Upload
misty-nelson
View
352
Download
10
Embed Size (px)
DESCRIPTION
sambutan
Citation preview
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011 aa
KOD & NAMA KURSUS
KAE3013
EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
TAJUK TUGASAN
KUMPULAN
UPSI – A03 (A112PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
THEVAGY A/P SUPPIAH D20102040808 0126201857
NAMA TUTOR E-LEARNING: AMINAH BINTI AYOB
TARIKH SERAH: 4 MEI 2012
TUGASAN 2: Dua (2) aktiviti Kreatif Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan
PEMARKAHAN
1 TUGASAN 1
2 TUGASAN 2
3 E FORUM
JUMLAH
ISI KANDUNGAN
Halaman
1.0 Pendahuluan
1
2.0 Topik perbincangan
2.1 Subtopik
2.2 Subtopik
3.0 Topik perbincangan
4.0 Topik perbincangan
5.0 Penutup
RUJUKAN
LAMPIRAN
Tugasan 2(a)
Tema:
Program Sambutan Perayaan Kemerdekaan Di Peringkat Sekolah
Tema ini menghuraikan aspek perkembangan diri iaitu cara murid mengenal ,mengurus dan
mendisiplinkan diri serta mempelajari tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagi kanak
– kanak.Mempelajari dan menghayati tema kemerdekaan,membina keyakinan
diri,pengurusan diri,disiplin diri,pengurusan masa, hak dan tanggungjawab mereka sebagai
murid – murid yang telah merdeka.
Tajuk Aktiviti :(Nyanyian hari sambutan bulan merdeka dan tarian kemerdekaan)
Sambutan Hari Kemerdekaan Pada 31 Ogos, sambutan perayaan kemerdekaan telah
diterapkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan tema
perayaan Hari Kemerdekaan melalui perbualan dan diperkukuhkan dalam aktiviti kelas
seperti melukis,mewarna,bercerita,membuat bendera daripada bahan – bahan
terpakai,menghias kelas bertemakan bulan kemerdekaan dan majlis sambutan Hari
Kemerdekaan pada 31 Ogos.Akiviti –aktiviti ini adalah bagi menanamkan diri kanak – kanak
khasnyadan ibubapa mereka amnya,semangat patriotisme,penghayatan kemerdekaan serta
menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan hingga diperingkat prasekolah.Program
sambutan ini melibatkan penyertaan murid – murid,ibu bapa,pemimpin setempat dan ahli
Jawatankuasa Prasekolah.Semua aktiviti – aktiviti yang dijalankan menggunakan wang
tabung di peringkat sekolah.
Rasional Aktiviti:
Kurikulum kanak – kanak peringkat awal sempena sambutan Hari Kemerdekaan melibatkan
komuniti dan individu sebagai sumber bagi memperluaskan pengalaman dan asas
kebudayaan kepada kanak – kanak.Melalui pendedahan aktiviti kepada komuniti dan
kemudahan awam, mereka dapat memahami sumbangan dan peranan
masyarakat.Penglibatan komuniti secara berterusan menambahkan pengalaman
pembelajaran murid- murid.Contohnya, perpustakaan,pusat komuniti dan muzium
mempunyai bahan yang dapat ditambah dalam kurikulum asas.Komuniti merujuk kepada
pada orang yang ada kaitan rapat dengan murid – murid.Antaranya adalah ibu
bapa,saudara mara,semua ahli keluarga yang tinggal serumah mereka,guru – guru,jiran,
rakan sebaya dan orang dewasa yang mengenali mereka.Golongan yang paling penting
adalah orang yang bertanggungjawab dengan kebajikan mereka.
Matlamat supaya semua murid berusaha seberapa daya untuk mencapai tahap yang
ditetapkan.Sebagai satu sasaran Kerja Tahunan bagi semua guru, dengan harapan guru
sedar ada hala tuju yang hendak dicapai semasa melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang mempunyai kesinambungan sempena sambutan hari kemerdekaan di
peringkat sekolah.Sebagai satu program untuk membuat perancangan yang lebih baik
dimasa – masa akan datang. Sebagai satu program untuk membabitkan ibubapa atau
penjaga supaya lebih memberikan perhatian terhadap pencapaian atau pembelajaran anak
– anak mereka.Penghayatan memberi penekanan terhadap penguasaan
pengetahuan,kemahiran dan nilai kemerdekaan.Pengetahuan kemerdekaan terdiri daripada
maklumat dan idea asas yang murid harus tahu serta menggunakannya untuk menjadi
warganegara yang bertanggungjawab dan berkesan.Maklumat asas ini merangkumi aspek
perkembangan diri,hubungan kekeluargaan,interaksi dengan orang lain,masyarakat
pelbagai kaum dan budaya di Malaysia,pentadbiran negara dan cabaran masa
depan.Rancangan aktiviti ini terdiri daripada kemahiran melibatkan diri dalam aktiviti –
aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah.Kemahiran ini membolehkan murid membuat
keputusan,menyelesaikan masalah,meningkatkan kesedaran tentang kepentingan hari
kemerdekaan dan memberi sumbangan terhadap pembangunan keluarga dan masyarakat.
Tema kemerdekaan ini terdiri daripada nilai murni yang perlu untuk melahirkan insan
yang berakhlak mulia dan warganegara yang bertanggungjawab. Nilai sivik ini,antara lain
merangkumi toleransi,menghormati hak orang lain,adil,saksama daan patriotisme.Nilai
kemerdekaan juga menekankan penghargaan terhadap persamaan dan kelainan dalam
masyarakat pelbagai budaya.Pengukuhan tema ini mengambil kira struktur hubungan
keluarga,masyarakat sekolah,komunitiluar sekolah, negara dan cabaran masa depan murid.
Dalam konteks ini, murid didedahkan dengan unsur pengetahuan,kemahiran dan nilai yang
menjadi ciri – ciri masyarakat Malaysia.
Bilangan murid/pelajar yang terlibat:
Guru – guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali dengan Guru
Penasihat,semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti –
aktiviti .Penyertaan pelajar di semua peringkat prasekolah,tahap 1 dan tahap 2, diwajibkan
menyertai setiap kegiatan dan anjuran dalam sambutan Hari Kemerdekaan.Semua pelajar
diwajibkan hadir pada hari – hari kegiatan atau program dijalankan diperingkat
sekolah.Murid – murid juga diasuh dan diberikan panduan bagaimana menguruskan masa
dengan baik dan berfaedah melalui aktiviti seperti yang dilaksanakan.Segala aktiviti yang
dapat dijalankan untuk komuniti dengan kerjasama daripada pelbagai pihak, sama ada yang
terlatih ataupun yang mempunyai kemahiran tertentu.Sumbangan yang diberikan ini adalah
usaha kearah memajukan pelajaran dan persekolahan anak – anak mereka. Ia dijalankan
mengikut kadar kemampuan tertentu.
Durasi aktiviti:
Sambutan bulan kemerdekaan bulan Ogos di peringkat sekolah dan dalaman sempena
bulan kemerdekaan 31 OGOS 1957.Penaakulan nilai – nilai murni tidak semestinya
melahirkan tingkah laku bermoral malah ia bergantung pada beberapa faktor yang kompleks
termasuk proses sosialisasi yang banyak berlaku di peringkat sekolah. Sosialisasi ialah
suatu proses bantuan yang mengajar murid – murid beresiprokasi.Apabila tingkah laku
mereka bermoral murid – murid akan mengurangkan setim diri mereka. Tujuan utama
proses sosialisasi adalah menegakkan pegangan moral kanak – kanak.Salah satu cara
utama yang digunakan bagi menjayakan proses ini adalah disiplin.
Peralatan/bahan:
Kos perbelanjaan untuk melaksanakan program ini adalah menggunakan peruntukkan
tabung Jawatankuasa sekolah dan PIBG.Ini bertujuan bagi meningkatkan
kesedaran.komitmen, penglibatan dan penghayatan murid – murid,ibu – bapa dan
Jawatankuasa Sekolah terhadap Hari Kemerdekaan.Semua aktiviti Hari Kemerdekaan akan
melibatkan murid – murid,ibu bapa murid- murid, Jawatankuasa Murid serta masyarakat
setempat dari peringkat perancangan,perlaksanaan dan penilaian dan tumpuan hanya
kepada aktiviti yang memberi imput pengajaran dan pembelajaran kepada kanak – kanak
prasekolah.Peralatan bahan/skrip/kostum/set/props/muzik/lirik dan bahan yang lain
diperlukan ialah seperti kain bendera, kertas warna untuk membuat kolaj bendera,vcd,cd
tentang sejarah bendera Malaysia untuk murid ikut nyanyian dan gerakan hari sambutan
kemerdekaan sempena bulan kemerdekaan prasekolah.
Lukisan danKraf tangan Merdeka
Objektif atau hasil pembelajaran
Menghasilkan lukisan dan kraf tangan
Berdasarkan objektif ini,kanak-kanak diberi peluang membuat pelbagai kesan ,corak dan
garisan padasesuatu permukaan.Tujuan supaya meraka mampu memahirkan motor halus
mereka.Kanak-kanak juga boleh mengenal warna dan membezakan warna apabila terlibat
dengan pelbagai aktiviti mewarna gambar bendera Malaysia.Selain membantu mereka
mencurahkan idea ke saluran yang tertentu, mereka boleh mencurahkan perasaan mereka
dalam bentuk lukisan , gambar bendera Malaysia dan sebagainya. Beberapa hasil
pembelajaran yang ingin di capai adalah untuk membuat tanda dan kesan pada pelbagai
permukaan,membuat garisan dan rupa bentuk,melukis warna dan mewarna dalam ruang
tertentu,mengenal dan membezakan warna,menyatakan idea
menceritakannya,menggunakan pelbagai bahan secara kreatif dalam rekaan pelbagai kraf
untuk pembentukan,binaan, ukiran,guntingan dan lipatan,tampalan ataupun
kolajmerdeka.Bagi mencapai semua matlamat yang diinginkan di atas maka beberapa
aktiviti boleh dijalankan.Contohnya,membuat lukisan percikan bunga api
merdeka,mengecap gambar bendera Malaysia ,melukis gambar bendera Malaysia dan
mewarna gambar bendera. Melukis secara bebas contohnya, melukis gambar bendera
malaysia, diri dan benda – benda yang bersejarah di sekeliling.Menguli doh bertemakan
bendera Malaysia,membina blok bendera malaysia dan membuat bangunan merdeka atau
gambar bendera Malaysia tertentu,membuat gambar bendera kipas, sampan dan lain – lain
lagi. Membuat kolaj daripada pelbagai bahan seperti kain bendera malaysia, daun bunga
bendera,kertas bendera,bijirin,kekacang,polistrin dan sebagainya.Aktiviti ini boleh lanjutkan
misalnya kolaj bendera Malaysia yang telah ditampal boleh dilabelkan mengikut saiz
bendera Malaysia.
