17
BE Insight TRANSFORMASI TAHUN 2020

TRANSFORMASI TAHUN 2020 - beintl.com · kepada orang atau alam sekitar juga dapat meningkatkan indeks kesihatan dan kebahagiaan individu. Selain bersyukur atas segala-galanya di sekeliling

  • Upload
    others

  • View
    0

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TRANSFORMASI TAHUN 2020 - beintl.com · kepada orang atau alam sekitar juga dapat meningkatkan indeks kesihatan dan kebahagiaan individu. Selain bersyukur atas segala-galanya di sekeliling

BE ���� �������Insight

TRANSFORMASITAHUN 2020

Page 2: TRANSFORMASI TAHUN 2020 - beintl.com · kepada orang atau alam sekitar juga dapat meningkatkan indeks kesihatan dan kebahagiaan individu. Selain bersyukur atas segala-galanya di sekeliling

Pengasas dan Presiden BE InternationalIr Lee Suet Sen

UcapanTahunBaharu2020!Para warga BE yang dihormati, Selamat Tahun Baharu 2020!

Inilah kali pertama saya menyampaikan ucapan Tahun Baharu di BE Insight. Saya amat berbesar hati kerana dapat berkongsi pendapat saya mengenai BE International pada tahun 2020.

Menjelang 8 Ogos 2020, BE International akan menyambut hari jadi ke-3nya.

Pada tahun 2020, tema BE International ialah "Transformasi". Dari barisan lembaga pengarah kepada pihak pengurusan, kami sudah bersedia untuk transformasi menjadi syarikat jualan langsung tempatan yang lebih hebat. Oleh itu, kami telah menetapkan matlamat dan pencapaian penting bagi syarikat dan pelbagai jabatan untuk menjayakan BE International ke tahap pembangunan yang lebih tinggi. Tidak diragui lagi bahawa pihak pengurusan berserta kakitangan sekalian masing-masing bertungkus-lumus untuk menjadi legenda dalam industri ini. Kami bernasib baik kerana mempunyai kakitangan yang bersemangat dan berdedikasi. Terima kasih!

Dalam dua tahun yang lalu, kami telah mencipta lebih daripada 25 orang Royale Crown Council Ambassador, serta ramai Crown Council Ambassador, Diamond Council Ambassador. Tanpa keyakinan IBO dan orang baharu terhadap BE International, semua ini tidak akan menjadi kenyataan. Saya berterima kasih kepada semua IBO BE International.

Sebelum saya menamatkan mesej Tahun Baharu, izinkan saya untuk mengatakan

bahawa matlamat muktamad BE International adalah untuk Menjangkaui Inspirasi Minda, Mencapai Kehidupan Yang Abadi. Kami senantiasa percaya bahawa

kami akan menjadi model peranan di dalam industri. Oleh itu, apabila kami

melakukan segala-galanya atau mengambil setiap tindakan, kami "memastikan semua orang dapat memulakan perniagaan dengan mudah".

Akhir sekali, saya mendoakan kalian mengharungi setahun yang indah pada tahun 2020 dan membantu lebih ramai orang untuk merealisasikan impian mereka! Cheers!

���� �������BE Insight

Page 3: TRANSFORMASI TAHUN 2020 - beintl.com · kepada orang atau alam sekitar juga dapat meningkatkan indeks kesihatan dan kebahagiaan individu. Selain bersyukur atas segala-galanya di sekeliling

Tetapkan matlamat anda untuk tahun ini untuk mengaktifkan minda dan jiwa anda, kemudian gunakan Prinsip Tarikan untuk visualisasikan hasil yang anda inginkan setiap hari dan menghayati kepuasan apabila mencapai matlamat anda nanti. Melalui visualisasi dan petunjuk berterusan terhadap minda bawah sedar anda, matlamat anda akan menjadi lebih realistik. Digabungkan bersama petunjuk guru dan usaha, tenaga positif akan terbentuk untuk menarik semua orang dan perkara yang anda perlukan untuk membantu anda mencapai impian anda.

- Pengasas dan Pengarah Eksekutif BE, Ho Huey Chuin

Tetapkan Matlamat01

Kekecewaan ialah perkara biasa dalam kehidupan. Kita harus fikirkan cara untuk menyelesaikan masalah terlebih dahulu dan bukannya menyerah kalah. Di dalam kehidupan, kita tidak patut mempunyai fikiran untuk "menyerah kalah". Sebaliknya harus bertenang, kukuhkan mentaliti kita, laraskan semula langkah-langkah, dan mencari cara untuk menyelesaikan halangan.

