36
Pendahuluan “Matlamat utama pendidikan adalah untuk menyediakan seseorang individu menjadi bertanggungjawab, menyumbang kepada komuniti. Pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran perlu didedahkan kepada realiti kehidupan setelah tamat persekolahannya melalui satu program yang sistematik. Kebiasaannya, dalam persediaan kepada realiti kehidupan orang dewasa, penekanan hanya diberi terhadap keperluan vokasional semata-mata. Malangnya hingga kini, terlalu sedikit program komprehensif yang wujud menyarankan kemahiran hidup yang diperlukan untuk menepati kehendak sebagai orang dewasa.” Berdasarkan pernyataan yang dipetik daripada hasil tulisan Polloway & Patton (1993) ini, secara tidak langsung kita dapat menyimpulkan bahawa setiap insan di dunia ini memerlukan latihan yang khusus untuk menghadapi kehidupan pada hari dewasa yang menuntut setiap manusia bersikap berdikari di tahap yang maksimum. Berdikari bermaksud seseorang harus menghadapi kehidupan secara peribadi tanpa melibatkan bantuan orang lain secara total dalam kehidupan mereka. Oleh hal yang demikian, setiap insan yang hidup di dunia ini sepatutnya mempunyai keupayaan ini. Keupayaan yang dimaksudkan semestinya didapati melalui proses pembelajaran tidak kira pembelajaran secara formal yang dijalankan di sekolah ataupun pembelajaran tidak formal yang dipelajari melalui kehidupan seharian dan pengalaman yang mereka lalui. Salah satu aspek pembelajaran yang asas adalah kemahiran untuk berdikari. Apabila seseorang gagal memenuhi keperluan asas ini maka berlaku kesukaran dalam kehidupannya kerana kesukaran menyampaikan

Tugasan 2-Folio Jahitan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

n

Citation preview

Page 1: Tugasan 2-Folio Jahitan

Pendahuluan

“Matlamat utama pendidikan adalah untuk menyediakan seseorang individu menjadi

bertanggungjawab, menyumbang kepada komuniti. Pelajar-pelajar bermasalah

pembelajaran perlu didedahkan kepada realiti kehidupan setelah tamat persekolahannya

melalui satu program yang sistematik. Kebiasaannya, dalam persediaan kepada realiti

kehidupan orang dewasa, penekanan hanya diberi terhadap keperluan vokasional semata-

mata. Malangnya hingga kini, terlalu sedikit program komprehensif yang wujud

menyarankan kemahiran hidup yang diperlukan untuk menepati kehendak sebagai orang

dewasa.”

Berdasarkan pernyataan yang dipetik daripada hasil tulisan Polloway & Patton

(1993) ini, secara tidak langsung kita dapat menyimpulkan bahawa setiap insan di dunia ini

memerlukan latihan yang khusus untuk menghadapi kehidupan pada hari dewasa yang

menuntut setiap manusia bersikap berdikari di tahap yang maksimum. Berdikari bermaksud

seseorang harus menghadapi kehidupan secara peribadi tanpa melibatkan bantuan orang

lain secara total dalam kehidupan mereka. Oleh hal yang demikian, setiap insan yang hidup

di dunia ini sepatutnya mempunyai keupayaan ini. Keupayaan yang dimaksudkan

semestinya didapati melalui proses pembelajaran tidak kira pembelajaran secara formal

yang dijalankan di sekolah ataupun pembelajaran tidak formal yang dipelajari melalui

kehidupan seharian dan pengalaman yang mereka lalui.

Salah satu aspek pembelajaran yang asas adalah kemahiran untuk berdikari.

Apabila seseorang gagal memenuhi keperluan asas ini maka berlaku kesukaran dalam

kehidupannya kerana kesukaran menyampaikan kehendak dalam hidup seharian. Oleh itu

sebagai seorang bakal guru pendidikan khas kemahiran asas seperti menjahit adalah

sangat perlu untuk dikuasai agar dapat diajar pada murid pendidikan khas disekolah kelak.

Berikutan dengan hal ini maka kerja kursus kemahiran asas untuk berdikari (KAUB) ini

menuntut semua guru pelatih Pendidikan Khas mengkaji topik ini dengan lebih lanjut lagi

agar kehendak pelajar terutama pelajar pendidikan khas dapat difahami seterusnya

dipenuhi.