Strategi pengajaran dan pembelajaran aktiviti seni pelbagai cara perlu di ambil kira
bagi menggalakkan pengajaran dan pembelajaran kreativiti dan estetika.Antara aspek –
aspek yang perlu dipertimbangkan oleh guru untuk mencapai objektif yang telah
dikemukakan pada peringkat awal adalah menyelaras dan meyusun sudut seni dengan
baik memudahkan penyediaan bahan bagi setiap satu aktiviti seni.Set sudut seni tema
kemerdekaan yang menarik selesa menggalakkan penglibatan kanak – kanak dengan
aktiviti seni malah mengalakkan keberkesanan pembelajaran.Beberapa perkara perlu
diambil kira dalam menyusun atur ruang seni,ruang yang cukup untuk keselesaan murid –
murid sebaik mungkin ruang ini menyediakan tempat untuk murid – murid menjalankan kerja
mereka diatas meja,easel dan atas lantai.Sumber air berhampiran kerana kerja – kerja seni
seperti mengecat memerlukan air untuk mencuci bahan dan perlatan aliran perjalanan yang
baik dan pelan lantai yang baik meningkatkan kerja sendiri dan mengelakkan kemalangan
berlaku.
Pemilihan bahan untuk aktiviti pelbagai bahan dan perlatan terlibat dalam aktiviti
kreatif dan estetika ia termasuk bahan mewarnacat, pelbagai jenis cat dan warna dan setiap
satunya memberi pengalaman yang bbukerbeza kepada murid – murid.Contoh
tempera,cecair sedia digunakan atau dicampurkan, tempera serbuk,warna berasaskan
air.Marker pen,marker berasaskan air supaya senang dibersihkan,krayon,krayon saiz besar
untuk kanak – kanak usia lebih rendah dan krayon saiz kecil untuk murid – murid
prasekolah.Kapur gunakan kapur putih dan bewarna.Gunakan saiz yang lebih besar untuk
murid – murid yang lebih mudaEasel easel bermuka dua boleh digunakan bagi dua murid-
murid menjalankan aktiviti mengecat serentak; Seeloknya easel disediakan untuk murid-
murid setiap hari.Jika guru mengalami masalah ruang yang agak sempit;guru boleh
menggunakan easel dinding yang dibuat sendiri dengan menampalkan kertas bersaiz besar
pada dinding yang sesuai dengan ketinggian murid-murid .Adalah sebaiknya menyediakan
2easel di sudut seni.Ia menggalakkan sosialisasi dan mengurangkan waktu
menunggu.Kertas pelbagai jenis kertas boleh digunakan mengikut kesesuaian aktiviti
kreatif.Untuk lukisan jejari,kerta glossy atau minyak lebih baik digunakan.Warna tempura
pula boleh digunakan di atas kertas manila,kertas lukisan dan lain-lain.Murid-murid yang
berumur lebih rendah dan melukis menggunakan easel perlu menggunakan easel perlu
menggunakan kertas bersaiz 24 x36 sementara murid-murid prasekolah menggunakan
kertas bersaiz 18x24.Apron boleh dibeli di kedai-kedai, tetapi jika mahu menjimatkan
belanja, baju t-shirt lama orang dewasa boleh digunakan untuk melindungi baju kanak-
kanak.
Bahan menggunting dan menampal Bagi menyediakan bahan menggumtingdan
menampal beberapa bahan perlu di ambil kira. Gunting, dengan mengambil kira gunting
untuk kanak-kanak yang gunakan tangan kanan dan tangan kiri. Ada ciri-ciri keselamatan
seperti gunting yang berhujung bulat.kertas yang pelbagai warna, saiz dan struktur seperti
kertas tisu, kertas minyak dan lain-lain. Gam yang berasaskan air lebih digalakkan. Gam
segera dan cepat melekat adalah beracun dan tidak digalakkan di tadika. Gam luga
termasuk gam polisterin dan pelbagai guna. Bahan seni arca dan menguli. Doh boleh dibuat
sendiri untuk mengurangkan kos pengurusan. Menyediakan doh sendiri memberi peluang
kepada kanak-kanak merasakan sendiri struktur doh dan memilih sendiri warna yang
mereka suka. Tanah liat terbahagi kepada dua iaitu yang lembut seperti tanah liat membuat
model (modeling clay) di mana kanak-kanak mudah membentuk bola, ular dan sebagainya.
Sementara tanah liat bakar digunakan untuk membuat cokies,kuih. Bahan-bahan drama dan
puisi. Koleksi pakaian seperti pakaian seragam tentera,doktor, koleksi pakaian tradisional,
koleksi boneka, topeng binatang dan sebagainya, koleksi buku-buku pantun, puisi,syair
kanak-kanak, koleksi buku cerita kanak-kanak.
Langkah – langkah perlaksanaan:
Dalam usaha menjadikan tema kemerdekaan ini terlaksana dengan jayanya,sebagai guru
yang berkesan dan kreatif haruslah merancang aktiviti – aktiviti yang mampu menarik minat
murid – murid sekolah dengan baik.Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran mesti
digunakan.Kepelbagaian strategi ini harus memberi penumpuan kepada pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti hands – on di dalam dan
di luar bilik darjah.Oleh itu, strategi yang dijalankan sewajarnya dapat meningkatkan
pengetahuan murid tentang isu kemerdekaan,menerapkan pelbagai kemahiran dan
memupuk nilai kemerdekaan melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, patriotik
dan bersatu.Dalam RMK – 9 semua Sekolah rendah dan menengah akan menjadikan
sambutan Hari Kemerdekaan sebagai acara tahunan dan melaksanakan program ini
sebagai acara tahunan sempena sambutan hari Merdeka di peringkat sekolah.Oleh
itu,aktiviti akan dirancang,dilaksanakan dan terapkan unsur – unsur kemerdekaan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh peringkat sekolah.Pengisian,perancangan dan
pelaksanaan aktiviti perlu bermula dari peringkat awal lagi.Sekolah mempunyai kemudahan
fizikal yang mencukupi bagi melaksanakan program – program yang melibatkan bilangan
murid yang ramai. 95% tenaga pengajar sekolah ini tinggal berhampiran dengan kawasan
sekolah.Kesemua dari kalangan mereka merupakan generasi pendidik yang bermotivasi
tinggi dan berusia diawal 40an.Hampir 100% pelajar sekolah ini tinggal dikawasan
perumahan bertaraf sederhana yang ada disekeliling kawasan sekolah.Kebanyakan ibubapa
penjaga murid sekolah ini mempinyai latarbelakang pendidikan yang sederhana dan tahap
sosio-ekonomi yang baik.Pihak sekolah akan sentiasa bermurah hati membuka pintu
kepada mana – mana individu,kumpulan, yang ingin memberikan apa jua bentuk diperingkat
sekolah ini.
Pihak sekolah akan cubamembantu pelajar – pelajar yang cemerlang untuk
mendapatkan pendidikan yang lebih baik di tempat belajar yang lebih sempurna.Kejayaan
cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan
hal – hal berkaitan disiplin,sahsiah dan komitmen murid – muridnya.Sehubungan dengan ini,
para guru mestilah memainkan peranan penting dalam memastikan para murid terlibat
dengan jayanya program ini terlaksana dengan guru dan murid- murid sekolah.Pelaksanaan
aktivti kokurikulum di sekolah merupakan satu aspek yang ditekankan dalam sisitem
Pendidikan kita.Dimana murid – murid diwajibkan melibatkan diri dalam program – program
yang dilaksanakan di sekolah.Sehubungan dengan itu,pelaksanaan aktiviti kokurikulum di
sekolah ini bertujuan untuk mencapai matlamat – matlamat berikut.Penyertaan 100% murid
tahap dua dalam aktivti kokurikulum di sekolah.Menjadikan sekolah tempat murid
memperlihatkan kebolehan bakat dan kemahiran serta memupuk semangat juang yang
tinggi. murid – murid bijak menggunakan masa lapang kearah kegiatan yang
berfaedah.Memastikan murid –murid bijak dan mahir menggunakan kemahiran yang tinggi
dalam pelbagai jenis permainan dan program sempena sambutan Hari
Kemerdekaan.Bermakna badan – badan sukarela,pertubuhan atau persatuan kebajikan,
segala agensi- agensi kerajaan,badan- badan swasta serta syarikat individu yang
melibatkan aktiviti ke arah pembangunan dan pendidikan di sekolah sama ada secara
langsung ataupun tidak langsung.
Membentuk disiplin
Disiplin adalah teknik mengajar murid – murid perlakuan,kawalan diri, tingkah laku dan nilai
moral.Ia adalah suatu alat yang mempunyai impak ke atas pembentukan disiplin
diri,Pelbagai teknik disiplin boleh digunakan bagi tujuan tersebut.
Ganjaran, murid –murid belajar dengan lebih berkesan daripada ganjaran yang diberikan
umpamanya ganjaran luaran yang boleh dirasa seperti gula – gula,permainan,wang ataupun
yang tidak boleh dirasakan seperti pujian,pelukan,senyuman.Ganjaran mestilah segera
diberikan setelah tingkah laku yang diingini berlaku dan mapu memberi kepuasan dalaman
kepada murid – murid tersebut.
Komponen ini diambil kira bersama kerana semangat kemerdekaan yang sememangnya
memberi idea yang cukup banyak untuk berkarya,bukan sahaja kepada orang dewasa
malah kepada murid – murid.Dalam komponen sambutan bulan kemerdekaan,murid – murid
diberi peluang untuk meneroka penggunaan bahan terbuang dan kemudiannya
menyampaikan rasa penghargaan mereka dengan pelbagai cara yang lebih kreatif.Murid –
murid boleh mengenal dan mengecam keadaan sekeliling dan menghargai jasa orang lama
yang telah mengorbankan nyawa untuk mempertahankan negara bangsa.Rasa ingin tahu
sentiasa wujud dalam jiwa murid – murid,oleh itu berdasarkan aktiviti yang dirancang murid
– murid boleh menghargai jasa pengorbananan orang – orang yang telah lama berjasa
kepada nusa,dan bangsa kita di Malaysia.Oleh itu,murid – murid pengalaman ini
sesungguhnya boleh memaksimunkan pemahaman dan pengetahuan mereka.
Pemantapan pengurusan panatia hari sambutan hari kemerdekaan, yang
merupakan elemen penting dalam pengurusan kurikulum yang berkesan.Oleh itu, peranan
panitia mata pelajaran merupakan elemen penting dan perlu digerakkan secara aktif dan
berfokus melalui aktiviti – aktiviti atau perancangan berikut, mengadakan mesyuarat berkala
secara formal dan tidak formal.Mempunyai perancangan tahunan yang memfokuskan
kepada aktiviti pemantapan keilmuan para guru tentang kepentingan sambutan hari
kemerdekaan.Menyelaraskan aktiviti – aktiviti utama dan program berterusan yang
dirancang.Membuat kajian tindakan berdasarkan kajian kes – kes yang dialami.Merancang
dan mengesyorkan apa – apa program baru yang perlu dilaksanakan untuk peningkatan
minat dan kebolehan murid dalam sesuatu mata pelajaran.Penghargaan memberikan
penghargaan kepada murid merupakan satu aspek motivasi yang berkesan dalam usaha
memupuk semangat murid – murid. Oleh itu, pelbagai bentuk penghargaan perlu diamalkan
oleh guru atau sekolah.Diantaranya ialah penghargaan berbentuk kata – kata perangsang
ditulis dalam buku latihan murid.
Dalam rakaman ini saya memilih tajuk ‘Nyanyian dan gerakan’ sempena bulan
kemerdekaan. Hasil pengajaran yang ingin dicapai ialah di akhir pengajaran ialah murid
akan dapat menyanyi dan gerakan sempena bulan kemerdekaan. Saya telah
menerangkan tajuk pelajaran saya kepada murid sebagai kesinambungan kepada tajuk
tarian joget tradisional seperti mana yang telah dijalankan sebelum ini.
Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah
yang baik sekali. Jadi saya telah mengatur dan membentuk strategi pengajaran mengikut
keadaan dimana proses pengajaran itu berlaku. Seperti pengajaran di dalam kelas
prasekolah, saya lebih berminat menggunakan pendekatan Mantessori yang memberi
peluang kepada murid untuk meneroka sendiri. Saya telah membawa kanak - kanak terlibat
dalam aktiviti yang dapat memberikan peluang kepada mereka mengendalikan bahan-bahan
bagi menyelesaikan masalah atau mempelajari sesuatu.
Selain itu, kekuatan saya semasa set induksi ini ialah, kanak – kanak prasekolah
merasa seronok menyanyi dalam kumpulan besar. Kanak – kanak prasekolah di masa kini
telah pandai menyanyi yang lebih kompleks dan pelbagai jenis lagu. Nyanyian adalah salah
satu cara yang paling semulajadi untuk kanak – kanak membuat muzik. Suara adalah alat
muzik peribadi kanak – kanak membuat muzik. Suara adalah alat muzik peribadi kanak –
kanak di mana mereka dapat menggunakannya bagi meluahkan perasaan mereka melalui
nyanyian. Semasa memilih lagu kanak – kanak, pada awalnya pilih lagu yang mengandungi
banyak ulangan lirik melodi supaya senang diterap. Padankan lagu dengan pergerakan,
drama ataupun mainan sesuai kerana ianya dapat menambahkan minat terhadap lagu
tersebut. Setiap lagu perlu diulangi beberapa kali secara formal di dalam ataupun secara
informal seperti rehat dan makan, supaya kanak – kanak senang mengingati lagu. Menurut
Mc. Donald dan Ramsey (1982), nyanyian sewajarnya dimasukkan dalam aktiviti harian
prasekolah. Bahan yang disediakan menarik dan cukup untuk menjelaskan tajuk nyanyian
dan gerakan. Dengan menggunakan objek yang sebenar mampu memberikan penjelasan
yang lebih nyata dan jelas kepada murid - murid saya. Saya telah menggunakan carta
gambar dan bendera Malaysia yang sebenar untuk menarik minat murid bagi
memperkenalkan tajuk pengajaran pada hari tersebut iaitu nyanyian dan gerakan sempena
bulan kemerdekaan .Secara tidak langsung, murid di dapati berminat untuk meneruskan
pengajaran dan pembelajaran malah dapat menjana pelbagai idea semasa sesi demonstrasi
dijalankan. Pelbagai respon dilontarkan, malah murid melibatkan diri secara aktif. Galakan
dan kata-kata peneguhan seperti pujian menjadikan murid saya begitu teruja untuk
memberikan gaya kreatif dan menarik semasa aktiviti nyanyian kemerdekaan dilaksanakan.
Pengalaman sedia ada murid cukup untuk membantu saya mencapai objektif
pengajaran. Kebanyakkan murid pernah melihat dan menyanyikan lagu tersebut di tapak
perhimpunan rasmi sekolah dalam kehidupan seharian. Secara tidak langsung, muzik
membantu dan merupakan satu medium yang dapat memperkembangkan potensi yang
sedia ada dalam diri murid. Pengalaman muzikal ini bukan sahaja dapat menunjukkan
ekspresi malah dapat membina keyakinan diri, dalam proses menilai dan mengenali citarasa
mereka sendiri. Konteks pendidikan muzik di prasekolah merangkumi aktiviti nyanyian,
pergerakan kreatif dan perkusi. Justeru itu, seorang guru prasekolah perlu dilengkapi
dengan aspek – aspek asas pendidikan muzik. Murid – murid konsep – konsep utama yang
berhubung dalam pendidikan muzik adalah irama, melodi dan ekspresi. Irama terbentuk
daripada sesuatu susunan bunyi yang merangkumi detik, meter, tekanan dan tempo.
Terdapat pelbagai rentak dalam corak irama tertentu seperti inang, masri, zapin, joget,asli,
waltz dan lain - lain. Dalam muzik detik ialah denyutan. Jangka masa dari satu detik ke satu
detik diukur dalam nilai not muzik.Secara lazimnya detik dihimpunkan dalam kumpulan dua,
tiga, empat dan seterusnya. Pengumpulan tersebut dikenali pembahagian seperti dalam
skor lagu. Contoh: 2 3 4
4 4 4
Manakala, melodi adalah turutan pic yang disusun sama ada menaik, menurun atau
mendatar. Melodi berubah apabila pic dan not diubah. Selain pic, skel dan warna ton
terdapat beberapa elemen lain dalam melodi seperti frasa, harmoni, tekstur dan bentuk. Pic
adalah berkaitan aras sesuatu bunyi sama ada tinggi atau rendah. penerangan dijalankan,
saya telah memperbetulkan persepsi murid supaya lebih tepat. Saya menerima semua idea
dan memberikan penjelasan yang lebih tepat berkenaan dengan pendapat yang diberikan.
Ekspresi adalah luahan perasaan yang boleh disampaikan dalam lagu melalui nyanyian atau
memainkan alat muzik. Ekspresi sesebuah lagu digambarkan melalui dinamik dan
mud.Dinamik merupakan bunyi muzik yang dihasilkan sama ada secara kuat atau lembut.
Tanda symbol yang biasa digunakan “p” (piano – lembut) dan “f “( forte- kuat) dan mud
selalunya dilahirkan dalam bentuk perasaan ketika sesebuah lagu itu dinyanyikan atau
dimainkan. Lazimnya mud dinyatakan sebagai riang, sedih, bersemangat dan
sebagainya.Tema sempena bulan kemerdekaan ini boleh diajar dalam konteks sambutan
bulan kemerdekaan supaya murid dapat memahami peranan dan tanggungjawabnya
sebagai warganegara dengan lebih berkesan dan bermakna.Murid – murid diminta membuat
Bosur Tempat – tempat Menarik di Malaysia dan membuat Projek Bendera Malaysia
sekolah/Negeri/Jalur Gemilang.
Unsur – unsur kreativiti dan Nilai – nilai murni yang diterapkan:
Keagamaan dan perkembangan moral amat penting bagi pemupukan kerohanian
dan nilai murni dalam masyarakat berbilang bangsa,bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
percaya kepada pencipta- Nya,berperibadian mulia, bertanggungjawab,bermotivasi dan
sanggup berkarbon bagi mencapai kesejahteraan diri, keluarga,masyarakat persekitaran
dan negara.Komponen dan tema sambutan hari kemerdekaan, walaubagaimanapun
pengajaran pendidikan bertema sambutan hari kemerdekaan juga diajar kepada murid –
murid bagi menerapkan nilai – nilai murni dalam diri mereka supaya dapat bersosial
bersama masyarakat.Peringkat awal murid- murid merupakan perkembangan yang berlaku
dengan pesatnya baik daripada segi intelek,jasmani mahupun rohaninya.Pada peringkat ini
murid – murid suka menyoal,meneroka dan mencuba. Murid – murid tidak berhenti belajar
berkenaan apa yang berlaku di sekelilingnya dan menjiwai setiap yang mereka
pelajari.Sementara itu, tema sambutan hari kemerdekaan menekankan aspek emosi supaya
murid – murid dapat memupuk,menghayati dan mengamalkan nilai murni.Pendidikan di
peringkat kita haruslah ada daya usaha menerapkan nilai – nilai patriotisme sempena bulan
kemerdekaan, yang dirancang kanak – kanak dapat mengenali dan dan menghayati
kehidupan secara sesuai dengan peringkat kematangan mereka.Aktiviti – aktiviti yang
dirancang bertujuan membentuk akidah di dalam diri murid – murid, mengetahui dan
mengamalkan budi pekerti yang baik dan mulia.Melalui sukatan pelajaran di peringkat
sekolah dapat disampaikan melalui aktiviti pertandingan bercerita sempena hari
kemerdekaan,berbual tentang hari kemerdekaan,tunjuk cara,latihan amali,nyanyian lagu hari
kemerdekaan ,permainan,lakonan,penjajahan sempena hari kemerdekaan ,pemerhatian
alam semulajadi dan meninjau kegiatan harian manusia.Bagi meninjau keindahan alam
semula jadi ciptaan Ilahi ini aktiviti lawatan di persekitaran sekolah,kebun bunga dan
ketempat bersejarah amat digalakkan.
Dengan cara ini juga penyampaian pengajaran melalui kegiatan luar diadaptasi dan
dipelajari oleh murid – murid dan mereka dapat menikmati keindahan alam sambil
mengenali tanda – tanda yang menunjukkan Kebesaran Tuhan. Penyampaian yang
berkesan mampu menanam minat yang mendalam terhadap murid – murid dalam
membentuk nilai – nilai murni,bercita – cita tinggi,semangat juang yang kuat,sabar,reda
akan ketentuan Ilahi,berbakti kepada keluarga,masyarakat,bangsa dan negara serta
menghargai jasa – jasa orang yang telah banyak berkorban.
Semua guru digalakkan mencipta inovasi – inovasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran melalui idea – idea individu,idea- idea rakan sejawat atau kumpulan-
kumpulan lain.Memastikan pelajar sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan – kegiatan yang
tidak bermoral seperti ponteng sekolah,merokok, terlibat dalam pergaduhan,kelakuan
lucah,kurang ajar atau biadap,merosakkan Harta Awam dan memastikan pelajar sekolah ini
yang bermasalah ekonomi dan pembelajaran mendapat bantuan dan pertolongan yang
sewajarnya.Berusaha menerapkan nilai – nilai murid melalui pelbagai aktiviti yang dirancang
oleh sekolah.Memastikan pelajar sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga
dan harta sekolah. Menggalakkan pelajar sekolah ini sentiasa berusaha menjaga dan
menaikkan nama sekolah.Adalah diharapkan melalui program ini dapat memupuk semangat
patriotisme dan menanam penghayatan kemerdekaan dalam diri murid – murid.Dalam
jangka masa panjang ia akan dapat melahirkan individu yang mempunyai jati diri dan
cintakan Negara.Lawatan sempena bulan kemerdekaan sangat penting bagi tumbesaran
dan pembangunan murid – murid kerana dapat mengayakan pembelajaran (provide rich
setting for learning).Bagi mendapatkan penglibatan komuniti dan masyarakat dengan
perkembangan murid – murid, para guru perlulah mengadakan aktiviti dengan masyarakat
setempat seperti hari sambuatan hari kemerdekaan,seminar dan ceramah sempena hari
merdeka.Usaha ini haruslah dibentangkan supaya masyarakat setempat dapat menghargai
sumbangan pihak sekolah kepada murid – murid mereka dan sebaliknya, selain daripada
pihak sekolah sendiri mengadakan aktiviti yang dapat menghubungkan komuniti dengan
pihak sekolah, kaedah program sambutan Hari Kemerdekaan adalah cara murid – murid
mendapatkan pengalaman pembelajaraan mereka.
