Upload
azlan-mokhtar
View
236
Download
12
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Mohd Azlan Shah Bin Mokhtar.College of Law, Government and International Studies (COLGIS)Universiti Utara Malaysia
Citation preview
1. PENGENALAN
Kejayaan pembangunan Malaysia dalam jangka 30 tahun pertama selepas
merdeka banyak bergantung kepada peranan utama yang dimainkan oleh negara. Sektor
awam adalah suatu unsur yang perlu dalam usaha negara bergerak cepat ke arah
pemodenan dan pembangunan yang berasaskan sebuah negara perindustrian. Untuk
melaksanakan peranannya dengan lebih berkesan dan mewujudkan suatu impak ke atas
pertumbuhan ekonomi, maka peranan birokrasi perlu distrukturkan untuk mendukung
sektor swasta sebagai jentera pertumbuhan atau ‘engine of growth’. Ini tidak sahaja
memerlukan perubahan-perubahan struktur dan prosedur, tetapi juga perubahan-
perubahan tingkah laku dalam sistem sokongan birokrasi. negara itu sendiri.
Transformasi pengurusan dan pentadbiran merupakan titik tolak kepada
pembangunan sesebuah negara.Dalam konteks Malaysia sepanjang 55 tahun
kemerdekaan ini pelbagai transformasi dibuat kearah memajukan negara. Bagi
menghuraikan isu ini beberapa ungkapan penting perlu harus difahami dari sudut
maksunya..Transformasi bemaksud perubahan bentuk. Pengurusan terdiri daripada
pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang
yang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan sesuatu organisasi. Sementara itu
pentadbiran merujuk kepada fungsi pengurusan yang terdapat dalam sesuatu organisasi
demi mencapai sesuatu tujuan.
1
2. TAKRIFAN DAN KONSEP
i. Transformasi
Jika mahu dihuraikan pengertian transformasi, kita perlu meneliti akar kata
atau kata dasar yang membentuk perkataan itu. Istilah transformasi adalah
daripada perkataan Inggeris iaitu transformation yang dibina daripada dua
kata dasar iaitu trans dan form. Trans bermaksud melintasi dari satu sisi ke sisi
lainnya (across), atau melampaui (beyond), manakala kata form bererti
bentuk. Jika istilah transformasi digunakan dalam bentuk kata kerja, maka kita
menyebutnya sebagai mentransformasikan yang bermakna mengubah (rupa,
bentuk, sifat dan fungsi) dan juga bererti mengalihkan (Berita Harian, 2010).
Jelas, perkataan transformasi yang digunakan oleh kerajaan hari ini bukan
istilah jargon yang tidak mempunyai makna signifikan terhadap kehidupan
masyarakat dan negara. Ia mempunyai makna sangat luas. Jika dikaitkan
kepada perubahan sistem pentadbiran negara, maka kata transformasi itu
merujuk perubahan dalam pembangunan nasional yang menjadi visi dan misi
pemerintahan kerajaan pada hari ini. Ini bermakna transformasi mengandung
makna perubahan yang biasanya menyebabkan perpindahan bentuk atau corak
yang jelas. Ia berlaku secara terarah dan bertahap, bukan radikal tetapi tetap
mengikut perancangan, malah ada jangka masanya (Berita Harian, 2010).
2
Transformasi daripada perkataan Inggeris yang bererti berubah. Tetapi apabila
transformasi digunapakai sebagai perkataan Melayu kontemporari, ia lebih
membawa maksud sebagai peristilahan iaitu maksud berubah secara lebih
meluas dan terbuka. Dengan perkataan lain, transformasi bermaksud
perubahan total atau perubahan seluruhnya termasuk bentuk, sifat, sikap,
minda, keadaan dan sebagainya.
ii. Pengurusan
Konsep pengurusan sukar untuk dijelaskan dengan sempurna. Amalan
pengurusan adalah sesuatu yang kompleks kerana mereka yang diurus adalah
manusia. Banyak pendapat dan takrifan mengenai pengurusan, antaranya
adalah penulisan oleh Parag Diwan (1999) dalam bukunya bertajuk Project
Management menyatakan pengurusan ialah proses yang dilalui oleh satu atau
lebih individu untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti orang lain untuk mencapai
sesuatu keputusan yang tidak boleh dicapai oleh sesorang individu yang
bertindak keseorangan. Suhaiza Hanim Mohd. Zailani, Mohd. Hanizam
Zalazilah dan Shahimi Mukhtar menyatakan pengurusan melibatkan
penyelarasan sumber manusia dan bahan untuk mencapai objektif.