Page 2: Tugasan 2-Folio Jahitan

Alatan menjahit

Page 3: Tugasan 2-Folio Jahitan

JENIS DAN FUNGSI MESIN JAHIT

MESIN JAHIT KAKI

Fungsi : 

> Mesin jahit yang murah dan popular

> Menggunakan kaki untuk memusingkan roda imbang

Page 4: Tugasan 2-Folio Jahitan

MESIN JAHIT TANGAN

Fungsi :

> Mesin jahit lama

> Menggunakan tangan untuk memusingkan roda imbang

MESIN JAHIT ELEKTRIK

Fungsi :

> Mesin jahit yang menggunakan motor elektrik untuk memusingkan roda imbang

Page 5: Tugasan 2-Folio Jahitan

MESIN JAHIT ELEKTRONIK

Fungsi :

> Mesin jahit di kawal sebahagian fungsi dan pergerakannya oleh papan elektronik dengan menggunakan kuasa elektrik

Page 6: Tugasan 2-Folio Jahitan

Jenis-jenis jahitan

Jahitan SementaraJelujur sama panjang, jelujur panjang pendek, jelujur tegak, jelujur dan jahitan tanda

Jahitan PenyambungJelujur halus, jahit kia, jahit lilit ubi, dan jahit mesin.

Jahitan PengemasSembat, Sembat Susup, lilit kemas, insang pari, jahit lubang butang dan silang pangkah

Jahitan SulamanJahit rantai, jahit batang, jahit kuku kambing, simpul perancis, jahit padu, insang pari dan silang pangkah

Page 7: Tugasan 2-Folio Jahitan

Jahitan Asas

1.1 Jahitan Jelujur Kasar

Jahitan Jelujur kasar merupakan jahitan sementara sebelum jahitan kekal dibuat. Ia juga

digunakan untuk menetapkan kelim di kedudukan dan senang dicabut.

Langkah-langkah

Jahit dari kanan ke kiri

Mula dari A ke B

Jarak 1 cm

Jahit sampai hujung

Matikan dengan jahitan kia

Page 8: Tugasan 2-Folio Jahitan

Contoh jahitan jelujur kasar

Page 9: Tugasan 2-Folio Jahitan

1.2 Jahitan Jelujur halus

Jahitan jelujur halus digunakan untuk membaiki kelepet meretas. Jahitan jelujur halus juga

boleh menggantikan mata jahitan mesin. Ia juga boleh dijadikan perhiasan pada artikel.

Langkah-langkah

Jahit dari kanan ke kiri

Mula dengan jahitan kia

Jarak 3-5 mm

Jahit hingga hujung

Matikan dengan jahitan kia

Page 10: Tugasan 2-Folio Jahitan

Contoh jahitan jelujur halus

Page 11: Tugasan 2-Folio Jahitan

1.3 Jahitan sembat

Jahitan sembat halus, rapat dan kukuh serta boleh dilihat dari sebelah luar pakaian. Ia

digunakan untuk menetapkan dan mengemaskan kelim/kelepet.

Langkah-langkah

Jahit dari kanan ke kiri

Masuk jarum dari A ke B

Jarum kena condong

Matikan Jahitan Dengan Jahitan Kia

Page 12: Tugasan 2-Folio Jahitan

Contoh jahitan sembat

Page 13: Tugasan 2-Folio Jahitan

1.4 Jahitan sempat susup

Jahitan sempat susup ini sangat kemas dan hampir tidak kelihatan tetapi tidak begitu kukuh

seperti jahitan sempat. Ia digunakan untuk mengekalkan kelepet skirt, blaus, lengan dan

lapik-lapik di lubang lengan dan garis leher.

Langkah-langkah

Jahit dari kanan ke kiri

Masuk jarum dari A ke B

Jarum kena condong

Matikan Jahitan Dengan Jahitan Kia

Page 14: Tugasan 2-Folio Jahitan

Contoh jahitan sempat susup

Page 15: Tugasan 2-Folio Jahitan

1.5 Cangkuk dan palang

Cangkuk dan palang ialah satu kancing yang teguh untuk baju yang ketat. Ia digunakan

pada belah yang tidak bertindih. Cangkuk dan palang ialah sejenis kancing yang kukuh dan

sesuai digunakan di hujung ikatan pinggang atau tali pinggang.

Langkah-langkah

Mulakan dengan jahitan kia

Jahit jahitan lilit kemas/jahitan lurus 4-5 kali

Matikan dengan jahitan kia

Mulakan jahitan dengan jahitan kia

Masukkan jarum pada satu daripada lubang pada palang.