Murid – murid mendapat faedah yang lebih apabila program kemerdekaan diadakan
secara teratur dan terancang sesuai mengikut keperluan pembelajaran bagi peranan yang
dijalankan oleh komuniti,organisasi ataupun persatuan yang dilawat.Program kemerdekaan
sangat penting bagi melibatkan masyarakat dalam proses tumbesaran dan pembelajaran
murid – murid.Di sekolah pelbagai program dilaksanakan sebagai kaedah pengukuhan dan
lanjutan bagi tema yang dijalankan di dalam kelas mahupn peringkat sekolah.Contohnya,
tema Bulan Kemerdekaan, murid – murid di bawa ke tugu Negara Kuala Lumpur untuk
melihat sejarah kemerdekaan Negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan.Secara tidak
langsung, murid – murid dapat pengalaman pertama dalam pembelajaran mereka.
Pengalaman yang melibatkan lima pancaindera ini dapat mengukuhkan fakta yang diterima
semasa belajar.Program ini yang diadakan terbahagi kepada dua iaitu program di peringkat
sekolah dan masyarakat setempat seperti agensi,komuniti,organisasi ataupun
persatuan.Program sempena bulan kemerdekaan diadakan bagi memberi pendedahan
kepada murid – murid berkenaan kawasan persekitaran yang paling hampir dengan
mereka.Ini juga berkaitan dengan tema bulan kemerdekaan di samping melibatkan para
guru dan ibu bapa murid yang merupakan tunjang utama Negara.Program utama sambutan
bulan kemerdekaan ialah dengan mengadakan pelbagai program untuk mendedahkan
mereka ke arah cintakan Negara Malaysia.
Pendidikan nilai, moral dan ketatanegara membantu kanak memupuk nilai-nilai murni
dan semangat mencintai Negara daripada awal supaya mereka menjadi muda mudi yang
menghargai dan menghayati diri, keluarga, rakan dan Negara. Pengisian dalam bab ini
jugamembantu mengurangkan jurang perbezaan tolenrasi kebudayaan antara rakyat
Malaysia yang berbilang kaum. Selaras dengan kemajuan teknologi yang sedang dilami
khususnya dalam bidang pendidikan , pendekatan yang digunakan dalambab ini dapat
membantu kanak- kanak berfikir secara divergen daripada awal. Pengenalan konsep diri ,
tuhan dan pemimpin negara dapat membantu mereka menghayati serta serta mendapat
ilmu yang kukuh dalam penyerapan nilai dan ketatanegaraan. Pelbagai aktiviti dapat
digunakan bagi menyampaikan mesej yang ada dalam bab ini. Penggunaan bahan teknologi
seperti video dan audio, di samping lawatan semuka digalakkan bagimemberikan
pendedahan awal yang konkrit aktiviti yang mencabar minda kanak-kanak adalah kreatif dan
kritikal. Komponen nilai dan ketatanegaraan sepatutnya digabung jalinkan bagi membantu
pembelajaran daripada pelbagai perspektif. Adalah disyorkan untuk menyerapkan isi utama
secara tidak langsung ke dalam unit pembelajaran yang lain supaya komponen nilai ini
dapat berkembangan secara menyeluruh bagi membantu kanak-kanak mengaplikasikannya
kepada pelbagai situasi seharian. Nilai-nilai moral dapat disemai secara langsung ataupun
tidak langsung melalui aktiviti-aktiviti harian di peringkat prasekolah . semasa menjalankan
aktiviti-aktiviti di peringkat prasekolah, kanak-kanak boleh dibimbing nengamalkan nilai-nilai
moral yang baik, seperti melafazkan kata-kata terima kasih pada tuhan sebelum dan
selepas makan, sanggup menunggu giliran, menolong kawan, berkongsi alat
permainan,meminta izin sebelum mengambil ataupun membuat sesuatu , kerjasama,
menghormati orang yang lebih tua dan bertimbang rasa pada kehendak orang lain.
Di samping itu murid – murid di peringkat sekolah juga perlu dibimbing mengamalkan
sikap kasih sayang pada masyarakat dan negara Malaysia.Mereka perlu diberi peluang
memahami bahawa tatanegara penting bagi masyarakat dan berhak mendapatkan piktirafan
dan penghormatan.Selain itu nilai – nilai asas dapat dipupuk secara beransur – ansur
melalui aktiviti bercerita,main peranan, permainan,pemerhatian dan latihan amali.
Perkembangan nilai – nilai murni adalah kesedaran berkenaan apa yang buruk
ataupun salah dan apa yang baik ataupun betul berdasarkan nilai dan kod etika masyarakat
setempat.Oleh yang demikian, definisi kematangan nilai – nilai murni mungkin berbeza
budaya,berdasarkanperaturan komuniti,tatahukum,tatasusilaataupun tatatertib,nilai tradisi,
kepercayaan,undang- undang,norma dan adat.Dalam sesebuah komuniti,terdapat peraturan
yang menyatakan perkara yang diizinkan dan yang ditegah.Peraturan ini ditetapkan oleh
autoriti dalam sebuah komuniti,diwujudkan bagi menjaga keselamatan,kesejahteraan dan
keamanan mereka. Secara umumnya, perkembangan nilai – nilai murni merujuk kepada
keupayaan mengenal pasti apa yang baik serta benar dengan apa yang jahat dan salah
serta bertingkah laku mengikut pemahaman ini. Latar belakang,persekitaran dan cara gaya
keibubapaan memberi impak yang besar kepada perkembangan moral dan nilai kanak –
kanak.Pengalaman yang dilalui termasuk apa yang dilihat ,didengar dan dirasai dapat
membentuk impresif dalam minda murid – muird yag menjadi landasan dalam corak
pemikiran dan pembentukan nilai yang dipegang.Peranan guru di sekolah agak mencabar
kerana mereka perlu pandai menggabungkan nilai ketatanegaraan ke dalam komponen
pengajaran yang lain supaya tema kemerdekaan ini tidak diajar daripada satu perspektif
sahaja,latihan dan aktiviti yang diberikan kepada murid – murid haruslah pelbagai dan
diselitkan dengan beberapa contoh yang dapat memantapkan kefahaman mereka.Murid –
murid juga harus diberi peluang bersuara dan berbincang dengan terbuka.Sebagai sebuah
negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya,sebagai komponen ini sangat perlu di
titik beratkan dalam pengajaran dan pembelajaran murid – murid.Memahami budaya boleh
menanamkan semangat cintakan warisan dan akan menanamkan semangat cintakan
warisan dan akan tertanam di dalam jiwa murid – murid untuk memelihara warisan tersebut
untuk kegunaan mereka juga generasi akan datang.
Pengajaran sambutan hari kemerdekaan adalah untuk mengenalkan murid – murid
kepada masyarakat Malaysia disamping memahami budaya dan kepercayaan
mereka.Tujuan mengenali pelbagai masyarakat yang terdapat di Malaysia adalah untuk
mewujudkan sifat saling faham memahami antara kaum, dengan ini maka rasa percaya dan
hormat menghormati akan wujud.Ini menggalakkan semangat perpaduan di antara kaum
yang wujud di Malaysia. Misalnya, dengan menerapkan nilai – nilai murni terhadap
sambutan bulan kemerdekaan.Oleh itu, para guru haruslah kritis dan kreatif dalam
memantapkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sewaktu p&p seperti
mengadakan pertandingan kelas keceriaan kemerdekaan,pertandingan tulisan cantik
merdeka,kolaj merdeka dan bersajak bertemakan hari kemerdekaan
prasekolah.Menyatakan perasaan diri terhadap unsur – unsur kemerdekaan secara lisan
dan perlakuan.
Melalui aktiviti estetika dan seni murid – murid boleh menggambarkan kegembiraan
mereka merasai pengalaman dengan persekitaran dengan menceritakan semula apa yang
mereka peroleh persekitaran. Mereka boleh menyanyi lagu – lagu tertentu seperti
lagu”Tanggal 31”,menyanyi lagu bertemakan hari kemerdekaan sesungguhnya menambah
penguasaan bahasa mereka.Selain itu, ia mampu menggalakkan kanak – kanak mengecam
rentak muzik dan ini memahirkan mereka untuk menjadi pendengar yang baik. Selain aktiviti
menyanyi bertemakan hari kemerdekaan, pergerakan kreatif juga boleh dijalankan bersama
murid – murid,pergerakan kreaif sesungguhnya menggalakkan penggunaan anggota tubuh
badan dan ini menguatkan perkembangan dan pertumbuhan fizikal mereka.Bercerita
tentang pelbagai kegunaan alam sekitar.Alam sekitar merupakan sumber semula jadi yang
boleh dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran.Penerokaan alam sekitar tidak berhenti
dengan melihat alam sekeliling sahaja,tetapi lebih bermakna sekiranya murid – murid diberi
peluang untuk menceritakan pengetahuan mereka bersama rakan – rakan dan orang
dewasa.Ini penting bagi menggalakkan kemahiran berbahasa mereka.Malah bercerita boleh
memupuk rasa yakin dalam diri murid - murid.Menyatakan mengapa harus bersyukur
kepada Tuhan.Melalui aktiviti estetika dan kreatif,murid – murid juga belajar tentang
nilai.Rasa bersyukur kepada Tuhan misalnya boleh dipupuk ke dalam jiwa murid – murid
dengan meneroka alam sekeliling mereka dan mereka perlu diberitahu setiap sesuatu yang
ada disekeliling mereka ada penciptanya.Apabila mereka mengenal keindahan alam
sekitar,murid – murid mampu untuk mengenal pasti suatu persamaan dan perbezaan benda
– benda yang ada di sekeliling mereka.Ini mengalakkan mereka untuk membuat
pengasingan,pengelasan dan ini melibatkan proses kognitif walaupun pada asasnya adalah
aktiviti estetika dan kreativiti.Mewujudkan keceriaan dan keindahan alam sekitar.
Melalui aktiviti estetika, nilai-nilai keindahan di taman ke dalam jiwa kanak-kanak. Ini
mengelakkan mereka untuk menghargai alam sekelilingmereka. Oleh itu, secara tidak
langsung kanak-kanak akan berinisiatif untuk menjaga kebersihan alam sekeliling mereka.
Beberapa aktiviti yang boleh digalakkan adalah seperti gotong-royong. Sediakan bahan-
bahan pengajaran dan pembelajaran di sudut tema atau kumpulkan bahan-bahan tertentu
yang boleh digunakan untuk membantu pengajaran dan pembelajaraan misalnya daun-daun
kering, bunga-bungaan, pelbagai jenis batuan , buah –buahan dan sebagainya.kutip bahan
– bahan tersebut di sekitar prasekolah atau minta kanak-kanak bawa dari rumah.Antara
aktiviti murid – murid memerlukan masa untuk meneroka bahan pembelajaran melakukan
akiviti dan menghasilkan sesuatu bertemakan hari kemerdekaan. Benarkan murid untuk
mereka meneroka,mencuba – cuba,menyoal,mencari jawapan dan berbincang dengan
orang dewasa ataupun rakan sebaya ketika menjalankan sesuatu aktiviti.kurikulumyang
pelbagai dan seimbang.pengalaman yang pelbagai daripada segi bahan
pembelajaran,jatina,budaya dan bangsa melatih kanak-kanak berfikir secara terbuka dan
mudah suai.kanak-kanak perlu suasana terbuka dan pelbagai bagi membentukkan
kemahiran berfikir secara kritis dan mencipta sesuatu hasil yang kreatif dan
istimewa.kurikulum yang membenarkankanak-kanak mendalami pengalaman mereka dan
menjadi matang dalam perkembangan mereka adalah kurikulum yang seimbang,iaitu
merangkumi pelbagai aktiviti yang sibuk seperti menyanyi ataupun menari dan tenang
seperti mendengar puisi atau muzik berbentuk klasik sambil berehat.