Menurut Encyclopedia of Social Science pengurusan adalah suatu proses
dimana perlaksanaan sesuatu tujuan tertentu diselenggara dan diawasi.
Menurut Haimann pengurusan adalah fungsi untuk mencapai sesuatu melalui
3
kegiatan orang lain dan mengawasi usaha individu untuk mencapai tujuan
bersama.
Manakala menurut Robert Kreitner (1983), suatu proses kerja dengan melalui
orang lain bagi mencapai objektif organisasi secara berkesan dengan
menggunakan sumber-sumber terhad secara cekap dalam suasana yang
sentiasa berubah-ubah. Secara kesimpulannya pengurusan adalah sebagai
proses perancangan (planning), penyusunan (organising), pengarahan
(directing) dan pengawalan (controlling) usaha ahli-ahli organisasi dan
menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi”.
Satu proses mengagihkan input-input organisasi (termasuk sumber ekonomi
dan sumber kakitangan) dengan cara perancangan, pengorganisasian,
pengarahan dan pengawalan untuk tujuan mengeluarkan output (segala
barangan dan perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan- pelanggan
supaya objektif organisasi tercapai (Jaafar, 2003). Satu proses sosial yang
direka untuk memastikan kerjasama, penglibatan, campur tangan dan
penglibatan inidividu lain dalam pencapaian objektif yang diberikan atau
ditentukan (Guruge, 1997). Terdapat beberapa aspek atau faktor sepunya yang
dikenalpasti menerusi takrifan yang telah diutarakan di atas dan oleh
pengarang-pengarang buku lain yang turut membincangkan isu pengurusan.
Aspek yang seringkali ditekankan dalam sesebuah takrifan pengurusan adalah:
4
a. Sumber/ input - terdiri daripada bahan atau material, modal,
teknologi, masa dan manusia
b. Proses/ cara - merujuk kepada bagaimana input diproses, memerlukan
hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain.
c. Tujuan/ output - hasil yang ingin dicapai pada penghujungnya, tujuan
boleh berbentuk kualitatif (subjektif) atau kuantitatif (objektif).
iii. Pentadbiran
Pentadbiran ialah cara menjayakan dasar-dasar dengan berkesan melalui
penyelarasan serta penyeliaan segala pekerjaan. Menurut Ray John pula
menyifatkan pentadbiran ialah proses menentukan matlamat dan menetapkan
dasar, membuat segala rancangan dan dan menjalankannnya. Pentadbiran
mewujudkan pergerakan organisasi, iaitu proses yang dikongsi oleh semua di
dalam organisasi. Manakala Wiliam H. Newman menyatakan bahawa
pentadbiran awam sebagai satua panduan, kepimpinan dan kawalan segala
usaha-usaha kelompok daripada himpunan individu terhadap beberapa proses
kerja-kerja.
Leonard Mayo mendefinisikan pentadbiran sebagai fungsi menetapkan dasar-
dasar dan peraturan, penyeliaan dan latihan kakitangan. Di samping itu
Edward E. Schwartz menyatakan pentadbiran sebagai proses mengelolakan
pekerjaan manusia terhadap matalamat-matalamat dengan pengeluaran
barang-barang. Pentadbiran ialah sesuatu yang ditakbirkan seperti merancang,
5
mengawal dan menasihat. Segala dasar ini diuruskan mengikut dasar tertentu
agar mencapai matalamat.