Jahit jahitan lilit kemas 4-5 kali.

Susup jarum ke lubang kedua pada palang.

Teruskan proses menjahit sehingga siap.

Matikan jahitan dengan jahitan kia.

Contoh jahitan cangkuk dan palang

Page 16: Tugasan 2-Folio Jahitan
Page 17: Tugasan 2-Folio Jahitan

1.7 Butang

Butang adalah sejenis kancing yang mempunyai aneka bentuk dan fesyen. Butang dibuat

daripada logam, getah, kulit, plastik, dan kayu. Butang – butang yang terdapat di pasaran

dikategorikan kepada dua jenis iaitu butang leper dan butang bulat. Pemilihan butang untuk

pakaian bergantung pada :

I. Kesesuaian butang dengan warna fabrik

II. Padan dengan jenis fabrikyang digunakan

Langkah-langkah

Lipat fabrik yang disediakan dan tandakan kedudukan butang

Letakkan sebatang jarum peniti di atas butang. Jahit butang dengan melakukan

benang di atasnya.

Tanggalkan jarum peniti dan tarik butang ke atas

Lilit benang pada tangkai butang hingga ketat

Cucuk jarum dan tarik keluar ke sebelah dalam fabrik

Pada sebelah dalam fabrik, jahit insang pari

Page 18: Tugasan 2-Folio Jahitan

Contoh butang

Page 19: Tugasan 2-Folio Jahitan

Jahitan Hiasan

2.1 Sulaman belakang

Jahitan sulaman ini digunakan untuk dijadikan kemasan tepi. Ia juga boleh digunakan

sebagai jahitan hiasan.

Langkah-langkah

Jahit dari kanan ke kiri

Masukkan jarum dari belakang kain

Masukkan jarum kembali dari arah depan

Masukkan jarum daripada belakang semula

Ulangi untuk membentuk corak yang diingini

Page 20: Tugasan 2-Folio Jahitan

Contoh sulaman belakang

Page 21: Tugasan 2-Folio Jahitan

2.2 Jahitan rantai

Jahitan sulaman ini digunakan untuk dijadikan kemasan tepi. Ia juga boleh digunakan

sebagai jahitan hiasan sebagai alternatif kepada jahitan belakang.

Langkah-langkah

Jahit dari kanan ke kiri

Cucuk jarum dari A ke B

keluarkan jarum kehadapan semula

Selitkan jarum pada gelungan benang dan tarik kehadapan

Ulang langkah di atas sehingga akhir

Page 22: Tugasan 2-Folio Jahitan

Contoh jahitan rantai

Page 23: Tugasan 2-Folio Jahitan

2.3 Jahitan tulang ikan

Jahitan sulaman ini sesuai digunakan untuk membuat corak yang diingini pada fabrik. Ia

juga boleh digunakan sebagai jahitan hiasan sebagai alternatif kepada jahitan belakang.

Langkah-langkah

Jahit dari kiri ke kanan

Mula dengan jelujur halus menegak pada A

Cucuk jarum pada B dan hala ke arah penjahit

Tarik benang ke arah penjahit

Ulang sehingga selesai jahitan

Page 24: Tugasan 2-Folio Jahitan

Contoh jahitan tulang ikan

Page 25: Tugasan 2-Folio Jahitan

2.4 Jahitan sulaman padu

Jahitan sulaman ini sesuai digunakan untuk membuat corak yang diingini pada fabrik. Ia

juga boleh digunakan sebagai jahitan hiasan sebagai alternatif kepada jahitan belakang.

Langkah-langkah

• Masukkan jarum dari belakang kain dan tarik keluar

• Jahit berselang seli atas ke bawah dan bawah keatas

• Jahit dengan rapat pada setiap jahitan seterusnya

• Ulang sehingga menjadi bentuk yang diingini

Page 26: Tugasan 2-Folio Jahitan

Contoh jahitan sulaman padu

Page 27: Tugasan 2-Folio Jahitan

2.5 Jahitan sulaman french knot

Jahitan sulaman ini sesuai digunakan untuk membuat corak yang diingini pada fabrik. Ia

juga boleh digunakan sebagai jahitan hiasan sebagai alternatif kepada jahitan belakang.