Tugasan 2(b)
Tema:
Program Sambutan Hari sambutan Bulan Kemerdekaan.
Tema ini menghuraikan aspek identiti negara,sistem kerajaan Malaysia,kepimpinan negara
dan tanggungjawab rakyat untuk mengekalkan kemerdekaan negara.Perancangan aktiviti
ini ialah melaksanakan program kenali Malaysia, Bangga dengan identiti negara dan kenali
sistem kerajaan Malaysia Merdeka,kenali dan hormati pemimpin negara. Hargai perjuangan
tokoh – tokoh dan tanggungjawab mengekalkan kemerdekaan negara kita Malaysia apa hari
ini.
Tajuk Aktiviti: ( Bersajak kemerdekaan , simulasi/ main peranan merdeka dan
mewarna gambar bendera kemerdekaan)
Sambutan Hari, sambutan bulan kemerdekaantelah diterapkan melalui proses pengajaran
dan pembelajaran dengan menggunakan tema perayaan Hari sambutan bulan kemerdekaan
melalui perbualan dan diperkukuhkan dalam aktiviti kelas seperti
melukis,mewarna,bercerita,membuat bendera daripada bahan – bahan terpakai,menghias
kelas dan majlis sambutan Hari Sambutan Hari Bulan Kemerdekaan.Akiviti –aktiviti ini
adalah bagi menanamkan diri kanak – kanak khasnyadan ibubapa mereka amnya,semangat
patriotisme,penghayatan kemerdekaan serta menyemarakkan lagi sambutan Hari
Kemerdekaan hingga diperingkat prasekolah.Program sambutan ini melibatkan penyertaan
murid – murid,ibu bapa,pemimpin setempat dan ahli Jawatankuasa Presekolah.Semua
aktiviti – aktiviti program hari sambutan bulan kemerdekaan yang dijalankan menggunakan
wang tabung di peringkat sekolah dan meminta sumbangan kepada orang berpengaruh.
Rasional Aktiviti:
Kurikulum kanak – kanak peringkat awal sempena sambutan Hari Kemerdekaan melibatkan
komuniti dan individu sebagai sumber bagi memperluaskan pengalaman dan asas
kebudayaan kepada kanak – kanak.Melalui pendedahan aktiviti kepada komuniti dan
kemudahan awam, mereka dapat memahami sumbangan dan peranan
masyarakat.Penglibatan komuniti secara berterusan menambahkan pengalaman
pembelajaran murid- murid.Contohnya, perpustakaan,pusat komuniti dan muzium
mempunyai bahan yang dapat ditambah dalam kurikulum asas.Komuniti merujuk kepada
pada orang yang ada kaitan rapat dengan murid – murid.Antaranya adalah ibu
bapa,saudara mara,semua ahli keluarga yang tinggal serumah mereka,guru –
guru,jiran,rakan sebaya dan orang dewasa yang mengenali mereka.Golongan yang paling
penting adalah orang yang bertanggungjawab dengan kebajikan mereka.
Matlamat supaya semua murid berusaha seberapa daya untuk mencapai tahap yang
ditetapkan.Sebagai satu sasaran Kerja Tahunan bagi semua guru, dengan harapan guru
sedar ada hala tuju yang hendak dicapai semasa melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang mempunyai kesinambungan sempena sambutan hari kemerdekaan di
peringkat sekolah.Sebagai satu program untuk membuat perancangan yang lebih baik
dimasa – masa akan datang. Sebagai satu program untuk membabitkan ibubapa atau
penjaga supaya lebih memberikan perhatian terhadap pencapaian atau pembelajaran anak
– anak mereka.Mengenal pasti tingkah laku langkah yang boleh menyumbang terhadap
pembangunan watak mulia.Menerangkan peranan dan tanggungjawab ke arah pembinaan
semangat kemerdekaan.Menjelaskan kepentingan hidup bersama secara
harmoni.Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat
Malaysia.Menerangkan sistem kerajaan Malaysiadan sumbangan pemimpin negara, serta
mengenal pasti cabaran dan ancaman dalam masyarakat.Menguruskan diri dengan baik
dan bertanggungjawab,mengamalkaan kesederhanaan dalam tingkah laku.Berinteraksi
secara sopan dengan anggota keluarga,rakan dan masyarakat.Menangani konflik diri,
keluarga dan rakan. Belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan
masyarakat.Menyertai aktiviti masyarakat untuk kebaikan bersama.Membuat keputusan
yang bijak dengan mengambil kira kepentingan diri dan orang lain.
Bilangan murid/pelajar yang terlibat:
Guru – guru yang mengendalikan kegiatan atau aktiviti kokurikulum dikenali dengan Guru
Penasihat,semua guru yang terlibat dengan setiap kegiatan perlu melaksanakan aktiviti –
aktiviti .Penyertaan pelajar di semua peringkat prasekolah,tahap 1 dan tahap 2, diwajibkan
menyertai setiap kegiatan dan anjuran dalam sambutan Hari Kemerdekaan.Semua pelajar
diwajibkan hadir pada hari – hari kegiatan atau program dijalankan diperingkat
sekolah.Murid – murid juga diasuh dan diberikan panduan bagaimana menguruskan masa
dengan baik dan berfaedah melalui aktiviti seperti yang dilaksanakan.Segala aktiviti yang
dapat dijalankan untuk komuniti dengan kerjasama daripada pelbagai pihak, sama ada yang
terlatih ataupun yang mempunyai kemahiran tertentu.Sumbangan yang diberikan ini adalah
usaha kearah memajukan pelajaran dan persekolahan anak – anak mereka. Ia dijalankan
mengikut kadar kemampuan tertentu.
Durasi aktiviti:
Hari sambutan bulan kemerdekaandi peringkat sekolah dan dalaman sempena hari dan
bulan kemerdekaan yang dilaksanakan pada bulan 8.Penaakulan nilai – nilai murni tidak
semestinya melahirkan tingkah laku bermoral malah ia bergantung pada beberapa faktor
yang kompleks termasuk proses sosialisasi yang banyak berlaku di peringkat sekolah.
Sosialisasi ialah suatu proses bantuan yang mengajar murid – murid beresiprokasi.Apabila
tingkah laku mereka bermoral murid – murid akan mengurangkan setim diri mereka. Tujuan
utama proses sosialisasi adalah menegakkan pegangan moral kanak – kanak.Salah satu
cara utama yang digunakan bagi menjayakan proses ini adalah disiplin.
Peralatan/bahan:
Kos perbelanjaan untuk melaksanakan program ini adalah menggunakan peruntukkan
tabung Jawatankuasa sekolah dan PIBG.Ini bertujuan bagi meningkatkan
kesedaran.komitmen, penglibatan dan penghayatan murid – murid,ibu – bapa dan
Jawatankuasa Sekolah terhadap Hari Kemerdekaan.Semua aktiviti Hari Kemerdekaan akan
melibatkan murid – murid,ibu bapa murid- murid, Jawatankuasa Murid serta masyarakat
setempat dari peringkat perancangan,perlaksanaan dan penilaian dan tumpuan hanya
kepada aktiviti yang memberi imput pengajaran dan pembelajaran kepada kanak – kanak
prasekolah.
Langkah – langkah perlaksanaan:
Dalam RMK – 9 semua Sekolah rendah dan menengah akan menjadikan sambutan Hari
sambutan hari kemerdekaan di peringkat sekolah sebagai acara tahunan dan
melaksanakan program ini sebagai acara tahunan sempena sambutan hari penyampaian
hadiah di peringkat sekolah.Oleh itu,aktiviti akan dirancang,dilaksanakan dan terapkan
unsur – unsur kemerdekaan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh peringkat
sekolah.Pengisian,perancangan dan pelaksanaan aktiviti perlu bermula dari peringkat awal
lagi.Sekolah mempunyai kemudahan fizikal yang mencukupi bagi melaksanakan program –
program yang melibatkan bilangan murid yang ramai. 95% tenaga pengajar sekolah ini
tinggal berhampiran dengan kawasan sekolah.Kesemua dari kalangan mereka merupakan
generasi pendidik yang bermotivasi tinggi dan berusia diawal 40an.Hampir 100% pelajar
sekolah ini tinggal dikawasan perumahan bertaraf sederhana yang ada disekeliling kawasan
sekolah.Kebanyakan ibubapa penjaga murid sekolah ini mempinyai latarbelakang
pendidikan yang sederhana dan tahap sosio-ekonomi yang baik.Pihak sekolah akan
sentiasa bermurah hati membuka pintu kepada mana – mana individu,kumpulan, yang ingin
memberikan apa jua bentuk diperingkat sekolah ini.Pihak sekolah akan cuba membantu
pelajar – pelajar yang cemerlang untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik di tempat
belajar yang lebih sempurna.Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung
kepada bagaimana sekolah menguruskan hal – hal berkaitan disiplin,sahsiah dan komitmen
murid – muridnya.Sehubungan dengan ini, para guru mestilah memainkan peranan penting
dalam memastikan para murid terlibat dengan jayanya program ini terlaksana dengan guru
dan murid- murid sekolah. Pelaksanaan aktivti kokurikulum di sekolah merupakan satu
aspek yang ditekankan dalam sisitem Pendidikan kita.Dimana murid – murid diwajibkan
melibatkan diri dalam program – program yang dilaksanakan di sekolah.Sehubungan
dengan itu,pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah ini bertujuan untuk mencapai
matlamat – matlamat berikut.Penyertaan 100% murid tahap dua dalam aktivti kokurikulum di
sekolah.
Menjadikan sekolah tempat murid memperlihatkan kebolehan bakat dan kemahiran
serta memupuk semangat juang yang tinggi. Murid – murid kini bijak menggunakan masa
lapang kearah kegiatan yang berfaedah.Memastikan murid –murid bijak dan mahir
menggunakan kemahiran yang tinggi dalam pelbagai jenis permainan dan program
sempena sambutan Hari Kemerdekaan.Bermakna badan – badan sukarela,pertubuhan atau
persatuan kebajikan, segala agensi- agensi kerajaan,badan- badan swasta serta syarikat
individu yang melibatkan aktiviti ke arah pembangunan dan pendidikan di sekolah sama ada
secara langsung ataupun tidak langsung.
Membentuk disiplin, membentuk keperibadian mulia dengan mempamerkan sahsiah yang
baik dan jitu, agar para murid dapat bersaing dengan negara global masa kini kian
maju.Disiplin adalah teknik mengajar murid – murid perlakuan,kawalan diri, tingkah laku dan
nilai moral.Ia adalah suatu alat yang mempunyai impak ke atas pembentukan disiplin diri.
Pelbagai teknik disiplin boleh digunakan bagi tujuan tersebut.
Ganjaran yang diberikan sempena sambutan hari kemerdekaan haruslah meriah agar murid
akan berasa teruja dan yakin serta berminat dengan aktiviti yang dirancang , murid –murid
belajar dengan lebih berkesan daripada ganjaran yang diberikan umpamanya ganjaran
luaran yang boleh dirasa seperti gula – gula,permainan,wang ataupun yang tidak boleh
dirasakan seperti pujian,pelukan,senyuman.Ganjaran mestilah segera diberikan setelah
tingkah laku yang diingini berlaku dan mampu memberi kepuasan dalaman kepada murid –
murid tersebut.