Jentera pentadbiran kerajaan ditakrifkan sebagai satu sistem yang
melaksanakan pembangunan dan member kemudahan serta perkhidmatan
kepada rakyat. Sistem pentadbiran dan pelaksanaan yang cekap dan berkesan
merupakan satu sistem yang dapat menjalankan tanggungjawab dengan
teratur, cepat dan ekonomik bagi mencapai matlamat Kerajaan dalam
memenuhi keperluan rakyat dan Negara keseluruhannya.
3. TEORI ANALISIS SISTEM (SYSTEM ANALYISIS)
Dalam usaha untuk melihat transformasi ini secara lebih holistik, penggunaan
teori adalah kaedah paling releven. Hal ini adalah kerana teori yang berkaitan akan
memandu penulisan untuk mencapai tahap yang dikehendaki. Berdasarkan teori analisis
sistem, (system analysis) yang diubah suai mengikut keadaan di Malaysia. Pada
asasnya, model Easton ini mengandungi tigaunsur utama, iaitu input, truput
(throughput) dan output (hasil) Dalam teori ini, kejayaan program-program pembaharuan
pentadbiran, iaitu output sama ada struktur, prosedur atau tingkah laku, dapat diukur oleh
outcome (kesan) dalam bentuk meninggikan kecekapan, keberkesanan dan produktiviti
perkhidmatan awam. Outcome juga akan mengalih ke arah mengeluarkan maklum balas
kepada input dan truput. Dalam kajian ini juga, input mengandungi factor-faktor yang
menarik kepadanya, iaitu seperti masa, perubahan teknologi, permintaan awam, pendapat
orang ramai, media massa, agen-agen perubahan, parti-parti politik, program
6
pembaharuan, sokongan awam, kepimpinan politik, budaya dan tingkat-tingkat sosio-
ekonomi. Dalam kajian ini juga, input mengandungi factor-faktor yang menarik
kepadanya, iaitu seperti masa, perubahan teknologi, permintaan awam, pendapat orang
ramai, media massa, agen-agen perubahan, parti-parti politik, program pembaharuan,
sokongan awam, kepimpinan politik, budaya dan tingkat-tingkat sosio-ekonomi.
Manakala truput pula merujuk kepada jentera kerajaan, iaitu birokrasi awam yang
memproses input tersebut yang mana akan menentukan bagaimanakah kerajaan itu akan
bertindakbalas dalam bentuk kandungan-kandungan dasar dan arahan-arahan. Birokrasi
awam termasuklah pelbagai kementerian dan agensi-agensi di bawahnya seperti Unit
Perancang Ekonomi (UPE), MAMPU, JPJ dan lain-lain jabatan kerajaan termasuk
agensi-agensi berkanun seperti MARDI, RISDA,FELDA, RRI, SIRIM dan lain-lain lagi.
Output pula mengandungi pelbagai dasar dan tindakan kerajaan, sama ada yang
berbentuk struktur, prosedur atau tingkah laku yang mana semuanya diarahkan untuk
membaharui perkhidmatan awam. Misalnya, dasar-dasar seperti penswastaan dan
pengkorporatan, pengenalan kepada sistem punch-card, manual prosedur kerja, sistem
fail meja, QCC, program pengukuran prestasi, etika kerja, kawalan pengurusan kewangan
dan sebagainya. Outcome mengandungi pengukuran-pengukuran kejayaan bagi sesuatu
program pembaharuan itu dalam bentuk kecekapan, keberkesanan dan produktiviti.
Dalam hal ini, satu tinjauan pendapat mengenai usaha-usaha pembaharuan pentadbiran
era Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah dibuat oleh penulis. Tinjauan dibuat di
kalangan pegawai-pegawai kanan kerajaan. diperbaharui dari masa ke semasa
7
menyebabkan tuntutan ekonomi dan sosial rakyat tidak dapat dicapai dengan sebaik
mungkin.
