TUGASAN 2 KOMUNITI PDK

  • View
    263

  • Download
    6

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tugasan sem 3

Transcript

KBK 3063 : SOKONGAN DALAM KOMUNITI

TAJUK TUGASAN 2

TUGASAN 2 :

Kurikulum PDK mengutamakan modul kemahiran asas manakala kurikulum di sekolah untuk murid berkeperluan khas memfokuskan kepada kebolehdidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Secara Ilmiah bandingkan kurikulum yang dilaksanakan di PDK dan di sekolah.

KUMPULAN

DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING: KAMALIAH BT MUHAMMAD TARIKH SERAH: 26 NOVEMBER 2012

ISI KANDUNGAN

Perkara 1.0 2.0 Pendahuluan Definisi Konsep/Istilah 2.1 2.2 2.2 2.3 3.0 4.0 5.0 Kurikulum Kurikulum Pendidikan Khas Pemulihan dalam Komuniti Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Halaman 3 3 4 4 6 7 8 11 13

Model Kurikulum Pendidikan Khas Kanak-kanak Berkeperluan Khas Model Modul Pembelajaran Pemulihan Dalam Komuniti Perbandingan Antara Kurikulum di Sekolah dan Modul di Pemulihan Dalam Komuniti Rumusan

6.0

15 15

Rujukan

2

1.0

Pendahuluan

Sejak beberapa dekad yang lalu, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan di negara kita. Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah mulai tahun 1989. Merujuk kepada kanak-kanak berkeperluan khas pula, mereka juga tidak berkecuali mengikuti sistem pendidikan melalui pengaplikasian kurikulum yang dihasilkan. Namun perbezaannya, kurikulum bagi mereka telah diubahsuai mengikut keperluan kanak-kanak tersebut. Oleh hal yang demikian, program pendidikan khas telah diwujudkan bagi memastikan pendidikan yang berterusan dapat diaplikasi kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pendidikan dan perkhidmatan khusus bagi memperkembangkan potensi dan kemajuan kendiri. Pendidikan khas merujuk kepada pengajaran yang direka khas bagi melengkapkan keperluan seseorang kanak-kanak yang luar biasa dan memerlukan bahan-bahan pengajaran khas, teknik pengajaran yang luar biasa serta kemudahan-kemudahan yang tertentu (Hallahan & Kauffman, 1986). Pendidikan khas juga merupakan pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan khas murid (Akta Pendidikan, 1996). Walaubagaimanapun, mereka yang berkeperluan khas mempunyai pelbagai alternatif untuk meningkatkan potensi diri melalui pendekatan-pendekatan kemahiran yang boleh diperolehi dari pelbagai sumber dan bentuk pendidikan. Bagi yang mempunyai kelayakan kemasukan ke alam persekolahan, mereka akan mengikuti kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di mana-mana institusi pendidikan terpilih. Manakala bagi mereka yang tidak layak mengikuti persekolahan yang diselia oleh KPM, mereka masih boleh terus mendapatkan kemahiran dan pendidikan di pusat-pusat pendidikan dibawah selia Jabatan Kebajikan Masyarakat contohnya Pusat Pemulihan Dalam Komuniti atau dibawah seliaan pihak persendirian contohnya Pusat Kebangsaan Yayasan Sindrom Down Kiwanis. 2.0 Definisi Istilah/Konsep

Maksud definisi yang diperolehi dari Wikipedia Insklopedia bebas ialah kenyatan ringkas dan padat yang menjelaskan maksud sesuatu konsep. Istilah yang akan dibincangkan dalam

3

unit seterusnya ialah definisi kurikulum, kurikulum khas, pemulihan dalam komuniti dan kanak-kanak berkeperluan khas. 2.1 Kurikulum

Merujuk kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, kurikulum kebangsaan merupakan suatu program pendidikan yang melibatkan aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan,dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dam emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan (Akta Pendidikan, 1996). Oleh hal yang demikian, kurikulum juga boleh ditaktifkan sebagai segala rancangan yang dikehendaki oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pelajaran bagi mencapai matlamat pendidikan (Buku Laporan Kabinet,1979). Kurikulum juga merupakan suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Peranan kurikulum pendidikan di Malaysia adalah bagi mengembangkan potensi pelajar-pelajar dari segi intelek, jasmani, rohani, dan sosial dengan seimbang dan menyeluruh, membina sifat-sifat yang membawa kearah perpaduan negara serta menghasilkan tenaga rakyat yang mahir dan terlatih untuk keperluan negara. Kandungan kurikulum sekolah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran; dan aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, kelab, dan unit beruniform (Abdullah Sani, 2005). 2.2 Kurikulum Pendidikan Khas