- Pengasas dan Pengarah Eksekutif BE, Karen Leong

Mengukuhkan KeyakinanDan Mengatasi Halangan04

Senaman harus dilakukan langkah demi langkah, jangan tergesa-gesa untuk mencapai kejayaan. Untuk mencapai matlamat kecergasan yang lebih baik, rujuklah kepada jurulatih kecergasan untuk mengetahui senaman dan masa yang sesuai untuk anda. Jangan lupa memakai Seluar Aulora untuk membantu mempercepat pembakaran kalori anda!

Senaman Yang Tetap02Kajian menunjukkan bahawa senantiasa bersyukur kepada orang atau alam sekitar juga dapat meningkatkan indeks kesihatan dan kebahagiaan individu. Selain bersyukur atas segala-galanya di sekeliling kita, kita harus bertanya khabar kepada ibu bapa atau sahabat melalui telefon, adalah jauh lebih baik daripada menghantar mesej teks. Pada tahun baharu, maafkanlah orang yang telah mengecewakan anda, dan bebaskan jiwa yang tertekan sekian lama.

Penghargaan Dan Pengampunan05

Apabila anda memperoleh kejayaan dan kekayaan, adakah anda berasa hilang arah tujuan? Pada tahun 2020, melalui penerokaan diri dan pemikiran yang berterusan, senaraikan keinginan dan cita-cita lain untuk membina nilai diri. Nilai diri membantu dalam menentukan keinginan muktamad diri kita. Selepas menentukan nilai diri, digabungkan bersama rendah hati, usaha berterusan untuk merealisasikan nilai diri.

Memperoleh Semula Nilai Diri 06

Pada tahun baharu, anda harus berusaha untuk mencapai matlamat anda. Demi bekalan tenaga yang mencukupi untuk mengharungi jadual sibuk anda, ambillah Shiruto untuk membantu meningkatkan imuniti anda dan mengurangkan masalah jangkitan, dan tempuhi setiap cabaran.

Meningkatkan Imuniti03

Pada tahun baharu, jika anda inginmenembusi pencapaian diri anda, andamesti menetapkan matlamat anda!

Page 4: TRANSFORMASI TAHUN 2020 - beintl.com · kepada orang atau alam sekitar juga dapat meningkatkan indeks kesihatan dan kebahagiaan individu. Selain bersyukur atas segala-galanya di sekeliling

Sekali pandang, anda akan menyangka Chee Ann ini lelaki yang serius dan pendiam. Tetapi sebaik sahaja dia bersuara, anda akan kagum melihat betapa yakin, persuasif dan berkarismanya beliau.

Kisahnya juga akan membuatkan anda kagum. Pada usia 30 tahun, beliau sudah menjadi jutawan. Tidak, beliau bukan menang judi. Menurut beliau, ia hasil "keputusan yang saya buat."

"Tahun Jeda" yang mengubah hidupnyaIbu bapa Chee Ann ialah petani yang mahu anak-anak mereka belajar bersungguh-sungguh untuk kehidupan yang lebih baik. "Saya mempunyai 3 adik-beradik dan kami semuanya graduan universiti tempatan. Ibu bapa saya bekerja keras untuk membiayai pendidikan kami."

Bagaimanapun, setelah Chee Ann menamatkan pengajian daripada UTM, beliau bercadang untuk meluangkan masa setahun bagi meneruskan kerjaya dalam industri MLM. Sebagai anak yang taat, Chee Ann berhasrat menjadi

jurutera R&D yang berjaya supaya beliau dapat memberi kehidupan yang lebih baik kepada ibu bapanya, tetapi beliau terfikir jika MLM dapat mempercepat kejayaannya, mengapa tidak mencubanya?

Berbeza dengan Chee Ann, isterinya, Lee Eng tidak mengambil tahun jeda - beliau berhenti kolej separuh jalan dan dengan menyertai industri MLM pada usia 18 tahun!