Komponen ini diambil kira bersama kerana semangat kemerdekaan yang sememangnya
memberi idea yang cukup banyak untuk berkarya,bukan sahaja kepada orang dewasa
malah kepada murid – murid.Dalam komponen sambutan bulan kemerdekaan,murid – murid
diberi peluang untuk meneroka penggunaan bahan terbuang dan kemudiannya
menyampaikan rasa penghargaan mereka dengan pelbagai cara yang lebih kreatif.Murid –
murid boleh mengenal dan mengecam keadaan sekeliling dan menghargai jasa orang lama
yang telah mengorbankan nyawa untuk mempertahankan negara bangsa.Rasa ingin tahu
sentiasa wujud dalam jiwa murid – murid,oleh itu berdasarkan aktiviti yang dirancang murid
– murid boleh menghargai jasa pengorbanan orang – orang yang telah lama berjasa
kepada nusa,dan bangsa kita di Malaysia.Oleh itu,murid – murid haruslah menimba
pengalaman ini sesungguhnya boleh memaksimunkan pemahaman dan pengetahuan
mereka dan jadikan tauladan untuk masa depan serta bersaing dengan globalisasi.
Pemantapan pengurusan panatia hari sambutan harisambutan bulan kemerdekaan
peringkat sekolah, yang merupakan elemen penting dalam pengurusan kurikulum yang
berkesan.Oleh itu, peranan panitia mata pelajaran merupakan elemen penting dan perlu
digerakkan secara aktif dan berfokus melalui aktiviti – aktiviti atau perancangan berikut,
mengadakan mesyuarat berkala secara formal dan tidak formal.Mempunyai perancangan
tahunan yang memfokuskan kepada aktiviti pemantapan keilmuan para guru tentang
kepentingan sambutan hari kemerdekaan di peringkat sekolah.Menyelaraskan aktiviti –
aktiviti utama dan program berterusan yang dirancang.Membuat kajian tindakan
berdasarkan kajian kes – kes yang dialami.Merancang dan mengesyorkan apa – apa
program baru yang perlu dilaksanakan untuk peningkatan minat dan kebolehan murid dalam
sesuatu mata pelajaran.Penghargaan memberikan penghargaan kepada murid merupakan
satu aspek motivasi yang berkesan dalam usaha memupuk semangat murid – murid. Oleh
itu, pelbagai bentuk penghargaan perlu diamalkan oleh guru atau sekolah.Diantaranya ialah
penghargaan berbentuk kata – kata perangsang ditulis dalam buku latihan murid.
Falsafah Pendidikan Negara mengandungi aspek –aspek perkembangan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani
dengan tujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berakhlak mulia,bertanggungjawab
serta berupaya memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.Matlamat Pendidikan Negara melahirkan insan yang baik seperti percaya
kepada Tuhan,berakhlak mulia,setia kepada negara,memberi sumbangan kepada
pembangunan negara,bertanggungjawab serta memupuk semangat kerjasama dan
perpaduan berbilang kaum.Nilai – nilai tersebut boleh disemai dan dipupuk melalui proses
pengajaran dan pembelajaran.Mengambil bahagian dalam setiap acara yang dilaksanakan
dan dirancang oleh setiap guru di sekolah tersebut.
Dalam main peranan mengikut imaginasi sememangnya sifat semulajadi murid – murid
suka bermain dan suka terlibat dengan aktiviti yang menyeronokkan.Oleh itu, aktiviti
yang melibatkan murid – murid boleh bermain peranan adalah sangat menggalakkan
kepada mereka.Ini kerana,murid – murid peka dengan alam sekeliling masa kini.
Selain itu, kekuatan saya semasa set induksi ini ialah, kebebasan ini adalah
sebagai alat untuk mencurahkan perasaan dalaman seseorang individu. Dalam pergerakan
kreatifmurid menemui bagaimana tubuh , minda dan jiwa bolah terjalin dan menjelma dalam
bentuk ekspresi luaran diri menerusi kegiatan pergerakan. Pergerakan ini adalah
secarabebas dan tanpa dibatasi oleh peraturan – peraturan yang rigid. Kesedaran ini dapat
menjelma dan diamati melalui deria – deria yang melibatkan keseluruhan proses
penglihatan, emosi dan pencurahan perasaan. Apa yang membezakan antara kandungan
pergerakan kreatif dengan program aktiviti lain adalah penekanan terhadap unsur ekspresif
dan estetik. Pergerakan kreatif adalah satu bentuk seni yang dapat dikaitkan kepada
pengalaman – pengalaman seperti tarian, tarian, balet, boria, dikir barat dan lain –
lain.Pergerakan yang dilakukan adalah untuk melepaskan ketegangan perasaan dan
tekanan jiwa. Bentuk – bentuk pergerakan kreatif dapat membantu murid agar menyedari
betapa pentingnya menangani perasaan dan emosi secara teratur. Alat pembelajaran
pergerakan akademik sebagai salah satu alternative dan saluran tambahan untuk
pembelajaran. Pergerakan kreatif ini memberi peluang kepada murid untuk menerokai alam
akademik yang memerlukan cabaran berimaginasi. Ciri – ciri pergerakan mengikut
khayalan yang dicetuskan dapat meningkatkan kemahiran verbal linguistik, logikal
matematikal, kinestetatik dan persepsi ruang. Pengawal Pergerakan dan kesedaran
terhadap kemahiran fizikal seperti kekuatan otot, ketahanan, keseimbangan dan koordinasi
adalah bertujuan untuk meneroka serta melanjutkan artistik, kognitif dan psikomotor. Aktiviti
yang dilakukan dapat memberi peluang murid menjadi pemimpin, pengikut,
mengamalkan sikap bertanggungjawab sama ada secara individu atau berkumpulan.
Tuntutan – tuntutan pergerakan dari segi emosi, mental dan fizikal mendorong
murid menyesuaikan diri dalam dinamik berkelompok. Pemahaman budaya, konsep ini
bertujuan untuk memahami secara dalam dan mengapresiasi budaya yang ada di sekeliling.
Kesempatan ini akan dapat memupuk nilai – nilai sosial dan mewarisi budaya tempatan.
Pergerakan kreatif akan dapat mendorong murid menemui pelbagai cara bergerak, cuba
bergerak keluar daripada pergerakan biasa, menyedari perbezaan dan hubungan dalam
setiap pergerakan serta mencari cabaran kreativiti. Pengalaman penerokaan ini akan
memberi penumpuan kepada pemikiran divergen ( bercapah).
Setiap kumpulan perlu melakonkan ‘role – play” yang telah diberikan.Peserta di
dalam kumpulan perlu membayangkan situasi di dalam kelas di mana anda akan
menggunakan situasi yang diberikan untuk menjagar murid mengenai hak asasi manusia.
Setiap kumpulan boleh membahagikan watak yang sesuai kepada ahli kumpulan.Misalnya
watak guru, murid, kanak – kanak dan sebagainya.”Role – play” tersebut hendaklah
menyampaikan mesej hak asasi manusia dengan jelas. Setiap kumpulan diberi masa 10
minit untuk membuat persembahan hari kemerdekaan dan setiap persembahan bertemakan
hari kemerdekaan akan diikuti ulasan. Contoh simulasi dan main peranan ialah mengenang
jasa pahlawan yang telah banyak berjasa dengan negara kita Malaysia.Selain itu, saya juga
merancang pelbagai aktiviti sepanjang sambutan tema bulan kemerdekaan di peringkat
sekolah berlangsung seperti tema Hidup bersama Di Sekolah Dan Masyarakat
Merdekamurid – murid di minta membuat pemeliharaan kebersihan dan keceriaan kelas
merdeka peringkat sekolah dalam.Guru – guru dan murid – murid melibatkan diri dalam
penjagaan kebersihan dan keceriaan persekitaran.Mereka gembira dengan kebersihan dan
keceriaan persekitaran yang penuh dengan acara sambutan bulan kemerdekaan sepanjang
berlangsung pada bulan ogos ini yang akan datang.Fikirkan tentang cara menjaga
kebersihan dan keceriaan persekitaran harimerdeka.Perlaksanaan aktiviti peserta
dikehendaki menceritakan pada rakan pasangan.Rakan berkongsi cerita tentang bulan
kemerdekaan.Ceritakan perkara yang anda fikirkan dan perkara yang telah diceritakan oleh
rakan anda kepada ahli kumpulan dan rumuskan tentang kepentingan sambutan hari
kemerdekaan.
Selain itu, peserta duduk dalam bulatan.Setiap peserta melukis tapak tangan
merdeka dan mencatatkan isu tentang bulan kemerdekaan. Setiap peserta dikehendaki
memberi tapak tangan merdeka pada rakan sebelah.Berdasarkan tajuk yang tertulispada
tapak tangan, rakan mencatat cadangan sesuai untuk menangani masalah berkaitan isu
kemerdekaan yang tertulis di tapak tangan. Ulangi proses no. 4 dan 5 sehingga pemilik
menerima tapak tangan merdeka kembali. Pembentangan dan rumusan.
Tema kenali budaya Malaysia Merdeka, menghuraikan tanggungjawab pelbagai pihak
untuk mengekalkan kepelbagaian warisan budaya Malaysia. Melibatkan diri dalam usaha
mengekalkan kepelbagaian warisan budaya Merdeka dan menghargai warisan budaya
Malaysia Merdeka.Perlaksanaan aktiviti setiap kumpulan diedarkan kertas yang
mengandungi tugasan yang berbeza.Setiap kumpulan dikehendaki berbincang dan
menyenaraikan tentang tanggungjawab pelbagai pihak untuk mengekalkan kepelbagaian
warisan budaya Malaysia yang dinyatakan pada kertas tugasan. Kertas tugasan diberi
kepada kumpulan yang lain untuk disemak dan dibuat penambahan isi kemerdekaan.
Proses no 3 di ulangi sehingga setiap kumpulan mendapat keras tugasan asal dan
membentangkan laporan.Malaysia Negaraku . Saya juga merancang membuat aktiviti
tentang kepentingan yang bertemakan Malaysia Negaraku.Pengisian tema ini ialah
tanggungjawab mengekalkan kemerdekaan,hasil daripada tema itu murid – murid dan guru
dapat menerangkan tanggungjawab sebagai warganegara.Mengamalkan tingkah laku
patriotik dan menghargai kemerdekaan negara.Contoh perlaksanaan aktiviti ialah dengan
membuat peta Malaysia merdeka, melukis bendera Malaysia, membuat jata negara dan
melukis bunga kebangsaan Malaysia. Kemudian murid – murid diminta oleh guru dengan
menulis cogan kata kumpulan yang bertemakan warganegara yang
bertanggungjawab.Murid juga diminta besajak dan berpuisi tentang warganegara yang
bertanggungjawab. Aktiviti yang dirancang ialah setiap kumpulan diedarakan kertas mah-
jong,setiap ahli kumpulan dikehendaki melakarkan gambar untuk setiap lakaran/penulisan.
Malah murid – murid juga diminta melakarkan peta Malaysia, bendera Malaysia,jata negara
dan bunga kebangsaan. Catatkan cogan kata kumpulan dan puisi pendek tentang
tanggungjawab kemerdekaan.Setiap kumpulan membentangkan hasil kumpulan masing –
masing dan rumuskan jawapan tentang tema hari kemerdekaan sepanjang bulan ogos.