Kurikulum Pendidikan Khas merupakan satu kurikulum yang digunakan di sekolah-sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi yang mana kurikulum kebangsaan yang diubahsuai mengikut kecacatan murid, dan kurikulum alternatif. Kurikulum alternatif yang digunakan bagi murid-murid pendidikan khas adalah Kurikulum latihan industri yang disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) dan Kurikulum yang dibina khusus oleh Jabatan Pendidikan Khas (Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004). Falsafah pendidikan khas ialah satu usaha yang berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang individu sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang

4

dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2005). Objektif pendidikan khas ialah menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas, meyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan asas, meyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas, menyediakan bahanbahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini dan memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas. Selain itu, objektif pendidikan khas juga adalah untuk menguasai kemahiran asas 3m, meneruskan pembelajaran di kelas biasa dan membina keyakinan diri dan positif terhadap pembelajaran (Jabatan Pendidikan Khas, 2008). Program pendidikan khas dilaksanakan melalui konsep pengintegrasian bagi murid bermasalah pendengaran dan penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa serta sekolah teknik dan vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Tempoh belajar belajar minimum sekolah menengah pendidikan khas selama lima tahun. Mengikut Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007, Kurikulum alternatif adalah kurikulum yang dibina khusus serta dianggap sesuai dan bermanfaat bagi murid berkeperluan khas selain dari kurikulum latihan kemahiran. Dalam mengikut perkembangan kurikulum semasa, kementerian telah menyediakan satu bentuk kurikulum terbaru menggantikan kurikulum terdahulu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK). KSSRPK Masalah Pembelajaran Tahap Satu, mempunyai hanya lima mata pelajaran iaitu Pengurusan Kehidupan, Asas 3M (Membaca, menulis, mengira), Seni Kreatif, Pendidikan Islam atau Moral dan Pendidikan Jasmani. Komponen-komponen yang terdapat dalam mata pelajaran Pengurusan Kehidupan pula ialah Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkah Laku dan Kemahiran Manipulatif. Asas 3M merangkumi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik manakala Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik pula merupakan komponen dalam mata pelajaran Seni Kreatif. Kurikulum Pendidikan Khas bermatlamat untuk menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna. Selain minimum bagi keperluan pendidikan khas di sekolah rendah adalah selama enam tahun manakala tempoh

5

itu, kurikulum ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak terikat, iaitu aktivitiaktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan dan keupayaan murid melalui bidang- bidang seperti Pengurusan Kehidupan, Akademik Berfungsi, Kerohanian dan Nilai -nilai Murni, serta Sosial, Riadah dan Kreativiti. Dalam setiap bidang utama tersebut, masing-masing terdapat komponen-komponen kecil seperti berikut: a) Bidang Pengurusan Diri merangkumi Komponen Pengurusan Diri, Komponen Kemahiran Manipulatif, Komponen Pengurusan Tingkah laku dan Komponen Kemahiran Hidup. b) Bidang Akademik Berfungsi merangkumi Komponen Bahasa Melayu, Komponen Matematik, Komponen Bahasa Inggeris, dan Komponen Multimedia. c) Bidang Kerohanian dan Nilai-Nilai Murni merangkumi Komponen Pendidikan Agama Islam dan Komponen Pendidikan Moral. d) Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti merangkumi Komponen Pendidikan Jasmani, Komponen Pendidikan Seni, Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama serta Komponen Sains, Sosial dan Alam Sekitar 2.3 Pemulihan Dalam Komuniti

Pemulihan Dalam Komuniti adalah satu kaedah pembangunan komuniti untuk orang kelainan upaya yang menjalankan program pencegahan, pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat setempat supaya dapat mengecapi peluang samarata serta diintegrasikan dalam masyarakat. Pemulihan Dalam Komuniti memberi tumpuan kepada pemulihan dan latihan asas dan ianya dibuka kepada semua jenis kecacatan, peringkat umur dan jantina. Proses pemulihan dilakukan dalam komuniti tempatan. Ibu bapa, ahli keluarga atau komuniti memainkan peranan p