Berbuat BaikDan MencapaiKejayaanRCCA Chong Chee Ann/Tan Lee Eng

Berbuat BaikDan MencapaiKejayaan

���� �������BE Insight

Page 5: TRANSFORMASI TAHUN 2020 - beintl.com · kepada orang atau alam sekitar juga dapat meningkatkan indeks kesihatan dan kebahagiaan individu. Selain bersyukur atas segala-galanya di sekeliling

19 tahun dalam MLM dan semakin hebat2019 merupakan ulang tahun ke-19 Chee Ann dan Lee Eng terlibat dalam MLM.

"Perniagaan MLM telah memberi kami peluang untuk belajar dan memperbaiki diri secara berterusan, tidak kira betapa berjaya pun kami. Sambil kami menyelesaikan masalah downline, kami juga dapat berkembang. Apabila kami semakin kuat, downline kami juga semakin berusaha," kata Chee Ann. "Kita memang biasa menggunakan gelaran 'upline', tetapi di BE, kami memanggil upline sebagai tuan guru. Ini kerana MLM adalah perjalanan pembelajaran sepanjang hayat."

Walaupun mencapai kejayaan cemerlang dalam kerjaya mereka, pasangan itu tidak berehat kerana mereka mempunyai misi untuk membantu orang lain. "MLM adalah cara terbaik untuk mengukuhkan status kewangan kita, tetapi yang paling penting adalah tidak mementingkan diri untuk mencapai matlamat sendiri dan membantu orang lain mencapai impian mereka," katanya.

"Tidak kira betapa berjaya pun kami, di BE, saya terinspirasi untuk terus belajar dan mempelajari perkara-perkara baharu. Saya pernah terfikir MLM adalah cara untuk membantu memperbaiki kehidupan keluarga saya, untuk membantu rakan-rakan dan sesiapa pun. Tetapi di BE, impian saya semakin besar kerana platform di sini membolehkan saya untuk menjangkau orang yang saya tidak kenali, orang dari pelbagai negara, daripada etnik dan agama yang berbeza."

Chee Ann mendedahkan janji BE, "Menjangkaui Inspirasi Minda, Mencapai Kehidupan Yang Abadi" merupakan motivasinya untuk terus maju. "Saya tidak menyangka saya masih banyak potensi dan saya kagum bagaimana kita dapat membantu ramai orang."

Kehidupan bukan takdir; anda boleh menciptakannyaSekiranya kehidupan adalah takdir, mungkin kini Chee Ann merupakan jurutera kanan R&D, mungkin sedang menunggu kenaikan pangkat.

Bagaimanapun, memetik kata-kata daripada buku kegemarannya, "Liao-Fan's Four Lessons"《了 凡 四 訓》, Chee Ann berkata kehidupan harus berdasarkan empat pelajaran ini: (1) Belajar untuk mencipta takdir, (2) Mencari jalan untuk membuat perubahan (3) Melakukan yang baik dan (4) Merendah hati.

Ini adalah pelajaran yang beliau praktikkan untuk memperkayakan hidupnya dan menjangkau lebih jauh daripada jangkaannya.

"Saya akan berusaha untuk terus berbuat baik dan mencapai kejayaan (BE good, do well). Ini adalah kerja rumah seumur hidup saya," kata Chee Ann.

Page 6: TRANSFORMASI TAHUN 2020 - beintl.com · kepada orang atau alam sekitar juga dapat meningkatkan indeks kesihatan dan kebahagiaan individu. Selain bersyukur atas segala-galanya di sekeliling

Sekiranya anda pernah menyaksikan ucapan bersemangat Tee Khoon di mana-mana acara BE, terutamanya pada Konvensyen BE 2019, BE The Legend, anda mungkin sukar mempercayai bahawa RCCA berkarisma ini dulunya adalah seorang yang tegas dan pendiam. Beliau pernah berkhidmat dalam Tentera Laut Diraja Malaysia, dan memegang tali pinggang hitam peringkat 2 Dan dalam Taekwondo serta memiliki Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Pembinaan. Perniagaan MLM telah mengubah dirinya.

Di BE The Legend, Tee Khoon bertanya kepada hadirin dalam bahasa Melayu yang fasih, "Kenapa kita belajar bersungguh-sungguh?" dan dengan segera menjawab soalannya sendiri, "Kerana kita inginkan kerjaya yang lebih baik, kehidupan yang lebih baik!" Ini adalah aspirasinya semasa beliau memulakan kehidupan selepas tamat pengajian.

