Pejabat Kesihatan Daerah Manjung9.00 pg 1.00 tgh- Pameran Anti Denggi oleh Pejabat Kesihatan Daerah Manjung

Selasa (16 April 2013)

08.00 pg 10.00 pg- Pertandingan Peta Minda Inovatif (Tahap 2) - Pertandingan Mewarna Poster (Pra Sekolah)5.00 ptg 6.30 ptg- Pertandingan Mewarna Poster (Tahap 1)

Isnin (22 April 2013)

7.30 8.00- Perasmian Penutup Kempen Anti Denggi Tahun 2014- Penyampaian Hadiah

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PerbelanjaanAktiviti Peta Minda Inovatif (Alat Tulis)

1. Tempat Pertama - Hamper (41 X 3 Kelas X RM 2)= RM246.002. Tempat Kedua - Hamper (41 X 3 kelas X RM 2)= RM246.003. Tempat Ke tiga - Hamper (41 X 3 kelas X RM 1)= RM123.004. Hadiah Mewarna Poster - (1 X 20 kelas X RM 3.70) =RM 74.005. Makanan Penceramah - (5 X RM10) = RM 50.006. Cenderamata Penceramah - (1 X RM 24)= RM 24.007. Moulting Board - (32 X RM 2.90) = RM 92.80 JUMLAH= RM 855.80

Peruntukan

PCG Unit Bimbingan dan KaunselingRM 855.80

JUMLAH RM 855.80

11.0 PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar Kempen Anti Denggi 2014 dapat dijalankan dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama daripada para guru dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan program ini.

Disediakan oleh:

...............................................................PN. NUR SYUHADA BINTI ABDUL RASIDSetiausahaKempen Anti DenggiPenyelaras Program HEMSJK C ENG LING , PERAK

Disemak oleh:

..................................................................PN LING CHUI MEI Guru Penolong Kanan HEM

SJK C ENG LING , PERAK

1.0 PENGENALANSambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat. Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat. Program ini juga di buat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan Sekolah Bebas Dadah menjelang tahun 2015. 2. 0 MATLAMAT Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat. Untuk memastikan muridmurid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya;.

3.0 OBJEKTIF3.1 Mendidik peserta menghayati amalan hidup sihat tanpa dadah dan terhindar daripada lain-lain perlakuan negatif.3.2 Membina disiplin dan ketahanan diri dalam usaha untuk meningkatkan semangat dan keyakinan diri melalui sikap yang positif dan kecekalan hati.3.3 Memberi latihan dan kemahiran untuk melengkapkan diri peserta bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran hidup lebih jelas, yakin dan bersedia.

4.0 TARIKH20 Jun 2014 5.0 TEMPATTapak Perhimpunan SJK ( C ) ENG LING

6.0 KUMPULAN SASAR Semua Warga SJK ( C ) ENG LING

7.0 PELAKSANAAN

TarikhMasaAktivitiTempat

20 Jun 2014 (JUMAAT)7.20-7.50 pgPerasmian Kempen Minggu Anti Dadah 2014Tapak Perhimpunan Sekolah

8.00 9.00 pgCeramah Anti Dadah OlehKlinik Kesihatan SitiawanTapak Perhimpunan Sekolah

9.00 pg 1.10 tghPameran Dadah Oleh Klinik Kesihatan Sitiawan .

Kantin Sekolah

Jadual Kemasukan ke Pameran Anti Dadah

TarikhMasaTahunGuru PengiringTempat

20 Jun 2014 (JUMAAT)9.00 9.30 pg1A/1BEn Lim Huan ShengKantin Sekolah

9.30 10.00 pg2A/2BPn Carmen Ling

10.00 10.30 pg3A/3BEn Lee Xiang Hui

10.30 11.00 pg4A/4B

En Koo Chee Xiang

11.00 11.30 -pg5A/5B

Pn Tan Mei Le

11.30 12.00 tgh6A/6B

En Tan Kiang Teong

12.00 12.30 tgh5C/Kakitangan SekolahPn Chan Suk Yee

12.30 1.00 tgh6C/Kakitangan SekolahPn Soo Lang Chui

*Jadual Guru Pengiring mengikut jadual PdP seperti biasa. Selain masa lawatan pameran, PdP berjalan seperti biasa. Sila beri kerjasama untuk mengelak kesesakan di Bilik Pameran.

8.0 METODOLOGI / KAEDAH

8.1 Program dilaksanakan selama sehari.8.2 Ia akan dijalankan oleh semua guru-guru SJK ( C ) ENG LING8.3 Dikendalikan sepenuhnya oleh Ahlijawatankuasa Unit Kesihatan di bawah naungan Unit Hal Ehwal Murid.8.5 Aktiviti yang dijalankan berbentuk pameran dan ceramah.8.6 Pelajar dan semua guru dikehendaki mematuhi segala arahan dan bekerjasama serta memberi komitmen yang tinggi terhadap segala bentuk aktiviti yang dijalankan.

