Topik 9 Kaedah Kaedah Perundangan Islam

  • View
    90

  • Download
    9

Embed Size (px)

DESCRIPTION

K

Transcript

  • wo T T

    PENGENALAN

    Topik ini akan membincangkan berkaitan dengan kaedah-kaedah perundangan Islam yang mana perbahasannya akan menyentuh berkenaan dengan kaedah-kaedah fiqh yang digunakan oleh para mujtahid dalam menentukan sesuatu hukum. Oleh itu dalam topik ini, kita akan menjelaskan apakah yang dikatakan kaedah-kaedah fiqh menurut pandangan para fuqaha Islam serta jenis-jenisnya berserta contoh aplikasinya dalam cabang-cabang fiqh yang lain.

    ooppiikk

    99 Kaedah-

    kaedah Perundangan Islam

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan pengertian kaedah-kaedah fiqh sebagaimana yang telah diterangkan oleh para fuqaha dan sarjana Islam;

    2. Menjelaskan perbezaan antara kaedah-kaedah fiqh dan kaedah-kaedah usul al-fiqh, di mana kedua-duanya adalah qawaid-qawaid yang penting;

    3. Menghuraikan sejarah kepada perkembangan kaedah-kaedah fiqh ini dan pelbagai tulisan fuqaha dan sarjana Islam dalam bidang ini; dan

    4. Menjelaskan secara terperinci beberapa kaedah-kaedah fiqh yang utama serta menerangkan sumber dan aplikasi kepada kaedah-kaedah tersebut.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM

    221

    AKTIVITI 9.1

    1. Huraikan mengapakan kaedah-kaedah fiqh ini amat penting dalam kerangka seseorang Muslim memahami agamanya.

    2. Bincangkan dengan rakan sekelas anda apakah cara yang paling mudah untuk mengetahui dan memahami kaedah-kaedah fiqh ini.

    3. Jelaskan mengikut pemahaman anda, adakah penulisan dan penghasilan kepada kaedah-kaedah fiqh ini sudah terhenti, atau mungkin boleh diteruskan lagi penulisan kaedah-kaedah fiqh di zaman ini.

    AL-QAWAID AL-FIQHIYYAH DAN PERUNDANGAN ISLAM

    9.1

    Perundangan Islam secara umumnya telah melalui pelbagai perkembangan bermula dari zaman Nabi s.a.w sehingga ke zaman ini, ada sebahagiannya menegak, ada sebahagiannya mendatar, dan di satu peringkat ianya menurun. Walau apa pun, perundangan Islam dari segi prinsip ialah satu sistem yang berasaskan wahyu Ilahi yang bersumberkan al-Quran dan hadis. Namun demikian, ini tidak bermakna bahawa pengalaman dan pemikiran manusia tiada peranan dalam perkembangan kepada perundangan Islam itu sendiri. Hukum Allah itu sendiri yang diambil daripada Kitab dan Sunnah Nabi s.a.w amat berkait rapat dengan suasana dan budaya manusia. Oleh itu boleh dikatakan bahawa kaedah-kaedah asas kepada perundangan Islam adalah tetap dan tidak berubah, tetapi ia menjadi paksi kepada perkembangan hukum-hakam cabang atau yang disebut sebagai furu yang lain. Apabila Fiqh Islam telah menjadi satu bidang ilmu yang tersendiri, maka disiplin ilmu ini telah berkembang dan membentuk pelbagai disiplin ilmu yang lain yang digabungkan dengan perkataan fiqh itu sendiri. Hal ini dilakukan oleh para fuqaha bagi memperincikan setiap bidang ilmu yang berkaitan dengan bidang ilmu ini. Maka terciptalah bidang ilmu seperti usul al-fiqh, qawaid al-fiqh, fiqh al-usrah, fiqh al-daulah, fiqh al-syiar, fiqh al-qada' wa al-murafaat, fiqh al-muamalat, fiqh al-Jinayah, fiqh al-Siasah, fiqh al-ibadat dan pelbagai cabang fiqh yang lain yang boleh didapati dalam perbahasan fuqaha dan sarjana Islam semenjak dari dulu hingga ke hari ini. Seperti yang kita sedia maklumi, masalah cabang dalam syariah Islam sangatlah banyak. Perkara ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa sesuai dengan perkembangan tamadun dan peradaban manusia itu sendiri. Oleh sebab itu,

  • TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM

    222

    masalah dan cabaran baru ini perlu dikaji dan diberikan penyelesaiannya berdasarkan kehendak syariah Islam. Antara cara menyelesaikannya ialah dengan merujuk kepada masalah cabang yang lain yang mempunyai persamaan dari segi sebab, sifat dan hukumnya. Selepas itu, dirujukkan pula hukum yang berbentuk menyeluruh atau asas yang merupakan sebahagian daripadanya. Hukum asas atau menyeluruh ini dinamakan sebagai kaedah perundangan fiqh Islam atau dalam bahasa Arabnya disebut sebagai al-qawaid al-fiqhiyyah. Perbahasan ini akan membincangkan tentang al-qawaid al-fiqhiyyah atau kaedah-kaedah perundangan fiqh Islam yang digunakan oleh para mujtahid dalam menentukan sesuatu hukum. Al-qawaid al-fiqhiyyah atau kaedah-kaedah fiqh ini ialah cabang ilmu yang membincangkan prinsip-pinsip atau kaedah-kaedah yang digunakan dalam perundangan Islam. Secara umumnya, kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip ini telah disusun oleh para fuqaha bagi menentukan kumpulan-kumpulan hukum yang telah sedia ada untuk dimasukkan ke dalam kaedah-kaedah tertentu bagi memudahkan kefahaman dan juga amalan. Pada masa yang sama, ianya menjadi asas penting dan sumber utama kepada penyelesaian kepada perkara yang belum ada penentuan hukumnya sebelum ini.

    9.1.1 Pengertian al-Qawaid

    Adalah perlu untuk kita menyebut tentang definisi kepada kaedah-kaedah fiqh ini sebelum kita melangkah lebih jauh lagi dalam perbincangan kita ini. Al-qawaid al-fiqhiyyah adalah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan iaitu al-qawaid dan juga al-fiqhiyyah. Oleh itu, adalah baik untuk kita melihat satu persatu makna kepada kalimah-kalimah tersebut. Perkataan al-Qawaid )( adalah kata jamak yang berasal daripada mufradnya al-qaidah yang bererti asas atau sesuatu yang sabit atau tetap. Menurut para fuqaha, asas tersebut mungkin sesuatu yang dapat dilihat (hissi) seperti asas kepada sebuah bangunan, terkadang asas tersebut sesuatu yang bersifat maknawi seperti asas agama yakni keimanan seseorang pada agamanya. (Zhou Zhou, 2005). Oleh itu, al-Quran misalnya telah menyebut kalimah al-Qawaid yang bermaksud asas pembinaan kepada Kaabah. Dalam hal ini, Allah S.W.T telah berfirman:

  • TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM

    223

    Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (al-Baqarah 2:127) Dalam ayat yang lain, Allah berfirman:

    ! " # $ % & ' ( )* +

    Maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang terdahulu dari mereka telah menjalankan rancangan jahat (terhadap agama Allah dan Rasul-rasul-Nya); maka Allah binasakan bangunan (rancangan jahat) mereka dari asas-asasnya, lalu bumbung (bangunan itu) jatuh menimpa ke atas mereka, dan mereka pula didatangi azab kebinasaan dari arah yang mereka tidak menyedarinya. (al-Nahl, 16:26) Oleh itu secara umumnya, ahli ilmu dan para fuqaha telah bersetuju bahawa yang dimaksudkan dengan qawaid adalah asas di mana terdiri di atasnya sesuatu. (Zhou Zhou, 2005) Imam al-Zarkashi menyebut dalam kitabnya al-Manthur fi al-Qawaid berkenaan takrifan al-qawaid yang diambilnya daripada takrifan Imam al-Subki dan Imam al-Attar. Imam Al-Subki misalnya menyebut al-qawaid seperti berikut:

    ! Bermaksud: Sesungguhnya al-qaidah ialah qadiyyah yang universal diketahui daripadanya pelbagai hukum yang terhasil daripada pecahan-pecahannya yang pelbagai.

  • TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM

    224

    Manakala Imam al-Attar pula menyebut seperti berikut:

    " # $ % & ' *+ ,-

    Bermaksud: Al-qawaid ialah qadaya yang universal yang terhasil di bawahnya pelbagai pecahan (juziyyat) yang diketahui hukum-hakamnya berdasarkan kaedah-kaedah tersebut. (Bahadur 1982) Al-Jurjani pula mendefinisikan al-qawaid seperti berikut:

    .$ / 01 ,-

    Bermaksud: Al-qaidah ialah qadiyyah yang menyeluruh (kulliyah) yang diterapkan atau terpakai ke atas keseluruhan pecahan-pecahannya (juziyyat). (al-Jurjani 2000) Manakala Abu al-Baqa' pula mendefinisikan al-qawaid sebagai kaedah kulliyah yang merangkumi pelbagai ahkam yang juziyyat (pecahan-pecahan hukum) yang disebut sebagai furu' dan menurutnya al-qawaid ini akan menghimpunkan pelbagai ilmu furu' daripada bahagian-bahagiannya yang pelbagai. Oleh itu, beliau menegaskan bahawa qawaid bererti kaedah yang menyeluruh yang terpakai ke atas juziyyat kathirah atau pecahan-pecahan yang banyak, difahami sesuatu hukum daripadanya. Abu al-Baqa' seterusnya menyebut bahawa sebahagian kaedah ini tidak memerlukan topik yang khusus, seperti kaedah Yakin tidak akan hilang dengan syak yang timbul, manakala sebahagian daripada kaedah ini perlu diletakkan di bawah tajuk yang khusus, seperti kaedah Setiap kaffarah adalah terhasil daripada maksiat, oleh itu mesti disegerakan. (Abdul al-Munim, 1999) Menurut sarjana hukum Islam Dr. Ali al-Nadawi, seperti yang dinukilkan oleh Dr. Siti Zalikhah daripada kitabnya al-qawaid al-fiqhiyyah, beliau telah mengemukakan dua takrif bagi perkataan al-qawaid:

    Hukum syarak bagi sebahagian besar kes-kes yang melaluinya boleh diketahui hukum-hakam yang termasuk di bawah pecahannya

    Asas fiqh yang menyeluruh adalah meliputi hukum-hakam yang disyariatkan secara umum terdiri daripada berbilang-bilang bab berhubung dengan kes-kes yang termasuk di bawah tajuknya (Zalikhah, 1999)

  • TOPIK 9 KAEDAH-KAEDAH PERUNDANGAN ISLAM

    225

    9.1.2 Pengertian al-Fiqhiyyah

    Perkataan al-Fiqhiyyah adalah berasal daripada perkataan al-Fiqh. Secara mudahnya perkataan al-Fiqh dalam bahasa Arab bermaksud faham atau memahami sesuatu perkara. Dalam al-Quran, Allah S.W.T telah berfirman:

    , -(. / ( ) 0 ) ! 1 Maksudnya: Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan yakni nasihat dan pengajaran. (al-Nisa 4:78) Dalam ayat yang lain pula, Allah berfirman:

    " #2 $3 " % 4 &5 # 67 ( 8 $ ' #67 9: ( )#( $ ' #67 ) - ( );* $ ' !

    Mak