"Saya mempunyai banyak pilihan kerjaya. Saya boleh menjadi pensyarah atau jurulatih taekwondo, meneruskan apa jua kerjaya pilihan saya atau terus berkhidmat dalam tentera laut. Sebaliknya, saya memilih industri MLM,” katanya sambil ketawa. Beliau sangat menghargai uplinenya, RCCA Chong Chee Ann dan Tan Lee Eng yang telah membuka mindanya terhadap perniagaan MLM.

RCCA Chua Tee Khoon/Lee Mee Sen

Jangan LupaMengapa Anda Memulakannya, Misi Anda AkanTercapai

���� �������BE Insight

Page 7: TRANSFORMASI TAHUN 2020 - beintl.com · kepada orang atau alam sekitar juga dapat meningkatkan indeks kesihatan dan kebahagiaan individu. Selain bersyukur atas segala-galanya di sekeliling

Tee Khoon mengakui bahawa pada permulaan perjalanan MLMnya, beliau hanya ingin meraih kejayaan material disebabkan beliau membesar dalam serba kekurangan. "Tetapi platform MLM yang betul mengajar saya untuk tidak mengejar kekayaan material, tetapi kekayaan rohani melalui tubuh dan minda yang sihat, hati yang baik dan tidak mementingkan diri sendiri, dan nilai-nilai yang baik," jelasnya.

Dalam dua tahun yang lalu, kerjaya Tee Khoon dan Michelle telah melonjak ke tahap yang tidak pernah dibayangkan. Di BE mereka menyaksikan pertumbuhan pesat kerjaya mereka, dan melihat potensi penggandaan yang besar. Mereka berjaya menjangkau kepada puluhan ribu orang di seluruh dunia, membantu satu sama lain untuk hidup dengan luar biasa.

Selepas berada dalam perniagaan MLM selama lebih 18 tahun, Tee Khoon percaya MLM adalah untuk semua orang, tanpa mengira latar belakang dan pendidikan selagi mereka "percaya dan tetap percaya". Ini, menurut beliau, adalah kunci kejayaan.

Dengan kunci kejayaan ini, beliau kini memperoleh pendapatan yang lumayan, mempunyai kerjaya yang menguntungkan dan kehidupan yang mewah. Isterinya, Michelle Lee, seorang pakar pemakanan graduan Universiti Malaysia Sabah adalah anti-MLM tetapi 13 tahun lalu, beliau mula yakin dan sejak itu, beliau bekerjasama dengan Tee Khoon. Mereka telah menempuh banyak kesukaran bersama-sama tetapi kesukaran inilah yang telah membawa mereka ke puncak yang lebih tinggi.

Kerjaya yang Hebat8 Ogos 2017 menandakan peristiwa penting dan titik perubahan dalam perjalanan MLM mereka.

"Ini adalah hari BE secara rasminya diasaskan oleh para pemimpin hebat yang ingin membawa kesan positif dan mampan terhadap masyarakat. Ia bukan hanya untuk menjadikan kehidupan lebih baik, tetapi menjadikan dunia ini lebih hebat. Jauh lebih hebat," katanya.

Jadilah Jenis PertamaTee Khoon mengatakan terdapat tiga jenis orang:(1) Orang yang percaya tanpa melihat;(2) Orang yang melihat baru percaya; dan(3) Orang yang memilih untuk tidak percaya walaupun mereka telah melihat.

"Keajaiban berlaku kepada mereka yang belum melihat, tetapi percaya. BE International bermula dengan kepercayaan. Dan di sinilah kita sekarang, menuai hasil titik peluh dan kepercayaan kita, sambil menyebarkan benih kebahagiaan di seluruh dunia," katanya.

"Sentiasa dukung prinsip 3H – Honesty (Jujur), Humble (Rendah Hati) dan Hardworking (Kerja keras) - dalam perjalanan BE anda. Hidup adalah tentang menikmati perkara yang anda lakukan, dan itulah yang saya lakukan untuk hidup!”

"Dan, jangan pernah lupa mengapa anda memulakannya, dengan itu misi anda akan tercapai."

Page 8: TRANSFORMASI TAHUN 2020 - beintl.com · kepada orang atau alam sekitar juga dapat meningkatkan indeks kesihatan dan kebahagiaan individu. Selain bersyukur atas segala-galanya di sekeliling

Bukan mudah untuk menemu bual RCCA Suriyani & Norzehan kerana jadual mereka sangat padat. Tetapi, bukankah perniagaan MLM memberikan kebebasan masa dan penyebab ramai orang menyertainya?