Unsur – unsur kreativiti dan Nilai – nilai murni
Keagamaan dan perkembangan moral amat penting bagi pemupukan kerohanian
dan nilai murni dalam masyarakat berbilang bangsa,bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
percaya kepada pencipta- Nya,berperibadian mulia, bertanggungjawab,bermotivasi dan
sanggup berkarbon bagi mencapai kesejahteraan diri, keluarga,masyarakat persekitaran
dan negara.Komponen dan tema sambutan hari kemerdekaan, walaubagaimanapun
pengajaran pendidikan bertema sambutan hari kemerdekaan juga diajar kepada murid –
murid bagi menerapkan nilai – nilai murni dalam diri mereka supaya dapat bersosial
bersama masyarakat.Peringkat awal murid- murid merupakan perkembangan yang berlaku
dengan pesatnya baik daripada segi intelek,jasmani mahupun rohaninya.Pada peringkat ini
murid – murid suka menyoal,meneroka dan mencuba. Murid – murid tidak berhenti belajar
berkenaan apa yang berlaku di sekelilingnya dan menjiwai setiap yang mereka
pelajari.Sementara itu, tema sambutan hari Kemerdekaan menekankan aspek emosi supaya
murid – murid dapat memupuk,menghayati dan mengamalkan nilai murni.Pendidikan di
peringkat kita haruslah ada daya usaha menerapkan nilai – nilai patriotisme, yang dirancang
kanak – kanak dapat mengenali dan dan menghayati kehidupan secara sesuai dengan
peringkat kematangan mereka.Aktiviti – aktiviti yang dirancang bertujuan membentuk akidah
di dalam diri murid – murid, mengetahui dan mengamalkan budi pekerti yang baik dan
mulia.Melalui sukatan pelajaran di peringkat sekolah dapat disampaikan melalui aktiviti
pertandingan bercerita,berbual,tunjuk cara,latihan amali,nyanyian lagu hari
kemerdekaan ,permainan,lakonan,penjajahan,pemerhatian alam semulajadi dan meninjau
kegiatan harian manusia.Bagi meninjau keindahan alam semula jadi ciptaan Ilahi ini aktiviti
lawatan di persekitaran sekolah,kebun bunga dan ketempat bersejarah amat
digalakkan.Dengan cara ini juga penyampaian pengajaran melalui kegiatan luar diadaptasi
dan dipelajari oleh murid – murid dan mereka dapat menikmati keindahan alam sambil
mengenali tanda – tanda yang menunjukkan Kebesaran dan Kekuasaan Allah Taala.
Penyampaian yang berkesan mampu menanam minat yang mendalam terhadap murid -
murid dalam membentuk nilai – nilai murni,bercita – cita tinggi, semangat juang yang
kuat,sabar,reda akan ketentuan Ilahi, berbakti kepada keluarga,masyarakat,bangsa dan
negara serta menghargai jasa – jasa orang yang telah banyak berkorban.
Semua guru digalakkan mencipta inovasi – inovasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran melalui idea – idea individu,idea- idea rakan sejawat atau kumpulan-
kumpulan lain.Memastikan pelajar sekolah ini tidak terlibat dengan kegiatan – kegiatan yang
tidak bermoral seperti ponteng sekolah,merokok, terlibat dalam pergaduhan,kelakuan
lucah,kurang ajar atau biadap,merosakkan Harta Awam dan memastikan pelajar sekolah ini
yang bermasalah ekonomi dan pembelajaran mendapat bantuan dan pertolongan yang
sewajarnya.Berusaha menerapkan nilai – nilai murid melalui pelbagai aktiviti yang dirancang
oleh sekolah.Memastikan pelajar sekolah ini sentiasa menjaga keselamatan diri, keluarga
dan harta sekolah. Menggalakkan pelajar sekolah ini sentiasa berusaha menjaga dan
menaikkan nama sekolah.Adalah diharapkan melalui program ini dapat memupuk semangat
patriotisme dan menanam penghayatan penyampaian hadiah dalam diri murid –
murid.Dalam jangka masa panjang ia akan dapat melahirkan individu yang mempunyai jati
diri dan cintakan Negara.Lawatan sempena bulan kemerdekaan sangat penting bagi
tumbesaran dan pembangunan murid – murid kerana dapat mengayakan pembelajaran
(provide rich setting for learning).
Bagi mendapatkan penglibatan komuniti dan masyarakat dengan perkembangan
murid – murid, para guru perlulah mengadakan aktiviti dengan masyarakat setempat seperti
hari sambutan bulan kemerdekaan,seminar dan ceramah sempena hari Merdeka.Usaha ini
haruslah dibentangkan supaya masyarakat setempat dapat menghargai sumbangan pihak
sekolah kepada murid – murid mereka dan sebaliknya, selain daripada pihak sekolah sendiri
mengadakan aktiviti yang dapat menghubungkan komuniti dengan pihak sekolah, kaedah
program sambutan Hari Kemerdekaan adalah cara murid – murid mendapatkan pengalaman
pembelajaran mereka.Murid – murid mendapat faedah yang lebih apabila program
kemerdekaan diadakan secara teratur dan terancang sesuai mengikut keperluan
pembelajaran bagi peranan yang dijalankan oleh komuniti,organisasi ataupun persatuan
yang dilawat.Program kemerdekaan sangat penting bagi melibatkan masyarakat dalam
proses tumbesaran dan pembelajaran murid – murid.Di sekolah pelbagai program
dilaksanakan sebagai kaedah pengukuhan dan lanjutan bagi tema kemerdekaan yang
dijalankan di dalam kelas mahupun peringkat sekolah.Contohnya, tema hari sambutan hari
kemerdekaan yang dilaksanakan murid – murid diberi penghargaan untuk memberi
semangat dalam belajar ke tahap yang lebih tinggi ,supaya menghargai perajurit – perajurit
masa silam yang telah banyak berkorban untuk negara Malaysia.
Negara kita Malaysia haruslah merancang strategi dalam meningkatkan mutu
pelajaran di sekolah.Secara tidak langsung, murid – murid dapat pengalaman pertama
dalam pembelajaran mereka. Pengalaman yang melibatkan lima pancaindera ini dapat
mengukuhkan fakta yang diterima semasa belajar.Program ini yang diadakan terbahagi
kepada dua iaitu program di peringkat sekolah dan masyarakat setempat seperti
agensi,komuniti,organisasi ataupun persatuan.Program kemerdekaan diadakan bagi
memberi pendedahan kepada murid – murid berkenaan kawasan persekitaran yang paling
hampir dengan mereka.Ini juga berkaitan dengan tema hari sambutan bulan kemerdekaan di
samping melibatkan para guru dan ibu bapa murid yang merupakan tunjang utama
Negara.Program utama sambutan bulan hari kemerdekaan ialah dengan mengadakan
pelbagai program untuk mendedahkan mereka ke arah cintakan Negara Malaysia.
Pendidikan nilai, moral dan ketatanegara membantu kanak memupuk nilai-nilai murni dan
semangat mencintai Negara daripada awal supaya mereka menjadi muda mudi yang
menghargai dan menghayati diri, keluarga, rakan dan Negara. Pengisian dalam bab ini juga
membantu mengurangkan jurang perbezaan toleransi kebudayaan antara rakyat Malaysia
yang berbilang kaum . selaras dengan kemajuan teknologi yang sedang dialami khususnya
dalam bidang pendidikan , pendekatan yang digunakan dalam bab ini dapat membantu
kanak- kanak berfikir secara divergen daripada awal. Pengenalan konsep diri , tuhan dan
pemimpin negara dapat membantu mereka menghayati serta serta mendapat ilmu yang
kukuh dalam penyerapan nilai dan ketatanegaraan. Pelbagai aktiviti dapat digunakan bagi
menyampaikan mesej yang ada dalam bab ini. Penggunaan bahan teknologi seperti video
dan audio tentang hari kemerdekaan, di samping lawatan semuka digalakkan
bagimemberikan pendedahan awal yang konkrit aktiviti yang mencabar minda kanak-kanak
adalah kreatif dan kritikal, supaya murid – murid sedar dengan sejarah asal negara kita
sebelum Merdeka.
Komponen nilai dan ketatanegaraan sepatutnya digabung jalinkan bagi membantu
pembelajaran daripada pelbagai perspektif . Adalah disyorkan untuk menyerapkan isi utama
secara tidak langsung ke dalam unit pembelajaran yang lain supaya komponen nilai ini
dapat berkembangan secara menyeluruh bagi membantu kanak-kanak mengaplikasikannya
kepada pelbagai situasi seharian. Nilai-nilai moral dapat disemai secara langsung ataupun
tidak langsung melalui aktiviti-aktiviti harian di peringkat prasekolah . semasa menjalankan
aktiviti-aktiviti di peringkat prasekolah, kanak-kanak boleh dibimbing nengamalkan nilai-nilai
moral yang baik, seperti melafazkan kata-kata terima kasih pada tuhan sebelum dan
selepas makan, sanggup menunggu giliran, menolong kawan, berkongsi alat
permainan,meminta izin sebelum mengambil ataupun membuat sesuatu , kerjasama,
menghormati orang yang lebih tua dan bertimbang rasa pada kehendak orang lain.
Di samping itu murid – murid di peringkat sekolah juga perlu dibimbing mengamalkan
sikap kasih sayang pada masyarakat dan negara Malaysia.Mereka perlu diberi peluang
memahami bahawa tatanegara penting bagi masyarakat dan berhak mendapatkan
pengiktirafan dan penghormatan.Selain itu nilai – nilai asas dapat dipupuk secara beransur –
ansur melalui aktiviti bercerita,main peranan, permainan,pemerhatian dan latihan amali
berunsurkan tema hari kemerdekaan yang dirancangkan oleh guru – guru.
Perkembangan nilai – nilai murni adalah kesedaran berkenaan apa yang buruk
ataupun salah dan apa yang baik ataupun betul berdasarkan nilai dan kod etika masyarakat
setempat.Oleh yang demikian, definisi kematangan nilai – nilai murni mungkin berbeza
budaya,berdasarkan peraturan komuniti, tatahukum,tatasusila ataupun tatatertib,nilai tradisi,
kepercayaan,undang- undang,norma dan adat.Dalam sesebuah komuniti,terdapat peraturan
yang menyatakan perkara yang diizinkan dan yang ditegah.Peraturan ini ditetapkan oleh
autoriti dalam sebuah komuniti,diwujudkan bagi menjaga keselamatan, kesejahteraan dan
keamanan mereka. Secara umumnya, perkembangan nilai – nilai murni merujuk kepada
keupayaan mengenal pasti apa yang baik serta benar dengan apa yang jahat dan salah
serta bertingkah laku mengikut pemahaman ini. Latar belakang,persekitaran dan cara gaya
keibubapaan memberi impak yang besar kepada perkembangan moral dan nilai kanak –
kanak.Pengalaman yang dilalui termasuk apa yang dilihat ,didengar dan dirasai dapat
membentuk impresif dalam minda murid – murid yang menjadi landasan dalam corak
pemikiran dan pembentukan nilai yang dipegang.