4. PENTADBIRAN AWAM KERAJAAN SELEPAS ERA KEMERDEKAAN
Bermula selepas merdeka pentadbiran negara memfokus kepada perancangan dan
pembentukan dasar dan undang-undang,panduan dan peraturan kerajaan. Dasar – dasar
utama digubal oleh kabinet untuk melicinkan pentadbiran negara. Dari semasa ke semasa
dasar –dasar baru diperkenalkan bagi memperkemaskan lagi sistem pentadbiran kerajaan
selaras dengan proses pembangunan yang moden.
Lima aspek penting telah diberi tumpuan untuk dilaksanakan dalam sistem pengurusan
Perkhidmatan Awam, khususnya dari segi pengurusan sumber manusia. Aspek-aspek ini
adalah seperti berikut:
a. Strategi yang jelas
Perkhidmatan Awam mempunyai hala tuju yang strategi selaras dengan agenda utama
negara.
b. Institusi yang mantap
Agensi-agensi awam mempunyai struktur dan sistem organisasi yang dapat berfungsi
secara cekap dan berkesan.
8
c. Pengurusan moral insan yang terbaik
Perkhidmatan Awam mempunyai keupayaan untuk merancang, menarik dan
mengekalkan sumber manusia yang berbakat dan berpretasi.
d. Pembangunan modal insan yang berdaya saing
Perkhidmatan Awam mempunyai pelan latihan dan pembangunan kompetensi sumber
manusia yang komprehensif bagi melahirkan modal insane yang berpengetahuan dan
berdaya saing.
e. Etos pekhidmatan awam yang kukuh
Perkhidmatan awam mempunyai budaya yang berteraskan kepada nilai-nilai dan etika
kerja yang positif serta dikongsi bersama.
Perkhidmatan Awam Malaysia memainkan peranan yang amat penting bagi mencapai
matlamat wawasan Negara. Dasar-dasar pembangunan Negara seperti Wawasan 2020,
Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) dan Dasar Wawasan Negara
mempengaruhi hala tuju Perkhidmatan Awam Malaysia secara langsung. Berasaskan
kepada dasar-dasar tersebut, agensi-agensi Perkhidmatan Awam dikehendaki merangka
strategi untuk melaksana, mengawal-selia dan mengesan keberkesanan pelaksanaan
program dan projek bagi mencapai matlamat pembangunan yang telah ditetapkan.
Pembangunan sumber manusia merupakan teras penting dalam tempoh RRJP3. Oleh itu,
Perkhidmatan Awam Malaysia perlu membangunkan tenaga kerja yang berupaya
menghadapi cabaran ekonomi berteraskan pengetahuan (k-ekonomi) akan meningkatkan
9
permintaan ke atas kemahiran dan kepakaran teknologi serta tenaga buruh yang lengkap
dengan pengetahuan dan kemahiran berfikir yang tinggi. Selaras dengan matlamat ini,
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang bertindak sebagai agensi pusat, memainkan
peranan utama untuk memastikan agensi-agensi awam mempunyai keupayaan institusi
dan sumber manusia dari segi kuantiti, kualiti dan kompetensi yang mencukupi bagi
melaksanakan fungsi-fungsi yang telah ditetapkan.
5. TRANSFORMASI PENTADBIRAN ERA DR MAHATHIR MOHAMAD
Semenjak memegang jawatan Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah banyak
mengeluarkan kenyataan-kenyataan, memperkenalkan konsep-konsep baru, dan
melaksana teknik-teknik serta gaya pengurusan yang baru. Sesetengah daripada inovasi-
inovasi tersebut ditujukan kepada masyarakat yang lebih besar, manakala yang lain-lain
pula ditujukan ke arah menukar masyarakat Melayu, tetapi kebanyakannya tidak syak
lagi disasarkan untuk membentuk birokrasi awam supaya menjadi alat yang lebih cekap,
dinamik dan produktif untuk pemodenan Malaysia seluruhnya..Manakala kadang-kadang
agak sukar untuk membezakan (disaggregate) kumpulan-kumpulan sasaran pembaharuan
yang dijalankan oleh Dr. Mahathir. Suatu percubaan akan dibuat di sini untuk mengenal
pasti dan menganalisis akan aspek-aspek usaha pembaharuan beliau. Pada pendapat
penulis, teras kepada pembaharuan-pembaharuan Dr. Mahathir ialah untuk menukar
kelakuan, sikap-sikap dan nilai-nilai kakitangan dalam perkhidmatan awam itu sendiri.