"Kebebasan masa bermakna boleh membuat pilihan. Perniagaan BE memang memberi kami kebebasan masa dan kami pilih untuk melakukan perkara-perkara yang ingin kami lakukan, bukan perkara yang terpaksa kami lakukan seperti sebelum kami mempunyai kebebasan masa," jelas Suriyani. "Kami pilih untuk menggunakan masa lapang kami untuk memenuhi komitmen kami - kepada downline kami, kepada rangkaian kami yang merentasi pelbagai wilayah dan negara.

"Akhirnya, sekarang kami mempunyai masa untuk melakukan lebih banyak perkara, terlibat dengan kerja-kerja amal, termasuk membantu lebih ramai orang mencapai status kewangan dan kehidupan yang lebih baik!"

Sampuk Norzehan: "Kami percaya dengan membantu kehidupan orang lain, hidup kami akan lebih diberkati dan dirahmati oleh Allah."

RCCA Suriyani/Norzehan

Keputusan Hari IniMenentukan Cara Hidup Anda Esok

���� �������BE Insight

Page 9: TRANSFORMASI TAHUN 2020 - beintl.com · kepada orang atau alam sekitar juga dapat meningkatkan indeks kesihatan dan kebahagiaan individu. Selain bersyukur atas segala-galanya di sekeliling

16 tahun lepas. Berani berubah.Mari kita mengimbau 16 tahun ke belakang.

Pada masa itu, Norzehan merupakan penolong jurutera di sebuah syarikat pengendali pengangkutan awam berbilang mod yang terkemuka di Singapura. Sementara Suriyani pula adalah ejen hartanah dan insurans yang berjaya, dengan komisen 5 angka.

"Ya, hidup kami selesa, hebat sebenarnya. Tetapi kami terikat dengan kerjaya kami. Selain itu, pekerjaan Suriyani adalah berdasarkan usaha individu, jika tidak ada jualan, tidak ada pendapatan. Saya pula bekerja mengikut syif selama 20 tahun, dan kebebasan masa betul-betul berharga," kata Norzehan.

Keinginan untuk mempunyai kebebasan masa, pendapatan yang stabil dan pasif, dan juga kewangan yang mantap untuk memenuhi gaya hidup mereka, terutamanya bercuti ke luar negara tanpa mengeluarkan duit sendiri, pasangan itu mengambil keputusan untuk menyertai industri MLM.

16 tahun kemudian. Terus berkembang.Selepas 16 tahun dalam industri MLM, pasangan ini lebih yakin bahawa kejayaan pasti dapat dicapai, dengan syarat anda mempunyai platform yang betul dan sistem yang telus.

"MLM adalah perniagaan abad ke-21. Sudah tentu, perjalanan dalam industri MLM ada pasang surutnya. Kadang kala orang akan menilai tindakan dan keputusan anda. Kritikan, komen negatif, keraguan – itu perkara biasa. Tetapi teruskan saja. Abaikan apa orang kata. Yakin pada keputusan anda kerana pada akhirnya, inilah yang anda inginkan, bukan apa yang orang inginkan. Andalah yang akan menuai apa yang anda tanam, bukannya mereka," tegas Norzehan.

"Keputusan yang anda ambil hari ini akan menentukan cara hidup anda esok."

Suriyani mencelah, "Bisnes BE adalah berkenaan membina orang untuk mencapai kebebasan dan gaya hidup yang sihat, yang tidak dimiliki oleh orang biasa. BE menakjubkan kerana kami dapat membantu orang ramai dan menyaksikan bagaimana mereka mengubah kehidupan mereka, meningkatkan pendapatan mereka dan menempuh kehidupan yang lebih bermakna. Kerjaya yang hebat memberi kebanggaan - tetapi BE memberi kepuasan yang tidak dapat diungkapkan dengan perkataan. Rasa bahagia kerana dapat membantu orang lain."

BE adalah cara hidupSejak dua tahun lalu, keyakinan mereka berteraskan "Menjangkaui Inspirasi Minda, Mencapai Kehidupan Yang Abadi”.