9. 0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK KEMPEN ANTI DENGGI TAHUN 2014

PENGERUSI : Encik Teng Yong Seng (Guru Besar)

NAIB PENGERUSI : Pn Ling Chui Mei (GPK HEM)En Nik Azman B. Kundur (GP Kurikulum) Pn Vooi Xiang Hua(GPK Kokurikulum SK)Pn. Noraimah Bt Husin(GPK Petang SK Seksyen 11 Kota Damansara)

PENYELARAS: Pn. Lee Hoon PingSETIAUSAHA : Pn. Nur Syuhada Bt Abdul Rasid (Guru Bimbingan dan Kaunseling SK )

JAWATANKUASA PELAKSANA

Tugas & Tanggungjawab

J/K Pameran dan Modul ProgramPn. Hazlina Bt Abdul HalimPn. Nur Syuhada Bt. Abdul RasidEn. Basminazaki B. ZakariaPn. Fazidah Bt. Fauzul Wafir

Mengumpulkan bahan pameran. Menyiapkan tempat pameran. Mengawalselia semasa pameran dijalankan. Mengemas semula tempat pameran dan menyimpan bahan pameran di tempat selamat.

J/K PA Sistem dan LCDEn. Ahmad Zawawi B. KamalEn. Azrul B. Ahmad Menyediakan peralatan sistem suara (mikrofon) yang berfungsi sepanjang program berlangsung. Menyediakan LCD dan Laptop untuk pembentangan oleh penceramah. Memastikan semua peralatan lengkap sebelum program berlangsung. Mengemas semula semua peralatan tersebut serta disimpan di tempat selamat.

J/K FotografiPn. Kok Siao WenEn. Nurul Ikhwan B. Faiz Ismail

Merakam semua aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung. Menyerahkan gambar tersebut kepada ajk dokumentasi.

J/K Perasmian dan PenutupanPn. Hazlina Bt Abdul HalimPn. Nur Syuhada Bt. Abdul RasidPn. Fazidah Bt. Fauzul WafirPn. Hasni Bt Amat Menyediakan tempat program. Menjemput perasmi ke tapak program. Memastikan perjalanan program berjalan lancar.

J/K Pengacara MajlisEn. Basminazaki B. ZakariaCik Zainusliza Bt Ab.llah Mengendalikan Majlis Perasmian, Penutupan dan Aktiviti Ceramah.

J/K HadiahPn. Lee Chai Shia

Menyediakan hadiah kepada para jurawat yang telah memberi kerjasama kapada kita sebagai penghargaan.

J/K DokumentasiPn. Mahabi bt Saad

Merekod dan menyediakan laporan selepas program berlangsung. Laporan yang telah siap hendaklah dihantar kepada SU Kempen Anti Dadah Tempoh Masa 1 minggu selepas program.

J/K Kawalan MuridSemua Guru mengikut PdP masing-masingTugas dan Tanggungjawab Memastikan murid berdisiplin dan menepati masa sepanjang program berlangsung. Memastikan semua murid menjalankan aktiviti dan tugasan yang diberikan. Mengumpulkan bahan penyertaan murid dan menyerahkan kepada hakim penilaian.

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan1. Makanan Penceramah - (5 X RM10) = RM 50.002. Cenderamata Penceramah - (5 X RM 20)= RM 100.003. Moulting Board - (10 X RM 2.90) = RM 29.00 JUMLAH= RM 179.00

Peruntukan

PCG Unit Bimbingan dan KaunselingRM 179.00

JUMLAH RM 179.00

12.0 PENUTUP

Adalah amat diharapkan agar Kempen Anti Dadah 2014 dapat dijalankan dengan lebih cemerlang ke arah kegemilangan yang paling tinggi. Kerjasama daripada para guru dan semua pihak yang terlibat begitu diperlukan untuk menjayakan program ini.

Disediakan oleh:

...............................................................PN. NUR SYUHADA BINTI ABDUL RASIDSetiausahaKempen Anti DadahPenyelaras Program HEMSJK C ENG LING , PERAK

Disemak oleh:

..................................................................PN LING CHUI MEI Guru Penolong Kanan HEM

SJK C ENG LING , PERAK

LAMPIRAN

PAMERAN DENGGI SJK C ENG LING PAMERAN ANTI DADAH SJK C ENG LING PENYAMPAIAN HADIAH UNTUK MENANG.

13