10
5.1 Dasar Pandang Ke Timur
Dari permulaan pentadbiran Dr. Mahathir, beliau telah menerangkan hasratnya
yang jelas untuk mengorientasi semula birokrasi Malaysia daripada ciri-ciri penjajahan
masa lampau. Tugas pertama yang dilakukannya ialah mengutarakan konsep Pandang ke
Timur yang diumumkan oleh beliau pada 8 Februari 1982 dalam ucapan rasminya pada
Persidangan Tahunan Persatuan Kebudayaan dan Ekonomi Jepun- Malaysia di Kuala
Lumpur. Berikutan dengan kenyataan Dr. Mahathir mengenai cadangan Dasar Pandang
ke Timur beliau itu, Perdana Menteri Malaysia dan rakan sejawatannya dari Jepun iaitu
Nakasone telah membuat kenyataan bersama semasa lawatan Dr. Mahathir ke Jepun pada
29 Januari 1983.
Satu kenyataan bersama yang serupa juga telah dikeluarkan oleh Dr. Mahathir dan
Presiden Choon Doo Hwan dari Korea Selatan, berikutan lawatan Dr. Mahathir ke Seoul
dari 8 hingga 14 Ogos 1983. Dasar Pandang ke Timur merupakan pendekatan serampang
dua mata bertujuan untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan ekonomi Malaysia di atas
landasan pertumbuhan industri yang cepat dan pada masa yang sama untuk
mempercepatkan kaum Bumiputera menjadi masyarakat peniaga dan pedagang ekonomi.
Bagi Dr. Mahathir, kejayaan pengurusan dan teknologi Jepun banyak bergantung kepada
penerapan etika kerja yang baik nilai-nilai dan sikap-sikap yang positif seperti
i. kebertanggungjawaban,
ii. pengurusan diri (self-management),
iii. bekerjasama,
iv. pembangunan diri (selfdevelopment),
11
v. Bersikap rajin dan dedikasi,
vi. kejujuran intelektual,
vii. integriti,
viii. keushawanan,
ix. Bersikap responsif,
x. berorientasikan prestasi yang tinggi
xi. bersikap profesional.
5.2 Konsep Kerajaan Bersih, Cekap Dan Amanah
Konsep, kerajaan “Bersih, Cekap dan Amanah” di bawah pentadbiran Dr. Mahathir ini
memang selari dengan perspektif kelakuan atau psikologi budaya yang bertujuan untuk
penyebaran etika dan nilai-nilai moral. Dr. Mahathir begitu perihatin dengan penerapan
satu set etika di kalangan pegawai-pegawai kerajaan sebagai tambahan kepada kod-kod
prosedur dalam Perintah Am (General Orders) yang diperkenalkan oleh kerajaan
kolonial dahulu. Penekanan diberi ke atas nilai-nilai moral dan sikap-sikap kakitangan
kerajaan, manakala Perintah Am lebih menitikberatkan prosedur-prosedur kerja umum.
Garis panduan etika kerja yang baru mengenai sikap kakitangan kerajaan yang
seharusnya diamalkan ialah “Bersih, Cekap dan Amanah”. Sehubungan dengan konsep
itu, Dr. Mahathir telah melancarkan slogan tersebut dalam bulan April 1982.
12
5.2.1 Bersih
Slogan “Bersih” bererti bahawa seseorang pekerja itu seharusnya mempunyai satu
moral, nilai-nilai etika dan disiplin kerja yang tinggi. la juga menerangkan peri
pentingnya sikap berkecuali di pihak pegawai kerajaan dan sepatutnya tidak berat sebelah
dalam apa jua keputusan yang berurusan dengan orang awam. Bersikap “bersih” pula
berertibahawa seseorang pegawai kerajaan itu hendaklah tidak mementingkan diri
sendiri, menjauhkan diri daripada bersikap dengki khianat dan benci-membenci.