"Kami pilih BE kerana kami berkongsi visi dan misi mereka. Kami percaya BE adalah cara hidup, bukan hanya sekadar kerjaya atau perniagaan," akhiri pasangan hebat itu.

Page 10: TRANSFORMASI TAHUN 2020 - beintl.com · kepada orang atau alam sekitar juga dapat meningkatkan indeks kesihatan dan kebahagiaan individu. Selain bersyukur atas segala-galanya di sekeliling

Dato’ Dr. Devanand mengatakan bahawa diagnosis awal kanser payudara dapat meningkatkan kesan pengubatan kanser payudara.

Penceramah tetamu berharap semua orang dapat mengetahui lebih lanjut tentang kanser payudara melalui seminar ini.

Perkongsian sebenar pemandiri mengharukan para hadirin.

Apakah Reben Merah Jambu? Reben Merah Jambu ialah lambang aktiviti pencegahan kanser payudara global. Ia digunakan untuk mempromosikan maklumat penting "pencegahan awal, pengesanan awal, dan rawatan awal", demi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pencegahan kanser payudara. Banyak negara juga telah mula menetapkan Bulan Oktober sebagai Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia setiap tahun. Untuk terus mempromosikan aktiviti istimewa ini sehingga bulan November, BE International telah mendermakan RM10 kepada Pink Ribbon Wellness (L) Foundation atas pembelian setiap kotak SHIRUTO sepanjang bulan November. Malah, BE International telah mengadakan seminar kesedaran kanser payudara di ibu pejabat pada 23 November. Seminar ini telah menjemput Dr. Datuk Devanand untuk memberikan ceramah mengenai pengetahuan dan rawatan payudara, pemeriksaan kendiri payudara, dan sebagainya, dan Dr. Assunta Carolina Antonysamy turut menyertai seminar ini untuk menjelaskan cara makan yang sihat. Seminar kesedaran kanser payudara ini mendapat sokongan penuh orang ramai dan berjaya menarik lebih daripada 100 orang hadirin. Selain melintasi sempadan usia, seminar ini juga menyedarkan peserta untuk mula memberikan tumpuan kepada kesihatan payudara dan penjagaan kesihatan demi masa depan yang lebih sihat.

Seminar - PembunuhNombor Satu Wanita

���� �������BE Insight

Page 11: TRANSFORMASI TAHUN 2020 - beintl.com · kepada orang atau alam sekitar juga dapat meningkatkan indeks kesihatan dan kebahagiaan individu. Selain bersyukur atas segala-galanya di sekeliling

BE International berjaya mencipta hasil yang menakjubkan dalam masa yang singkat dan menjadi tumpuan perhatian ramai dalam industri. Setelah meletakkan asas kukuh bagi pembangunan syarikat, pengasas BE International memutuskan untuk memperluaskan jejak ke Singapura dan Brunei. Majlis perasmian BE International Singapura telah berjaya diadakan pada 12 Oktober, manakala majlis perasmian BE International Brunei pula diadakan pada 24 November! Kepuasan pelanggan senantiasa menjadi keutamaan kami dan kami bertekad untuk membawakan lebih banyak perkhidmatan yang lebih mudah dan menyenangkan kepada pelanggan.

BE International secara tegas membawa semua orang untuk terus berkembang, melihat dunia, dan membina peta perniagaan global BE.

BRUNEISINGAPURA

Perasmian PejabatBE International Singapura dan Brunei!

���� �������BE Insight

Page 12: TRANSFORMASI TAHUN 2020 - beintl.com · kepada orang atau alam sekitar juga dapat meningkatkan indeks kesihatan dan kebahagiaan individu. Selain bersyukur atas segala-galanya di sekeliling

Bersama-sama menyaksikansaat penting ini!

Batu penanda pentingBE International.

BE International terus memperluaspasaran perniagaannya.

Majlis Perasmian

Pada hari perasmian,pejabat dibanjiri ramai orang.

Page 13: TRANSFORMASI TAHUN 2020 - beintl.com · kepada orang atau alam sekitar juga dapat meningkatkan indeks kesihatan dan kebahagiaan individu. Selain bersyukur atas segala-galanya di sekeliling

BE Carnival kembali pada14 & 15 Disember 2019!

BEBECARNIVALCARNIVAL

BECARNIVAL

IBO kami telah berbaris panjang di hadapan Ibu Pejabat BE International seawal 7.00 pagi kerana mereka amat teruja dengan aktiviti tersebut. Apa yang lebih mengghairahkan ialah 100 nombor terawal direbut habis dalam masa 2 jam!