Peranan guru di sekolah agak mencabar kerana mereka perlu pandai
menggabungkan nilai ketatanegaraan ke dalam komponen pengajaran yang lain supaya
tema kemerdekaan ini tidak diajar daripada satu perspektif sahaja, latihan dan aktiviti yang
diberikan kepada murid – murid haruslah pelbagai dan diselitkan dengan beberapa contoh
yang dapat memantapkan kefahaman mereka.Murid – murid juga harus diberi peluang
bersuara dan berbincang dengan terbuka. Sebagai sebuah negara yang mempunyai
pelbagai bangsa dan budaya, sebagai komponen ini sangat perlu di titik beratkan dalam
pengajaran dan pembelajaran murid – murid.Memahami budaya boleh menanamkan
semangat cintakan warisan dan akan menanamkan semangat cintakan warisan dan akan
tertanam di dalam jiwa murid – murid untuk memelihara warisan tersebut untuk kegunaan
mereka juga generasi akan datang.Pengajaran sambutan hari kemerdekaan adalah untuk
mengenalkan murid – murid kepada masyarakat Malaysia disamping memahami budaya
dan kepercayaan mereka.
Tujuan mengenali pelbagai masyarakat yang terdapat di Malaysia adalah untuk
mewujudkan sifat saling faham memahami antara kaum, dengan ini maka rasa percaya dan
hormat menghormati akan wujud.Ini menggalakkan semangat perpaduan di antara kaum
yang wujud di Malaysia. Misalnya, dengan menerapkan nilai – nilai murni terhadap
sambutan bulan kemerdekaan.Oleh itu, para guru haruslah kritis dan kreatif dalam
memantapkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sewaktu p&p seperti
mengadakan pertandingan kelas keceriaan hari kemerdekaan,pertandingan tulisan cantik
merdeka,kolaj merdeka dan bersajak bertemakan hari kemerdekaan prasekolah.
Menyatakan perasaan diri terhadap unsur – unsur kemerdekaan secara lisan dan perlakuan.
Melalui aktiviti estetika dan seni murid – murid boleh menggambarkan
kegembiraan mereka merasai pengalaman dengan persekitaran dengan menceritakan
semula apa yang mereka peroleh persekitaran. Mereka boleh menyanyi lagu – lagu tertentu
seperti lagu”Tanggal 31”,menyanyi sesungguhnya menambah penguasaan bahasa
mereka.Selain itu, ia mampu menggalakkan kanak – kanak mengecam rentak muzik dan ini
memahirkan mereka untuk menjadi pendengar yang baik. Selain aktiviti menyanyi,
pergerakan kreatif juga boleh dijalankan bersama murid – murid,pergerakan kreaif
sesungguhnya menggalakkan penggunaan anggota tubuh badan dan ini menguatkan
perkembangan dan pertumbuhan fizikal mereka.Bercerita tentang pelbagai kegunaan alam
sekitar.Alam sekitar merupakan sumber semula jadi yang boleh dijadikan bahan pengajaran
dan pembelajaran.Penerokaan alam sekitar tidak berhenti dengan melihat alam sekeliling
sahaja,tetapi lebih bermakna sekiranya murid – murid diberi peluang untuk menceritakan
pengetahuan mereka bersama rakan – rakan dan orang dewasa.Ini penting bagi
menggalakkan kemahiran berbahasa mereka.Malah bercerita boleh memupuk rasa yakin
dalam diri murid - murid.Menyatakan mengapa harus bersyukur kepada Tuhan.
Melalui aktiviti estetika dan kreatif,murid – murid juga belajar tentang nilai.Rasa
bersyukur kepada Tuhan misalnya boleh dipupuk ke dalam jiwa murid – murid dengan
meneroka alam sekeliling mereka dan mereka perlu diberitahu setiap sesuatu yang ada
disekeliling mereka ada penciptanya.Apabila mereka mengenal keindahan alam
sekitar,murid – murid mampu untuk mengenal pasti suatu persamaan dan perbezaan benda
– benda yang ada di sekeliling mereka.Ini mengalakkan mereka untuk membuat
pengasingan,pengelasan dan ini melibatkan proses kognitif walaupun pada asasnya adalah
aktiviti estetika dan kreativiti. Mewujudkan keceriaan dan keindahan alam sekitar. Melalui
aktiviti estetika, nilai-nilai keindahan di taman ke dalam jiwa kanak-kanak. Ini mengelakkan
mereka untuk menghargai alam sekeliling mereka. Oleh itu, secara tidak langsung kanak-
kanak akan berinisiatif untuk menjaga kebersihan alam sekeliling mereka. Beberapa
aktiviti yang boleh digalakkan adalah seperti gotong-royong. Sediakan bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran di sudut tema atau kumpulkan bahan-bahan tertentu yang
boleh digunakan untuk membantu pengajaran dan pembelajaraan misalnya daun-daun
kering, bunga-bungaan, pelbagai jenis batuan , buah –buahan dan sebagainya.kutip bahan
– bahan tersebut di sekitar prasekolah atau minta kanak-kanak bawa dari rumah. Antara
aktiviti - aktiviti ,pendekatan dan strategi penyerapan nilai – nilai murni dilaksanakan serta
dipupuk melalui beberapa cara. Diantaranya ialah penyampaian isi pelajaran melalui mata
pelajaran Moral. Pengurusan aktiviti kumpulan yang boleh memupuk semangat kerjasama
dan sikap toleransi.
Penyerapan nilai – nilai murni dalam setiap mata pelajaran.Penglibatan pelajar
secara aktif dalam aktiviti kokurikulum yang boleh memupuk semangat kemasyarakatan
dan sikap berdikari.Rancangan pula menitikberatkan program kokurikulum, tumpuan diberi
kepada aktiviti – aktiviti yang merangkumi aspek –aspek khidmat masyarakat,rekreasi dan
pengayaan.Melalui aktiviti – aktivitipersatuan berpakaian seragam,kelab – kelab,permainan
dan sukan,kurikulum formal dan pengalaman amali dikukuhkan serta diluaskan,dan nilai –
nilai murni dapat dipupuk secara langsung.Kokurikulum merupakan satu saluran
pembelajaran yang berasaskan gerak kerja terancang.Aktiviti ini merupakan lanjutan
daripada proses dan pembelajaran di dalam bilik darjah.Oleh itu, aktviti – aktiviti kokurikulum
dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai – nilai murni yang telah dipelajari di dalam
bilik darjah.Semua aktiviti sambutan sempena bulan kemerdekaan hendaklah diterapkan di
peringkat awal lagi mengamalkan dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperoleh di
dlam bilik darjah. Memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara
sekolah dengan masyarakat.Murid – murid sekolah mengisi masa lapang dengan aktiviti –
aktiviti yang menyeronokkan dan berfaedah,di samping memelihara kesihatan fizikal dan
mental.
Membantu pelajar dengan memupuk kesedaran tentang kepentingan membuat
sambutan hari kemerdekaan. Sambutan bulan kemerdekaan di peringkat awal seharusnya
memberi tumpuan yang seimbang,antara akademik,kesihatan, kemahiran fizikal,kestabilan
emosi serta sosialisasi nilai dan perhubungan positif.Suasana pengajaran dan pembelajaran
sempena sambutan bulan kemerdekaan di pusat pendidikan di sekolah, murid –murid
hendaklah suatu yang mengembirakan murid – murid dan mengalakkan tingkah laku
sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan.Konsep” bermain sambil belajar
bertemakan sambutan hari kemerdekaan dapat memenuhi keperluan dan perkembangan
mental, sosioemosi dan fizikal murid – murid.Kemahiran,nilai dan sikap yang diperoleh
semasa peringkat awal merupakan asas penting dalam pembentukan diri.Semoga dengan
ini dapat melahirkan generasi yang berdikari,pintar dan mempunyai perwatakan yang positif
untuk perkembangan masyarakat dan pembangunan negara Malaysia. Penerapan nilai –
nilai murni penting bermula dari peringkat awal lagi.Menghayati tema bulan kemerdekaan
memainkan peranan penting dalam kurikulum kebangsaan sekolah rendah bagi melahirkan
murid yang dapat menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara. Kemerdekaan ini
memberi tumpuan kepada perkembangan diri,hubungan dengan orang lain dan berinteraksi
dengan persekitaran.Kemerdekaan ini juga adalah wahana bagi mewujudkan semangat
perpaduan dan aspresiasi pelbagai budaya masyarakat negara ini. Pengisian tema
kemerdekaan ini membolehkan murid memperoleh pengetahuan,kemahiran dan nilai
kemerdekaan bagi menghadapi cabaran masa depan.Menghayati tema bulan kemerdekaan
adalah untuk tujuan belajar dan murid menguasai kemahiran kehidupan harian murid yang
dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan di luar bilk darjah.Belajar untuk membentuk
peribadi membolehkan murid berkembang secara menyeluruh dari segi rohani,
intelek,fizikal,emosi dan sosial.Prinsip belajar untuk hidup bersama merupakan asas dalam
mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia,
Melalui prinsip ini, perpaduan dalam keluarga,komuniti dan masyarakat pelbagai kaum
dapat dipupuk.
Tema kemerdekaan ini diterapkan untuk semua murid sekolah rendah prasekolah,
tahap 1 dan 2. Selaras dengan ini, pihak sekolah merancang aktiviti untuk membina
keyakinan murid, bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan
pengetahuan,kemahiran dan nilai yang perlu bagi murid untuk melaksanakan hak dan
tanggungjawab kemerdekaan.Murid juga perlu dipupuk dengan pemikiran kritis dan kreatif
serta kesedaran sivik untuk melahirkan individu yang dapat memainkan peranan yang
berkesan dalam keluarga dan masyarakat.Penghayatan bulan kemerdekaan bertujuan
memberi kesedaran kepada murid tentang peranan,hak ,dan tanggungjwab mereka dalam
masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang
bersatu padu,patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat,negara
dan dunia.Mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri, menghargai sumbangan ibu bapa
dan anggota keluarga.Menghormati kaum dan budaya lain.Menyayangi alam
sekitar,menunjukkan semangat kekitaan, menghormati pemimpin dan menghargai jasa
mereka .Menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara.
BIBLIOGRAFI
1. Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2007). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan
Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
2. Mok Soon Sang (2004). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Selangor. Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd.
3. Atan Long (1981). Kaedah am mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
4. Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi pengajaran pembelajaran mikro. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman.
5. Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib (1995). Pengajaran dalam bilik darjah,
kaedah & strategi. Kajang: Masa Enterprise.
6. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986). Ilmu pendidikan: pedagogi. Kuala Lumpur:
Heinemann, ctk. 4.
7. Mohd.Salleh Lebar (1996). Perkembangan dan haluan Kurikulum Pendidikan Di
Malaysia. Kuala Lumpur : Berita Publishing Sdn. Bhd.
8. Sufean Hussin.(1996).Pendidikan di Malaysia:Sejarah,system dan Falsafah.Kuala
Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Wan zah Wan Ali (1998).Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran Di abad Ke 21. Satu
Perbincangan dalam Masalah Pendidikan (Issues in Education), Jilid 21,Fakulti
Pendidikan, university Malaya.
10. Shahril @ Charil Marzuki, (1998).Pengajaran Guru Yang Berkesan: Satu kajian yang
berkesan di Malaysia dalam Prosiding Seminar JPPG:Pendidikan Guru Untuk
Sekolah Berkesan
LAMPIRAN