5.2.2 Cekap
Cekap” pula bererti bahawa seseorang pegawai kerajaan itu hendaklah berani dan
cepat mengambil sebarang tindakan. Seseorang pegawai awam juga harus tenang apabila
berhadapan dengan sebarang krisis. Pegawai-pegawai kerajaan diberitahu supaya “kekal
dengan prinsip” dan “tegas” serta berkeyakinan diri sendiri (self-confident). Selain itu,
ciri-ciri lain termasuklah “cekap” iaitu prolifik dalam kerja, produktif, mempunyai kualiti
kerja yang baik, berpandangan jauh, mempunyai sikap yang proaktif, berpengalaman dan
pakar dalam beberapa bidang.
5.2.3 Amanah
“Amanah” bererti bahawa seseorang kakitangan awam itu hendaklah rela
menjalankan tanggungjawab dan tugas dalam bidang kuasanya dengan keyakinan diri dan
13
amanah supaya mencapai objektif-objektif yang dikehendaki dalam organisasi itu. Selain
itu, seorang pekerja itu juga diharapkan berkelakuan jujur, amanah dan ikhlas sama ada
kepada dirinya, rakan-rakan sekerjanya atau organisasinya.
5.3 Stretegi Dan Perlaksanaan
Dalam mempromosikan slogan “Bersih, Cekap dan Amanah” tersebut, kerajaan
telah melancarkan berbagai-bagai usaha ke arah menggilap sikap-sikap pagawai-pegawai
kerajaan dengan menyuntik kaedah-kaedah atau strategi-strategi baru, iaitu yang pada
asasnya bersifat struktur dan prosedur. Adapun ciri-ciri pembaharuan struktur dan
prosedur yang dikaitkan dengan konsep kerajaan ‘Bersih, Cekap dan Amanah’ itu
dibahagikan kepada beberapa prosedur pentadbiran, teknik dan kaedah kaedah kerja
seperti berikut:
(a) Memperbaiki sistem kerja dan prosedur-prosedur
i. Sistem Kad Kebuk (Punch Card System
ii. Pengenalan Tanda Nama (Name Tag Identification)
iii. Konsep Ruang dan Pejabat Terbuka (Open-Space Concept
and Office Layout)
iv. Manual Prosedur Kerja (Work Procedure Manuals)
v. Sistem Fail Meja (Deskfile System)
vi. Garis panduan Kiriman Pos (Guideline on
PostalCorrespondence)
14
vii. Pengurusan Melalui Mesyuarat (Management Through
Meeting)
viii. Program Pengukuran Produktiviti (Productivity Measurement
Programme)
(b) Memperbaiki perkhidmatan kepada orang awam
i. Pusat Bayaran Setempat (One-Step Payment Centre)
ii. Pusat Perkhidmatan Setempat (One-Step Service Centre)
iii. Pusat Bayaran Lesen Setempat (One-Step Licence Centre)
iv. Perkhidmatan Kaunter Cekap dan Mesra (Efficient and Courteous, Counter
Service)
v. Kotak Cadangan (Suggestion Box)
vi. Sistem GIRO (GIRO System)
(c) Penerapan nilai-nilai dan etika-etika kerja pegawai-pegawai kerajaani. Kerjasama
ii. Pembangunan diri (Self-Development)
iii. Rajin dan dedikasi
iv. Kejujuran Intelektual
v. Semangat berpasukan (Team Spirit)
vi. Berjimat cermat
vii. Integriti
viii. Sikap yang responsif
ix. Disiplin diri
15
x. Berorientasikan pelanggan (Client-Oriented)
xi. Berorientasikan prestasi
xii. Sikap keusahawanan (Enterprising)
xiii. Pertanggungjawaban (Accountability)
xiv. Pengurusan diri sendiri (Self-Management)
Dalam membincangkan pembaharuan-pembaharuan pentadbiran yang dijalankan
dalam era Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ternyata pembaharuan tersebut meliputi tiga
pendekatan utama, iaitu pendekatan struktur, prosedur dan tingkah laku. Antara yang
dilaksanakan ialah konsep “Dasar Pandang ke Timur,” slogan “Bersih, Cekap Amanah,”
Kepimpnan Melalui Tauladan dan pelbagai lagi usaha pembaharuan yang dijalankan
seperti penerapan nila-nilai Islam di dalam pentadbiran, etika kerja dan sebagainya.