Sepanjang Karnival, terdapat Bintang yang berjaya mencuri perhatian pada acara utama hari tersebut - Aulora Model Search 2019 Grand Finale! Selepas beberapa peringkat pemilihan, kami akhirnya menemui Pemenang Aulora Model Search 2019!

BarisanPanjang Hebat!

���� �������BE Insight

Page 14: TRANSFORMASI TAHUN 2020 - beintl.com · kepada orang atau alam sekitar juga dapat meningkatkan indeks kesihatan dan kebahagiaan individu. Selain bersyukur atas segala-galanya di sekeliling

Kategori Kreativiti Lelaki TerbaikMr Tomny Wong Kee Kiet

Kategori Kreativiti Wanita TerbaikMs Yuki Wong Chi San

Testimonial Seluar Aulorahebat oleh IBO kami!

PemenangHadiah Utama

Spin & Win!

Semua orangteruja dengan

CabutanBertuah!

Mr Aulora + Kategori Catwalk Lelaki TerbaikMr Farid Hii Teck Hung

Ms Aulora + Kategori Catwalk Wanita TerbaikMs Larycca Leong Chew Yie

BE CARNIVAL DI SINGAPURA (15 Disember)

BE CARNIVAL DI MALAYSIA (14 Disember)

Page 15: TRANSFORMASI TAHUN 2020 - beintl.com · kepada orang atau alam sekitar juga dapat meningkatkan indeks kesihatan dan kebahagiaan individu. Selain bersyukur atas segala-galanya di sekeliling

Perjalanan YangHangat Dan Ghairah!

Pelayaran mewah Lotus Superyacht

BE Lifestyle Travel ke-4 BE International terbang ke bandar emas-Dubai

Bagaimana perasaannya untuk hidup di salah sebuah negara terkaya di dunia? Ia sememangnya pengalaman yang luar biasa dan menakjubkan bagi 1,000 orang yang berkelayakan untuk didedahkan kepada budaya metropolis yang paling mewah, megah dan unik.

���� �������BE Insight

Page 16: TRANSFORMASI TAHUN 2020 - beintl.com · kepada orang atau alam sekitar juga dapat meningkatkan indeks kesihatan dan kebahagiaan individu. Selain bersyukur atas segala-galanya di sekeliling

180 buah 4WD memecut di padang pasir,

benar-benar mendebarkan!

Tasik pancutan bermuzik terbesardunia-Burj Khalifa

Makan malam di Dubai Desert Safari Park

Page 17: TRANSFORMASI TAHUN 2020 - beintl.com · kepada orang atau alam sekitar juga dapat meningkatkan indeks kesihatan dan kebahagiaan individu. Selain bersyukur atas segala-galanya di sekeliling

RACHEL LEE YAN YI 02 ANSON HII YU LEONG 03LOH SOO HAU &SHIRLEY TAY POAY KIN 01

ROYALE CROWN COUNCIL AMBASSADOR (RCCA) 皇家皇冠委员大使 *as at SV11, 2019

���� �������BE Insight HALL OF FAME 名人榜

CROWN COUNCIL AMBASSADOR (CCA) 皇冠委员大使 *as at SV11, 2019

AALINA VIVIANNA CHAI & JEW KA HENGCCHAI YUET GAY & SIOW TECK HWACHAN SHAH FEN & WOON KAH FEICHUNG YEN TIENGGAN BEE LAN & LEE CHEE KWANGGOH SZE HI & LING EE SENGLLAI MEE LAN & TAN THIAN KOOI

LEONG CHEAT MIN & LEE MOK SIANGLEW LEE AUNLIM PEI SIM & CHRISTOPHER JOHN HENEBREYLIM SZE LINGMMA JOK ENG & TEH YEONG JYENNG POH CHOOQQUEK POH LIAN & GAN BOON SONG

SSALAP KALASIVVIVIAN PANG LI HUEY & CHNG KOK SIONGWWONG YOKE YEN & NG MENG HWAWOON CHIN JOOYYONG YEE PAY

DIAMOND COUNCIL AMBASSADOR (DCA) 钻石委员大使 *as at SV11, 2019

POON YEW KEE &KONG KOON YOU