Langkah-langkah

• Masukkan jarum dari belakang kain dan tarik keluar

• Lilitkan benang pada jarum

• Cucuk jarum pada sebelah benang yang tadi

• Tarik benang ke arah belakang

• Ulang untuk membuat corak yang diingini

Page 28: Tugasan 2-Folio Jahitan

Contoh jahitan sulaman french knot

Page 29: Tugasan 2-Folio Jahitan

2.6 Jahitan silang pangkah

Jahitan ini digunakan untuk menjadikan, lapik dan mengemaskan pita zip. Ia juga boleh digunakan sebagai jahitan hiasan.

Langkah-langkah

Jahit dari kiri ke kanan

Masuk jarum dari A ke B dengan jarak 1mm

Masuk jarum pada C dan keluarkan pada D dengan jarak 1mm

Akhir jahitan dengan jahitan kia

Page 30: Tugasan 2-Folio Jahitan

Contoh jahitan silang pangkah

Page 31: Tugasan 2-Folio Jahitan

3.0 Refleksi

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi

penghargaan pensyarah pembimbing saya yang telah menjayakan kerja kursus ini

terutamanya dalam memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber. Saya juga

mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing dan pensyarah-pensyarah yang

lain atas tunjuk ajar dan maklumat yang dikongsikan bersama saya dalam menghasilkan

kerja kursus ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kelas PISMP

Pendidikan Pemulihan atas komitmen yang diberikan sepanjang tugasan ini dilakukan

terutamanya melalui perkongsian maklumat dan penambahan idea yang sesuai dengan

tajuk tugasan yang diberikan.

Apabila saya terlihat pakaian-pakaian yang ada seperti seluar khakis, baju melayu

dan lain-lain, saya sedar akan pentingnya untuk menghasilkan hasil jahitan yang kemas.

Kekemasan yang saya maksudkan adalah bagaimana mereka boleh menjahit dengan cantik

dibahagian depan dan kemas dibahagian belakang kain. Hal ini membuktikan bahawa kualiti

kain serta rekaan pakaian bukanlah satu-satunya faktor kesempurnaan pakaian yang

dihasilkan, namum dipengaruhi juga oleh kekemasan jahitannya. Oleh itu, saya telah

bertekad untuk menguasai kemahiran jahitan yang betul supaya dapat menghasilkan hasil

jahitan yang cantik dan kemas dan apabila berada disekolah kelak saya dapat mengajar

kemahiran tersebut kepada murid-murid saya.

Kualiti jahitan dipengaruhi oleh beberapa faktor. Faktor yang pertama adalah kualiti

bahan. Bahan yang digunakan mestilah bahan yang bermutu, tidak mudah rosak dan

sesuai. Contohnya, harum yang digunakan mestilah cukup tajam supaya kain tidak rosak

apabila menjahit. Warna benang yang kekal dan tidak mudah luntur juga memastikan

kesegaran rupa hasil jaditan walaupun sudah disimpan lama. Guntin yang digunakan juga

perlulah tajam supaya kain yang digunting tidak berbulu.

Selain itu, kaedah jahitan yang betul juga sangat mempengaruhi kekemasan hasil

jahitan. Jika tersalah langkah jahitan, hasil yang diperolehi akan menjadi tidak kemas dan

cantik. Contohnya, semasa menjahit, kita perlulah memestikan jarak yang seragam antara

setiap jahitan supaya ia nampak kemas. Menjahit dengan kaedah yang betul juga dapat

memastikan hasil jahitan yang lebih tahan dan tidak mudah terbuka. Kreativiti juga

diperlukan dalam menghasilkan jahitan yang cantik dan kemas. Contohnya, dalam sulaman

gabungan warna-warna benang yang digunakan mestilah sesuai dan harmoni supaya

jahitan tersebut dapat menjadi hasil seni yang menarik.

Page 32: Tugasan 2-Folio Jahitan

Sebelum menjahit, kita juga perlu mengambil kira bahan yang ingin dijahit dan

mengenal pasti jenis jahitan yang paling sesuai untuk digunakan. Contohnya, jika ingin

menjahit butang pada baju gunakanlah benang yang sesuai warnanya dengan butang

tersebut.

Kesimpulannya, kualiti bahan yang digunakan untuk menjahit, teknik jahitan yang

betul, kreativiti dan kesesuaian jenis jahitan adalah perkara-perkara yang perlu diambil berat

jika ingin menghasilkan satu hasil jahitan yang kemas dan berkualiti tinggi.