Melalui pendekatan yang sangat efektif dan perlaksanaan yang konsisten kecekapan
dalam pentadbiran semakin membanggakan dan perjalanan pentadbiran menjadi lebih
licin dan lancar.
6. TRANSFORMASI PENTADBIRAN ERA 2012
Untuk memulakan pentadbirannya Dato Sri Mohd Najib Razak terlebih dulu
memperkenalkan Gagasan 1Malaysia menjadi asas dan landasan penting bagi
menjayakan agenda itu. Gagasan itu mendukung falsafah ‘Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan’. Slogan ini menjadi asas beberapa program transformasi
kerajaan lain. Dalam bidang pentadbiran, Najib memperkenalkan Pelan Transformasi
16
Kerajaan(GTP), Usaha melaksanakan transformasi membabitkan seluruh rakyat. Ia bukan
satu haluan transformasi yang mementingkan kelompok tertentu. Rakyat diberi harapan
dan perubahan selari dengan objektif, maksud dan tujuan transformasi itu sendiri.
Transformasi pada era ini lebih kepada penggunaan teknologi dalam pengurusan
pentadbiran. Antara kaedah yang digunakan adalah seperti
i. e-perolehan
Sistem e-perolehan ini merupakan satu kaedah dalam urusan antara kerajaan dan
orang awam. Melalui e-perolehan ini satu sistem yang telus dapat diwujudkan dalam
urusan pembelian, tender dan sebut harga. Melalui sistem e-perolehan ini gejala
rasuah juga dapat dibendung.
ii. Sistem Maklumat Sumber Manusia (HRMIS)
Sistem HRMIS adalah satu system yang diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA). HRMIS menyediakan persekitaran yang bersepadu bagi melaksanakan fungsi
sumber manusia yang lebih cekap dan berkesan dalam memenuhi keperluan operasi
dan pengurusan di semua peringkat.
iii. Sistem Pemantauan Projek (SPP II)
Sistem Pemantauan Projek (SPP II) adalah satu mekanisme baru bagi memantau
pelaksanaan projek-projek pembangunan, keupayaan aplikasi, data dan komunikasi di
bawah SPP II dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan projek-
17
projek pembangunan. SPP II juga mampu mengesan dan memantau aliran peruntukan
kewangan dengan lebih berkesan, di samping menjana knowledge base bagi tujuan
penyediaan laporan dan keputusan yang cepat dan tepat.
iv. Bursa Buruh Elektronik (ELX)
Bursa Buruh Elektronik (ELX) bertujuan untuk meningkatkan mobilasi pekerja dan
tahap guna tenaga kerja melalui pemadanan pencari kerja dan jawatan kosong secara
elektronik. ELX merangkumi tiga aplikasi utama iaitu Job Clearing System (JCS).
Labour Market Database (LMB) dan Office Productivity System (OPS).
v. Persekitaran Pejabat Genetik (GOE)
Persekitaran Pejabat Genetik adalah merupakan satu system aplikasi yang berupaya
membantu para pengguna menguruskan dokumen dan menjalankan proses-proses
genetic pentadbiran pejabat dengan lebih cekap dan berkesan. Terdapat tiga modul
utama dalam system ini iaitu pengurusan dokumen, mesej dan kolaborasi.
vi. e-Khidmat
e-Khidmat bertujuan untuk memudahkan orang ramai berurusan dengan keajaan dan
oihak-pihak lain melalui pelbagai saluran eletronik, iaitu kiosk, telefon dan internet.
Sistem ini membolehkan perkhidmatan diperolehi pada bila-bila masa iaitu 24jam, 7
hari seminggu dan mana-mana lokasi. Antara perkhidmatan yang dijalankan ialah
seperti pembayaran bil, pembayaran saman dan sebagainya.
18
vii. e-Syariah
e-Syariah adalah satu sistem pengurusan kes bersepadu yang mengintegrasi semua
proses yang terlibat dalam pengendalian kes-kes Mahkamah Syariah. Objektif e-
Syariah adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan serta produktiviti dan
kecekapan pengurusan Mahkamah Syariah, meningkatkan keberkesanan Jabatan
Kehakiman Syariah dalam menyelaras dan memantau agensi-agensi di bawahnya
serta memartabatkan syiar Islam melalui penggunaan ICT.
7. KESIMPULAN
Setelah meneliti semua perubahan yang berlaku dalam sistem pentadbiran di
Malaysia secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa sistem pentadbiran di
Malaysia mempunyai transisi perubahan yang mengikut era kemodenan dunia.Bermula
selepas merdeka pentadbiran negara memfokus kepada perancangan dan pembentukan
dasar dan undang-undang,panduan dan peraturan kerajaan. Dasar – dasar utama digubal
oleh kabinet untuk melicinkan pentadbiran negara. Dari semasa ke semasa dasar –dasar
baru diperkenalkan bagi memperkemaskan lagi sistem pentadbiran kerajaan selaras
dengan proses pembangunan yang moden.
Selepas era perancangan Malaysia mengalami transformasi yang berterusan ketika era
Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun. Dasar Pandang ke Timur serta slogan
bersih ,cekap dan amanah diperkenalkan. Semasa pentadbirannya sistem penyampaian
19
maklumat kerajaan menjadi semakin licin kerana menekankan aspek pemantapan kendiri
seluruh kakitangan kerajaan. Hasilnya,kaedah ini berjaya memacu pembangunan negara.
Era Dato Sri Mohamad Najib b. Tun Abdul Razak pula pentadbiran kerajaan lebih
menjurus kepada penggunaan atas talian dalam urusan dengan kerajaan. Penggunaan
urusan atas talian ini adalah bertepatan dengan arus perkembangan teknologi komunikasi
dunia. Oleh itu Malaysia turut serta dalam menggunakan teknologi yang terkini
menampakkkan perubahan dan pembaharuan yang penting dan juga harapan rakyat yang
kian meningkat serta keazaman kerajaan untuk membentuk malaysia sebagai sebuah
negara industri yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 disamping itu mengekalkan
keamanan, perpaduan dan kemakmuran dalam kalangan rakyat pelbagai bangsa di negara
ini.
20
RUJUKAN
Berita Harian http://www.bharian.com.my/articles/Memahamimaksudtanggungjawabtransformasi/Article/ [atas talian] [18/1/2013]
Edward E. Schwartz. 1962. Some Views on the Study of Social Welfare Administration. Dlm. Fanshel, D. Research in social welfare administration: its contributions and problems, pp. 42. National Association of Social Workers.
Guruge , W.P. A. 1997. Towards Better Educational Management. Asian Institute of Educational Planning and Administration.
Jaafar Muhamad. 2003. Asas Pengurusan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.Leonard Mayo. 1977. Administration of Social Agencies. Dlm. Trecker, H. B. Social
work administration: principles and practices, pp 61. Association Press.Parag Diwan, 1999. Project Management. Kuala Lumpur : Golden Books Centre.
Ray John. 2012. Executive Responsibilty : An Analysis of Executive Responsibilities in the Work of Voluntary, Community Social Welfare Organizations. Literary Licensing, LLC.
Robert Kreitner, 1983. Management. Edisi kedua. hlm 10. Boston. Houghton Mifflin Company.Suhaiza Hanim Mohd. Zailani, Mohd. Hanizam Zalazilah & Shahimi Mukhtar. 2002.
Prinsip Asas Pengurusan. Management Science. Petaling Jaya: Prentice Hall.Wiliam H. Newman. 1955. Administration Action Agencies. The Technique of
Organization and Management, Prentice Hall Inc., New York, pp. 158-177.
21
22